Pages

Monday, 31 March 2014

Aktivis sosial pernah hina negara, Irene Fernandez meninggal


Pilihan Anda

Aktivis sosial pernah hina negara, Irene Fernandez meninggal

KUALA LUMPUR - Aktivis sosial Irene Fernandez meninggal dunia hari ini akibat komplikasi jantung.

Menurut adiknya Josie, Irene, 67, meninggal dunia pada 10.58 pagi ini di Unit Rawatan Koronari (CCU) Hospital Serdang.

"Sejak Jumaat lepas keadaan Irene semakin serius dan koma," katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata kakaknya itu dimasukkan ke hospital itu Selasa lepas setelah mengadu sakit dada.

Irene yang merupakan pengerusi dan pengasas badan bukan kerajaan Tenaganita meninggalkan suami, Joseph Paul dan tiga orang anak.

Jasad mendiang akan dibawa pulang ke rumahnya di Seremban, kata Josie. -Bernama
disableSelection(document.body) //disable text selection on entire body of page


Aktivis sosial pernah hina negara, Irene Fernandez meninggal dunia


Pilihan Anda

Aktivis sosial pernah hina negara, Irene Fernandez meninggal dunia

KUALA LUMPUR - Aktivis sosial Irene Fernandez meninggal dunia hari ini akibat komplikasi jantung.

Menurut adiknya Josie, Irene, 67, meninggal dunia pada 10.58 pagi ini di Unit Rawatan Koronari (CCU) Hospital Serdang.

"Sejak Jumaat lepas keadaan Irene semakin serius dan koma," katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata kakaknya itu dimasukkan ke hospital itu Selasa lepas setelah mengadu sakit dada.

Irene yang merupakan pengerusi dan pengasas badan bukan kerajaan Tenaganita meninggalkan suami, Joseph Paul dan tiga orang anak.

Jasad mendiang akan dibawa pulang ke rumahnya di Seremban, kata Josie. -Bernama
disableSelection(document.body) //disable text selection on entire body of page


Punca MH370 Terhempas? Kronologi Terperinci Kapal Terbang MH370 Hilang & Terhempas oleh Pilot Tersohor (Teori Ghost Plane) Dibongkar


Akak Dibalik Pintu

Punca MH370 Terhempas? Kronologi Terperinci Kapal Terbang MH370 Hilang & Terhempas oleh Pilot Tersohor (Teori Ghost Plane) Dibongkar

Bukti Terkini MH370 : Ikuti Analisa & Kajian Kapten Nik Huzlan Yang Bakal Hapuskan Segala Teori & Hipotesis Sebelum Ini! : Sudah lebih 3 minggu telah pun berlalu, dan dunia termasuk pakar-pakar yang terlibat terus memerah buah fikiran bagi mencari jawapan disebalik tragedi Mh370 disbealik pelbagai persoalan yang terus dibiarkan “tergantung” sehingga ke hari ini. Terbaru…
Terbaru didedahkan maklumat terbaru yang menunjukkan gambar yang dirakam pada sesi penerangan yang datangnya daripada pihak berkuasa kerajaan Malaysia termasuk Malaysia Airlines kepada keluarga mangsa penumpang di China.
Gambar Bukti Terkini MH370 di Beijing China
Melihatkan bukti terbaru ini dan berdasarkan analisa Kapten Nik Huzlan, ini jawapannya :
Nampak terang di sini pesawat Mh370 kelihatan berpusing disebelah kanan pada kedudukan 270 darjahKapten Nik Huzlan menilai pusingan pesawat MH370 adalah “pusingan yang sempurna dan tiada cacat celanya” dan terus merentas semula laluan yang pernah dilakukannya sebelum itu dan pusing semula di sebelah kiri dan seterusnya menuju ke arah Pulau PinangDan ini bermakna pesawat Mh370 tidak mengalami kerosakan seperti yang benar didedahkan oleh seorang juruterbang berpengalaman berdasarkan (TEORI DI SINI)Kapten Nik Huzlan sendiri terkejut dengan maklumat terbaru inu dan sekaligus bercanggah dengan informasi dan maklumat yangmengatakan selama ini pesawat MH370 hanya melakukan pusingan kiri sahajaBuat pertama kalinya, pesawat Mh370 dikatakan telah melakukan pusingan kananKapten Nik Huzlan mengatakan pesawat Mh370 melakukan pusingan kanan sebaik sahaja Co Pilot Farid mengucapkan perkataaan “Alright, Good Night” dan terus merentasi ke arah Teluk Siam dan terus pergi ke Pulau PinangJikalau pesawat MH370 mahu pulang semula ke Malaysia, Mh370 hanya perlu pusing kiri terus ke MalaysiaJikalau pesawat Mh370 dalam keadaan kecemasan mengapa perlu Mh370 melakukan satu pusingan disebelah kanan secara perlahan-lahan dan kemudian merentas laluan yang dilakukan sebelumnya? Mengapa?Kapten Nik Ahmad Huzlan merasakan perbuatan dan cara pengendalian MH370 seperti dirancang dengan cukup-cukup telitiMH370 RadarDan….jikalau ada kecemasan sekalipun, juruterbang dan co Pilot tidak berhubung dengan mana-mana pusat kawalan trafik udara? Mengapa?Dan Kapten Nik Huzlan mengatakan dari IGREX, cara pesawat MH370 terbang pun sangat-sangat meragukan kerana dilihat mahu mengelak Laut Sumawi Dan Pulau Nicobar dan memotong jalan merentasi terus ke selatan Lautan Hindi yang mana laluan tersebut adalah merupakanlaluan yang tiada satu pun berada di bawah kawalan radar. Kronologi Lengkap Detik-detik Kehilangan MH370 8 mac 2014
Cuma Kapten Nik Huzlan mula merasa pelik dan merasakan tidak logik untuk pesawat MH370 sampai ke IGREX pada 2:15 pagi (8 Mac 2014)
Pesawat Mh370 buat pusingan kanan pada pukul 1:31 pagiPergi ke Penang dan seterusnya ke VAMPI dan signal point yang terakhir ke IGREX pada pukul 2:15 pagiApa jawapan Kapten Nik Huzlan? Pesawat MH370 tidak akan dapat sampai pada IGREX dalam tempoh hanya sekitar 40 minit sahaja melihatkan tahap kelajuan yang boleh dicapai pesawat Mh370 dan juga pusingan kanan dan kiri yang telah dilakukan oleh pesawat Mh370 ini
Berdasarkan kajian Kapten Nik Huzlan, kelihatan teori Human Interferance (perbuatan yang disengajakan) amatlah kuat melihatkan pesawat MH370 sebenarnya “under full control” kerana ia mampu membuat corak pusingan kanan dengan baik ditambah pula mampu merentas semula laluan yang perlu dilakukan sebelum itu.
Berita semasa


Video seks pelakon wanita dan suami tersebar di internet


Pilihan Anda

Video seks pelakon wanita dan suami tersebar di internet

Islamabad: Satu video seks mempamerkan aktres Pakistan Meera dan suaminya, Navid Shahzad, juruterbang keturunan Pakistan yang menetap di Amerika Syarikat mencetuskan kontroversi selepas ia tersebar di Internet.

