Pages

Saturday, 29 September 2007

SINAR CAHAYA AYAT KURSI


SINAR CAHAYA AYAT KURSI
Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal
seekor syaitan yg duduk diatas pintu rumah.
Tugasnya ialah utk menanam keraguan di hati
suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan
keraguan dihati isteri terhadap kejujuran suami di
luar rumah.
Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk
rumah sehinggalah Baginda mendengar jawaban
salam daripada isterinya.
Disaat itu syaitan akan lari bersama-sama
dengan salam itu.


Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:


1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi
apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT
mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya
hingga subuh.


2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di
akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada
dlm lindungan Allah SWT hingga sembahyang
yang lain.


3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di
akhir tiap sembahyang,tidak menegah akan dia
daripada masuk syurga kecuali maut dan barang
siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah
SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya,
rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.


4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di
akhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT
menganugerahkan dia setiap hati orang
yg bersyukur,setiap perbuatan orang yg
benar,pahala nabi2 serta Allah melimpahkan
padanya rahmat.


5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi
sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT
mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka
semua memohon keampunan dan mendoakan
baginya.


6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di
akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan
pengambilan rohnya dan dia adalah seperti
orang yang berperang bersama Nabi Allah
sehingga mati syahid.


7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi
ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT
berkenan memberi pertolongan kepadanya.


Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W.
bersabda,Sampaikanl ah pesanku biarpun
satu ayat..."




Wassalam,

Thursday, 27 September 2007

Kisah Ikan Keli


Assalamualaikum wbh

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Saya memang berasal dari kampung Sungai Gatom di Labis Johor. Sungai di Labis dulu airnya bersih. Waktu kecil memang selalu mandi di sungai Labis ini di bawah jambatan sebelah Masid Jamek Labis. Teringat lagi waktu dahulu walaupun dah bersekolah rendah tetapi setiap kali mandi sungai saya dan rakan-rakan semuanya mandi berbogel. Itulah kisah waktu kecil dahulu.

Selepas puas mandi sungai, kerap juga saya dan rakan-rakan pergi pula memancing ikan. Antara ikan yang kerap saya dapat ialah keli, haruan, terbul, lampam, sebarau, baung, temperas, puyu dan berbagai ikan lagi. Bila tiba musim panas dimana air sungai menjadi sedikit dan banyak lopak air di paya terhasil, saya dan rakan-rakan mencari pula akar tuba untuk menuba ikan, berkilo-kilo ikan dibawa pulang ke rumah.

Mencari ikan memang seronok tetapi yang tidak seronok ialah menyiang ikan. Menyiang ikan keli seronok sikit kerana ikan ini tiada sisik, cuma perlu buang sengat dan perut. Selain dari sengat ikan keli yang berbisa dan perut yang perlu dibuang, saya diajar oleh arwah ibu saya agar membuang dua bahagian berhampiran sengat ikan keli ini iaitu di belakang kedua-dua sengat. Bahagian yang perlu dibuang ini kira-kira sebesar kepala mancis. Saya tidak tahu apa sebabnya saya perlu membuang bahagian ini tetapi saya diajar begitu. Bahagian ini membengkak sedikit dan terletak di bawah kulit. Mungkin inilah bahagian yang mengeluarkan bisa ikan keli dan oleh itu ia perlu dibuang.

Pada masa kini, saya tidak pasti sama ada orang yang menyiang ikan keli ini membuang kedua-dua bahagian di belakang kedua-dua sengat ini atau tidak. Saya menjangkakan ramai orang yang tidak mengetahui perkara ini dan dengan itu tidak membuang kedua-dua bahagian ini.

Ikan keli adalah kategori ikan berbisa sama dengan ikan baung, ikan pari, ikan duri, semilang dsbnya. Orang perempuan yang sedang berpantang akibat bersalin memang tidak boleh makan ikan berbisa ini. Kalau sebut cerita orang perempuan berpantang waktu bersalin, memang banyak sangat pantang larangnya. Namun apa yang pelik sekali ialah mengapa doktor tidak menggalakkan pantang larang dan sebaliknya menggalakkan pula makan ayam lepas bersalin.

Orang perempuan baru bersalin kalau nak buat eksperimen sains mudah sahaja, makanlah gulai nangka muda atau makan nangka atau makan cempedak, insyaAllah boleh gila meroyan. Bagi orang baru bersalin saya nasihatkan agar berpantanglah agar cepat sembuh luka bersalin luar dan dalam.

Kembali kepada isu ikan keli dan ikan bersengat lainnya, ia memang juga tidak boleh dimakan oleh orang yang mengidap sakit gout dan athritis serta sakit pada sendi. Kalau dimakan lagi bertambah sakit pada sendi. Bagi mereka yang ada penyakit gout, boleh mencuba makan ikan pari dua hari berturut-turut dan lihatlah sendiri kesannya.

Anak saya yang ketiga adalah seorang perempuan. Dari kecil sampai tingkatan lima duduk bersama keluarga. Alhamdulillah setelah tamat tingkatan lima, dapat peluang belajar di peringkat diploma di UTM jalan Semarak, Kuala Lumpur. Berpisahlah anak ketiga ini dan terpaksalah belajar hidup berdikari mulai awal Julai 2007. Jikalau dahulu tinggal bersama keluarga, hampir semua perkara diatur oleh ibu bapa tetapi kini terpaksalah berdikari.

Anak saya ini tinggal di asrama kolej kedua. Makan kena beli sendiri. Apabila nak makan tengahari atau malam, survey dahulu apa yang sedap di makan barulah beli. Di Cafe Kolej Kedua ini ada menjual ikan keli. Anak saya mencuba makan ikan keli dan rupanya ikan keli ini memang sedap. Oleh kerana sedapnya anak saya makan berlauk ikan keli setiap kali makan tengahari dan makan malam.

Pada menjelang hujung Julai, iaitu setelah kira-kira 4 minggu makan ikan keli tengahari dan malam, badan anak saya ini mula ditumbuhi seakan-akan ruam berwarna merah macam kena campak. Anak saya lalu pergi berjumpa doktor di klinik UTM. Doktor mengesahkan ruam ini bukan campak dan memberikan losyen untuk di sapu pada badan. Namun ruam merah ini tidak hilang malahan semakin bertambah. Kalau kena campak ia akan disusuli dengan demam tetapi anak saya tidak demam.

Pada 3 Oogs saya ada urusan di UTM Jalan Semarak dan saya mengambil kesempatan ini untuk melihat anak ketiga saya ini. Ruamnya macam ruam campak dan saya membelikan air kelapa hijau muda untuk diberikan kepada anak saya. Saya berpesan untuk minum air kelapa setiap hari semoga ruam ini keluar semuanya. Keesokan harinya saya menelefon anak saya bertanyakan khabar dan anak saya memberitahu selepas minum air kelapa, lebih banyak ruam yang keluar. Namun yang peliknya ialah ruam ini tidak keluar di bahagian kaki. Sekiranya ruam campak, kalau ia keluar di kaki ia menunjukkan penyakit ini sudah tiba dipenghujungnya tetapi ruam anak saya hanya bertumpu di badan, peha dan di tangan sahaja di samping tiada demam. Ia memang pelik.

Beberapa hari selepas itu saya menyuruh isteri saya menelefon anak ketiga ini bertanyakan khabar ruamnya dan bertanyakan apakah makanan yang dimakan oleh anak saya ini sepanjang tinggal di UTM Jalan semarak ini. Ruam anak saya semakin banyak dan satu maklumat penting yang diberitahu oleh anak saya ini ialah beliau makan ikan keli setiap hari waktu tengahari dan malam. Selepas diberitahu oleh isteri, saya mengarahkan isteri untuk menelefon anak saya untuk menyuruh anak ini berhenti mengambil ikan keli.

Selepas berhenti mengambil ikan keli, ruam pada badannya tidak bertambah dan ini jelas menunjukkan bahawa ruam ini berpunca dari makan ikan keli. Saya suruh anak saya ini terus menelefon isteri arwah guru saya di Cheras Baru Kuala Lumpur untuk meminta pandangan dari beliau. Isteri arwah guru saya ini memberitahu bahawa ruam pada badan anak saya ini adalah ruam akibat bisa ikan keli yang dimakan terlalu banyak. Ubatnya ialah kena mandi air rebusan daun-daun tertentu.

Setelah mengetahui duduk perkara sebenar, kami merancang untuk menghantar anak saya ini untuk mandi ubat dirumah isteri arwah guru saya pada 24 dan 25 Ogos 2007. Sepanjang tempuh menunggu mandi ubat ini, ruam pada badan anak saya ini tidak bertambah dan tidak pula berkurang.

Tiba waktu yang dijanjikan, saya datang ke rumah isteri arwah guru saya dan sempatlah anak saya mandi ubat sebanyak 4 kali. Alahmdulillah selepas mandi ke 4, jelas kelihatan ruam ini sudah banyak yang kering dan mengelupas. Namun isteri arwah guru menasihati bahawa anak saya kena datang lagi untuk mandi beberapa kali lagi selepas ini agar semua racun ikan keli pada badan anak saya pulih.

30 minit lepas saya baru menelefon lagi bertanyakan khabar ruam pada badan anak saya dan beliau dengan gembira menceritakan bahawa banyak ruam yang telah mengelupas dan pulih, alhamdulillah. Namun hujung minggu ini, anak saya terpaksa naik teksi pergi ke rumah isteri arwah guru untuk mandi ubat lagi.

Begitulah kisah anak saya makan ikan keli siang dan malam selama kira-kira sebulan. Bisa ikan keli ini menyebabkan ruam yang teruk pada badan, peha dan tangan. Ubat doktor tidak dapat memberi kesan positif dan alhamdulillah ubat yang serasi ialah dengan mandi air rebusan daun-daun.

