Pages

Sunday, 27 February 2011

Azimat kejayaan Dr Tengku Asmadi




PENGGERAK...Dr Tengku Asmadi (duduk empat dari kiri) bersama kakitangan di depan pejabat MAP di Ipoh.

DI UNIVERSITI, pensyarah menggelarnya ‘bunga kembang lewat’ iaitu orang yang lambat nampak kecemerlangannya. Bagaimanapun, baginya, bukan lambat cemerlang tetapi keadaan serba kekurangan menyebab­kan dia sukar menyerlahkan bakat, kemampuan dan potensi diri.

Melihat air mukanya tenang, wajah ‘kebapaan’ serta intonasi suara yang lembut pasti membuatkan hati golongan sasaran mudah terusik dan ingin berubah. Inilah kekuatan Dr Tengku Asmadi Tengku Mohamad, 47, ketika memberi motivasi, terutama kepada pelajar.

  • Foto

    MASA BERKUALITI...ketika bercuti dengan anak.

  • Foto

    MESEJ BERGUNA...menandatangani buku motivasi karyanya di majlis promosi buku.

Kesusahan hidup waktu kecil banyak mengajarnya erti kehidupan.

Asalnya, Pengarah Urusan/Perunding Motivasi MAP Tra­ding & Consultancy Sdn Bhd (MAP) itu daripada keluarga sempurna, namun liku kehidupan bermula ketika dia berumur tujuh tahun apabila bapa meninggalkan dia sekeluarga

Dr Tengku Asmadi anak sulung lima beradik. Seorang adik perempuannya meninggal dunia ketika masih bayi manakala seorang lagi pada usia 13 tahun.

Selepas kematian dua saudara perempuan, tinggal Dr Tengku Asmadi tiga beradik dibesarkan ibu yang mengambil upah membuat bakul dan mengemas rumah serta pekerjaan terakhir sebagai tukang masak restoran.

“Kehidupan kami waktu kecil memang sukar kerana ibu terpaksa mengambil alih tugas menjadi ketua keluarga. Pernah beberapa hari kami tidak jumpa nasi. Susahnya hinggakan hendak beli kasut sekolah pun tiada duit.

“Ibu membelikan kasut plastik berharga 50 sen di pa­sar malam untuk saya pakai ke sekolah. Kasut berkenaan keras dan panas, apabila berjalan kaki pulang dari sekolah, habis tapak kaki pecah.

“Ketika kehabisan wang, anak saudara ibu memberi pinjam RM3 daripada duit belanja sekolah miliknya. Wang berkenaan ibu gunakan untuk membeli beras. Zaman dulu, beras dibungkus dengan kertas surat khabar.

“Dalam perjalanan balik, bungkusan beras yang ibu bawa pecah ditimpa hujan lebat dan berserakan di tanah. Ibu hanya dapat menye­lamatkan dua genggam untuk makan kami adik-beradik.

“Keesokannya, pagi-pagi lagi ibu keluar untuk me­ngutip beras yang tumpah bagi mengelak ia dimakan ayam. Beras itu ditampi kerana bercampur dengan pasir,” katanya.

Banyak peristiwa menyentuh perasaan ketika mereka sekeluarga bergelut dengan kesusahan. Ibunya biasa membeli batang pokok sagu yang sering digunakan orang sebagai makanan ayam, tetapi diparut bagi membuat tepung dan dijadikan lempeng untuk sarapan pagi.

“Apabila tiba waktu makan, ibu mencari kami di segenap ceruk dan pastikan kami makan serentak kerana lauk sedikit dan dapat dirasa secubit seorang.

“Ibu juga akan pastikan anak tidur awal. Saya yang paling tua akan berpura-pura tidur kerana jika bergerak, takut ibu rotan.

“Selepas ibu menunaikan solat, saya terdengar dia berdoa, antara doanya ‘Ya Allah, aku ada tiga anak, biarlah seorang berjaya’. Mendengar doa ibu, saya menjawab di dalam hati, ‘yang seorang itu, biarlah aku’,” katanya.

Tidak mahu terus tenggelam dalam kemiskinan, Dr Tengku Asmadi tekad melakukan perubahan untuk berjaya. Pada peperiksaan Penilaian (darjah lima), dia cuma mampu meraih 1A.

Dia pernah mendapat nombor satu dalam kelas tetapi tidak mampu meneruskan kecemerlangan kerana kekangan kemiskinan iaitu kekurangan makanan dan buku.
Keputusan peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) juga masih di tahap ‘biasa-biasa’. Dr Tengku Asmadi menyedari dia tidak boleh belajar di rumah jika ingin berjaya.

Mana tidak, berteman pelita minyak tanah, meniarap bera­laskan tikar serta bersendal bantal, tidak sampai setengah jam mengulang kaji, dia akan tertidur.

Dia kemudian meminta izin guru agamanya untuk menumpang tinggal di surau kerana kemudahan di situ yang lebih baik membolehkan Dr Tengku Asmadi mengulang kaji pelajaran.

Bersama beberapa rakan lain, dia tinggal di surau selama dua tahun sebagai persediaan menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan dibantu pelajar cemerlang yang banyak memberi tunjuk ajar.

Anak jati Seberang Takir itu tekun belajar. Pernah dia me­ngulang kaji pelajaran dari Isyak hingga ke Subuh kerana sayang hendak berhenti berikutan takut tidak dapat momentum seperti itu.

Rumahnya hanya 500 meter dari surau dan setiap pagi Dr Tengku Asmadi pulang ke rumah untuk bersiap ke sekolah. Dia memegang kata-kata rakannya yang sudah ke universiti iaitu untuk melayakkan diri ke menara gading, pastikan Bahasa Melayu, Matematik dan Sains cemerlang.

Untuk itu, dia memberi tumpuan penuh dan berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam tiga subjek berkenaan manakala subjek lain dengan kepujian sederhana.

