Pages

Thursday, 30 August 2012

Cara bersetubuh mengikut Islam sunnah Nabi Muhammad S.A.W

Firman Allah SWT,

Isteri-isterimu adalah (seperti) tanah tempat kamu bercucuk-tanam, maka datangilah tanah ladang bercucuk-tanammu itu bagaimana saja kamu kehendaki.

al-Baqarah : 222)



Bersetubuh ialah perkara untuk memenuhi undang2 alam sebagai seorang manusia yang akan memberi zuriat kepada manusia baru di dunia ini.


Bersetubuh mempunyai adab dan caranya yang harus kita ikuti, iaitu
tiga perkara sebelumnya
tiga perkara semasa berjima'
tiga perkara selepasnya

Persetubuhan yang dilakukan dengan bernafsu sebelah pihak sahaja, dimaknakan sebagai "memperkosa" sungguhpun perempuan tidak melawan, cuma menyerah sahaja.

Hal ini menyebabkan tiada nikmat dalam berjima' bahkan akan menyebabkan perasaan benci dan tidak puas hati kepada lelaki.



3 perkara sebelum bersetubuh

(1)Mendahului gurau senda dan bermain-main ringan supaya sedap dan jinak hati isteri kita.
(2)Menjaga posisi bersetubuh, jangan bagi perempuan itu meniarap
(3)Memulakan dengan membaca Bismillah

3 perkara semasa berjima'

(1)Pekerjaan kita hendaklah dalam keadaan rehat dan santai, jangan bercakap-cakap sewaktu ini.
(2)Menepati masa, biar sama-sama dapat merasa
(3)Segera mengeluarkan….. bila tiba waktunya, supaya senjata kita tidak menjadi lemah.


3 perkara selepas bersetubuh

(1) Menyuruh perempuan itu tidur mengiring sebelah kanan( utk dpt anak lelaki) dan tidur mengiring sebelah kiri (utk dpt anak perempuan).
(2) Membaca wirid dalam hati,
Alhamdulilahilazi kholaqol mimmail bashara,
Faja'alahul nasaban wasuhuran wakana rabbika qadiran

(3) Mengambil air sembahyang 
__________________
Ilmu bersetubuh


Pihak perempuan

1. memperlihatkan segala kecantikan
2. membuka aurat tubuhnya yang boleh mendatangkan berahi lelaki
3. melakukan gerakan dan tingkah laku yang menarik
4. menyerahkan dirinya untuk dipangku, dipeluk, dicium dan dipujuk rayu
5. melakukan rupa manja dan sebagainya

Anggota nafsu berahi perempuan

Pihak lelaki haruslah mengetahui dimana letaknya anggota nafsu perempuan supaya nafsu berahi cepat datang.

Pipinya
Matanya
Hidungnya
Dimulutnya
Telinganya
Kedua-dua buah dadanya
Pada pusatnya
Dan Pada kemaluannya (Faraj)

Cara melakukannya..
Anggota di atas, pipi, mata, hidung, mulut dan telinga bolehlah dilakukan dengan cara mencium sepuas-puasnya.

Tetapi pada buah dadanya hendaklah diramas-ramas dengan tangan.

Manakala dipusat dan kemaluan biarlah diraba-raba perlahan-lahan.
Kemuncak nafsu berahi

Sesudah melakukan senda gurau dan peluk cium di tempat2 tersebut maka ketika itu nafsu berahi kedua pasang merpati itu akan menyala dengan hebatnya

Tanda2 yang boleh dilihat

Pena atau zakar lelaki menjadi keras dan tegang manakala faraj perempuan pula menjadi kembang dan basah

Waktu yang sesuai…

Didalam kemaluan perempuan itu ada beberapa aurat kelenjar halus yang mengeluarkan air mani. Maka air inilah yang membasahkan di sekeliling gerbang kemaluan itu.

Ketika itu tanda2 nafsu berahi dan keinginan dipihak perempuan bertambah jelas kelihatan.

Dari perubahan mukanya, sinar matanya yang layu, nafasnya, suaranya dan seluruh anggotanya seolah-olah tersangat.. dahaga… maka bersiap sedialah si suaminya.
Adab sewaktu bersetubuh

Setelah nafsu syahwat kedua-duanya memuncak,

Pihak perempuan haruslah bekerjasama sekiranya suaminya menemui kesulitan iaitu dengan membukakan pahanya luas-luas, supaya zakar kekasihnya mengenai farajnya, atau jika perlu biarlah si perempuan menolong memasukkannya.