Ingatlah agar jangan makan ikan keli secara kerap. Kepada yang ada gout dan sakit sendi, jauhi langsung dari makan ikan keli dan ikan bersengat lainnya.



Salam.. Beberapa bulan lepas saya ada ke Jabatan Perikanan utk berbincang ttg projek ternak ikan keli. Mengikut fakta, ramai pengusaha memberi makan bangkai ayam & palet sebagai makanan keli.

Menurut pegawai itu lagi, beberapa ujian DNA dibuat keatas keli ternak dan didapati ada DNA khinzir. Setelah dikaji, kemungkinan besar DNA khinzir tu berpunca dari palet makanan.

Palet juga merupakan makanan kpd ayam daging, dan DNA khinzir juga terdapat pada ayam ini. Ada sesetengah pegawai di jabatan itu yg dah berhenti makan ayam, keli apatah lagi..

Saya tak jadi ternak keli.... kat kedai pun tak lalu nak makan. Tapi ayam makan lagi, tak tahu apa nak makan...beli ikan pula ada unsur pengawet mayat..

Tapi ada hujjah dari sahabat yg mengatakan umat islam makan babi haram, tapi ikan/ayam makan babi tak de pulak hukum...kira halal lah. Tapi bila ada DNA babi dalam tu rasa bersalah pula, ada alternatif ke kawan2...

Tu belum lagi cerita pasal ayam KFC haram....isk tak reti lah....

Kepada yang gemuk tu, elakkan makan ayam secara kerap.

Sekian untuk kali ini, wassalam wallahualam


Waspada Beli Ikan Air Tawar Diberi Makan Daging Babi

PEMERIKSAAN…Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) Jamry Sury (dua,kanan) bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Tronoh Datuk Lee Kon Yin (kanan) menunjukkan periuk besar yang digunakan untuk merebus isi perut babi yang dijadikan makanan ikan Patin peliharaan kolam air tawar di sini hari ini. Foto: Dusa Abas


BATU GAJAH, 17 Jan (Bernama) -- Orang ramai khususnya umat Islam hari ini dinasihati berwaspada apabila membeli ikan air tawar jenis patin, tilapia dan keli Afrika ternakan kolam kerana ada pengusaha di sini yang didapati menggunakan daging babi dan isi perut ayam sebagai bahan makanan.

"Ikan yang diternak seperti itu haram hukumnya jadi orang ramai perlu memastikan ikan air tawar yang dibeli atau dimakan adalah dari kolam yang tidak mengamalkan perbuatan seperti itu," kata Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIP) Jamry Sury.

Beliau berkata demikian selepas mengetuai operasi memeriksa tiga pusat ternakan ikan air tawar di Tronoh,
Papan dan Batu Gajah di sini yang didapati menggunakan rebusan daging babi, sisa ayam dan tahi ayam sebagai bahan makanan utama ikan yang diternak.

"Masalahnya ialah kita tidak dapat bertindak terhadap penternak terbabit. Kita hanya boleh memeriksa dan memantau serta mengeluarkan nasihat kepada orang ramai supaya menghindari ikan yang dikeluarkan oleh penternak ini," katanya.

Jamry berkata siasatan mendapati ikan patin yang dikeluarkan oleh tiga pengusaha terbabit turut dieksport dan dibekalkan ke pasaran tempatan terutama di Pahang kerana harga ikan patin di negeri itu lebih mahal.

Katanya maklumat yang diperolehi mendapati pengusaha terbabit membekalkan ikan patin ke Pahang untuk diternak semula di dalam sungai selama sebulan bagi menghilangkan baunya sebelum dipasarkan ke restoran ikan sungai yang terkenal di negeri itu.

Jamry berkata kolam ternakan ikan itu diusahakan secara haram di tanah kerajaan dan perkara itu akan diambil tindakan oleh Pejabat Tanah dan Daerah Kinta Selatan.

"Kita juga telah memaklumkan kepada Jabatan Perikanan dan Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Jamry berkata pemeriksaan ke kolam itu dijalankan oleh JAIP sejak dua minggu lepas setelah mendapat maklumat daripada orang ramai dan JAIP berharap orang ramai yang mempunyai maklumat serupa agar memaklumkannya supaya dapat dibuat pengesahan.

-- BERNAMA

DOA NABI YUNUS.



assalamualaikum,
khasiat ayat ni kalau diamalkan segala kesulitan dpt diselesaikan dgn mudah
sgt..saya mmg rajin membaca ayat ni malah ianya juga menjauhkan kita dari
terkena perbuatan sihir. sesapa yg susah hati, tkena buatan atau apa
penyakit sekalipun, bgtau ayat ini dan rajin2 ler baca ayat ni setiap
masa.. memang miracle...saya dah test..bukan tipu tau..tapi mmg
betul.disebabkan saya tak tau byk ayat yg power, saya hanya hafal ayat ini
sahaja.alhamdulillah..memang power ayat ni.sgt2 miracle.
.. Doa
Nabi Yunus semasa terperangkap di dalam perut Ikan Nun...
"LAA ILA HA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINAZ DZALIMIIN"
(Surah Anbiyak)

Tujuh kalimat


Tujuh kalimat


Sabda Rasulullah S.A.W


" Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia
terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta
diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih
laut "


1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak
melakukan sesuatu.


2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap
selesai melakukan sesuatu.


3. Mengucap Astagfirullah jika lidah tersilap
perkataan yang tidak patut


4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan
berbuat sesuatu di hari esok.


5. Mengucap La haula wala kuwwata illa
billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak
diingini.


6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun
jika menghadapi dan menerima musibah.


7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad
Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak
terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi,
mudah- mudahan ingat, walau lambat-lambat
mudah- mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-
mudahan jadi bisa, karena sudah biasa!

Pengislaman keluarga termakbul selepas lapan tahun


MOHD. FARHAN ABDULLAH AL-HAFIZ.

Sebenarnya admin sendiri sudah berjumpa saudara Mohd Farhan di pasir gudang ,johor
beliau ada dtg menyampaikan ceramah agama, memang menarik dan tertarik melihat seorang mualaf yang kental jiwanya, dan begitu kuat semangat keislamanya....
Saya ader juga beli buku yang warna biru kat atas tuhh cara menghafas ayat2 Al Quran
Saya sendiri rasa malu sebab org baru masuk islam boleh hafal Al Quran tapi saya sendiri jgn kata hafal! tajuid pun tunggang langgang jadi sama2lah kita ingat mengingati dan sentiasa membetulkan diri.Kalau ader yang berkemampuan boleh dermakan duit kat bawah artikel nia ader nombor a/cnya kalau tak silapsaya masa ceramah dia der cakap untuk membuka satu pusat hafis
sini ada sedikit cerita yang dicopypaste
di UTUSAN mALAYSIA.....
penulis: ZUARIDA MOHYIN
PENULIS terpanggil untuk menemu bual lelaki bertubuh kecil kelahiran Kota Belud, Sabah ini selepas secara tidak sengaja terdengar suaranya menerusi satu program yang ke udara di IKIM.fm.

Pada masa itu, beliau diminta berkongsi kisah pengislaman, cabaran bergelar mualaf, penglibatan aktif beliau dengan kerja-kerja dakwah dan membantu golongan saudara baru, terutamanya di Sabah.

Tanpa melengahkan masa, penulis terus menghubunginya selepas memperoleh talian telefon bimbitnya. Biarpun sibuk, kesediaan Mohd. Farhan Abdullah al-Hafiz, 39, iaitu Penasihat Pusat Pengajian Tahfiz al-Quran Bestari (PPTQB) yang beroperasi di Serdang, Selangor meluangkan masa, apatah lagi melihat jadual hariannya yang sentiasa padat dengan undangan tazkirah sepanjang bulan Ramadan, amatlah penulis hargai.

Lantaran memahami kesibukannya itu juga, kami (penulis dan jurufoto) akur apabila pemuda berketurunan Kadazan ini terlewat daripada waktu yang dijanjikan.

Menurut Mohd. Farhan ataupun sebelum ini bergelar Paster Yohanes, sebagai anak kepada seorang ketua kepada 15 buah gereja, sudah pastilah dia memiliki latar belakang pendidikan beraliran Kristian yang mantap. Beliau mengikuti latihan ketua mubaligh Kristian selama dua tahun dengan melibatkan diri secara aktif aktiviti dakyah Kristian sebelum melanjutkan pengajian menguasai bahasa Ibrani di Bandung, Indonesia.

“Sungguhpun telah mengusai kesemua ilmu agama Kristian, dua persoalan yang sering bermain fikiran saya iaitu; tentang konsep Trinity dan Majlis Pengampunan Dosa yang disebut Baptis,” ceritanya mengimbas kisah lebih 15 tahun lalu.

Mohd. Farhan yang memeluk Islam pada 26 Februari 1990 di Pusat Latihan Dakwah Keningau, Sabah berkata, dia mula tertarik kepada Islam semasa belajar di Institut Teknologi Mara, cawangan Sabah (sekarang UiTM). Kenyataan seorang pensyarah subjek Pelajaran Islam tentang tuhan Allah tidak sama dengan tuhan agama lain agak memanaskan telinga dan hatinya.

“Jadi inilah peluang saya berhujah, apabila mengetahui beliau juga mahir tentang masalah perbandingan agama termasuklah dalam masalah Teologi.

“Pada masa sama juga, saya mempunyai teman sebilik yang rajin mengaji al-Quran. Kalau sebelum ini, setiap kali terdengar azan sama ada di radio atau televisyen, saya akan cepat-cepat mematikannya. Tetapi semuanya berubah selepas sentiasa diperdengarkan dengan bacaan al-Qurannya yang begitu baik bacaannya dan menusuk kalbu.