Dengan kelulusan SPM yang cuma memenuhi syarat minimum untuk melanjutkan pengajian ke Universiti Malaya (UM), dia membuat permohonan melalui Unit Pengambilan Universiti (UPU), tetapi ditawarkan ke Universiti Sains Malaysia (USM).

“Ketika matrikulasi, ibu tidak dapat hantar dan saya tum­pang kawan yang dihantar oleh ayahnya. Sewaktu pendaftaran dan masuk asrama, saya lari ke bilik air kerana sedih melihat pelajar lain ada ibu bapa yang menguruskan tetapi saya datang sendirian.

“Saya rasa diri sangat kecil apabila bersembang dengan kawan di katil kerana keba­nyakan mereka bersekolah di bandar dengan agregat enam atau tujuh dalam SPM, malah ada yang menolak tawaran ke luar negara. Ini menjadikan saya lebih bersemangat untuk belajar,” katanya.

Mengambil ijazah sarjana muda kejuruteraan di tahun dua, Dr Tengku Asmadi bertanya dekan cara melanjutkan pengajian ke peringkat doktor falsafah (PhD) di bawah pembiayaan universiti.

Dia dimaklumkan, untuk terpilih, seseorang itu mestilah pelajar terbaik dalam jurusan yang diambil.

“Saya bekerja keras untuk meraih keputusan baik dan selepas meraih ijazah, memohon menjadi felo di USM dan melanjutkan pelajaran ke Australia.

“Di sana, pelajar tahun satu dari luar Australia perlu mengikuti ‘master quality programme’ untuk tapisan sebelum melayakkan mereka mengikuti pengajian sarjana atau PhD.

“Bagaimanapun, disebabkan keputusan cemerlang, saya tidak perlu menjalani program itu, sebaliknya terus membuat PhD,” katanya.

Selesai menamatkan PhD pada 1993, Dr Tengku Asmadi bertugas sebagai pensyarah USM di kampus kejuruteraan di Tronoh, Perak. Waktu itu, dia mula menjalankan bisnes kecil-kecilan menerusi perniagaan jualan langsung (MLM) bagi menambah pendapatan.

MLM turut mengasah bakatnya bercakap di depan orang ramai. Dia mula memenuhi permintaan untuk berceramah dan menyedari bakat dalam ceramah dan motivasi.

“Ketika itu saya memikirkan sikap mahasiswa yang ponteng kelas, malas belajar dan tidak mahu berjumpa pensyarah. Jika pelajar universiti seperti itu, pelajar lain apa lagi. Saya kecewa dengan keadaan itu dan ingin menyelamatkan mereka dari peringkat bawah lagi,” katanya.

Ketika mengerjakan umrah, dia menunaikan solat istikharah di depan Kaabah bagi memohon petunjuk sama ada mahu meneruskan kerjaya sebagai pensyarah atau menjadi pakar motivasi.

Selepas itu, dia terasa mengantuk dan pulang ke hotel. Ketika tidur, Dr Tengku Asmadi bermimpi bertemu adik kandungnya, Tengku Osman, yang bekerja sebagai buruh, meminta menyelamatkan kehidupannya.

“Selepas terjaga, saya termenung memikirkan maksud mimpi itu lalu bertanya ustaz. Ustaz bertanya, apa doa saya dalam solat istikharah. Katanya, jika saya terus jadi pensyarah, bagaimana saya hendak menyelamatkan adik saya, tetapi jika menjadi pakar motivasi, sudah tentu boleh membantu iaitu memberikan peluang pekerjaan kepadanya,” katanya.

Dia nekad berhenti sebagai pensyarah pada 1995 dan mula menganjurkan motivasi pelajar pada tahun berikutnya. Mengambil isterinya, Norsarina Zakaria, 45, sebagai pengurus dan adiknya, Tengku Osman sebagai penolong, Dr Tengku Asmadi mula menghantar risalah mengenai perkhidmatan ditawarkan sekitar Ipoh.

“Pelbagai usaha dilakukan untuk menarik orang mengikuti motivasi yang saya anjurkan. Ketika menghantar risalah dari rumah ke rumah, saya pernah dikejar anjing hingga kasut tercampak. Saya turut membuat panggilan telefon secara rambang dengan nombor telefon yang diperoleh daripada ‘whitepages’ untuk menawarkan kursus motivasi kepada pelajar.

“Alhamdulillah, usaha itu menerima maklum balas positif daripada ibu bapa yang membenarkan anak mereka mengikuti kursus motivasi yang saya anjurkan,” katanya.
Apabila kedudukan syarikat bertambah baik, dia membuat promosi menerusi radio dan sering berulang alik Kuala Lumpur - Ipoh untuk menganjurkan kursus.

Pada 2000, dia diberi peluang muncul di kaca televisyen membicarakan mengenai anak.

“Saya anggap ia peluang keemasan. Untuk muncul 20 minit di kaca televisyen, saya membuat latihan berhari-hari di depan cermin dan isteri. Selepas itu saya diberi peluang muncul selama lapan minggu lagi di program berkenaan,” katanya.

Dr Tengku Asmadi berkata, selepas itu peluang semakin terbuka luas dan berpeluang muncul memberikan motivasi pelajar di hampir semua rangkaian televisyen tempatan.

Kursus motivasi dianjurkan setiap minggu di seluruh negara juga disertai 150 hingga 200 pelajar. Kini daripada kursus motivasi pelajar, Dr Tengku Asmadi mengembangkan khidmat motivasi kepada usahawan dan pekerja.

“Kata-kata seorang guru iaitu tiada kegagalan bagi insan berhati waja, saya jadikan azimat untuk berjaya. Biar apa pun cabaran, tetap saya harungi demi meraih kejayaan. Seorang rakan berkata, dia melihat saya selalu bernasib baik tetapi dia tidak tahu sebenarnya saya berusaha untuk nasib saya jadi lebih baik
iaitu dengan mengulangkaji pelajaran hingga Subuh,” katanya.

Baginya, manisnya kejayaan ialah daripada keperitan dilalui sepanjang perjalanan kerana ia menjadikan siapa kita hari ini dan akan datang.

