Pages

Friday, 26 December 2008

Menternak itik Khaki Campbell


JIKA diberi pilihan untuk bekerja di bilik berhawa dingin atau berpanas terik di bawah mentari, tentu ramai yang lebih rela bekerja di bilik berhawa dingin. Namun begitu, masih terdapat segelintir siswazah menolak keselesaan di pejabat dengan menceburi bidang ternakan itik.

Elly Yuza Mahmud, 24, pemegang ijazah Kejuruteraan Elektrik dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, percaya aktiviti ternakan itik mempunyai masa depan yang cerah dan menjanjikan pulangan lumayan bagi pasaran dalam dan luar negara.

Beliau bertekad untuk berdikari selepas menyaksikan kejayaan usahawan yang menternak itik secara komersial di negara ini.

"Saya pernah menjalani latihan menternak itik selama seminggu di ladang ternakan itik di Taiping, Perak yang mempunyai ternakan kira-kira 320,000 ekor.

"Saya belajar teknik memelihara itik mulai anak yang baru menetas sehingga itik bertelur," katanya ketika ditemui di ladang ternakan itiknya di Kesang Pajak, Jasin, Melaka.

Beliau memilih untuk menternak itik kerana haiwan itu tahan serangan penyakit dan tidak banyak kerenah.

"Saya memilih ternakan itik kerana hasilnya (telur) boleh dipungut setiap hari, berbanding ternakan lain seperti lembu, kambing, ayam daging dan ikan yang memerlukan tempoh tertentu," katanya.

Ternakan itik juga tidak memerlukan pembinaan reban seperti ternakan ayam.

Cuma, katanya, sesebuah ladang itu harus mempunyai kawasan daratan dan kawasan berair untuk itik bermain.

Elly Yuza memulakan ternakan itik spesies Khaki Campbell di kawasan seluas 3.2 hektar berhampiran bekas lombong pada April lalu.

Beliau memulakan usaha dengan jumlah ternakan 6,000 ekor dan kini bertambah 32,000 ekor. Kini, ternakannya menghasilkan 15,000 biji telur sehari dan jumlah itu terus meningkat apabila kesemua itiknya mencapai umur matang untuk bertelur.

Beliau dibantu 12 orang pekerja bagi mengendalikan ladang berkenaan yang terletak agak jauh dari penempatan awam dan dikelilingi kebun getah serta hutan.

Sebanyak RM150,000 dibelanjakan bagi makanan itik pada setiap bulan dan bagi memastikan itik peliharaannya membesar dengan baik dan mengeluarkan telur berkualiti, ladang itu memproses sendiri makanan itik dengan bahan campuran seperti jagung, kacang soya dan beras hancur.

Elly Yuza berkata, kaedah Efektif Mikro Organisme (EM) digunakan dalam pengurusan ladangnya bagi mengelakkan lalat dan pencemaran lain.

Jabatan Perkhidmatan Veterinar turut memberi khidmat nasihat dan melawat ladangnya dua kali seminggu.

Apabila matahari beransur menerangi kawasan ladangnya pada setiap hari dan dengan bunyi suara riuh rendah itik-itik itu, pekerja Elly Yuza akan memasuki ladang untuk mengutip telur yang berselerak.

Mereka perlu melakukan kerja mengutip dengan berhati-hati agar tiada telur yang pecah dan mereka juga perlu melihat di kawasan berair kerana terdapat juga itik bertelur di situ.

Telur yang dikutip itu kemudiannya dikumpul di dalam sebuah bangsal untuk dibersihkan secara manual dan juga menggunakan mesin.

Telur yang telah dibersihkan tanpa menggunakan air itu, kemudiannya akan disusun di dalam rak telur.

Elly Yuza berkata, melalui syarikatnya, Bella Projek Sdn Bhd, telur berkenaan dijual di seluruh negara


Saturday, 20 December 2008

First Family Visit As a Muslim

First Family Visit As a Muslim
Texas Muslim, Juan Galvan, shares his experience of explaining to his Mexican-American family about his conversion to Islam.

As I fly home to Austin, Texas, I remember the days before my conversion to Islam. I am reminded of Armando, a Latino Muslim. He helped introduce me to Islam. While pointing to the East and then the West, Armando said, "Look what God has given us. He created everything. God is All-Powerful." He had just finished praying magrib. The beauty of the sunset is still present in my mind.

"Truly, in remembering God do hearts find rest," God states in the Qur'an 13:28.

Looking outside this window, I cannot help grinning as I look to my left and then to my right. I found the true purpose of life. The purpose is not to accept Jesus Christ as Lord and Savior. Instead, we must accept God as God. We Muslims acknowledge the true nature of our Creator. By doing so, we accept our own purpose as servants of our Creator.

I am on my way home after visiting my family for the first time after my conversion to Islam. People who knew nothing about Islam surrounded me. My fourteen-year-old sister Cathy asked, "Isn't Muhammad your God?" "Uh, no," I replied. My parents, my brother, and my five sisters all live in Pampa, Texas. My dad and I joked about each other's religion.

"Why are you praying to that carpet?" he asked.

"Why do you have statues of dead people on your wall?" I asked, pointing to the large Jesus cross in the living room.

On my first day home, I went to Cathy's room to pray after seeing a cross and religious images on my parent's wall. No crosses or Jesus pictures in her room. However, there was a huge Backstreet Boy's poster. I figured it was a lesser of two evils. My parent's have statutes or pictures of Jesus and Mary on almost every wall in their house. I have a great relationship with my family. Mexican-American households are well known for their love of family and religion.

During my visit to Pampa, I spent much of my time discussing Islam. People who ask you why you chose "that religion" are asking for Dawah. I gladly provided answers. My dad said, "My mom was Catholic, and I'll be a Catholic when I die."

Mexican-Americans seem to think that their ancestors have always been Roman Catholic. Our ancestors from Spain were Muslim. Our ancestors from Mexico were pagan. Clinging on to a religion simply because of tradition is insane. I refuse to be a blind follower. I am Muslim because I believe Islam is true.

While visiting my family, I spoke frequently about Islam. If you love something, you discuss it any chance you get. I hope I did not annoy my family. I gave my brother a copy of the Qur'an and a small introductory book about Islam. I bookmarked www.LatinoDawah.org and www.HispanicMuslims.com on my family's computers. I copied several Islamic related files to their computers hoping they would accidentally run across them. I asked questions that only the true religion of God can answer.

God is three? Jesus is God? Original sin? We find the answers to such questions by studying the fundamentals of Islam: the Oneness of God, prophethood, and the Day of Judgment.

I spent much time trying to clear up misconceptions about Islam. Why aren't Americans better informed about Islam? Americans have many questions about Islam. Many times, it is good to bring those questions out in the open. I wanted my sister to understand that Islam is not oppressive to women. I wanted to explain why Muslim women cover. Eventually, I would ask her,

"Do you know why women wear scarves?" She simply replied, "Nuh uh." I feared her reply would be, "What? You think I dress like a slut or something?"

I explained that Muslims believe that women should not be treated as sexual objects. I also explained that Islam is like risk management. Men and women are both instructed to lower their gaze.

On my way to Pampa, the airport security was very tight. A security guard checked my bags. He saw my Qur'an, my Islamic literature, my Islamic audiotapes, and my prayer rug. I hope I did not scare the security guard. I considered praying at the Austin airport before stepping onboard the plane but I did not want to give any passengers a heart attack. After telling my brother about this, he suggested that I return home with a flight instructor's manual. Soon after the September 11 attacks, my dad asked my mom,

"What'd he get himself into?"

My mom cried after hugging me goodbye. I tried to hold back my tears. I hope that she cried because she would miss me and not because she feared I would join the Taliban. As I look outside my window, I see glimpses of the Texas Panhandle. I see canyons then farms and deserted roads then canyons again. I am reminded of Father Dale. During a Sunday sermon, he admitted,

"While I was a priest in Hawaii, I would see a beautiful beach and palm trees on my way to work. Now, I see miles and miles of cotton on my way to work!"

Father Dale has since left the priesthood and has gotten married. Maybe he will embrace Islam next. You never know.

Looking outside my window, I must thank God for the canyons, the cotton, and the other gifts He has given us.

JUAN Galvan, berkongsi pengalamannya pulang ke rumah buat pertama kali setelah bergelar muslim dan bagaimana penerimaan ahli keluarganya yang kebanyakannya berdarah Mexico- Amerika.

Ikuti pengalaman Juan Galvan yang telah menghasilkan buku terbarunya, What's Old is New Again : Latinos Revert to Islam bersama Samantha Sanchez.

Dalam penerbangan pulang ke Austin, Texas, minda saya sering berputar mengingati hari-hari sebelum saya bergelar muslim. Pertemuan dengan Armando, seorang muslim Latin adalah titik permulaan yang membawa saya mengenali agama suci Allah ini.

Semasa menudingkan jarinya ke arah selatan dan kemudiannya barat, dia berkata kepada saya bahawa semua yang ada di atas muka ini adalah ciptaan Allah SWT Maha Penguasa.

Pada waktu itu, dia baru selesai mengerjakan solat Maghrib dan keindahan matahari terbenam masih lagi terbayang di minda saya.

Ketenangan

Hati saya berdetik, memang benar dengan mengingati Allah, hati kita akan menemui ketenangan seperti mana yang dinyatakan dalam al-Quran surah al-Ra'd ayat 28 yang bermaksud: (Iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.

Saya menjenguk ke luar tingkap kapal terbang dan tidak dapat menolak untuk melihat apa yang terbentang luas di depan mata. Saat itu, saya menyedari hakikat kehidupan sebenar.

Sebagai orang Islam, kita mesti menerima kewujudan Allah SWT sebagai Maha Pencipta yang mencipta segala di langit dan bumi. Dengan itu, secara tidak langsung, dapat mendalami tujuan kehidupan sebagai hamba di sisi-Nya.

Kali pertama bersua ahli keluarga, selepas memeluk agama Islam, saya diterpa dengan pelbagai persoalan mengenai Islam.

Semua ahli keluarga termasuk adik-beradik yang menetap di Pampa, Texas, mengajukan soalan mengenai adakah Muhammad itu Tuhan.

Malah, ayah pernah mempersoalkan kepada saya kenapa perlu bersembahyang di atas tikar.

Kemudiannya saya menjawab dengan baik: "Kenapa pula menyembah patung orang yang sudah mati di dinding itu," sambil tangan saya menunjukkan ke arah salib dan patung Jesus yang besar di ruang tamu.

Pada hari pertama di rumah keluarga, saya mendirikan solat di bilik adik perempuan saya, Cathy yang berusia 14 tahun. Ini kerana, biliknya tidak mempunyai simbol-simbol keagamaan dan yang ada hanyalah poster besar kumpulan kegemarannya, Backstreet Boys.

Boleh dikatakan, setiap dinding di rumah keluarga saya tergantung gambar-gambar Jesus dan Mary serta tanda salib. Saya mempunyai hubungan yang rapat dengan keluarga. Sememangnya bagi keluarga Amerika dari Mexico, mereka mempunyai hubungan yang erat dengan ahli keluarga dan turut mementingkan anutan agama.

Ketika lawatan saya ke Pampa, saya turut meluangkan masa berdiskusi mengenai Islam. Bagi Mexico-Amerika, mereka lebih suka berfikir bahawa keturunan mereka berasal dari Roman Katolik.

Saya tidak mahu terus-menerus menjadi pengikut yang buta kepada kepercayaan tradisi sebegini. Kini, saya adalah orang Islam kerana percaya bahawa agama Islam yang sebenar-benarnya.

Maka, saya jelaskan perkara ini kepada ahli keluarga yang lain. Saya berharap dengan cara ini, saya tidak menderhaka kepada mereka sebaliknya menjelaskan perkara yang betul kepada orang yang saya disayangi.

Saya sempat menghadiahkan senaskah al-Quran kepada adik saya dan sebuah buku mengenai pengenalan kepada Islam.

Di samping itu, saya turut meletakkan alamat laman web www.LatinoDawah.org dan www.HispanicMuslims.com di komputer milik keluarga saya.

Untuk menyatakan keadaan sebenar mengenai Islam, saya tidak ketinggalan membuat banyak salinan fail ke komputer dengan harapan mereka akan terbuka hati untuk membacanya.

Pada pendapat saya, hanya dengan mendalami Islam sahaja dapat menjawab banyak persoalan dan kemusykilan yang timbul, antaranya siapakah Tuhan dan adakah Jesus adalah Tuhan?

Saya meluangkan banyak masa untuk menjelaskan mengenai kekeliruan yang timbul mengenai agama suci ini. Dalam aspek lain, saya turut mempersoalkan kenapa masyarakat Amerika kurang didedahkan dengan pemahaman yang tepat mengenai Islam.

Apa yang saya harapkan agar adik saya dapat memahami agama Islam dengan lebih terbuka dan ia bukanlah agama yang menindas kaum wanita.

Saya jelaskan kepadanya bahawa Islam tidak mahu wanita menjadi objek seks dan atas sebab itu, mereka diwajibkan menutup aurat bagi mengelakkan wanita menjadi tatapan umum.