“Selain itu, saya juga tertarik dengan akhlaknya. Dia begitu menjaga masanya terutamanya dalam urusan agama. Kami selalu berhujah, dan dia selalu membawa saya bertemu seorang ustaz untuk menyelesaikan dua persoalan yang selama ini terbuku di hati.

Mimpi luar biasa

“Hasil perdebatan, pengkajian dan penelitian tanpa paksaan dan bukan pula kerana inginkan habuan dunia, saya mula tertarik dengan Islam,” tegas Mohd. Farhan ‘mimpi luar biasa’ yang dialami sewaktu bermalam di rumah ustaz menjadi pembuka jalan kepada pengislaman.

Akui beliau lagi, cabaran yang dihadapi selepas bergelar Muslim memang berat dan perit. Apa tidaknya, dia bukan sahaja terputus subsidi keluarga tetapi telah dihalau dari rumah, tidak diakui anak dan hampir-hampir terkena peluru hidup milik senapang bapa yang tersasar bidikan.

Pun begitu, sebelum meninggalkan keluarga, anak kedua daripada enam adik-beradik ini berazam untuk membawa bersama keseluruhan ahli keluarganya kepada Islam. Malah, beliau tidak menjadikan agama sebagai penghalang memutuskan ikatan antara anak dengan kedua-dua ibu bapa.

“Selepas sahaja mengucap syahadah saya berhijrah ke Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) di Kuala Lumpur, sebelum belajar agama di Perkim Pengkalan Chepa Kelantan (1991-1993), Nilam Puri (1994) Pondok (1995), mengambil Diploma Tahfizul Quran di Pusat Islam (1996-1998) dan pada 2000 hingga 2003 berada di Shoubra al-Azhar, Mesir dalam jurusan al-Quran dan Qiraati.

“Selama membawa diri, saya tidak pernah putus-putus berdoa, bersolat hajat, bertanya khabar serta menghantar kitab-kitab berkaitan Islam agar Allah ‘melembutkan’ hati keluarga untuk menerima Islam.

“Alhamdulillah, selepas lapan tahun, doa saya dimakbulkan Allah. Sekarang seluruh ahli keluarga saya menerima Islam. Apa yang saya alami sebelum ini, begitulah juga dialami oleh ayah,” katanya yang telah mengislamkan lebih 2,000 orang dari pelbagai kaum.

Katanya lagi, ayahnya kini senang dengan kehidupan yang sederhana, cukup makan, senang beribadat meskipun sering cuba ‘dipikat’ dengan bermacam-macam bentuk kemewahan dan ganjaran oleh pihak-pihak tertentu supaya kembali kepada agama asal.

“Malah dia juga mewakafkan tanahnya untuk pembinaan masjid dan madrasah sebagai tempat pengajian golongan mualaf,” kata Mohd. Farhan yang menubuhkan Pusat Pengajian Ilmu-ilmu Islam al-Azhar Sabah (PUPIS) bersama beberapa orang sahabat. Mereka melaksanakan Program Dakwah Bergerak secara sukarela di Sabah dan Sarawak.

Mengulas tentang peranannya sebagai pengasas PPTQB, katanya ia ditubuhkan untuk membasmi buta huruf al-Quran dan memperkenalkan pelajaran Jawi dan bahasa Arab serta asas-asas agama di peringkat kanak-kanak. Para pelajar di sini sebahagiannya mengikuti pengajian Pra Tahfiz (4-6 tahun), Tahfiz (7-17 tahun) dan Umumi iaitu terbuka kepada orang dewasa.

Selain menguruskan pusat tahfiz, Mohd. Farhan turut giat menyampaikan maklumat tentang gerakan kristianisasi yang begitu membimbangkan. Harapan beliau juga, semoga umat Islam menjaga iman dan Islam terutamanya generasi muda-mudi yang merupakan sasaran utama mereka.

Baginya, semua pihak tidak perlu menuding jari menyalahkan satu sama lain apabila anak-anak mereka terlibat dengan kerja-kerja yang dilarang Islam. Satu formula saranannya ialah kembali menghayati al-Quran menerusi kempen yang dikenali satu rumah satu hafiz atau hafizah. Ia boleh dilakukan menerusi buku, Kaedah Sistematik Penghafazan al-Quran Jilid 1 & 2.

Tambah Mohd. Farhan, manusia tidak perlu kepada agama lain kerana syarat bagi agama yang sebenar ialah; Pertama, agama itu menyembah kepada Allah dan Allah tidak boleh dinisbahkan kepada makhluk atau benda lain. Kedua, agama itu mempunyai undang-undang yang berbentuk kitab yang meliputi bidang kehidupan secara terperinci dan dipakai dari dahulu hingga sekarang serta tidak berubah-ubah.

Pada kesempatan ini juga Mohd. Farhan menyeru bantuan sumbangan orang ramai untuk mendirikan bangunan bagi kerja-kerja dakwah.

Beliau boleh dihubungi menerusi talian 019-2666 323 atau 03-8942 3624. No akaun Bank Islam: 12-029-01-003493-7 atau Maybank: 5122-68-40494-7 di atas nama Pusat Pengajian Tahfiz Al-Quran Bestari.

Wednesday, 26 September 2007

Oreo di banned di europe & us


Subject: USA & European countries banned
on OREO cookies consumption!!!
Dear OREO Luvers,

For those who can't read Mandarin, here is the translated version of the
article attached above:

OREO CONTAINING TRANS FAT BRINGS DAMAGES TO HEALTH

An attorney from California filed a lawsuit against Krafts, stating that
OREO produced by the company not only causes damages in health, but also
dishonestly promote their products; requesting the company to halt the
sales of OREO in the market.

OREO contains hydrogenated oil or Trans fats, to prolong the storage of
the biscuit, but at the mean time increase the consumption of BAD CHOLESTEROL,
increasing the possibility of diabetes and heart disease.

INCREASE IN CONSUMPTION OF CHOLESTEROL

Although the research on Trans Fats affecting health has not been concluded,
the national institute of science research states that any amount of Trans
Fats consumed is not safe.

Hati2 makan di Food Court - Jual makanan tak halal (babi)




Assalamu’alaikum warahmatullahi wa barakatuhu, Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang Ya ALLAH ampun kan dosa ku seandai apa yang apa aku tulis ini tidak betul dan seandai nya betul ia nya berlaku denagn izin mu jua .

Kejadian ini berlaku di FOOD COURT mydin subang jaya, Pada 22 /09/07 saya sekeluarga lebeh kurang jam 10 30 pagi ke mydin ni untuk berbelanja , biasa lah dah sampai semasa di ruang legar tinjau2 dulu apa yang tergoda dek hati dalam bulan PUASA ni, Hiasan di tambah maklum lah nak goda pengunjung2 , dan saya sendiri pun dah mula tergoda tapi yang heran atau memang gerak ALLAH saya terbaca banner MENU makanan yang di gangtung, MASYA ALLAH apa yang saya lihat salah satu dari MENU ia itu No 15 tertulis HAM , saya tak lah arif sangat pasal resepi dari BABI ni , dan dengan rasa saya tanggung jawab atau MUNGKIN kerana ALLAH nak uji sejauh mana keberanian dalam hati saya yang kerdil ini , Saya memanggil juru jual di salah satu gerai dan menegur kenapa ada MENU dari BABI, dan si juru jual bertegas semua MENU di sini HALAL kata nya,tapi kerana tak tak yakin dengan jawapan nya saya panggil saorang lagi untuk memastikan apa benar yang di kata semua HALAL dan minah ni kata tu memang BABI , saya ucapkan terima kaseh pada nya, nil ah bagus nya ada Hand phone yang berkemera saya ambil GAMBAR BANNER TU , pas tu saya terus kan hasrat saya berbelanja .


Selepas tu semasa nak pulang bila poket dah mula ringan dah di infak kat tok mydin, hati saya maseh tergerak nak tengok BANNER tadi ALHAMDULILLAH apa yang saya lihat MENU tadi dah di TUTUP dengan KERTAS , makne nya betul lah BABI , saya sekali lagi ambil gambar BENNER tu dan saya bertekat akan hebah kan perkara ni kerana dalam hati kecil saya tak REDHA ada orang islam termakan benda2 tak HALAL apa lagi dalam bulan yang mulia ni, yang pasti BANNER dah di tutup tapi menu nya WALLAHU A’LAM tolong hati2 kalau maseh nak makan. mencari yang HALAL ada lah fardhu pada kita mencari yang sedap tu kalau TERMAMPU BUAT LAH,

Saya berdoa ke hadrat ALLAH SWT kepada sesiapa yang memanjang kan pekara baik walau pun satu ayat ada rahmah dari nya
Yang baik dari ALLAH dan yang tak BAIK pun dari ALLAH
Sekira apa yang saya tulis ni tak tepat itu ada lah kelemahan saya insan kerdil

Mustafa .

Monday, 24 September 2007

Gambar Sekitar Pengebumian Nurin Jazlin

Al Fatihah Buat Adik Nurin Jazlin





Bapa Nurin































Ibu Nurin


Bapa Nurin

Jutawan Misai Kucing


STRATEGI PEMASARAN: Hairunizam (kiri) edarkan produk kepada pelanggan.
Hairunizam manfaat pengalaman, strategi pemasaran lariskan produk Wonderful

PENDERITAAN akibat penyakit kencing manis menjadi pendorong kepada Hairunizam Mohd Diah, pengasas dan pemilik syarikat kosmetik, Seventeen Marketing beralih untuk mengusahakan pengeluaran minuman berasaskan herba misai kucing berjenama 'Wonderful'.

"Idea mengusahakan minuman berasaskan herba misai kucing ini timbul selepas seorang rakan yang juga pembekal pembungkus bagi produk kosmetik syarikat saya memberikan serbuk herba itu kerana simpati dengan masalah kesihatan saya hadapi hadapi,” katanya.