Dr Tengku Asmadi jenis yang mudah bergaul dan cepat mesra serta tahu asal usulnya. Dia tidak mahu menjadi sombong dan melupakan ta­ngan yang pernah membantu kejayaannya hari ini.


PROFIL

NAMA: Dr Tengku Asmadi Tengku Mohamad
UMUR: 47 tahun
ASAL: Seberang Takir, Kuala Terengganu
JAWATAN: Pengarah Urusan / Perunding Motivasi MAP Trading & Consultancy Sdn Bhd
ISTERI: Norsarina Zakaria dan Tun Nurul Huda Abdul Rahim
ANAK: Tengku Safwan (21), Tengku Suhaila (19), Tengku Syakira (13), Tengku Syazwina Aqeelah (7), Tengku Puteri Qaisara (7), Tengku Sarah Aisyah (4) dan Tengku Imran Daniel (3)


RAMAI generasi muda hari ini tidak nampak tujuan hidup, tiada matlamat, mempunyai masalah sikap dan tiada cara belajar serta jauh daripada agama. Didapati kira-kira 80 pelajar tidak cukup mengerjakan solat lima waktu.

“Program dua hari yang dilaksanakan akan menekankan tujuan hidup, menanam matlamat serta sistem belajar. Remaja perlu faham, hidup ini sebagai ibadah,” kata Dr Tengku Asmadi.

Katanya, dia merancang supaya anaknya mengambil alih syarikat yang diusahakan sejak 15 tahun lalu. Persediaan ke arah itu dibuat apabila anak sulung, Tengku Safwan, 21, mengikuti jurusan pentadbiran perniagaan manakala anak kedua, Tengku Suhaila, 19, melanjutkan pengajian dalam Pendidikan Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL). Ini kerana, dia ingin mewujudkan satu sayap lagi yang bergerak sebagai satu bidang latihan.

Dr Tengku Asmadi turut menurunkan ilmu motivasi kepada anak didik di bawah syarikatnya sebagai pelapis pakar motivasi dan usaha itu didapati membuahkan hasil

“Ketika menunaikan ibadah haji, kakitangan dan jurulatih di syarikat saya mampu menguruskan program dengan baik. Anak didik saya harus klon nada suara, marah dan lawak saya untuk MAP,” katanya yang bercadang memfrancaiskan MAP.

Usaha memfrancaiskan MAP bagi memberi peluang pelajar di pedalaman atau di kalangan keluarga kurang berkemampuan menyertai program motivasi dianjurkan di bawah program tanggungjawab sosial korporat (CSR) tajaan syarikat, agensi kerajaan dan swasta.

Di bawah Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Malaysia (Tamrin) yang ditubuhkannya sejak dua tahun lalu, Dr Tengku Asmadi berusaha menyatukan syarikat motivasi dengan pakar motivasi senior membantu mereka yang masih hijau dalam bidang itu.

“Dulu tidak ramai mengadakan motivasi, cuma ada beberapa nama terkemuka seperti Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah dan Shukri Abdullah. Memikirkan mengenai jarak usia, saya terfikir siapa akan mengambil alih jika mereka bersara.

“Kini syarikat motivasi tumbuh macam cendawan. Mereka me­nganggap syarikat lain sebagai pesaing, tetapi saya cuba satukan kerana kita satu perjua­ngan, bukan pesaing,” katanya.

Mengenai kehidupan berkeluarga, Dr Tengku Asmadi cuba memperuntukkan masa berkualiti dengan keluarga. Bapa penyayang itu tidak begitu menekan atau memaksa anaknya untuk dapat semua A dalam peperiksaan.

“Saya bukan jenis ibu bapa yang obses untuk anak mendapat semua A , sebaliknya memadai keputusan yang melayakkan mereka masuk universiti.

“Saya mahukan anak seronok menikmati usia remajanya. Saya cuba suburkan minat anak terhadap kecenderungan mereka kerana jika jiwa anak terisi, mereka tidak jadi orang bermasalah,” katanya.

Menurutnya, rumah ialah dunia kecil untuk kita mendedahkan cabaran sebenar anak di dunia besar yang lebih mencabar.

“Jika anak bergaduh, jangan cepat campur tangan. Pandailah mereka selesaikan sendiri kerana tidak sampai beberapa jam, mereka akan berbaik semula,” katanya.

Kini, lebih 100,000 pelajar mengikuti program motivasi alihan pelajar dianjurkannya. MAP mempunyai pejabat di Kuala Lumpur dan Ipoh.

Dr Tengku Asmadi turut membeli pejabat sendiri di Cheras yang akan beroperasi tidak lama lagi.

Komen dan menang di Wanmus.com

Jom menag sehingga 350.00 ,sapa nak kasi duit free kan hanya datang ke wanmus.com dan gi koemn maner2 post .


Nak tahu hadiah menanti 7 pemenang?

Hadiah Tempat Pertama (Pengkomen terbanyak): Wang tunai RM80+ Domain .com setahun (RM115)
Hadiah Tempat Kedua (Pengkomen ke2 terbanyak): Wang tunai RM50+ Domain .net setahun (RM85)
Hadiah Tempat Ketiga (Pengkomen ke3 terbanyak): Wang tunai RM30 (RM30)
3 x Hadiah saguhati (Pengkomen ke4-6 terbanyak): Wang tunai RM10 (RM30)

Untuk pengkomen yang mendapat 150 Komen Pertama:
Hadiah special: Set eKamus Pro v5.02 (RM90)

Dan jumlah keseluruhan hadiah ialah RM350.