Maka ketika itulah kita tudungkan kepala dengan kain atau apa2 sahaja. Hal ini untuk melupakan wajah isteri sebentar bagi menumpukan kepada faraj'nya pula.

Pertemuan dua mata air

Hendaklah si suami sabar, tenang dan berhati-hati melakukan persetubuhan.
Bertindak dengan gelojoh akan merosakkan urat saraf perempuan, kerosakkan ini akan menyebabkan tiada kepuasan dan nikmat persetubuhan.

Jangan bercakap apa-apa, teruskan berdayung hingga ……… kemudian hendaklah kita perlahan-lahan, jangan terus meninggalkannya hingga dia dapat merasa bahagiannya
Waktu perempuan menerima miliknya

Pancutan air mani itu tidak lama setelah berlalu rasa nikmatnya. Tibalah masa itu bergerak rahim perempuan untuk menerima mani si lelaki yang tertumpah di pintunya.

Rahim itu akan mengeluarkan sedikit lendir yang kuasanya menghisap mani lelaki ke dalam liangnya.

Di waktu pengeluaran lendir itulah nikmat berjima' datang pada perempuan….
Inilah juga punca2 yang mengibaratkan rumahtangga itu sebagai syurga.


Monday, 27 August 2012

Kini usahawan kek Dulu penjaja kuih





KEK Lapis Dayang Salhah bukan satu nama baru dalam industri kek lapis di Bumi Kenyalang. Bahkan, keenakan kek tersebut menjulang nama pemiliknya, Dayang Salhah hingga ke Sabah, Semenanjung bahkan ke negara jiran, Brunei dan Singapura.
Kunjungan ke bandar raya Kuching, Sarawak bagaikan tidak lengkap andai pengunjung tidak membeli kek lapis Dayang Salhah sebagai buah tangan untuk dibawa pulang.
Kek lapis moden Sarawak dipercayai telah lama diperkenalkan di Sarawak sekitar tahun 1990.
Mungkin tidak ramai yang mengetahui kisah di sebalik kejayaan jenama Kek Lapis Dayang Salhah yang diusahakan sendiri oleh Dayang Salhah Awang Weldan, 48.
Sejak zaman kanak-kanak, Dayang Salhah rajin membantu ibunya membuat kuih-muih selain berniaga secara kecil-kecilan berhampiran rumah mereka di Kampung Gersik, Petra Jaya.
Berkat kesungguhan dan jerih perih yang dilalui berjaya mengubah kehidupan suri rumah ini. Dahulu, beliau menyara hidup dengan menjaja kuih-muih dan pisang goreng. Kini, beliau ialah usahawan kek lapis.
Dayang Salhah hanya menamatkan pelajaran hingga ke peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Abang Haji Openg, Petra Jaya. Dengan kelulusannya itu, tidak ada pekerjaan lain yang dapat dilakukan melainkan membantu ibu membuat kuih-muih secara kecil-kecilan.
Menu utama
“Saya tidak mempunyai pendidikan formal dalam berniaga, saya hanya belajar selok-belok perniagaan daripada ibu yang berniaga kuih.
“Ibu banyak mewariskan kemahiran memasaknya kepada saya. Ketika itu, saya membantu ibu mendapatkan duit poket sekali gus meringankan beban keluarga,” ujarnya ketika ditemui baru-baru ini di Kampung Gersik, Petra Jaya.

SALAH satu corak kek lapis tradisional Sarawak.


