Home » » Bisnes photography makin menjadi

Bisnes photography makin menjadi

Written By kall on Friday, 11 October 2013 | 14:27

SEAKAN boleh mengenali siapa jurugambarnya dengan hanya melihat gambar yang diambil. Itulah identiti dan kreativiti yang ada pada jurugambar terkenal, Eddie Esa atau lebih terkenal dengan jolokan Parchie Bisa.

Kehebatan Parchie Bisa mendapatkan shot kreatif memang tidak dapat dinafikan lagi. Bukan sekadar itu, dia juga menjadi 'pengarah' yang memimpin gerak gaya, mimik muka dan ekspresi perlu dilakukan pasangan pengantin yang mengambil khidmatnya.
"Gambar candid atau spontan itu pun sebenarnya memerlukan arahan supaya ia jadi lebih sempurna," ujar Parchie yang ditemui di studionya yang terletak di The Strand, Kota Damansara, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Parchie turut memberitahu selain mengikut kehendak pelanggan, Sweet n Sour Photo Design juga berkebolehan menghasilkan gambar yang mempunyai efek luar biasa.
"Sebab itu kami namakan Photo Design, kerana kami akan memastikan gambar yang diambil diberi sentuhan lebih kreatif menerusi program edit. Ini supaya pelanggan yang melihat gambar mereka akan merasa lebih puas hati dan gembira," sampuk isterinya, Munaliza Kasani, yang juga 'pakar' grafik di Sweet n Sour Photo Design.
Beruntung mereka yang mendapat perkhidmatan pasangan suami isteri tersebut kerana mereka pasti tidak akan berasa kecewa langsung dengan gambar yang disiapkan dalam album.
Sebagai contoh, jika badan pengantin sedikit berisi, ia diberi sentuhan grafik agar bentuk badan tidak kelihatan begitu ketara dalam gambar.
"Kami mahu pastikan pelanggan berpuas hati dan gembira melihat gambar mereka.
"Tambah lagi kami juga menghasilkan pelbagai saiz album, dari sekecil-kecil tapak tangan yang kami namakan sebagai Nugget Album bersaiz 2R hinggalah sebesar mengikut cita rasa pelanggan.
"Selain itu, kami juga boleh menyediakan pelbagai medium atau prop tambahan untuk pelanggan seperti wishing tree, buku pelawat, banner, bunting, photobooth, backdrop dan sebagainya, semua mengikut kehendak pelanggan," ujar Munaliza yang sebelum ini berkhidmat dengan syarikat penerbitan terkenal.
Sweet n Sour Photo Design telah ditubuhkan pada 2007. Pelanggan syarikat ini dahulunya terdiri daripada rakan-rakan yang kemudiannya melakukan promosi dari mulut ke mulut.
Malah mereka juga mempunyai pelanggan tetap serta beberapa kali dipilih menjadi jurugambar rasmi majlis korporat dan persidangan penting.
"Walaupun sudah dikenali pelanggan, jangan menyangka harga kami mahal kerana semuanya mengikut harga pasaran dan kami menawarkan beberapa pakej mengikut kemampuan pelanggan.
"Disebabkan kami melakukan tugasan ini secara sepenuh masa, jadi pelanggan tidak perlu risau tentang masalah kelewatan, semuanya boleh dibuat cepat dengan harga berpatutan," kata Parchie yang juga penaja fotografi bagi Peraduan Gerbang Cinta Mega-Utusan Malaysia Musim Ke Empat.
Dia menambah, jurugambar yang baik bukan hanya mampu merakam saat-saat bermakna dalam kehidupan seseorang, malah memahami apa yang dimahukan dalam setiap bidikan yang diambil.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Keluarga/20131009/ke_03/Sentuhan-bisa-Parchie#ixzz2hON6XsWi
© Utusan Melayu (M) Bhd