Nak jadi jutawan bukan boleh bersenang lenang pengorbanan,kesabaran elemen utama dalam kejayaan.Jadi Jutawan bukan kerana dunia sahaja tapi untuk Agama Bangsa Negara tercinta.
Pages
▼
Tuesday, 31 July 2012
Banyakkan lah amalan di bulan puasa
Banyakkan lah amalan di bulan puasa
Pada Ramadan, masyarakat Islam digalakkan memperbanyak bersedekah, menyediakan juadah berbuka puasa dan menghulurkan apa juga bantuan yang terdaya bagi mencontohi perbuatan Baginda Nabi SAW yang sangat pemurah.
Begitu juga kewajipan bersegera menunaikan fardu zakat fitrah bagi yang berkemampuan tidak harus dilengah-lengahkan.
Nabi Muhammad SAW bersabda: “Sesiapa daripada kalangan mukmin memberi makanan kepada mukmin yang kelaparan maka Allah SWT akan memberinya makanan buah-buahan syurga pada hari kiamat. Sesiapa daripada kalangan mukmin memberi minuman kepada mukmin yang kehausan maka Allah SWT akan memberinya khamar syurga yang termeterai bekasnya pada hari kiamat. Sesiapa daripada kalangan mukmin memberi pakaian kepada mukmin yang tidak berpakaian maka Allah SWT akan memberinya pakaian syurga yang berwarna hijau.” (Riwayat al-Tirmiziy dan Abu Daud)
“Tidaklah berkumpul suatu kaum di rumah Allah, mereka membaca al-Quran dan saling mempelajarinya kecuali akan turun kepada mereka ketenangan, diliputi rahmat Allah SWT, malaikat akan menyertai mereka dan Allah SWT membanggakan mereka di kalangan malaikat yang ada di sisinya.” (Riwayat Abu Daud)
Baginda SAW pernah ditanya sedekah yang paling afdal dan Baginda menjawab, sedekah pada Ramadan.
Selain itu kelebihan, Ramadan juga dibahagi-bahagikan kepada nikmat beroleh rahmat Allah SWT pada 10 hari pertama, ganjaran pengampunan dosa pada 10 hari berikut dan akhirnya pembebasan daripada api neraka di 10 terakhir.
Kelebihan Ramadan jadi motivasi muslimin beramal
Semua kelebihan ini motivasi untuk muslimin beramal memenuhi Ramadan dengan aktiviti bermanfaat. Diriwayatkan juga apabila tiba Ramadan, pintu langit, pintu syurga, pintu rahmat dibuka, pintu neraka ditutup dan syaitan dibelenggu.
Masyarakat Islam diseru berusaha bersungguh-sungguh memenuhi seluruh Ramadan dengan pelbagai kegiatan ibadah yang memiliki ganjaran hebat. Ganjaran bertadarus al-Quran contohnya mampu memberi ketenangan dan menarik rahmat Allah SWT.
Ini dinyatakan dalam riwayat: “Tidaklah berkumpul suatu kaum di rumah Allah, mereka membaca al-Quran dan saling mempelajarinya kecuali akan turun kepada mereka ketenangan, diliputi rahmat Allah SWT, malaikat akan menyertai mereka dan Allah SWT membanggakan mereka di kalangan malaikat yang ada di sisinya.” (Riwayat Abu Daud)
Ramadan juga bulan pengampunan dosa yang memberi peluang individu Muslim melipatgandakan usaha memohon keampunan seterusnya bertaubat dan tidak lagi mengulangi dosa itu.
Kelebihan yang tiada tolok bandingnya terdapat pula pada malam lailatulqadar. Berjihad mencari lailatulqadar adalah kemuncak daripada segala amal kebajikan dilakukan sejak hari pertama Ramadan.
Pada malam itu dosa sesiapa beristighfar diampunkan, doa dan permohonan kepada sesiapa yang ikhlas menadah tangan kehambaan diperkenankan.
Malah pahala beribadah menyamai 1, 000 bulan iaitu seolah-olah 83 tahun umur manusia bakal diraih insan terpilih beroleh nikmat beribadah pada malamnya. Ini juga peluang keemasan yang perlu diraih setiap Muslim.
Ia tiba setahun sekali dan tiada sesiapa yang boleh menjangka akan memperoleh lagi kenikmatan seperti ini pada tahun mendatang.
Penulis ialah Pensyarah Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam, UiTM Kampus Bandaraya Johor Bahru.
Monday, 30 July 2012
Eyriqazz vs Denaihati Bagi aku RM500 Syukur...

Tajuk di atas rasenya memang tak relevant pon dengan content artikel nih he he. tapi ader jugak lah bunga-bunga isinya. Sebenarnya Eyriqazz vs Denaihati buat satu game seo untuk keyword Eyriqazz vs Denaihati di google.com.my .
Hadiah deorang memng boleh tahan gak
1st Prize - RM500 Cash + ( 20,000 trafik dari Denaihati.com ) + ( iklan banner saiz 125x125 sebulan di blog cik tom)
3rd Prize - RM200 cash + 5,000 trafik dari Denaihati.com
4-5th Prize - RM100 Cash + 5,000 trafik dari Denaihati.com
6-7 Prize - RM50 Cash each
8-10 Prize - RM30 Cash
4-5th Prize - RM100 Cash + 5,000 trafik dari Denaihati.com
6-7 Prize - RM50 Cash each
8-10 Prize - RM30 Cash
11-20 Prize - RM10 Cash
Dapat 500 okay gak kan lepas beli susu anak ha ha. Terima Kasih buat Eyriqazz vs Denaihati dalam penganjuran seo challenge nih .
