Pages

Friday, 28 October 2011

Bos Mutiara Motor Cuma lulusan darjah 6 tapi jutawan

Perjalanan penuh liku Ahmad Kemin Jutawan Kereta



"JIKA kita nyatakan bahawa dunia ini tidak menyebelahi kita, maka itu menunjukkan keyakinan rohaniah kita lemah. "Keseluruhan hidup manusia pada hakikatnya seperti satu perjuangan dan peperangan, perjuangan hanya akan tamat pada akhir hayat, mereka yang mahukan kejayaan perlulah menerima hakikat tersebut."

Demikian frasa yang lahir dari hati seorang tokoh ternama negara, Datuk Ahmad Kemin, 64, membawa pengertian yang sangat mendalam.

Kata-kata itu juga sebenarnya adalah kelongsong azimat yang membawa Pengerusi Eksekutif Mutiara Motors Sdn. Bhd. itu menggapai kecemerlangan. Bukan hanya untuk dirinya sahaja malah untuk negara.

Mutiara Motors di bawah teraju Ahmad adalah syarikat pemegang permit import (AP) dan juga wakil pengedar kereta jenama terkemuka dunia iaitu Toyota, Artega dan Lexus.

Rintangan

Sepanjang 27 tahun beroperasi, Mutiara Motors kini turut memiliki anak syarikat lain seperti Mutiara Motors Resort Sdn. Bhd., Mutiara Motors Performance Products Sdn. Bhd., Mutiara Motorsports Sdn. Bhd., M7 Motorsports Sdn. Bhd. dan M7 Racing Sdn. Bhd.

Rentetan kejayaan Ahmad bukan semudah seperti mendendangkan sebuah cerita. Seperti kata anak kelahiran Kampung Mampan, Batu Pahat, Johor: "Saya bergelut dengan pelbagai rintangan, perit jerih, sepak terajang perniagaan, saya tetap tebalkan muka, keraskan kepala dan ringankan tulang untuk mengharunginya."

Terus-terang, seribu perasaan meledak dalam fikiran penulis ketika pertama kali bersua dengannya.

Namun, lelaki itu mewujudkan atmosfera luar biasa sehinggakan kata-kata yang terucap olehnya mewajarkan dirinya diteladani.

Bahtera kehidupan yang dilayari oleh figura itu ketika zaman kanak-kanaknya tidak akan hilang denyutnya begitu sahaja.

"Semasa kematian ibu usia saya 12 tahun, salah seorang kakak menjaga saya, ketika itu kehidupan amat susah dan memaksa saya meninggalkan bangku sekolah untuk bekerja mencari rezeki," katanya yang hanya sempat belajar setakat darjah enam sahaja.


RAMAI mengakui bahawa Mutiara Motors memiliki pekerja yang berdedikasi dan mempunyai komitmen yang tinggi terhadap setiap pelanggan yang berurusan dengan syarikat itu.


Namun, momen bersama arwah ibu masih berbekas di hatinya. Ceritanya, demi mencari sesuap nasi, beliau bersama ibu pernah berjalan kaki dari Kampung Melayu Majidee untuk menjual ubat tradisional.

Ujar Ahmad, beliau telah dididik bahawa alam mempunyai banyak cara untuk menghukum kemalasan. Justeru, sejak usia 16 tahun, beliau ligat kerja. Beliaulah penghantar maklumat, beliaulah peon, pencari fail, pembantu makmal dan juga penjaga stor dengan gaji sebanyak RM180 di Jabatan Kerja Raya (JKR), Johor.

"Di luar waktu kerja, saya menjual ais kepal di warung, berniaga barangan plastik di pasar malam, menjual jam tangan, membeli kereta-kereta buruk, membaiki dan menjualnya semula," katanya dengan mata hangat berkaca.

Ceritanya tentang bibit kesengsaraannya seperti bermonolog. Namun, perlakuan itu tidak memuakkan.

Beritahu Ahmad, dia berhenti makan gaji apabila Ketua Jabatan JKR ketika itu, Yow Yuan Kow telah mencabarnya meletak jawatan lantaran lelaki Tionghua itu sedar dirinya seorang yang kuat bekerja. Ketika itu, Ahmad berusia 35 tahun.

"Perniagaan pertama saya selepas berhenti daripada JKR ialah menubuhkan Syarikat Murni Motors (bertukar nama kepada Mutiara Motors Sdn. Bhd. pada 13 Disember 1982) yang beroperasi di Jalan Dato' Abdullah Tahir, Johor Bahru, Johor dengan tiga rakan kongsi," katanya.


