Pages

Friday, 24 July 2009

Bekas guru hasilkan baja

Bekas guru hasilkan baja


Ismail Sulaiman boleh berbangga dengan baja 'HBO' iaitu 100 peratus bioorganik kerana ia membuahkan hasil yang memuaskan. - Gambar Bernama


PADA Karnival Jualan Mega 2009 anjuran Majlis Amanah Rakyat (MARA) di Tawau, Sabah baru-baru ini, kelihatan ramai pengunjung tertumpu di gerai yang dikendalikan guru bersara, Ismail Sulaiman.

Pengunjung jelas tertarik melihat dua pokok kacang bendi yang ditanam di dalam dua pasu di hadapan gerai itu.

Pokok kacang bendi di dalam sebuah pasu, nampak kurus dan tumbesarannya terencat berbanding pokok bendi di dalam pasu satu lagi yang tumbuh subur daunnya lebar, menghijau segar dan batang yang besar dan ketinggiannya jauh melebihi pokok bendi pertama.

Pokok kacang bendi yang subur dan tinggi itu menggunakan baja organik buatan Ismail, yang dinamakannya 'HBO' iaitu 100 peratus bio-organik.

Jika berkunjung ke rumah dan kebunnya di Kampung Sungai Imam, anda akan berpeluang menyaksikan kesuburan tanaman lain seperti pokok tomato melalui penggunaan baja organik buatan beliau.

Pada masa ini, Ismail, 60, bekas pengetua di SMK Abaka, Tawau, Sabah adalah pengusaha tunggal baja organik Bumiputera di Tawau. Beliau bersara daripada kerjaya guru pada tahun 2005.

"Selepas menghadiri taklimat tentang baja organik anjuran Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Tawau, minat saya menceburi bidang ini timbul. Saya kemudian menghadiri kursus membuat baja organik menggunakan tahi ayam di Johor.

"Sekembali dari kursus, saya terus memulakan usaha mengeluarkan baja organik secara manual dengan modal permulaan RM20,000 daripada pinjaman bank dan hasil wang pencen.

"Bagaimanapun saya berhadapan dengan masalah kerana tidak seperti tahi ayam, tahi kambing tidak mudah dihancurkan menggunakan tangan sebaliknya perlu menggunakan mesin khas.

"Pengeluaran ketika itu cuma antara lima hingga enam guni baja sehari. Jadi, ketika itu walaupun saya masih boleh mengeluarkan baja organik berasaskan tahi kambing namun baja berkenaan cuma untuk kegunaan kebun sendiri kerana kualitinya belum sampai ke tahap boleh dipasarkan.

Bagaimanapun, atas bantuan LPP, beliau memperoleh mesin penghancur tahi kambing bernilai RM10,000 dan kini mampu mengeluarkan antara 40 hingga 50 tan baja organik sebulan.

Dengan khidmat nasihat LPP, pembungkusan baja organik keluaran Ismail kini jauh lebih baik berbanding sebelum ini yang menggunakan guni-guni terpakai.

"Saya kini dalam proses untuk mendapatkan mesin yang mampu memproses sehingga satu tan baja organik sejam," katanya yang berhasrat memasarkan baja organik buatannya ke seluruh Sabah.

Ismail turut membekalkan bajanya kepada sebuah ladang yang mengamalkan penanaman organik.

Beliau kini berusaha mendapatkan pensijilan baja organik dari beberapa buah negara termasuk Thailand, Jepun, Australia, Switzerland, Britain dan Amerika Syarikat kerana Malaysia sendiri belum mengeluarkan sijil seperti itu.

"Sebenarnya, saya melakukan semua ini bagi memenuhi tuntutan fardu kifayah dengan menyediakan baja yang dijamin halal dan bersih kepada pekebun-pekebun yang beragama Islam.