Sebuah mahkamah Pakistan di sini semalam mengeluarkan waran tangkap terhadap pasangan berkenaan.

Polis diarah membawa mereka ke mahkamah pada 2 April ini berhubung video seks itu.

Hakim mengeluarkan perintah selepas menerima petisyen yang menuduh Meera dan Navid melakukan dosa dengan merakam babak seks.

Tuduhan itu mendakwa pasangan berkenaan menyebarkan maksiat dan menggesa mahkamah menangkap mereka untuk dijadikan teladan.

David bagaimanapun berkata kes itu sepatutnya tidak timbul kerana mereka sudah berkahwin.

Video itu dimuat naik oleh orang tidak dikenali dan tersebar di beberapa laman web sejak beberapa hari lalu.

Akses untuk menonton video itu bagaimanapun disekat oleh Lembaga Telekomunikasi Pakistan atas permintaan Meera yang pernah berlakon dalam dua filem Bollywood.

Meera mendakwa video itu palsu. -Agensi
disableSelection(document.body) //disable text selection on entire body of page
nuffnang_bid = "b9cbffe4efda20c16d232564dfd49706"; document.write( "
" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();


Tak boleh kahwin, hanya perlu zina untuk kebal


Pilihan Anda

Tak boleh kahwin, hanya perlu zina untuk kebal

Sebagai seorang lelaki normal, dia ingin mendirikan rumah tanggan dan memiliki hubungan intim dengan isteri tercinta, malangnya impian tidak tercapai berikutan terikat degan 'ikrar syaitan' yang melarangnya berkahwin dan hanya boleh berzina.

Syarat pelik itu perlu dipatuhi Zul, 26, kononnya bagi membolehkan 10 azimat ilmu kebal  berbentuk tatu dari negara jiran yang dipelajarinya menjadi mujarab.

Antara ilmu kebal berkenaan ialah Rawa Rontek, Kanuragan, Tameng Waja, Sak Yant, Pemurni Sum Sum Tulang serta ilmu dituntut di beberapa perguruan seperti Perabun dan Mandau Siluman.

Sambung baca di keratan akhbar di bawah...
disableSelection(document.body) //disable text selection on entire body of page


Apa Motif Ex Suami Aida sebar gambar Adi Putra dalam tandas di laman sosial


Akak Dibalik Pintu

Apa Motif Ex Suami Aida sebar gambar Adi Putra dalam tandas di laman sosial

Hari ini media-media sosial di hebohkan dengan satu gambar pelakon lelaki popular "Adi Putra" yang di sebarkan oleh bekas Ex suami wanita yang di katakan skandal Adi walaupun kes tersebut sudah di tutup‘tutup buku’apabila pihak polis mengklasifikasikannya sebagai ‘no further action’ manakala Aida Fasha  suaminya itu.

Lelaki tersebut adalah Haji Amiruddin Othman adalah bekas suami kepada Aida Fasha atau Nooraida yang di kata kan mendedahkan gambar Adi yang hanya bertuala di dalam tandas di Laman Instagram nya dengan tag " “Yes my X salah tapi the other tak mengaku”.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan jika gambar ini adalah gambar yang dikirim Adi Putra kepada Nooraida sepanjang perkenalan singkat mereka.
Jika benar mengapa agaknya ia tidak ditunjukkan Amiruddin ketika kes sedang hangat dibicarakan?
Adi Putra dalam satu sidang media pada 13 Disember tahun lalu mempertahankan diri bahawa dia tidak bersalah sebagaimana tuduhan Amiruddin selepas pihak polis menggugurkan kes yang difailkan pasangan suami isteri berkenaan yang disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan iaitu melakukan gangguan seksual.
Apa pun, kita nantikan respon daripada Adi Putra memandangkan pelakon ini pernah mengeluarkan kenyataan bahawa dia akan mengambil tindakan jika masih dikaitkan dengan kes ini.

Admin berharap kes ini tidak berpanjangan memandangkan mereka semua sudah ada kehidupan masing-masing tidak wajar lah untuk kembali kes ini dengan menyalahkan Adi, sedangkan kes ini telah di tutup  ‘no further action’ oleh pihak berkuasa. 


Credit MyNewsHub 


Khalid semakin hampir checkmate Rafizi dan Azmin


Pilihan Anda

Khalid semakin hampir checkmate Rafizi dan Azmin

PADA 31 Januari 2014, Rafizi Ramli begitu angkuh untuk melabelkan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai seorang ahli politik yang lembap dan lemah. Rafizi menimbulkan persoalan kelemahan kemahiran berpolitik Tan Sri Khalid Ibrahim untuk berdepan dengan UMNO.

Sebagai seorang strategis Parti Keadilan Rakyat (PKR) beliau telah mencaturkan pilihan raya kecil Kajang untuk membuka peluang kepada Ketua Umum iaitu Anwar Ibrahim untuk menggugat kedudukan Khalid sebagai Menteri Besar Selangor.

Strategi Rafizi ini sekiranya dianalisis, sebenarnya demi kebaikan beliau sendiri. Pertama, beliau akan dapat memperkukuhkan kedudukan Azmin Ali dalam parti dan keduanya Anwar Ibrahim akan mengenang jasa beliau sekiranya strategi ini berkesan.

Percaturan untuk mengukuhkan dua orang kuat dalam PKR akan dapat membuka cahaya masa depan politik yang cerah untuk dirinya yang masih lagi muda. Kebetulan strategi ini hanya timbul setelah Azmin dipecat daripada PKNS.

Namun begitu , kekurangan pengalaman dan asam garam dalam hidup serta keangkuhan untuk memandang rendah keupayaan Khalid telah membawa banyak masalah dan dugaan dalam percaturan dan strategi Rafizi. Khalid mengikut rentak permainan yang dicaturkan oleh Rafizi dengan menyokong keputusan untuk meletakkan Anwar sebagai calon di Kajang.