ANAK sulung Ahmad, Mokhtar (kiri) membantu bapanya mengurus sebuah empayar automotif yang paling berkembang di negara ini.


Semakin tinggi gunung didaki, semakin banyak onak dan duri mesti dilalui sebelum sampai ke puncak, kata aristokrat itu.

Ujarnya melondehkan kemelut yang membelenggu seawal berbisnes: "Pelbagai masalah dan rintangan bersilih ganti, modal kecil, bank sedikit pun tak memandang perniagaan saya sebagai berdaya saing dan paling perit, dendam dan hasad dengki manusia yang tak mahu lihat kita berjaya."

Peritnya 'kesakitan' itu tidak dapat digambarkan dengan kata-kata, kata Ahmad. Tahun 1985, tiada siapa menduga, pasaran saham negara jatuh merudum. Impaknya, operasi Mutiara Motors terpaksa dihentikan. Bisnes landskap yang dijalankan pada tahun berikutnya juga tidak menjadi.

Gagal berniaga

Antara tahun 1980 hingga 1990, Mutiara Motors melakukan anjakan paradigma. Apakah yang dilakukan usahawan tersohor ini? Berpadanan dengan selera generasi muda, Ahmad mengimport kereta sport. Ternyata percaturan itu berhasil.

"Walau beberapa kali gagal dalam perniagaan, tak bermakna saya kurang disiplin," tegas anak kesembilan daripada 12 beradik.

Putaran kehidupan dan hukum alam sememangnya tidak dapat disangkal oleh sesiapa. Pada tahun 1997, Ahmad terpaksa memerah otak bagaimana mempertahankan Mutiara Motors tatkala negara berdepan dengan kegawatan ekonomi yang begitu parah.

"Tuhan Maha Kaya, saya dihubungi oleh rakan niaga dari Jepun, K.Yamaguchi yang bertanyakan khabar perniagaan di Malaysia. Dia memahami dan menawarkan bantuan dengan memberi lima buah kereta tanpa sebarang bayaran," katanya penuh kesyukuran.

Menyingsing alaf baharu 2000, Mutiara Motors meletakkan kembali namanya di persada permotoran negara sehingga kini.

Pasti ramai tertanya-tanya bagaimanakah seorang yang hanya bersekolah hingga tamat darjah enam boleh berjaya? Jawapannya sangat ringkas iaitu yakin.

Budaya Jepun

Seperkara lagi, Setiausaha Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (Pekema) itu mengakui, sewaktu mula-mula terjun ke arena bisnes, beliau tidak fasih berbahasa Inggeris.


AHMAD bersama rakan bisnesnya, K. Yamaguchi yang banyak membantunya meluaskan perniagaannya di Malaysia.


"Ya, dulu memang saya tak tahu cakap orang putih, saya fikir bagaimana kita nak maju kalau tak tahu cakap Inggeris, tapi bila mengenangkan Jepun boleh menawan pasaran dunia walau kurang fasih, mengapa saya tidak," imbasnya.

Ahmad tidak lokek mengisahkan tentang momen pertama mengadakan rundingan dengan salah sebuah syarikat di Jepun pada awal 1980-an.

"Lucu kalau nak diceritakan balik tapi yang pasti ia agak merimaskan dan kaku kerana banyak isyarat tangan digunakan. Dah macam cakap ayam dengan itik," ujarnya yang pernah meminta rakannya yang boleh berbahasa Jepun dikenali sebagai Rahman Jepun untuk membantunya.

Itu semua kisah lama yang telah dibukukan. Kini, Ahmad lancar berbahasa Inggeris sehinggakan rakan-rakan bisnes dari luar negara kagum dengan kebolehannya bertutur.

Jepun adalah signifikan dengan perniagaan Ahmad, hatta dalam hatinya sekali pun. Katanya: "Jepun sangat dekat dengan saya, Jepun adalah rumah kedua saya dan betapa akrabnya saya dengan aura Jepun dapat ditunjukkan dalam operasi Mutiara.

"Sikap menepati janji dan masa sudah menjadi tabiat orang Jepun, mereka juga menghormati pelanggan, jadi, saya terapkan nilai itu kepada para pekerja saya. Bagi saya, pelanggan adalah raja, layanan pelanggan adalah aspek terpenting kerana selalunya pelanggan akan kembali ke tempat yang dia paling selesa."