Cara-caranya ialah:

  1. 1- Komen di post mana sahaja di Wanmus.Com ini tak kira post lama atau baru (minima komen 7 patah perkataan)
  2. 2- Buat post ringkas mengenai pertandingan ini serta masukkan link penaja iaitu:-
    Pertandingan komen dan menang di wanmus.com ini ditaja oleh:
    - Malaysia Web Hosting
    - eKamus Software Pro
    - Aku Mahu Jadi Kaya!
  3. 3- Dilarang komen berbentuk spam atau promosi atau komen yang sama sahaja walaupun di berlainan post.
  4. 4- Bilangan komen akan dikira berdasarkan plugin top commentator yang dipasang.
  5. 5- Penganjur berhak menolak komen yang dirasakan tidak sesuai.
  6. 6- Pertandingan berlangsung dari 2 Februari 2011 sehinggalah 3 Mac 2011. Pemenang akan diumumkan 4 Mac 2011.
  7. 7- Pemenang yang diumumkan adalah muktamad dan sebarang surat menyurat atau email tidak akan dilayan :)

Mudah bukan? Sangat mudah!Komen dan buat post ringkas serta masukkan ayat penaja tu..dan terus komen untuk meletakkan nama anda sebagai 7 pengkomen terhangat untuk menang hadiah di tawarkan.. Kalaulah Celcom ke TM ke MAXIS ke SHELL ke atau apa jua syarikat besar dapat sponsor lagi contest kan best..hehe

**Semua orang

Mesut kurtis burdah download Lirik



Mawlaya salli wa sallim da?iman abada
‘Ala habibika khayril khalqi kullihimi
O my Master, send your salutations and blessings forever
Upon Your Beloved, the best of the whole of creation

Muhammadun sayyidul kawnayni wath thaqalayn
Wal fariqayni min ‘urbin wa min ‘ajami
Muhammad is the master of the two worlds
and of Man and the jinn
Leader also of the Arabs, non-Arabs and their kin

Huwal habibul ladhi turja shafa’atuhu
Likulli hawlin minal ahwali muqtahami
Beloved by Allah is he upon whose pleading we depend
From terrors of the Day of Judgement,which on us descend

Chorus

Thummar ridha ‘an Abi Bakrin wa ‘an ‘Umarin
Wa ‘an ‘Aliyyin wa ‘an ‘Uthmana dhil karami
Then we ask You to be pleased with Abu Bakr, ‘Umar,
‘Ali and ‘Uthman the generous one

Chorus

Ya rabbi bil Mustafa balligh maqasidana
Waghfir lana ma mada ya wasi’al karami
O my Lord! with the Elect One make us attain our goals
And forgive us for what has passed,
O Most Munificent One!



Saturday, 26 February 2011

Lirik Mesut Kurtis -Burdah



Burdah Lyrics

Mawlaya salla wa sallim daiman abada
‘Ala habibika khayril khalqi kullihimi
O my Master, send your salutations and blessings forever
Upon Your Beloved, the best of the whole of creation

Muhammadun sayyidul kawnayni wath thaqalayn
Wal fariqayni min ‘urbin wa min ‘ajami
Muhammad is the master of the two worlds
and of Man and the jinn
Leader also of the Arabs, non-Arabs and their kin

Huwal habibul ladhi turja shafa’atuhu
Likulli hawlin minal ahwali muqtahami
Beloved by Allah is he upon whose pleading we depend
From terrors of the Day of Judgement,which on us descend

Chorus
Thummar ridha ‘an Abi Bakrin wa ‘an ‘Umarin
Wa ‘an ‘Aliyyin wa ‘an ‘Uthmana dhil karami
Then we ask You to be pleased with Abu Bakr, ‘Umar,
‘Ali and ‘Uthman the generous one

Chorus
Ya rabbi bil Mustafa balligh maqasidana
Waghfir lana ma mada ya wasi’al karami
O my Lord! with the Elect One make us attain our goals
And forgive us for what has passed,
O Most Munificent One!

Monday, 21 February 2011

Gambar Azizulhasni Menang Gangsa dalam Kesakitan

MANCHESTER, England (AP) - Azizulhasni Awang won a bronze medal at cycling's Track World Cup on Saturday, and boy did he earn it.

The Malaysian rider managed to get back on his bike after a high-speed crash in the Keirin final and stagger across the line, but it was only afterward that the full extent of his injury became clear.

Pictures showed a large splinter of wood from the track had gone right through his left calf. Azizulhasni was given third, but missed his moment on the podium because he was on his way to hospital.

Malaysia's Azizulhasni Awang collapses with a splinter through his lower leg after a crash in the men's Keirin final. -AP Photo/Jon Super

His bronze was enough for him to capture the series title ahead of Britain's Chris Hoy, who won Saturday's race.

Hoy was one of only two riders who completed the race without falling. He said he did not realize what had happened behind him until he crossed the line.

"I was punching the air and showboating as I always do and when I came by the scoreboard I saw the officials pointing," Hoy was quoted as saying by the Press Association. "I saw one guy, then two and then three, but with the noise of the crowd I couldn't hear. "It was pretty nasty."

A splinter is seen through the leg of Malaysia's Azizulhasni Awang after a crash in the men's Keirin final during the Track Cycling World Cup. -AP Photo/Jon Super

The crash involved four riders: Azizulhasni, Poland's Kamil Kuczynski, Edward Dawkins of New Zealand and Juan Peralta Gascon of Spain.

Azizulhasni got back on his bike, while Dawkins pushed his over the line. Peralta ran to the finish line without his bike and was disqualified.

"Awang is always in there with the rough and tumble so it's almost inevitable it's going to happen to him at some point," Hoy said.








Thursday, 17 February 2011

Wajah-wajah bilionair Malaysia

Wajah-wajah bilionair Malaysia




KUALA LUMPUR - Raja Gula, Tan Sri Robert Kuok Hock Nien yang telah kembali ke perniagaan gula tahun lalu mendahului senarai orang terkaya di Malaysia dengan memiliki kekayaan bernilai RM50.04 bilion, demikian menurut kaji selidik majalahMalaysian Business keluaran semalam.

Tempat kedua pula diduduki oleh taikun telekomunikasi, T. Ananda Krishnan (RM45.78 bilion) dan diikuti oleh Pengerusi Kumpulan Public Bank, Tan Sri Dr. Teh Hong Piow yang naik satu kedudukan kepada tempat ketiga dengan jumlah kekayaan dianggarkan RM12.77 bilion.

