Home » » Raja Azmi Berhijab Kerana Bisnes Tudung

Raja Azmi Berhijab Kerana Bisnes Tudung

Written By kall on Thursday 19 June 2014 | 17:31


Akak Dibalik Pintu

Raja Azmi Berhijab Kerana Bisnes Tudung

                                        
KUALA LUMPUR: Penerbit filem Raja Azmi menjelaskan salah satu sebab kenapa dia membuat keputusan bertudung adalah kerana mahu mengembangkan perniagaan bisnes berkenaan.

Raja Azmi atau nama sebenarnya Raja Azmi Raja Sulaiman 55, berkata, dia tidak dapat menafikan perkara tersebut tetapi niat berkenaan turut datang serentak dengan hasrat untuk berubah.

"Adakah saya berhijab kerana mahu mulakan bisnes rekaan tudung? Ada kebenarannya perkara itu.


                            

innity_pub = "966b6dfb6b0819cc10644bea3115cf20"; innity_cat = "MALAY,NEWS"; innity_zone = "42072"; innity_width = "300"; innity_height = "250"; innity_country = "MY";
"Saya tak berani nak nafikan tentang perkara itu kerana niat bertudung dan mahu menjalani bisnes rekaan tudung datang seiring," katanya
Raja Azmi ditemui pada majlis pelancaran tudung Raja Azmi For Variente Hijab di butik tersebut di Bangsar, di sini pada Rabu.

Sebelum ini Raja Azmi dalam satu kenyataan menjelaskan keputusan dia berhijab kerana keceluparannya mempersoalkan dakwaan wanita tidak bertudung akan masuk neraka.

Raja Azmi berkata, selepas membuat sembahyang sunat tahajud selama tiga malam, barulah dia mendapat jawapan dan terbuka hati agar bertudung.

Dalam perkembangan berkaitan Raja Azmi memberitahu dia tidak kisah sekiranya ada pihak cuba mempertikaikan niat sebenar dia bertudung kerana dia percaya Allah lebih tahu tentang isi hatinya itu.

Mengenai rekaan tudung terbaharu tersebut, Raja Azmi berkata, dia menjalinkan kerjasama dengan butik Variante dan menghasilkan tujuh jenis selendang inspirasi daripada 'headband'.

                        

Model yang menggayakan tudung-tudung di butik Variante.

"Sebelum bertudung, saya memang suka memakai 'headband'. Jadi saya mengambil inspirasi `headband’ itu ke dalam rekaan selendang.

"Harganya pun tidak berapa mahal iaitu RM70 sehingga RM250," ujarnya.

Tambah Raja Azmi, jika ia mendapat sambutan, dia akan membuat rekaan terbaharu dalam masa terdekat nanti.

Tudung-tudung berkenaan boleh didapati di 11 cawangan butik Variante sekitar Lembah Kelang.-mstar


innity_pub = "966b6dfb6b0819cc10644bea3115cf20"; innity_cat = "MALAY,NEWS"; innity_zone = "43604"; innity_width = "468"; innity_height = "60"; innity_country = "MY";


1 comments:

jeje said...

jinyi827
Les principales méthodes air jordan 5 cny d'entretien de votre performance sont la préservation acceptable, et le maintien de l'apparence est principalement reflété pendant le nettoyage cortez nike blanche technique. La tête de club en forme de poire de VR Pro Driver a basket nike homme 2017 bleu air max un toucher et un look conventionnels et une sonorité vive, efficace et réconfortante à Air Jordan Reveal France l'impact. Il ya de nombreux magasins, ne pas oublier dans les magasins en ligne aussi Air Jordan 3 Chaussures bien d'où vous pouvez acheter le style urbain de votre choix qui s'intègre bien dans votre budget de basket nike air max thea homme dépenses.