Langkah yang diambil oleh Khalid adalah tepat memandangkan sebarang penentangan terhadap Anwar akan menyebabkan penyokong dan ahli PKR menentangnya.

Setelah melancarkan kempen dan memperkenalkan Anwar sebagai calon PKR untuk pilihan raya kecil (PRK) Kajang dan tidak lama kemudian Khalid mengumumkan untuk bertanding jawatan nombor 2 parti iaitu sebagai Timbalan Presiden PKR. Pengumuman ini telah mula menggugat Azmin dan penyokongnya dalam parti.

Kemudiannya Khalid pula menandatangani perjanjian air (MoU) dengan Kerajaan Persekutuan dan langkah ini telah memberi satu tamparan yang sangat besar kepada pihak tertentu dalam pakatan pembangkang.

Rafizi dan Azmin pula tampil untuk mempertikaikan tindakan Khalid dalam perjanjian air ini. Namun begitu, Majlis Pakatan Rakyat telah tampil untuk menyokong tindakan Khalid dalam isu perjanjian air dan isu ini turut mendapat sokongan daripada Presiden Pas, Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang. Khalid sekali lagi mematahkan serangan Azmin dan Rafizi.

Pada 7 Mac 2014, Khalid mengulangi keputusannya tidak akan melepaskan kerusi nombor satu Selangor itu. Beliau mengumumkan pendirian ini kepada media selepas menghadiri program bersama rakyat di Taman Mesra, Kajang.

Pendirian ini juga telah dimaklumkan kepada Baginda Sultan Selangor. Langkah ini sekali gus memberi tamparan yang amat besar kepada Rafizi dan Azmin apabila pada hari yang sama Ketua Umum PKR itu disabitkan bersalah oleh Mahkamah Rayuan dalam kes isu liwat beliau.

Kini Khalid akan bertanding jawatan nombor 2 tertinggi parti dengan kapasiti sebagai seorang Menteri Besar Selangor dan keadaan ini akan memberi kelebihan dari segi status, kewangan dan jentera untuk berhadapan dengan Azmin.

Kemenangan Wan Azizah dalam PRK Kajang diramalkan akan memberi kekuatan kepada kem Khalid. Percaturan Khalid secara perlahan memperluaskan penguasaannya dalam parti PKR melalui pengumuman Rodziah Ismail untuk mencabar Zuraida Kamaruddin bagi jawatan Ketua Wanita PKR. Timbalan Speaker Selangor iaitu Nik Nazmi juga dipercayai akan dicaturkan untuk menawan jawatan Ketua Pemuda PKR.

Sekiranya Khalid berjaya menawan jawatan nombor 2 PKR dan ditambah pula dengan penyokongnya menang dalam Wanita dan Pemuda maka PKR akan mengalami era politik penguasaan Khalid.

Cara dan teknik Khalid bermain politik adalah seperti yang digambarkan oleh kolumnis The Star, Joceline Tan bahawa beliau ialah seorang Tai Chi Master. Rafizi dan Azmin sememangnya seorang yang memiliki kemahiran Muay Thai dalam politik.

Namun begitu , keangkuhan dan kekurangan pengalaman politik serta merasakan diri sendiri adalah lebih mahir dalam politik akhirnya menyebabkan Rafizi tersilap pandang kehebatan kemahiran politik Tai Chi.

Seni persilatan Melayu yang sama dengan Tai Chi ialah Silat. Khalid dengan mudah dan selesa mempamerkan seni persilatan dan secara perlahan dan tenang telah menghampiri untuk CHECKMATE gandingan Rafizi dan Azmin.

Oleh itu, adakah Rafizi Ramli masih layak lagi memegang jawatan sebagai strategis PKR?

Shen Yee Aun @ Utusan

disableSelection(document.body) //disable text selection on entire body of page


MH370;Aishah Tepis Dakwaan Dailymail Tentang Kapten Zaharie


Akak Dibalik Pintu

MH370;Aishah Tepis Dakwaan Dailymail Tentang Kapten Zaharie

Menurut Daily Mail, Juruterbang pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu sebelum ini mengalami masalah rumah tangga, seperti yang didedahkan oleh keluarganya kepada Daily Mail.

Bercakap kepada media buat kali pertamanya semenjak insiden 8 Mac itu, isteri dan anak perempuan Kapten Zaharie berkata, juruterbang yang berusia 53 tahun itu terganggu sebelum kehilangan pesawat berkenaan.

Menurut Daily Mail:

Kapten Zaharie Ahmad Shah dalam proses ingin menceraikan isterinya. Beliau didakwa enggan menghadiri sesi kaunseling perkahwinan. Beliau banyak menghabiskan masa dengan simulator penerbangannya berbanding dengan keluarga.
{baca lagi klik butang papar ... }

Namun, tiada sebarang nota bunuh diri dan motif yang ditemui. Pihak berkuasa masih meneruskan siasatan terhadap latar belakang juruterbang itu.

Isterinya Faizah Khanum Mustafa Khan memberitahu penyiasat bahawa dia telah berhenti bercakap dengan beliau pada minggu-minggu sebelum penerbangan berkenaan dan mengakui dia banyak menghabiskan masa bersendirian di dalam bilik simulator penerbangannya.

Sementara itu, Aishah Zaharie, 28, anak perempuan juruterbang berkata, dalam perbualan terakhir dengan ayahnya,

“dia bukan ayah yang saya kenali, dia seolah-olah terganggu”

Minggu yang lalu, Faizah dan Aishah bersama-sama dengan ahli-ahli keluarga yang lain telah disoalsiasat oleh polis.

Walaupun tingk

ah laku Kapten Zaharie itu tidak seperti biasa, keluarganya tetap yakin bahawa beliau tidak bersalah dalam hal ini.

Faizah Khan pada mulanya enggan menceritakan hal pergolakan rumah tangganya dan dia menolak dakwaan bahawa suaminya terlibat dalam kehilangan pesawat berkenaan.

“Ini tidak adil untuk menyalahkan suami saya!”

Walau bagaimanapun, sepanjang soalsiasat, beliau telah memberitahu polis bahawa Kapten Zaharie menjadi semakin terganggu di bulan-bulan sebelum penerbangan malang berkenaan.

“Saya dapati dia menjadi jauh dan sukar untuk difahami,” katanya.