"Usahawan bumiputera dan pengasas Yayasan Al-Bukhary, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary pula menduduki tempat ketujuh dengan nilai kekayaan sebanyak RM8.84 bilion," jelas kenyataan tersebut.

Tempat kelapan senarai berkenaan diduduki oleh isteri mendiang Tan Sri Lim Goh Tong, pengasas Kumpulan Genting, Puan Sri Lee Kim Hua dengan kekayaan yang dianggarkan bernilai RM7.43 bilion.

"Terdapat tiga pendatang baru dalam senarai itu dengan dua daripadanya merupakan kemasukan kali pertama.

Mereka ialah Pengarah Urusan Mah Sing Group Bhd., Tan Sri Leong Hoy Kum; Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan Supermax Corporation Bhd., Datuk Seri Stanley Thai dan Timbalan Pengerusi Eksekutif Tan Chong Motors Holdings Bhd., Datuk Tan Heng Chew," ujarnya.

Saturday, 12 February 2011

Kopi istimewa Felda Semenchu



GHANI Zainuddin dan Noraini Said menunjukkan mesin pembungkusan kopi di Felda Semenchu, Kota Tinggi, baru-baru ini.


KOTA TINGGI 11 Feb. - Kopi pracampuran merupakan antara minuman yang sentiasa mendapat sambutan di kalangan masyarakat hari ini kerana ia senang untuk disediakan di samping rasanya yang enak.

Perniagaan kopi pracampuran juga boleh diibaratkan seperti cendawan tumbuh selepas hujan dan pelbagai jenis minuman seumpama itu dijual di pasaran dengan bermacam-macam jenama.

Pada kebiasaannya masyarakat di negara ini lebih menggemari produk minuman berasaskan herba seperti misai kucing, mas cotek dan tongkat ali kerana ia dikatakan kaya dengan khasiat kesihatan.

Bagi mereka yang sudah biasa dengan kopi tongkat ali, mungkin akan terkejut apabila mendengar minuman kopi halia barli keluaran D'Semenchu Best Cafe kerana ia sesuatu yang baru diperkenalkan.

Pemilik D'Semenchu Best Cafe, Abdul Ghani Zainuddin, 70, berkata, dia mula mengusahakan produk berkenaan bersama isterinya, Noraini Said, 64, untuk pasaran sekitar Kota Tinggi bermula 2008 dengan memperkenalkan tiga jenis kopi pracampuran iaitu kopi halia, kopi barli dan kopi tongkat ali.

Katanya, sambutan terhadap ketiga-tiga produk keluaran syarikatnya itu adalah sangat memberangsangkan terutamanya kopi halia barli dan kopi barli kerana rasanya berbeza dengan kopi yang terdapat di pasaran semasa.

"Mungkin ada yang hairan dengan kopi pracampuran seperti ini kerana ia sesuatu yang baru dan belum pernah dikomersialkan sebelum ini.

"Kopi halia barli keluaran D'Semenchu Best Cafe adalah antara produk terlaris di pasaran kerana rasanya yang unik dan tidak terdapat di mana-mana kedai lain kecuali di Felda Semenchu," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Katanya, produk keluarannya itu menggunakan tiga bahan asas utama iaitu kopi, gula perang serta krimer dan diadun dengan ekstrak barli, halia serta tongkat ali.

Jelas Abdul Ghani, proses pembuatan dan campuran termasuk pembungkusan dilakukan sendiri kecuali biji kopi diambil daripada pengilang di Melaka.

"Biji kopi yang digunakan untuk penghasilan minuman ini didatangkan dari Brazil dan diproses di Melaka. Saya pernah mencuba biji kopi tempatan tetapi rasanya pahit dan tidak sesuai untuk digunakan.

''Setiap produk yang dikeluarkan mempunyai kelebihan masing-masing dan kopi keluaran D'Semenchu juga memiliki keunikan tersendiri kerana ia boleh membantu mengeluarkan angin berlebihan di dalam badan,'' katanya.

Minuman itu, kata Abdul Ghani, adalah sesuai untuk orang ramai termasuk wanita yang baru bersalin.

Tambahnya, kopi itu dibuat berdasarkan permintaan semasa bagi memastikan kualiti dan kesegarannya terjamin.

"Ia bergantung kepada permintaan dan sekali kopi ini diproses, ia dapat menghasilkan 1,000 kotak. Setiap kotak itu mengandungi 20 paket minuman," ujar Abdul Ghani.

Katanya lagi, sambutan terhadap produk itu adalah sangat baik dan sentiasa bertambah dari semasa ke semasa.

Permintaan tersebut pada mulanya datang dari sekitar Kota Tinggi dan Mersing sahaja tetapi kemudiannya bertambah hingga ke seluruh Semenanjung sehingga ke Perlis.

Rancang luaskan perniagaan ekoran sambutan baik

KOTA TINGGI 11 Feb. - D'Semenchu Best Cafe, pengeluar kopi pracampuran dari Felda Semenchu di sini merancang untuk meluaskan perniagaan pada masa depan berikutan sambutan yang sangat menggalakkan.

Pemiliknya, Abdul Ghani Zainuddin, 70, berkata, bagaimanapun ia masih di peringkat perancangan dan banyak perkara perlu dilakukan sebelum ia boleh dilaksanakan.

Katanya, cadangan itu adalah kesan daripada pertambahan permintaan terhadap tiga kopi keluaran syarikatnya iaitu kopi halia, kopi barli dan kopi tongkat ali yang kebanyakannya datang dari luar gugusan Felda Semenchu.

"Cadangan untuk meluaskan perniagaan ini memang ada sejak daripada dahulu lagi tetapi saya sedang mencari dana untuk tujuan itu selain memikirkan perkara berkaitan seperti cara untuk menjaga kualiti, pekerja dan sebagainya," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Abdul Ghani berkata, meskipun permintaan daripada masyarakat luar terhadap produk keluarannya sangat tinggi tetapi sambutan dari kalangan penduduk setempat adalah sangat kurang malah ada yang tidak mengenali produk itu.

Katanya, perkara itu berlaku kerana sudah menjadi lumrah orang tempatan lebih menggemari produk luar.

"Jika dilihat, kopi barli halia keluaran D'Semenchu Best Cafe secara umumnya sesuai untuk orang lepas bersalin kerana ia mampu membuang angin yang ada di dalam badan tetapi orang luar lebih tahu tentang hal ini.

"Mungkin juga produk keluaran D'Semenchu bukan sebuah jenama besar menjadikannya kurang mendapat sambutan. Bagaimanapun sambutan daripada masyarakat dari negeri lain seperti Melaka dan Terengganu adalah sangat baik," katanya.

Bagaimanapun, Abdul Ghani tetap melahirkan rasa syukur terhadap sambutan produk keluarannya itu dan berharap jualan produk itu akan terus meningkat pada masa akan datang dan pada masa sama dapat meluaskan rangkaian perniagaannya.

Friday, 11 February 2011

Usahawan madu lebah

Rezeki usahawan madu lebah


SHAIFUL HIZAM menunjukkan koloni lebah yang diusahakan di ladang Carambola Bee Farm yang terdapat di beberapa tempat seperti Semenyih, Selangor dan Parit Sikom, Simpang Renggam, Johor.


TIGA tahun lalu, Shaiful Hizam Harman pernah berkobar-kobar untuk menternak burung walit. Namun, hasratnya terbantut apabila dia kekurangan maklumat mengenai penternakan haiwan itu.

Ternyata ada hikmah di sebalik semua itu, kerana selepas puas berfikir dia kemudian memilih untuk menternak lebah madu.

“Sekitar 2007, memang saya terfikir untuk masuk dalam industri pemakanan kerana saya sendiri merupakan pengusaha gimnasium yang terletak di Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Saya lihat masyarakat moden hari ini lebih menitik beratkan pemakanan mereka.

“Bagaimanapun ia terpaksa dilupakan kerana selain kekurangan maklumat, saya mendapati permintaan untuk sarang burung itu pun lebih menjurus kepada pasaran China,” katanya.

Permintaan tinggi

Namun begitu, tidak lama selepas itu dia teringat tentang khasiat madu seperti yang pernah dibacanya dalam hadis Rasulullah.

“Saya mula membuat kajian tentang tawaran dan permintaan madu di seluruh dunia. Saya baca laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pertanian Australia, Amerika Syarikat dan Eropah,” katanya.

Kebanyakannya mendedahkan permintaan madu dari luar negara sangat tinggi sedangkan pengeluaran bahan itu sangat kurang.

“Seperkara lagi, modal yang diperlukan untuk memulakan industri lebah madu masih kecil iaitu kira-kira RM12,000 berbanding RM250,000 untuk industri sarang burung walit,” katanya.

Selama setahun, Shaiful mula melihat laman-laman web dan belajar mengenai lebah menerusi video YouTube selain melawat beberapa ladang lebah madu di sekitar Selangor.

Hari ini, usahawan muda itu mampu meraih pendapatan kira-kira RM8,000 sebulan melalui lima kotak atau koloni lebah yang dihuni oleh 70,000 ekor lebah bagi setiap kotak.

Lebah bersifat sensitif

“Tidak susah untuk memulakan industri lebah madu. Ia boleh dibuat di belakang rumah atau ditumpang di kebun buah-buahan. Risikonya kurang kerana jika satu koloni lebah diserang penyakit seperti bakteria atau fungus, ia tidak berjangkit kepada koloni yang lain,” katanya.

Pada pendapat beliau, lebah bersifat sensitif, amat mengenang jasa dan setia kepada tuan yang memeliharanya.

“Saya pernah berhadapan dengan kesulitan kewangan pada awal tahun 2009. Apa yang saya buat tidak menjadi. Saya duduk di hadapan kotak-kotak lebah saya dan menceritakan masalah saya. Saya meminta lebah-lebah ini keluar untuk mendatangkan madu dengan jumlah yang banyak,” katanya.

Beliau hampir menitiskan air mata apabila doanya dimakbulkan Allah, dengan lebah-lebahnya mengeluarkan berkilogram madu.

“Saya hanya berada di kawasan ternakan lebah dua atau tiga kali seminggu. Tetapi mungkin lebih kerap jika perlu menguruskan pemindahan lebah ke tempat baru. Sekali pergi saya akan berada untuk tempoh sejam atau dua bagi menguruskan semua koloni lebah,” katanya.

Antara yang terbaik

Beliau berharap orang ramai agar membuka mata terhadap industri yang amat berpotensi itu.

Di Malaysia, madu yang terhasil menerusi kerajinan lebah mencari manisan daripada pokok gelam, akasia (sejenis pokok kayu balak), nanas dan belimbing, mempunyai bau yang lebih kuat.

Ia menyamai madu dari New Zealand yang terhasil daripada lebah-lebah yang terbang mencari manisan dari pokok manuka.

Pada masa ini, Shaiful hanya menjual madu yang dibotolkan dengan jenama Madu Tree secara dalam talian pada harga RM44 bagi 500 gram berbanding RM98 (500 gram) madu yang diimport.

Thursday, 10 February 2011

Khasiat daun mengkudu

Membongkar khasiat daun mengkudu




KETIKA orang tua-tua mengamalkan pemakanan buah mengkudu sebagai makanan kesihatan, ramai tidak mengetahui daunnya juga mempunyai fungsi perubatan yang tinggi sebagai bahan atau sebatian antioksida.

Sebatian antioksida yang dikenal pasti itu dikatakan dapat mengurangkan risiko penyakit kronik seperti kanser, penyakit berkaitan jantung, diabetes dan penuaan. Justeru pengambilan antioksida dalam diet dapat mengurangkan risiko berkenaan.

Menurut penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Azizah Abdul Hamid, kajian mengenai khasiat daun mengkudu dijalankan sejak lima tahun lalu dan kini ia dalam proses prakomersial.