Sepanjang bergelar Muslim, saya bukan sahaja perlu menjelaskan mengenai Islam kepada ahli keluarga malah tidak terlepas melalui pengalaman-pengalaman pahit.

Antaranya, ketika ditahan pengawal sekuriti di lapangan terbang dalam perjalanan ke Pampa. Ketika membuka beg saya, mereka terkejut apabila mendapati terdapat senaskah al-Quran, sejadah dan pita rakaman mengenai ceramah agama di dalamnya.

Ini kerana, saya bercadang untuk mendirikan solat di lapangan terbang di Austin sebelum memasuki kapal terbang kembali tetapi saya tidak mahu mengejutkan penumpang yang lain.

Selepas menceritakan perkara tersebut kepada abang saya, dia mencadangkan agar saya pulang ke rumah dengan menaiki penerbangan lain.

Tidak berapa lama selepas tragedi 11 September 2001, ayah saya pernah bertanya kepada ibu mengenai hal ini. Ibu menangis ketika memeluk saya untuk mengucapkan selamat tinggal. Tetapi saya cuba melindungi kesedihan dengan harapan ibu akan merindui saya dan bukannya kerana bimbang saya akan menyertai Taliban.

Selepas menaiki kapal terbang, saya menjenguk ke luar tingkap dan ternampak Texas Panhandle, jurang dan lembah serta ladang-ladang. Tidak ketinggalan, jalan raya yang bersimpang siur.

Sejenak, saya bertakafur mensyukuri nikmat Allah SWT di atas segala-galanya yang diciptakan untuk kita di langit dan bumi.

Idaman Hawa ketengah busana moden tapi kekal santun


PAKAIAN yang kita pakai melambangkan identiti seseorang walaupun fungsi pakaian yang utama adalah menutup aurat, selain melindungi daripada hujan dan matahari.

Kebanjiran busana Muslimah di pasaran membuktikan, kesedaran untuk menutup aurat di kalangan wanita Islam di negara ini semakin tinggi namun bagi wanita bekerjaya, pakaian yang elegan tetapi kekal sopan diperlukan untuk keselesaan sepanjang hari.

Jeffrey Arazmi Mokthar antara pengusaha yang sentiasa prihatin dengan penampilan wanita di negara ini, giat mereka cipta dan menawarkan pelbagai jenis busana moden kontemporari untuk digayakan dengan pelbagai acara.

Wartawan, RAHANA MD dan jurufoto, MOHD. FARIZWAN HASBULLAH sempat menemu bual pemilik Pemborong Pakaian Idaman Hawa di premis beliau yang terletak di No 11A, Lorong Merbau Of Jalan Kenanga, Kuala Lumpur.

MEGA: Sejak bilakah bidang perniagaan pakaian Muslimah ini dimulakan dan apakah yang mendorong anda untuk memilih jenis perniagaan ini?
JEFFREY: Perniagaan busana Muslimah ini bermula sejak lapan tahun lalu, dimulakan secara runcit di peringkat awalnya dan apabila pelanggan berpuas hati baru ditawarkan secara borong dan pengeluaran ditingkatkan.

Sejak tahun 1980-an, saya telah memulakan perniagaan pakaian wanita pelbagai jenis tetapi cara penampilan wanita kian berubah dan semakin ramai yang memilih pakaian Muslimah.

Lantas, saya menukar rentak perniagaan dengan menawarkan busana wanita bercirikan Islam dan mendapat sambutan yang baik. Ketika itu, butik yang menawarkan perniagaan jenis ini hanya boleh dibilang dengan jari dan saya antara pelopor di ibu kota.

Ironinya anda seorang lelaki, apakah anda serasi memilih apa yang sepatutnya wanita pakai dan apakah kelebihan anda dalam bidang ini?
Pada pandangan saya, lelaki lebih memahami apa yang cantik dan padan untuk dipakai oleh wanita dan selalunya kritikan yang diberikan memang tepat.

Lantaran itu, selalunya idea yang diberikan lebih diterima pakai oleh wanita namun dalam masa yang sama, penampilannya tetap terpelihara, sopan dan mengikut garis panduan menutup aurat seperti yang disarankan agama.

Memandangkan bidang rekaan pakaian antara yang saya minati sejak remaja lagi dan apabila berpeluang dalam bidang ini, saya terjemahkan ke bentuk yang lebih komersial untuk mengindahkan apa yang wanita pakai.

Peluang seperti ini saya gunakan sebaik mungkin kerana apa yang dipamerkan oleh wanita Muslimah menjadi cermin kepada wanita lain.

Wanita hari ini semakin bijak kerana telah terdedah dengan pelbagai acara luar yang menuntut mereka sentiasa tampil anggun dan bergaya.

Uniknya di butik Idaman Hawa, selain pakaian-pakaian yang ditawarkan boleh dipakai ke tempat kerja, acara majlis rasmi, makan malam serta paling istimewa untuk digayakan pada hari-hari kebesaran umat Islam. Malah yang bukan Islam juga sesuai menggayakannya.

Apakah yang ditawarkan dan kelebihan yang terdapat di butik ini berbanding butik lain?
Di butik Pakaian Idaman Hawa, ia umpama kelengkapan pakaian wanita di bawah satu bumbung yang boleh dibeli secara runcit atau pun borong. Pelbagai jenis jubah ditawarkan, jubah panjang, jubah seluar daripada pelbagai jenis fabrik yang selesa dengan cuaca di negara ini.

Koleksi yang ada dilengkapkan dengan pelbagai variasi tudung termasuk jenis jersey yang kini menjadi tumpuan wanita kerana ia mudah dipakai, ringkas tetapi anggun dan terpelihara penampilannya.

Butik turut menawarkan pakaian ke pejabat (selain fesyen jubah) yang sesuai untuk pelbagai peringkat usia termasuk blaus panjang yang menarik diubah padan dengan kain, skirt labuh atau seluar.

Kebanyakan pelanggan gemarkan rekaan dan potongan yang ditawarkan di sini yang berjaya memenuhi cita rasa mereka di samping mempunyai saiz yang dikehendaki. Selain itu, semua koleksi di sini adalah buatan tempatan, cuma fabriknya diimport dari negara luar.

Bagaimana persaingan dalam bidang ini dan apakah persiapan anda apa lagi anda adalah satu-satunya bumiputera yang berjaya mengukuhkan perniagaan di Jalan Kenanga yang selama ini dimonopoli oleh peniaga bangsa asing?
Dalam apa bidang sekali pun, persaingan sentiasa ada tetapi saya sentiasa memandang positif perkara ini.

Lumrahnya, ia menjadikan saya lebih berusaha gigih menghasilkan yang terbaik.

Saya berpegang kepada bidalan, di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung dan menghadapinya sebagai cabaran seorang peniaga, kebetulan pula saya boleh berbahasa Kantonis dan ia memudahkan pergaulan di sana.

Kenapa wanita perlu mengunjungi butik anda?
Selain rekaan yang moden tetapi kekal santunnya sebagai busana Muslimah, warna-warna pakaian yang disediakan mempunyai pelbagai pilihan daripada yang bernada pastel dan lembut kepada nada garang dan cerah ceria untuk memberi kesan penampilan yang berbeza kepada si pemakai.

Selain itu, setiap helai yang ditawarkan mempunyai tudung yang sepadan dari corak dan warna senada serta mengikut bentuk wajah individu yang memakainya.

Selain di Kuala Lumpur, di manakah koleksi Idaman Hawa boleh didapati?
Koleksi lain boleh didapati di serata negeri antaranya di Naz Indah Collection di Kota Bharu, Kelantan; Saifuddin Textiles di Sungai Petani, Kedah; Prai Mega, Butterworth, Pulau Pinang; Tamma Traditional, Kota Kinabalu, Sabah; Idah Emah Collection, Kuala Lumpur dan Sentuhan Jelita, SACC Mall, Shah Alam, Selangor yang turut menawarkan pelbagai jenis jubah wanita dan tudung fesyen terkini.

Monday, 15 December 2008

Bagaimana hendak tahu passion/minat kita?

Bagaimana hendak tahu passion/minat kita?
=========================================

Selalu saya sebut bahawa kita patut buat apa yang kita suka... apa
yang kita minat... apa yang kita passionate in. Infact, baru-barru
ni, saya menonton talk show Oprah, katanya:

"84% antara kita tidak suka kerja yang kita lakukan! 84% of the
people hate their jobs!"

Menakutkan juga angka ni... tapi bila dilihat sekeliling, memang ada
betulnya sebab ramai yang terperangkap dalam kerja yang mereka
tidak suka. Masuk hari Isnin, dah mengeluh... menunggu hari Jumaat
untuk cuti :)

Satu soalan yang sering saya ditanya di blog IrfanKhairi.com ini,
bagaimanakah nak tahu apakah passion kita?

So, untuk membantu, berikut beberapa soalan atau checklist... what is
your true passion!

* Sekiranya anda boleh lakukan sesuatu kerja pilihan anda,
apakah kerja nya?

* Apa yang anda seronok dan gembira lakukan sehingga anda tak
sedar masa berlalu?

* Apa yang anda akan lakukan dengan suka hati, walaupun tidak
menerima bayaran?

* Apa yang anda lakukan untuk memuaskan hati anda?

* Apa yang anda lakukan yang boleh menghasilkan keputusan yang
terbaik?

* Sekiranya anda boleh menjadi idola anda/seseorang yang anda
minat, siapakah dia nya?

* Aktiviti apa yang anda rasa mudah/senang untuk anda lakukan
dan susah untuk orang lain?

(Checklist ini daripada buku Think Big oleh Donald Trump)

So, check balik list di atas dan tanya pada diri sendiri. Adakah
anda lakukan apa yang anda minat? Adakah kerja seharian anda adalah
passion anda?

"Mudahan kita tidak menjadi antara statistik 84% daripada mereka
yang hate their jobs!"

Wednesday, 10 December 2008

5 Langkah Menawan Pasaran Pelanggan Anda

Apabila memulakan perniagaan, terdapat beberapa sudut anda
boleh mendekati perniagaan anda untuk menawan pasaran dan pelanggan
anda. Perniagaan datangnya dengan persaingan. Dalam menangani
persaingan, berikut adalah strategi menawani pasaran dan pelanggan
anda!

1: Tawani melalui kualiti yang tinggi
Kita sedia ketahui bahawa kualiti produk dan perkhidmatan akan
menentukan kejayaan sesuatu perniagaan. Produk dan perkhidmatan
berkualiti rendah sudah tentu akan mendapat masalah apabila
pelanggan merasakan mereka tirtipu dengan belian mereka. Bukan
setakat itu sahaja, berita perniagaan anda menjual produk
berkualiti rendah juga akan mudah tersebar oleh pelanggan-pelanggan
yang tidak berpuas hati.

Tawani pelanggan anda dengan produk yang berkualiti. Ia akan
memberi keuntungan buat jangka masa yang panjang sekiranya kuliti
produk dan perkhidmatan anda senentiasa diperbaiki.

2: Tawani melalui perkhidmatan yang lebih baik
Zaman kini, permintaan perkhidmatan menginginikan segala-galanya
dilakukan dengan sempurna dan cepat. Percepatkan perkhidmatan
perniagaan anda. Sekiranya bakal pelanggan menghubungi anda, layani
dengan cepat dan sempurna. Sekiranya pelanggan membawa barangan
rosak ke kedai anda, perbaiki dengan cepat dan sempurna. Sekiranya
pesaing anda memberi perkhidmatan penghantaran dalam masa 2 hari,
anda cuba lakukan penghantaran dalam masa 1 hari.

Permintaan kini menekankan kelajuan dan jangka masa sebagai salah
satu factor utama dalam memilih perniagaan. Memang tidak hairan
restoran-restoran "fast-food" mendapat permintaan yang tinggi!

3: Tawani melalui harga yang lebih rendah
Dalam pasaran yang kompetitif, harga memainkan peranan yang penting
dalam pemilihan perniagaan. Ramai pengguna kini adalah pengguna
yang bijak dan akan membandingkan harga sebelum membuat belian.

Tawan pengguna dengan memberi produk dan perkhidmatan anda pada
harga yang munasabah dan bersesuaian dengan kualiti produk anda.
Terdapat banyak perniagaan menggunakan model harga rendah dalam
memenangi hati pelanggan dari gerai mamak sehingga ke Air Asia.

4: Tawani melalui memberi lebih daripada apa yang disangkakan
Memberi apa yang disangkakan oleh pelanggan anda akan menunaikan
permintaan mereka. Tetapi, memberi lebih daripada apa yang disangka
akan menggembirakan mereka!

Beri lebih daripada apa yang disangkakan kepada pelanggan-pelanggan
anda, dan pulangannya adalah pasaran yang lebih luas. Ini kerana,
pelanggan yang gembira akan berkongsikan pengalaman mereka dengan
kenalan-kenalan mereka.

Buah mulut yang baik berkenaan perniagaan anda akan menawan pasaran
pelanggan yang setia dan meluas.

