Pages

Monday, 30 June 2014

Remaja dakwa diperkosa bapa dan abang kandung di Terengganu


Pilihan Anda

Remaja dakwa diperkosa bapa dan abang kandung di Terengganu

Gambar hiasan
BESUT: Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun telah membuat laporan polis mendakwa beliau telah diperkosa oleh bapa dan abang kandungnya beberapa kali sekita bulan Disember dan awal tahun ini.

Ketua Polis Daerah, Superintendent Kamaruddin Mohd Zakaria mengesahkan telah menerima laporan tersebut pada 23 June lepas.

"Mangsa yang juga masih belajar, telah mendakwa beliau dirogol oleh bapanya yang berusia dalam lingkungan 40-an di rumah mereka di Gong Nering pada Disember tahun lepas.

"Mangsa bersendirian di dalam bilik ketika kejadian itu berlaku," katanya.

Mangsa juga mendakwa perbuatan terkutuk bapanya itu berlaku dua kali dalam bulan yang sama.

Kamaruddin juga berkata, gadis tersebut turut mendakwa diperkosa abang kandungnya dalam semak ketika menuju ke sekolah.

"Mangsa tidak dapat mengingat tarikh sebenar kejadian, dan mengambil keputusan untuk mengadu kepada ibunya baru-baru ini.

"Ibu mangsa kemudiaanya memaklumkan kejadian tersebut kepada guru mangsa, dan guru berkenaan menemani mereka untuk membuat laporan di pejabat polis daerah," kata Kamaruddin.

- NST
disableSelection(document.body) //disable text selection on entire body of page
new innity_adZone("c5b270a763686e776039618cc709f3a6", "45838", {"origin": "MY", "width": "300", "height": "250"}); adv_username = "amjadanas"; adv_gid = "amjadanas_default"; adtype = "336x280";


Cinta Pertama Kate Ternyata Bukan William


Akak Dibalik Pintu

Cinta Pertama Kate Ternyata Bukan William

Cinta Pertama ?

 Tentu semua orang ada cinta pertama masing-masing dan kebanyakannya tidak dapat melupakan cinta pertama mereka kerana ada kenangan manis dalam hidup masing-masing.

 Tak semua cinta pertama itu berakhir ke gerbang perkahwinan tetapi kenangan indah bersama cinta pertama itu akan kekal abadi dalam hidup kita walaupun kita sudah ada orang baru sebagai pengganti.

Tidak bermakna jika kita mengingati Cinta Pertama kita bermakna kita masih mengharapkan mereka dalam hidup kita. Itu adalah satu tanggapan yang salah.

Walau bagaimanapun tidak semua orang akan menyimpan kenangan manis mengenai cinta pertama mereka.

                      
Gambar lama Kate dan Marx didalam taksi selepas berhibur di Bougis Niteclub pada 01.05.2008 - gambar diambil dari COPETTI - ROTELLO / MATRIXPHOTOS.


innity_pub = "966b6dfb6b0819cc10644bea3115cf20"; innity_cat = "MALAY,NEWS"; innity_zone = "42072"; innity_width = "300"; innity_height = "250"; innity_country = "MY";
 Kate Middleton dikatakan telah menjemput kekasih pertamanya, Willem Marx untuk menghadiri Istiadat Perkahwinan mereka di Westminester Abbey pada 29.04.2011
 


 Marx dikatakan lebih bertuah kerana mendapat jemputan berkenaan berbanding dengan Kekasih Pertama Prince William, Carly Massy-Birch yang dikatakan masih menunggu jemputan ketika itu dari Pewaris Kedua Tahta Kerajaan Britain itu.

Cinta pertama saya??Haha...cinta budak-budak..cinta monyet...masih disekolah rendah masa tu...Affendi Abd.Ghani namanya...lucu bila diingati...
innity_pub = "966b6dfb6b0819cc10644bea3115cf20"; innity_cat = "MALAY,NEWS"; innity_zone = "43604"; innity_width = "468"; innity_height = "60"; innity_country = "MY";


Nahas tawar seks kepada pegawai polis


Pilihan Anda

Nahas tawar seks kepada pegawai polis

Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Gara-gara menawarkan perkhidmatan seks kepada anggota polis, seorang tukang urut wanita berusia 52 tahun dikenakan hukuman penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Nurul'Ain Abdul Rahim menjatuhkan hukuman itu terhadap Cheong Lai Peng bermula dari tarikh tangkap selepas tertuduh mengaku bersalah menawarkan perkhidmatan seks kepada seorang anggota polis berpangkat koperal.

Wanita itu didakwa melakukan perbuatan itu di tepi Hotel Eastern, Jalan Raja Laut di sini pada pukul 9.50 malam, 12 Jun lepas.

"Saya mengaku buat itu tapi kalau saya tahu dia polis, saya tak akan tawarkan perkhidmatan seks kepadanya," katanya yang didakwa mengikut Seksyen 372 (B) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum satu tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, N. Joy Jothi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Sementara itu, di mahkamah yang sama, seorang penganggur Dahalan Abdul Ghani, 29, dipenjara lima bulan selepas mengaku bersalah mengugut sambil mengacukan sebilah parang terhadap B. Prathish Kumar, 24, dan adiknya, Premkumar, Balasamy, 22.

Nurul'Ain turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman itu dari tarikh dia ditangkap pada 28 Jun lepas.

Dahalan didakwa mengugut adik beradik itu di Rumah Panjang, Jinjang Utara, Sentul di sini pada pukul 6.50 petang, 26 Jun lepas, mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun, atau denda atau kedua-duanya.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon agar hukuman ringan dikenakan terhadapnya dengan alasan dia hanya mempertahankan diri ketika diserang oleh mangsa dan rakan-rakannya.

Mengikut fakta kes, ketika kejadian Dahlan mengacukan parang terhadap kedua-dua mangsa sambil berkata "You jangan fikir saya lepaskan you, you keluar saya mesti potong you" setelah beberapa kali diganggu oleh mangsa dan rakan-rakan, serta pernah dilanggar ketika menunggang motosikal.

Dalam kes berasingan di mahkamah sama, seorang penghantar surat, Premkumar Rajandran, 24, dikenakan hukuman denda RM1,500 selepas mengaku bersalah melakukan ugutan bunuh terhadap abang iparnya berusia 33 tahun, R. Perabagaran.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara empat bulan jika dia gagal membayar denda tersebut. Bagaimanapun dia membayar denda itu.

Premkumar, yang tidak diwakili peguam didakwa melakukan kesalahan itu di Rumah Panjang, Jinjang Utara, Sentul dekat sini, pada 2.15 petang, 8 Jun lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara maksimum tujuh tahun, atau denda atau kedua-duanya.

Pendakwaan bagi kedua-dua kes dikendalikan oleh Joy Jothi.

- Bernama
disableSelection(document.body) //disable text selection on entire body of page
new innity_adZone("c5b270a763686e776039618cc709f3a6", "45838", {"origin": "MY", "width": "300", "height": "250"}); adv_username = "amjadanas"; adv_gid = "amjadanas_default"; adtype = "336x280";


Letak kamera dalam bilik persalinan wanita, tapi....


Pilihan Anda

Letak kamera dalam bilik persalinan wanita, tapi....

Gambar hiasan
Seekonk, Mass ─ Polis Massachuseets mengatakan mereka dapat mengenal pasti seorang lelaki yang menyembunyikan kamera video di bilik persalinan wanita kerana dia tertangkap wajah sendiri ketika hendak memasang kamera tersebut.

Menurut laporan Huffingtonpost, Polis berkata kamera itu ditemui di sebuah kelab kesihatan Planet Fitness 24 jam oleh ahli kelab tersebut pada hari Rabu. Kamera itu telah merakam lebih daripada 21 minit rakaman video ketika ditemui.

Menurut pekerja Gym berkenaan, dia mengenali lelaki yang memasang kamera itu dan dia adalah salah seorang daripada ahli kelab tersebut, lapor SiakapKeli.com
disableSelection(document.body) //disable text selection on entire body of page
new innity_adZone("c5b270a763686e776039618cc709f3a6", "45838", {"origin": "MY", "width": "300", "height": "250"}); adv_username = "amjadanas"; adv_gid = "amjadanas_default"; adtype = "336x280";


Tabiat Buruk Shah Rukh Khan


Akak Dibalik Pintu

Tabiat Buruk Shah Rukh Khan


PELAKON Bollywood Shah Rukh Khan dilaporkan seringkali mendapat surat teguran daripada pihak pentadbir air India, Bombay Muncipal Corporation.

innity_pub = "966b6dfb6b0819cc10644bea3115cf20"; innity_cat = "MALAY,NEWS"; innity_zone = "42072"; innity_width = "300"; innity_height = "250"; innity_country = "MY";
Raja Bollywood itu didakwa lambat membayar lebih 45 hari daripada tarikh pembayaran sepatutnya.


Bagaimanapun, bukan hanya Shah Rukh Khan, beberapa nama besar dan kaya lain sering terlambat membayar bil air mereka.


Pihak Bombay Muncipal Corporation memberitahu satu kajian yang dibuat mendapati kelewatan membayar adalah disebabkan kesibukkan mereka dengan tugas seharian dan bukan kerana masalah kewangan.


innity_pub = "966b6dfb6b0819cc10644bea3115cf20"; innity_cat = "MALAY,NEWS"; innity_zone = "43604"; innity_width = "468"; innity_height = "60"; innity_country = "MY";


Orangnya Kaya namun Hidup Bagai Burung Dalam Sangkar Emas


Akak Dibalik Pintu

Orangnya Kaya namun Hidup Bagai Burung Dalam Sangkar Emas

Warsaw: Seorang model kaya Poland yang dianggap bagaikan hidup dalam sangkar emas melemaskan anak lelakinya dengan bantal sebelum menikam jantungnya dua kali dengan pisau.

Eliza Kolodziej, 31, membunuh anaknya, Alexander, 6, di bilik tidur mereka di kawasan kediaman mewah di Majdan, pinggir Warsar kelmarin.

Akhbar Poland semalam melaporkan, Eliza mengalami kemurungan melampau sebelum ini dan sedang mendapatkan rawatan pakar psikologi.

innity_pub = "966b6dfb6b0819cc10644bea3115cf20"; innity_cat = "MALAY,NEWS"; innity_zone = "42072"; innity_width = "300"; innity_height = "250"; innity_country = "MY";
Di kalangan jiran setempat, kata sumber, Eliza dan suaminya, Sebastian, dianggap hidup bahagia bersama anak mereka.

Namun, seorang daripada penduduk setempat mengesyaki sebaliknya.

                   
                               ELIZA dan anak lelakinya.


“Eliza datang dari keluarga berada, tetapi dia hampir tidak pernah keluar rumah atau bergaul dengan orang lain.

“Justeru, saya mengesyaki dia tertekan dengan cara hidupnya itu,” katanya.


Sebastian dilaporkan berada di pejabat ketika kejadian berlaku.


innity_pub = "966b6dfb6b0819cc10644bea3115cf20"; innity_cat = "MALAY,NEWS"; innity_zone = "43604"; innity_width = "468"; innity_height = "60"; innity_country = "MY";


Sunday, 29 June 2014

RANIA,Maksud Disebalik Nama Islam Felixia Yeap


Akak Dibalik Pintu

RANIA,Maksud Disebalik Nama Islam Felixia Yeap

Rania merupakan nama Islam yang dipilih oleh Felixia Yeap, 28, yang bakal mengucap dua kalimah syahadah pada 3 Julai ini. Bagaimanapun, nama penuhnya hanya akan diketahui pada 3 Julai nanti disebabkan ada satu lagi huruf R di belakang Rania.