Hairunizam, 35 mengakui, walaupun berasal dari tanah rancangan Felda, iaitu Felda Sungai Tengi, Hulu Selangor, beliau tidak mengenali pokok misai kucing, sehinggalah diperkenalkan rakannya.

Katanya, beliau mencuba herba yang diberikan rakannya itu selama empat hari dan selepas melihat perubahan dan khasiatnya, tercetus idea untuk memperkenalkan herba itu kepada penghidap penyakit kencing manis lain.

Pada 2002, beliau bermula dengan membungkus 1,000 kotak herba misai kucing yang dihasilkan di kilang lain
Namun, ketika menerima 1,000 kotak pertama minuman herba itu, beliau agak buntu untuk memasarkannya kerana ketika itu ramai yang tidak mengetahui khasiatnya.

Justeru, beliau akhirnya menggunakan strategi memasarkan kepada rakan dan kenalan sehinggalah semakin ramai yang menyedari khasiat herba itu.

"Saya melihat masalah kesihatan yang dihadapi kebanyakan rakyat Malaysia sebagai satu peluang kerana selain berniaga, ia memberi ruang untuk saya berkongsi khasiat herba yang membantu saya kembali sihat.

"Ketika itu saya terpaksa menghantar daun dan bunga herba misai kucing ke kilang orang lain untuk dibungkus kerana saya tidak mempunyai mesin untuk memprosesnya.

"Bagaimanapun, selepas herba ini semakin dikenali, saya memutuskan untuk membeli mesin dan membuka perusahaan menghasilkan produk jenama Wonderful ini," katanya.

Selain mempromosikan di radio, televisyen dan akhbar, Hairunizam turut mendapatkan bantuan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) untuk mengetahui khasiat sebenar herba misai kucing.

"Ketika mula memproses herba misai kucing, saya menggunakan herba berbunga putih tetapi selepas mendapatkan bantuan FRIM, saya kini menggunakan herba berbunga ungu.

"Ada pengusaha menggunakan bahagian batang pokok herba misai kucing sedangkan bahagian terbaik adalah daun dan bunganya," katanya.

Hairunizam juga kini mempelbagaikan lagi produk berasaskan herba misai kucing seperti teh misai kucing, produk melangsingkan badan hasil campuran herba misai kucing dengan asam gelugur, teh dari herba mas cotek dan terkini, kopi misai kucing.

Beliau juga tidak sekadar berharap kepada promosi di radio dan televisyen serta akhbar, sebaliknya mula membuka gerai di Karnival Jom Heboh yang dianjurkan stesen televisyen TV3 dan karnival Islam Hadhari serta mula menjual produknya di farmasi.

Bantuan daripada rakan karibnya, Zamri Bakri, yang menjadi Pengurus Serantau Seventeen Marketing turut memberi nafas baru kepada cara pemasaran produk Wonderful.

Zamri yang pernah berkhidmat di syarikat pengeluar rokok terkemuka menggunakan pengalamannya untuk memasarkan produk Wonderful dengan lebih meluas dan kini ia boleh didapati di farmasi, kedai runcit dan kedai kopi.

Hairunizam tidak pernah mendakwa produknya boleh memulihkan penyakit kencing manis dan pelbagai penyakit lain walaupun sedar dengan khasiatnya kerana ia sebenarnya bukan ubat.

Katanya, herba misai kucing boleh membantu badan supaya menjadi lebih sihat tetapi ia bukanlah ubat seperti ubat penyakit kencing manis atau darah tinggi.

JAGA KUALITI: Proses pembungkusan guna mesin.

Perusahaan itu juga membuka peluang dan punca rezeki kepada petani dan peladang herba misai kucing kerana syarikatnya mendapatkan bekalan herba misai kucing menerusi perladangan kontrak.

Katanya, beliau mendapat bekalan daripada petani di Pahang, Perak, Kedah dan Johor selain ladang sendiri seluas 8.8 hektar milik sendiri di Pahang yang mampu membekalkan lebih satu tan herba misai kucing setiap dua minggu.

Hairunizam berkata, setiap minggu, beliau memerlukan satu tan herba misai kucing dan boleh menghasilkan sehingga 50,000 kotak produk misai kucing.

"Saya tidak mahu menjadi jaguh kampung, dengan hanya memasarkan produk saya di sini. Suatu hari nanti, saya mahu membawa produk saya ke luar negara. Malah, sekarang pun sudah ada pihak berminat mengeksportnya.

"Saya juga mahu mempelbagaikan lagi produk Wonderful dan bukan sekadar menjualnya melalui stokis atau di kedai saja," katanya.

Hairunizam sudah mempunyai rancangan untuk membuka satu cawangan di setiap negeri di Malaysia selain membuka kafe minuman herba jenama Wonderful.

Katanya, seperti kedai kopi Starbuck yang terkenal di kalangan peminat kopi, kafe herba itu bakal menjual produk Wonderful serta makanan dan hidangan berasaskan herba.

Beliau berkata, ketika ini, usaha sudah dimulakan untuk membina rangkaian pemasaran yang kukuh melalui jurujualnya di setiap negeri.

Katanya, jika rangkaian pemasarannya sudah kukuh, cawangan itu boleh dibuka untuk membekalkan produk Wonderful secara berterusan dan sistematik.

Ketika ini, selain di Klang, Selangor, Seventeen Marketing mempunyai cawangan di Temerloh dan merancang untuk membuka cawangan di Negeri Sembilan, tahun depan.

"Kami merancang untuk membuka sebuah cawangan setiap enam bulan dan selepas semua cawangan maju, kafe herba itu akan dimulakan," katanya.

Thursday, 20 September 2007

Pohon Para Syuhada

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Ahad, 5 Ogos 2007

Pohon Para Syuhada Di Bint Jbeil, Nama Baru Untuk Bint Jbeil:
"Ibukota Yang Dipenuhi Keajaiban Allah"

(Bint Jbeil- Ratusan para pelawat terus menyerbu Bint Jbeil, sebuah bandar di Selatan Lebanon yang digelar sebagai sebuah ibukota kepada Perjuangan Islam, datang daripada seluruh pelusuk Lebanon dan dunia untuk menyaksikan sendiri 'Pohon Para Syuhada', sebatang pohon yang dipotong pada tahun 2005 dan dipamerkan di dalam dewan utama bandar itu sebagai mengingati para pejuang yang telah syahid dalam peperangan dengan Israel)

Pada hari Rabu, 1 Ogos 2007, pohon tersebut mengejutkan penduduk-penduduk bandar tersebut apabila dedaunan hijau semulajadi tumbuh daripada dahan-dahannya. Dahan-dahan itu juga dikelilingi oleh titisan-titisan yang harum baunya yang keluar daripada sebuah garisan keretakan yang secara tiba-tiba wujud pada pohon tersebut.

Pohon tersebut dipenuhi dengan kepingan-kepingan kayu kecil yang terukir nama-nama para syuhada di atasnya dan ia dicat dengan warna coklat gelap, sebagai simbolik kepada warna tanah di kawasan itu yang telah menyerap darah-darah para syuhada. Selepas perang dengan Israel pada Julai 2006 yang lepas, sejumlah 43 lagi kepingan kayu tersebut ditambah pada pohon itu yang terukir di atasnya nama-nama para syuhada yang syahid dalam peperangan yang terbaru itu.

Para penduduk bandar tersebut merasa sangat kagum apabila mendapati jumlah dedaunan yang tumbuh daripada dahan-dahan tersebut jumlahnya adalah 43 helai.

Minggu ini, Bint Jbeil mengenang semula jasa-jasa para syuhada tersebut yang mengorbankan jiwa mereka setahun yang lalu dalam peperangan dengan Israel . Waktu di mana kejadian ini berlaku adalah dianggap sebagai keajaiban daripada Allah sebagai sanjungan kepada para syuhada tersebut.

"Pada malam Sabtu yang lalu, kami menganjurkan sebuah majlis sambutan untuk meraikan kemenangan dalam perang setahun yang lalu," kata seorang penduduk."Kami tempat duduknya di dalam dewan itu, beliau menanyakan tentang pohon itu dan melihatnya dengan penuh hormat setelah Haji Selim Bazzi (seorang yang terhormat di bandar itu) menerangkan kepadanya mengenai idea monumen berkenaan dan bagaimana ia dibuat. Tiada sebarang daun pun yang kelihatan pada waktu itu. Segalanya adalah seperti biasa".

Para imigran Lebanon telah menempah tiket-tiket penerbangan daripada Amerika, Kanada dan Australia , sementara yang lain daripada kawasan-kawasan yang berlainan di Afrika dan rantau Teluk, telah mula memenuhi bandar ini untuk melihat sendiri monumen itu.

"Bint Jbeil telah digelar sebagai Ibukota Perjuangan dan Pembebasan, ibu kepada para syuhada dan sebuah kota para pelaksana revolusi," komen daripada penduduk yang lain, "Kini ia mempunyai nama yang baru : Ibukota Yang Dipenuhi Keajaiban Allah. Semoga Allah melimpahkan rahmatnya ke atas bandar yang suci ini dan para syuhadanya serta para pejuangnya dan semoga Allah merahmati sesiapa sahaja yang mempunyai sebuah hati yang murni dan yang mahu mengambil pengajaran daripadanya.Allaahu Akbar!Selawat!!!

Isnin, 6 Ogos 2007
Keajaiban Pokok Ini Adalah Satu Anugerah Allah Untuk Seluruh Manusia Sebagai Petunjuk Kepada Ketinggian Darjat Dan Maqam Para Syuhada Di Bint Jbeil Yang Sanggup Menyabung Nyawa Mereka Untuk Menghadapi Kezaliman Israel di Lebanon...Allaahu Akbar!!!

Seorang Ulama yang turut datang melihat keajaiban pohon tersebut sedang diberi penjelasan tentang kejadian yang mengujakan itu...