Walaupun mereka tinggal di rumah yang sama, Zaharie banyak menghabiskan masa bersendirian berbanding dengan keluarga.

Apabila dia tidak bertugas, Zaharie banyak meluangkan masa dengan rakan-rakannya daripada bersama dengan keluarga.

Menurut Aishah pula, ayahnya bukan seperti biasa dan mendapati dia mudah marah.

Aishah mengakui, ayahnya ada bercakap mengenai masalah hubungan dia dengan ibunya dan dia merasakan tiada lagi jalan pendamaian yang boleh dilakukan. Dan ayahnya juga bertanya, bagaimana dia rasa jika ibu dan bapanya bercerai?

Aishah cuba memujuk ayahnya dengan menyarankannya merujuk kepada orang-orang tua yang arif tentang agama dan cuba memperbaiki hubungan mereka tetapi Zaharie menolak saranan tersebut.

Aishah menjelaskan kepada penyiasat dia tidak tahu jika ayahnya mempunyai wanita lain dalam kehidupannya.

Namun, Aishah tetap tidak percaya bahawa ayahnya sengaja dan membahayakan nyawa anak-anak kapal dan penumpang beliau. - DAILY MAIL 
‘CANTIK FITNAH KAMU’
“Fitnah itu lebih teruk daripada membunuh. Saya tidak akan memaafkan anda,” kata Aishah, 28, anak sulung kepada Kapten Zaharie Ahmad Shah dalam facebooknya (FB) semalam.
Kata-kata itu jelas menunjukkan kemarahan dan kekecewaan selepas portal berita luar negara, Daily Mail menyiarkan kenyataan 35 perenggan penjelasan Aishah dan ibunya, Faizah Khanum Mustafa Khan ketika disoal pegawai penyiasat berikutan kehilangan penerbangan MH370.
Aishah juga menulis dalam FBnya: “Anda sepatutnya mempertimbangkan membuat filem kerana anda begitu baik dalam membuat cerita dan skrip.
Semoga Tuhan merahmati kamu.” Ini adalah kali pertama Aishah yang belajar di Australia itu membuat kenyataan terbuka selepas 23 hari pesawat berkenaan hilang.
Selain itu, laman Facebook ‘Friends Of Captain Zaharie MH370’ turut menyelar laporan Daily Mail itu.
Laman berkenaan mendakwa anak lelaki juruterbang berkenaan melahirkan rasa kecewa dan sedih dengan laporan yang dianggap tidak bertanggungjawab itu.
Laman itu juga mendakwa laporan terbabit adalah bohong dan mempertikaikan sumber kenyataan itu diperoleh.
Harian Metro mendapati FB itu menerima hampir 100 komen dan 200 likes yang hampir semuanya menyelar tindakan media berkenaan yang didakwa melaporkan berita palsu.

Mereka juga menyarankan Aishah mengheret portal berita Britain itu di mahkamah.
Portal itu kelmarin menyebut Aishah dalam soal siasat itu sebagai berkata, ayahnya seolah-olah terganggu dan mudah marah serta bukan ayah yang dia kenali sebelum kehilangan pesawat berkenaan.
Aishah juga dilaporkan berkata, ayahnya juga ada bercakap mengenai masalah hubungan dengan ibunya.



Bagaimanapun, Aishah cuba memujuk ayahnya dengan menyarankannya merujuk kepada orang tua yang arif mengenai agama.

Laporan itu juga berkata, Aishah menjelaskan kepada pegawai penyiasat dia tidak tahu jika ayahnya mempunyai wanita lain namun menolak kemungkinan ayahnya sengaja membahayakan nyawa anak kapal dan penumpang.
Portal itu juga menyebut Zaharie dalam proses menceraikan isterinya dan banyak menghabiskan masa dengan simulator penerbangannya berbanding dengan keluarga.
Portal itu juga memetik isteri Zaharie, Faizah sebagai berkata, tiada sebarang nota bunuh diri dan motif yang ditemui dan pihak berkuasa masih meneruskan siasatan terhadap latar belakang juruterbang itu.
Dalam laporan itu juga, Faizah mendakwa Zaharie sudah berhenti bercakap dengannya pada minggu sebelum penerbangan berkenaan dan mengakui dia banyak menghabiskan masa bersendirian di dalam bilik simulator penerbangannya.
Portal itu berkata, Faizah menganggap adalah tidak adil menyalahkan suaminya.

Bagaimanapun, sepanjang soal siasat, dia memberitahu polis suaminya menjadi semakin terganggu beberapa bulan sebelum penerbangan malang berkenaan.
Sebelum ini media barat menyiarkan secara besar-besaran mengenai simulator milik juruterbang itu yang ada di sebuah bilik di rumahnya.
Bagaimanapun, selepas diperiksa Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) mendapati tiada data meragukan dan simulator Zaharie hanya sebagai hobi.
Malah kelmarin, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan tiada bukti atau data mencurigakan yang boleh mengaitkan Zaharie sebagai bertanggungjawab terhadap kehilangan pesawat itu.



MH370:Kuatnya Naluri Seorang Ibu


Akak Dibalik Pintu

MH370:Kuatnya Naluri Seorang Ibu

Norazlina menyuap Normah nasi lemak sambil diperhatikan Faridah Abas, 49, ketika wartawan mengunjungi rumahnya, semalam.

BERA - “Tak boleh. Tak boleh nak makan. Sebab teringat kat baby. Tak tahu dia makan ke tidak kat sana,” kata Normah Jaafar, 56 sambil menitiskan air mata apabila diminta rakannya, Norazlina Rohani, 44 untuk terus menyuap nasi lemak.

Normah yang begitu sedih dengan kehilangan anaknya, Mohd Khairul Amri Selamat, 29, bersama anak kapal dan penumpang pesawat MAS MH370 sejak 8 Mac lalu, tidak berselera untuk menjamah makanan dan hanya bergantung kepada air minuman semata-mata.

Berikutan itu, dia kerap pengsan beberapa kali sebelum ini dan terpaksa dibawa ke klinik berdekatan, oleh kaunselor kerana lemah badan dan sakit kepala.

“Saya diberikan vitamin B Kompleks dan Parasetamol. Doktor beritahu, saya kurang tidur dan kurang rehat. Dia minta saya banyakkan rehat.

“Memang saya nak makan tapi saya tidak berselera. Tadi lepas makan ubat, saya rasa tak sedap badan. Mungkin sebab saya tak makan apa-apa dari pagi tadi,” katanya.