5: Tawani melalui menjadi ketua pasaran
Menjadi ketua pasaran anda memberi pelbagai kesan baik kepada
perniagaan. Pertama sekali, jenama ketua pasaran sering dikenali
berbanding dengan persaingan. Menjadi ketua pasaran adalah dengan
menjadi perniagaan yang pertama sekali memasuki sesuatu industri.

Sebagai contoh, Colgate merupakan ketua pasaran ubat gigi oleh
kerana menjadi jenama yang pertama sekali memasuki pasaran
tersebut. Sehingga kini, jenama Colgate mendahului jualan segala
ubat gigi.

Sekiranya anda ingin menggunakan strategi ini, ciptakan satu
kelaianan dalam perniagaan anda. Kelainan tersebut akan menjadikan
anda unik dan berbeza dengan pesaing sedia ada. Ini membuka peluang
perniagaan anda kepada pasaran yang baru dan menjadi ketua pasaran
tersebut.

Strategi yang sukar, tetapi dengan impelemntasi yang betul, akan
dapat menawani pasaran yang besar.

Monday, 8 December 2008

Dulu buruh kasar kini usahawan berjaya


Siapa yang tidak mengenali syarikat Percetakan Surya Sdn. Bhd., yang sememangnya sinonim di kalangan rakyat di negeri Hang Tuah ini.

Sebut sahaja Percetakan Surya, pasti terbayangkan raut wajah Sabdin Osman, 73, sambil dikelilingi anak-anaknya yang juga teman sekerja paling rapat beliau, sekali gus penggerak kepada syarikat yang beliau tubuhkan sejak 30 tahun dulu.

Namun, perniagaan keluarga Sabdin yang ada pada hari ini tidak berdiri dalam sekelip mata.

Ini kerana pemilik dan juga Pengerusi syarikat itu, Sabdin bermula sebagai peniaga kecil-kecilan dengan modal wang simpanan sendiri yang berjumlah RM100.

‘‘Saya mula membuat perniagaan percetakan ini dengan modal sendiri dengan mengusahakannya di rumah secara tradisional menggunakan sebuah mesin cetak tangan.

‘‘Ketika itu, saya hanya berusia belasan tahun tetapi sudah mula jatuh cinta pada kerja-kerja percetakan ini. Habis sekolah, saya membuat pelbagai kerja termasuk menjual surat khabar dan mencuci lantai di kilang percetakan waktu saya bekerja sambilan di situ,” katanya di sini baru-baru ini.

Ketika diminta bercerita lanjut mengenai sejarah awal penglibatan Sabdin dalam industri itu, katanya, dia sanggup menjadi budak suruhan oleh pemilik tempat kilang percetakan ketika bekerja sambilan semata-mata mahu menimba ilmu.

Beliau percaya hanya melalui kerja keras, penderitaan, kesungguhan dan kegigihan dapat merealisasikan impiannya itu.

‘‘Pada waktu itu, satu sahaja niat saya iaitu membuka sebuah syarikat percetakan sendiri. Alhamdulillah, pada hari ini, akhirnya saya boleh berbangga dengan kejayaan ini,” katanya.

Selepas puas menimba ilmu dan pengalaman, beliau tidak mahu lagi menoleh ke belakang dan segera memulakan perniagaan itu secara kecil-kecilan, bermula di rumah dan kemudiannya menyewa sebuah kedai di Bukit Beruang.

‘‘Selepas itu, saya dipelawa oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam (pada waktu itu Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian negeri) untuk membesarkan lagi perniagaan kerana yakin dengan potensi syarikat.

‘‘Ketua Menteri kemudiannya menawarkan tanah di kawasan Industri Bukit Katil yang mana pada hari ini terus bertapak di sini,” katanya.

Anak kelahiran Bukit Baru itu berkata, walaupun kejayaannya itu tidak seberapa namun dia berbangga kerana dapat membina syarikatnya itu tanpa meminta pertolongan dan terpaksa meminjam wang yang besar dari pihak bank.

Katanya, kesusahan hidup yang dialami sebelum ini mengajar beliau untuk sentiasa mengamalkan budaya berjimat cermat walaupun sudah bergelar seorang usahawan berjaya.

‘‘Jangan boros berbelanja, itulah pesan saya kepada anak-anak yang banyak mewarisi dan membantu saya dalam perniagaan ini. Jika pegang duit RM10,000 jangan habiskan semua, simpan 20 peratus daripadanya kerana simpanan itu akan membantu kita masa susah nanti.

‘‘Pegangan tersebut terbukti berkesan kerana banyak syarikat percetakan seperti saya yang terpaksa gulung tikar kerana tidak mampu menghadapi krisis kewangan yang melanda negara sekitar 1998 dan 1999,” katanya.

Kata Sabdin, pada waktu itu, beliau berjaya menghadapi cabaran tersebut dengan bantuan wang simpanan yang dipraktikkannya itu untuk membayar hutang dan perbelanjaan operasi syarikat.

Pada hari ini, Percetakan Surya berjaya menguasai lebih 50 peratus kontrak tawaran percetakan dan tempahan dari hampir sebahagian besar agensi, jabatan kerajaan negeri, swasta dan sekolah antaranya Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran negeri, Dawama Sdn. Bhd dan Lembaga Penggalakan Pelancongan.

Mengenai strategi syarikat itu pada masa depan, katanya, selaku pengasas syarikat tersebut beliau perlu memastikan prestasinya sentiasa berada pada tahap sebenar, sejajar dengan matlamat untuk menjadi pemain dalam industri itu di peringkat global.

‘‘Kita tidak harus gentar pada persaingan kerana itulah yang menjadi pendorong dan untuk itu, Percetakan Surya sentiasa mementingkan mutu kemas dan berkualiti. Itulah yang sentiasa saya tekankan kepada 87 kakitangan syarikat ini,'' katanya.

Sunday, 7 December 2008

Jenama Sunquick Naikan Nama Barkath


Bermula dengan sebuah kedai runcit kecil di No. 1 Lebuh Union, Pulau Pinang; Barkath Store yang bermakna `berkat', telah berjaya berkembang pesat untuk memahatkan namanya di peta dunia dan berdiri megah untuk menyambut ulang tahunnya ke-63 pada tahun ini.

Hasil usaha keras peneraju asalnya, Allahyarham M. Abu Backer Mohd Hussain dan anaknya, Datuk Barkath Ali Abu Backer, Pengerusi dan Ketua Eksekutif Kumpulan Barkath, kumpulan itu kini menjadi nama yang gah dan dikenali di seluruh dunia.

Produk-produknya yang berjumlah 27 jenis terdiri dari jenama-jenama terkemuka dunia seperti air jus Sunquick serta gula-gula Hacks yang sangat popular dengan gambar orang tua batuk dalam pembungkus berwarna merah.

Kedua-dua produk itu sahaja menyumbang kira-kira RM150 juta setahun kepada pendapatan Barkath.

Kini, syarikat itu merancang untuk mengeluarkan produk-produk makanannya sendiri. Antara perancangan terbarunya ialah mengeluar dan mengedarkan makanan segera seperti karipap sejuk beku dan roti canai sejuk beku menerusi anak syarikatnya Eze Foods Sdn. Bhd.

Kumpulan Barkath juga merancang untuk melabur sebanyak RM5 juta dalam pengeluaran gula-gula `tanpa gula' dan biskut di Pulau Pinang.

Beliau berkata, syarikatnya juga bercadang untuk mengeluarkan gula-gula sendiri dan biskut jenama Benson.

Katanya, sudah tiba masanya Kumpulan Barkath mengeluarkan produk berjenama sendiri memandangkan syarikat tersebut kini menghadapi peningkatan persaingan dari pasar raya-pasar raya besar dan juga kenaikan harga tarif bagi bahan makanan yang diimport.

Sejak Barkath Ali mengambil alih syarikatnya dari arwah bapanya pada tahun 1975, Kumpulan Barkath telah meluaskan lagi empayar niaganya dengan mempunyai lebih 20 buah anak syarikat di seluruh Asia Tenggara dan Eropah serta pejabat jualan di England, Indonesia, India, Singapura dan Arab Saudi.

``Jika saya tiada lagi, saya harapkan anak-anak akan dapat meneruskan perniagaan keluarga ini kerana saya akan lebih terkilan jika ia jatuh ke tangan orang lain,'' kata Barkath Ali yang memiliki bangunan pejabat korporat sendiri bernilai kira-kira RM7 juta.

``Saya percaya industri makanan di Malaysia akan terus berkembang dan kita tidak boleh bergantung kepada teknologi sekarang.

``Saya berharap anak-anak saya akan terus memberi sumbangan yang bermakna kepada syarikat dan negara,'' katanya kepada Utusan Malaysia dalam satu temuramah baru-baru ini.

Barkath Ali berkata, arwah bapanya banyak memainkan peranan dalam menentukan hala tuju syarikatnya dari mula sampai kini dan berharap Kumpulan Barkath akan kekal sebagai perniagaan keluarga dan tidak berpindah tangan untuk menghargai jasa-jasa dan pengorbanan ayahnya dalam membina perniagaan itu sehingga dikenali ramai.

Barkath Ali berkata: ``Saya masih ingat, setiap kali habis sekolah atau cuti sekolah saya akan ke kedai untuk menutup akaun jualan harian dan dari situ minat untuk berniaga telah mula timbul.''

Bapanya juga mengajar bagaimana untuk berjaya dengan mengamalkan prinsip pekerja harus dilayan seperti keluarga sendiri dan prinsip itu sehingga kini masih diamalkan.

Ia penting bagi memberi keyakinan kepada pekerjanya supaya bekerja bersama-sama dan bukan bekerja untuknya.

Barkath Ali pernah memikirkan untuk menyenaraikan syarikat di Bursa Malaysia untuk mendapatkan suntikan modal lebih besar tetapi membatalkannya kerana merasakan sebagai sebuah syarikat persendirian, proses membuat keputusan adalah lebih mudah dan cepat berbanding syarikat awam yang memerlukan restu pemegang saham terlebih dahulu.

Barkath Ali berkata, beliau akan cuba sedaya upaya untuk mendidik anak-anaknya supaya menghargai susah payah keturunan mereka dalam membina perniagaan sehingga menjadi terkenal di seluruh dunia.

Menceritakan detik-detik awal penubuhan Barkath Store oleh arwah bapanya, Barkath Ali berkata, bapanya yang berasal dari Tanjore India telah datang ke Malaysia pada tahun 1929 pada usia 14 tahun untuk bekerja dengan seorang saudara di sebuah kedai yang berakhir dengan perkahwinan beliau dengan anak majikannya itu, Kahtija Beevi. Bapa Barkath Ali dianggap sebagai seorang pekerja yang rajin, tekun dan ikhlas dalam menguruskan perniagaan tersebut.

Katanya, arwah bapanya ada menceritakan kepadanya bahawa beliau tidak berhasrat untuk terus bekerja dengan orang lain kerana tiada kebebasan.

Selepas tiga tahun bekerja beliau dan dua orang rakan kongsinya telah melabur sebanyak RM5,000 untuk membuka sebuah kedai runcit kecil yang dinamakan Barkath Store selepas Perang Dunia Kedua berakhir pada tahun 1945.

Hasil daripada usaha gigih , Allahyarham mula mengorak langkah dengan membuka sebuah lagi kedai runcit di Ladang Pelam, Kulim, Kedah dengan membawa saudara maranya yang miskin bekerja dengan beliau.

``Arwah bapa saya sememangnya tidak menghiraukan sangat perniagaannya di situ kerana ia bukan sahaja menyediakan kemudahan untuk pekerja ladang malah turut menjadi pusat kemudahan komuniti,'' katanya.

Bak kata orang, langit tidak selalunya cerah, kerana beliau mula merasai kesukaran untuk berurusniaga kerana kebanyakan pelanggannya dari golongan pekerja ladang selalu berhutang dengannya dan keadaan itu menyebabkan beliau sukar memusing modal.

Bagaimanapun, pihak pengurusan ladang datang membantu dengan menjanjikan kepada beliau setiap pembelian yang dilakukan oleh pekerja ladang itu akan dibayar menerusi potongan gaji setiap bulan.

Menurut Barkath Ali, bapanya kemudiannya berjaya meluaskan perniagaannya dengan membuka cawangan di Kuala Lumpur dan Johor Bahru.

Pada tahun 50-an, Abu Backer melihat potensi yang cukup baik apabila Pulau Pinang diberi status pulau bebas cukai.

Beliau telah mengambil kesempatan untuk mengimport pebagai barangan makanan seperti biskut dan kek berjenama Elkes dan Burton, jem Robertson dan rokok berjenama Alhambra.

Turut dijual ketika itu ialah ais krim premium berjenama Lypn dari England yang dijual dari pintu ke pintu dengan menggunakan basikal roda tiga.

Dengan kerja kerasnya dan kemahiran dalam perniagaan, Barkath Store telah menjadi pembekal tunggal produk makanan ke seluruh dunia termasuk gula-gula Hacks.