Subhaanallah...Jelas kelihatan daun-daun segar tumbuh di celah-celah pohon yang telah mati...Sungguh! Ia menjadi tanda bagi orang-orang berfikir..


Inilah wajah pemilik pohon yang penuh dengan keajaiban itu...Semoga Allah sentiasa merahmatinya...


Pemilik pohon ajaib, Haji Soliman Daoud (Abu Mohammad) sedang ditemuramah oleh wartawan TV al-Manar milik Hizbullah

































Monday, 17 September 2007

Coklat halal D'Kawi eksklusi


BERKUALITI: Salehuddin menunjukkan antara produk keluaran syarikatnya.



Tongkat ali, kacip fatimah antara perisa produk keluaran syarikat Salehuddin

PENGGEMAR coklat tidak mengira bangsa, kedudukan mahupun usia seseorang. Ia menjadi 'kesukaan' hampir setiap orang, daripada kanak-kanak hinggalah kepada golongan dewasa.

Atas kelebihan itu juga, seorang pengusaha coklat tempatan berani menceburi bidang pengeluaran makanan yang menjadi kegemaran sejagat itu.

Walaupun industri coklat tempatan dikuasai coklat yang diimport, D'Kawi Chocolate Hut yakin industri berkenaan menawarkan banyak ruang yang belum diteroka, lebih-lebih lagi dengan kedudukan Langkawi sebagai destinasi tumpuan pelancong.

Hampir setiap pengunjung di Langkawi, mereka tidak akan lupa untuk membeli pulang buah tangan berupa coklat pelbagai jenis setiap kali berkunjung ke pulau lagenda itu.

Pemilik D'Kawi Chocolate Hut, Salehuddin Idris, berkata kelebihan coklat D'Kawi adalah bagi mengisi kekosongan pasaran produk halal yang boleh dimakan tanpa was-was.

Dengan pelbagai inovasi daripada segi pakej pembungkusan, kualiti, rupa dan rasa, coklat keluaran syarikat itu kini berjaya mencuri hati penggemar coklat.

D'Kawi memulakan perniagaan ketika gawat. Hebatnya penangan kegawatan ekonomi pada 1997/1998 yang disebabkan krisis kewangan Asia itu, melumpuhkan perniagaan dalam sektor pembuatan yang diceburinya lebih 20 tahun.

Penyertaannya dalam perniagaan pembuatan coklat itu bukan secara kebetulan, sebaliknya hasil penelitian dan tinjauannya di pasaran.

Lawatannya ke satu pameran berkaitan industri perusahaan kecil dan sederhana di Pulau Langkawi sekitar 1997, tidak sia-sia apabila beliau mendapat manfaat mengenai perniagaan baru yang boleh diceburinya tanpa perlu bimbang mengenai faktor ketidaktentuan dalam ekonomi.

"Kebetulan, pada satu pameran perniagaan yang berlangsung di Langkawi, saya singgah di gerai anjuran Lembaga Koko Malaysia yang turut menunjukkan demonstrasi membuat coklat. Saya terus mendapat maklumat mengenai industri pembuatan coklat secara komersial daripada pegawai yang bertugas.

"Sejak itu juga saya banyak membuat penyelidikan dan kajian daripada buku dan internet mengenai industri berkenaan, termasuk jenis coklat dan kedah pembungkusannya yang begitu penting bagi menarik perhatian pelanggan pada 'pandangan pertama'.

"Perniagaan ini hasil penelitian saya mengenai industri yang berpotensi untuk diceburi kerana hidup saya sudah sebati dengan berniaga," katanya.

Bekas pelajar Sekolah Menengah Maktab Sultan Abdul Hamid yang juga berasal dari Langkawi itu diberi pendidikan secukupnya oleh bapa, walaupun mempunyai adik beradik yang ramai iaitu seramai tujuh orang.

Beliau mendapat pendidikan dalam bidang Sains di India dan meraih Ijazah Sarjana Muda Sains, sebelum melanjutkan pelajaran dalam bidang perniagaan menerusi Program Pembangunan Pengurusan Asia, di Manila.

Lazimnya pelajar Malaysia lebih gemar memilih London, Amerika Syarikat atau Australia untuk menimba pengetahuan di peringkat yang lebih tinggi, Salehuddin bagaimanapun memilih untuk belajar di India dan Filipina memandangkan kos perbelanjaan yang lebih murah.

Sekembalinya dari luar negara, beliau menjadi guru di Maktab Adabi di Alor Setar selama empat tahun sebelum dipindahkan ke cawangan pusat pendidikan yang khas untuk pelajar mengulang peperiksaan, di Muar, Johor.

Perpindahannya ke Muar, malah terpaksa tinggal lebih satu tahun di daerah yang asing baginya, membuatkan beliau bertekad berhenti kerja dan balik ke kampung pada awal 1990-an untuk mencari rezeki dengan menyambung perniagaan bapanya.

Syarikatnya banyak terbabit dalam pembinaan projek bersaiz sederhana di Utara Semenanjung, termasuk membina taman perumahan bersaiz sederhana, sekolah dan pusat kemudahan masyarakat, di Kedah.

Ketika kemuncak industri pelancongan di Langkawi, Salehuddin mencuba satu lagi perniagaan baru iaitu membekalkan kuih muih tradisional Melayu dengan dengan pasaran yang luas di sebahagian besar hotel dan restoran di pulau pelancongan itu.

Menerusi perniagaan itu, beliau membuat pelaburan hampir RM50,000 untuk membina sebuah kilang membuat kuih muih basah, selain turut terbabit dalam perniagaan katering.

Pembabitannya dalam perniagaan yang mana beliau perlu menghasilkan lebih 6,000 keping kuih muih setiap hari untuk memenuhi permintaan pelanggan, turut membuka peluang pekerjaan kepada penduduk kampung setempat.

Bagaimanapun, krisis ekonomi yang melanda Asia sekali gus menyebabkan kegawatan ekonomi telah memperlahankan industri pelancongan di pulau berkenaan.

Bagi meneruskan perniagaan, Salehuddin, 61, berusaha mencari perniagaan lain yang mempunyai daya tahan yang tinggi serta mempunyai nilai sejagat, sehinggalah munculnya D'Kawi Chocolate Hut.

Salehuddin berkata, ketika memulakan perniagaan, ia tidak memerlukan kos yang terlalu tinggi kerana beliau menggunakan dan mengubah suai kemudahan sedia ada yang sebelum ini digunakan untuk menghasilkan kuih-muih.

"Saya mengeluarkan perbelanjaan sekitar RM30,000 sebelum memulakan operasi D'Kawi, termasuk perbelanjaan untuk menyediakan tempat kemudahan penyimpanan dan pengangkutan," katanya.

Beliau yang mempunyai lima cahaya mata berkata, tidak seperti pengeluaran kuih muih, coklat memerlukan tempat penyimpanan dan penghantaran yang khusus untuk mengekalkan mutu produk berkenaan.

Buat permulaan, katanya, rangkaian pengedarannya hanya tertumpu di Langkawi, tetapi kini telah berkembang hingga ke Alor Setar dan Lembah Klang.

Dalam mengendalikan perniagaannya, beliau berkata D'Kawi banyak mendapat nasihat daripada Lembaga Koko Malaysia, sama ada daripada segi resipi, kualiti produk dan pembungkusan.

Untuk menambah jenis produk, Salehuddin juga banyak melakukan pengubahsuaian menerusi ilmu yang diperoleh dari pembacaan dan internet.

Kini, syarikat itu mengeluarkan coklat dalam pelbagai perasa termasuk nanas, durian, cempedak yang akan dikeluarkan mengikut musim, selain coklat dengan perisa Tongkat Ali dan Kacip Fatimah.

"Kami hanya menggunakan bahan segar dan terpilih. Kami tidak menggunakan perasa tiruan bagi memastikan produk keluaran kami bermutu dan menepati cita rasa pelanggan," katanya yang menjelaskan pelanggannya terdiri daripada masyarakat berbilang bangsa dari seluruh dunia.

Selain menjual secara runcit, beliau berkata syarikat turut menerima tempahan berupa pakej bungkusan menarik untuk individu dan korporat, khususnya sebagai cenderahati seperti untuk majlis perkahwinan, hari jadi, dan majlis korporat.

Mengulas mengenai kebimbangan pemakanan coklat yang sering dikaitkan dengan kegemukan, Salehuddin berkata pada asasnya coklat adalah baik untuk kesihatan.

"Kandungan asas coklat iaitu koko, mengandungi vitamin, mineral, karbohidrat dan phenol iaitu bahan antioksida yang boleh membantu menghapuskan lipo-protin kepadatan rendah (LDL) atau dalam perkataan mudah, 'kolesterol jahat' dalam badan.

"Coklat juga telah dikenal pasti dapat mengurangkan tahap kolesterol dalam darah, kerosakan gigi dan obesiti," katanya mengenai kebimbangan sesetengah pihak terhadap kegemaran makan coklat.

Coklat paling popular keluaran D'Kawi termasuk Langkawi Heritage iaitu coklat dengan gabungan kekacang dan perasa, Enak Praline (coklat berpremium dengan perasa oren, kopi dan vanila), Marble Splendure, D'Kawi Bagus, D'Kawi Bagus, D’Kawi All Almond, serta Millenium Bar, Langkawi Special Bar dan Lagenda Candy.

Menurut Salehuddin, bagi memenuhi permintaan pelanggan yang semakin bertambah, syarikat kini beroperasi di kilang baru di Kawasan Perindustrian Kuala Perlis bagi menggantikan kilang lama terletak di Jalan Kemajuan, Kuah, Langkawi.

“Kami melabur hampir RM500,000 untuk membuka kilang baru yang menggunakan mesin pengeluaran yang lebih canggih dan berkualiti. Operasi di kilang lama telah dihentikan, tetapi kami masih memiliki kedai dan ruang pameran di Pulau Langkawi,” katanya.