Lelaki yang fasih bertutur dalam bahasa Jepun itu melemparkan pandangan jauh. Barangkali beliau bagaikan tidak percaya bahawa Allah menganugerahkan rezeki sehebat itu.

Kisah seperti ditipu rakan sendiri dalam mendapatkan Permit Import (AP), pekerja sendiri pecah amanah dan dengki yang tidak berkesudahan sudah dilontar jauh-jauh oleh Ahmad.

Seperti kata Ahmad: "Hidup saya sejak zaman kanak-kanak hingga dewasa penuh dengan cabaran, tanpa cabaran baharu, jiwa saya menjadi lesu dan kurang bertenaga.

"Sebab itu penerokaan baharu tidak dapat dielakkan dalam perjalanan saya memenuhi tuntutan kehidupan ini."

Sesungguhnya, teguhnya bangunan Mutiara Motors yang terletak di Jalan Tebrau dan Larkin, Johor, menggambarkan prestijnya kedudukan lelaki itu.

Sunday, 23 October 2011

video Marco Simoncelli Colin Edwards Crash in Sepang Malaysia 720p



Video Marco Simoncelli Colin Edwards Crash in sepang

Saturday, 15 October 2011

Berjaya tanpa bantuan



Mistinah Sanduan menggunakan modal sendiri bagi membangunkan perniagaannya tanpa pinjaman daripada mana-mana pihak.


BAK kata orang di mana ada kemahuan di situ pasti ada jalannya. Begitulah juga dengan Mistinah Sanduan, 57, yang mengusahakan pelbagai jenis biskut dan kerepek di rumahnya.

Segalanya bermula pada 1990 dengan berbekal wang RM250, Mistinah membeli barangan seperti ketuhar, kuali serta bahan-bahan mentah untuk membuat biskut menjelang musim perayaan.

“Daripada jumlah wang itulah segalanya berkembang menjadi seperti sekarang,” katanya semasa ditemui di premisnya di Kimpalan Kreatif Peket 100 Simpang Lima, Sungai Besar, Selangor.

Mistinah yang telah lebih 20 tahun mengusahakan pelbagai produk industri asas tani seperti kerepek pisang tanduk, abu dan awak, kerepek bawang dan lima jenis biskut iaitu mama carrie, semperit, almond london, tart nanas dan biskut aiskrim dengan jenama Miscookies sempena nama Mistinah.

Beliau banyak dibantu oleh anaknya Khairul Azman Abdullah, 30, yang bertindak mengurus, merancang dan mencari bahan mentah bagi pembuatan kuih-muih dan kerepek terutama semasa musim perayaan.

Biarpun telah lebih 20 tahun mengusahakan produk industri asas tani, Mistinah masih menggunakan modal sendiri selain bantuan daripada Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dan Jabatan Pertanian.

“Selama ini kami tidak pernah mendapat apa-apa bantuan atau pinjaman daripada mana-mana pihak.

“Segalanya kami beli sendiri daripada keuntungan yang didapati,” katanya yang membeli sendiri ketuhar, mesin mengadun tepung, mesin menghiris pisang dan pelbagai jenis mesin bagi memudahkan tugasnya.

Bagaimanapun menjelang musim perayaan, Mistinah sedikit mengeluh kerana memerlukan modal yang banyak dan peralatan bagi menyediakan pelbagai produk untuk dipasarkan.

Buat masa ini produknya hanya dihantar ke Pasar Jawa Klang dan Pasar Borong Meru.

Ditanya mengenai sambutan yang diterima, Mistinah berkata, pelanggan memberikan maklum balas yang cukup memberangsangkan.

“Malah ada kalanya pengeluaran kerepek pisang yang boleh mencecah sehingga 300 kilogram sehari tidak dapat menampung permintaan yang semakin meningkat.

“Buat masa ini kami menghantar produk dua kali seminggu ke Pasar Jawa Klang dan Pasar Borong Meru selain ke kedai-kedai runcit berhampiran,” katanya.

Justeru menjalang musim perayaan, Mistinah menggaji 20 orang pekerja berbanding hanya lapan orang semasa hari biasa.

Ditanya mengenai harapan masa depan, Mistinah menjawab, beliau sentiasa berharap bisnes yang akan diwarisi anak-anaknya terus berkembang.

“Saya berharap satu hari nanti jenama Miscookies akan dikenali ramai bukan hanya di Klang tetapi juga di tempat lain,” katanya.

Pembaca yang berminat dengan produk Miscookies boleh menghubungi 012-6835355 atau 03-32242332.