Dalam tahun 1965, akibat kelewatan proses menghantar gula-gula Hacks dan cukai yang tinggi serta persaingan harga, Abu Backer telah memutuskan untuk berkerjasama dengan pemegang lesen Hacks, White Hudson & Co., bagi mengeluarkan gula-gula tersebut di Pulau Pinang.

Menurut Barkath Ali, pada mulanya ayahnya mendapatkan khidmat pihak ketiga untuk berjumpa dengan pengurusan Hacks.

Setelah melihat potensi pasaran gula-gula Hacks yang mendapat sambutan, White Hudson & Co., bersetuju untuk melabur dan berkongsi modal RM1 juta bagi membina kilang dan memasang mesin untuk menghasilkan gula-gula Hacks.

Melihat kepada potensi jualan Hacks yang begitu besar, Abu Backer mula menyuarakan hasratnya untuk membeli tanda niaga Hacks dari White Hudson & Co. bagi edaran di rantau Asia Tenggara dengan berbekalkan modal RM2.5 juta.

Pemegang hak Hacks itu telah menjual tanda niaga tersebut kepada Barkath Store pada tahun 1987, membolehkannya menguasai pasaran gula-gula Hacks bagi negara India, Brunei, Thailand dan Malaysia.

Barkath Store mula terlibat dalam pengedaran pati minuman jenama Sunquick pada tahun 1960 apabila ia mengimport produk tersebut dari Denmark.

Sebagaimana Hacks sebelum itu, Sunquick turut berdepan dengan masalah cukai yang tinggi.

Pada tahun 1970, Barkath Store telah bertemu dengan pemegang hak Sunquick, Co-Ro Food A/S Denmark bagi membuat produk itu di Mak Mandin, Pulau Pinang dengan membawa masuk pati jus berkenaan sebelum memprosesnya di sini.

Pada tahun 1978, jenama Sunquick mula dikeluarkan menerusi syarikat Barkath Co-Ro Manufacturing Sdn. Bhd., dengan bermodalkan RM15 juta hasil perkongsian 50-50 dengan syarikat induk dari Denmark itu.

``Sehingga kini kita telah berjaya menghasilkan pelbagai perisa Sunquick.

``Sehingga sekarang, kita mengeluarkan lapan perisa dan menjadikan Malaysia sebagai negara terbesar pengeluaran produk tersebut,'' katanya

Friday, 5 December 2008

Jutawan Pasar Malam

Salam Sejahtera!

Nama saya yang sebenar Zul atau lebih dikenali di Seberang Perai dan Pulau Pinang Aree Bihun Sup. Saya meninjau dan” long tour” dari Malaysia sehingga ke Negara Omputih, saya lihat rata-ratanya orang yang masuk ke ruangan Forum ni semuanya tercari-cari , bagaimana nak buat duit kat Internet> Ebiz?

Kekadangnya banyak duit yang habis dengan membeli Ebook dan pelbagai tool untuk buat duit walaupun sebenarnya benda ni kurang pasti dan saya tak nafikan memang ada yang berjaya> saya sendiri pun ada sedikit sebanyak dapat duit dari perniagaan Internet nih?

Apa yang ingin saya sampaikan disini adalah ada banyak lagi perniagaan yang wujud kat mukabumi Allah yang maha luas ini? Dan anda perlulah membuka minda untuk melihat perniagaa Fizikal yang lebih nyata dan memberikan pulangan yang lumayan dan anda boleh menjadi “TAUKE” sendiri?

Salah satu perniagaan yang saya maksudkan dan tak pernah saya lihat ada sesiapa yang menulis atau bincangkan adalah perniagaan Pasar Malam?

Memang saya tahu ada sekelompok manusia memandang hina pada peniaga-peniaga Pasar Malam ini? Tetapi tahukah anda peniaga Pasar Malam boleh menjana pendapatan sehingga RM20K sebulan? Dan mereka-mereka inilah yang di gelar jutawan senyap> hidup dalam keadaan “Low Profile”. Jika tidak masakan mereka mampu menggunakan kereta-kereta mewah dan mempunyai rumah mewah yang anda sendiri tidak mampu milikinya!

Ok! harap anda tidak bosan membaca leteran saya ini > hanya untuk anda???

Saya sendiri adalah seorang peniaga Pasar malam di Pulau Pinang dan mempunyai 7orang pekerja yang setia dan sudah bertapak di sini selama 14tahun dengan income bulanan RM12 ke RM15 Ribu sebulan Bersih?????

Kisah saya bermula 14 tahun yang lalu dimana saya juga berkerja makan gaji seperti anda juga dan pada masa itu kalau makan gaji memang susah nak hidup senang? Saya mula mendapat Idea dari abang saya untuk mulakan perniagaan Pasar malam ni dengan menjual keropok lekor dan air soya . Saya buat ni ada ler dalam setahun lebih cam tu sehinggalah saya mula masuk ceramah -ceramah politik dan saya perhatikan ! kenapa terlalu ramai orang jual bihunsup> saya balik dan saya mengkaji , berapa income mereka dapat ngan income jual keropok saya?

Setelah saya survey , rupa-rupanya menjual bihunsup ni income yang dapat fulamak hebat BRO?
Timbul di fikiran saya nak jual bihun sup pulak tetapi tak tahu pulak nak masak> fuh kacau-kacau! Lama jugak saya dok fikir benda ni sehinggalah suatu hari saya teringatkan sepupu saya yang berniaga Kat KOMTAR , Penang> dia ada kedai nasi ayam kat situ?
Apa lagi, ni peluang baik ! Saya pun belajar ngan dia? Ada ler lebih kurang sebulan dok ulang alik naik feri nak dapatkan resepi nih?

Maka bermulalah saya dengan perniagaan baru> bihunsup?
Mula-mula tu nak dapatkan pelanggan punya ler susah, tuhan saja yang tahu> modal dah ler tinggi> jualan tak seberapa dengan saingan dari orang-orang lama yang dah berpuluh tahun jual bihunsup? sehingga ada yang tegur saya ” berani hang jual bihunsup no?”
Almaklumlah rata-rata penjual bihunsup pada masa tu berumur lingkungan 40an tetapi saya baru jer berumur 24 tahun masa tu> Bak kata orang Penang, KANIAQ lagi?.

Saya tak mengalah dan terus berusaha memperbaiki keenakkan bihunsup saya dan pada mulanya saya kerja sorang diri jer , tetapi lama kelamaan dengan berkat usaha dan izin Allah saya berjaya bersaing ngan geng-geng yang dah lama dan sehingga kini saya mempunyai 7 orang pekerja dan saya tak perlu buat apa sekarang? Idea yang paling bijak saya dapat ialah saya juga berniaga air teh, kopi serta pelbagai minuman sejuk dan panas?????? Pandai tak?

Anak buah saya akan bergerak dengan barang ke Pasar malam jam 3.30 petang dan saya hanya akan pergi selepas waktu Maghrib untuk monitor dan ambik duit dan saya akan balik jam 10 malam , barang-barang semua akan dikemaskan oleh pekerja saya??? Jadi Tauke ler BRO.

Hingga kini saya mampu hidup bersenang lenang dan saya masih mempunyai masa menaip cerita ini untuk tatapan anda merenung perniagaan yang nyata dengan impian atau angan-angan???????

Paling buat saya senang hati apabila tibanya Ramadan yang mulia, sudah pastinya tumpuan orang ramai kepada AREE BIHUN SUP GEAR BOX EXT SERVICE dan masing-masing berebut-rebut nak membelinya. Yang menariknya income saya setiap tibanya bulan Ramadan tak lari dapat RM15k ke RM18K sebulan. Percaya tak? cuba dulu baru tau??

Sekiranya anda kurang yakin anda boleh pergi ke blog saya , bukannya promosi cuma nak buktikan kepada anda yang perniagaan Pasar Malam pun boleh di promosi melalui Internet>keh keh keh.

Bagi mereka-mereka yang tinggal di Pulau Pinang dan Seberang Perai saya jemput untuk menikmati hidangan bihunsup saya ini dan lokasi perniagaan saya anda boleh lihat di sini
THE SILENT PASAR MALAM BILLIONAIRAda yang bertanya> erk Cam mana Peniaga Pasar Malam boleh celik IT nih?
Untuk maklumat anda sekarang ni, kebanyakkan Peniaga Pasar Malam mempunyai kelulusan yang tinggi dan pada asalnya memang mereka-mereka ini makan gaji seperti anda semua tetapi keinginan untuk menambah pendapatan mendorong mereka menceburi perniagaan Pasar Malam ini.

Baik saya bagi bagi contoh di sini, NASIR SOYA> PEMEGANG IJAZAH BIZ STUDY-UKM> KINI SEORANG PEMBEKAL SOYA TERKEMUKA DI PULAU PINANG<> PAK NGAH LAKSA- PEMEGANG IJAZAH SYARIAH-UUM> KINI PENIAGA LAKSA YANG MEMPUNYAI 5 CAWANGAN SEHARI DAN INCOME STREAM DIA RM100K- RUMAH DAN KERETA DIA TAKUUUT KALAU ANDA TENGOK<> DAN SAYA SENDIRI PEMEGANG IJAZAH “NURSING CARE DAN DIPLOMA PUBLIC HEALTH , Semua ini bukan untuk membanggakan diri cuma sekadar menyedarkan masyarakat dan ingin mengajak saudara mempelajari teknik dan perniagaan Pasar Malam yang menjanjikan pulangan yang pasti anda tidak percaya???

INGATLAH ANDA MAMPU JADIKAN IMPIAN SATU KENYATAAN DENGAN MEMILIKI PERNIAGAAN SENDIRI klik sini untuk dapatkan panduan jadi jutawan pasar malam



Tuesday, 25 November 2008

16 Sebab Kegagalan Perniagaan

16 Sebab Kegagalan Perniagaan
Oleh: Irfan Khairi

Sudah pasti, tiada siapa inginkan kegagalan dalam
perniagaan, namun kegagalan perniagaan tetap terjadi. Ianya
dikatakan lebih daripada 90% perniagaan yang dimulakan mengalami
kegagalan.

Berikut adalah sebab-sebab kegagalan perniagaan. Pastikan anda
menjauhinya!

1: Tiada matlamat
Tiada matlamat yang jelas apa yang ingin dicapai oleh perniagaan
yang dibina. Apakah matlamat perniagaan anda dalam masa 1 tahun
dari sekarang? Apakah matlamat perniagaan anda dalam masa 3 tahun
dari sekarang? Apakah matlamat perniagaan anda dalam masa 5 tahun
dari sekarang? Apakah matlamat perniagaan anda 10 tahun dari
sekarang? Matlamat akan menentukan arah tuju sesuatu perniagaan.
Tanpa matlamat yang jelas, perniagaan tidak mempunyai daya dan
motivasi untuk berkembang.


2: Tidak mengutamakan pelanggan
Pelanggan merupakan aset utama apa sahaja perniagaan. Utamakan
pelanggan oleh kerana apa sahaja perniagaan berfungsi untuk
memenuhi keperluan pelanggan. Ianya sering dikatakan dalam
buku-buku perniagaan bahawa pelanggan adalah raja!

3: Tidak usahakan jualan
Keuntungan perniagaan datangnya dari jualan. Amat jarang sekali
sesuatu jualan akan datang dengan sendiri. Usahawan perlu
mengusahakan untuk mendapatkan jualan. Pastikan momentum diteruskan
untuk mendapat jualan demi jualan oleh kerana tanpa jualan, tiada
keuntungan!

4: Tidak sabar
Naluri ramai usahawan adalah untuk menjadi kaya dengan segera.
Perniagaan perlu dilihat untuk mendapat keuntungan jangka waktu
panjang dan bukan meraih keuntungan maksima pada jangka waktu
singkat.

5: Gagal meletakkan prioriti
Ianya dikatakan, 20% daripada usaha akan menghasilkan 80% daripada
pulangan. Kesilapan ketara bagi mereka yang tidak bijak meletakkan
prioriti adalah memberi fokus kepad 80% usaha perniagaan yang hanya
memberi 20% daripada pulangan. Agihkan kerja-kerja perniagaan yang
tidak memerlukan masa dan tenaga anda kepada orang lain supaya
tenaga dan masa anda dapat ditumpukan pada aktiviti 20% yang
memberi keuntungan 80%.

6: Melakukan sesuatu di luar bidang
Sebaiknya, jalankan perniagaan di mana letaknya kekuatan anda.
Memulakan perniagaan yang bukan dalam kekuatan anda hanya akan
mengurangkan motivasi anda.

7: Tidak mempunyai daya saingan pada produk atau perkhidmatan
Persaingan semakin sengit dalam arena perniagaan. Sesuatu
perniagaan perlu mempunyai daya saingan yang hebat berbanding
dengan pesaing dari segi lebih baik, atau lebih murah, atau lebih
pantas dari pesaing. Tanpa daya saingan untuk membezakan anda
dengan pesaing, ianya hanya akan menenggelamkan perniagaan anda.