"Pada masa ini, ramai kalangan umat Islam tidak mengetahui secara pasti kandungan sebenar baja termasuk baja organik yang mereka gunakan sama ada dibuat berdasarkan syariat Islam.

"Sehubungan itu, saya berharap baja HBO ini akan menjadi baja organik alternatif kepada umat Islam yang memerlukan baja organik yang dihasilkan menggunakan bahan-bahan yang tidak meragukan," katanya.

Menurut Ismail, potensi pasaran masa depan baja berasaskan organik amat cerah dan beliau sudah menghantar kertas cadangan kepada kerajaan Sabah melalui Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Sabah agar menjadi- kan Sabah sebagai negeri baja organik.

Katanya, melalui moto pengeluaran bajanya Go Green From Today (Hijau mulai hari ini), beliau berharap kesedaran orang ramai tentang pemeliharaan alam semula jadi melalui penggunaan baja organik dapat ditingkatkan. - Bernama

Wednesday, 15 July 2009

Bekas wartawan ternak keli

Bekas wartawan ternak keli


Normahiran Yusoff boleh berbangga dengan usahanya sebagai usahawan tani yang kini telah membuahkan hasil.


Biarpun pernah menjawat jawatan wartawan selepas menamatkan pengajian dalam bidang Komunikasi Massa, Normahiran Yusoff meninggalkan kerjaya berkenaan dan berhijrah ke dunia lebih glamor dengan terlibat dalam industri hiburan.

Ketika bertugas di syarikat rakaman, beliau dikelilingi oleh artis-artis tapi hatinya masih tidak dapat melupakan dunia perniagaan.

Selepas meletakkan jawatan sebagai Pengurus Kanan sebuah syarikat rakaman, beliau menubuhkan syarikat sendiri dan seterusnya Normahiran mula melibatkan diri dalam bidang pertanian.

Berpegang kepada moto 'Pertanian Adalah Perniagaan,' Normahiran mula berjinak-jinak mengikuti kursus pertanian terutama pembenihan dan ternakan ikan keli.

Beliau memulakan usahanya dengan membeli set ternakan ikan keli dalam kanvas daripada pengusaha di Negeri Sembilan.

"Setelah mengikuti kursus ternakan dan pembenihan ikan keli di Selangor, saya mula meninjau pasaran sebelum memulakan ternakan," katanya semasa ditemui di kawasan ternakan keli di Dengkil, Selangor, baru-baru ini.

Setelah meninjau pasaran, Normahiran membuat pengiraan modal serta untung rugi. Setelah pasti dengan keuntungan, beliau memulakan projek.

Beliau membeli tiga buah tangki yang telah diubahsuai sebagai permulaan untuk menternak ikan keli.

Kemudian beliau membeli anak benih ikan bersaiz tiga inci. Kini Normahiran beralih kepada saiz lima inci kerana saiz yang lebih besar cepat membesar dan kadar kematiannya juga rendah.

Pada mulanya, beliau hanya memberikan ikan keli makan pelet tetapi kosnya yang tinggi menyebabkan Normahiran mencari alternatif lain.

"Bagi menggantikan bekalan protein, saya menggunakan kepala dan perut ikan bilis yang didapati di pasar malam yang saya masak dengan beras hancur selain sisa roti.

"Maklum balas yang saya daripada penternak lain mendapati perut dan kepala ikan bilis mempunyai protein yang tinggi dan sesuai menggantikan pelet," katanya.

Sehingga kini ternakan kelinya telah mengeluarkan hasil dan beliau mendapat kontrak membekalkan ikan keli kepada sebuah syarikat mengeluarkan ikan keli salai.

Ikan keli salai, kata Normahiran memerlukan ikan keli yang memakan pelet dan bahan kaya protein tetapi kurang lemak bagi mendapatkan tekstur yang cantik.

"Biasanya saiz ikan keli yang sesuai untuk dibuat ikan salai adalah 160 gram (g) seekor atau enam hingga tujuh ekor bagi satu kilogram.