"Saya selalu letak huruf 'R & R' di hashtag saya, tetapi itu bukan nama teman lelaki sebagaimana yang diteka oleh segelintir pihak. Ia sebenarnya ada kena mengena dengan nama baru saya," ujar Rania kepada media.


innity_pub = "966b6dfb6b0819cc10644bea3115cf20"; innity_cat = "MALAY,NEWS"; innity_zone = "42072"; innity_width = "300"; innity_height = "250"; innity_country = "MY";

Ditanya mengenai makna nama tersebut, menurut Rania... dalam bahasa Arab ia bermakna 'Pemimpin Raja Yang Mempersona'.

Terdahulu ketika menjawab soalan mengenai kenapakah dia melambatkan niat baik untuk melafazkan dua kalimah syahadah dan bagaimana jika tiba ajal awal dan tidak sempat memeluk Islam?

Jawab Rania, itu semua kuasa Allah SWT.

"Saya memang sudah mempercayai tiada Tuhan melainkan Allah, dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Oleh itu, saya sudah dikira sebagai seorang muslim. Cuma pada 3 Julai itu, saya tinggal melafazkannya sahaja," jelasnya.

myartis
innity_pub = "966b6dfb6b0819cc10644bea3115cf20"; innity_cat = "MALAY,NEWS"; innity_zone = "43604"; innity_width = "468"; innity_height = "60"; innity_country = "MY";


Air mata siapakah yang tidak menitis?


Akak Dibalik Pintu

Air mata siapakah yang tidak menitis?

                     
PENEMUAN ini bukan penemuan biasa. Saat pintu terkuak, dia mengesot dari kurungannya dalam keadaan terpinga-pinga. Bibirnya ingin menjerit, tapi dia tidak bersuara.

Dia memandang sekeliling. Kaku, bisu, tiada satu pun daripada wajah-wajah di ruang itu yang dia kenal. Suara-suara beristighfar kerana terkejut melihat wajahnya berlegar-legar memenuhi suasana. Penemuan apakah ini?

Meneroka setiap saat dan inci pusingan video yang dikongsikan rakan di Facebook, mengundang sarat remuk dan sentuhan pedih di naluri wanita ini.

Adik Muhamad Firdaus mungkin sekali pandang dalam keadaan kelaparan, kesakitan, tertekan, asing dan hairan. Pada minit-minit terakhir video terdengar jeritan lemah remaja itu sepertinya memanggil-manggil perkataan emak.

innity_pub = "966b6dfb6b0819cc10644bea3115cf20"; innity_cat = "MALAY,NEWS"; innity_zone = "42072"; innity_width = "300"; innity_height = "250"; innity_country = "MY";
Aduhai ... air mata siapakah yang tidak menitis?

Betapa sebaknya melihat seseorang dikurung sebegitu rupa. Kurus kering, baju rabak mereput dan busuk. Dikurung pula di tempat kotor dengan najis dan sampah bergelimpangan.

Bagaimana ya jika kita ditempatkan dalam kurungan kedap udara sebegitu? Apakah kita boleh tidur bersama najis dan air kencing sendiri? Apa kita punya kekuatan untuk bertahan selama Muhammad Firdaus bertahan?

Tidakkah kesabaran dimiliki remaja itu suatu keistimewaan yang tiada bandingan? Dan apakah benar Muhammad Firdaus yang ditemui beberapa hari lepas adalah remaja sama seperti gambar dalam Facebook Imashima Lola yang dikatakan milik ibunya?

Maaf jika beremosi. Harapan WOW agar kita tidak mempertikaikan kekhilafan sesiapa. Kita tidak berada di mana-mana kedudukan, lantaran itu kita tidak tahu apa yang tersurat dan tersirat. Hanya tanam dalam diri agar kejadian sama tidak dilakukan dalam kehidupan kita.


Bangkit kemarahan

Kisah remaja malang berusia 15 tahun yang ditemui terkurung dalam sebuah bilik kediaman jenis flat beberapa hari lalu, begitu menggemparkan rakyat Malaysia.

Dari fizikalnya yang compang-camping menggambarkan bahawa anak ini dibiarkan sekian lama tanpa perhatian dan tindakan, sehingga dia kurus kering dan trauma.

Firdaus ditemui pihak berkuasa yang menyerbu masuk ke rumah tersebut dalam usaha membanteras pendatang asing.

Penemuan Firdaus membangkitkan kemarahan seluruh rakyat Malaysia yang bersimpati atas nasibnya. Banyak respons diberi lebih-lebih lagi apabila mengetahui anak tersebut punyai ibu.

Ada yang memaki, mengeji, memerli, mengutuk tindakan ibunya malah, tak kurang juga yang bersimpati dan mengharap orang lain untuk tidak menuduh sembarangan selagi siasatan pihak berkuasa tidak selesai.

Dari mana-mana sudut pun, baik ibu, ayah, jiran dan orang lain yang ada berhampirannya; apabila simpati mulai sirna dari sanubari manusia, maka itulah yang terjadi.

Ibu tidak lagi mengulit anaknya dengan sentuhan lembut. Suami tidak lagi mendidik isterinya dengan ilmu. Adik-beradik tidak lagi berkasih sayang sesama sendiri. Tetangga tidak lagi punya sikap ambil tahu.

Saya bersembang dengan seorang kenalan yang punya anak OKU. Katanya, perasaan seorang ibu yang punyai anak OKU begitu berbeza daripada mereka yang punya anak sempurna. Persepsi dan dilemanya sukar diungkapkan dengan kata-kata, lebih-lebih lagi jika dia ibu tunggal.

Mungkin juga ada unsur-unsur mental traumatize di pihak yang melaluinya.


Talian Nur 15999

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Karim berkata, ibu remaja lelaki OKU jenis 'Celebral palsy' itu berasal dari Sabah dan sudah berpisah dengan suaminya. Bekas suaminya meninggal dunia pada 2012.

Beliau menzahirkan rasa dukacitanya kepada media dan mengesahkan tindakan susulan KPWKM menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat telah pun dilakukan.

Rohani dalam lawatannya menemui Firdaus di Hospital Tuanku Jaafar Seremban mengesahkan remaja tersebut akan terus dipantau untuk diberikan makanan yang berzat, tempat tinggal yang selesa dan rawatan fisioterapi serta terapi-terapi lain yang bersesuaian seperti yang disyorkan pegawai perubatan.

Tidak ada sebab untuk kita kehilangan punca sekiranya menemui kesusahan. Rakan-rakan, jiran tetangga dan banyak pihak lain boleh dijadikan rujukan. Talian Nur 15999 adalah rujukan terbaik bagi wanita-wanita yang menghadapi kesusahan.

Cubalah hubungi dan dapatkan nasihat atau pandangan.


innity_pub = "966b6dfb6b0819cc10644bea3115cf20"; innity_cat = "MALAY,NEWS"; innity_zone = "43604"; innity_width = "468"; innity_height = "60"; innity_country = "MY";


Cahaya Ramadhan:Felixa Dapat Nama Islamnya Melalui Mimpi


Akak Dibalik Pintu

Cahaya Ramadhan:Felixa Dapat Nama Islamnya Melalui Mimpi

Selayang: “Saya sudah mempunyai nama yang diperoleh melalui mimpi dan akan digunakan selepas saya memeluk Islam,” kata bekas model Felixia Yeap, 28, yang bakal memeluk Islam pada Khamis ini.

Menurutnya, dia akan hanya mengumumkan nama barunya pada majlis memeluk agama Islam nanti.

innity_pub = "966b6dfb6b0819cc10644bea3115cf20"; innity_cat = "MALAY,NEWS"; innity_zone = "42072"; innity_width = "300"; innity_height = "250"; innity_country = "MY";
“Dalam dua tiga minggu kebelakangan ini, saya sedikit runsing memikirkan nama Islam saya.

“Bagaimanapun, pada suatu malam, nama itu muncul dalam mimpi dan saya terkejut boleh mengingatinya selepas bangun daripada tidur,” katanya ketika majlis Santai Ramadan Pertamaku di sini, semalam.

                       
FELIXIA bersama pengunjung di majlis Santai Ramadan Petamaku, semalam.


Yeap berkata, pada mulanya dia menyangka nama berkenaan tidak membawa apa-apa maksud.


“Namun apabila saya memeriksa maksud nama berkenaan, ternyata ianya mempunyai maksud yang baik dan indah,” katanya.

Menurutnya lagi, dia mengimpikan menjadi Muslimah yang baik selepas memeluk Islam.

“Saya mahu masyarakat sekeliling mengambil iktibar kehidupan lampau saya.

“Pada masa yang sama, saya mahu mengimbangi kehidupan dunia dan akhirat dan sudah tentu mahu berkahwin,” katanya yang mengakui sudah mempunyai calon suami yang bukan daripada kalangan ustaz.

Ditanya mengenai pengalaman berpuasa, Yeap berkata, dia pernah cuba berpuasa pada dua tahun lalu iaitu selama sehari, tetapi tidak merasai keindahan.

“Itupun saya diajak oleh kawan saya, namun pada waktu itu, saya ingatkan minum dibenarkan, jadi saya hanya tidak makan saja.

“Pada tahun ini, saya akan berlatih berpuasa bermula hari ini,” katanya yang menjadikan Datuk Siti Nurhaliza Tarudin dan Najwa Latif sebagai ikon wanita bertudung.

innity_pub = "966b6dfb6b0819cc10644bea3115cf20"; innity_cat = "MALAY,NEWS"; innity_zone = "43604"; innity_width = "468"; innity_height = "60"; innity_country = "MY";


Tiada Sambutan,Ronaldo Pulang Kerumah Naik Teksi


Akak Dibalik Pintu

Tiada Sambutan,Ronaldo Pulang Kerumah Naik Teksi

                   
Skuad Portugal sudah tiba di negaranya usai perlawanan Piala Dunia 2014, dan tersingkir. Tidak ada sambutan apa-apa di lapangan terbang, bahkan para bintang Portugal termasuk Cristiano Ronaldo hanya naik teksi untuk pulang ke rumah.

Portugis bernasib sedikit lebih baik daripada Inggeris, dengan membungkus empat mata tapi kalah selisih gol dari Amerika Syarikat, yang menemani Jerman ke babak 16. Ronaldo juga gagal tampil impresif, meski berstatus sebagai pemain terbaik. Hanya ada beberapa penyokong yang menunggu di lapangan terbang Lisbon.

innity_pub = "966b6dfb6b0819cc10644bea3115cf20"; innity_cat = "MALAY,NEWS"; innity_zone = "42072"; innity_width = "300"; innity_height = "250"; innity_country = "MY";
Suasana sambutan tidak terasa hingar bingar. Ronaldo hanya bersalam dengan beberapa rakannya termasuk Nani, dan berjalan  menuju pangkalan teksi umum, sebelum melemparkan begnya ke Bagasi seperti seorang pelancong.