“Saya memberi fokus kepada daun mengkudu matang tetapi tidak terlalu tua yang melalui proses pengekstrakan bagi menghasilkan daun mengkudu dalam bentuk serbuk.

“Apabila melalui kajian saintifik mendalam serta konsentrasi yang tinggi, ia didapati mengandungi sebatian catechin tinggi yang dapat merencatkan proses pengoksidaan dalam badan,” katanya ketika ditemui di UPM baru-baru ini.

Penghasilan sebatian berkenaan, menurut Azizah adalah melalui beberapa proses bermula dengan pengumpulan daun-daun mengkudu yang sesuai, pembersihan dan pengeringan menggunakan ketuhar pada suhu kira-kira 40 darjah Celsius sebelum dijadikan bahan serbuk dan dibungkus.

“Keunikan produk ini adalah ia halal, melalui proses penyediaan hijau pada suhu rendah, sesuai untuk pemakan sayur serta mempunyai kebaikan kesihatan yang tinggi.


AZIZAH menunjukkan hasil produk penyelidikan yang dilakukan bersama kumpulan saintis UPM.


“Kebanyakan masalah produk makanan tambahan dalam pasaran adalah status halal yang diragui, tidak mempunyai kesan kebaikan kesihatan yang dibuktikan melalui kajian saintifik serta kuantiti pengambilan yang tidak standard,” katanya.

Melalui kajian saintifik

Sementara itu menurut Azizah, bagi melihat keberkesanan sebatian daripada ekstrak daun mengkudu berkenaan, ia telah dicuba ke atas tikus dan sel manusia.

“Proses ini antara lain bagi memastikan ia tidak mengandungi bahan toksik. Walaupun buah mengkudu sudah menjadi makanan kesihatan sejak bertahun-tahun tetapi ia tidak pernah melalui kajian saintifik.

“Setelah melalui kajian santifik, barulah ia dapat dibuktikan dan dikomersialkan kerana mempunyai perakuan khasiat perubatan,” jelas beliau.

Menurut Azizah, proses pengekstrakan adalah bagi memencilkan sebatian daun mengkudu supaya dapat diambil sebagai makanan tambahan yang tidak menjejaskan rasa asli makanan tetapi mempunyai kebaikan kesihatan yang tinggi.

“Serbuk daun mengkudu dapat ditambahkan dalam makanan biasa dan menjadikannya sebagai makanan fungsi yang dapat menghalang pembentukan penyakit-penyakit kronik.

“Ini kerana, kajian saintifik turut mendapati pesakit yang menghidapi penyakit seperti jantung, kanser dan diabetes mempunyai kandungan toksik yang tinggi di dalam badan mereka,” katanya.


PENYELIDIKAN UPM mendapati khasiat mengkudu bukan sahaja pada buahnya tetapi juga daun yang matang.


Azizah memberitahu, kajian yang mendapat geran daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) itu mempunyai kebaikan berganda kerana ia adalah daripada bahan semula jadi dan bukan sintetik.

“Proses pengekstrakan yang dilakukan juga menggunakan kaedah mesra alam kerana kami tidak menggunakan bahan pelarut yang tinggi sebaliknya karbon dioksida untuk tujuan pemencilan.

“Proses penghasilan dan bahan makanan berfungsi yang menggunakan daun mengkudu ini juga telah dipatenkan oleh Pusat Inovasi dan Pengkomersialan (ICC). Ia belum pernah ada dalam pasaran,” jelas beliau.

Perkembangan produk

Projek yang dimulakan pada tahun 2005 dan dijangka selesai pada tahun 2014 itu kini sedang melalui fasa pra pengkomersialan. Selepas dipatenkan, Azizah dan kumpulannya kini sedang dalam proses menarik minat pelabur terutama syarikat-syarikat yang berminat dengan produk tersebut.

“Ketika ini kami menyasarkan pasaran Malaysia tetapi ia masih dalam perancangan dan penyusunan. Penyelidik UPM lain yang terbabit ialah Mohd. Sabri Pak Dek, Profesor Azizah Osman dan Dr. Masturah Markom,” katanya.


PRODUK Catechin Rich Extract pernah memenangi pingat perak Anugerah Pameran dan Kajian UPM 2006.


Menurut Azizah, melalui produk dan teknologi yang dinamakan sebagai ingredien fungsian makanan tinggi antioksida itu, beliau menyasarkan pengguna industri makanan dan bahan makanan.

“Kos bahan ini adalah lebih kurang RM10 sehingga RM20 untuk 1,000 miligram yang sesuai digunakan untuk pembangunan makanan atau minuman fungsian. Penambahan kira-kira 50 hingga 100 miligram ingredien fungsian mencukupi untuk 200 milimeter minuman.

“Produk ini juga telah mendapat pengiktirafan dengan memenangi pingat perak pada Anugerah Pameran dan Kajian UPM tahun 2006,” tambahnya.

Katanya lagi, mengikut trend global, pengguna kini lebih menghargai produk hijau dan semula jadi yang diyakini lebih selamat.

“Jualan tahunan produk herbal Malaysia ketika ini dilihat berkembang pada kadar 15 ke-20 peratus setiap tahun, dua kali ganda berbanding penggunaan di Amerika Syarikat (AS),” katanya.

Sunday, 6 February 2011

Komunikasi baik dan tidak malu ­bertanya antara petua Norazean


Rahsia kejayaan NorazeanMESRA...hubungan antara majikan dan pekerja seperti adik beradik.

MESRA...hubungan antara majikan dan pekerja seperti adik beradik.

KERJAYA asalnya hanya sebagai pegawai pemasaran di sebuah syarikat kontraktor terkemuka di ibu negara, namun sikap degil dalam diri membawanya mencapai kejayaan seperti sekarang.

Sering bertukar syarikat dan mencari pengalaman di tempat kerja baru menjadikan dirinya lebih berdisiplin dan cepat belajar mengenai bidang yang ditugaskan.

  • Foto

    AZEAN...anggap pesaing kawan baik.