8: Produk tidak memenuhi keperluan pelanggan
Mempunyai produk untuk dijual adalah langkah utama memulakan
perniagaan. Namun, dengan mempunyai produk sahaja, tidak mencukupi.
Produk yang dijual perlu dapat memenuhi keperluan pelanggan.
Mungkin anda ingin jual bahan kosmetik untuk memutihkan kulit,
tetapi produk anda bukan sahaja memutihkan wajah pengguna, ianya
menyebabkan kulit berminyak di wajah pengguna pula. Maka, produk
tersebut tidak dapat memenuhi keperluan pengguna.

9: Produk dan perkhidmatan pelanggan yang tidak berkualiti
Zaman ini, pelanggan mementingkan kualiti produk dan perkhidmatan
pelanggan
. Oleh kerana persaingan semakin tinggi, terdapat
berbagai-bagai pilihan yang boleh dibuat oleh pelanggan. Produk dan
perkhidmatan yang berkualiti akan menjadi pilihan utama.

10: Gagal mengenalpasti pelanggan
Siapakah bakal pelanggan anda? Dimana komuniti bakal pelanggan
anda? Apakah kemampuan kewangan bakal pelanggan anda? Bagaimana
caranya anda boleh mencapai bakal pelanggan anda? Strategi
perniagaan adalah menetapkan tumpuan pasaran anda (niche market).
Dengan menetapkan tumpuan pasaran anda, ianya adalah lebih mudah
mengenalpasti pelanggan anda untuk melakukan sebarang jualan.

11: Lemah dalam urusan kewangan
Fahami angka kewangan perniagaan anda. Pastikan setiap transaksi
perniagaan diambil kira dan walaupun bunyinya mudah, namun, terlalu
banyak perniagaan membelanja lebih daripada apa yang diterima.
Bijak dalam berbelanja untuk perniagaan, walaupun usahawan perlu
mengambil risiko kewangan, namun risiko yang terbaik adalah risiko
yang telah diselidik.

12. Gagal mengikut trend semasa dan pasaran
Trend dan pasaran berubah mengikut masa. Satu ketika dulu, walkman
menjadi pilihan utama muda mudi berhibur, kini trend sudah berubah
menjadi pemain MP3! Usahawan perlu peka kepada trend semasa dan
pasaran supaya perniagaan sering dikemaskini mengikut arus zaman.

13: Perbelanjaan overhed yang tinggi
Seringkali kos overhed memakan segala keuntungan perniagaan.
Pastikan kos overhed adalah pada minimum. Kos overhed termasuk kos
elektrik, kos pekerja, kos premis, kos air, kos Internet dan
sebagainya. Kos overhed akan sentiasa dikenakan setiap bulan.
Sekiranya kos overhed mencecah RM20,000 setiap bulan, maka,
keuntungan perniagaan perlu melebihi RM20,000 hanya untuk mendapat
keuntungan.

14: Tiada perancangan perniagaan
Tidak melakukan perancangan adalah merancang untuk gagal. Sediakan
pelan dan langkah-langkah untuk mengembangkan perniagaan anda.
Aturkan strategi pemasaran dalam mendapat pelanggan yang ramai.
Perniagaan menjadi cemerlang bukan kerana nasib, tetapi kerana
perancangan perniagaan yang lengkap.

15: Perancangan tanpa tindakan
Perancangan hanyalah langkah pertama. Perancangan tanpa tindakan
susulan tidak akan membuahkan hasil! Pastikan apa yang dirancang,
diimplementasikan. Apa akan terjadi sekiranya apa yang dilaksanakan
tidak menjadi dan gagal? Tidak mengapa, kegagalan akan mengajar
anda untuk mengubah perancangan. Kegagalan adalah guru yang paling
baik dalam perniagaan sekiranya anda membenarkan diri anda
mempelajari dari kesilapan.

16. Gagal berhubung dengan pekerja
Sememangnya agak sukar menjalankan perniagaan dengan sendiri tanpa
mengagihkan kerja kepada pihak lain. Fahami kehendak dan keperluan
pekerja oleh kerana pekerja akan membantu memajukan perniagaan
anda. Hubungan yang baik dengan pekerja akan memberi motivasi
kepada pekerja untuk berusaha dengan lebih tinggi dalam memajukan
perniagaan anda.

Dengan mengetahui dan memahami sebab-sebab kegagalan perniagaan,
ianya dapat membantu anda menghindari dari kegagalan perniagaan.
Namun begitu, perlu diingat juga bahawa, sekiranya sekiranya rezeki
perniagaan tidak menyebelahi anda dan anda menghadapi kegagalan,
gagal sekali, bukan bermaksud gagal selamanya. Teruskan usaha oleh
kerana kejayaan sering dijumpa disebalik kegagalan!

Thursday, 20 November 2008

‘Satu Keluarga Satu Penapis Air’.


BERBEKALKAN pengalaman 19 tahun dalam pemasaran berkaitan penapis air, Mohd. M. Said menggembeling tenaga, idea dan keberanian menghasilkan produk yang memang dinanti-nantikan pengguna Muslim iaitu Penapis Air Hijrah Aura Ion Beralkali.

Malah menurut Mohd. selaku Ketua Pegawai Eksekutif Hijrah Toyibbah Network Sdn. Bhd. (HTNSB) yang beroperasi di Tangkak, Johor, pihaknya juga merancang melahirkan seberapa ramai usahawan Muslim tulen sesuai dengan moto ‘Satu Keluarga Satu Penapis Air’.

Yakin beliau, hasrat ini mampu direalisasikan menerusi penyediaan beberapa pilihan pakej, apatah lagi HTNSB mensasarkan 500 stokis di seluruh Malaysia menjelang akhir tahun 2008.

Ikuti temu bual wartawan, ZUARIDA MOHYIN dan jurufoto, ZAKARIA IDRIS bersama Mohd. dalam satu pertemuan, baru-baru ini.

MEGA: Bagaimanakah datangnya idea untuk menghasilkan produk Penapis Air Hijrah Aura Ion Beralkali?
MOHD.: Idea ini datang setelah melihat pelbagai penapis air di pasaran terlalu tinggi harganya hingga mencecah RM2,000. Sungguhpun ada di antaranya menyediakan skim bayaran ansuran, ia boleh dikira agak membebankan pelanggan. Apabila tamat bayaran, harga menjadi sekali ganda dan berunsur faedah atau riba. Keuntungan syarikat tersebut berlipat kali ganda tanpa memberi pulangan yang tinggi kepada usahawan.

Oleh itu, kehadiran produk penapis air Hijrah ini diharap dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi pelanggan khususnya orang Islam. Penapis air kami dijual pada harga RM1,523 sama ada tunai atau kredit.

Kami menyediakan bayaran ansuran dengan kadar yang dikira berpatutan iaitu pelanggan hanya perlu membayar RM65 sebulan selama 23 bulan dan bulan ke 24 hanya RM28.

Skim kami tidak membebankan pelanggan dan bebas daripada unsur riba.

Apakah keistimewaan penapis yang diketengahkan oleh syarikat HTNSB?
MOHD.: Penapis Air Hijrah Aura Ion Beralkali menggunakan gabungan teknologi canggih dari Korea, United Kingdom dan Jepun, pengujian dan pengesahan mengikut piawaian antarabangsa dari Sirim No2006KL1088. Sistem penapisan kami dapat menapis dan menyingkirkan lebih daripada 99 peratus pencemaran, klorin, bakteria, kulat dan logam berat merbahaya dalam air.

Malah melalui teknologi inframerah jauh dan batu mineral semula jadi produk ini mampu membekalkan tenaga, mineral semula jadi dan kalsium kepada air minuman anda. Sekali gus memberi daya hidup kepada sel-sel darah, memperbaiki sistem pengaliran dan meningkatkan tahap kesihatan anda sekeluarga.

Yang unik dan istimewanya penapis air Hijrah ini ialah ia bebas daripada penggunaan tulang haiwan di dalamnya dan katrij keluaran syarikat kami hanya menggunakan batu batan dan tempurung kelapa sebagai gantian tulang haiwan yang diimport dari Filipina.

Selain itu, kos penyelenggaraan juga murah, ada setengah penapis air memerlukan tiga atau empat katrij untuk ditukar dalam tempoh setahun yang melibatkan kos di antara RM300 atau RM400, tetapi penapis air kami hanya memerlukan belanja tidak sampai RM100 untuk setiap tahun.

Di samping itu, kandungan PH kami tinggi menghampiri air zam zam, amat sesuai untuk meneutralkan asid di dalam badan. Kajian para saintis menyatakan pelbagai penyakit berpunca daripada sel tubuh yang berasid dan ia terbentuk daripada pemakanan seharian kita.

Oleh itu, mineral beralkali yang terdapat di dalam air minuman boleh membantu meneutralkan sisa buangan berasid sebagai pencegahan terhadap pelbagai penyakit seperti gout, kencing manis, sakit sendi dan sebagainya termasuk kanser.

Hal ini diakui oleh pengarah Majlis Air Antarabangsa, Dr. Mona Harisson. Beliau mengatakan sel kanser mati dalam air beralkali, virus dan agen jangkitan lain tidak boleh hidup di persekitaran alkali dan air beralkali baik untuk insomnia dan Colic. Sel yang sihat akan bersifat alkali dan sel yang rosak atau tidak sihat bersifat asid.

Mengapa perniagaan ini yang dipilih dan tidak kepada bentuk perniagaan lain?
MOHD.: Kami memilih produk penapis air adalah kerana ia merupakan produk keperluan dan bukan produk mewah. Sungguhpun permintaan terhadapnya sangat tinggi di pasaran, tetapi kebanyakan pelanggan tidak berkemampuan untuk membeli apa lagi secara tunai.

Apakah cabaran yang dihadapi dalam bidang ini dan bagaimana mengatasinya?
MOHD.: Dalam perniagaan, rintangan dan cabaran tetap ada di depan mata seperti, persaingan dengan syarikat gergasi, pandangan rendah masyarakat Islam terutamanya terhadap produk keluaran Muslim dan sebagainya.

Pun begitu, pengalaman selama 19 tahun dalam bidang pemasaran telah mematangkan saya dan faham akan kehendak pengguna jika satu-satu produk itu berada di pasaran.

Kita hanya meniru dan mengubah suai produk tersebut sesuai mengikut kehendak pasaran khususnya untuk kegunaan umat Islam. Alhamdulillah, sekarang orang Islam telah sedar bahawa kuasa membeli adalah amat tinggi daripada masyarakat Islam. Sebab itulah hanya dengan bantuan orang Islam sahaja ekonomi ummah boleh berkembang.

Kepuasan yang bagaimanakah yang diperoleh dalam bidang ini?
MOHD.: Apabila pelanggan Islam khususnya, yang menggunakan produk kami, mereka mengucapkan terima kasih kerana mengeluarkan produk mengikut hukum syariah tanpa riba serta produk yang halal. Hal ini telah menyentuh perasaan dan saya merasa bangga dapat membantu mereka keluar daripada kepompong produk yang bertentangan dengan Islam.

Saya juga dapat melahirkan ramai usahawan yang berjaya dengan memperoleh pendapatan RM2,000 ke atas. Apabila usahawan menjadi stokis, 70 peratus bayaran daripada pelanggan sebanyak RM65 setiap bulan selama dua tahun, usahawan akan mendapat RM45 selama dua tahun juga.

Bagi mereka yang berminat menjana pendapatan bolehlah menjadi stokis kami dengan permulaan modal yang berpatutan. Mereka bolehlah menghubungi talian 06-978 8384 atau layari laman web kami di alamat http://www.hijrahwater.com/

Apakah pandangan saudara berkaitan saranan Islam iaitu 9/10 punca rezeki adalah melalui perniagaan?
MOHD.: Tidak dinafikan 9/10 punca rezeki datang daripada perniagaan, tetapi kita harus ingat bentuk perniagaan yang kita lakukan, adakah produk yang dijual atau konsep perniagaan itu mengikut kehendak syarak.

Sebagai contoh kita menjual ikan dengan menipu timbangan, menjual barang dengan skim pinjaman berunsur riba, menjual daging dengan mencampurkan daging lama dengan daging baru tanpa pengetahuan pelanggan tetapi mengenakan bayaran mengikut daging yang baru dan sebagainya, hukumnya adalah haram dan tidak mendapat keberkatan daripada Allah SWT dan akhirnya, perniagaan ditutup.

Maka 9/10 punca rezeki yang dikatakan itu tidak berjaya kerana bercanggah dengan hukum Islam. Kegagalan itu bukan disebabkan bidang perniagaan tetapi konsep perniagaan itu sendiri telah menutup pintu rezeki dalam perniagaan tersebut.

Tuesday, 11 November 2008

5 Langkah Membina Minda Jutawan

5 Langkah Membina Minda Jutawan
Oleh: Irfan Khairi

Kall, pernahkah anda fikirkankan, apakah sebenarnya di dalam
minda seorang jutawan? Apakah persediaan minda yng dilakukan untuk
menjadi seorang yang berjaya?

Pernahkah anda dengar cerita tentang seseorang yang tiba-tiba
mendapat durian runtuh (dari segi kewangan, bukan durian!), tetapi,
tidak lama kemudian segala yang dimiliki hilang entah ke mana?