"Itulah bola sepak, kami pulang . Kami sudah cuba yang terbaik namun kami tidak berjaya," ujar Ronaldo singkat seperti yang dilaporkan oleh Daily Mail , Sabtu (28/6/2014).

Pemain tengah Joao Moutinho menjadi satu-satunya pemain yang mahu mengulas panjang dan bercerita soal pengalamannya di benua Amerika.

Moutinho mengeluh tentang cuaca panas di Manaus, saat Portugal bermain seri dengan Amerika Syarikat. "Saya lelah hanya dalam 30 minit, walaupun saya tahu bahawa keadaan yang sama untuk semua pemain, sehingga tidak ada lagi alasan," kata Moutinho.

innity_pub = "966b6dfb6b0819cc10644bea3115cf20"; innity_cat = "MALAY,NEWS"; innity_zone = "43604"; innity_width = "468"; innity_height = "60"; innity_country = "MY";


Saturday, 28 June 2014

1001 Macam Cerita Rahsia Di Flat Taman Semarak


Akak Dibalik Pintu

1001 Macam Cerita Rahsia Di Flat Taman Semarak


Flat Taman Semarak, Nilai dekat sini sebenarnya mempunyai 1,001 macam cerita.


Selepas Jabatan Imigresen negeri menyelamatkan seorang remaja orang kurang upaya (OKU), Muhammad Firdaus Dullah, 15, yang ditinggalkan bersendirian sehingga kurus kering di flat berkenaan baru-baru ini, malam tadi lain pula ceritanya.

Seorang lelaki warga Kanada berusia 50 tahun yang ditahan dalam Operasi Bersepadu 6P bagi memburu pendatang asing tanpa izin (PATI) di flat itu pada tarikh di mana remaja OKU ditemui, dibawa kembali ke flat berkenaan untuk siasatan lanjut selepas memberikan kenyataan yang mencurigakan petang semalam.


Hasilnya, lelaki Kanada yang menyara kehidupan dengan mengutip bahan buangan dan mengekstrak tembaga di sekitar Nilai, rupanya membongkar kisah 'cinta gay' dengan seorang lelaki tempatan berusia 46 tahun di kediaman mereka dalam flat berkenaan, malam tadi.

Pengarah Imigresen negeri, Faizal Fazri Othman memberitahu, lelaki tempatan berkenaan pernah bersama warga asing itu ketika menetap di Kanada selama 15 tahun sebelum diusir balik ke negara ini.


innity_pub = "966b6dfb6b0819cc10644bea3115cf20"; innity_cat = "MALAY,NEWS"; innity_zone = "42072"; innity_width = "300"; innity_height = "250"; innity_country = "MY";
"Saya membawa keluar lelaki Kanada itu dari Depot Tahanan Imigresen Lenggeng untuk membuat pemeriksaan lanjut di kediamannya di Flat Taman Semarak Nilai kerana mencurigakan selepas diberitahu dia mengutip sampah, botol dan barangan buangan untuk menyara kehidupan sejak lima tahun tinggal lebih tempoh di negara ini.

"Apabila tiba di unit mereka, kami bertemu dengan seorang lelaki tempatan di situ dan selepas disiasat, dia mengaku lelaki Kanada itu adalah 'kekasih songsangnya' dan mereka memang tinggal bersama.

"Sedih ditinggalkan 'kekasih' lelaki tempatan ini, lelaki Kanada terbabit sanggup datang ke negara ini dan menetap di Nilai kerana mahu bersama. Malah lelaki tempatan itu berkata, 'kami bukan sekadar kawan, kami adalah kekasih'," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Tambahnya, pasangan gay itu juga menghasilkan lagu, 'electronica' dan boleh didengar dalam laman sosial Facebook, Das Dritte Situatist dan Situatis Das Dritte.

"Nama kumpulan muzik mereka adalah Situatist Deux dan menghasilkan lagu 'electronica'. Turut ditemui dalam rumah berkenaan adalah seekor anjing," katanya.

Menurut Faizal Fazri, keadaan rumah yang didiami pasangan gay ini kotor dan tidak terurus, malah bilik airnya menjijikkan dan sinki pula hampir jatuh.

"Lelaki Kanada itu ditahan untuk siasatan lanjut di depot sama, manakala lelaki tempatan itu disoal siasat sementara menunggu tindakan selanjutnya," kata beliau.


innity_pub = "966b6dfb6b0819cc10644bea3115cf20"; innity_cat = "MALAY,NEWS"; innity_zone = "43604"; innity_width = "468"; innity_height = "60"; innity_country = "MY";


Tunjuk 3 bulan slip gaji masuk butik Fareeda Exclusive,Apa komen Fareeda?


Akak Dibalik Pintu

Tunjuk 3 bulan slip gaji masuk butik Fareeda Exclusive,Apa komen Fareeda?

Semalam, seorang penggiat laman Facebook telah memuatnaik status yang mendakwa pelanggan yang ingin memasuki butik Fareeda Exclusive di seksyen 9, Bandar Baru Bangi perlu menunjukkan tiga bulan slip gaji.

Bagaimanapun, ramai tidak percaya kenyataan individu berkenaan kerana menganggap ianya tidak logik dan masuk akal. Ekoran itu, portal mynewshub telah menghubungi sendiri pihak Fareeda bagi mendapatkan penjelasan dari mereka.

innity_pub = "966b6dfb6b0819cc10644bea3115cf20"; innity_cat = "MALAY,NEWS"; innity_zone = "42072"; innity_width = "300"; innity_height = "250"; innity_country = "MY";
                           
Ternyata dakwaan tersebut tidak benar dan sengaja disebarkan bagi memburukkan butik Fareeda Exclusive di seksyen 9, Bandar Baru Bangi yang baru dibuka minggu lalu. Kata pembantu butik yang dihubungi, mereka di Fareeda mengakui terkejut dengan khabar angin yang tersebar.

                       
innity_pub = "966b6dfb6b0819cc10644bea3115cf20"; innity_cat = "MALAY,NEWS"; innity_zone = "43604"; innity_width = "468"; innity_height = "60"; innity_country = "MY";


Jiran Remaja OKU:Zul,Pasangan Gay Dan Anjing Tidak Dapat Dipisahkan


Akak Dibalik Pintu

Jiran Remaja OKU:Zul,Pasangan Gay Dan Anjing Tidak Dapat Dipisahkan

Nilai: “Agama saya cuma atas kertas, saya tidak kisah.”. Itu pengakuan mengejutkan seorang lelaki warga tempatan dikenali sebagai Zul, 45, yang ditemui di rumah sewa seorang warga Kanada di Flat Taman Semarak, di sini, semalam.

Malah, Zul mengaku kepada wartawan bahawa dia dan lelaki warga Kanada berusia 50 tahun itu adalah pasangan gay sejak lebih 20 tahun lalu.

innity_pub = "966b6dfb6b0819cc10644bea3115cf20"; innity_cat = "MALAY,NEWS"; innity_zone = "42072"; innity_width = "300"; innity_height = "250"; innity_country = "MY"; Dalam Ops 6p pada Sabtu lalu, warga Kanada itu ditahan bersendirian oleh anggota Jabatan Imigresen Negeri Sembilan di rumah berkenaan kerana kesalahan tinggal lebih masa di negara ini selain agensi terbabit turut menemui remaja orang kurang upaya, Muhammad Firdaus Dullah, 15, dalam keadaan kebuluran di sebuah rumah di kawasan flat berkenaan.

Bagaimanapun, Jabatan Imigresen berkunjung semula ke rumah berkenaan, malam kelmarin, bagi mengesan maklumat yang boleh membantu siasatan berhubung warga Kanada itu sebelum menemui Zul, sekali gus membongkar kehidupan terlarang mereka.

                        
ZUL selesa dengan cinta terlarangnya dan merancang untuk tinggal di Kanada.


Zul berkata, dia berkenalan dengan warga Kanada terbabit pada 1990 dan sejak itu, dia tidak lagi mementingkan kehidupan beragama dan jauh lari dari landasan Islam.


innity_pub = "966b6dfb6b0819cc10644bea3115cf20"; innity_cat = "MALAY,NEWS"; innity_zone = "43604"; innity_width = "468"; innity_height = "60"; innity_country = "MY";


Friday, 27 June 2014

Pengasuh Remaja OKU,Muhammad Firdaus mula dicemuh orang ramai di dalam media sosial.


Akak Dibalik Pintu

Pengasuh Remaja OKU,Muhammad Firdaus mula dicemuh orang ramai di dalam media sosial.

SEREMBAN: Bekas pengasuh remaja OKU, Muhammad Firdaus Dullah, merayu kepada orang ramai supaya tidak terus mencemuh beliau dan ibu remaja tersebut.

Dalam satu pertemuan eksklusif dengan FMT, Norfitri Osda Radius, 42 yang pernah mengasuh Muhammad Firdaus selama lebih kurang lapan tahun, tidak dapat mengawal perasaan dan menangis apabila menceritakan beliau dan Lolanopita, 40 dicemuh orang ramai di dalam media sosial.

Norfitri berkata Lolanopita merupakan rakan karib beliau.

Sebelum Norfitri berpindah ke Gemencheh mengikuti suaminya pada tahun 2012, sememangnya Muhammad Firdaus dan adik tirinya ditinggalkan dengan Norfitri apabila Lolanopita pergi bekerja
.
Norfitri menceritakan bagaimana pada pertengahan bulan Mei lepas Lolanopita ada menghubungi Norfitri dan meluahkan perasaan.

“Dua minggu sebelum cuti sekolah, Lola (Lolanopita) ada telefon saya. Lola tanya saya, boleh tak saya menjaga abang (Muhammad Firdaus), sekiranya terjadi apa-apa pada dia.
“Saya tanya kenapa? Lola kata dia sering sakit kepala dan tak tahan.

“Lola juga kata kepala dia dah hampir botak kerana keguguran rambut.
“Saya tidak tahu apa masalah kesihatan Lola.

“Saya merayu orang ramai berhenti dari terus mengutuk Lola dan biarkan pihak polis menjalankan siasatan terlebih dahulu.

“Selama saya mengenali Lola belasan tahun, dia seorang penyayang. Kali terakhir saya jumpa Muhammad Firdaus pada Jun tahun lepas pun, dia dalam keadaan baik.

“Cuma saya tidak tahu apa yang terjadi selepas itu sehingga Muhammad Firdaus ditemui dalam keadaan mendukacitakan,” kata Norfitri.

innity_pub = "966b6dfb6b0819cc10644bea3115cf20"; innity_cat = "MALAY,NEWS"; innity_zone = "42072"; innity_width = "300"; innity_height = "250"; innity_country = "MY";
Norfitri berkata beliau juga turut dicemuh terutama dalam laman sosial.

“Orang kata saya mencari publisiti murahan.
“Untuk apa saya cari publisiti? Saya bukan artis.

Sebelum ini kenapa mereka tidak ambil berat?

“Semasa saya mengasuh Muhammad Firdaus, saya pernah berikhtiar mendapatkan rawatan perubatan tradisional termasuk membawa Muhammad Firdaus ke pantai Port Dickson, untuk rawatan terapi cara tradisional.

“Setiap kali hari jadi Muhammad Firdaus, saya tidak lupa menyambutnya dengan anak-anak jiran dari taman perumahan itu (ketika mengasuh Muhammad Firdaus dulu).