Anak kedua daripada enam beradik ini memberitahu, bertitik-tolak daripada ilmu perniagaan yang diperoleh secara tidak formal itu, dia merancang memulakan perusahaan menjual kek lapis secara kecil-kecilan di rumah sekitar tahun 1997. Dayang Salhah bersetuju bahawa kek lapis sebagai bukti atau gambaran terhadap ketekunan wanita Sarawak.
Bahkan, kek lapis juga cukup sinonim dengan penduduk Sarawak yang terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum dan etnik.
Lebih unik, setiap kali perayaan tidak kira Tahun Baru Cina, Hari Gawai, Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Aidiladha serta Krismas, kek lapis akan menjadi menu utama setiap rumah di Sarawak.
Bagaimanapun, Dayang Salhah menjelaskan, teknik pembuatan kek lapis tidak semudah seperti yang disangka. Pembuat kek perlu kreatif dalam menentukan corak di samping perlu mempunyai kesabaran yang tinggi.
Setiap lapis kek perlu dibakar dengan sempurna untuk menjaga kualiti kek. Proses tersebut benar-benar menguji kesabaran dan ketekunan pembuatnya.
Semakin unik corak sesuatu kek lapis semakin banyak usaha yang perlu dicurahkan. Dengan erti kata lain, proses pembuatannya sebagai menghasilkan kek di dalam kek.
“Proses yang paling sukar ialah menghasilkan corak kek lapis kerana lebih unik sesebuah kek lapis itu, maka lebih banyak usaha diperlukan.
“Motif pada kek lapis itu akan kelihatan jelas apabila ia dipotong menegak sekali gus mempamerkan bahagian dalamnya yang bercorak. Secara tidak langsung, corak-corak tersebut melambangkan kejujuran, kreativiti, keunikan serta ketelitian pembuatnya yang rata-rata terdiri daripada kalangan wanita,” jelasnya.
Sejak tahun 1997, Dayang Salhah memulakan operasi kek lapis di No. 40, Kampung Gersik dengan 10 tenaga kerja. Kesemuanya terdiri daripada ahli keluarga dan saudara-maranya.
Ramai kepakaran
Kemudian, Dayang Salhah menyertai Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kuching pada Ogos 2002. Bergalaskan jenama Kek Lapis Dayang Salhah, produknya itu semakin dikenali ramai di Sarawak, Sabah dan Semenanjung.
“PPK banyak membantu saya mengembangkan perniagaan kek lapis ini sama ada dari segi nasihat, bimbingan dan kewangan.
“Berpegang kepada prinsip tidak mudah berasa selesa dan ingin memajukan perniagaan, saya menubuhkan syarikat sendiri yang dikenali sebagai Dayang Salhah Enterprise pada 19 Mei 2006,” katanya.

KERJA-KERJA membungkus kek juga dilakukan di kilang Kek Lapis Dayang Salhah di SMI Industrial Park Demak Laut.


Menerusi syarikat tersebut, Dayang Salhah menjalankan perniagaan pembuatan makanan iaitu kek dan biskut dengan jenama sendiri.
Jenama tersebut kini menumpukan kepada pengeluaran kek lapis Sarawak dan swiss roll.
“Kini syarikat milik saya ini mempunyai kepakaran dan juga tenaga kerja seramai 160 orang bagi memenuhi permintaan pelanggan yang semakin meningkat setiap hari.
“Kita tidak menggunakan sebarang strategi pemasaran, sebaliknya lebih mementingkan kualiti produk kek lapis terutama dari segi rasa,”kata anak jati Kuching, Sarawak ini.
Tidak hairanlah para pengunjung termasuk pelancong asing yang pertama kali datang untuk mendapatkan kek lapis di kedainya di tebingan Sungai Sarawak akan datang semula selepas menikmati kek lapis Dayang Salhah.
Beliau juga menerima banyak maklum balas positif yang memuji rasa kek lapisnya yang tidak berubah sejak dahulu lagi.
“Mereka yang pernah datang ke kedai kek lapis Dayang Salhah ini akan datang semula bersama ahli keluarga atau rakan-rakan yang secara tidak langsung mempromosikan produk kami dari mulut ke mulut,” ujar wanita yang murah dengan senyuman ini.
Bagi mengembangkan perniagaannya, syarikat Dayang Salhah Enterprise kini mempunyai dua buah kilang. Sebuah kilang terletak di Demak Laut Industrial Estate manakala yang baharu beroperasi sejak tiga bulan lalu pula terletak di SMI Industrial Park, Demak Laut.
Dalam tempoh 15 tahun menjadi pengusaha kek, Dayang Salhah mengakui banyak rintangan yang dilaluinya. Namun, sifat putus asa atau cepat mengalah tidak pernah wujud dalam diari hidup beliau.
Ujian paling besar sepanjang mengusahakan kek lapis ialah apabila mentega Golden Churn Creamy Butter diisytiharkan tidak halal tahun lalu.
Ikon kek lapis

SALAH seorang pekerja kilang melakukan kerja-kerja membuat kek lapis.


“Ekoran isu tersebut, jualan kek lapis saya merudum hingga mengakibatkan kerugian besar walaupun saya tidak menggunakan mentega tersebut dalam kek lapis saya,” jelasnya.
Adakah Dayang Salhah merasakan dia merupakan ikon kek lapis moden Sarawak? Ujar beliau: “Untuk meletakkan jenama ini sebagai ikon kek lapis Sarawak terlalu tinggi, lagipun banyak saingan kerana kek lapis ini merupakan jati diri wanita Sarawak.
“Kepakaran membuatnya diturunkan daripada satu generasi ke generasi dan meliputi seluruh etnik yang terdapat di negeri ini,” ujarnya merendah diri.
Sementara itu, para pengunjung boleh datang sendiri ke kedainya yang menyediakan ruang pameran dan jualan yang luas untuk para pengunjung memilih 63 jenis kek lapis pelbagai corak dan rasa.
Dayang Salhah berkata, beliau sentiasa menambah baik kualiti kek di samping mempelbagaikan lagi jenis kek lapisnya.
Antara perasa kek lapis yang mendapat sambutan di kedai Dayang Salhah ialah kek lapis masam manis, kek lapis sisik ikan, kek lapis India dan banyak lagi.
Lebih menarik, pengunjung boleh melihat sendiri semua proses penghasilan kek lapis Dayang Salhah ini.