Katanya, dalam situasi yang menimpa anak bongsunya itu, dia tidak sanggup menjamah makanan yang enak, sedangkan tidak mengetahui keadaan Mohd Khairul Amri.

Menurutnya, naluri dan perasaannya dalam hatinya kuat mengatakan anaknya masih hidup.

“Sejak kejadian itu, saya tidak pernah mimpikan dia. Jadi, saya yakin dia masih hidup. Cuma tidak tahu keadaan dia kat sana sahaja.

“Kalau saya nampak dia depan mata, saya boleh terima kenyataan. Tetapi, kejadian ini masih belum membuktikan apa-apa, dan percaya, dia masih hidup,” katanya.

Ibu Khairul Amri yakin anaknya selamat


Ibu kepada salah seorang penumpang MH370 Normah Jaafar,56, menitiskan air mata ketika bacaan Yassin untuk anaknya Khairul Amri Selamat, 29, di rumahnya di Taman Kerayong Makmur di Bera, hari ini. 

"Saya yakin anak saya masih hidup," kata Normah Jaafar, ibu kepada Khairul Amri Selamat, seorang daripada 239 penumpang pesawat MAS MH370 yang hilang sejak 8 Mac.
    
Bagi ibu tunggal berusia 56 tahun ini, selagi belum ada bukti sahih tentang nasib pesawat itu, selagi itu beliau yakin anaknya yang mesra dengan panggilan 'adik' masih selamat.
    
"Saya tidak pernah bermimpi apa-apa pun setakat ini, kerana itu sebagai seorang ibu, hati kecil ini kuat mengatakan beliau masih selamat," katanya yang ditemui semasa menerima lawatan Ahli Parlimen Bera Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.
    
Menurutnya, sejak kehilangan pesawat itu, setiap hari jugalah apabila jam 5.30 petang, dengan penuh harapan beliau akan menanti panggilan daripada anak bongsunya itu.
    
Ini kerana kelazimannya pada waktu itulah, anaknya akan membuat panggilan telefon untuk bertanya khabar setiap kali anaknya pulang dari kerja.
    
Normah berkata beliau teramat merindui anaknya daripada tiga beradik itu dan mengharap sesuatu keajaiban akan berlaku.

Menurutnya, berikutan kejadian itu juga kesihatan cucunya Mohd Airil yang berumur 1 tahun 4 bulan yang merupakan cahaya mata pertama Mohd Khairul Amri hasil perkahwinannya dengan Erni Artila Mustafa, 29, turut terganggu kerana terlalu rindukan ayahnya.
    
Ismail Sabri pula berharap keluarga tersebut akan terus tabah selain melakukan solat hajat dan memperbanyakkan doa supaya usaha mencari pesawat tersebut dipermudahkan yang maha kuasa.
     
"Sebagai orang Islam kita kena banyak bersabar, mohon doa dan solat hajat agar diberkati ALLAH serta dipermudahkan operasi mencari serta menyelamat yang kini sedang giat dilakukan.
    
"Dalam masa yang sama, kita juga perlu meneruskan kehidupan seharian dan menjaga kesihatan serta makan minum. Jika sakit, ia akan menyulitkan lagi keadaan," katanya yang mengunjungi Normah di Taman Kerayong Makmur.
    
Terdahulu Ismail Sabri bersama anggota Wanita, Pemuda dan Puteri Umno serta penduduk turut mengadakan bacaan doa selamat.
    
Beliau turut menasihati Normah dan anggota keluarganya supaya tidak mendengar berita tentang pesawat itu yang tidak jelas dan sahih sumbernya.
    
"Kita perlu mendapat berita daripada MAS, Jabatan Pengangkutan, Jabatan Penerangan dan pihak-pihak yang terbabit kerana mereka yang mengetahui segalanya. Berita tidak sahih dan benar hanya akan menyusah dan mengelirukan," katanya


MH370: Ayah janji pada anak-anak untuk bawa ibu pulang

                                               Pramugari MAS Foong Wai Yuen dan dua anaknya

KUALA LUMPUR: "Saya sudah berjanji dengan anak-anak bahawa saya akan bawa ibu mereka pulang tidak lama lagi."

Itu luahan Lee Khim Fatt, suami pramugari pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 Foong Wai Yueng, yang terpaksa merahsiakan kejadian menimpa isterinya daripada pengetahuan kedua-dua anak mereka yang masih kecil.

Khim Fatt yang kekal optimis isterinya akan ditemui, mengakui terpaksa memujuk anak-anaknya, masing-masing berusia sepuluh dan empat tahun dengan mengatakan ibu mereka terpaksa ke satu tempat yang jauh dan tidak dapat pulang pada masa ini.

Dia menyifatkan Wai Yueng seorang isteri dan ibu yang penyayang dan bertanggungjawab.

Mereka sudah berkahwin selama 20 tahun dan bahagia dengan kehadiran dua anak mereka.

Bagaimanapun, tragedi MH370 menyebabkan dia hilang arah dan masih menanti khabar berita mengenai isteri kesayangannya itu.

Foong Wai Yueng menyertai Penerbangan Malaysia sejak 1996, sementara Khim Fatt bekerja di syarikat penerbangan di luar negara selama 7 tahun sebelum kembali ke Malaysia.




Anak sulung Kapten Zaharie selar laporan fitnah Daily Mail


Pilihan Anda

Anak sulung Kapten Zaharie selar laporan fitnah Daily Mail

“Fitnah itu lebih teruk daripada membunuh. Saya tidak akan memaafkan anda,” kata Aishah, 28, anak sulung kepada Kapten Zaharie Ahmad Shah dalam facebooknya (FB) semalam.

Kata-kata itu jelas menunjukkan kemarahan dan kekecewaan selepas portal berita luar negara, Daily Mail menyiarkan kenyataan 35 perenggan penjelasan Aishah dan ibunya, Faizah Khanum Mustafa Khan ketika disoal pegawai penyiasat berikutan kehilangan penerbangan MH370.

Aishah juga menulis dalam FBnya: “Anda sepatutnya mempertimbangkan membuat filem kerana anda begitu baik dalam membuat cerita dan skrip.

Semoga Tuhan merahmati kamu.” Ini adalah kali pertama Aishah yang belajar di Australia itu membuat kenyataan terbuka selepas 23 hari pesawat berkenaan hilang.

Selain itu, laman Facebook ‘Friends Of Captain Zaharie MH370’ turut menyelar laporan Daily Mail itu.