Contest ini dianjurkan oleh Eyriqazz.Com ditaja bersama Denaihati.com , Azri.my , Blogr.my , ziefauzi.com , Shakiddo.com , ZarulUmbrella.Com , Hatiputera.com Papamifz.com, Mksyahir.blogspot.com, Boladaily.com , BloggerSentral.com , Mysuperkids.net , Vitaminsemulajadi.com, Aslamber.Com,kgbalimbang.blogspot.com , Ciktom.Com,Muhasabahtrading.Com, Bluedianthus.Com , PanduanServisBlog.Com, faizalpj.com dan ladfeamir.com
Thursday, 26 July 2012
Tarawih lapan rakaat tak ikut sunnah?
Sering kita lihat dua keadaan yang berbeza dalam pelaksanaan solat tarawih iaitu dari sudut bilangan rakaatnya. Ada yang melaksanakan lapan rakaat dan ada yang 20 rakaat.
Pada masa sama, sebahagian masjid atau surau di negara kita, ada pula yang mengadakan tazkirah atau ceramah selepas lapan rakaat itu.
Kedapatan sebahagian makmum yang mempertikaikan kenapa perlu tazkirah, sedangkan Ramadan hanya sekali, sebaiknya diisi dengan menunaikan solat tarawih sehingga 20 rakaat. Tazkirah atau ceramah boleh diadakan pada waktu yang lain.
Sebelum menjawab isu ini, sebaiknya kita melihat dalil mengenai bilangan rakaat solat tarawih sama ada ia ditunaikan lapan rakaat atau 20 rakaat.
Dalil solat tarawih lapan rakaat:
Saidatina Aisyah ditanya mengenai solat nabi SAW pada bulan Ramadan, beliau menjawab: Baginda tidak pernah solat pada malam Ramadan atau malam bulan lain melebihi 11 rakaat. Baginda bersembahyang empat rakaat, jangan ditanya tentang kesempurnaan dan panjangnya solat baginda, kemudian baginda bersembahyang lagi empat rakaat, jangan ditanya mengenai kesempurnaan dan panjangnya solat baginda, lalu Baginda sembahyang pula tiga rakaat (witir). Hadis Riwayat Bukhari (1909), Muslim (738).
Imam Sayuti menulis bahawa tiada dalil yang menunjukkan bahawa Nabi SAW menunaikan solat tarawih sebanyak 20 rakaat, sebaliknya riwayat yang kukuh hanya menyebut baginda menunaikan solat tarawih tanpa menyebut bilangan rakaatnya.
Imam Ibn Hajar al Haithami pula menyatakan bahawa hadis: Baginda bersembahyang (tarawih) 20 rakaat adalah sangat daif. (Ensiklopedia Fekah 27/142)
Dalil solat tarawih 20 rakaat:
Rasulullah SAW ditanya mengenai solat sunat pada malam hari, Baginda menjawab: Sembahyang malam dua rakaat, dua rakaat, jika kamu bimbang hampir waktu Subuh, akhirilah dengan solat witir satu rakaat ( Hadis Riwayat Bukhari (946), Muslim (749).
Hadis ini tidak menetapkan bilangan rakaat, asal saja ditunaikan secara dua rakaat satu salam. Berdasarkan kedua-dua hadis di atas yang berstatus sahih, menunaikan solat tarawih sama ada lapan rakaat atau 20 rakaat sudah menepati sunnah.
Sesiapapun tidak sepatutnya mempertikaikan golongan yang melaksanakan lapan rakaat atau 20 rakaat. Cuma pada zaman Rasulullah, baginda melaksanakan solat lapan rakaat dengan bacaan yang begitu panjang sehingga diriwayatkan ada yang menghampiri waktu Subuh.
Jika solat tarawih ditunaikan dengan begitu panjang, mungkin makmum tidak mampu untuk menghabiskan solat tarawih tersebut, sedangkan menyelesaikan solat bersama imam juga adalah satu tuntutan. Sesiapa yang berdiri bersama imam sehingga beliau beredar (setelah selesai solat), maka ditulis baginya Qiamullail sepanjang malam. (Riwayat Tirmizi)
Mengambil kira pelbagai situasi seperti ketidakmampuan makmum dan sebagainya, ulama menyarankan agar dipendekkan bacaan tetapi ditambah bilangan rakaatnya. Berdasarkan amalan sahabat yang menunaikan solat tarawih sebanyak 20 rakaat, maka amalan itu telah diterima daripada generasi ke generasi. Pada zaman Imam Malik, solat tarawih dikerjakan sebanyak 36 rakaat.
Menurut pandangan Imam Nawawi pula dalam kitab Majmuk: Solat tarawih adalah sunnah dengan ijmak ulama, mengikut mazhab kita (Shafie), ia ditunaikan 20 rakaat dengan 10 kali salam, dan boleh ditunaikan secara berseorangan dan berjemaah. (Majmuk 4/31)
Sebagai Kesimpulan, boleh dipertikai jika solat tarawih ditunaikan kurang daripada lapan rakaat. Jika sudah dilaksanakan lapan rakaat, terserah sama ada untuk mengadakan ceramah, tazkirah atau apa saja yang boleh memberi manfaat bersama kepada jemaah, terutama jika itu yang diminta oleh pihak jemaah di satu-satu tempat.
Jika imam menunaikan tarawih sebanyak 20 rakaat, maka adalah lebih afdal bagi makmum mengikut imam sehingga selesai solat dan tidak keluar ketika lapan rakaat seperti maksud hadis Tirmizi di atas. Jika ingin menunaikan lapan rakaat, sebaiknya berjemaah bersama imam yang menunaikan tarawih lapan rakaat juga.
Namun oleh kerana Ramadan adalah bulan beribadat yang mana pahala digandakan, sebaiknya tarawih ditunaikan 20 rakaat atau lapan rakaat tetapi dengan bacaan yang panjang.