Pages

Wednesday, 30 April 2014

Abdul Wahab Iyanda.Lahirnya Bersama Al-Quran kecil Dalam Genggaman


Akak Dibalik Pintu

Abdul Wahab Iyanda.Lahirnya Bersama Al-Quran kecil Dalam Genggaman

Sekarang isu hudud. Hudud itu adalah hukum yang diturun melalui al Quran. Kita ambil kisah tentang keajaiban Al Quran yang berlaku pada 7 Mei 2012, dimana seorang bayi dilahirkan dengan tangannya menggenggam Al-Quran kecil. 


Keajaiban ini telah menyebabkan ibunya dan abangnya memeluk agama Islam pada tanggal 13 Mei 2012. 

Peristiwa menakjubkan ini telah disaksikan sendiri oleh ulamak terkenal Nigeria Sheikh Abd Rahman Olanrewaju dan beliau sendiri menamakan bayi tersebut dengan nama Abdul Wahab Iyanda.

Ulamak lain yang ikut serta ialah Sheikh Abdulrahman Sulaiman Adangba dan Dr Ramoni Tijani. 

Yang menariknya, bayi ini dilahirkan di sebuah gereja di Mushin, Lagos State, Southwest Nigeria. Semuanya adalah kehendak Allah swt.

Para ulama di sana telah menasihati ibu bayi tersebut bahawa bayinya bukanlah seorang nabi walaupun ia lahir dari rahimnya sambil memegang Quran.

innity_pub = "966b6dfb6b0819cc10644bea3115cf20"; innity_cat = "MALAY,NEWS"; innity_zone = "42072"; innity_width = "300"; innity_height = "250"; innity_country = "MY";

 Akan tetapi ia merupakan suatu kehendak Allah SWT yang mana bayi itu dilahirkan dalam keadaan yang sungguh menakjubkan. 

Selain ulama Ustaz Abdul Rahman yang hadir, terdapat juga ulama lain antaranya Sheikh Abdulraman Sulaiman Adangba, Ketua dari Komuniti Nasrulifathi, Ustad Alhaji Abdullahi Akinbode, dan Dr Ramoni Tijani dari Komuniti Islam Alifathiquareeb. 

Kuasa Allah SWT dan hidayah dariNya, Ibu bayi ini telah memeluk agama Islam pada 13 Mei 2012. Kini ibunya baru sahaja berusia 32 tahun dan telah menukar namanya dari Kikelomo Ilori kepada Sherifat.

Video berita berkenaan.


innity_pub = "966b6dfb6b0819cc10644bea3115cf20"; innity_cat = "MALAY,NEWS"; innity_zone = "43604"; innity_width = "468"; innity_height = "60"; innity_country = "MY";


Farawahida Di Kecam


Info Menarik & Cerita Menarik

Farawahida Di Kecam



G-string Farawahida jadi bahan bualan peminat - Dalam kegembiraan penyanyi Farawahida Razali bergelar isteri kepada jejaka pilihan hati, Abdul Shukur Bin Mohd Zain, timbul pula kontroversi lain membabitkan dirinya yang tidak sedap didengar.

Kontroversi itu berkaitan dengan sekeping gambar Farawahida yang diambil dari akhar Kosmo telah menjadi bahan bualan mulut gatal penggiat-penggiat laman sosial. Perkara yang dipertikaikan mereka ialah garis seluar dalam Farawahida yang ketara dilihat di sebalik skirt merah jambu yang dipakainya.

Susulan itu, ada peminat menyarankan agar penyanyi lagu Tanpamu itu memakai seluar dalam jenis g-string bagi mengelakkan kejadian sama berulang kembali.

Macam-macam pula dengan karenah dan kelakuan peminat di laman sosial. Tak senang dibuat mereka hidup sebagai seseorang selebriti itu. Kesian pula dengan Farawahida yang baru berkahwin.



Iklan Jam Tangan Selalu Tunjukkan Waktu 10.10.Tahukah Anda Kenapa?