"Kini saya perlu membekalkan 200 kilogram (kg) ikan keli seminggu kepada ikan salai," katanya.

Bagi mendapatkan kontrak membekalkan ikan keli bagi ikan keli salai, pengusaha ikan salai melawat ke kawasan ternakannya bagi memastikan makanan yang diberikan serta tahap kebersihan.

Buat masa ini Normahiran sedang berusaha membesarkan lagi projek ternakan ikan keli bagi memenuhi permintaan pengusaha ikan keli salai.

Monday, 13 July 2009

Video lima pelajar perempuan bertumbuk

Polis ambil keterangan lima pelajar perempuan bertumbuk


KUALA TERENGGANU 13 Julai - Polis akan mengambil keterangan lima pelajar perempuan dari dua sekolah menengah di Dungun, berhubung insiden pergaduhan sesama sendiri, di sebuah surau di Kampung Ketengah Jaya, Dungun bulan lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Terengganu ACP Mohd Fauzi Abduri berkata tiga daripada mereka ialah pelajar Tingkatan Dua Sekolah Menengah Kebangsaan Ketengah Jaya, yang didakwa dalang kejadian itu.

“Kami telah kenalpasti ketiga-tiga pelajar terbabit. Polis juga akan mengambil keterangan dua lagi pelajar termasuk seorang pelajar yang menjadi mangsa dalam kejadian itu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana bergaduh sehingga mendatangkan kecederaan.

Thursday, 9 July 2009

Bina bisnes internet SEBENAR dalam 4 minggu... dapatkannya SEKARANG!

Jika anda belum dapatkan The Four Weeks To Freedom
(T4WTF), dapatkannya sekarang.

Klik Sini

T4WTF merupakan produk yang bakal mengubah persepsi
anda tentang bisnes internet -- dan juga membina bisnes
internet yang bakal membina pendapatan internet yang
stabil dan berkembang.

Jika bisnes internet anda tidak ke mana, inilah masanya
untuk anda mendapatkan T4WTF dan lipat-kali gandakan
keuntungan anda.

Jika anda seorang yang belum memulakan bisnes internet,
kenapa harus belajar dari sumber yang tidak tahu
betul atau tidak?

Zamri Nanyan dan Patric Chan mempunyai pengalaman menjana
pendapatan sejak 2003 lagi, dan akan mengajar anda bagaimana
membina perniagaan internet SEBENARnya (bukan sekadar buat
duit di internet sahaja)

Jika Patric mampu menjadi jutawan internet dengan
cara yang beliau gunakan, kenapa tidak anda pelajar
terus daripada beliau? (melalui T4WTF)

Usah bazirkan masa anda lagi dengan pelbagai ebook
dan ecourse teori yang tak tahu betul atau tidak
apa yang diajar oleh orang yang belum buktikan
keberkesanannya. Ianya akan menjadikan anda lebih
keliru.

Serba sedikit mengenai program T4WTF.

T4WTF mempunyai 4 modul audio, transkrip, mindmaps,
checklist dan software yang akan diberikan kepada
anda setiap minggu.

Modul #1 - bagaimana untuk mencipta pendapatan
pantas

Modul #2 - bagaimana membina strategi untuk
menguasai sesuatu niche market.

Modul #3 - bagaimana membina aset

Modul #4 - bagaimana mencari kekuatan dan
membina sistem untuk bisnes anda

Dengan 4 modul yang disajikan, anda bukan sahaja
boleh belajar, malah anda boleh mengikutinya
secara praktikal setiap minggu sehingga anda berjaya
membina bisnes internet anda sendiri.

Saya tak tahu siapa lagi yang boleh berikan peluang
sebegini, mengikuti pembelajaran terus daripada
jutawan internet, setiap minggu selama 4 minggu pada
harga yang tak masuk akal.