Friday, 14 October 2011

Live Maharaja Lawak Mega saingan tiga negara


NIZAM (berdiri tujuh dari kanan) bersama calon peserta Maharaja Lawak Mega yang menawarkan ganjaran wang tunai RM350,000 buat juara.


SEBAGAI sebuah program komedi yang diminati ramai, rancangan Raja Lawak dan Maharaja Lawak sememangnya telah mencetuskan fenomena di kalangan penonton sehingga mengangkat bidang lawak jenaka ke peringkat yang lebih tinggi.

Dengan kemunculan kedua-dua rancangan tersebut, ia dilihat sudah mencungkil begitu ramai pelapis pelawak tempatan sedia ada yang telah mewarnai lagi industri hiburan tanah air.

Melihat kepada kejayaan yang dikecapi itu, maka pihak Astro telah membuat satu lagi kejutan apabila bakal menghasilkan sebuah lagi rancangan komedi menarik yang dikenali sebagai Maharaja Lawak Mega.

Apa yang menariknya tentang rancangan ini, ia bakal membabitkan para peserta di kalangan pelawak yang lebih berpengalaman dalam bidang komedi dari tiga buah negara iaitu Malaysia, Singapura dan Indonesia.

Pengurus Saluran Astro Warna, Nizam Sani berkata, rancangan komedi terbaharu Astro itu menggunakan format dan konsep yang hampir serupa dengan Raja Lawak dan Maharaja Lawak.

“Jika kedua-dua rancangan sebelum ini membabitkan peserta yang tidak mempunyai sebarang pengalaman, kali ini kami bawakan pula para peserta yang boleh digelar sebagai otai lawak dan sudah lama dalam bidang komedi.


ACONG (kiri) dan Joey mencuba nasib menerusi kumpulan yang ditubuhkan mereka yang diberi nama Anje.


“Idea untuk menerbitkan rancangan ini timbul atas permintaan beberapa pelawak tempatan sendiri yang mahukan sebuah pertandingan yang khusus untuk pelawak yang sudah berpengalaman luas,” jelasnya.

Ditanya mengenai penyertaan dari Singapura dan Indonesia pula, Nizam menjelaskan tujuan pihaknya mengundang peserta dari kedua-dua negara tersebut adalah sebagai platform kepada pelawak tempatan untuk dikenali di kedua-dua negara tersebut.

Ujarnya lagi, untuk pemilihan peserta dari luar pula dibuat adalah melalui perbincangan dan cadangan yang telah diberikan oleh rakan stesen televisyen di negara berkenaan.

“Apabila mereka memberi nama beberapa buah kumpulan lawak di negara masing-masing, kami terus menghantarkan jemputan untuk menyertai rancangan ini. Namun begitu, ada beberapa buah kumpulan yang terpaksa tolak kerana jadual yang tidak sesuai,” ujarnya.

Berkenaan dengan sistem pemarkahan dan juri pula, Nizam memberitahu bahawa peratusan markah sebanyak 70 peratus akan diberikan oleh juri tetap, manakala 30 peratus lagi adalah menerusi undian penonton.

Untuk juri tetap pula, seramai tiga orang juri tetap yang akan dipilih serta seorang juri jemputan yang akan diundang dari kedua-dua negara tersebut pada setiap minggu.

Bagi pemilihan juri pula, kami telah menetapkan bahawa kesemua juri yang akan dipilih nanti terdiri daripada selebriti yang bukan berlatarbelakangkan pelawak atau pelakon komedi.

“Setiap peserta yang bertanding nanti tidak akan dinilai dari sudut teknikal memandangkan kesemuanya sudah berpengalaman luas. Sebaliknya, penilaian yang diberikan adalah berdasarkan kepada kelucuan dan elemen lawak jenaka yang menghiburkan,” jelasnya.


KUMPULAN Syok (dari kiri), Sudin, Suhaimi dan Ifa.


Bakal bersiaran secara langsung bermula 28 Oktober ini pada setiap hari Jumaat jam 10 malam di saluran Astro Warna 132, pertandingan tersebut akan disertai oleh 17 peserta yang akan merebut gelaran juara.