Akak Dibalik Pintu

Iklan Jam Tangan Selalu Tunjukkan Waktu 10.10.Tahukah Anda Kenapa?

innity_pub = "966b6dfb6b0819cc10644bea3115cf20"; innity_cat = "MALAY,NEWS"; innity_zone = "42072"; innity_width = "300"; innity_height = "250"; innity_country = "MY";

Pernah tak korang jalan – jalan di shopping kompleks dan kemudian terpandang iklan jam tangan?

 Korang terpegun dengan reka bentuk jam tersebut. Pernah? Perasan tak apabila setiap kali korang memandang iklan jam tangan, jarum jam tersebut sentiasa menunjukkan waktu 10.10?

 Mungkin korang tak perasan atau terlepas pandang.

Ini terjadi kepada kami. Semasa kami berjalan – jalan merayau – rayau di satu shopping kompleks, terdapat banyak iklan dan banner jam tangan dan apa yang menjadi persoalan kat kami adalah setiap iklan tersebut jarum jam mesti menunjukkan waktu pukul 10.10? 


Adakah ini satu kebetulan atau ada mesej tersirat disebalik waktu itu. Keinginan kami untuk tahu membuak – buak. Jadi kami berusaha untuk mencari alasan kenapa iklan jam tangan selalu menunjukkan pukul 10.10.

Hasil yang kami dapat mengenai kenapa hal ini terjadi ialah:

1. Pertama sekali jika difikir secara logic kebiasaannya semua jam mempunyai logo atau jenama berada di atas atau di bawah posisi 12 atau 6, jadi bagi mengelakkan logo tersebut terlindung dengan jarum jam, pukul 10.10 adalah setting terbaik untuk mengelakkan logo syarikat itu dilindung oleh jarum jam.


2. Angka tersebut sebenarnya merujuk kepada simbol smiley. Jadi dengan meletakkan jarum jam pada pukul 10.10, simbol smiley akan terbentuk. Ia juga salah satu alasan untuk marketing.


3. Selain itu, angka-angka tersebut juga tidak menutup fungsi tarikh atau kelendar pada jam tersebut.


4. Lagi satu adalah fakta ialah pada pukul 10:10 adalah merupakan tanda penghargaan terhadap Abraham Lincoln yang mati di tembak pada jam/waktu tersebut.

Tetapi yang buat kami lagi teruja mengenai sebab jarum jam di setiap iklan jam tangan sentiasa pukul 10.10 adalah berdasarkan :

Surah 10 (Yunus) ayat 6-10
-10:6. Pada pergantian malam dan siang, dan apa yang Allah menciptakan di langit dan bumi adalah ayat-ayat bagi kaum yang bertakwa.


-10:7. Sesungguhnya orang-orang yang tidak mengharapkan untuk bertemu dengan Kami, dan yang sangat berpuas hati dengan kehidupan dunia ini, dan tenteram padanya, dan orang-orang yang lalai daripada ayat-ayat Kami,


-10:8. Mereka itu, tempat menginap mereka ialah Api, kerana apa yang mereka mengusahakan.


-10:9. Sesungguhnya orang-orang yang percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan, Pemelihara mereka akan memberi petunjuk kepada mereka kerana keimanan mereka; di bawah mereka mengalir sungai-sungai di dalam taman-taman kebahagiaan.


-10:10. Seruan mereka di dalamnya, “Engkau disanjung, ya Allah”, dan salam hormat mereka, “Salam”, dan akhir seruan mereka, “Segala puji bagi Allah, Pemelihara semua alam.”
innity_pub = "966b6dfb6b0819cc10644bea3115cf20"; innity_cat = "MALAY,NEWS"; innity_zone = "43604"; innity_width = "468"; innity_height = "60"; innity_country = "MY";


Anwar Menyampah Selfie Najib


Akak Dibalik Pintu

Anwar Menyampah Selfie Najib

innity_pub = "966b6dfb6b0819cc10644bea3115cf20"; innity_cat = "MALAY,NEWS"; innity_zone = "42072"; innity_width = "300"; innity_height = "250"; innity_country = "MY";




Anwar Ibrahim pada ceramah Reformasi 2.0 di Pandan Indah, malam semalam memperli cara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melayan Presiden Amerika Syarikat Barrack Obama yang melawat Kuala Lumpur, baru-baru ini.