Bagi meneruskan kesinambungan perniagaan, beliau telah mula melatih anaknya untuk menceburi bidang perniagaan, dengan membantu operasi syarikat itu.

FAKTA: D'Kawi Chocolate

# D'Kawi Chocolate Hut memulakan perniagaan ketika gawat pada 1997/1998

# Pemiliknya berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains dari universiti di India, sebelum melanjutkan pelajaran dalam bidang perniagaan menerusi Program Pembangunan Pengurusan Asia, di Manila.

# Mengeluarkan perbelanjaan sekitar RM30,000 ketika memulakan operasi D'Kawi

# Hasilkan coklat dalam pelbagai perisa termasuk nanas, durian, cempedak, Tongkat Ali dan Kacip Fatimah

# Coklat paling popular keluaran D'Kawi termasuk Langkawi Heritage iaitu coklat dengan gabungan kekacang dan perasa, Enak Praline (coklat berpremium dengan perasa oren, kopi dan vanila), Marble Splendure, D'Kawi Bagus, D'Kawi Bagus, D'Kawi All Almond, serta Millenium Bar, Langkawi Special Bar dan Lagenda Candy

# Melabur hampir RM500,000 untuk membuka kilang baru yang menggunakan mesin pengeluaran yang lebih canggih dan berkualiti.

Friday, 14 September 2007

ManMa Trading bukti kejayaan Muslim di Dublin



BERNIAGA di negara sendiri sudah menanti pelbagai cabaran dan rintangan apatah lagi jika mengusahakannya jauh di negara orang. Bak kata pepatah, ‘hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri, lebih baik di negara sendiri’.

Namun pepatah juga mengatakan, ‘jika tidak dipecahkan ruyung bagaimana mahu mendapatkan sagunya’, patut disahut dan dibuktikan.

Menyahut saranan kerajaan agar individu berani menempuh cabaran walau di mana juga langit di junjung telah mendorong seorang anak tempatan yang berasal dari Kampung Batu 3, Segari, Setiawan, Perak membuka sebuah kedai bertaraf pasar raya di Lucan, 20 kilometer dari Dublin, ibu negara Ireland.

Wartawan RAHANA MD menghubungi Kamarulzaman Abdul Manan anak muda berjiwa kental ini untuk berkongsi pengalamannya berniaga di rantau orang.

Bagaimana penghijrahan berlaku sehingga membuat keputusan berniaga di Dublin, Ireland?

KAMARULZAMAN: Merantau ke negara asing merupakan suatu pengalaman yang amat berharga bagi semua orang yang inginkan cabaran dalam kehidupan. Kehidupan di dunia asing seperti Ireland tentu tidak menjanjikan sesuatu yang mudah.

Saya merantau ke Ireland sejak tahun 1997 dan berkahwin dengan isteri Dr. Norma Mohamad dan kami menetap di Dublin, Ireland.

Hibiscus Asian Store Ltd., merupakan milik penuh bumiputera yang saya tubuhkan di bawah syarikat ManMa untuk memberi tumpuan menjual produk makanan buatan negara Asia seperti Malaysia, Pakistan, India, Bangladesh, China dan juga Filipina.

Bilakah beroperasi dan di mana kedudukannya di Dublin?

Pasar raya ini beroperasi pada 8 Jun 2007 dan ia terletak di kawasan perniagaan dan perumahan yang semakin berkembang di Lucan.

Lucan terletak 20 kilometer dari pusat bandar Dublin merupakan kawasan perumahan tumpuan masyarakat Malaysia yang berkeluarga. Hibiscus semakin menjadi tumpuan orang ramai berikutan kedai ini menyediakan pelbagai makanan dari negara-negara Asia.

Apa yang mendorong membuka kedai di sana?

Saya memberanikan diri membuka kedai di Lucan, setelah mengenal pasti pasaran dan permintaan yang semakin berkembang terhadap barangan Asia. Selepas mengemudi syarikat ManMa, saya teruskan usaha mengimport dan mengedar produk-produk Malaysia ke rantau Eropah.

Saya amat berbesar hati dan bangga kerana pada 26 Julai 2007 majlis perasmian pasar raya dilakukan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Khamsiyah Yeop.

Bagaimana dengan persaingan?

Persaingan di mana-mana pun ada tetapi Hibiscus mempunyai identiti tersendiri dan kebanyakan barangan adalah buatan Malaysia.

Kedai kami turut menawarkan produk dari negara lain seperti Thailand, India, Pakistan, Filipina dan Timur Tengah.

Sebagai pasar raya yang menawarkan produk berunsur etnik khususnya Asia kami bersaing dengan kedai-kedai dari negara Asia sendiri yang lain dan sekarang jumlahnya semakin bertambah.

Pasar raya tempatan juga memberi saingan yang turut menjual barangan dari Asia.

Untuk memastikan Hibiscus menembusi pelanggan jarak jauh dan tidak berkenderaan atau masa yang terhad, kami menawarkan khidmat penghantaran ke depan pintu dengan cara membeli belah secara online, www.manma trading.com kepada hibiscus e-store. Perkhidmatan ini dirasmikan oleh Khamsiyah tempoh hari.

Apakah jenis barangan yang dijual di kedai?

Konsep kedai kami adalah 100 peratus barangan halal sebagai memenuhi tuntutan fardu kifayah dengan menyediakan pelbagai barangan dapur termasuk daging segar halal, barangan beku laut, barangan beku halal yang lain seperti burger sosej, nuget ayam dan lain-lain.

Hisbiscus turut menawarkan mee kering, makanan segera, minuman, sayur-sayuran, beras, rempah ratus, sos dan banyak lagi.

Di samping itu kami juga menjual kad telefon prabayar untuk panggilan antarabangsa.

Bagaimana dengan sumbangan memperkenalkan Malaysia kepada masyarakat di sana?

Antara tujuan kedai kami ditubuhkan bukan sahaja untuk mempromosikan barangan produk Malaysia tetapi juga menonjolkan negara ini sebagai pusat pelancongan.

Mengikut perancangan jika ada bantuan daripada Tourism Malaysia, kami akan terus menerus mempromosi Malaysia dalam bentuk iklan.

Cadangannya kami akan menggunakan televisyen plasma di kedai untuk menunjukkan iklan promosi Malaysia manakala dinding kedai akan dihiasi santapan makanan dan buah-buahan Malaysia.

Bagaimana sokongan isteri dan keluarga?

Ada nostalgia sebenarnya, syarikat ManMa adalah gabungan antara nama saya (Man) dan isteri (Norma). Isteri saya yang memberi idea untuk membuka kedai dan memasarkan produk dari Malaysia kerana peluang perniagaan cerah, bilangan penduduk yang bertambah dan nilai mata wang yang tinggi.

Peringkat permulaan saya hanya bertindak sebagai pengedar tetapi peniaga asing kurang memahami apakah kelebihan dan kehendak masyarakat Asia. Lantaran itu, saya dan isteri sepakat mencari tapak untuk berniaga sendiri.

Walaupun dalam keadaan isteri yang sarat mengandung, saya menjelajah ke serata Dublin mencari kawasan yang sesuai dan pelbagai dugaan ditempuh kerana sebagai orang luar dan asing, kami diuji pelbagai rintangan.

Akhirnya Hibiscus berjaya dibuka dan paling tidak dapat dilupakan apabila isteri saya hampir bersalin di dalam kedai kerana kesibukan kami menyusun dan mengemas barang.

Apakah makanan Malaysia yang paling dirindui (makanan) tetapi tidak boleh dibawa masuk ke sana?

Banyak barangan makanan Malaysia yang tidak dapat kami pasarkan lagi di sini terutama yang diperbuat daripada haiwan seperti ikan dan hidupan laut.

Ini termasuk belacan, budu, cencaluk, sotong, keropok, ikan bilis sedangkan ia sering mendapat pertanyaan di sini.

Apa langkah yang perlu diambil jika ada usahawan yang berminat untuk memasarkan produk ke Ireland?

Kami amat mengalu-alukan jika ada usahawan Malaysia yang ingin memasarkan barangan ke sini. Maklumat boleh diperoleh di laman web www.manmatrading.com.

Monday, 10 September 2007

Yusuf tabah hadapi dugaan jual kurma (Yusuf Taiyuub)


BERJAYA: Yusuf dan kakitangan meninjau bekalan kurma
yang akan dibekalkan di pasaran tempatan dan
luar negara bersama kakitangannya.



Pernah hadapi cabaran apabila produk dicampak tanpa dinilai terlebih dahulu pemborong

SEMANGAT kental yang ada pada pemilik Yusuf Taiyoob Sdn Bhd, wajar dicontohi generasi muda, khususnya yang menyimpan cita-cita meneroka bidang perniagaan.

Datuk Yusuf Taiyoob, 47 pemilik syarikat kurma dan makanan berpangkalan di Pulau Pinang itu pernah muntah darah kesan pendarahan yang serius dalam perut kerana berdepan tekanan apabila perniagaan pertamanya, penjualan minyak wangi di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, jatuh merudum walaupun mendapat sambutan menggalakkan di peringkat awal.

Ketika itu, usianya baru 19 tahun. Akibat tekanan hebat dan tidak dapat menghadapi kenyataan pada usia muda, beliau tidak dapat tidur malam dan menjaga pemakanan sehingga pada satu malam dia dikejarkan ke hospital dalam keadaan separuh sedar.

"Orang tua saya fikir saya akan mati apabila lihat banyak darah keluar, nasib baik cepat mendapat rawatan.

"Doktor kata, kalau saya ini orang tua, saya sudah pergi dulu (meninggal dunia)," katanya mengimbau jatuh bangunnya dalam dunia perniagaan dalam satu pertemuan di pejabatnya di Plaza MWE, Georgetown, Pulau Pinang.