Laman berkenaan mendakwa anak lelaki juruterbang berkenaan melahirkan rasa kecewa dan sedih dengan laporan yang dianggap tidak bertanggungjawab itu.

Laman itu juga mendakwa laporan terbabit adalah bohong dan mempertikaikan sumber kenyataan itu diperoleh.

Harian Metro mendapati FB itu menerima hampir 100 komen dan 200 likes yang hampir semuanya menyelar tindakan media berkenaan yang didakwa melaporkan berita palsu.

Mereka juga menyarankan Aishah mengheret portal berita Britain itu di mahkamah.

Portal itu kelmarin menyebut Aishah dalam soal siasat itu sebagai berkata, ayahnya seolah-olah terganggu dan mudah marah serta bukan ayah yang dia kenali sebelum kehilangan pesawat berkenaan.

Aishah juga dilaporkan berkata, ayahnya juga ada bercakap mengenai masalah hubungan dengan ibunya.

Bagaimanapun, Aishah cuba memujuk ayahnya dengan menyarankannya merujuk kepada orang tua yang arif mengenai agama.

Laporan itu juga berkata, Aishah menjelaskan kepada pegawai penyiasat dia tidak tahu jika ayahnya mempunyai wanita lain namun menolak kemungkinan ayahnya sengaja membahayakan nyawa anak kapal dan penumpang.

Portal itu juga menyebut Zaharie dalam proses menceraikan isterinya dan banyak menghabiskan masa dengan simulator penerbangannya berbanding dengan keluarga.

Portal itu juga memetik isteri Zaharie, Faizah sebagai berkata, tiada sebarang nota bunuh diri dan motif yang ditemui dan pihak berkuasa masih meneruskan siasatan terhadap latar belakang juruterbang itu.

Dalam laporan itu juga, Faizah mendakwa Zaharie sudah berhenti bercakap dengannya pada minggu sebelum penerbangan berkenaan dan mengakui dia banyak menghabiskan masa bersendirian di dalam bilik simulator penerbangannya.

Portal itu berkata, Faizah menganggap adalah tidak adil menyalahkan suaminya.

Bagaimanapun, sepanjang soal siasat, dia memberitahu polis suaminya menjadi semakin terganggu beberapa bulan sebelum penerbangan malang berkenaan.

Sebelum ini media barat menyiarkan secara besar-besaran mengenai simulator milik juruterbang itu yang ada di sebuah bilik di rumahnya.

Bagaimanapun, selepas diperiksa Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) mendapati tiada data meragukan dan simulator Zaharie hanya sebagai hobi.

Malah kelmarin, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan tiada bukti atau data mencurigakan yang boleh mengaitkan Zaharie sebagai bertanggungjawab terhadap kehilangan pesawat itu.
disableSelection(document.body) //disable text selection on entire body of page


Akauan Twitter anak ketua pramugara #MH370 digantung


Pilihan Anda

Akauan Twitter anak ketua pramugara #MH370 digantung

dAkaun twitter Maria, anak ketua pramugara MH370 digantung - Akaun twitter anak perempuan kepada ketua pramugara MH370, Maira Elizabeth Nari, digantung baru-baru ini dan menyebabkan ramai peminatnya hampa.

Punca sebenar akaun lama Maira dengan nama @Gorgxous digantung tidak pula diketahui sesiapa namun jangan risau kerana beliau sudah mewujudkan satu akaun baru yang menggunakan nama @MairaElizxbeth.

Setakat ini, akaun baru tersebut sudah mempunyai lebih 2,000 peminat dan semakin meningkat secara mendadak setiap hari.

Sementara itu, Maira mengakui statusnya sebagai orang biasa dan bukannya selebriti telah memudahkan untuknya menjawab pertanyaan-pertanyaan dari kalangan pengikut beliau di twitter berhubung tragedi pesawat MH370.

"I orang biasa je la. Makin kita membesar, makin kita mempelajari erti kehidupan. Saya mempunyai kelapangan sekarang. Sebab itu saya boleh menjawab mesej daripada setiap peminat."
disableSelection(document.body) //disable text selection on entire body of page


Kisah 'aneh' penumpang #MH370 adalah karut - Prof UTM


Pilihan Anda

Kisah 'aneh' penumpang #MH370 adalah karut - Prof UTM

Cerita Philip Wood, seorang eksekutif syarikat komputer IBM yang juga penumpang MH370, yang dikatakan telah menghantar mesej secara rahsia mendakwa pesawat itu dirampas pihak tertentu dan dia kini ditahan di sebuah pangkalan tentera, tidak harus dipercayai.

Geostrategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Dr Azmi Hassan berkata, dakwaan itu hanya satu usaha memburukkan Malaysia oleh pihak yang mahu masyarakat antarabangsa mempercayai bahawa kerajaan negara ini menyembunyikan maklumat apa yang didakwa sebagai fakta sebenar di sebalik kehilangan MH370.

“Mesej itu dibuat oleh orang. Mustahil dalam tempoh 22 hari, dengan begitu banyak negara terlibat dalam usaha mencari secara besar-besaran, perkara ini boleh disimpan sebagai rahsia. Bagi saya, ini tidak logik. Media asing sengaja membesarkannya sebagai berita sensasi untuk memburukkan imej Malaysia,” katanya.

Dalam mesej internet bertarikh 19 Mac lalu, pengirim yang mengaku dirinya ‘Philip Wood’ itu mendakwa mereka ditahan sepasukan anggota tentera selepas pesawat MH370 dirampas.

‘Wood’ mendakwa ketika rampasan itu, matanya ditutup dan dia percaya, telah diberikan dadah oleh perampas.

Apa yang lebih mengejutkan, pengirim mesej itu juga mendakwa dia dan penumpang lain ditahan di Pulau Diego Garcia di mana dia ditempatkan dalam sel yang berasingan daripada penumpang lain.

“Saya menyembunyikan telefon di dalam dubur, membolehkan saya menghantar mesej ini,” tulis ‘Wood’.

‘Wood’ yang nama itu sememangnya direkodkan sebagai seorang daripada 227 penumpang MH370, rakyat Amerika Syarikat dan merupakan eksekutif kanan IBM berpangkalan di Beijing sejak dua tahun lalu, menyertai penerbangan MH370 dalam perjalanan pulang selepas menyelesaikan urusan kerjanya di negara ini.

Dia juga memuat naik gambar profilnya yang setelah dikaji, menggunakan perisian tertentu dirakam di Diego Garcia bertarikh 18 Mac 2014.