Katanya, layanan yang diberikan itu "mengarut" dan beliau turut "menyampah" dengan 'selfie' Najib itu .
innity_pub = "966b6dfb6b0819cc10644bea3115cf20"; innity_cat = "MALAY,NEWS"; innity_zone = "43604"; innity_width = "468"; innity_height = "60"; innity_country = "MY";


Anjing Ditanam hidup-hidup dalam lubang kubur kerana dianggap haiwan perosak


Akak Dibalik Pintu

Anjing Ditanam hidup-hidup dalam lubang kubur kerana dianggap haiwan perosak


Kezaliman apakah ini?

Kebajikan haiwan di China mendakwa telah menemui berpuluh-puluh anjing liar termasuk beberapa anak anjing ditanam hidup-hidup dalam kubur besar-besaran di China.

Sekitar 100 haiwan dilemparkan ke dalam parit sedalam 20 kaki yang digali menggunakan jentera berat, menunjukkan bagaimana pegawai-pegawai kerajaan mungkin terlibat di sebalik pembunuhan tersebut menurut kata  aktivis.

Horrific: Charity workers attempt to dig down into the newly filled-in pit where around 100 stray dogs were seen a day earlier. A handful of dogs were rescued after whimpering was heard coming from under the ground

Perkara menakutkan ini terbongkar selepas seorang wanita mencari anjing peliharaan beliau berhampiran tempat pembuangan sampah di Alxa Liga, berhampiran sempadan China dengan Mongolia, di mana anjing dianggap sebagai haiwan perosak.

I K L A N :: I K L A N
innity_pub = "966b6dfb6b0819cc10644bea3115cf20"; innity_cat = "MALAY,NEWS"; innity_zone = "42072"; innity_width = "300"; innity_height = "250"; innity_country = "MY";
Manakala pengguna internet Cina menyatakan kemarahan selepas gambar-gambar anjing-anjing sebelum dikebumikan tersebar dilaman-laman Twitter.


: Hanya anak anjing kecil ini dan beberapa ekor anjing dewasa yang berjaya diselamatkan pegawai penyiasat setelah dipanggil untuk menyiasat oleh setelah orang awam yang membuat aduan

: Satu-satunya anak anjing diselamatkan dan dipelihara kembali  selepas dirinya hampir  lemas dalam lubang yang dalam.

Lubang yang menempatkan anjing-anjing untuk dibunuh.

Manakala Awal bulan ini , empat orang telah dipukul hampir mati oleh perusuh selepas mereka menyaksikan seorang pegawai membunuh seorang peniaga jalan dengan tukul besi di China.
innity_pub = "966b6dfb6b0819cc10644bea3115cf20"; innity_cat = "MALAY,NEWS"; innity_zone = "43604"; innity_width = "468"; innity_height = "60"; innity_country = "MY";



Petua Hilangkan Ulser


Info Menarik & Cerita Menarik

Petua Hilangkan Ulser


kecutkan ulser mulut 300x168 Petua Kecutkan Ulser Mulut
Ulser mulut (mata ikan) – tompokon putih di dalam mulut akibat tindak balas terhadap jangkitan bakteria, virus atau fungus, kekurangan zat besi, asid folik & vitamin B 12. Ia boleh juga disebabkan oleh kecederaan fizikal seperti tergigit lidah, bibir atau terjatuh.
Biasanya ulser mulut ni sembuh atau hilang dalam seminggu tapi kita akan sukar nak makan atau minum, pedih la. Kadang-kala, rasa macam tak nak langsung sumbat apa-apa dalam mulut.
Ada beberapa cara nak hilangkan ulser mulut ni.
bonjela 150x150 Petua Kecutkan Ulser Mulut
1) Sapu ubat Bonjela. Boleh dibeli di kebanyakan farmasi, rasanya sejuk selepas disapu.

ulser mulut2 150x150 Petua Kecutkan Ulser Mulut
2) Makan aiskrim. Agak pedih, tapi boleh cepat kecutkan ulser mulut.
ulser mulut3 150x150 Petua Kecutkan Ulser Mulut
3) Kumur dengan air garam. Memang pedih, tapi lama-lama akan kurang sikit.
ulser mulut4 150x150 Petua Kecutkan Ulser Mulut
4) Sapu getah batang keladi. Ia cepat kecutkan ulser mulut ni.

ulser mulut5 150x150 Petua Kecutkan Ulser Mulut
5) Sapu kapur makan. Petua orang tua-tua.


