SUKARNYA hidup dilalui satu waktu dulu menyebabkan dia bertekad membangunkan perniagaan bagi keluar daripada kepompong kemiskinan.
Pemilik Perusahaan As-Nura, pengeluar makanan sejuk beku dan biskut itu, lahir daripada keluarga susah. Mereka tinggal di kawasan terpencil dalam kebun getah di Sungai Pening, Semenyih. Tanpa jiran tetangga, tempat berteduh mereka sekeluarga hanya pondok beratap nipah dan berdinding serta lantai buluh.
Ketika peristiwa hitam 13 Mei, keluarga Nura terbabit dalam program penempatan semula menyebabkan dipindahkan ke Kampung Pasir, Semenyih.
Bapanya menyara hidup dengan menoreh getah manakala ibunya menanam jagung dan ubi kayu di tanah kerajaan untuk menampung belanja dapur.
Disebabkan desakan hidup, ketika berusia 10 tahun, Nura yang sepatutnya bersekolah agama pada sesi petang terpaksa mengorbankan pencarian ilmu kerana perlu membantu ibunya menjual jagung dan kacang rebus.
“Kehidupan saya waktu kecil terlalu susah. Ibu bapa bekerja keras mencari rezeki untuk membesarkan kami sembilan beradik,” kata anak kedua itu.
Bertemu jodoh pada usia 21, seperti pasangan lain, Nura dan suami mengimpikan hidup bahagia dan masa depan lebih cerah.
Namun, dia diuji apabila suaminya, Mohd Jasmi Tan Abdullah, diberhentikan kerja ketika kemelesetan ekonomi sekitar 1984 - 1985, sementara dia sendiri tidak bekerja.
Nura sekali lagi diduga apabila anak sulung, Zarith Sofiah, yang ketika itu darjah satu, dilanggar kereta ketika melintas jalan pulang dari sekolah. Kemalangan itu menyebabkan gegaran otak hingga anaknya lumpuh empat tahun.
"Kehidupan waktu itu cukup perit. Suami yang bekerja tidak menentu, membantu saya menjual kuih. Kami cuba keluar daripada kesusahan itu dengan usaha tak mengenal jemu. Bukan malas, tetapi tidak mampu keluar daripada belenggu kemiskinan. Kehidupan ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
"Pernah saya ke rumah emak dengan alasan hendak menonton televisyen tetapi ke dapur mencuri beras untuk bekalan makan sehari untuk keluarga. Hendak beli susu anak yang ketika itu sudah dua orang pun tidak mampu. Kami menyewa rumah orang, tetapi kadang kala tidak mampu menjelaskan sewa menyebabkan pemilik rumah marah,” katanya.
Kekusutan hidup mula terurai apabila Jabatan Kemajuan Masyarakat (JKM) membantu anak sulungnya yang kemalangan. Nura dikehendaki menghadiri beberapa kursus untuk membolehkan dia melatih anaknya menjalani latihan fisioterapi.
Peluang untuk bebas daripada kesempitan hidup semakin terbuka apabila Nura ditawarkan menjadi tenaga pengajar dalam Pusat Didikan dalam Komuniti (PDK). Selain menjual kuih, Nura yang bekerja dengan JKM mengajar kanak-kanak istimewa, menguruskan latihan fisioterapi dan membuat tinjauan di rumah orang cacat.
“Kehidupan mula berubah apabila kami mendapat duit pampasan kemalangan anak sebanyak RM30,000 selepas empat tahun kejadian itu.
“Bagaimanapun, wang berkenaan turut digunakan untuk membayar hutang peguam yang menguruskan tuntutan itu. Ketika sesak, atas belas ihsannya, kami meminjam wangnya, jadi apabila menerima pampasan, terpaksa membayar wang dipinjam,” katanya.
Ketika dihantar menghadiri kursus asas taska dan menjadi tenaga pengajar di pusat asuhan kanak-kanak, Nura nampak lebih banyak peluang. Dia menyambung pelajaran melalui Program Jarak Jauh (PJJ) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sebagai persediaan membuka tadika dan membeli rumah setinggan berharga RM6,000.
“Waktu itu, kerajaan mula prihatin terhadap pengusaha kecil dan sederhana. Banyak dana ditawarkan kepada pengusaha Industri Kecil dan Sederhana (IKS) untuk memajukan perniagaan.
“Disebabkan perlu mempunyai bengkel sendiri, kami tidak jadi tinggal di rumah setinggan yang dibeli tapi menjadikannya bengkel mengusahakan kuih tradisional seperti bahulu, rempeyek, kerepek dan kuih peniram menerusi dana kerajaan menerusi pembelian pelbagai jenis mesin,” katanya.