“Kalau beli barang makanan pun, saya akan belikan untuk Muhammad Firdaus juga.
“Semalam ada orang dari taman perumahan Lola datang dan mengaku sebagai wakil penduduk dan memarahi saya. Katanya saya bersekongkol dengan Lola dan mengabaikan Muhammad Firdaus.
“Saya tanya balik pada dia, sebelum ini mana dia?

“Selama ini kenapa dia tidak ambil berat tentang Muhammad Firdaus?
“Selama ini kenapa dia tidak menjenguk rumah Lola?

“Mereka hanya pandai menghukum tanpa selidik apa sebenarnya masalah yang berlaku,” katanya.
Norfitri sendiri mempunyai lima orang anak berusia dari 2 tahun hingga 22 tahun.

Muhammad Firdaus rapat dengan Norfitri

Semasa tinjauan FMT di wad kanak-kanak Hospital Tuanku Jaafar, Seremban selama dua hari, mendapati Muhammad Firdaus sememangnya begitu rapat dengan Norfitri dan mahu bermanja dengan Norfitri.
Apabila Norfitri merapatkan dirinya, Muhammad Firdaus suka mencium pipi Norfitri.

Sabtu lepas Jabatan Imigresen Negeri Sembilan ketika menjalankan operasi memburu Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI), menjumpai Muhammad Firdaus dalam keadaan kekurangan zat makanan dan dalam bilik yang kotor dipenuhi najis dan air kencing.

Remaja lelaki berusia 15 tahun itu ditemui di salah sebuah Rumah Pangsa Taman Semarak, Nilai, Negeri Sembilan.

Walaubagaimanapun keadaan remaja itu kini jauh lebih baik selepas ditempatkan untuk pemeriksaan di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban.

Ibu remaja itu kini ditahan reman polis dan tempoh tahanan reman telah dilanjutkan sehingga hari Sabtu ini.
Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 31 Akta Kanak-Kanak 2001.

                  
Di laman FB seorang wanita bernama Fatanah, dia menceritakan pengalaman suaminya yang menyertai operasi PATI sehingga berjaya menemui Firdaus.

Katanya Firdaus dikurung di kawasan perumahan warga asing dengan keadaan rumah yang amat kurang menyenangkan.

Kerana pintu yang bermangga dan seperti tidak berpenghuni di kawasan kejiranan warga asing, rumah ini dipecahkan dan Firdaus ditemui. Namun tidak dapat dipastikan kesahihan cerita Fatihah ini.

                    

Apa akan jadi jika tiada operasi ini, apakah nasib Firdaus?

Beberapa keping gambar yang jelas dan terang di sertakan untuk anda lihat bagaimana keadaan rumah remaja OKU malang bernama Firdaus ini.

Ini amat jelas lah Firdaus menjadi mangsa pengabaian ibu nya yang kejam terhadap nya, walau apa pun ibu nya kini di tahan reman, dan firdaus kini sedang menerima rawatan dan berada dalam keadaan baik.


Credit Hotlips


innity_pub = "966b6dfb6b0819cc10644bea3115cf20"; innity_cat = "MALAY,NEWS"; innity_zone = "43604"; innity_width = "468"; innity_height = "60"; innity_country = "MY";


Benarkah Aishah Gabenor Bank Negara Berasal Dari Alam Bunian?


Akak Dibalik Pintu

Benarkah Aishah Gabenor Bank Negara Berasal Dari Alam Bunian?

                          
Anda tentu pernah melihat tandatangan AISHAH pada matawang ringgit Malaysia. Sejauh manakah anda mengenali AISHAH ini sebagai gabenor Bank Negara Malaysia?

Semakan melalui Bank Negara Malaysia juga mengesahkan tiada gabenor Bank Negara bernama Aishah! Bank Negara juga mengesahkan satu-satunya gabenor wanita ialah Tan Sri Dato’ Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz, yang merupakan gabenor Bank Negara Malaysia ke tujuh dan masih berkhidmat sehingga kini.

Apakah duit dengan tandatangan AISHAH ini merupakan duit dari alam bunian sepertimana yang heboh diperkatakan suatu masa dahulu. Kononnya ketika dunia mengalami kemerosotan ekonomi malah Malaysia juga diserang oleh George Soros menyebabkan ekonomi kita lumpuh, sahabat-sahabat dari alam bunian telah membantu rakyat Malaysia dengan mengeluarkan sejumlah besar wang dari alam mereka untuk digunakan oleh rakyat Malaysia.

innity_pub = "966b6dfb6b0819cc10644bea3115cf20"; innity_cat = "MALAY,NEWS"; innity_zone = "42072"; innity_width = "300"; innity_height = "250"; innity_country = "MY";

Mungkin kedengaran mustahil namun percayalah tiada apa yang mustahil di dalam dunia ini sekarang. Sejauh mana kebenaran cerita ini tidaklah dapat dipastikan. Berikut disertakan senarai nama gabenor Bank Negara Malaysia :

                              
Gabenor Bank Negara Malaysia yang Ke-2: Tun Ismail bin Mohamed Ali (Julai 1962 – Julai 1980)

                               
Gabenor Bank Negara Malaysia Ke-3: Tan Sri Abdul Aziz bin Taha (Julai 1980 – Jun 1985)



                                
Gabenor BNM ke-4: Tan Sri Dato’ Jaffar bin Hussein (Jun 1985 – Mei 1994)
Gabenor Bank Negara Malaysia yang ke-5: Tan Sri Dato’ Ahmad bin Mohd Don (Mei 1994 – Ogos 1998)


                                  
Gabenor Bank Negara Malaysia ke-6: Tan Sri Dato’ Seri Ali Abul Hassan bin Sulaiman (September 1998 – April 2000)

                                      
Gabenor Bank Negara Malaysia ke-7: Tan Sri Dato’ Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz (Mei 2000 – Kini)

Jadi...siapakah sebenarnya pemilik tandatangan Aishah ini?
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Namun apa yang pasti, sebenarnya tandatangan AISHAH yang diperkatakan milik bunian ini sebenarnya adalah milik Tan Sri Dato’ Seri Ali Abul Hassan bin Sulaiman, gabenor Bank Negara Malaysia keenam.

                                 



innity_pub = "966b6dfb6b0819cc10644bea3115cf20"; innity_cat = "MALAY,NEWS"; innity_zone = "43604"; innity_width = "468"; innity_height = "60"; innity_country = "MY";


Thursday, 26 June 2014

Bauan Wangi Syurga Menutupi Bau Busuk Remaja OKU Mohammad Firdaus


Akak Dibalik Pintu

Bauan Wangi Syurga Menutupi Bau Busuk Remaja OKU Mohammad Firdaus

                 
      Penuh rasa belas kasihan...Faizal ketika bertemu Firdaus.

PENGARAH Imigresen Negeri Sembilan, Faizal Fazri Othman berasa marah dan kecewa bila terkenang Muhammad Firdaus Dullah, 15.

Bersama wartawan Sinar Harian, SYAMILAH ZULKIFLI, Faizal kembali mengimbas kenangan sewaktu pertama kali bertemu insan istimewa itu.

SABTU lalu, ketika dia dijumpai tubuhnya hanya tinggal tulang. Perutnya langsung tidak berisi.

Malah paling menyedihkan dia ditinggalkan di sebuah bilik kosong yang kotor dan berbau busuk.

Sehingga kini, saya masih gagal membendung rasa marah. Kecewa dan segala macam perasaan timbul setiap kali terkenang adik Muhammad Firdaus Dullah. Saya tidak sanggup memikirkan seorang anak kurang upaya dibiarkan dalam keadaan sebegitu rupa.

Semuanya bermula selepas menerima maklumat daripada jawatankuasa rumah pangsa Taman Semarak Nilai berhubung lambakan warga asing yang tinggal di situ.

Jadi saya melakukan operasi dan rumah Firdaus merupakan antara rumah yang menjadi sasaran.

innity_pub = "966b6dfb6b0819cc10644bea3115cf20"; innity_cat = "MALAY,NEWS"; innity_zone = "42072"; innity_width = "300"; innity_height = "250"; innity_country = "MY";
Ketika menghampiri rumah terbabit kami mendapati hanya pintu besi yang berkunci.

Dari luar saya tolak pintu rumah. Ketika itu hati saya dapat rasa ada orang yang sedang bersembunyi di dalam kerana lampu tidak ditutup.

Saya cuba memanggil beberapa kali namun tidak disahut sesiapa. Jadi saya arahkan pintu besi rumah terbabit dipecahkan.

Pemeriksaan dilakukan di setiap sudut rumah. Salah sebuah pintu bilik di rumah itu tertutup seolah-olah ada seseorang bersembunyi di dalam. Ketika itu jam sekitar 2.30 pagi.

Namun ketika pintu bilik itu ditolak saya terus beristighfar panjang.

Saya terlihat satu susuk kecil. Saya seperti melihat rangka bernyawa.

Dia sedang baring beralaskan lantai. Sedangkan lantai itu bergelumang dengan najis dan sisa makanan.

Ada sebuah kerusi roda dan sebiji bantal ditinggalkan. Firdaus yang pada awalnya baring, bangun dan merenung saya. Saya lihat ada najis keras melekat di rambutnya. Air mata saya mula bergenang. Hampir menitis.

Tiada perasaan jijik. Bau busuk dan hamis pula seperti hilang tiba-tiba. Malah seolah bau wangi syurga mula meresap hidung.

Apa yang timbul hanya rasa belas. Saya hampiri tubuh kurus itu. Saya usap kepalanya. Hati saya terlalu sebak.

Melihat keadaannya yang kurus kering, saya percaya dia sudah lama tidak menyentuh makanan.

Ramai yang bertanya kepada saya bagaimana perasaan menjadi orang pertama melihat Firdaus?

Jawapan saya, hanya mereka yang tidak mempunyai hati sahaja tidak sedih melihat Firdaus.

Sebab itu saya terus mengusap kepala dia kerana saya betul-betul tidak sangka dia yang tidak berupaya dibiarkan hidup dalam keadaan yang sangat menyedihkan.

Tapi sampai sekarang pun saya masih berfikir kenapa saya digerakkan ke situ?

Syukur ALLAH gerakkan hati ini ke sana. Seandainya tidak, mungkin sehingga hari ini tiada sesiapa pun tahu derita hidup remaja OKU bernama Firdaus.

Mungkin Firdaus akan terus menderita seorang diri. Syukur kepada ALLAH semakin bertambah.

Saya gembira lihat perubahan Firdaus. Keadaannya jauh lebih baik berbanding ketika mula dijumpai. Saya bersyukur dia kini dapat segala yang diperlukan. Cukuplah derita yang dia tanggung selama ini...

Ketika ini bukan masa untuk tuding jari tetapi penemuan itu perlu dijadikan pengajaran pelbagai pihak agar lebih menghargai anak-anak sendiri termasuk juga mereka yang bergelar orang kurang upaya (OKU).

innity_pub = "966b6dfb6b0819cc10644bea3115cf20"; innity_cat = "MALAY,NEWS"; innity_zone = "43604"; innity_width = "468"; innity_height = "60"; innity_country = "MY";


Kalau Bukan Saya Dibilik Mayat,Habis...Siapakah Dibilik Mayat?