Fouziah Gous Buli Sumai,Hehehehe


Info Menarik & Cerita Menarik

Fouziah Gous Buli Sumai,Hehehehe



Seronok tengok aksi pasangan yang baru tujuh bulan mendirikan rumahtangga, Fouziah Gous dan suami, Zhafran Yusof ketika melakukan senaman Yoga di rumah mereka.

Walaupun, Fouziah sememangnya lebih tinggi berbanding suaminya namun Zhafran memiliki kekuatan fizikal yang hebat. Melalui sekeping foto santai yang dikongsikan pelakon itu di laman Instagram miliknya, Fouziah dilihat begitu mudah diangkat oleh Zhafran.

Buat wanita yang sudah berkahwin, ajaklah suami anda untuk melakukan senaman yoga bagi meningkatkan tahap kesihatan. Tidak semestinya perlu keluar rumah untuk bersenam, di dalam rumah pun boleh.


Tuesday, 29 April 2014

Bil Makan RM17 Itu Biasa


Info Menarik & Cerita Menarik

Bil Makan RM17 Itu Biasa


Kuala Lumpur: “Bil makan tengah hari RM17,017?” Itu perkara biasa jika menikmatinya hidangan eksotik udang galah dan patin buah di Restoran Samudra Exotic River Fish di Kampung Baru di sini.
Malah, jika orang ramai yang meragui kesahihan harga makanan itu bolehlah berkunjung ke premis berkenaan untuk pengesahan, kata jurucakap Restoran Samudra Exotic River Fish.

"Saya tidak pasti apa tujuan individu yang menyebar gambar itu dan saya tidak mahu komen lanjut mengenai kesahihannya (resit),” katanya yang tidak mahu dikenali.

Jurucakap itu berkata, pihak restoran enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu dan beranggapan harga berkenaan adalah perkara biasa kerana membabitkan makanan yang diketahui mahal seperti patin buah dan udang galah.
Foto

Sekeping resit yang memaparkan nama Restoran Samudra Exotic River Fish bertarikh 26 April 2014 itu tersebar luas di media sosial menjadi topik perbicangan hangat.

Berdasarkan gambar resit yang dihidang di meja VIP 1 itu, sebanyak 10 ikan patin buah seberat 26 kilogram berharga RM6,877 manakala 50 udang galah seberat 39 kilogram dicaj RM10,140.

Selain daripada aplikasi Whatsapp gambar berkenaan turut tersebar di laman sosial seperti Facebook (FB) dan pengguna memberi pelbagai reaksi terhadap harga makanan yang disifatkan terlalu mahal itu.

Bagaimanapun, terdapat juga pengguna FB yang tampil menjelaskan bahawa harga berkenaan adalah untuk jumlah pelanggan yang ramai dan ia adalah harga yang munasabah berdasarkan jenis makanan yang dinikmati.

"Saya cuma nak cakap, kepada mereka yang banyak memberi komen negatif silalah datang ke kedai dan lihat sendiri harga makanan," katanya.

Bagaimanapun terdapat juga pengguna FB yang tampil menjelaskan bahawa harga berkenaan adalah untuk jumlah pelanggan yang ramai dan ia adalah harga yang munasabah berdasarkan jenis makanan yang dibeli.


MH370 Di Perairan Thailand?


Info Menarik & Cerita Menarik

MH370 Di Perairan Thailand?


Michael Hoebel, 60, berkata imej serpihan itu ditemui di lautan berhampiran pantai timur Songkhla, Thailand. Dia menemuinya selepas berjam-jam membuat penelitian terhadap gambar-gambar yang diambilnya dari TomNod.com iaitu laman web perkongsian imej satelit.