Orang ramai turut memberi reaksi terhadap mesej yang diragui itu malah, ada yang menganggap tidak masuk akal.

disableSelection(document.body) //disable text selection on entire body of page


MH370:Ustaz Manzil tutup akaun FB


Akak Dibalik Pintu

MH370:Ustaz Manzil tutup akaun FB

Ustaz Darul Manzil mimpi MH370 sudah tutup akaun Facebook. Ustaz yang kini popular dengan mimpi pesawat MH370 yang hilang telah menutup akaun facebooknya setelah menerima pelbagai komen negatif terhadapnya. 

Terdahulu pada mimpi pertama, Ustaz Darul Manzil telah menceritakan saat detik cemas penumpang dan krew pesawat MH370 menjunam di sebuah lautan menerusi statusnya dilaman sosial, lapor Melvister.

Ustaz mimpi
Mimpi pertama tersebut menjadi viral dan mendapat perhatian oleh pengguna dilaman sosial. Pada mimpi yang kedua dan terkini, Ustaz tersebut bermimpi lagi dimana pesawat MH370 berserta penumpang dan krew telah dijadikan tahanan di sebuah pulau yang lebih dikenali sebagai Diego Garcia. 


Awek muat naik foto sedang berzina di twitter kena maki...


Pilihan Anda

Awek muat naik foto sedang berzina di twitter kena maki...

Separuh bogel.

Lelaki perempuan yang baru lepas buat sesuatu.

HAHAHA..

Si Aslinda_Pit telah popular kat twitter. Tiba2 nama dia meletup angkara gambar kat bawah neh hah ;


Ingat aku nak bogelkan gambar dia macam dia bogelkan gambar dia sendiri ka? Jangan harap. Gambar dia memang lucah yang amat. Tapi aku takmo share. Yang nak tengok sangat tue pun aku rasa tak payah la. Baik tengok badan lue sendiri la.

WAKAKAKA..

Jujur aku cakap. Aku rasa la kan ;

1. Account twitter Aslinda Pit tue palsu. Fake.

2. Tujuan nak memalukan gadis dan lelaki dalam gambar di atas.

3. Jangan2 HP dia tercicir ke kena curi ke apa ke, then orang yang terjumpa pula tengok, alamak aiiii.. ada pula gambar2 lue tengah tuttttttt...

4. So depa pun gatal2 la sebarkan.

Ataupun, gambar2 dia tue dah tershare sekali kat dropbox. Or google plus. Almaklumla, kalau lue guna smartphone, lue tatau nak set agar jangan auto backup dalam google plus memang nahas la lue kalau lue ada account google plus. Sebab apa, semua gambar2 dalam smartphone lue akan berpindah ke google plus KALAU lue tak buat dua benda ;

- Tak restrict auto backup

- Tak set privacy

Kalau lue auto backup tapi set privacy okey juga. Hanya lue je yang boleh tengok. No hal. Tapi kena tanggung risiko la kalau account lue kena hack.

Nak lebih baik, jangan auto backup.

Tapi nak yang lebih lebih lebih baik, jangan langsung tangkap gambar2 lucah lue.

Tapi yang lebih baikkkkkkkkkk jangan la mendekati zina langsung. Bukan setakat jangan bergambar aje.

HAHAHAHAA..

Pada aku nama Aslinda Pit neh significant kepada tuan punya twitter kot. Kenapa dia pilih gambar ini? Dan kenapa dia sebarkan gambar ini? Dia nak balas dendam? Sakit ahti? Dia hack account Aslinda Pit? Andai benar tuan punya badan yang sebarkan gambar sendiri, kenapa? Sudah high ka? Mabuk? Overdos dadah? Angin sebab berpisah dengan pakwe? Ataupun nak upload gambar lain tapi terupload gambar lain? Tak kisah la apa pun yang pasti habislah mak bapak Aslinda Pit. Tak pasal2 aje kena maki kaw2 satu Malaysia. Hadoi..

Btw, account twitter Aslinda Pit kena suspended by twitter setelah terima mass report dari pengguna twitter. Sebab selain dari gambar di atas dia juga sebarkan gambar2 lain yang sangat sangat sangat sangat memalukan. Harap maklum.

Sumber
disableSelection(document.body) //disable text selection on entire body of page
nuffnang_bid = "b9cbffe4efda20c16d232564dfd49706"; document.write( "
" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();


SERIUS - PENAPISAN WAJAH WANITA DI ARAB SAUDI (6 GAMBAR)


Cerita Kedai Kopi

SERIUS - PENAPISAN WAJAH WANITA DI ARAB SAUDI (6 GAMBAR)

Presiden Obama melawat Arab Saudi semalam dan apabila laporan dilakukan wajah wanita tidak menutup aurat harus ditapis. Cara tapisan agak kelakar. Lihat sahajalah. 



Laporan asal SABQ


Sunday, 30 March 2014

Bahana Pakai Seluar Ketat Melampau


Info Menarik & Cerita Menarik

Bahana Pakai Seluar Ketat Melampau


Tidak dinafikan lagi, ramai wanita sukakan gaya mengikut fesyen terkini dan digilai ramai, lebih-lebih lagi golongan remaja. Mereka sering menukar penampilan mengikut peredaran zaman. Remaja lelaki khususnya gemar memakai seluar ‘skinny’ dan mengikut fesyen yang digemari wanita itu.

Apa yang paling menarik ialah seluar ‘skinny’ itu terbukti menjadi kegilaan ramai selain meraih populariti dalam kalangan remaja Malaysia kini. Pemakaian seluar jenis ini sebenarnya bertujuan untuk kelihatan lebih bergaya, namun terdapat remaja memakainya untuk kelihatan lebih kurus daripada saiz badan sebenar. Kebiasaannya seluar dipakai itu ketat kononnya untuk kaki tampak kecil dan elok dipandang mata.

Gambar hiasan
Ramai remaja menghadapi pelbagai kesukaran apabila menyarungkan seluar yang terlampau ketat itu. Ada yang sampai melompat-lompat kerana saiz pinggang terlalu kecil. Walaupun begitu, ada saja yang taksub sehingga tidak memikirkan kesan buruk yang lain.