Akak Dibalik Pintu

Kalau Bukan Saya Dibilik Mayat,Habis...Siapakah Dibilik Mayat?

                 

INGATKAH anda, semasa ditemu bual oleh media tentang filem Highland Towers, Mikael Andre yang merupakan pengarah filem tersebut ada menceritakan beberapa kejadian misteri yang berlaku sepanjang penggambaran.

Namun paling menyeramkan, kata Mikael adalah ketika melihat jelmaan dirinya sendiri muncul dalam rakaman yang telah dirakam, sedangkan pada waktu itu beliau sedang memegang kamera!

Masihkah anda ingat juga akan insiden seorang pelagak ngeri yang meninggal dunia sewaktu terjun dari tingkat tiga sebuah apartmen di Jalan Duta, Kuala Lumpur, untuk filem Jangan Pandang Belakang?

Kejadian itu berlaku sekitar pukul 5.30 pagi, 24 Ogos, 2006. Pelakon lagak ngeri berkenaan gagal terjun ke atas longgokan kotak yang disusun lalu terhempas ke atas tanah.

Untuk pengetahuan anda, sebenarnya sebelum tragedi tersebut, beberapa kejadian pelik dan misteri telah berlaku. Salah satunya - yang tidak pernah diceritakan oleh media - ialah apabila anak Pengurus Produksi filem berkenaan, Fazreen Abd. Wahab, datang ke lokasi mencari ibunya.

Sesampainya remaja tersebut di apartmen berkenaan, dia terserempak dengan seorang krew produksi bernama Hafiz.


innity_pub = "966b6dfb6b0819cc10644bea3115cf20"; innity_cat = "MALAY,NEWS"; innity_zone = "42072"; innity_width = "300"; innity_height = "250"; innity_country = "MY";
"Abang Hafiz, mana mami saya?" tanya remaja tersebut.

Namun Hafiz hanya mendiamkan diri. Wajahnya serius, sepatah pun tidak dijawab pertanyaan itu. Pelik dengan reaksi Hafiz, remaja itu memanjat tangga untuk mencari ibunya yang diketahui berada di tingkat atas.

Alangkah terkejutnya remaja berkenaan kerana dia bertemu sekali lagi dengan Hafiz, kali ini di tingkat atas! Itulah Hafiz yang sebenar. Jadi, Hafiz yang ditemuinya di bawah tadi ialah…?

Siapa sebenarnya dia?

Pernahkah anda mendengar kisah manusia yang berada di dua buah tempat berbeza pada waktu yang sama? Ini bukan cerita rekaan.

Terakhir

Selain dua cerita tersebut, kejadian serupa pernah dialami oleh bekas penjaga bilik mayat Hospital Besar Kangar, Perlis, Rasti Saad. Menurut Rasti yang saya temui pada awal tahun 2002, suatu pagi, dia didatangi oleh seorang jururawat.

Perkara pertama yang ditanya oleh jururawat itu ialah mayat siapa yang dilakukan post-mortem pada pukul 3.00 pagi itu dan apakah punca kematiannya. Adakah kerana kes bunuh, sakit, terbakar atau bunuh diri?

Rasti berasa pelik. "Apa yang awak cakap ni?" dia bertanya semula.

Jururawat itu menjelaskan, pukul 3.00 pagi itu, dia melihat Rasti mencuci bilik mayat. Itu bermakna, ada mayat yang telah dilakukan post-mortem. Apa punca kematiannya?

Mendengar soalan itu, kata Rasti kepada saya, dia terpinga-pinga. Manakan tidak, semalam dia tidak bekerja. Pukul 3.00 pagi itu dia sedang nyenyak tidur di rumah. Dia baru masuk bekerja pagi ini. Kali terakhir dia mencuci bilik mayat pun dua minggu sebelum itu.

Kali ini jururawat tersebut pula terdiam. Ini kerana, dia melihat sendiri Rasti mencuci lantai bilik mayat dan tempat pembedahan menggunakan cecair dettol serta klorin. Dia juga dapat mendengar bunyi air disimbah, baldi diseret dan mop digosok ke lantai.

Lagipun, jarak tempat mereka bertugas di Wad Tibi dengan bilik mayat itu hanya sepuluh meter sahaja. Lampu bilik mayat tersebut terang benderang.

Bagi mendapatkan kepastian, dia memanggil seorang lagi jururawat yang melihat kejadian itu. Sah, jururawat kedua itu juga mengatakan yang dilihatnya dinihari itu ialah Rasti. Menurut Rasti, kejadian ini berlaku ada 1970-an.

Nah, bagaimana? Bolehkah satu orang berada di dua tempat berbeza? Bagaimana boleh wujud jelmaan tersebut?

Pengalaman hampir serupa dialami oleh Abu Bakar Kassim yang tinggal di Kampung Tebuk, Simpang Empat, Perlis, pada penghujung 2003. Kata Abu Bakar kepada saya, pukul 5.30 pagi itu sewaktu menunggang motosikal menuju ke gerai seorang kenalannya di Serdang, dia terserempak dengan jiran yang bernama Pak Teh baru keluar dari rumahnya.

Seperti biasa, Pak Teh memakai baju Melayu, berkain pelekat dan kopiah. Orang tua itu menunggang motosikalnya keluar dari halaman sambil membawa bakul berisi kuih untuk dihantar ke gerai tersebut, yang terletak satu kilometer dari situ.

Abu Bakar mengekori Pak Teh sampailah kelibat orang tua itu hilang di sebuah selekoh. Begitulah rutin Pak Teh, dia akan keluar sekitar waktu tersebut untuk menghantar kuih ke gerai.

Namun apabila sampai di gerai tersebut, Abu Bakar terkejut. Dia diberitahu, Pak Teh masih belum datang lagi.

Abu Bakar segera pergi ke rumah Pak Teh. Sampai di sana dia bertambah terkejut kerana dilihatnya Pak Teh sedang bersiap-siap untuk keluar. Pakaiannya sama seperti tadi - berbaju Melayu kuning cair, kain pelekat dan kopiah serta membawa bakul berisi kuih.

Kata Abu Bakar kepada saya, dalam keadaan pelik itu, dia bertanya kepada Pak Teh, ke mana orang tua itu pergi selepas hilang dari selekoh?

"Aku ada rumah, tak pergi mana-mana. Ni lah baru nak keluar hantar kuih," jawab Pak Teh Mat.

Nah, kalau begitu, `siapakah' yang dilihat oleh Abu Bakar pagi itu?

Sebenarnya, kisah sebegini agak sering kita dengar berlaku di sekeliling kita. Lazimnya, ia dikaitkan dengan jin, qarin dan 'hantu.' Ada juga yang berlaku kepada orang alim dan ia dikategorikan sebagai karamah.

Untuk pengetahuan anda, dalam bidang paranormal, fenomena misteri ini dipanggil Doppelganger atau Double. Ia bermaksud jelmaan yang menyerupai seorang individu, sedangkan individu tersebut berada di tempat lain.

Ia merupakan suatu misteri yang berlaku di mana-mana, termasuk di sekeliling kita. Anda pernah mengalaminya?



innity_pub = "966b6dfb6b0819cc10644bea3115cf20"; innity_cat = "MALAY,NEWS"; innity_zone = "43604"; innity_width = "468"; innity_height = "60"; innity_country = "MY";


Wednesday, 25 June 2014

Umpama Berada DiPelbagai Negara Ketika Berada DiFlat Remaja OKU Muhammad Firdaus


Akak Dibalik Pintu

Umpama Berada DiPelbagai Negara Ketika Berada DiFlat Remaja OKU Muhammad Firdaus

                                           
Pelbagai persoalan kini berlegar termasuk bagaimana jiran tidak peka dengan keadaan Muhammad Firdaus

NILAI – Kisah remaja OKU, Muhammad Firdaus Dullah, 15, yang dijumpai dalam keadaan amat menyedihkan; dalam keadaan kurus kering, dipercayai kerana kekurangan zat makanan, sudah menjadi buah mulut orang ramai.

Pelbagai persoalan kini berlegar termasuk bagaimana jiran tidak peka dengan keadaan Muhammad Firdaus.

Seandainya Pengarah Jabatan Imigresen Negeri Sembilan, Faizal Fazri Omar tidak melancarkan operasi memburu Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di Rumah Pangsa Taman Semarak, Nilai, Sabtu lepas, mungkin sehingga hari ini, nasib malang Muhammad Firdaus tidak akan diketahui umum.

Justeru itu malam kelmarin, untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas, FMT pergi ke rumah remaja terbabit dijumpai.

Sejurus selepas memasuki kawasan perumahan rumah pangsa itu, penulis merasakan seperti berada di negara asing.

Rasa seperti berada di negara Bangladesh pun ada; ibarat berada di Indonesia pun ada; rasa singgah sebentar di Vietnam pun ada.

Kawasan perumahan tersebut dibanjiri dengan warga asing dan difahamkan mereka mempunyai permit pekerja sah dan kebanyakannya pekerja kilang di kawasan perindustrian Nilai.

Ketika penulis melangkah masuk ke blok bangunan rumah pangsa remaja terbabit ditemui itu, keadaan kebersihan bangunan tidak begitu bersih. Tercium bau yang kurang enak.

Hanya separuh lorong sahaja di tingkat satu itu bercahaya, manakala sebahagian lorong terutama bahagian rumah remaja malang ditemui itu gelap.

Pintu geriji besi (Grill) rumah remaja yang ditemui itu berkunci. Apabila salah seorang penduduk setempat yang menemani penulis, menolak pintu kayu rumah tersebut yang tidak berkunci, bau busuk menusuk hidung kami.

innity_pub = "966b6dfb6b0819cc10644bea3115cf20"; innity_cat = "MALAY,NEWS"; innity_zone = "42072"; innity_width = "300"; innity_height = "250"; innity_country = "MY";
Keadaan rumah tersebut sebenarnya memberikan gambaran, ibu remaja malang itu, Lolanopita, 40, mungkin menghadapi masalah kekangan kewangan.

Yang kelihatan hanyalah sebuah tilam buruk tanpa katil, sebuah kerusi kusyen lama, periuk memasak nasi dan sebuah televisyen lama.

Kenal begitu sahaja

Salah seorang jiran Mohamad Ridzuan Abdul Rahman, 43, yang menetap di rumah pangsa itu sejak 18 tahun lepas, mengakui mengenali ibu kepada Muhammad Firdaus.

“Dia (ibu Muhammad Firdaus) sudah lama menetap di sini. Tetapi kami cuma mengenali begitu-begitu sahaja, sebab dia pun tidak bergaul dengan kami.”

“Saya selalu nampak dia bawa keluar anaknya yang seorang lagi (7 tahun). Tetapi saya tidak pernah terserempak dia membawa keluar remaja OKU tersebut.”

“Pada tanggapan saya mestilah remaja itu dijaga baik oleh ibunya.”

“Selepas kisah remaja ini didedahkan dalam media, saya memang terkejut.”

“Jika kami tahu keadaan Muhammad Firdaus sebegini rupa (lebih awal), tentu kami sudah melakukan sesuatu,” kata Mohamad Ridzuan.

Seorang lagi jiran wanita yang tidak mahu namanya dikenali juga memberikan versi yang sama.