Inilah imej yang ditemui Hoebel
Hoebel seterusnya berkata, penemuan itu hasil penelitiannya terhadap ribuan imej pelbagai setelit yang terdapat di sekitar laluan MH370. Imej berukuran 210 kaki (64 meter) itu katanya sangat sepadan dengan saiz MH370, selain dari terdapat sayap yang melekat pada badan pesawat tersebut.

Katanya dia amat terkejut dengan penemuan itu kerana seperti tak percaya akan menemui objek itu yang dirakamkannya pada 10 Mac, iaitu 2 hari lepas pesawat itu hilang.

Hoebel menunjukkan imej yang ditemuinya
Bila ditanya kemungkinan imej itu merupakan bayangan seekor ikan jerung, Hoebel menyoal,"Adakah seekor ikan jerung sepanjang 210 kaki (64 meter)? ".
Lelaki itu berkata dia sangat yakin imej tersebut merupakan pesawat MH370 yang dikatakan berakhir di selatan Lautan Hindi. Hoebel juga berkata telah menghubungi NTSB (Lembaga Keselamatan Pengangkutan Persekutuan) dan FBI tetapi tiada respons daripada mereka.

Kalau korang nak baca lebih lanjut mengenai 'penemuan' ini boleh layari MailOnline

Cuma yang menghairankan JR ialah jika imej MH370 itu ditemui pada 10 Mac, mengapa lepas 7 minggu baru nak heboh? Mengapa tak beritau awal-awal lagi?
Pendapat peribadi JR pula imej 'MH370' yang ditemui Hoebel itu nampaknya seperti lebih menyerupai imej ikan jerung. Tapi seperti kata Hoebel mana ada ikan jerung di dunia ini sepanjang 210 kaki (64 meter)? Mengikut rekod, jerung paling panjang pernah hidup di muka bumi ialah jerung jenis megalodon sepanjang 60 kaki yang pernah hidup 3 juta tahun dahulu tapi kini sudah pupus.

Tapi jika imej yang ditemui Hoebel itu memang betul MH370, ia akan menjadi penemuan paling kelakar dalam sejarah dunia. Mana tak kelakar, puluhan negara dengan teknologi paling canggih dengan kos ratusan juta ringgit mencari MH370 di selatan Lautan Hindi, alih-alih imejnya ditemui Hoebel di barat Songkhla. Ketika puluhan kapal dan pesawat sibuk mencari di laut tanpa menemui apa-apa, Hoebel cuma mencarinya di rumah dengan menggunakan komputer peribadinya.

Walaupun mungkin Hoebel salah, tapi apa salahnya jika penemuannya itu diberi perhatian dan disiasat oleh pasukan pencari MH370??


Harta Karun Pulau Nangka


Info Menarik & Cerita Menarik

Harta Karun Pulau Nangka



Exco Kerja Raya, Kemudahan Awam, Pengangkutan dan Pemulihan Projek Melaka Datuk Abdul Ghafaar Atan berkata kerja-kerja mengorek dinding batu di kawasan dipercayai merupakan pintu tempat simpanan harta karun itu kini siap 90 peratus dan dijangka siap sepenuhnya pada Rabu ini.

“Kita percaya pintu ini akan berjaya dibuka dalam tempoh dua hari lagi seterusnya dapat memberi jawapan sama ada harta karun tersebut benar-benar wujud atau tidak,” katanya kepada pemberita selepas melawat tapak pencarian harta karun di Pulau Nangka di sini, hari ini.

Beliau berkata kerja-kerja pencarian harta karun tersebut dijalankan syarikat Smart Partnership International (M) Sdn Bhd melalui kontrak selama empat bulan bermula Januari lepas hingga 30 April ini.

Katanya jika syarikat terbabit gagal menyelesaikan kerja-kerja mengorek tersebut dalam tempoh kontrak, kerajaan negeri akan menyerahkannya kepada syarikat lain.

“Jika Smart Partnership International berjaya membuka pintu ini dan tidak menemui sebarang artifak, kita akan memberi mereka lanjutan masa untuk proses pencarian harta karun,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan syarikat berkenaan Mohammad Foad Khushairy Mohd Said berkata pihaknya menjalankan kerja-kerja menebuk dinding batu secara intensif selama 24 jam sehari melibatkan 36 pekerja.