Wednesday, 15 August 2012

Usahawan Biskut RaYa

ZURLIYANTI mengambil tempahan biskut dalam jumlah yang kecil sahaja kerana melakukan kerja-kerja pembuatan biskut secara berseorangan.


SELEPAS seminggu umat Islam menunaikan ibadah puasa, juara kategori biskut Cabaran Daisy Sehebat Chef 2012, Zurliyanti Mohd. Abdul Aziz, 36, sudah menutup tempahan biskut raya.
Menurut anak jati Sungai Petani, Kedah itu walaupun tidak menang tangan menerima tempahan, beliau terpaksa mengambil keputusan untuk menolak tempahan para pelanggannya demi menjaga kualiti biskut.
Tambahan pula, beliau yang merupakan pasangan kembar mengakui kerja-kerja membuat biskut bukanlah satu tugas yang mudah kerana kesemua kerja-kerja berkenaan dilakukan tanpa mengupah pekerja.
Menurut Zurliyanti, beliau tidak mengupah pekerja kerana perniagaan yang dijalankan secara kecil-kecilan sahaja. Perniagaan itu dijalankan di rumah.
Katanya, setiap tahun masuk sahaja minggu pertama Ramadan, beliau tidak lagi mengambil tempahan.
“Bimbang tak sempat nak siapkan. Lagipun, sebagai peniaga saya perlu ukur kemampuan sendiri sebelum mengambil tempahan,” katanya yang menetap di Subang Perdana, Subang.
Anak kelima daripada lapan beradik itu berkata, beliau telah menyiapkan lebih 150 kotak biskut Sanggul Mak Dara yang dijual pada harga RM35 setiap sekotak.
Rata-rata pelanggannya yang membuat tempahan terdiri daripada penduduk Kuala Lumpur, Kedah dan Johor.
“Mereka ini semuanya kenalan, saudara-mara yang terdekat dan ada juga kalangan yang hadir ketika pertandingan Cabaran Daisy Sehebat Chef 2012 yang berlangsung pada 17 Jun lalu di pusat beli-belah AEON AU2, Setiawangsa, Kuala Lumpur,”ujarnya ketika ditemui baru-baru ini.

REZEKI Zurliyanti melimpah ruah selepas memenangi Cabaran Daisy Sehebat Chef 2012 anjuran Kosmo! dan minyak jagung Daisy baru-baru ini.


Demi tuntutan rezeki, Zurliyanti bangun seawal 6 pagi setiap hari untuk menyediakan bahan-bahan membuat biskut berkenaan.
Selepas solat Subuh beliau akan mula menyediakan adunan biskut seperti tepung dan telur yang akan berakhir sekitar pukul 11 malam termasuk menguli, membakar dan mengukir bentuk di atas biskut berkenan.
Dalam sehari, Zurliyanti menghabiskan sebanyak tiga paket tepung gandum, satu paket tepung jagung, gula satu kilogram (kg), kelapa kering 500 gram(g) dan satu botol minyak jagung Daisy untuk menyediakan untuk menyediakan kira-kira 250 keping biskut.
Rahsia biskut sedap
Berbekalkan berpengalaman hampir sedekad dalam pembuatan biskut dan kek, beliau mengakui rahsia biskut menjadi sedap kerana menggunakan minyak jagung Daisy.
“Selalunya untuk membuat biskut, bahan utama yang digunakan ialah marjerin atau mentega tetapi berbeza pula apabila menggunakan minyak jagung Daisy. Biskut akan cair di mulut selain gebu dan rangup.
“Sejak sedekad lalu, saya tidak pernah menggunakan minyak dalam pembuatan biskut tetapi setelah menyertai pertandingan Daisy, barulah saya mengetahui tekstur biskut menjadi lebih sedap jika menggunakan minyak Daisy,” jelasnya yang turut mempraktikkan segala tip dan petua yang ditimba bersama Chef Liza Zainol.
Selain itu, ulian tepung perlu digaul dengan teliti. Jika tidak kena gayanya, ia akan mengakibatkan ulian tersebut tidak menjadi.
Menyingkap pengalaman seminggu sebelum menyertai pertandingan Daisy, Zurliyanti mengakui berhadapan dengan tekanan setiap kali menguli tepung dengan minyak.
“Dengan menggunakan minyak, saya memang berasa tertekan kerana biskut seringkali tidak menjadi sekali gus menyebabkan beberapa dulang biskut terpaksa dibuang begitu sahaja.
“Namun, mujur saya berminat membuat biskut, jadi tidak mudah berputus asa sebaliknya melakukan beberapa kali sehingga berjaya,” katanya sambil memberitahu suaminya, Ahmad Lamhali, 39, sentiasa memberi dorongan.