“Saya kadang-kadang nampak juga dia balik dari kerja. Tetapi biasanya dia bawa anak lelaki yang kecil itu.

“Saya kenal dia, macam itu sahaja.

“Saya memang tidak tahu keadaan sebenar remaja itu, sebab saya belum terserempak ibunya membawa remaja itu keluar,” katanya.

Jiran hadapan rumah tersebut pula warga Bangladesh dan ketika FMT melakukan tinjauan, mereka tidak berada di dalam rumah dan pintu rumah tertutup.

Sementara itu hasil pemeriksaan pihak hospital mendapati tiada unsur penderaan.

innity_pub = "966b6dfb6b0819cc10644bea3115cf20"; innity_cat = "MALAY,NEWS"; innity_zone = "43604"; innity_width = "468"; innity_height = "60"; innity_country = "MY";


Wajah Semakin Buruk Setelah Disuntik Baby Oil


Akak Dibalik Pintu

Wajah Semakin Buruk Setelah Disuntik Baby Oil

                 
Seorang lelaki di Mexico yang kemaruk untuk kelihatan kacak akhirnya terpaksa menderita dengan wajah yang hodoh sejak 17 tahun lalu kerana kesilapan menyuntik sesuatu ke dalam kulit wajahnya.

Hugo Hernandez Garcia dari Nuevo Laredo, Mexico pada awalnya terlalu ingin kelihatan cantik dan telah melakukan sesuatu tanpa merujuk kepada pakar tetapi hanya bertindak sendiri, menurut papran laman web Oddity Central.

Dia telah menyuntik minyak bayi “baby oil” ke dalam wajahnya kerana memikirkan kos yang rendah untuk cantik.

Keputusannya benar-benar berbeza, wajah Hugo bertukar menjadi hodoh dan membengkak. Dia mula menjalani beberapa prosedur kecantikan sejak tahun 1997 sehinggalah perbuatan yang menghancurkan wajahnya sendiri itu.

Sejak itu, dia telah melakukan pelbagai perkara hanya menggunakan bahan-bahan keperluan rumah untuk menjadikan kulit wajahnya kelihatan licin.

Sehinggalah dia nekad menggunakan ‘baby oil’ dengan harapan ia memberikan keputusan sama seperti penggunaan kolagen.


innity_pub = "966b6dfb6b0819cc10644bea3115cf20"; innity_cat = "MALAY,NEWS"; innity_zone = "42072"; innity_width = "300"; innity_height = "250"; innity_country = "MY";
Biarpun ragu-ragu dengan keputusannya, tetapi Hugo telah terlalu obses untuk menjadi lebih kacak sehingga tidak menyedari apa yang baby oil boleh lalukan ke atas wajahnya.

Tidak beberapa selepas disuntik, kulit wajahnya bertukar merah dan membengkak secara tidak normal. Agak menyedihkan apabila melihat wajah Hugo sebelum dan selepas rawatan itu.

Bukan sahaja muka Hugo jadi hodoh, kesihatannya juga terjejas teruk. Keadaan wajah Hugo sebenarnya tidak menyakitkan tetapi dia terpaksa bergantung kepada 15 jenis ubat berbeza setiap hari.

Dia juga perlu mengambil makanan mengikut diet khusus, minum banyak air dan juga menjauhi alkohol.
“Saya tidak peduli jika orang ramai melihat wajah saya, tetapi saya memang menghadapi masalah kemurungan akibat wajah saya.
“Dalam kepala saya, saya cuba memberitahu diri saya bahawa saya tidak ingin menyembunyikan apa-apa, cuma sejarah kejadian ini menjadikan saya begitu trauma.

innity_pub = "966b6dfb6b0819cc10644bea3115cf20"; innity_cat = "MALAY,NEWS"; innity_zone = "43604"; innity_width = "468"; innity_height = "60"; innity_country = "MY";


Piala Dunia 2014:Disebalik Kegembiraan Ada Kesedihan


Akak Dibalik Pintu

Piala Dunia 2014:Disebalik Kegembiraan Ada Kesedihan

Pertandingan FIFA World Cup 2014 sedang rancak berlangsung di Brazil. Di sebalik kemeriahan yang dirasai seluruh dunia, lain halnya yang berlaku di Brazil sendiri. Bantahan demi bantahan, rusuhan masih berlaku sepanjang temasya bola sepak itu berlangsung.


Gambar di bawah diambil oleh seorang jurugambar, Edimar Soares ketika perlawanan antara Brazil dan Mexico. Keadaan inilah antara penyebab rusuhan dan bantahan oleh rakyat Brazil.

innity_pub = "966b6dfb6b0819cc10644bea3115cf20"; innity_cat = "MALAY,NEWS"; innity_zone = "42072"; innity_width = "300"; innity_height = "250"; innity_country = "MY";
"Ada seorang perempuan yang makan dalam tong sampah kerana dia miskin, sementara yang lain menyaksikan perlawanan bola yang harganya mahal. Saya dah lihat kesemuanya di Brazil" kata seorang pengguna Reddit yang memuat naik gambar tersebut.

                
Selain itu, ada yang menyoal kemudahan yang tidak akan digunakan selepas berakhirnya Piala Dunia nanti.

Brazil telah membelanjakan sebanyak $11billion untuk menganjurkan Piala Dunia yang mana duit tersebut tidak akan membawa kebaikan kepada ekonomi Brazil.

Walaupun Brazil dan Piala Dunia tidak dapat dipisahkan, sesetengah rakyat Brazil berpendapat duit tersebut lebih baik dibelanjakan kepada rakyat yang lebih memerlukan dan juga menambah baik infrastruktur.

innity_pub = "966b6dfb6b0819cc10644bea3115cf20"; innity_cat = "MALAY,NEWS"; innity_zone = "43604"; innity_width = "468"; innity_height = "60"; innity_country = "MY";


Jiran tidak berani tanya Lola mengenai anak.Kenapa?


Akak Dibalik Pintu

Jiran tidak berani tanya Lola mengenai anak.Kenapa?

Nilai: “Kami memang tahu dia (Lola) ada dua anak, seorang sihat dan seorang lagi cacat. Tetapi, dia tidak bercampur dengan kami atau memberitahu masalah dihadapinya.

“Kami terkejut sejurus mengetahui anak lelakinya yang cacat itu ditemui dalam keadaan kebuluran dan tidak terurus,” kata jiran kepada wanita dikenali sebagai Lola, 40, ibu remaja orang kelainan upaya (OKU), Muhammad Firdaus Dullah, 15.

innity_pub = "966b6dfb6b0819cc10644bea3115cf20"; innity_cat = "MALAY,NEWS"; innity_zone = "42072"; innity_width = "300"; innity_height = "250"; innity_country = "MY";
Jiran terbabit yang mahu dikenali sebagai Eton, 40-an, berkata, biarpun tinggal berjiran bersama Lola di tingkat satu Flat Semarak, Taman Semarak, di sini, dia tidak pernah bergaul menyebabkan penduduk tidak tahu masalah hidupnya.

Katanya, pada 1999, Lola menetap di tingkat tiga flat sama sebelum berpindah ke tingkat satu pada 2007.

                    

“Namun, sepanjang mengenali Lola, saya hanya melihat wanita itu keluar bekerja pada waktu pagi dan pulang di sebelah malam, malah tidak bergaul dengan jiran,” katanya.


Eton berkata, Lola juga sukar dilihat kerana kedudukan rumah sewanya paling hujung bersebelahan tangga dan tidak melalui hadapan rumahnya untuk turun ke bawah.

“Sejak 15 tahun tinggal di sini, hanya satu atau dua kali Lola datang ke majlis anjuran flat menyebabkan ramai tidak mengetahui kehadirannya di sini,” katanya yang memaklumkan wanita itu hanya sekali datang berhari raya di rumahnya pada 2011 bersama anak keduanya.

innity_pub = "966b6dfb6b0819cc10644bea3115cf20"; innity_cat = "MALAY,NEWS"; innity_zone = "43604"; innity_width = "468"; innity_height = "60"; innity_country = "MY";


Giliran Suami Lola Pula Bercerita


Akak Dibalik Pintu

Giliran Suami Lola Pula Bercerita

Bahau: “Isteri saya terlalu sayangkan anaknya itu dan saya tidak pernah melihat dia menderanya sejak kami berkahwin 10 tahun lalu,” kata bapa tiri Muhammad Firdaus Dullah, 15, yang hanya mahu dikenali sebagai Abdullah, 40-an, ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, dia berkahwin dengan ibu Muhammad Firdaus dikenali sebagai Lola, 40, pada 2004 selepas mengenalinya dalam tempoh setahun dengan menjadikannya isteri kedua.

innity_pub = "966b6dfb6b0819cc10644bea3115cf20"; innity_cat = "MALAY,NEWS"; innity_zone = "42072"; innity_width = "300"; innity_height = "250"; innity_country = "MY";
“Sebelum berkahwin, Lola memberitahu saya, dia mempunyai seorang anak yang juga orang kelainan upaya.

“Dia sentiasa berkongsi masalah dan menceritakan penderitaan serta kesusahan dialaminya.

                    
                               MUHAMMAD Firdaus semakin pulih.


“Sejak berkahwin, saya akui jarang pulang ke rumahnya di Flat Semarak, Taman Semarak, Nilai, kerana saya merahsiakan perkahwinan itu daripada isteri pertama.


“Saya tidak pernah mengabaikan tanggungjawab dengan memberikan Lola wang setiap bulan untuk perbelanjaannya dan anak termasuk Muhammad Firdaus,” katanya.

Manakala Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat Siti Zailah Mohd Yusof berkata orang yang paling dekat dengan remaja itu termasuk bapa atau ibu saudara wajar bertangungjawab ke atas situasi Firdaus.

"Hendak salahkan orang luar sebenarnya mereka juga tidak tahu maklumat. Maknanya jika bapa saudara ada mereka boleh sampaikan maklumat remaja berkenaan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

"Keluarga terdekat perlu memainkan peranan, misalnya bapa saudara, dia adalah zuriat keterunan mereka, takkanlah tidak tahu," katanya

Begitu juga peranan khariah masjid dan surau katanya sepatutnya mengambil berat golongan-golongan seperti anak yatim, OKU, orang sakit dan orang tua-tua.

"Sebab itulah kita ada zakat bagi mereka yang layak. Sistem Islam yang sudah teratur. Bahkan di dalam solat berjemaahn kita patut bertanya khabar antara satu sama lain,"katanya.

Tegasnya, yang paling penting adalah peranan kerajaan misalnya hospital yang mempunyai rekod kesihatan remaja berkenaan hendaklah membuat pemantauan.

"Difahamkan remaja berkenaan dilahirkan di hospital, maka mestilah ada rekod-rekod perubatan remaja berkenaan dan sudah tentu ianya di hubung terus dengan JKM," katanya.

Zailah tidak menafikan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tidak ramai kakitangan untuk memantau satu persatu mereka yang OKU.

Namun katanya mana-mana ibu bapa yang mempunyai anak yang OKU perlu mempunyai hubungan yang baik sama ada dengan pihak masjid ataupun jawatankuasa kampung bagi memudahkan maklumatnya dipanjangkan kepada JKM.

"Dalam hal ini kita tidak wajar menyalahkan mana-mana pihak sebaliknya peranan keseluruhan masyarakat wajar dipergiatkan," katanya.