Ini adalah kerana minda seseorang itu belum bersedia menerima
situasi durian runtuh tersebut. Maka, terjadinya konflik antara
minda yang belum bersedia dan tingkah lakunya.

Tulisan saya kali ini adalah berdasarkan kajian yang dilakukan
keatas orang-orang yang berjaya, tidak kira jutawan, ahli sukan,
personality atau ahli politik. Teknik yang sering digunakan dalam
menguasai minda di gelar NLP (Neuro linguistic programming).
Artikel ini menyentuh satu cara menguasai minda yang sering
digunakan dalam mempersedia dan mencapai apa sahaja kejayaan.

Fikiran manusia adalah sesuatu yang amat kompleks di mana ia
dikatakan manusia belum lagi menggunakan kuasa minda sepenuhnya.
Minda anda adalah sesuatu yang amat canggih sehingga tiada komputer
di dunia dapat berfungsi seperti minda anda. Bagaimanakah caranya
menggunakan kuasa minda untuk berjaya? Berikut adalah 5 langkah
untuk membangunkan minda jutawan...

Langkah 1: Penuhi fikiran anda dengan apa yang anda mahukan.

Ia dikatakan bahawa seseorang itu akan menjadi apa yang
difikirkannya pada kebanyakan masa. Apa yang anda sering fikirkan?
Usahawan yang berjaya sering memenuhi mindanya dengan kejayaan
berurusniaga. Ahli sukan yang berjaya sering memenuhi mindanya
dengan gambaran memenangi pingat.

Ahli sukan popular, Lance Armstrong pernah menghidap penyakit barah
yang amat serius sehinggakan para doktor menganggap beliau tidak
akan dapat meneruskan hidup. Lance Armstrong bukan sahaja
membuktikan beliau boleh pulih dari barah, tetapi dengan
menggunakan teknik memenuhi fikirannya dengan gambaran kejayaan
dalam bidang lumba basikal, Lance kemudiannya memenangi
pertandingan basikal yang paling sukar sekali, iaitu Tour de France
sebanyak 7 kali!

Dengan memenuhi minda anda dengan apa yang anda mahu, ianya akan
menjadi sebahagian dari minda separuh sedar anda sehingga minda
anda sendiri akan mendorong anda mencapai apa jua kejayaan.

Langkah 2: Sebutkan dengan jelas

Sebut dan luahkan secara verbal dengan jelas apa yang ada di minda
anda. Ini adalah kerana, dengan menyebut, minda akan berfungsi
dengan lebih sempurna. Teknik ini digelar teknik affirmation.
Teknik ini merupakan kata-kata yang membantu dalam membangunkan
diri sendiri. Affirmation yang paling popular digunakan di dunia
adalah:

"In every day and every way I am getting better and better".

"Setiap hari, dan setiap cara, saya menjadi insan yang semakin baik"

Ianya adalah penting untuk kata-kata anda adalah sesuatu yang
benar. Maksudnya, sekiranya setiap hari anda menjadi semakin malas,
maka, kata-kata itu tidak akan membantu, tetapi hanya akan
mengurangkan motivasi anda oleh kerana minda akan menemui konflik.

Sebagai contoh, sekiranya anda menyebut berulang kali "Saya akan
pergi ke Gym untuk bersenam dan menjadi semakin kuat", tetapi anda
hanya duduk di rumah dan bermain Playstation 2 anda 24jam sehari,
kata-kata affirmation tersebut tidak akan membantu anda. Malah,
ianya akan mengurangkan motivasi anda.

Apabila memberi affirmation, sebutkan yang benar sahaja seperti
"Saya kini tiada wang, saya perlu menyiapkan novel saya yang akan
membantu dalam kewangan saya!". Kemudian, terus ke komputer anda
dan mula kerjakan novel anda itu!


Langkah 3: Bayangkan anda berjaya mendapat apa yang anda inginkan

Dalam minda, anda perlu membayangkan masa hadapan di mana anda
dapat melihat bahawa anda telah mencapai kejayaan tersebut.
Sekiranya anda inginkan kemewahan, bayangkan dalam 10 tahun lagi
apa yang anda telah capai, mungkin rumah banglo 3 tingkat bersama
swimming pool dan 3 buah kereta mewah di garage. Sekiranya anda
seorang ahli sukan, maka bayangkan anda memenangi acara anda.
Berdiri di podium dan disarungi pingat emas.

Lebih jelas anda menggambarkan bahawa anda berjaya mendapat apa
yang anda ingini, maka, lebih hebat minda anda akan berfungsi untuk
mencapai cita-cita tersebut. Bayangkan suasana, waktu, warna, cuaca
dan sebagainya dengan jelas.

Lebih lama anda dapat menyimpan gambaran ini di dalam minda anda,
lebih hebat efeknya kepada anda. Simpan gambaran tersebut selama 1
minit... 5 minit... 10 minit dan sebagainya. Seorang pemain bola sepak
terkenal sebelum memulakan perlawanan bola sepak, menyimpan
gambaran kejayaannya di padang dalam kepalanya selama 90 minit-
iaitu jangka masa seluruh perlawanan!

Kekerapan anda menggabarkan ini juga akan membantu, di mana
sekiranya anda lebih kerap membayangkannya setiap hari, maka, ia
akan mudah menjadi untuk anda. Jangan lupa- anda akan menjadi apa
sahaja yang anda fikirkan pada kebanyakan masa.


Langkah 4: Masukkan emosi

Manusia adalah insan yang beremosi. Emosi digunakan untuk membakar
semangat anda dalam mencapai apa sahaja kejayaan. Dalam memikirkan
apa yang anda mahu, affirmation, dan juga membayangkan anda
mencapainya, masukkan unsur-unsur emosi di dalam kesemuanya.

Menurut Abraham Maslow, emosi adalah asas utama yang membentuk
hireraki keperluan Maslow. Bayangkan diri anda gembira, keluarga
anda gembira, teman-teman anda mengucapkan tahniah, seluruh suasana
di sekeliling anda yang gembira dengan pencapaian anda. Ketika
affirmation juga, luahkan dengan penuh semangat dan emosi oleh
ekrana ianya akan membantu anda.

Emosi dalam setiap langkah ini bagaikan minyak membakar motivasi
anda.

Langkah 5: Percaya dan yakin ini terjadi

Langkah terakhir, adalah dengan gambaran apa yang anda inginkan,
kata-kata affirmation yang bermakna, visual di dalam minda anda
telah mencapai apa yang anda inginkan bersama emosi yang membakar,
kesemuanya adalah tidak guna sekiranya anda tidak percaya dan yakin
anda akan berjaya.

Sunday, 2 November 2008

Rahsia Jamu Mak Dara

KATA peribahasa, ‘tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu’. Kata-kata itu sesuai ditujukan kepada dua beranak, Halimah Shuib dan Syed Muhammad Gadaffi Syed Ali.

Siapa sangka, dengan hanya satu produk — Jamu Mak Dara — ia menjulang nama kedua-duanya, malah dalam tempoh dua tahun kewujudannya, produk itu terus mencatat prestasi mengagumkan. Bermula daripada satu paket jualan pada awal 2006, ia kini mencecah minimum 300 botol sehari.
Barangkali mungkin ramai mengenali jenama Jamu Mak Dara — produk berasaskan herba yang direka khusus untuk wanita dan lelaki bagi meningkatkan prestasi kesihatan.

Bagi yang menggunakan jamu itu, pasti terbayang wajah pengasasnya, Halimah Shuib dan mungkin menjadikan wanita ini sebagai contoh. Meskipun usianya 65 tahun, susuk tubuhnya persis anak dara, malah masih menawan dan ada tarikan.

‘Penangan’ Jamu Mak Dara membuatkan Pengarah Urusan Jamu Mak Dara Sdn Bhd (JMDSDN) yang juga anak keempat Halimah, Syed Muhammad Gadaffi, 35, tidak duduk diam.

Mungkin ini yang dikatakan rezeki dan tuah yang diiringi dengan kesabaran tinggi. Siapa menduga dua beranak itu yang pernah hidup melarat kini meniti kejayaan.

“Saya bersama ibu pernah berkongsi makan mi segera, tidak mampu bayar sewa rumah, bengkel membaiki kereta dijadikan rumah selama tiga tahun, tumpang rumah orang dan paling menyedihkan, ibu tidur di dalam ‘stall’ (gerai tolak) selama dua tahun manakala saya tumpang tidur di rumah seorang rakan berbangsa Cina,” katanya yang lebih dikenali sebagai Abib.

Melayari hidup anak kelahiran Kuala Lumpur (KL) itu, Abib dibesarkan di Selayang sebelum pulang ke kampung di Rengit, Batu Pahat, Johor untuk tinggal bersama nenek sementara ibunya bekerja di Genting Highlands sebagai tukang masak.

Kehidupannya sejak kecil hingga besar, mendidik Abib untuk berdikari. Pada usia sembilan tahun, Adib membantu ibunya menjual kuih-muih di Sekolah Rendah Kebangsaan Selayang Baru, Selayang.

Abib pernah dimarahi guru kerana berniaga, namun itu tidak mematahkan semangatnya mencari rezeki, malah dia mula menjual seawal jam 4 pagi di pintu pagar sekolah bagi mengelak dikenakan tindakan.

Ketika di sekolah menengah di Batu Pahat, selain menjual kuih-muih, selepas waktu sekolah Adib bekerja di kedai makan dari tingkatan 1 hingga 5 bermula jam 3 petang hingga 2 pagi.

“Ketika di Rengit, ibu bekerja di Genting Highlands, jadi saya urus diri sendiri. Untuk dapat duit belanja, saya kerja di kedai makan dengan gaji RM1 sehari.

“Duit yang ada saya guna beli buku, baju dan kelengkapan diri. Yuran sekolah juga saya bayar sendiri dengan duit ini dan ada juga minta bantuan guru untuk tolong jelaskan.

“Untuk jimat belanja, saya goreng lebihan makanan di kedai dan simpan untuk dibawa sekolah atau bawa bekal sekeping coklat sementara air paip dijadikan minuman,” katanya.

Selepas tamat SPM (Sijil Pelajaran Malaysia), Adib berhijrah semula ke KL seorang diri dan ada cerita menarik yang disimpan rapi dalam kotak fikirannya selama ini.

“Saya ke KL berbekalkan RM30 saja iaitu duit gaji yang dikumpul selama 30 hari kerja di kedai makan. Saya naik bas dan sampai di Hentian Pudu Raya jam 4 pagi. Kebetulan ada operasi pihak berkuasa untuk menahan pendatang asing.

“Saya ditahan dan tak tahu hendak ke mana, jadi seorang anggota polis mengajak saya tinggal sementara di kuarters polis Dang Wangi. Ketika itu ibu bekerja di istana Brunei sebagai tukang masak.

“Selama empat bulan saya tinggal di sana tapi bukan duduk saja, saya masak, basuh dan gosok baju serta kemas rumah. Mereka baik hati, malah beri duit belanja,” katanya.

Selepas menetap lama di rumah itu, Adib berpindah ke rumah seorang rakan berbangsa Sikh di Sentul dan tinggal di situ hampir tujuh bulan.

Adib memujuk ibunya di Brunei supaya pulang ke KL dan apabila Halimah sampai ke ibu kota, mereka berdua tidur di bekas bengkel kenderaan milik bapanya. Beralaskan kertas surat khabar serta lantai dan dinding yang ada kesan cat hitam, dua beranak itu hidup di sana selama tiga tahun.

“Dalam tempoh itu, saya bekerja sebagai penjual cadar. Ibu pula membeli gerai untuk berniaga menjual nasi campur. Masa itu memang sukar, sudahlah kami ditipu apabila membeli gerai berharga RM2,700 sedangkan harga sebenarnya hanya RM1,500, malah untuk dapatkan lesen sangat sukar sehingga saya terpaksa bermalam di depan bangunan DBKL untuk berbuat demikian,” katanya.

Ketika masing-masing rancak bekerja, bengkel berkenaan diambil semula tuan tanah. Adib terpaksa menumpang tidur di rumah rakan berbangsa Cina manakala ibunya tidak mahu ikut sama, sebaliknya tidur di dalam gerai tolak terbabit.

“Ibu tidak mahu tidur di rumah rakan saya kerana berlainan bangsa dan dia sendiri buka kedai 24 jam sehari. Dia sanggup tidur di dalam gerai itu, malah untuk mandi pula dia terpaksa pergi ke hotel berdekatan dan perlu membayar RM1,” katanya.

Selama dua tahun mereka hidup dalam keadaan begitu sehingga Adib mampu menyewa rumah di Segambut. Selepas itu Adib bekerja di Pasar Borong Online iaitu syarikat yang menjual ikan melalui internet.

Tugas Adib, dia bukan saja perlu mengambil pesanan, malah membeli ikan di pasar borong Selayang, menyiang dan menghantar terus ke rumah pelanggan.

Syarikat terbabit ditutup tidak lama kemudian dan berbekalkan pengalaman yang ada, Adib membuka syarikat sendiri Imalimahome yang menjalankan kegiatan sama.