Jika saya berada di tempat anda, saya tak akan
lepaskan peluang ini, dan buat pesanan tanpa banyak
soal.

Semakin lama anda bertangguh, semakin jauh anda
mencapai kejayaan di dalam bisnes internet anda.

Kini, untuk memudahkan anda memahami mesej yang ingin
saya sampaikan, Zamri Nanayn telah pun menyediakan laman
web Bahasa Malaysia. Lihatnya di

KLIK SINI DAA

ikhlas,

[[nama anda]]

ps. berita baik! ada beberapa tempat sahaja lagi
untuk pembeli mendapat tiket ke seminar "Memulakan
Bisnes Internet". Seminar ini adalah dalam
bahasa Malaysia, dan Patric juga akan berada di
sana. Saya sendiri pun tak sabar untuk menemui
Zamri Nanyan dan Patric Chan.

Tuesday, 7 July 2009

DAP Kedah Melampau!! Tak puas Hati Kuota Bumi 50%


DAP berani buat ugutan di Kedah

PENARIKAN keluar wakil DAP dalam kerajaan campuran pakatan pembangkang di Kedah semakin menarik. Matlamat politik DAP masih lagi berbau perkauman yang sempit dan harus ditolak oleh semua kaum jika Satu Malaysia hendak direalisasikan.

Wakil DAP, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Darulaman, Lee Guan Aik mengatakan penarikan diri beliau bukan sekadar isu merobohkan pusat penyembelihan babi di Kampung Berjaya malah termasuk juga isu pentadbiran kerajaan negeri Kedah yang lain seperti kuota pemilikan rumah 50 peratus untuk kaum Bumiputera. Beliau juga mahukan kerajaan yang telus dan kesamarataan dalam polisi untuk semua kaum seperti yang diperjuangkan oleh pakatan pembangkang.

Pengerusi DAP Kedah/Perlis Thomas Su pula menuduh Majlis Bandaraya Alor Setar merancang merobohkan kuil-kuil Hindu dan tokong-tokong Cina. Tuduhan seperti ini adalah berbahaya kerana membakar semangat perkauman dan tidak boleh dibiarkan.

Jika tuduhan itu tidak benar kesannya sudah pun berlaku. Perasaan curiga antara kaum sudah berputik. Apakah tindakan Kementerian Dalam Negeri mengenai hasutan seperti ini?

Tindakan DAP dilihat tidak menunjukkan sikap kesamarataan untuk semua kaum seperti yang dilaung-laungkan. Janganlah bertindak mengikut kriteria untuk memuaskan hati sesuatu kaum sahaja.

Isu pusat penyembelihan babi mestilah mengambil kira sensitiviti kaum lain juga. Ia tidak boleh berdekatan dengan kawasan penduduk yang didiami oleh semua kaum. Menteri Besar Kedah telah pun meminta pihak yang terlibat mencari alternatif lain.

Tempoh supaya berpindah yang lama telah pun diberi. Jadi tidak timbul soal tindakan yang terburu-buru dan tidak berperikemanusiaan.

Isu kuota pemilikan rumah 50 peratus bagi kaum Bumiputera juga tidak harus dipersoalkan kerana majoriti penduduk di Kedah adalah kaum Bumiputera. Adakah DAP mahu orang Melayu hanya tinggal di kampung sahaja dan tidak layak tinggal di bandar-bandar?

Mengapa kuota pemilikan rumah mesti kekal 30 peratus walhal kaum Bumiputera di Malaysia adalah melebihi 60 peratus.

Di sinilah dilihat pemikiran sesetengah pemimpin DAP yang masih lagi berlandaskan keperluan untuk sesuatu kaum sahaja. Jika tidak boleh berkompromi dalam satu-satu pakatan, mana mungkin DAP dapat bekerjasama mentadbir satu kerajaan.

Baru mentadbir sebuah negeri sahaja sudah menunjukkan sikap yang cenderung memihak kepada kaum tertentu bagaimana pula mahu bekerjasama dalam satu kerajaan yang besar di peringkat pusat.

