Pages

Friday, 23 February 2007

Lima perkara penentu kejayaan perniagaan dari Ustaz Hasan Mahmud al-hafiz

Lima perkara penentu kejayaan perniagaan

*Kakitangan pekerja yang bertanggungjawab dalam menguruskan urusniaga syarikat.

*Amanah dalam melaksanakan urusan perniagaan sesama muslimin.

*Mengamalkan sifat tolong-menolong di antara satu dengan yang lain.

*Keterbukaan minda dan fikiran.

*Berani mengambil risiko.

Lima faktor yang menggagalkan perniagaan

*Melibatkan diri daripada berurusan dengan barangan atau perkhidmatan yang haram.

*Tidak ada sifat jujur dalam jual beli, mendekati amalan riba dan unsur-unsur perjudian.

*Mengamalkan penipuan, seperti menipu di dalam timbangan, sukatan dan maklumat mengenai sesuatu produk barangan.

*Tamak dan mempunyai hasad dengki terhadap kejayaan orang lain. Sebaliknya jadikan kejayaan orang sebagai dorongan untuk berjaya.

*Tidak pentingkan masa.

Friday, 9 February 2007

Ikhlas resipi kejayaan Pak Tam dan isteri

Hari ini kalo baca utusan malaysia rase bangga dengan resepi kejayaan pak tam dalam perniagaan restoran dier...

RAHSIA KEJAYAAN PAK TAM
- Mulakan perniagaan ikut kemampuan diri sesuai dengan apa yang telah dimiliki.

- Elakkan diri dari meminjam sama ada dengan bank apa lagi ceti atau ah long.

- Berprasangka baik dengan semua orang terutama pesaing dan rakan peniaga lain.

- Jangan mudah berpuas dengan apa yang dicapai.

- Sentiasa belajar dan memperbaiki diri agar perniagaan terus maju.

- Jangan takut untuk mencuba sesuatu jika ia boleh meningkatkan lagi perniagaan.

- Mesti pasang niat hanya kerana Allah s.w.t sebelum memulakan sesuatu pekerjaan pada setiap pagi.

- Amalkan sesi tarbiah, muzakarah dan muhasabah serta membaca al-Quran bersama seluruh kakitangan sebelum memulakan tugas setiap pagi.

- Sentiasa ingat dan mengingatkan yang mati matlamat kehidupan dan perniagaan (dunia) adalah amanah yang perlu dilaksanakan.

- Hayati, fahami dan amalkan cara hidup Islam yang berteraskan al-Quran dan al-Sunah.

- Sentiasa ingatkan diri, keluarga dan pekerja pemilikan di dunia akan hilang tetapi amal ibadah kerana Allah s.w.t. kekal abadi.

- Peka dan prihatin dengan perkembangan, cita rasa pengguna dan pasaran semasa.

- Jangan bertindak melawan arus.

- Sertai setiap peluang dan program keilmuan disediakan kerajaan melalui agensi-agensi berkaitan.

- Kembang dan berkongsi pengalaman serta ilmu niaga dengan yang memerlukan.

- Yakin dengan diri sendiri dan apa yang diusahakan.

Thursday, 1 February 2007

Tension! Tension!

Kursus jual burger ngan tokey burger dah lama aku stop pasal ituhari aku cuma ganti adik tokey burger tuh niaga jek pastu takkan aku nak stay lagi yeer la dia nak bayo aku lagi adik dier lagi camner?
jadi aku suda pla nak bukak sendri jek kalo bukak stall nih kat area umah aku isk tak boleeh sebab semalam aku kira kat area taman aku dduk nih lebih kurang 12 stall burger yang jual benda yang sama cara yang sama dan harga yang lebih kurang sama
waaaaduh so skrg tiap2 malam aku cuma duduk termenung jeer laah tak der paper yang nak di buat boring tension waaaaaa waaaaa waaaa
aper laaaie yek aku nak jual

Tahun Baru, Azam baru

rasenyer belum cukup terlambat untuk aku ucap selamat tahun baru islam walaupun dah begitu lama tak update blog niih... setiap tahun baru pasti ade azam baru walaupon azam lamer tak tercapai tapi tetap nak buat azam baru
Azam baru aku kali ni ialah
"AKU MESTI TERUSKAN AZAM AKU TAHUN LEPAS"
1)
2)
3)
4)NAK SIMPAN RM100,000.00