“Ketika perniagaan semakin maju, kakitangan yang saya upah pula buat hal. Bukan saja dia berhutang dengan tauke ayam sebanyak RM10,000, malah van yang saya beli daripada rakan turut dilarikan.

“Ketika itu saya tak mampu nak bayar sewa rumah, malah terpaksa meminjam daripada rakan untuk bayar hutang ayam. Ketika ini saya terpaksa kongsi mi segera bersama ibu.

“Namun Tuhan Maha Kaya. Ketika saya dilanda masalah, ada seorang rakan bisnes berbangsa Cina hubungi saya bertanya khabar dan apabila dia tahu masalah saya, terus dia bersetuju memberi bantuan RM6,000 sebagai modal untuk saya memulakan bisnes,” katanya.

Dengan wang sebanyak itu, Adib bersama ibu mengambil keputusan menjalankan khidmat katering, namun menghadapi masalah apabila ditipu serta lambat menerima bayaran daripada pelanggan.

Kerana menanggung beban hutang yang banyak, Adib menutup operasi katering dan kemudian Halimah menghasilkan buku resipi makanan tradisional Johor.

“Ibu ditemuramah seorang wartawan majalah mengenai buku resipi terbabit dan kemudian wartawan itu bertanya rahsia kecantikan ibu yang memiliki badan langsing dan cantik. Kata ibu, dia amalkan jamu turun-temurun dan wartawan itu berkata mengapa tidak dikomersialkan,” katanya.

Berikutan itu, timbul idea menjadikan amalan Halimah memakan jamu sejak usia belasan tahun lagi sebagai satu perniagaan, malah wartawan terbabit turut menulis artikel mengenai jamu warisan itu.

“Melalui tulisan itu, ramai menghubungi untuk membeli dan kami bertungkus-lumus menyediakan jamu secara paket. Kami hubungi pembaca yang menelefon dan hantar ke rumah mereka tidak kira mereka minta sepaket atau banyak mana,” katanya.

Adib berkata, nama Jamu Mak Dara yang digunakan itu diambil sempena nama panggilan neneknya di kampung yang dipanggil Mak Dara.

Sejak itu, perniagaan Jamu Mak Dara mendapat sambutan sehingga Adib kini berjaya membuka pejabat sendiri di Pusat Bandar Melawati, Hulu Klang.

PROFIL

NAMA: Syed Muhammad Gadaffi Syed Ali

USIA: 35 tahun

LAHIR: 12 November 1972 di Hospital Kuala Lumpur

JAWATAN: Pengarah Urusan Jamu Mak Dara Sdn Bhd dan Yabibdotcom

PENDIDIKAN: Sekolah Rendah Kebangsaan Selayang Baru, Selayang, Selangor dan Sekolah Menengah Tun Sardon Rengit, Batu Pahat, Johor

ADIK-BERADIK: Keempat daripada enam beradik

BUKAN satu, tetapi ada 12 produk keluaran syarikat Jamu Mak Dara Sdn Bhd (JMDSB) sejak ia ditubuhkan dua tahun lalu. Ini bererti, kurang dua bulan, satu produk baru di pasarkan.

Keadaan itu menunjukkan bagai ada tarikan atau boleh diibaratkan seperti ‘pisang goreng panas’, sekali gus membuktikan jamu itu ada pengikut sendiri.

Mengulas lanjut, Adib berkata, penggunaan herba sepenuhnya dalam setiap produk antara faktor Jamu Mak Dara jadi pilihan.

“Kami menggunakan sepenuhnya herba bagi menjamin kualiti produk. Bagi memastikan ia menepati piawaian ditetapkan, herba ini dihantar ke kilang pemprosesan di Raub, Pahang hasil kerjasama dengan syarikat Technology Park Malaysia Biotech Sdn Bhd.

“Produk kami diproses, dibungkus dan dilabel di sini selain dipantau kualiti jamu dan paling penting mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan,” katanya.

Antara produk keluaran Jamu Mak Dara ialah set bersalin lengkap Ibu Halimah berbentuk serbuk dan kapsul, pilis, bedak sejuk, param, rempah mandi, bengkung, jamu pria serta kopi dan teh herba Al-Habsyee.

Ia dihasilkan daripada gabungan formula 32 jenis herba seperti misai kucing, ubi jaga, tongkat ali, manjakani, akar serapat, cabai pintal, cabai batik, halia padi, samba hantu, tahi angin, akar siak, jintan hitam dan cekor.

Abib berkata, setiap produk yang dihasilkan sangat dekat dengan kesihatan lelaki dan wanita, khususnya masyarakat Melayu.

“Setiap produk ada saling kaitan seperti set bersalin, param, rempah mandi dan bengkung. Jadi, kami gunakan herba yang ada untuk saling lengkap melengkapi,” katanya.

Menurutnya, meskipun baru dua tahun beroperasi, dia mempunyai misi untuk memasarkan Jamu Mak Dara ke pasaran global, terutama di Asia Barat dan Eropah.

Katanya, dua tempat itu menjadi tumpuan kerana ada pelancong dari negara terbabit sudah mencuba produknya dan menepati cita rasa mereka.

Selain itu, Abib kini dalam proses terakhir membuka sebuah spa berdekatan pejabatnya yang akan menggunakan produk Jamu Mak Dara, sekali gus menawarkan pakej atau perkhidmatan pada harga lebih rendah.

Friday, 31 October 2008

Dari hobi jadi perniagaan


ALANG-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkalan lengan. Begitulah tekad yang telah dibulatkan gadis kecil molek ini sebaik dirinya bergelar usahawan.

Lulusan Ijazah Ekonomi, Universiti Kebangsaan Malaysia, Farah Rahayu Othman, 29 tahun, sentiasa menjadikan kejayaan ahli keluarga lain dalam dunia keusahawanan sebagai idola dan pemangkin semangat untuk terus ke hadapan.

Wartawan, ZUARIDA MOHYIN berkesempatan menemu bual beliau berkongsi pengalaman mengusahakan Kedai Buku Rhythm yang terletak di Seksyen 8, Bandar Baru Bangi, Selangor.

MEGA: Bagaimanakah perniagaan saudari bermula dan mengapa bisnes ini yang menjadi pilihan?

FARAH: Perniagaan Kedai Buku Rhythm merupakan bisnes jenis francais. Namun ia dikendalikan oleh syarikat yang saya tubuhkan sendiri iaitu Qalam Bestari (M) Sdn. Bhd. pada 2004.

Minat dalam dunia perniagaan memang telah berputik sejak dahulu lagi tetapi pada masa itu belum menemui perniagaan yang dikira sesuai atau berkenan di hati.

Namun pada 2003, saya telah pergi ke pameran francais anjuran Majlis Amanah Rakyat (Mara) dengan harapan membuat tinjauan awal memandangkan pada pameran itu nanti ada pelbagai jenis francais yang ditawarkan di Malaysia.

Akhirnya, saya dapati bahawa perniagaan buku lebih dekat dengan jiwa saya, memandangkan hobi saya adalah membaca. Lantaran itu, pada Oktober 2004 segala usaha merealisasikan Kedai Buku Rhythm bermula secara serius dan bersungguh-sungguh.

Selain menguruskan perniagaan buku, syarikat saya juga terlibat dalam bidang khidmat rundingan (latihan). Kami telah berkesempatan memberi latihan kepada para lepasan siswazah anjuran Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah Negara (Felcra) pada 2006 manakala setahun kemudian menyediakan kursus untuk penduduk Kampung Sukau, Sandakan, Sabah juga anjuran Felcra.

Kebiasaannya apabila sebut kedai buku, orang selalu membayangkan kedai-kedai yang biasa, jadi apakah yang ditawarkan atau kelainan yang terdapat di Kedai Buku Rhythm?

FARAH: Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Pepatah Melayu yang amat sesuai dalam usaha kita memupuk minat membaca terutamanya di kalangan kanak-kanak. Bagi saya tabiat membaca patut dipupuk sejak dari kecil lagi.

Mengapa saya memilih untuk menjadi francais Rhythm, salah satunya kerana saya dapati Rhythm ada mengeluarkan buku kanak-kanak yang amat sesuai bagi peringkat umur dua hingga enam tahun. Kandungan buku-buku tersebut menarik dan diminati oleh ramai kanak-kanak.

Selain itu buku-buku keluaran Rhythm juga diterbitkan khas untuk peringkat tadika (prasekolah) yang saya dapati relevan dengan silibus tadika di Malaysia. Memandangkan pihak francaisor sendiri yang mengeluarkan buku-buku tersebut, itulah yang merupakan kekuatan utama Rhythm maka dengan sendirinya Kedai Buku Rhythm yang menjadi pengedar buku-buku tersebut mempunyai keunikan dan keistimewaannya tersendiri.

Buku-buku prasekolah ini memang mendapat sambutan daripada para pengusaha tadika terutamanya di sekitar Bangi, Selangor. Contohnya; Tadika Little Caliphs, Little Smarties dan Tadika Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Ini terbukti apabila tempahan setiap tahun meningkat dari semasa ke semasa.

Apakah cabaran yang dihadapi dalam bidang ini dan bagaimana anda mengatasinya?

FARAH: Setiap perniagaan mesti ada cabarannya yang tersendiri. Saya juga tidak terkecuali. Bagi saya, cabaran tentunya bagaimana menarik pelanggan dan memenuhi kehendak mereka selain menghadapi persaingan dari kedai-kedai buku yang lain.

Namun bagi saya walaupun dari bidang yang sama, setiap perniagaan itu mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Selain daripada kelebihan dapat membekal buku terbitan francaisor tersendiri, saya harus memberi servis atau perkhidmatan yang terbaik untuk pelanggan saya agar mereka akan datang kembali untuk membeli di kedai saya ataupun menjadi pelanggan setia atau tetap.

Saya juga perlu mempelbagaikan produk kedai saya agar mampu memenuhi kehendak pelanggan di pelbagai peringkat umur dan mampu memberi perkhidmatan yang terbaik.

Perancangan akan datang?

FARAH: Insya-Allah jika ada rezeki, saya ingin mengembangkan perniagaan yang sedia ada dan ingin mempelbagaikan lagi bidang yang diceburi.

Saya juga akan cuba untuk menambahkan perkhidmatan di kedai saya seperti membuat percetakan, cenderahati korporat dan penjilidan kulit keras dan lain-lain bagi syarikat-syarikat berkaitan.

Setelah lebih kurang empat tahun dalam dunia perniagaan, apakah kepuasan yang diperoleh dalam bidang ini?

FARAH: Kepuasan saya adalah apabila saya dapat memenuhi kehendak pelanggan contohnya bila pelanggan datang kembali ke kedai untuk membeli barang-barang dan juga bila melihat kanak-kanak dengan seronoknya membaca buku yang terdapat di kedai saya terutamanya terbitan Rhythm. Kepuasan saya juga apabila melihat kemajuan perniagaan saya dari hari ke hari.

Tuesday, 21 October 2008

Sembahyang juga boleh rawat penyakit kritikal

HASIL kajian Jabatan Kejuruteraan Biomedikal Universiti Malaya mendapati setiap gerakan solat mempunyai manfaat tersendiri yang mampu meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh.

Berita Minggu mendapatkan pandangan setiap pengkaji mengenai hasil kajian masing-masing.
Beliau yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana otot menjadi lebih kuat apabila selalu digunakan.

Katanya, hasil kajian mendapati solat yang membabitkan gerakan tubuh seperti berdiri, tunduk dan bongkok menyamai senaman ringan.

“Kebanyakan otot serta sendi bergerak ketika solat. Umat Islam beruntung kerana solat yang wajib dilakukan setiap hari menyamai aktiviti senaman dan regangan yang memperkuatkan sistem otot dan fizikal tubuh,” katanya.

Malah, katanya solat sama seperti terapi fizikal yang jika dilakukan secara berterusan dan betul menghasilkan kesan positif terhadap tubuh.

Beliau berkata, kajian lebih teliti sedang dilakukan untuk mengenap pasti otot yang aktif ketika solat.

Ng Siew Chok - Isyarat Otak

Beliau berkata, perubahan kimia berlaku apabila otak aktif. Proses kimia yang menyebabkan pergerakan ion atau atom membawa cas elektrik boleh diukur menggunakan elektrod yang diletakkan pada kulit kepala. Sejenis alat, iaitu EEG (Electroencephalography) digunakan untuk mengukur isyarat otak daripada aktiviti elektrik.

“Gelombang otak mempunyai beberapa frekuensi irama yang dipengaruhi oleh keadaan fizikal dan emosi. Jenis gelombang otak Alfa (8-13 Hz) menunjukkan keadaan tenang,” katanya

Walaupun bukan Islam, Siew Chok kagum terhadap hasil kajian yang dilakukannya apabila mendapati keadaan dan pemikiran orang selepas bersolat tenang dan menyamai keadaan selepas bangun tidur.

“Ada fenomena menarik dalam solat, iaitu keadaan berdiri seketika sebelum sujud sebagai peringkat paling tenang ketika bersolat. Saya bukan Islam dan diberitahu bahawa keadaan itu adalah tamakninah,” katanya.