Antara peserta yang bakal bersaing seperti kumpulan Pimai (dianggotai Sathiya, Imuda dan Yassin Sulaiman), Hiro (Hamdan, Ilya dan Ropie), Boboi (Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik), Anje (Achong & Joey), Osbon (Mr. Os dan Abon), Bawal Power (Bob Kuman dan Sobri), Rap (Aziz Kota, Pak Lah Cecupak dan Rama), Comel (Radhi Khalid dan Bell Ngasri), Lanun (Jegan, Elyas dan Salman), 3G (Yassin, Didie Alias dan Enot) serta dua peserta solo iaitu Adlin Aman Ramli dan Jalil Hamid.

Peserta Singapura pula diwakili oleh kumpulan Gebu (Hani dan Azian), gabungan peserta Malaysia dan Singapura iaitu kumpulan Syok (Ifa Raziah, Suhaimi dan Arif Sudin). Indonesia pula tampil dengan tiga kumpulan iaitu Bawel (Dodon, Amin dan Dadang), Saehu (Eko, Bocil dan Vicha) serta Caer (Adetao, Mister Ibo dan Lugiana).

Dijadualkan berlangsung selama 10 minggu, selain gelaran Maharaja Lawak Mega, para peserta yang akan muncul juara nanti akan membawa pulang hadiah wang tunai yang cukup lumayan iaitu RM350,000!

Mencabar

Dengan menggabungkan para peserta yang terdiri daripada pelawak dan pelakon komedi yang sudah berpengalaman luas ternyata memberikan cabaran yang tersendiri dalam usaha untuk bergelar juara sulung.

Salah satu kumpulan iaitu Anje yang terdiri daripada Acong dan Joey ketika ditemui mengakui adalah sesuatu yang cukup mencabar apabila bakal bersaing dengan peserta yang hebat.

Menurut Acong, biarpun menyedari peluang untuk muncul juara agak sukar, namun matlamat utama mereka untuk turut serta dalam rancangan tersebut adalah mahu menghiburkan orang ramai.

“Kami akui kalau dari segi populariti memang kami akan tewas. Bagaimanapun, itu bukan bermakna kami berputus asa kerana apa yang lebih penting adalah kreativiti ketika membuat persembahan nanti,” ujarnya.

Sementara Ifa Raziah yang mewakili kumpulan Syok pula menyifatkan penggabungannya dengan peserta dari Singapura adalah satu langkah yang tepat dan yakin mereka mampu tampil sebagai sebuah kumpulan yang akan memberi cabaran sengit nanti.

Menurutnya, dia sendiri pada mulanya tidak menyangka apabila pihak Astro memberikan peluang untuk mereka bergabung sebagai sebuah kumpulan dan tiada masalah untuk bergandingan dengan pelawak lelaki.

“Sebelum ini saya memang sudah selalu bekerjasama dengan Suhaimi memandangkan saya memang sering tampil dalam rancangan televisyen di Singapura dan ini kali pertama bergandingan dengan Arif.

“Sebagai sebuah kumpulan kami tidak merasakan yang kami ini peserta dari Malaysia atau Singapura kerana bergerak di atas nama kumpulan Syok. Malah, kami berharap agar mendapat sokongan yang padu dari kedua-dua negara,” jelasnya

Thursday, 6 October 2011

Apple iPhone 4S dah keluar

Apple dedah iPhone 4S

NAIB Presiden Kanan Apple, Philip Schiller memberi penerangan mengenai iPhone 3GS (kiri), iPhone 4 (tengah) dan iPhone 4S di ibu pejabat firma itu di Cupertino, California kelmarin.


CUPERTINO, California - Apple kelmarin mendedahkan telefon bimbit yang lebih berkuasa, iPhone 4S yang memberi reaksi terhadap arahan suara.

Telefon itu akan dijual di Amerika Syarikat (AS), Australia, Kanada, Perancis, Jerman, Jepun dan Britain pada 14 Oktober depan.

Tempahan awal boleh dibuat seminggu sebelum penjualan tersebut dibuat.

Di AS, harga iPhone itu akan bermula daripada AS$199 (RM635) untuk model 16 gigabyte dan AS$399 (RM1,273) untuk model 64 gigabyte.

Ketua Pegawai Eksekutif Apple (CEO), Tim Cook membuat kemunculan semasa majlis pendedahan iPhone 4S itu.

Dia menggantikan Steve Jobs yang meletakkan jawatan ekoran masalah kesihatan yang dihadapinya.

Namun, iPhone 4S itu dikatakan gagal untuk memikat peminat.

Beberapa penganalisis berkata, keputusan syarikat Apple untuk meneruskan model lama dan mengurangkan harganya akan membantu firma tersebut memperoleh lebih ramai pelanggan. - Agensi