ARTIKEL: APA YANG ANDA PERLU BUAT UNTUK MENJADI JUTAWAN?
========================================================
Oleh: Irfan Khairi
Pastinya anda ingat rancangan game show yang sangat popular satu
masa dahulu. So, Who Wants To Be A Millionaire? Anda ingin menjadi
jutawan? Sekiranya YA, maka, berikut ada beberapa checklist untuk
melihat sama ada anda layak untuk jadi Jutawan!
**Jutawan kerja > 70 seminggu. Dan bila sebut kerja, ianya
betul-betul maksud kerja. Tidak membuang masa bersembang dan
melakukan aktiviti-aktiviti yang membuang masa. Sering kali, mereka
lah yang awal sampai pejabat, dan paling lewat tinggalkan pejabat.
Minda dan jiwa fokus pada kerja yang perlu dilakukan. Sekiranya
anda bekerja <40 jam seminggu, maka anda perlu lipat kali gandakan
usaha anda!
**Jutawan tahu secara jelas dan terperinci apa yang diinginkan.
Matlamat mereka adalah jelas dan jitu. Matlamat mereka adalah besar
dan sukar untuk dicapai- tetapi, tidak mustahil. Mereka yakin
bahawa tidak kira besar mana pun matlamat yang di letakkan,
pastinya ia akan tercapai. Keyakinan dan kejituan diri sendiri
mengejar matlamat inilah mendahulukan mereka berbanding orang-orang
lain. Sekiranya anda tidak mempunyai matlamat yang jelas dan
terperinci, jangan teruskan bacaan anda. Berhenti dan tetapkan
matlamat terlebih dahulu!
**Jutawan tahu untuk berjaya, mereka perlu bantuan orang lain.
Bantuan dari segi ilmu, bantuan dari segi kewangan, bantuan dari
segi sokongan, bantuan dari segi tenaga, bantuan dari segi idea dan
sebagainya. 84% kejayaan seseorang bergantung kepada mereka yang
dikelilingnya. Untuk berjaya, perlu sering bersama orang-orang yang
berjaya. Sekiranya anda fikirkan anda "one man show" dan tidak
mempunyai kenalan-kenalan yang berjaya, maka, GET OUT THERE! Kenali
mereka mereka yang berjaya dan pelajari daripada mereka.
**Jutawan banyak membaca. Leaders are readers. Ilmu adalah senjata
yang paling penting bagi jutawan. Sekiranya hilang satu juta
ringgit, jutawan akan tahu cara untuk menjana dua huta ringgit lagi
kerana aset yang paling penting bagi seseorang jutawan adalah aset
ilmu di dada. Ilmu diperolehi daripada bacaan. Sekiranya anda tidak
suka membaca, ketahui bahawa anda akan ditinggalkan oleh mereka
yang banyak membaca.
**Tidak seperti sangkaan ramai, kebanyakan jutawan tidak suka
berbelanja sesuka hati. Mereka tahu betapa sukarnya untuk
memperolehi harta dan mereka sayangkan harta. Wang ringgit tidak
digunakan secara membazir. Sering kali golongan jutawan menggunakan
wang untuk membina lagi aset-aset seperti rumah, tanah dan
pelaburan. Sekiranya anda fikirkan jutawan adalah seperti yang
sering dipaparkan di kaca TV,suka membazir, maka, perbetulkan
perspektif anda dahulu. Golongan ini mungkin ada, tetapi, teramat
kecil. Mulakan langkah anda dengan tidak membazir.
**Jutawan banyak memberi. Menurut buku Dr Thomas Stanley, "The
Millionaire's Mind" antara sikap-sikap jutawan adalah suka memberi.
Hadis juga ada mengatakan bahawa sekiranya kita memberi satu dengan
ikhlas, 10 akan kembali kepada kita. Jadi, sekiranya anda jenis
kedekut dan tidak suka memberi, maka maaf, kelab jutawan bukanlah
untuk anda!
**Walaupun bukan satu kemestian, kebanyakan jutawan lahirnya dalam
bidang perniagaan. Malah, 74% Jutawan adalah hasil daripada
perniagaan. Jadi, di sini adalah klu paling besar bagaimana hendak
menjadi juatwan- mulakan perniagaan! Sekiranya anda tidak berminat
dalam perniagaan dan anda lebih suka kerja di bawah orang, maka
ianya menjadi semakin suakr untuk mencapai jutawan. Tidak mustahil,
tetapi, lebih sukar... dan mengambil masa yang lebih lama!
**Jutawan tahu bahawa ianya tiada jalan pintas untuk menjadi kaya.
Ianya perlu ilmu dan usaha keras siang dan malam. Maaf, no short
cuts here! Sekiranya anda fikir bahawa ada caranya untuk buat duit
banyak dengan cepat, duduk rumah goyang kaki boleh dapat duit
berjuta, dan tanpa usaha yang setimpal, wang akan jatuh ke riba
anda, maka anda silap, silap dan silap! Memikirkan bahawa terdapat
cara mudah menjana wanglah terjadinya ramai "Mat jenin jutawan"
terperangkap dengan penipuan-penipuan scam dan skim-skim cepat kaya.
Sekiranya anda setuju dengan checklist di atas, maka, selamat
datang ke kelab jutawan! Anda telah melalui langkah pertama dan
besedia untuk "bertanding" dalam "Who Wants To Be A Millionaire"
edisi realiti. Tetapi, perlu berpijak di bumi yang nyata. Membaca
segalanya di atas dan memahaminya adalah satu perkara.
Mempraktikkan apa yang di baca dan mengaplikasikannya setiap hari
dan setiap masa, adalah perkara yang lain. Kata-kata berbunyi
"Knowledge is power" sebenarnya salah. Ilmu bukanlah satu kekuatan
dan kehebatan. Ilmu yang DIAPLIKASIKAN adalah kekuatan yang sebenar.
Home »
Tips Irfan Khairi
» APA YANG ANDA PERLU BUAT UNTUK MENJADI JUTAWAN?
2 comments:
Artikel yang cukup power dari irfan hairi .Tahniah
Bukan mudah oo nak jadik jutawan ... pergg susah tapi berbaloi kalo menjadi
Post a Comment