  • Foto

    BERKUALITI...antara perabot ditempah pelanggan.

  • Foto

    TERSENDIRI...songket digunakan dalam penghasilan almari menjadikan lebih eksklusif.

  • Foto

    KERJASAMA...perbincangan selalu diadakan bagi memantapkan mutu produk.

  • Foto

    BERKUALITI...antara perabot ditempah pelanggan.

Ditambah dirinya yang hanya berpendidikan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) membuatkan dia bekerja lebih keras dan rajin bertanya mereka yang lebih berpengalaman sebagai langkah permulaan dalam usaha memajukan diri.

Bagi Datuk Norazean Kadirun, 31, tiada kejayaan mampu dicapai dalam sekelip mata kerana baginya kejayaan menuntut seseorang melakukan pengorbanan sama ada tenaga, masa mahupun wang ringgit

“Saya memulakan alam pekerjaan seawal usia 19 tahun. Jika ramai remaja seusia memilih menyambung pelajaran ke pusat pengajian tinggi, saya pula memilih untuk bekerja kerana tidak minat sambung belajar.


“Pada awalnya ibu bapa tidak bersetuju dengan keputusan itu, namun saya terangkan dan meyakinkan mereka bahawa saya juga boleh berjaya seperti graduan universiti,” jelasnya sambil tersenyum mengimbau kembali kenangan sewaktu zaman persekolahan.

Selepas lebih lapan tahun menunjukkan prestasi cemerlang dalam bidang tugasnya di samping sering mendapat pujian pelanggan mengenai kredibiliti dirinya, majikan mencadangkan Norazean membuka syarikat sendiri berbekalkan pengalaman dimiliki.

Bagai orang mengantuk disorong bantal, Norazean gembira dan terkejut dengan kenyataan majikannya lantas berfikir sebelum memberanikan diri membuat keputusan.

Hasil perbincangan dengan keluarga, mereka turut meng­galakkan Norazean menceburi bidang perniagaan, ditambah dia memiliki hubungan baik dengan pelanggan syarikat majikannya sebelum ini.

Lantas dengan penuh yakin Azean memberanikan diri membuka syarikat pertamanya iaitu Era Destinasi Gemilang Sdn Bhd sebagai langkah permulaan dengan membekalkan alat tulis, cenderahati, perabot, peralatan sukan dan lain-lain.

Tanpa disangka perniagaannya mendapat sambutan meng­galakkan, terutama daripada jabatan kerajaan yang memintanya membekalkan peralatan kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Saya bersyukur dengan rezeki dikurniakan dan mula bekerja lebih keras bagi mengukuhkan perniagaan. Benar kata orang, di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

“Meskipun tidak memiliki kelulusan tinggi, saya mahu buktikan kepada masyarakat bahawa kejayaan hanya mendekati mereka yang berusaha keras, bukan semestinya yang berpendidikan tinggi,” kata ibu kepada seorang cahaya mata perempuan ini.

Melihat perkembangan positif syarikatnya, Norazean terfikir mahu mempelbagaikan produk keluaran syarikatnya dengan menghasilkan lebih banyak produk berkualiti setanding yang diimport.

Mengakui sukakan cabaran, anak ketiga daripada lima beradik ini mula mencari idea membuka perniagaan yang tidak banyak dimonopoli Bumiputera.

Selepas lebih lima bulan membuat kajian dan penyelidikan mengenai harga, kualiti dan prestasi di pasaran, akhirnya Norazean bertekad membuka perniagaan perabot yang 90 peratus diusahakan masyarakat Cina.

“Berbekalkan modal sendiri sekitar RM600,000 saya membuka Zie Furniture Custome Made Design yang menyediakan perkhidmatan membuat kabinet, dapur, almari, meja makan, meja pejabat, rak laci, almari televisyen dan lain-lain.

“Kami turut menyediakan perkhidmatan lakaran, sebut harga, contoh material serta surat perjanjian kerja kepada pelanggan dengan harga berpatutan,” katanya.

Norazean mengakui, komunikasi baik dan tidak malu ­bertanya antara petua dia ­mampu mempertahankan syarikat Zie Furniture Custome Made Design sejak dibuka tiga tahun lalu.

Berkat kerja kerasnya, Zie Furniture kini menjadi pembekal barangan dan perabot kepada beberapa jabatan kerajaan seperti Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Bercerita mengenai persai­ngan, Norazean berkata, dia tidak pernah menganggap dirinya mempunyai pesaing, malah sentiasa berfikiran positif kerana yakin setiap perabot ada keistimewaan masing-masing.

Ketika ditanya mengenai kelebihan perabot keluaran syarikatnya, Norazean menjelaskan, perabot keluarannya lebih murah, berkualiti di samping pelanggan boleh membuat rekaan sendiri mengikut cita rasa mereka.

“Memandangkan kami membekalkan perabot buka dan pasang, pelanggan diberi hak mereka kabinet atau peralatan lain mengikut kehendak sendiri dan kami akan cuba penuhi.

“Perabot Zie Furniture menggunakan kayu berkualiti tinggi seperti nyatoh, solid dan fomeca yang diimport dari China supaya perabot dihasilkan lebih tahan lama.

“Pelanggan di luar Lembah Klang turut berpeluang mendapatkan perabot keluaran Zie Furniture kerana kami bersedia ke tempat mereka meskipun berlainan negeri dan daerah,” katanya.

Orang ramai yang berminat mengetahui lebih lanjut boleh kunjungi ke Zie Furniture Sdn Bhd, No: 12, Jalan TIB 1/4, Taman Industri Bolton, 68100 Batu Caves, Selangor.


PROFIL

NAMA: Datuk Norazean Kadirun
UMUR: 31 tahun
ASAL: Tampin, Negeri Sembilan
PENDIDIKAN: Sijil Pelajaran Malaysia
JAWATAN: Pengarah Era Destinasi Gemilang dan Zie Furniture
SUAMI: Mohd Azahari Mohd Nazir
ANAK: Kyra Qistina, tujuh bulan