Produk itu dipasarkan ke kedai runcit dan kantin sekolah dan kilang. Sambutan diterima sungguh menggalakkan, sekali gus mengubah nasib mereka sekeluarga.
“Kehidupan semakin berubah menjadi lebih baik. Jika ketika baru berkahwin, saya terpaksa jalan kaki menjual kuih, kemudian menggunakan basikal pemberian ayah untuk berniaga.
“Ketika suami mendapat kemudahan kereta syarikat, saya pula sudah mampu membeli motosikal untuk menghantar barang jualan. Apabila semakin stabil, saya membeli kereta dan menjelaskan hutang-piutang,” katanya.
Menurutnya, apabila kehidupan semakin cerah, mereka mengambil keputusan menghantar semua anak bersekolah aliran Cina.
“Kini saya mengajak anak kedua, Dzulkarnain, membantu saya menguruskan perniagaan. Sebagai pelapis perniagaan keluarga, dia harus tahu dari A hingga Z,” katanya ketika ditemui di bengkel membuat kuihnya di Kampung Pasir, Semenyih.
Menerusi Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda), Nura menerima kemudahan ditawarkan dalam Persatuan Wanita Pekebun Kecil (PTWK). Sebagai anak pekebun kecil, Nura layak mendapat bantuan, apatah lagi apabila Risda melihat dirinya ada potensi dalam perniagaan.
“Risda memberi banyak kemudahan. Tidak ada kenderaan, mereka sediakan. Disebabkan tidak mahu terlalu bergantung kepada orang lain, saya membeli lori sendiri.
“Risda turut memberi peruntukan untuk pembungkusan kuih bakar pada 2008. Selepas itu, produk saya semakin mendapat sambutan. Banyak pihak mahu mengetengahkan produk saya, termasuk memasarkan menerusi jenama syarikat berkenaan," katanya.
Lebih membanggakan, kuih bakar sebagai produk utama keluaran Nura berjaya menjengah ke Perancis selepas sebanyak 500 biji dibawa secara persendirian oleh orang perseorangan untuk dipasarkan di negara itu.
Produknya turut menerima tempahan satu kontena dari Brunei, tetapi masih belum dapat dipenuhi kerana masalah pengeluaran.
“Saya menyewa kilang sejak dua tahun lalu, tetapi masih belum dapat beroperasi di situ kerana masalah mendapatkan pinjaman bank. Ini menyebabkan usaha mendapatkan amalan pengilangan baik (GMP) dan mengeluarkan lebih banyak produk tertangguh.
“Saya percaya produk saya boleh pergi jauh kerana kuih bakar sejuk beku belum ada pesaing. Setakat ini ia dipasarkan di bawah jenama Nura di Mydin USJ dan kini dalam proses dipasarkan di Tesco dan Carrefour.
“Bagaimanapun, di bawah label syarikat lain, kuih bakar ini dipasarkan di Tesco, Jusco dan Giant,” katanya yang turut menawarkan biskut raya untuk Aidilfitri serta tempahan perkahwinan.
Produk keluaran Perusahaan As-Nura turut dihantar ke hotel dan syarikat pengeluar makanan sejuk beku manakala untuk Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN), Nura membekalkan kuih segar.
Selain kuih bakar sebagai produk utama dengan empat perisa, pandan, jagung, keladi dan labu, Nura turut menawarkan karipap, donat, keria, badak, kuih kasturi dan bom bijan.
>Profil
NAMA: Nura Mardi
UMUR: 48 tahun
ASAL: Semenyih, Selangor
JAWATAN: Pengarah Urusan Perusahaan As-Nura
SUAMI: Mohd Jasmi Tan Abdullah
ANAK: Zarith Sofiah (26); Dzulkarnain (24); Azirul Aiman (23); Puteri Mira (19) dan Muhammad Hanif (13)
5 comments:
Wow EXCELLENT puan Nura All the best , your story is inspiring!!
this post visit their website visit this page go to website try here click here to find out more
visit this web-site Hermes Dolabuy description gucci replica bags Get the facts replica bags china
r9w94x8d82 r1t02m2b15 j7i67i0x27 b5h61n2z48 d0d94p7c33 w6z96m7h80
kyrie 7 shoes
steph curry shoes
cheap jordans
goyard outlet
golden goose
golden goose sneakers
retro jordans
nike travis scott
supreme new york
kyrie spongebob
Post a Comment