“Sehingga kini, kami masih belum menemui apa-apa tanda dan jika sebarang artifak atau harta tersebut ditemui kami akan maklumkan segera dalam satu sidang akhbar khas,” katanya.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Polis Melaka Datuk Shah Gzali Khan Shahadat berkata pihaknya melalui Polis Marin dan Pasukan Gerakan Am akan bertugas menjaga kawasan tersebut jika terdapat penemuan artifak atau harta berkenaan.

Pulau Nangka merupakan sebuah pulau tidak berpenghuni berkeluasan kira-kira 20 hektar dan terletak 4 kilometer dari Pulau Besar, Jasin. – Bernama

p/s
“Pelik betullah Melaka ni, sekejap cerita harta karun Kapal Flor de La Mar, ni cerita harta karun Pulau Nangka pulak. Masalahnya, harta karun yang diceritakan itu tak nampak pun. Cerita sahaja di dalam akhbar ada harta karun, selepas beberapa bulan, cerita harta karun sunyi sepi sahaja. Entah-entah, harta karun dah jadi harta sendiri kot?”


Obama Ke Malaysia


Info Menarik & Cerita Menarik

Obama Ke Malaysia



Blogger Sayuti Omar mendakwa lawatan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama ke Jepun, Korea, Malaysia, Filipina adalah perjalanan untuk mencari kekuatan dan sokongan.

Katanya perjalanan Obama bukan untuk melihat keindahan panorama di Asia.

“Amerika begitu takut kepada China yang bangkit dalam kuasa perdagangan baru. Sebagai sebuah negara yang membentuk empayar, Obama dapat merasakan apa akan berlaku untuk 50 dekad akan datang,” katanya dalam posting terbaharu blognya www.msomelayu.blogspot.com

Dakwanya, unjuran yang dibuat oleh pakar ekonomi meletakkan China akan berada di atas Amerika daripada segi ekonomi pada 2028 menjadi bayangan ketakutan Obama.

“Sebagai presiden yang akan tamat tempoh perkhidmatanya tidak lama lagi menjadi tugas Obama meletakkan Amerika di atas landasan benar sekiranya dia mahu dikenang oleh rakyat Uncle Sam itu,” tambhanya.

Sayuti mendakwa hari ini China sedang mengembangkan perdagangannya dalam serba serbi bidang.

Negara Asean sudah ditakluki dengan kuasa ekonominya. Bahkah penyumbang kepada perbendaharaan kedua kepada Amerika juga adalah perdagangan dari China,” katanya.

Katanya lagi, Obama sangat bimbang dengan apa yang sedang dilakukan China.

“Justeru beliau sudah dapat menghidu nasib Amerika. Dalam keadaan Amerika sendiri ekonominya sedang berantakan, maka sesuatu perlu disiap-sediakan dari sekarang,” ujarnya.

Beliau menambah dalam bacaan orang seperti Obama, penjajahan dan peperangan tidak akan berhenti.

“Perang dan penindasan akan berkembang selari dengan kemajuan manusia. Bagi falsafahnya peperangan dihalalkan untuk meneruskan keagungan. Peperangan merupakan jalan untuk survive sesebuah negara,” tegasnya.

Beliau berpendapat tidak mustahil apabila Amerika sudah tenat sampai ke paras leher, peperangan harus dilancarkan juga.

“Untuk tujuan itu, Amerika dan Obama harus membuat persiapan ke arah kesimpulan dan keputusan yang amat dibenci dunia itu. Jadi kedatangan presiden Amerika ke negara ini adalah dalam rangka kempen untuk menguatkan kedudukannya atau dalam kata lain mengenal pasti di manakah beliau hendak tumpang meletakkan meriamnya untuk berdepan dengan perang,” dakwanya.

Katanya, apa yang hendak disampaikan di sini ialah jangan rakyat negara ini menerima kedatangan Obama itu seperti kehadiran bintang bola sepak atau bintang filem Bollywood atau Hollywood, kerana kedatangan seorang presiden membawa mesej peperangan bukannya kemanusiaan.