Yusuf yang sebak menceritakan pengalamannya berkata, kejadian itu masih berbekas di hatinya kerana mengingatkan tiada sesiapa yang dapat membantunya kecuali diri sendiri dan keluarga rapat.

Banyak cabaran yang terpaksa dilaluinya sebelum mencapai tahap sekarang.

Katanya, beliau pernah dihalau dan produknya dicampak begitu saja tanpa dilihat terlebih dulu.

"Saya bersusah payah ke Kuala Lumpur untuk mempromosi minyak wangi yang saya adun sendiri. Bukan saja syarikat berpengaruh itu tidak mahu menjual, minyak itu dibaling begitu saja," katanya.

Namun, cabaran yang dihadapi itu sama sekali tidak melemahkan semangatnya, malah selepas peristiwa muntah darah serius sehingga tubuh badan kurus akibat perniagaan merudum, beliau terus mencari peluang untuk membuka perniagaan baru di lokasi lain.

"Saya bernasib baik mendapat sokongan ibu bapa dan datuk yang sebelum ini biasa terbabit dalam perniagaan. Pada masa itu, saya juga masih muda, ada peluang, untuk tukar haluan.

"Selepas keluar hospital dan berehat seketika, saya bertekad memulakan perniagaan lain dengan mengimport makanan termasuk kurma secara kecilan,” katanya.

Ketabahannya itu membuahkan hasil apabila perniagaannya berkembang maju sehingga beliau mampu menjadi pengeluar dan pembekal kurma dan makanan untuk pasaran tempatan serta negara jiran termasuk Singapura, Indonesia dan Thailand.

Kini, anak sulung daripada empat beradik itu mempunyai lebih 1,000 pengedar di negara ini tidak termasuk di luar negara dan hampir 50 kakitangan di pejabatnya.

Bilangan pekerja itu tidak termasuk pekerja di tiga gudang di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.

Beliau yang enggan memberitahu nilai jualan syarikatnya, berkata kini syarikatnya membekal 35 jenis kurma seperti Rotab Bam, Safia, Mariami, Safawi, Ajwa, Jewel, Ajmal dan Anbara pada harga antara RM3 hingga RM120 sekilogram.

Kurma itu diperoleh dari Asia Barat dan Afrika Selatan, termasuk Tunisia, Oman, Iran, Arab Saudi, Mesir dan Jordan.

"Saya pilih buah berkualiti tinggi berbanding yang ada di pasaran. Pelanggan kami mengetahui kualiti buah ini dan sanggup berbelanja lebih untuk mendapatkannya," katanya.

Syarikatnya juga mengimport pelbagai makanan kering seperti rempah ratus untuk masakan dan bahan membuat kuih-muih dari pelbagai negara termasuk Amerika Syarikat.

Dengan tempahan yang semakin memberangsangkan di beberapa negara Asia Tenggara, memaksa syarikat yang kian berkembang untuk memiliki kilang sendiri bagi menempatkan stok dan membungkus produk dengan jenama sendiri, Yu Ta.

Kilang yang dibina di kawasan seluas hampir lima hektar di Bukit Minyak, Seberang Prai Tengah, bakal siap sepenuhnya menjelang Mac depan dengan kos RM20 juta.

"Harapan saya jenama Yu Ta menjadi sinonim di kalangan masyarakat negara ini dan luar negara pada masa depan.

"Saya juga berharap perniagaan saya ini berkembang maju bagi membolehkan saya membantu masyarakat yang memerlukan," katanya.

Bapa kepada tiga anak yang berusia satu hingga tujuh tahun, berkata rezeki yang diperoleh itu sentiasa dikongsi bersama golongan kurang bernasib baik pada sepanjang masa.

"Saya tidak pernah hadkan sumbangan saya, namun saya tidak suka memberi kepada sebarangan orang yang meminta.

"Saya akan pastikan mereka yang menerima golongan yang layak, kerana duit yang diperoleh bukan jatuh terus dari langit," katanya.

Kesibukannya yang bertugas dari pagi hingga malam, termasuk hari cuti tidak menghalang daripada menjalankan kerja kemasyarakatan.

Bagaimanapun, beliau tidak berminat dengan jawatan walaupun sering ditawarkan pelbagai jawatan seperti ahli lembaga pengarah pertubuhan di Pulau Pinang.

"Biarlah saya tumpukan kepada perniagaan dan hasilnya saya kongsi kepada golongan yang memerlukan," katanya.

Yusuf juga jarang bersukan termasuk golf yang digemari ahli korporat lain.

"Saya habiskan masa di rumah dengan keluarga jika tiada urusan di luar," katanya sambil menambah kejayaan yang diperoleh dapat membantu golongan kurang bernasib baik.

"Itu sudah menjadi kewajipan kita dan saya sendiri tidak pernah bermimpi untuk mencapai hingga tahap ini," katanya yang menerima pelbagai anugerah termasuk yang membawa gelaran Datuk daripada Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas pada 2002 dan baru-baru ini.

Pelaburan RM20 juta bina kilang canggih

PENGELUAR dan pembekal kurma serta makanan import, Yusuf Taiyoob Sdn Bhd, menjangkakan pertumbuhan jualan sehingga 40 peratus daripada kira-kira RM60 juta setahun sekarang apabila kilang barunya di Bukit Minyak, Seberang Prai Tengah, siap Mac tahun depan.

Pengerusinya, Datuk Yusuf Taiyoob, 47, berkata kilang baru serba canggih di tapak seluas lima hektar membabitkan pelaburan RM20 juta itu membolehkan syarikat menghasilkan keluaran yang lebih tinggi pada bila-bila masa menggunakan teknologi moden.

Secara tidak langsung, katanya, ia juga dapat mengurangkan kos operasi syarikat yang selama ini terpaksa menyewa gudang bagi menempatkan stok dan bekalan dalam kuantiti besar.

"Kilang ini mampu menempatkan 700 kontena stok makanan sejuk dan kering pada satu masa, yang diimport dan diproses semula dengan jenama Yu Ta singkatan nama Yusuf Taiyoob.

"Ia menjadikan kilang ini sebagai pusat pengeluaran dan pembekalan bahan makanan basah dan kering terbesar di utara Semenanjung sebelum diedarkan ke pasaran tempatan dan negara jiran seperti Indonesia, Thailand dan Singapura," katanya.

Yusuf berkata, apabila siap kelak, kilang itu mampu menyediakan peluang pekerjaan kepada lebih 50 penduduk setempat.

"Bagi keperluan jangka panjang, syarikat juga membeli sebuah bangunan warisan dua setengah tingkat di Lebuh Bishop, Georgetown untuk pelaburan masa depan," katanya.

Mengenai persiapan syarikat memenuhi permintaan bekalan kurma dan produk makanan lain pada Ramadan dan Aidilfitri ini, Yusuf berkata, sebanyak 3,000 tan metrik pelbagai jenis kurma diimport untuk pasaran negara ini.

Ia tidak termasuk produk makanan lain seperti bahan untuk membuat kuih, masakan seperti rempah-ratus dan kacang serta makanan kering yang diimport dan diedar secara borong kepada lebih 1,000 pengedar di seluruh negara.

Pihaknya mensasarkan jualan sebanyak RM20 juta bagi musim perayaan ini iaitu peningkatan sebanyak 30 peratus berbanding musim sebelum ini.

"Jualan setiap tahun memberangsangkan kerana pelanggan kami mengetahui kualiti produk kami yang bermutu dan dijual pada harga berpatutan," katanya.

INFO

# Syarikat pertama ditubuhkan ialah Yusuf Cosmetic pada 1979. Selepas dua tahun beroperasi, syarikat pertama ditutup dan menubuhkan Yusuf Taiyoob Sdn Bhd (1988).

# Membekal 100 produk makanan dan 35 jenis kurma.

# Produk diimport dari Asia Barat, Eropah dan Amerika Syarikat sebelum dieksport menggunakan jenama Yu Ta ke negara jiran termasuk Indonesia, Thailand, Singapura dan Brunei.

Friday, 7 September 2007

Era Mewah syarikat hartanah keluarga



Penglibatan dalam bidang hartanah bermula sejak lebih 17 tahun lalu banyak memberi inspirasi dan pengalaman sehingga mencapai kejayaan dalam kehidupan hari ini. Biarpun sektor ini melalui detik-detik getir ketika kegawatan ekonomi beberapa tahun lalu sehingga menjejaskan perjalanan syarikat.

Namun sebagai ahli perniagaan yang gigih, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Era Mewah Sdn. Bhd., Mohamad Hassan Mukhtar Mohd. Ali tabah mengharungi pahit maung dalam mengukuhkan perniagaan ini.

Bermula dengan projek hartanah dengan membina kompleks Kem Bina Insan yang terletak di Sungai Merab, Bangi, Selangor.

Ini diikuti dengan Institut Pengajian Tahfiz Al-Quran (Darul Quran) di pinggir Taman Tun Dr. Ismail, Tahfiz Al-Quran wal Qiraati Kolej Anjung Selatan, Salak Tinggi, Sepang, Sekolah Kiblah dan Sekolah Al-Ain.

Semuanya diusahakan bersama-sama dengan ahli keluarga sehingga segala kepahitan dirasai dan menjadi titik tolak untuk terus berusaha dengan mengembang dan membuka perniagaan hartanah-hartanah yang lain.

Wartawan, MOHD. SAIFUL MOHD. SAHAK bersama jurufoto, ROY AZIS ABDUL AZIZ menemubual dan berkongsi pengalaman mengenai perniagaan yang dijalankan.

MEGA: Apakah faktor utama anda menceburi dalam bidang perniagaan ini?