Pada 21 Jun lalu, anggota Jabatan Imigresen Negeri Sembilan di Taman Semarak semasa operasi memburu pendatang asing tanpa izin (Pati) menemui Firdaus dalam keadaan tidak terurus.

Tubuhnya terlalu kurus dan kelihatan seperti mayat hidup, dipercayai akibat kekurangan zat makanan.

Lebih menyedihkan, bilik di mana remaja malang itu dikurung penuh dengan sampah, najis dan tanah.

Baju yang dipakai mangsa juga didapati sudah mereput akibat terlalu lama bercampur dengan sisa air kencing dan najisnya sendiri sepanjang berada di situ.


innity_pub = "966b6dfb6b0819cc10644bea3115cf20"; innity_cat = "MALAY,NEWS"; innity_zone = "43604"; innity_width = "468"; innity_height = "60"; innity_country = "MY";


Tuesday, 24 June 2014

LELAKI TUA BERKAIN PELIKAT BACA AL QURAN SETIAP KALI LEPAS ASAR SAMPAI MAGHRIB.


Akak Dibalik Pintu

LELAKI TUA BERKAIN PELIKAT BACA AL QURAN SETIAP KALI LEPAS ASAR SAMPAI MAGHRIB.

ssalamualaikum,

Saya terjumpa kisah menarik ini daripada Facebook Dato Haji Roslan Ab Hamid.

Semoga kita sama-sama ambil manfaat daripada kisah benar ini.

LELAKI TUA BERKAIN PELIKAT BACA AL QURAN SETIAP KALI LEPAS ASAR SAMPAI MAGHRIB.

Saya jumpa lelaki tua ini. Selalu lepas Asar dia iktikaf di Masjid. Baca al Quran. Umur 70an. Duduk rumah dekat masjid. Rumah agam besar dan menarik. Hartanya disana sini, bangunan komesil tengah bandar. Milikan rm35 juta.

Pendapatan pasif kutip sewa rm70k sebulan. Belanja rm20k. rm50k sedekah dan infaq. Dia tenang bersendirian meladeni anak cucu.

Saya mahu ambil gambar. Dia menolak. katanya malu. Saya minta formula. Dia berikan 15. Saya catat dan mahu kongsikan. Bolehkah saya kongsikan?

1. Pertama, dia kata muliakan ibu bapa. Doa ibubapa adalah segala galanya. Ia tiada hijab terus termakbul. Raikan ibubapa. jaga mereka sepanjang usia. Doakan mereka apabila telah tiada.

2. Jaga masa. Ia datang dan berakhir. Urus masa antara 5 waktu solat. Atur kerja dengan sebaik cara. Pada setiap waktu ada perkara yang kita mulakan. Ada di masjid sebelum azan. masuk waktu terus solat. Selepas solat bertebaran berusaha cari rezeki.

3. Berdoa dengan khusyuk. Serah pada Allah. Tawakal. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.

4. Namun begitu kena usaha. Usaha pagi petang siang malam. Usaha sungguh sungguh. Usaha bermula dengan pasang niat. Lepas itu buat buat buat. Sampai dapat. Tidak dapat, usaha lain pula. Masa buat baca al Quran. Maka dia pun nasihatkan saya,

"Orang yang membaca surah Al-Ikhlas satu kali sama ganjarannya dengan memperoleh ganjaran membaca sepertiga Al-Quran. Jadi jika membaca surat Al-Ikhlas tiga kali mendapat ganjaran seperti membaca satu Al-Quran.

Rasulullah SAW pernah bertanya “Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur’an dalam jangka masa dua-tiga minit?” Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah UmarAl Khattab r.a telah mengatakan adalah mustahil untuk mengatam Qur’an dalam begitu cepat.

innity_pub = "966b6dfb6b0819cc10644bea3115cf20"; innity_cat = "MALAY,NEWS"; innity_zone = "42072"; innity_width = "300"; innity_height = "250"; innity_country = "MY";


Ali Abi Talib r.a pun membaca surah Al-Ikhlas tiga kali.
Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.

Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 juzuk kitab Al-Quran. Apabila membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali khatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 juzuk Al-Quran.

Sabda Rasullullah SAW: “Sesiapa membaca ‘Qul huwAllahu Ahad’ sebanyak 3 kali, dikurniakannya pahala seperti pahala orang yang membaca Al-Quran sekali khatam.”

Lelaki tua itu erkata, mulut dia tidak berhenti baca surah al Ikhlas. Kadang kadang sampai 1000 kali sehari. Dan tiap lepas asar masa dia iktikaf dan baca Al Quran.

5. Jaga Kesihatan. Jaga kesihatan. jaga kesihatan. Banyak berjalan kaki. Banyak. minum air masak atau air mineral. Jaga makanan.

6. Hidup kena buat target. Ada wawasan. Ikat perut. Usah membazir. Mula dengan makanan. Makanan dan minuman mesti habiskan. Usah lagak orang kaya, padahal kita teman pada syaitan. Sentiasa belanja orang. Makan dikedai kecil. Perhatikan kebersihan kedai. Apabila bersih masuk. Disitu kita temui ramai orang susah. Belanja mereka..

7. Waktu maghrib usah ada atas jalan. Apabila dalam perjalanan berhenti. Cari masjid. Apabila dirumah, tutup pintu rapat rapat. Malam buang sampah sarap. Basuh pinggan mangkuk. Pastikan semua teratur sebelum tidur. Gunakan waktu antara maghrib dan isyak untuk tuntut ilmu agama. Boleh dengar orang mengajar. Boleh juga baca kitab. Lepas Isyak buat kira kira untung rugi. Siapkan bahan dan pakaian untuk kerja esok hari.

8. Usah takut jumpa orang. Walaupun 5 minit mahu berjumpa. Pergi sendiri. Usah pakai posmen apabila depani soal penting. Kita rangkak panjat bangunan. Tunggu. Biarlah kita ambil masa berhari hari perjalanan. yang penting sampaikan dengan tangan sendiri. Tenung mata dan baca "ayat ayat pengasih". Hehehe.

9. Balik malam, usah cakap penat. Usah cakap letih. Usah cakap sakit. Apabila sakit senyum.Allah sedang luruhkan dosa. Lepas sakit kita lagi bertenaga. Siapakah dalam dunia yang tidak pernah rasa sakit. Jatuh. dihina. Semua termasuk Rasulullah SAW. Namun, baginda ajar kita maafkan semua orang.

10. Niat mahu kaya. Niat mahu bantu ramai orang. Niat mahu jadi manusia berguna. Niat itu macam tulis surat. Dulu tiada internet, Macam tulis surat la. Salah tulis alamat akan sampai salah tempatlah surat itu. Maka tulis alamat betul betul. Niat mahu kaya, supaya kita dapat bantu ramai lagi orang. Mahu membahagiakan ramai orang.

11. Mula berniaga, usah buat pinjaman. Cukup dengan apa yang ada ditangan. Itu masa kita belajar. Berniaga ini seni. Kita sahaja tahu maksud lakaran. Terbakar tangan biasa. Namun, dengan duit sedikit kita tak rasa sangat panasnya. Usah samakan orang dengan kita. Mereka lain tak serupa.

(Kedai mula mula di mulut sahaja.)
Senyum mesra, mulut manis. Usah sombong. sentiasa tegur dan sapa manusia. Kita berniaga dengan manusia.Berniaga dengan siapa sahaja. Andai kata kita kaki surau. Berniaga dengan orang surau tidak jadikan kita kaya. Berniaga dengan semua orang walaupun dia haprak keparat. Yang penting tunai. Ada duit kita cerita. Ada barang kita jual.

12. Modal kita adalah daya penarik yang pada diri kita. Daya penarik adalah ciri yang ada dalam diri ang buat orang lain rasa senang dengan kita. Cari ilmu tentang produk. Apabila orang tanya jawab dengan lancar dan petah. Jelas. sebut satu demi satu. Usah ragu ragu dan termanggu. Kongsi bukan jual. Ingat sentiasa kongsi dengan semangat membara. Orang jatuh cinta dengan semangat kita.

13. Apa lagi..ahaaa..masa mula niaga biar mendalam dulu. Usah cepat mahu melebar. Fahamkah apa pakcik cakap. Maksudnya biar berjaya satu demi satu.Apabila mula guna modal sendiri, kemudian buat sungguh sungguh sampai berjaya. Lepas dah nampak hasil, mula lebarkan. Masa itu boleh la mahu buat pinjaman. Kita sudah ada ilmu bisnes.

(Cukuplah tu. Masa ni Lelaki Tua Berkain Pelikat sudah mahu berhenti. Saya senyum peluk dia dan kata, "baharu ada 13 anak sungai di syurga. Tambah sampai 20". Saya buat contengan kata dia dalam kepala)

14. Kita kena buat promosi apa jua yang kita bisnes. Produk tak boleh bercakap. Sejak bila pula lah produk boleh bercakap. Orang kena tahu apa yang kita buat. Caranya buka bank emosi dengan setiap pelanggan kita. Pelanggan yang puas hati datang lagi. Datang lagi. Sekarang pun Pak Cik masih buat bisnes sikit sikit. Perumahan. Pak Ciik buat lima rumah sekali siap. Siap baharu jual. Pak Cik buat cantik. Jual mahal. Orang beratur mahu beli. Jual barang siap. Usah jual barang dalam laut yang tidak tahu tersangkut pada pukat atau tidak. Tidak berkat begitu.

15. Apabila bisnes sudah maju, usah berlagak. Dahulu Pak Cik suka gunting rambut kedai Nawi. Dia tanya "Bagaimana Pak Cik mahu gunting rambut? Pak Cik jawab , "Dengan senyap senyap tapi cantik". Anak fahamkah apa Pak Cik cakap ni? Jawab saya, "Faham Pak Cik, saya juga gunting rambut disitu sejak umur 15 tahun". Hehehe. Maksudnya usah gosip sana gosip sini, balun orang sana balun orang sini. Usah peduli rambut atas kepala orang lain. Apa yang utama rambut kita tersisir rapi.

Bijak anak ni. Apa nama? Yesss. Dia sudah tanya nama saya. Maknanya saya sudah dapat Mentor Lelaki Tua Berkain Pelikat.

16. Anak..ingat kita hidup sungguh sebentar, macam main bola sahaja. 90 minit tamatlah permainan. Itulah lebih kurang bandingan hidup didunia ini. Kita kejar bola. Cuba jaringkan gol. Apabila sampai tiupan wisel, tahulah keputusan. Apabila malaikat maut datang jemput kita, habislah kita. Ada dunia kekal abadi di sana. Usahlah kita berlagak sombong masa berjalan atas bumi Tuhan ini.

Paku yang nampak tidak rapat ke papan, akan diketuk oleh Tuan Rumah. Itulah perumpamaan hidupan. Rapat ke bumi. Sujud pada Tuhan.

Bacalah surah ar Rahman ayat 46, "Dan orang yang takut akan keadaan dirinya di mahkamah Tuhannya (untuk dihitung amalnya), disediakan baginya dua syurga"

17. Pak Cik bersyukur sampai ke tahap ini. Pak cik bersyukur. Syukur itu tandanya apabila Pak Cik rasa tak layak terima, namun Allah berikan juga. Pak Cik habiskan masa dalam waktu kecemasan ini dengan memandang yang memberi nikmat bukan pada nikmatnya. Anakku bersyukurlah. Masih punya masa mengatur tapak menjejaki orang hebat dalam agama.