Sayuti berharap kedatangan Obama ke Malaysia jangan dipuja seolah-olah Obama adalah seorang presiden yang berbeza dengan presiden Amerika sebelum ini yang suka mengeksplotasikan keadaan demi bumi Amerika dan mahu menunjukkan kekuasaan Amerika.

“Kononnya Obama seorang presiden yang mempunyai nilai kemanusiaan yang tinggi dan tidak suka kepada kontroversi, membenci peperangan dan penganiayaan kepada manusia,” katanya.

Tambahnya, keterujaan rakyat negara ini termasuk pemimpin sendiri, bukan saja kepada kehebatan kepimpinan Obama tetapi sampai kepada kapal terbang dan kereta rasmi yang dibawa dari Amerika juga dipuji kehairanan.

“Diberi ulasan dan penghuraian terperinci mengenai kehebatan dan kecanggihan kereta Bluefin-21 yang siap dengan sonar dan boleh menyelam ke dalam laut dan dilengkapi dengan segala kemudahan, keselamatan dan kesihatan untuk Obama. Di atas kereta itu juga ada bank darah yang sama jenis dengan darah Obama. Jenis XXO,” dakwanya.

Beliau mengingatkan walaupun siapa Obama dia tetap presiden Amerika.

“Kita perlu kenal siapa Amerika, sebuah negara yang dianggap sebagai polis dunia. Amerika menggunakan kekuatannya untuk menakluki negara-negara kecil demi kepentingannya,” dakwanya lagi. ~fmt


Benarkah Dakwaan Wanita Yang Baruu Pulang Dari Umrah


Info Menarik & Cerita Menarik

Benarkah Dakwaan Wanita Yang Baruu Pulang Dari Umrah


MH370: Adakah dakwaan wanita balik umrah benar?



KUALA LUMPUR: Adakah dakwaan seorang wanita rakyat Malaysia yang baru pulang dari menunaikan umrah pada 8 Mac lalu yang ternampak sebuah bangkai pesawat yang besar berwarna perak di perairan Laut Andaman berkait dengan dakwaan terbaru sebuahsyarikatpenerokaan Australia yang telah menemui bangkai pesawat MH370 Penerbangan Malaysia (MAS) yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Dalam laporan Astro Awani pada 21 Mac lalu, wanita tersebut, Raja Dalelah Raja Latife, 53 mendakwa melihat bangkai sebuah pesawat yang sebahagiannya tenggelam dan sebahagian lagi timbul di perairan Laut Andaman ketika pesawat yang dinaikinya itu melintasi kawasan berkenaan pada pagi 8 Mac lalu.

Raja Dalelah yang ketika itu berada dalam pesawat milik Penerbangan Saudi SV2058 yang berlepas dari Jeddah pada jam 3.30 pagi waktu Arab Saudi (8.30 pagi waktu Malaysia) telah melewati kawasan bandar Chennai di India sebelum memasuki ruang udara di perairan Laut Andaman.

Dalam satu laporan berita daripada7News Australiasemalam pula, menyatakan bahawa syarikatGeoResonanceyang membuat pencarian sendiri pesawat tersebut sejak 10 Mac lalu telah mengesan objek yang berkemungkinan sebuah bangkai pesawat di Teluk Bengal berdekatan dengan perairan Laut Andaman.


Menurut jurucakap GeoResonance, David Pope, pihak penyelidiknya telah mengesan elemen pada dasar lautan yang dikatakan konsisten dengan elemen pesawat.

"Teknologi yang kita gunakan pada asalnya direka untuk mencari kepala peledak nuklear, kapal selam. Pasukan kami di Ukraine memutuskan kita perlu cuba dan bantu," katanya seperti yang dipetik 7News.

Pencarian syarikat berpangkalan di Adelaide itu melibatkan kawasan seluas 2,000,000 km persegi di perairan di mana lokasi itu dikatakan terhempas, menggunakan imej dari satelit dan pesawat.

Menurutnya objek tersebut sememangnya tiada sebelum kejadian tersebut.