MOHAMAD HASSAN: Sebenarnya ramai yang tidak sanggup meninggalkan dunia kerjaya dan gaji lumayan hanya kerana ingin menceburi satu bidang yang diakui mencabar dan berisiko tinggi iaitu dunia perniagaan. Impian untuk hanya bekerja makan gaji semata-mata tidak memberi kepuasan kepada diri saya.

Namun minat yang mendalam dalam dunia perniagaan mula bersinar hasil daripada melihat kejayaan rakan-rakan dalam perniagaan. Memegang dan menjawat jawatan awam sebagai pegawai kanan Polis Diraja Malaysia Bahagian Cawangan Khas selama 8 tahun mulai 1969, sebelum meletakkan jawatan untuk menyertai salah sebuah bank tempatan pada 1977 banyak memberi kata putus untuk saya menceburkan diri dalam dunia perniagaan ini.

Pengalaman yang diperoleh menjadi asas dan tapak untuk diri saya mengidam memiliki sebuah syarikat perusahaan sendiri.

Semuanya setelah lama berkhidmat dan diberi kepercayaan memegang beberapa jawatan sehinggalah saya menubuhkan syarikat sendiri iaitu Era Mewah Sdn. Bhd yang diperbadankan pada 13 Julai 1990.

Tertubuhnya syarikat ini memberi inspirasi dengan menjalankan aktiviti-aktiviti perniagaan pelaburan pembangunan dan pengurusan hartanah. Modal berbayar adalah sebanyak RM280,000 di mana ahli lembaga pengarahnya juga dianggotai oleh isteri saya iaitu Azizah Dolah.

Dalam beberapa tahun ini, apakah perancangan dan wawasan syarikat?

MOHAMAD HASSAN: Kami di Kumpulan Era Mewah kini sedang bertapak sebagai sebuah syarikat pengurusan, pembangunan dan pelaburan hartanah.

Kini, syarikat kami pesat mengembangkan aktiviti perniagaan dalam pelbagai bentuk pelaburan terutama yang menjurus kepada pembangunan dan pengurusan hartanah yang efektif.

Sejak beberapa tahun lalu, syarikat berjaya memajukan beberapa aset tanah yang strategik di kawasan Taman Tun Dr. Ismail dan Lembah Kelang untuk pembangunan kawasan perumahan elit, sederhana dan kondominium.

Perniagaan hartanah memungkinkan syarikat memiliki sejumlah aset yang kemudiannya dibangunkan dan diuruskan sebagai salah satu aktiviti perniagaan. Ia bagi menjana keuntungan yang tidak hanya mensasarkan kepada satu pelaburan hartanah semata-mata.

Untuk tujuan itu, syarikat menyiapkan beberapa projek hartanah yang mendapat kelulusan pihak berkuasa seperti memajukan kawasan-kawasan pembangunan rezab melayu, pembangunan rumah-rumah kos rendah dan sederhana dan projek hartanah lain.

Antara matlamat syarikat adalah selaras dengan wawasan negara untuk mencapai satu tahap kecemerlangan menjangkau tahun 2020. Syarikat juga berhasrat memainkan peranan yang penting dalam menggalakkan penyertaan usahawan bumiputera dalam sektor hartanah dengan dasar perindustrian negara di samping menyediakan peluang untuk vendor bumiputera terlibat dengan projek-projek syarikat ini.

Apakah faktor dan cabaran yang dihadapi dalam dunia perniagaan hartanah ini?

MOHAMAD HASSAN: Perubahan sikap, pendedahan yang lebih meluas serta pengaruh persekitaran membuka peluang kepada setiap pemaju hartanah. Saya yakin, projek-projek sedemikian mampu menarik minat pembeli.

Dalam hal ini konsep jualan yang tepat banyak membantu. Sebagai pemaju, saya mengakui menghadapi banyak cabaran untuk menjayakan projek-projek yang dirancang.

Salah satu cabarannya ialah mendapatkan kelulusan pihak berkuasa. Malah keupayaan kami pada mulanya turut diragui kerana membina kondominium di atas tanah rezab Melayu seperti di kawasan Sungai Penchala. Namun, alhamdulillah semua berjalan dengan lancar berkat doa dan kesabaran.

Apakah senario sektor hartanah di kalangan umat Islam kini?

MOHAMAD HASSAN: Tanda-tanda pemulihan dalam sektor ini cukup baik. Urusan transaksi sudah mula ada dan orang ramai dan umat Islam mula berminat untuk membeli hartanah berbanding dua atau tiga tahun sebelum ini.

Umat Islam telah merencanakan harta mereka kepada satu aset tetap. Ini menunjukkan perubahan dan tingkat kemampuan kuasa membeli di kalangan umat Islam negara ini menunjukkan perubahan yang positif. Malah penguasaan itu juga melambangkan umat Islam kini berdaya saing dengan bangsa lain khususnya dalam memiliki aset yang berharga.

Pada zaman kegawatan ekonomi apakah pendekatan bagi menstabilkan syarikat di pasaran khususnya dalam menjana kestabilan ekonomi Islam?

MOHAMAD HASSAN: Paling penting kita perlu sentiasa berhemah dalam berbelanja. Semasa zaman mewah jangan terlalu boros dan banyak membuat pinjaman.

Jangan terlalu komited atau memberi tumpuan kepada banyak perkara kerana ini boleh menjejaskan tumpuan dan adakalanya menyebabkan kita gagal mencapai matlamat.

Walaupun demikian, dalam situasi sedemikian syarikat tetap merasai keperitan untuk menanggung keadaan ekonomi ketika itu. Semua orang merasa.

Dalam keadaan genting itu, banyakkan amal jariah supaya Allah s.w.t sentiasa bersama-sama semasa dalam susah dan senang. Untuk meneruskan kelangsungan dalam perniagaan sendiri kadang-kadang saya terpaksa mengambil beberapa tindakan misalnya menjual hartanah dengan harga pasaran semasa mengikut aliran tunai.

Saya juga terpaksa mengurangkan beberapa sumber syarikat demi menjaga tahap prestasi keuntungan agar terus memperolehi keuntungan yang maksimum.

Bagaimana pula pendekatan Islam dilaksanakan dalam meniti kejayaan syarikat?

MOHAMAD HASSAN: Sebagai pengurus dan pentadbir, saya mempunyai cara pengurusan tersendiri. Kebanyakan pekerja syarikat terdiri daripada ahli keluarga.

Projek-projek yang dijalankan oleh Kumpulan Era Mewah dibangunkan sendiri. Kemudian pihak syarikat melantik sebuah syarikat untuk menguruskannya secara usahasama.

Saya mengamalkan musyawarah dan gotong-royong, berkongsi modal, pendapat dan usaha. Perniagaan ini ialah perniagaan keluarga yang dijalankan di kalangan adik-beradik. Malah sesetengah perniagaan syarikat ini berbentuk koperasi.

Para pemodal memberi wang, syarikat membeli tanah kemudian membuat kertas cadangan dan menjalinkan kerjasama dengan pemaju.

Antara projek terkini syarikat sedang mengambil alih dan menguruskan beberapa perkampungan latihan dan rekreasi yang berpotensi khususnya dalam membantu masyarakat dalam meningkatkan jati diri mereka.

Dengan itu syarikat membina Nur Bukit Unggul, Nur Bukit Hijau, Nur Lembah Pangsun Eco Resort dan Nur Lembah Lenggong Training Village sebagai sebuah pusat latihan dan pembangunan insan yang kini menjadi orientasi syarikat dalam bidang latihan dan bimbingan.

Dalam pada itu, kami juga merupakan gabungan beberapa syarikat dalam memajukan bidang industri tanah yang bergabung dengan Era Mewah Sdn. Bhd., Era Mewah Development Sdn. Bhd, Era Mewah Realty Sdn. Bhd., Petplus (M) Sdn. Bhd. Landmark Lane (M) Sdn. Bhd, dan S.P Sekuriti Sdn. Bhd.

Siapakah yang banyak memberi dorongan dan sokongan kepada anda?

MOHAMAD HASSAN: Sokongan padu ibu, keluarga dan saudara mara merupakan pendorong utama. Ibu saya, Che Halimah Mohamad Samad ialah orang yang banyak memberi sokongan dan bantuan pada saat saya memerlukan.

Apakah prinsip yang perlu ada dalam diri seseorang melakar dunia perniagaan ini?

MOHAMAD HASSAN: Kesungguhan dan keikhlasan mesti ada pada setiap ahli perniagaan. Tumpuan mesti diberikan. Jika sesetengah orang sering bertukar bidang perniagaan, saya tetap setia dalam sektor hartanah walaupun dilanda pelbagai cabaran. Banyakkan istiqamah kerana lama-kelamaan pasti akan mendapat hasilnya.

Saya menganggap perniagaan sebagai satu komitmen agama dan ibadah.

Saya berharap mereka yang menyertai bidang hartanah dapat terus memberi manfaat bukan sahaja untuk menjana modal tetapi membantu kegiatan-kegiatan keagamaan. Kejayaan dalam perniagaan tidak bermakna jika tidak disalurkan kepada agama dan ummah.

Projek-Projek Hartanah yang dilaksanakan berkonsepkan Islam:

* Pembangunan Balai Islam di Pinggir Taman Tun Dr. Ismail yang kini menjadi mercu tanda dan kebanggaan penduduk Islam. Balai Islam ini dibina dengan kos RM3 juta yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk umat Islam beribadat dan pendidikan.

* Projek pembangunan sebuah kondominium Mas Kiara berkonsepkan ciri Islam pertama di negara ini dan seumpamanya di dunia. Ciri Islam yang terdapat ialah kolam renang yang berasingan untuk lelaki dan wanita. Sebuah surau yang boleh menempatkan 200 orang jemaah dan tadika Islam. Lifnya direka khusus untuk mengambil dan menurunkan jenazah atau penghuni uzur.