ROSNI bangga maruku resipi ibunya mendapat permintaan dari luar negara.


Dalam pada itu, anak kepada guru masakan itu mengakui menceburi bidang pembuatan biskut mahupun kek menuntut ketelitian dan kesabaran yang tinggi.
Cabaran hias biskut
Salah satu cabaran membuat biskut ialah ketika membuat hiasan.
“Ia nampak mudah untuk melukis garisan empat segi di atas inti nanas, hakikatnya ia amat sukar kerana garisan tersebut susah untuk dibentuk supaya kelihatan sama rata,”ungkapnya.
Bagi mengelakkan perkara itu, beliau melakukan garisan secara dekat agar ia tidak mencacatkan bentuk biskutnya itu. Sementara itu, ketika ditanya mengenai perancangan masa hadapan, beliau merancang untuk membuka tapak di bazar Ramadan untuk menjual biskut-biskut ciptaannya itu.
Justeru, beliau akan mengupah beberapa pekerja untuk menghias biskut sahaja memandangkan Zurliyanti sendiri akan melakukan kerja-kerja mengadun tepung.
“Jika tiada apa-apa halangan, saya dan suami akan menjalankan perniagaan itu nanti. Ia akan mudah dengan bantuan pekerja dan boleh menerima tempahan yang banyak,” katanya yang membuka kelas membuat biskut.
Sehubungan itu, kepada yang berminat mengikuti kelas membuat biskut dan kek, boleh menghubungi Zurliyanti di talian 016-268 9094.
Sementara itu, Rosni Johari, 36, yang aktif dalam perniagaan kek sejak lima tahun lalu berjinak-jinak dengan perniagaan secara kecil-kecilan dengan menjual muruku yang dihasilkan oleh ibunya, Fatimah Junuh, 57.
NAMPAK mudah membuat ukiran di atas biskut namun siapa sangka kerja-kerja tersebut menuntut kesabaran yang tinggi.


Guru mata pelajaran Ekonomi Rumah Tangga (ERT) di Sekolah Menengah Kebangsaan Penanti, Bukti Mertajam Pulau Pinang itu menjual kuih berkenaan kepada rakan-rakan dan guru di sekolah.
“Selalunya apabila tiba musim perayaan, tempahan akan meningkat mendadak sehinggakan ibu saya terpaksa membuatnya hampir setiap hari bagi memenuhi permintaan.
“Apa yang lebih menggembirakan, muruku yang dihasilkan ibu saya ini turut mendapat permintaan daripada para pelajar Malaysia yang belajar di Amerika Syarikat," kata Rosni ketika ditemui di rumahnya di Lunas, Kedah baru-baru ini.
Menurut Rosni, muruku yang dijual pada harga RM8.50 bagi setiap 500 gram itu turut mendapat permintaan yang tinggi di Sabah dan Sarawak hasil inisiatif rakannya yang membawa maruku tersebut untuk dijual sejak beberapa tahun lalu.
Apakah keistimewaan muruku ibunya? Rosni memberitahu, ibunya menggunakan rempah ratus yang dihasilkan sendiri dalam menghasilkan kuih berkenaan.
“Dengan menggunakan rempah yang dihasilkan sendiri, muruku akan menjadi lebih sedap dan warnanya juga menjadi lebih menarik,” kata juara kategori kek pertandingan Cabaran Daisy Sehebat Chef 2012 itu.
Walaupun muruku yang dihasilkan oleh ibunya itu masih dalam kuantiti yang sedikit, namun beliau juga ada perancangan untuk memperbesarkan perniagaan tersebut.
“Saya bercita-cita untuk memasarkan muruku tersebut ke kedai-kedai dan pasar raya di dalam negara.
“Namun, disebabkan masalah modal, kami menangguhkan hasrat tersebut dan apa yang kami mampu buat setakat ini hanyalah menghasilkan maruku berdasarkan tempahan sahaja,” katanya.