Berdasarkan kedua-dua dakwaan itu mungkinkah ini merupakan satu petunjuk baru dalam misi pencarian pesawat yang masih lagi gagal ditemui sehingga pada hari ini.




Satu Demi Satu Bala Menimpa Di Negara Kita


Info Menarik & Cerita Menarik

Satu Demi Satu Bala Menimpa Di Negara Kita


Sebuah pesawat ringan jenis Piper Worrior 2 milik Akademi Latihan Penerbangan Asia Pacific (APFT) dilaporkan hilang kawalan dan terhempas di Taman Kurnia, Kota Bharu, jam 12.30 tengah hari tadi.

Juruterbang pelatih berusia 20 tahun ditemui cedera parah tersepit sebelum sebelum dikeluarkan oleh pihak bomba. Juruterbang tersebut telah dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab 11.


















Instagram Punca Penceraian


Info Menarik & Cerita Menarik

Instagram Punca Penceraian



SHAH ALAM: Pelakon Fiza (Elite) mendedahkan, laman sosial Instagram antara penyebab berlakunya perceraian antara dia dan suaminya iaitu Adam (AF2).

Fiza atau nama sebenarnya Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim, 33, berkata, ia bermula apabila pengikut-pengikut Instagram miliknya mula mempersoalkan sebab-sebab dia tidak memuat naik gambar Adam di laman sosial itu dan begitu juga Adam yang tidak berbuat demikian.

"Apabila perkara itu dipersoalkan sehingga mencetuskan spekulasi diantara pengikut-pengikut Instagram, maka perkara itu turut menjadi bualan antara kami sehingga mencetuskan pergaduhan.

"Saya bertindak membuang gambar-gambar kami di laman sosial itu juga kerana terlalu banyak spekulasi mengatakan rumah tangga kami bermasalah.

"Bagaimanapun, itu antara sebahagian punca (perceraian). Mengenai perkara lain, saya tidak boleh ulas. Cuma apa yang saya anggap, tiada jodoh di antara kami," katanya.

Fiza berkata demikian ketika ditemui selepas perceraiannya di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Isnin.
Adam atau nama sebenarnya Mohd Aizam Mat Saman, 31, telah melafazkan cerai talak satu terhadap Fiza dihadapan hakim syarie, Tuan Muhamad Nazri Basrawi kira-kira pukul 1.05 petang mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Rumah tangga mereka hanya kekal tujuh bulan sahaja.

Dalam pada itu, Fiza berkata hubungannya dengan Adam mula goyah sejak empat bulan lalu namun dia menafikan khabar angin kononnya masalah itu berpunca kerana Adam tidak mempunyai pendapatan tetap untuk menyara keluarga.

Malah Fiza turut menafikan ada pihak ketiga yang membuatkan hubungan antara mereka retak.

"Jujurnya gosip-gosip yang tersebar membuatkan kami tertekan. Tambahan pula, ayah saya sedang sakit tenat ketika itu dan kini baru saja selesai menjalani pembedahan pintasan di IJN (Institut Jantung Negara).

"Macam-macam spekulasi yang timbul dan apabila ada pihak mengatakan saya minta cerai kerana Adam tidak ada duit, itu mengarut. Isu itu timbul apabila ada masalah bayaran antara saya dan hospital. Sedangkan ketika itu, Adam turut membantu menghulurkan wang agar ayah saya dapat menjalani pembedahan dengan segera," tuturnya.

Tambah Fiza, keputusan cerai itu dibuat atas persetujuan bersama dan dia tidak menolak sekiranya mereka disatukan semula sekiranya masih lagi ada jodoh.

Pasangan itu telah bernikah pada 26 September 2013 hanya selepas dua bulan berkenalan.

Sebelum itu Fiza pernah berkahwin dengan Ahmed Farriq Zainul Abidin pada 8 September 2006 dan bercerai pada 4 November 2010.

Hasil perkahwinan Fiza dan Ahmed Farriq, mereka mendapat dua orang anak iaitu Ferra Aryana, 6, dan Feeya Adyrra, 5. Ia merupakan perkahwinan pertama buat Adam