Kerajaan BN yang diterajui oleh Datuk Seri Najib Tun Razak sudah pun meliberasikan banyak perkara tetapi sesetengah pemimpin DAP masih memperjuangkan ideologi yang sempit.

Kerajaan negeri Kedah yang diterajui Pas tidak usah berlembut dengan ugutan daripada DAP. Parti itu cuma mempunyai seorang wakil sahaja tapi sudah berani membuat ugutan. Pemimpin Pas harus bijaksana membuat keputusan.

Monday, 6 July 2009

Kerajaan Kelantan GAGAL membawa "membangun bersama Islam' ?



Retorik 'membangun bersama Islam'

PADA Pilihan Raya Umum 1990, rakyat dipujuk untuk menukar kerajaan negeri Kelantan daripada Barisan Nasional (BN) kepada Pas supaya negeri itu "membangun bersama Islam".

Rakyat Kelantan akhirnya setuju menukar kerajaan. Oleh itu, BN tewas pada PRU tersebut. Pas pula memerintah Kelantan hingga ke hari ini.

Mandat itu diberikan kerana manifesto "membangun bersama Islam" yang bererti Pas akan membangunkan Kelantan selaras dengan prinsip dan tuntutan Islam. Agama suci itu sememangnya menggalakkan ekonomi umat, keluarga dan negara atau negeri diperkasakan.

Ini juga kerana satu daripada prinsip utama politik Islam adalah mengenai keadilan sosial yang perlu diwujudkan menerusi sistem sosial dan ekonomi Islam.

Rakyat Kelantan melakukan perubahan itu kerana Islam mempunyai prinsip-prinsip pembangunan ekonomi dan masyarakat seperti yang ditentukan oleh al-Quran dan diperjelaskan lagi oleh para sarjana termasuklah Abu Yusof, Tusi, Ibn Taimiya dan Ibn Khaldun yang diiktiraf secara universal sebagai Bapa Sains Sosial.

Antara lain, Ibn Taimiya menitikberatkan aspek tanggungjawab negara (pemerintah) untuk memenuhi keperluan asas rakyat. Tusi memfokus kepada kebajikan masyarakat. Ibn Khaldun pula menghuraikan pertalian antara faktor-faktor ekonomi, politik, sosial, etika dan pendidikan.

Ini bermakna pertukaran kerajaan BN kepada Pas di Kelantan pada 1990 adalah kerana rakyat mengharapkan "pembangunan ekonomi Kelantan secara Islam akan menjadi agenda penting kerajaan Pas".

Saya jadi rakan kongsi Pas atas prinsip "menang-menang" sejak 2004. Pada PRU 11 pada tahun itu, saya tanding kerusi Parlimen Pasir Mas atas tiket Bebas, kerana saya dipecat oleh UMNO.

Saya tewas. Tetapi Pas mempertahankan negeri Kelantan dengan majoriti dua kerusi DUN sahaja. Waktu itu Pas gelar saya "Khalid Ibn Walid". Jika saya tidak jadi rakan kongsi mereka, tentu lain kesudahannya.

Pada PRU 12 pada 2008, saya sekali lagi teruskan perkongsian dengan Pas atas dasar memang-menang. Pas berikan saya laluan untuk bertanding. Saya menang. Dan Pas pula menang dengan majoriti lebih besar.

Tetapi demi rakyat Kelantan, dan dengan rasa hati yang amat berat, saya terpaksa tegaskan, bahawa manifesto Pas pada PRU 1990 itu masih belum jadi kenyataan.

Sikap berterus-terang dan lantang ini saya hayati sejak menjadi pemimpin pelajar pada pertengahan 1970-an. Sebab itu yang benar saya katakan benar dan yang sebaliknya tetap saya tegur demi kebaikan rakyat.

