Home » » Zizan Dan Emma

Zizan Dan Emma

Written By kall on Tuesday 15 April 2014 | 20:38


Info Menarik & Cerita Menarik

Zizan Dan Emma



Nampaknya, selepas masing-masing mengaku bercinta, Emma Maembong dan Zizan Razak lebih bersikap terbuka dan sering memuatnaik foto-foto mesra mereka di laman sosial bagi tatapan peminat. 

Terbaru, gadis kacukan Melayu-Scotland ini telah membuat kejutan sempena ulang tahun Zizan yang ke-30 bersama peminat-peminatnya. 




Melalui laman Instagram kelab peminat Zizan, difahamkan kejutan ulang tahun in advance yang dibuat di Restoran The Malt & Leaf ini telah dihadiri oleh ahli keluarga Emma serta peminat setia Zizan. 

Namun, apa yang mencuri perhatian kami apabila sekeping foto yang dimuat naik menunjukkan Zizan memeluk seorang wanita iaitu ibunya di majlis tersebut. Wah, bijak sungguh Emma mengambil hati bakal ibu mertua. 

Ibu Zizan turut diundang kemajlis hari lahir tersebut 

Selain menjemput insan teristimewa dalam hati Zizan, Emma turut menyanyikan lagu ‘You Are My Sunshine‘ buat kekasihnya itu dan mengungkap kata-kata I Love You khas buat Zizan. 

Mengaku sudah, menyanyi pun sudah, jadi bila lagi Zizan dan Emma akan ke jinjang pelamin? Sama-sama la kita nantikan dan doakan yang terbaik buat pasangan ini. 

Selamat Hari Jadi Zizan Razak!



0 comments: