Pages

Tuesday, 6 May 2014

Lagi warga China diculik di Sabah


Pilihan Anda

Lagi warga China diculik di Sabah

Gambar hiasan
KUALA LUMPUR 6 Mei - Satu lagi insiden penculikan dilaporkan berlaku di perairan pantai timur Sabah awal pagi ini, dipercayai dilakukan oleh kumpulan penculik dari selatan Filipina.

Dalam kejadian pukul 2.55 pagi di perairan Silam, Lahad Datu, seorang lelaki dipercayai warga China yang menjalankan perusahaan sangkar ikan telah dilarikan sekumpulan lima lelaki bersenjata yang menaiki bot.

Mangsa dikenali sebagai Yang Zailin dilaporkan telah dilarikan selepas sekumpulan penculik itu menyerbu premis sangkar ikan milik lelaki terbabit. - UTUSAN ONLINE

disableSelection(document.body) //disable text selection on entire body of page


No comments:

Post a Comment