Walaupun hampir 20 tahun berlalu, janji Pas untuk membolehkan rakyat dan negeri Kelantan "membangun bersama Islam" masih dinanti-nantikan. Sepanjang tempoh itu, majoriti hasil Kelantan bergantung kepada tanah, balak dan lombong. Hasil perindustrian yang besar hanya sekadar impian.

Contohnya, kerajaan negeri menjangka hasil sebanyak RM401 juta menerusi Belanjawan 2008. Perbelanjaan mengurusnya pula melebihi perolehan hasil, iaitu sebanyak RM424.73 juta. Ini bermakna ia adalah belanjawan defisit.

Anggaran hasil bagi 2008 sebanyak RM401 juta itu, majoritinya daripada hasil tanah dan perhutanan. Hasil tanah sebanyak RM166.68 juta atau 41.57 peratus, dan hasil perhutanan sebanyak RM90.97 juta atau 22.69 peratus daripada jumlah seluruhnya.

Lain-lain sumber hasil adalah daripada penjualan batu kuari, fee Mahkamah Syariah, fee untuk Laporan Cadangan Pemajuan di bawah Jabatan Perancang Bandar dan Desa, serta pungutan fee pendaftaran nikah melalui e-nikah.

Ini bermakna kerajaan negeri hanya bergantung sepenuhnya kepada tanah, hutan, batu kuari, Mahkamah Syariah dan pernikahan rakyatnya untuk mendapatkan hasil negeri.

Kedudukan kewangan seperti ini sebenarnya sangat mengecewakan rakyat Kelantan kerana hasil sebuah syarikat yang tersenarai di Papan Kedua BSKL pun lebih besar daripada itu.

Jika ramai rakyat Kelantan tidak bayar cukai tanah, kayu balak makin pupus, batu kuari tidak ada pembeli, kes-kes Mahkamah Syariah berkurangan dan pernikahan juga kian merosot, maka akan kosonglah kocek kerajaan negeri.

Sekiranya Kerajaan Pusat memberhentikan terus pembiayaan projek-projek pembangunan di Kelantan yang bernilai berbilion ringgit, rakyat negeri berkenaan pasti hanya mampu menghisap jari kerana kempunan.

Hakikatnya ia tidak harus berlaku. Kerajaan negeri sepatutnya memajukan sektor perindustrian. Tetapi, mengapakah ia gagal dilakukan? Kenapa kilang-kilang yang sedia ada memberhentikan operasinya?

Ekonomi Kelantan sepatutnya sudah menjadi lebih kukuh daripada sewaktu pemerintahan BN. Di Kelantan ada banyak pantai yang indah dan menarik. Ada air terjun dan ada gua. Sungai Kelantan pun patut penuh dengan restoran terapung seperti di Sungai Nil di Mesir.

Anehnya, mengapakah potensi pelancongan seperti ini tidak dibangunkan? Kenapa tidak dieksploitasi wang pelabur dari dunia Islam? Tempoh 20 tahun adalah terlalu lama untuk berdepan dengan kegagalan!

Beribu-ribu anak Kelantan telah lulus universiti, menjadi tenaga professional dan warga korporat di luar Kelantan. Sumber intelek dan tenaga insan seperti ini juga mengapa tidak digembleng untuk membangunkan negeri?

Kelantan mempunyai beraneka jenis kuih- muih yang unik dan lazat. Ada jala emas, ada tahi itik, ada akuk dan lain-lainnya. Ini pun tidak mampu untuk dikomersialkan?

Begitu juga Kelantan mempunyai budaya yang tersohor. Ada mak yong dan menora. Ada dikir barat, ada wayang kulit. Ini semua tidak boleh dijadikan sumber pendapatan negeri? Kelantan cukup masyhur dengan kraf, batik dan songket. Itu pun tidak mampu untuk diperkasakan oleh kerajaan Pas?