Hakikatnya, pakaian diciptakan bukan untuk memberikan bentuk atau saiz badan yang kita tidak miliki dan di situlah remaja menghadapi masalah. Banyak masalah kesihatan timbul akibat daripada pemakaian seluar yang terlalu ketat itu. Antaranya:

Masalah kesihatan

Berdasarkan kajian daripada pakar bedah vaskular Dr Nicholas Morissey, pemakaian seluar ‘skinny’ yang ketat boleh menjadikan kaki anda rasa kebas pada paha atau lebih dikenali sebagai ‘meralgia paresthetica’.

Menurut Morissey, terdapat saraf deria datang daripada pelvis yang bertindak memberikan sensasi ke bahagian paha anda.

Remaja yang memakai seluar ‘skinny’ yang ketat bagaimanapun merasa kebas akibat daripada pengecilan saraf pada paha itu. Ketika duduk, paha akan mengalami tekanan tinggi dan apabila berdiri, anda tidak akan dapat rasakan pergerakan kaki. Menurut Morissey, keadaan ini tidak berbahaya namun apabila ia kerap berulang, maka ia boleh menyebabkan keadaan kaki kejang itu berkekalan.

Pakar neurologi, Dr John Michael Li pula berkata, remaja yang menderita sindrom seluar ketat biasanya akan rasa tidak selesa pada abdominal, pedih ulu hati dan masalah sendawa apabila memakai seluar ketat itu.

Kebiasaannya seluar yang dipakai bersaiz tiga inci yang terlalu kecil untuk saiz pinggang seseorang remaja.

Penasihat perubatan, Dr Orly Avitzur pula memberitahu bahawa makanan tidak akan hadam apabila terdapat tekanan pada bahagian abdomen. Pemakaian seluar ketat ini boleh membawa kepada masalah lebih serius seperti makanan tidak boleh dihadamkan dengan betul dalam kalangan remaja yang menghadapi masalah pedih ulu hati. Seluar yang terlalu ketat memburukkan lagi keadaan itu.

Lelaki terutamanya perlu berhati-hati dan mengambil berat dalam aspek pemakaian. Jika mereka tetap memilih seluar ketat sebagai pelengkap fesyen, risikonya amat tinggi. Misalnya, remaja lelaki akan hadapi masalah kilasan testis di mana satu testis akan berpintal dengan sendirinya. Jika tidak dirawat, pintalan itu akan memotong peredaran darah dan seterusnya testis akan mati.

Selain itu, remaja lelaki juga akan mengalami lemah kawalan kencing dan jangkitan saluran kencing. Lebih buruk lagi apabila bilangan sperma menurun dan kulat akan mudah merebak pada bahagian kelamin akibat daripada pemakaian seluar yang ketat ini.

Apa kata mereka

Yasmin Moktar, 21, pelajar kolej swasta berkata, pemakaian seluar ‘skinny’ ini tampak moden dan bergaya selain kelihatan menarik.

“Apa yang saya dapat lihat ialah kebanyakan remaja sekarang menjadikan seluar ketat sebagai pilihan utama dalam pemakaian. Namun seluar yang dianggap fesyen terkini itu ada yang terlalu ketat sehinggakan boleh membawa kepada pelbagai masalah kesihatan.

“Nak sarungkan seluar itu saja begitu sukar sehinggakan ada yang perlu menarik seluar ke bahagian pusat berkali-kali kerana terlampau ketat dan lebih kecil daripada saiz pinggang sebenar. Bagi perempuan, mereka lebih suka menggayakan seluar ketat bersama kasut tumit tinggi.

“Tidakkah keterlaluan dalam aspek berpakaian sehingga sanggup menyakiti diri sendiri. Inikan pula seluar begitu ketat yang boleh menyakiti bahagian sendi dan otot di bahagian peha. Kalau nak diikutkan memanglah sendi rasa sakit dan kebas sebab seluar itu terlalu ketat dan menghalang udara masuk selain memberikan tekanan yang tinggi pada bahagian peha.” katanya.

Menurutnya, fesyen seluar ketat itu tidak terhad kepada remaja perempuan saja, tapi juga pada golongan lelaki.

Katanya, lelaki yang memakai seluar ‘skinny’ yang ketat ini agak keterlaluan dan boleh menunjukkan ciri feminin yang tidak bagus untuk imej mereka.

Bagi Ridzuan Azmi, 21, pelajar universiti swasta berpendapat, fesyen seluar ‘skinny’ dalam kalangan lelaki ini tidaklah memudaratkan jika saiz yang dipilih itu bertepatan dengan bentuk pinggang.

“Ada juga situasi di mana saya melihat remaja lelaki yang memakai seluar ‘skinny’ ketat untuk kelihatan kurus, walhal saiz badan tidak bersesuaian dengan fesyen itu. Bukan saja pelik tapi saya juga percaya pemakainya pasti mengalami kesakitan yang luar biasa terutama pada bahagian paha.

“Lihat saja remaja lelaki yang memakai seluar ‘skinny’ ketat kadangkala tidak menunjukkan gaya lelaki yang maskulin. Sudahlah ketat dan susah untuk sarung, pemakainya pun pasti mengalami masalah sendi dengan kerap.

“Saya pernah dengar ada remaja lelaki yang mengalami masalah di bahagian kelamin akibat daripada pemakaian seluar ketat ini. Mana tidaknya, seluar yang terlampau ketat boleh hadkan saluran udara dan menyakitkan alat sulit mereka,” katanya.

Menurutnya, remaja lelaki perlu memilih seluar ‘skinny’ yang lebih longgar dan tidak terlalu ketat sehingga boleh membahayakan diri sendiri.

Cara mengatasi 

Yang paling penting, remaja perlu menitikberatkan kesihatan terlebih dulu sebelum memilih pakaian yang digemari. Tanpa motivasi dan pengetahuan umum berkenaan masalah kesihatan yang mungkin berlaku, ramai remaja membeli pakaian secara membuta tuli.

Bagi mereka yang gemarkan seluar ‘skinny’ memanglah tidak salah memakainya, namun perlu juga buat pemilihan yang betul. Bagi mereka yang mempunyai saiz badan besar adalah dinasihatkan memakai seluar bersesuaian dengan saiz mereka. Kalau tidak ada saja masalah kesihatan timbul sekiranya dibiarkan secara berterusan.

Remaja lelaki khususnya perlu mengenakan seluar ‘skinny’ yang longgar dan tidak ketat untuk melancarkan saluran udara dalam seluar bagi mengelakkan jangkitan kuman dan sakit pada bahagian alat sulit.

Sekiranya masalah kesihatan dialami berlanjutan, jangan teragak-agak berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan sewajarnya agar kesakitan itu tidak membawa padah yang lebih buruk.