Dunia ini tidak lebih dari sayap nyamuk sahaja. Usah letak dunia di hati. Tetapi berusahalah supaya dunia dalam genggaman tangan kita. Pak Cik pakai kereta besar, bukan untuk apa namun Pak Cik mahu menikmati apa rasa sayap nyamuk itu. Kalau sayap nyamuk itu sudah rasa nikmatnya, bayangkan nikmat di syurga.

18. Anak..Apabila mahu makan nasi, dapatkan beras. Cakap cakap dan sembang sembang tidak hasilkan beras. Rajin usaha. sampai waktu solat. Solat itu tiang agama. Usah terjerat dengan penyakit umat akhir zaman. Mereka cintakan dunia. Takutkan mati. Hakikatnya mati itu pasti. Namun, jangan kerana takutkan mati duduk atas masjid semata mata dan harapkan hidangan turun dari langit.

Tidak boleh begitu. Cuba beri masa untuk semua perkara. Umur macam Pak Cik sekarang, hari hari biasa, 6 jam tidur. 6 jam bekerja. 6 jam duduk atas masjid. 6 jam bersama anak cucu cicit. Anak, ada Pak Cik ingat, Nabi SAW sebut, "Peliharalah lidahmu, luaskan rumahmu dan tangislah dosamu". Cuba anak check siapa perawinya.

(nota: Hadis riwayat at Tirmizi)

19. Anakku kita bukan orang sufi. Mereka lain. Kita orang biasa,

"Apabila kemiskinan datang bertandang mengetuk di pintu, kasih sayang segera terbang keluar ikut jendela. Saat itusahabat dekat mula menjauh, kesusahan bagaikan banjir besar menghanyutkan segalanya pergi dan ianya hanya kembali apabila kita kaya semula"

Rajinlah berusaha. Wang bukan segala galanya. Namun banyak perkara dalam dunia sekarang perlukan wang anakku. Wang bukan raja. Wang adalah hamba perkasa yang memudahkan banyak perkara. ramai orang sedikit sedikit sebut Tuhan, pada hal hati mereka bersimpang simpang.

20. Cuba sedaya upaya supaya ada wuduk pada tubuh kita. Ianya adalah cara terbaik cucikan diri. Cuba mandi setiap kali sebelum masuk waktu. Tidak dapat kerana banyak masa di pejabat, mandi 3 kali sehari. Sebelum subuh, sebelum maghrib dan sebelum isya'. InsyaAllah kita rasa bersih dan tenang dari segi luaran. Sewaktu berdiri mahu solat, rasakan ketakutan luar biasa. Kita sedang menghadap Allah Raja dan Tuan kepada segala Raja.

------------------------------

Jika anda rasa kisah ini boleh memberi manfaaat kepada rakan-rakan anda yang lain, mohon tekan LIKE button di bawah. Semoga kita dapat memanjangkan lagi pencen kubur ini. Amin.

Wassalam.
innity_pub = "966b6dfb6b0819cc10644bea3115cf20"; innity_cat = "MALAY,NEWS"; innity_zone = "43604"; innity_width = "468"; innity_height = "60"; innity_country = "MY";


Gaji bersih Lola RM1,549.38!!Masih Tak cukup?


Akak Dibalik Pintu

Gaji bersih Lola RM1,549.38!!Masih Tak cukup?

Majikan kepada Lola, 40, ibu remaja orang kelainan upaya (OKU) Muhammad Firdaus Dullah, 15, mendakwa wanita terbabit tidak pernah menceritakan kesempitan hidupnya kepada majikan yang mempunyai pelbagai cara untuk membantunya.

Pengurus Kanan Modal Insan Brahim's Airline Catering (BAC) Ahmad Reza Kamaruddin berkata, Lola yang bertugas sebagai pekerja penyajian di syarikat itu sejak 10 tahun lalu terlalu berahsia dan hanya melakukan tugas tanpa membabitkan hal-hal peribadi di tempat kerja.


innity_pub = "966b6dfb6b0819cc10644bea3115cf20"; innity_cat = "MALAY,NEWS"; innity_zone = "42072"; innity_width = "300"; innity_height = "250"; innity_country = "MY";
“Kami terkejut apabila membaca kisah anaknya itu tersiar kerana dia tidak pernah berkongsi masalahnya dengan pihak syarikat atau Kesatuan Pekerja-pekerja BAC yang amat mementingkan kebajikan pekerja dan ahlinya.

“Kami faham dengan pendapatan kasar RM2,327.81 sebulan atau bersih RM1,549.38, ia mungkin tidak cukup untuk menyara dua anaknya tetapi syarikat juga menyediakan banyak ruang untuk membantu termasuk memberi pinjaman peribadi,” katanya ketika dihubungi Harian Metro di sini, hari ini

                    
Muhammad Firdaus ditemui dalam keadaan menyayat hati terkurung dalam rumah di Flat Semarak, Taman Semarak Nilai, dekat sini, Sabtu lalu.


Keadaan Muhammad Firdaus yang kini dirawat di Hospital Tuanku Jaafar Seremban dilaporkan stabil dan semakin pulih.

Gaji sebanyak itu masih tak cukup?Itu jauh lebih banyak dari gaji cleaner kat tempat saya...nama je gaji mininum RM900,namun hakikatnya tidak begitu...kat tempt lama saya bekerja gaji cleaner masih lg RM650!!...Bayangkan....Bila diminta dengan majikan bermacam-macam alasan yang diberikan,paling glemer alasannya....Kalau tak suka cari kerja lain la...ffuhhh...lemas aku!

Patutnya pihak berwajib,pak-pak menteri sila turun padang...tanya nasib-nasib kami pekerja buruh kat sini.....Jangan duk bercakap je lebih..
innity_pub = "966b6dfb6b0819cc10644bea3115cf20"; innity_cat = "MALAY,NEWS"; innity_zone = "43604"; innity_width = "468"; innity_height = "60"; innity_country = "MY";


Wardina Dikecam Hebat Oleh Penulis Misteri Tentang Isu Kritik Kerajaan


Akak Dibalik Pintu

Wardina Dikecam Hebat Oleh Penulis Misteri Tentang Isu Kritik Kerajaan

Pelbagai reaksi yang diterima oleh Wardina berhubung kenyataanya tentang isu megkritik kerajaan...sehingga seorang peminat misteri telah memberi maklum balas melalui surat yang telah dihantar kepada Wardina.

                        
Kehadapan Ustazah Wardina.

Bila hati busuk, minda penuh kebencian memang nampak semua yang salah sahaja di Kerajaan.

Sebesar-besar masjid yang Ustazah Wardina berhenti solat dibina Kerajaan, pun tak nak nampak kan? Jalan raya lapang, highway selesa mana nak nampak?

Anak-anak belajar agama di sekolah agama kerajaan mana nak nampak? Wujudnya lambakan sekolah agama kerajaan, wardina butakan mata dan hati nak nampak semua tu. Sebab hati terlalu penuh benci pada kerajaan.

                  
Saya tak anti golongan tudung labuh litup macam ustazah wardina, jauh lagi saya nak mengeji golongan yang baru mendekati agama tapi suka riak dengan ilmu sedikit. Setiap nafas penuh sifat holier-than-thou.

Alhamdulillah, anak-anak ustazah Wardina semua sempurna sihat. Suami ada, berlakon iklan pun banyak, duit banyak. Maka mudahlah ustazah wardina lantas mengutuk kekurangan orang lain.

innity_pub = "966b6dfb6b0819cc10644bea3115cf20"; innity_cat = "MALAY,NEWS"; innity_zone = "42072"; innity_width = "300"; innity_height = "250"; innity_country = "MY";
Ustazah Wardina mungkin kurang buat lawatan di Rumah-rumah Kebajikan. Sebab tu ustazah wardina nampak satu kes je terus nak hentam kerajaan. Yelah, wardina kan perfect, ilmu agama lengkap, baru bertudung, dah kalah semua ustazah-ustazah tauliah lain. Kerajaan memang semua salah wardina. Yang beribu OKU dah dibantu tu apa la sangat, nak dibandingkan dengan seorang yang kerajaan terlepas, sebab kekhilafan si ibu yang tak berdaftar dengan JKM.

Diselamatkan budak itu, dihantar juga ke hospital kerajaan. Tapi yelah kerajaan tetap salah dan lemah.

Apalah sangat nak dibandingkan negara kita dengan Acheh tempat Wardina tu? Maju kan Acheh tu, mana ada orang susah, sebab itu wardina cari makan di negara yang kerajaannya teruk ini kan.
Ibubapa ada anak OKU memang tertekan Wardina, tapi bila ada iman, semua tu boleh diatasi. Selama ini, tidak pernah saya dengar ibu bapa OKU salahkan kerajaan. Hanya Wardina seorang. Yela, Wardina kan sempurna, mana salah pandangannya.

Kita manusia baru belajar agama, baru tutup aurat ini memang suka tunjuk agama, sampai kita terlupa berapa pula dosa kita tambah atas nama agama kan? Kadang-kadang saya terfikir kenapa gadis rambut merah, pakaian menjolok mata lebih baik tutur kata, berlapang dada, bersangka baik terhadap yg lain berbanding yang bertudung litup. Tapi akhirnya saya tersedar, hanya kerana Wardina dan Ustazah segera seorang lagi tak baiklah saya nak judge semua begitu.

Sama macam kes, hanya sebab seorang budak tidak berdaftar dengan JKM, terus kita nak lupakan ribuan lain yg dibantu kerajaan selama ini?? Tidak adil bukan?

Cukup-cukuplah itu Wardina, bukan sekali, terlalu lantang bersuara, riak dengan ilmu tak seberapa. Semoga terbuka hati, kurang rasa benci. Semoga terus hidup dalam kesempurnaan di bumi Malaysia

                         

Berita Terkini:

                   
Remaja OKU, Muhammad Firdaus Dullah 15, semakin kuat apabila boleh duduk sendiri di katilnya di Hospital Tuanku Ja'afar Seremban, semalam.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim, melahirkan perasaan kagum terhadap perkembangan positif remaja itu.

MUTAKHIR
Remaja OKU semakin kuat - Rohani
2014/06/24 - 12:17:27 PM Cetak Emel Kawan

SEREMBAN: Remaja OKU, Muhammad Firdaus Dullah 15, semakin kuat apabila boleh duduk sendiri di katilnya di Hospital Tuanku Ja'afar Seremban, semalam.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim, melahirkan perasaan kagum terhadap perkembangan positif remaja itu.

"Selera makan Firdaus juga semakin baik, termasuk makan coklat hingga tidak berhenti-henti," katanya selepas melawat Firdaus di Hospital Tuanku Jaafar Seremban, hari ini.

Beliau yakin remaja yang ditemui dalam keadaan menyedihkan Sabtu lalu akan pulih dengan lebih cepat.

innity_pub = "966b6dfb6b0819cc10644bea3115cf20"; innity_cat = "MALAY,NEWS"; innity_zone = "43604"; innity_width = "468"; innity_height = "60"; innity_country = "MY";