Ketika itu, katanya isyarat alfa meningkat secara mendadak yang menunjukkan seseorang itu berada dalam keadaan tenang.

Siew Chok berkata, solat juga meningkatkan penumpuan terhadap sesuatu perkara dan memperkuatkan kuasa otak.

Sehubungan itu, katanya solat membolehkan seseorang itu menyediakan otak untuk lebih bersedia terhadap sesuatu cabaran yang perlu dihadapinya dalam aktiviti harian.

Dr Fatimah Ibrahim - Komposisi Tubuh

Beliau berkata, komposisi tubuh mengandungi empat komponen utama, iaitu tisu aktif, tisu tulang, komponen air dan lemak.

Beliau berkata, ada beberapa kaedah untuk mengukur komposisi tubuh, tetapi kajian itu menggunakan Analisis Penyepadanan Bio yang menghasilkan keputusan tepat, pantas dan selamat, berbanding pengambilan darah.

“Teknik ini tidak digunakan secara meluas di hospital negara ini, tetapi di Amerika Syarikat, teknik ini digunakan untuk menilai status penyakit seperti Aids, diabetes, demam denggi dan pelbagai penyakit kritikal lain,” katanya.

Dalam kajian ini, katanya model untuk mendapatkan komposisi tubuh terbaik adalah dengan melakukan lima perkara, iaitu solat lima kali sehari, memahami maksud bacaan dalam solat, solat berjemaah, rukuk dengan betul (90 darjah) dan melentikkan jari kaki ketika duduk antara sujud dan tahyat akhir.

Dr Fatimah berkata, orang yang tidak melakukan lima perkara ini mempunyai komposisi tubuh yang kurang baik.

Katanya, kajian mendapati secara keseluruhan orang yang solat berjemaah mempunyai kesihatan lebih baik berbanding yang bersolat secara bersendirian.

“Kita mendapati apabila berjemaah, orang yang melakukan solat bersentuh bahu ke bahu. Tubuh manusia seperti bateri. Ketika bersolat, cas tubuh manusia mengalir seperti dalam litar dan akhirnya meneutralkan cas tubuh.

“Sebelum solat, ada orang yang penat dan ada yang tidak penat. Ketika solat, orang yang tidak penat dan mempunyai cas positif akan mengalirkan cas positif kepada orang yang letih dan mempunyai cas negatif,” katanya.

Katanya, ini yang menyebabkan orang yang bersolat jemaah mempunyai badan bertenaga dan lebih tenang.

Dr Fatimah berkata, solat tarawih dan berpuasa juga memberi kebaikan dan ini terbukti berdasarkan kajian yang dilakukan.

Sebelum Ramadan bermula, katanya komposisi badan diukur dan selepas 21 hari berpuasa, komposisi tubuh yang diukur semula mendapati keadaan tubuh sihat seperti kolesterol rendah akibat kadar pembakaran lemak yang meningkat serta paras glukos rendah.

Selain itu, katanya posisi tubuh (posture) dalam solat dapat mengubat sakit pinggang. Malah jika berjumpa doktor, pesakit disuruh melakukan senaman seperti berdiri dan membongkokkan tubuh yang menyamai gerakan solat.

Beliau berkata, keputusan positif itu adalah berdasarkan ukuran saintifik dengan meletakkan beberapa sensor (pengesan) di tulang belakang pesakit untuk melihat isyarat otot.

Katanya, hasil kajian mendapati pesakit yang mengikuti terapi solat selama sebulan, iaitu dengan membuat rukuk 90 darjah, sakit pinggangnya berkurangan.

“Ini membuktikan terapi solat boleh digunakan untuk merawat sakit pinggang. Kita akan menerbitkan buku kedua terapi solat yang bukan saja sesuai untuk wanita normal, tetapi untuk wanita mengandung. Bukan Islam juga boleh mengikuti terapi ini dengan melakukan senaman sama seperti gerakan solat,” katanya.

Jangan terkejut kerana solat boleh merawat Erektil Disfungsi (ED) atau lebih dikenali sebagai mati pucuk, masalah kesihatan yang lelaki amat takut.

Untuk lelaki normal, keupayaan seksual adalah tiga kali penegangan ketika tidur dan volum ketika ketegangan mesti lebih 200 peratus.

“Kajian dilakukan dengan mengukur zakar (pesakit diajar melakukan ukuran). Pada bulan pertama, tiada ketegangan langsung, tetapi selepas melakukan terapi selama dua bulan iaitu dengan melakukan solat tambahan, sudah ada ketegangan dan volum mencapai tahap normal,” katanya.

Beliau berkata, terapi adalah dengan cara melakukan solat sunat sebanyak tiga kali seminggu dengan setiap terapi sebanyak 12 rakaat atau kira-kira 30 minit

Selain itu, katanya antara hasil kajian yang menarik perhatian pakar sakit jantung ialah mengenai kadar denyutan jantung kerana selama ini, kajian saintifik lain menyatakan bahawa kadar denyutan jantung paling rendah adalah ketika berbaring.

“Kajian mendapati ketika solat, keadaan sujud mencatatkan kadar denyutan paling rendah dan lebih baik berbanding ketika baring. Ini menunjukkan posisi tubuh ketika solat adalah bagus,” katanya.

Sehubungan itu, katanya kajian akan dilakukan dengan lebih meluas untuk melihat sama ada posisi tubuh ketika solat boleh merawat sakit jantung.

Katanya, pakar jantung gembira dengan hasil kajian itu kerana boleh memperkenalkan terapi solat kepada pesakit jantung untuk melakukan senaman. Ketika ini, setiap pesakit jantung perlu melakukan senaman selama 30 minit setiap hari.

Biar kecil asalkan berhasil

========================================
TIP PILIHAN: Biar kecil asalkan berhasil
========================================


Terlalu banyak perniagaan saya lihat "membesar" dengan cepat dan
kemudiannya, habis rebah... kalau tak rebah pun, "surviving".

Take note, saya guankan perkataan "membesar" bukan maksudnya
"mengembang". Perniagaan yang mengembang is good. Perniagaan yang
membesar ni adalah, bila belum mempunyai pelanggan yang ramai, atau
belum ada banyak job, terus menyewa ofis besar... ofis mahal. Belum
jadi hebat, terus beli kereta besar. Belum banyak jobs, terus
dapatkan ramai pekerja... untuk meramaikan pejabat yang besar tu tadi
:)

Perkara ini sering terjadi oleh kerana salah anggap bahawa, untuk
menjalankan perniagaan yang berjaya, perlu ada kesemuanya besar-
pejabat, kereta, pekerja (ramai... bukan besar. kalau pekerja besar,
lain cerita :) ). Usahawan beranggap, kalau semuanya kautim,
semuanya boleh nampak dek mata, perniagaan pun akan jadi besar dan
hebat.

Tidak semestinya!

Pada peringkat awal, apa yang penting, bukanlah pejabat, kereta,
pekerja dan sebagainya, tetapi, apa yang penting adalah pastikan
terdapatnya pelanggan! Pastikan terdapatnya jobs berbayar untuk
dilakukan.

Bila anda mendapatkan semuanya besar-besar, nanti overhead
perniagaan pun besar juga. Dan sekiranya tiada aktiviti perniagaan
atau kurang aktiviti perniagaan untuk menampung overhead yang
besar, maka di situlah banyak perniagaan terperangkap dalam kitaran
"surviving". Maklumlah, overhead sampai RM15,000-RM20,000 sebulan.
Maknanya nak cover cost sahaja perlu business >RM20,000.

Itu baru cost... nak bayar diri sendiri dan promosi perniagaan,
bagaimana pula?

Jadi, berhati-hati bila memulakan perniagaan. Jangan terperangkap
dengan kitaran ini. Seperti saya, dan ramai lagi usahawan-usahawan
lain, start small. Kembang sedikit demi sedikit. Tak salahnya
bermula kecil. Jaringan gergasi BodyShop, Cadbury, HP semuanya
bermula dengan hanya tempat kecil sahaja dengan diri sendiri
sebagai usahawan, penjual dan melayan pelanggan!

Bak kata mentor saya jutawan senyap, Chef Li: Biar kecil, asalkan
berhasil!

Monday, 20 October 2008

Terapi solat


KAJIAN saintifik tiga pensyarah Universiti Malaya membuktikan solat yang diwajibkan kepada umat Islam setiap hari, bukan hanya amalan kerohanian tetapi terbukti mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental terutama meningkatkan tahap kesihatan manusia.

SOLAT sebagai rukun Islam yang wajib dilakukan setiap umat Islam sudah banyak dikaji dari sudut kerohanian.

Bagaimanapun, pernahkah kita berfikir mengenai pengertian setiap gerakan solat seperti qiyam, rukuk, sujud, duduk antara dua sujud serta tahiyat awal dan tahiyat akhir.
Adakah gerakan itu hanya sekadar gerakan tubuh yang tidak mempunyai makna?

Kajian sains moden mendedahkan bahawa amalan yang dilakukan lima kali setiap hari bukan hanya suatu amalan kerohanian yang mendekatkan hamba kepada penciptanya. Kehebatan solat ternyata memanfaatkan tubuh manusia.

Hasil kajian saintifik membuktikan kewajipan terhadap setiap umat Islam mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental manusia.
Lebih membanggakan bukti itu diperoleh hasil kajian anak tempatan, termasuk seorang bukan Islam. Mereka adalah pensyarah Jabatan Kejuruteraan Biomedikal di Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya (UM) yang diketuai Profesor Madya Dr Fatimah Ibrahim bersama Profesor Wan Abu Bakar Wan Abas dan Ng Siew Cheok.

Penggerak kajian ini ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan melalui geran Jabatan Perdana Menteri (JPM), kajian itu bermatlamat menentukan nilai terapeutik solat terhadap mereka yang melakukan solat, termasuk dari segi sistem kardiovaskular, komposisi tubuh, isyarat otak dan aktiviti otot.

Dr Wan Abu Bakar ketika memperjelaskan kajian itu berkata, mereka adalah jurutera bioperubatan yang mengkaji tubuh manusia dari segi kejuruteraan.

Katanya, kajian itu cuba melihat apa yang sebenar berlaku kepada fizikal dan mental manusia ketika melakukan solat.
“Kajian dibahagikan kepada beberapa bahagian, iaitu saya mengkaji aktiviti otot, Siew Chok mengkaji isyarat otak, iaitu apa yang berlaku kepada gelombang otak ketika solat. Dr Fatimah mengkaji komposisi tubuh,” katanya.

Beliau berkata, hasil kajian mendapati bahawa ada banyak perkara positif apabila seseorang melakukan solat dan ini dimuatkan dalam buku `Solat: Kebaikan Dari Perspektif Sains’ terbitan Jabatan Kejuruteraan Biomedikal. Buku ini mempunyai dua versi, bahasa Melayu dan Inggeris.

Setakat ini, kajian itu adalah yang pertama dilakukan secara saintifik di negara ini. Bagaimanapun, sudah ada beberapa kajian yang sama, tetapi tidak menyeluruh dan lengkap seperti yang dilakukan UM.

Seorang doktor perubatan dari Indonesia, Prof Dr Moh Sholeh, melakukan kajian khusus terhadap solat tahajud.

Beliau mengambil sampel darah, hormon tekanan (stress) dan imuniti dalam badan. Selepas tiga bulan melakukan solat, sampel diambil lagi dan didapati imuniti meningkat dan hormon tekanan menurun. Rumusannya solat tahajud boleh merawat barah.

Kajian lain dilakukan oleh tiga doktor perubatan dari Universiti Hokkaido di Jepun, iaitu Mohammed Faruque Reza, Yuji Urakami dan Yukio Mano, yang mendapati bahawa posisi tubuh (posture) solat boleh merawat warga tua yang sakit tulang.

Dr Wan Abu Bakar berkata, kajian sepatutnya berakhir tahun ini, tetapi jabatan mempunyai beberapa cadangan baru bagi memperluaskan kajian itu.

Memperjelaskan kajian lanjutan itu, Dr Fatimah yang mengetuai kajian berkata antara bidang baru yang akan dikaji ialah mengenai perbezaan solat antara orang biasa dan ulama.

“Kajian itu akan mengkaji isyarat otak ulama dan orang biasa ketika bersolat. Adakah isyarat otak orang alim adalah lebih tenang berbanding orang biasa kerana kita menjangka mereka memahami bahasa al-Quran,” katanya.

Bagaimanapun, katanya sukar untuk mendapat ulama secara sukarela menyertai ujian ini. Beliau memberi jaminan bahawa identiti mereka yang menyertai ujian dirahsiakan dan hanya dinyatakan sampel adalah dari kumpulan tertentu.

Berbanding kajian awal yang mengesahkan solat memberi banyak kebaikan kepada kesihatan manusia, katanya kajian lanjutan memperjelaskan proses solat merawat pelbagai penyakit.

Mengambil Erektil Disfungsi (ED) atau mati pucuk sebagai contoh, katanya kajian awal yang dilakukan mengesahkan bahawa solat memberi kesan positif untuk merawat ED, tetapi mereka ingin mengkaji cara gerakan solat merawat penyakit itu.