Kalau ini semua sukar untuk dilaksanakan, industri serban, kopiah dan jubah seperti dibangunkan oleh masyarakat Islam di China, pun susah untuk dimajukan?

Kerajaan Kelantan sepatutnya sudah menganjurkan seminar untuk menarik pelaburan negara-negara Islam. Kerajaan negeri juga sepatutnya sudah menganjurkan misi perdagangan ke Arab Saudi, Kuwait, Qatar, Iran dan lain-lain negara di Asia Barat.

Namun semua ini hanya tinggal harapan. Ia belum jadi kenyataan. Malangnya bila rakyat bersuara, kerajaan negeri mula menuding ke arah kerajaan pusat sebagai punca kegagalannya.

Berdasarkan seluruh hakikat di atas, rakyat Kelantan perlu berani bangkit dan mempersoalkan kegagalan Pas dalam melaksanakan manifesto "membangun bersama Islam" yang dijanjikan pada 1990. Tindakan ini diizinkan oleh Islam.

Kerajaan Kelantan perlu menjelaskan kepada rakyat, apakah punca yang menggagalkan pelaksanaan manifesto itu.

Saya memang menghuraikan seluruh perkara di atas sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai.

Pilihan raya kecil itu adalah pentas terbaik untuk rakyat memulakan gerakan mengaudit kerajaan Kelantan yang gagal melaksanakan manifesto itu.

Rakyat perlu insaf, pembangunan bukan setakat mengharamkan kedai empat nombor ekor. Pembangunan bukan hanya membuka pasar raya besar. Pembangunan bererti mampu menjana peluang pekerjaan yang besar untuk rakyat.

Oleh itu, isu pembangunan ekonomi dan kesejahteraan rakyat perlu mengatasi seluruh retorik politik dalam kempen di Manek Urai.

Pihak BN perlu menggunakan isu-isu ini sebagai "serangan ke tahap maksimum". Jangan asyik bersikap defensif dan akhirnya terjebak dengan retorik Pas.

Jika BN juga masih belum mengotakan apa-apa janji, tunaikan segera sebagai bukti BN bersikap budiman dan tetap mengotakan janjinya.

Pas pula perlu menggunakan Manek Urai sebagai pentas utama untuk memberitahu rakyat mengapakah ia gagal melaksanakan manifesto PRU 1990.

Pas jangan asyik salahkan pihak lain. Jangan enggan bermuhasabah diri. Jangan marah bila ditegur. Dan janganlah pihak yang menegur secara ikhlas pula didesak untuk meletak jawatan atau keluar parti.

Para pengundi Manek Urai akan berkesempatan menilai parti manakah yang mampu menunaikan janji dan mampu pula membawa pembangunan.

Menerusi kaedah ini, calon yang wajar diberikan sokongan dan kemenangan hendaklah dikaji daripada sudut kemampuan partinya untuk membawa pembangunan fizikal kepada rakyat.

Rakyat Kelantan perlu bertindak sekarang. Kalau dalam PRU 12, rakyat bertindak menyedarkan BN supaya jangan asyik terlena, di Manek Urai kita sedarkan Pas bahawa mandat rakyat jangan dipersia-siakan.

Tindakan ini perlu terutamanya bila situasi mutakhir ini menyaksikan agama Islam, bahasa Melayu, Raja-Raja Melayu dan keistimewaan Melayu sedang diganggu-gugat oleh sesetengah pihak.

Rakyat perlu diberitahu dan dididik untuk memilih kail, bukannya ikan.

Akhir sekali, rakyat perlu insaf bahawa Kelantan boleh jadi maju jika pemimpin Pas bersikap berani, jujur dan penuh kreativiti.

Sejak 20 tahun lalu, semuanya hanya retorik bukannya realiti. Bertindaklah sekarang demi kemajuan bersama!

DATUK IBRAHIM ALI ialah Ahli Parlimen Pasir Mas, Kelantan dan juga Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa)