Pages

Saturday, 27 June 2009

Fenomena Michael Jackson



PENGHUJUNG karier seni Raja Pop ini penuh berliku. Namun Michael Jackson atau lebih akrab dikenali sebagai Jacko di kalangan peminatnya, tetap merupakan "jenama" yang tiada dua.

Kehidupan aneh dan misteri yang dilaluinya turut membantu memastikan namanya tidak terpadam dalam senarai penyanyi popular sepanjang zaman.

Malah Jackson turut disamakan dengan Elvis Presley dan Beatles. Beliau dianggap legenda pop oleh peminatnya di seluruh dunia. Jackson tetap dipuja walaupun zaman kegemilangannya semakin pudar ekoran perubahan masa dan kemelut peribadi.

Maka tidak hairanlah apabila berita kematiannya semalam sangat mengejutkan peminat. Malah ramai yang tidak percaya dan menganggap ia hanya "jenaka tidak bertanggungjawab" yang disebarkan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).

Namun manusia tidak boleh menolak ketentuan Tuhan. Takdir telah menentukan raja pop ini meninggal dunia pada 25 Jun 2009. Beliau disahkan mati pada 2.26 petang Khamis (5.26 pagi Jumaat waktu Malaysia) di UCLA Medical Center. Beliau meninggal selepas dikejarkan ke pusat perubatan itu setelah tidak sedarkan diri di kediamannya di kawasan elit Holmby Hills, Los Angeles.

Sebaik kematiannya disahkan, semua stesen televisyen dan radio mula menyiarkan berita mengenai ikon pop ini. Stesen MTV memutarkan semula video-video muzik beliau sementara saluran CNN menyiarkan pelbagai program tanpa henti mengenai Jackson termasuk bual bicara secara langsung.

Fenomena penyiaran program tanpa henti mengenai Jackson itu bukan hanya berlaku di Amerika malah turut 'berjangkit' sehingga ke Eropah, Australia dan Asia. Stesen-stesen televisyen di Sydney, London, Mumbai, Seoul dan Tokyo turut berbuat demikian. Ia merupakan satu penghormatan kepada bintang berkenaan.

Jackson yang akan genap 51 tahun pada 29 Ogos ini menghembuskan nafas terakhir akibat kegagalan fungsi jantung.

Menyedihkan kerana kematian itu berlaku sewaktu beliau dalam persiapan rapi untuk mengadakan comeback dalam dunia hiburan. Jackson dijadual mengadakan persembahan di London, bulan depan. Beliau dilaporkan bekerja keras dengan terlibat dalam latihan serius bagi memastikan kejayaan konsert berkenaan.

Pemergian bintang berbakat besar tetapi "tidak selesa dengan dirinya sendiri" itu bukan sahaja diratapi oleh peminat malah turut ditangisi oleh rakan-rakan seperjuangan.

Antaranya ialah Madonna, Paul McCartney, Sofia Loren, Brooke Shields dan bekas isterinya, Lisa Marie Presley.

Bagaimanapun sahabat baiknya yang merupakan penerbit dari Tunisia, Tarak Ben Ammar menganggap kematian Jackson itu disebabkan oleh "doktor-doktor tidak jujur" di sekeliling raja pop tersebut.

Tarak menyifatkan mereka sebagai "doktor berhati binatang" kerana mengambil kesempatan ke atas masalah psikologi Jackson. Katanya, Jackson menghidap hypochondria iaitu sejenis gangguan psikologi yang menyebabkan beliau merasakan dirinya sakit dan tidak sempurna sedangkan hakikatnya tidak.

"Beliau menghidap hypochondria tetapi doktor di sekelilingnya tidak membantu malah mengambil kesempatan. Mereka memusnahkan wajahnya dan memberi ubat kononnya untuk menghilangkan kesakitan.

"Sebenarnya mereka itu hanya mengaut keuntungan dengan mengenakan bayaran yang bukan-bukan dan mengambil kesempatan di atas kelemahannya itu," katanya yang mendakwa Jackson banyak bergantung pada ubat penahan sakit dan ubat tidur.

Pendapat Tarak itu mungkin ada kebenarannya berdasarkan kenyataan bekas pegawai seranta Jackson, Michael Lavine. Lelaki itu berkata beliau tidak terkejut dengan cara kematian Jackson.

"Beliau menjalani hidup yang sukar dan sering berkelakuan merosakkan diri. Bakatnya tidak boleh dipersoalkan tetapi beliau juga tidak terlepas daripada nilai kehidupan normal.

"Jackson adalah individu yang tidak tahan dengan tekanan berterusan," tegas Lavine.

Pengakhiran kerjaya Jackson itu sebenarnya sangat berbeza dengan detik-detik kegemilangan yang diraih olehnya sepanjang meniti ke puncak.

Lelaki keturunan kulit hitam yang dilahirkan pada 29 Ogos 1958 di Gary, Indiana itu memulakan kerjaya seni menerusi kumpulan "The Jackson 5". Beliau yang ketika itu hanya berusia empat tahun, menyertai empat abangnya, Marlon, Jermaine, Jackie dan Tito dalam kumpulan tersebut. Mereka membuat persembahan pertama dalam program The Ed Sullivan Show pada 1963.

Album pertama kumpulan itu Diana Ross Presents the Jackson 5 turut memuatkan lagu hit I Want You Back dan I'll Be There yang termuat dalam carta lagu popular ketika itu.

Pada usia 14 tahun beliau tampil dengan album solo pertama, Got to Be There walaupun masih bersama The Jackson 5.

Bagaimanapun album Off the Wall pada 1979 melonjakkan namanya apabila empat daripada lagu dalam album itu mendominasi carta teratas 10 lagu popular.

Namanya mula meniti di bibir peminat dan digilai di seluruh dunia pada 1982 dengan kelahiran album Thriller yang memuatkan lagu Billie Jean dan Beat It. Album itu memenangi lapan anugerah Grammy dan muncul sebagai album terlaris sepanjang zaman.

Sementara itu, album Bad yang dihasilkan pada 1987 turut mendapat perhatian apabila lima lagu daripada album itu memonopoli carta dan terjual sekitar 22 juta salinan di seluruh dunia.

Riwayat hidup Jackson mula menjadi rumit apabila beliau dituduh mencabul seorang budak lelaki berusia 13 tahun pada 1993. Walaupun kes itu berjaya diselesaikan di luar mahkamah namun ia memberi kesan buruk kepada kerjayanya.

Beliau cuba bangkit daripada tragedi itu dengan melancarkan album HIStory: Past, Present, and Future Book I pada 1995. Lagu You Are Not Alone muncul lagu pertama dalam sejarah muzik pop untuk berada pada kedudukan teratas carta "Billboard".

Beliau cuba menghentikan cakap-cakap kurang enak tentang kecenderungan seksnya apabila memutuskan untuk berkahwin dengan Lisa Marie, anak "Raja Rock n Roll", Elvis Presley pada Februari 1994.

Bagaimanapun perkahwinan itu gagal bertahan lama apabila pasangan itu berpisah pada 1996.

Jackson kemudiannya berkahwin dengan Deborah Rowe pada November 1996. Perkahwinan yang berakhir pada Oktober 1999 itu melahirkan dua anak lelaki iaitu Michael Joseph Jackson atau Prince Michael dan Paris Michael Katherine.

Beliau mendapat seorang lagi anak lelaki - Prince Michael II daripada seorang ibu tumpang. Titik hitam dalam kehidupan peribadi dan kerjaya Jackson berulang lagi apabila didakwa sekali lagi di mahkamah pada Disember 2003 atas tuduhan pencabulan kanak-kanak.

Namun beliau dibebaskan daripada semua dakwaan berhubung salah laku seksual itu pada tahun 2005.

Bagaimanapun, rentetan hidup sejak beberapa tahun kebelakangan terutama selepas insiden dituduh mencabul pada 2003 itu benar-benar menjadi pukulan hebat kepada penyanyi ini.

Publisiti buruk berhubung kes tersebut, kerjaya yang semakin menjunam selain berdepan dengan ancaman muflis menyebabkan Jackson semakin tertekan. Akibatnya beliau dilaporkan banyak bergantung kepada ubat penenang.

Bagaimanapun beliau dikatakan cuba mencari ketenangan dengan mendekati agama Islam selepas melihat gaya hidup abangnya, Jermaine yang telah memeluk Islam sejak 1989. Jermaine sendiri mengaku sering menghadiahkan buku-buku mengenai Islam kepada Jackson kerana mahu adiknya itu menjadi lebih tenang dan mempunyai arah hidup yang lebih baik.

Jackson akhirnya dilaporkan memeluk Islam di rumah seorang sahabatnya, Steve Porcaro di Los Angeles pada November lalu. Porcaro adalah seorang daripada komposer yang menghasilkan lagu untuk album Thriller beliau.

Penyanyi tersebut juga dikatakan menukar namanya kepada Mikaeel. Bagaimanapun Jakson tidak pernah mengesahkan berita mengenai peng-Islamannya itu. Dan ia kekal menjadi misteri kepada penyanyi tersebut

Friday, 26 June 2009

Michael Jackson MENINGGAL DI uSIA 50 tahun

Suasana hiba dan tangisan ratusan peminat mengiringi kematian raja pop, Michael Jackson di pekarangan hospital di sini, hari ini.


“Sehingga saat ini, saya tidak percaya kami kehilangan raja penghibur yang tiada tandingannya," kata Lana Brown, 49, dari Dallas yang air mata berlinangan.

Lana yang mengakui peminat fanatik Michael atau Jacko berkata beliau sedang bercuti bersama keluarganya apabila diberitahu rakannya menerusi telefon mengenai kematian Michael.

Seperti ratusan lagi peminat Michael, Lana terus bergegas ke hospital UCLA di sini untuk melihat sendiri apa yang berlaku terhadap penyanyi kesayangannya itu.

“Say amat terkejut kerana tiada siapapun yang terfikir Michael akan meninggalkan kita untuk selama-lamanya.

"Orang seperti Michael Jackson akan hidup selama-lamanya, seperti Peter Pan,” kata Yoshiko Plair sambil menghadiahkan jambakan bunga matahari untuk Michael.

Ejen hartanah berusia 49 tahun itu memberitahu mengetahui berita kematian Michael menerusi khidmat pesanan ringkas (sms) dan telefon bimbit menerusi rakannya.

Beliau terus meninggalkan pejabatnya dan sempat ke rumah untuk memakai kemeja-t “Thriller” bersama kakak dan dua anak saudaranya bergegas ke hospital berkenaan.

“Dia menukar muzik, dialah yang bertanggungjawab menaikkan musik orang kulit hitam ke MTV sekarang, kata Plair.

“Saya menjadi peminatnya bermula daripada lagu pertamanya. Saya akan terus berbangga dengannya," katanya.

Pelajar, Ashley Leon, 20, juga bergegas ke hospital itu sebaik menerima berita bahawa Michael pengsan sebelum meninggal dunia.

“Saya telefon rakan serumah saya yang juga peminat fanatik Michael kerana ia satu kehilangan besar dalam hidup kami.

"Tahukah anda, kami membesar sealiran dengan muzik ciptaannya,"

Tuesday, 23 June 2009

Pengsan dituduh perempuan sundal

oleh SITI NUR AFZAN KASIMAN

Ratu Kebaya sebanyak 12 kali, Halimah Shuib, 66, mengaku sembilan lelaki termasuk yang bergelar Tan Sri masuk meminang beliau sejak pertengahan tahun lalu. Bagaimana agaknya beliau menolak godaan lelaki-lelaki pada zaman mudanya?


HALIMAH meniru gaya beliau semasa menjadi Ratu Kebaya dahulu.


Menurut pandangan penulis, pengasas jamu Mak Dara kelahiran Rengit, Batu Pahat, Johor ini masih ‘mengancam’. Dengan tubuh tinggi lampai, sosok ibu beranak enam ini masih ketara.

“Kalau jaga makan, bersenam, cukup tidur dan amalkan petua orang lama, tidak susah hendak kekalkan bentuk badan. Tapi yang lebih penting, badan kekal sihat,” kata Halimah Shuib, pemenang pertandingan Ratu Kebaya sebanyak 12 kali.

Menceritakan detik pertama bergelar Ratu Kebaya, Halimah memberitahu beliau menyertainya ketika berumur 11 tahun.

“Masa itu, saya darjah lima. Pada mulanya saya tak berminat sangat kerana tidak pandai bergaya.

“Tapi bila ada lori masuk ke kampung dan uar-uarkan ada pertandingan Ratu Kebaya untuk kutip derma, keluarga mencadangkan supaya saya mencuba nasib.

“Walaupun baru 11 tahun, tubuh saya besar dan kelihatan lebih dewasa berbanding usia. Kalau tak silap, tinggi saya masa itu sudah lebih 160 sentimeter.

“Seminggu menghampiri hari pertandingan, saya rasa gemuruh. Dah boleh terbayang saya kena berjalan di atas pentas depan ramai orang.

“Untuk pertandingan itu, saya menjahit sendiri baju kebaya. Nak kata pandai menjahit tak juga. Bila tengok fesyen di majalah, saya cuba ikut. Emak pula hadiahkan kasut tumit tinggi dan kain batik jawa,” ceritanya.

Dalam pertandingan yang disertai 23 gadis dari sekitar pekan Rengit itu, Halimah memakai angka giliran 19.

“Lepas seorang, seorang peserta berjalan. Bila tiba giliran saya, orang ramai bersorak menyebabkan saya semakin bersemangat.

“Selepas seminggu, baru keputusan diumumkan dan saya mendapat tempat pertama.

“Hadiah yang saya dapat tidak sebesar pertandingan Ratu Cantik sekarang, lagipun ia dianjurkan untuk mengutip derma,” katanya.

Selepas pertandingan itu, apabila ada pertandingan Ratu Kebaya, Naib Penghulu pekan Rengit pasti mempelawa Halimah untuk bertanding. Kejayaan demi kejayaan menyebabkan beliau dikenali sebagai Ratu Kebaya.

Surat cinta satu almari

Selain beraksi di pentas peragaan, Halimah juga aktif dalam pentas sandiwara dan digelar biduanita kampung ketika itu.

“Saya berlakon pentas dan menyanyi untuk majlis-majlis keramaian yang diadakan di kampung dan sekitar Johor.

“Kenangan yang saya ingat sampai sekarang ialah bila berpeluang menghiburkan peserta rombongan pelakon pentas yang dianggotai P. Ramlee, Sarimah dan beberapa nama besar lain.

“Selesai berlakon, P. Ramlee naik ke pentas dan memberikan hadiah kepada saya. Memang momen itu akan kekal dalam ingatan saya sampai bila-bila,” kenang beliau.

Dengan gelaran Ratu Kebaya dan aktif di pentas keraian, Halimah mengakui beliau diburu ramai lelaki sehinggakan surat-surat cinta mereka tidak mampu dibalas Halimah.

“Selepas nama Halimah Shuib semakin dikenali di negeri Johor, saya dapat banyak surat. Satu almari kayu penuh dengan surat peminat. Setiap minggu, posmen akan bawa tiga ikat surat, hanya untuk saya. Ada yang hendak berkawan, minat dengan lakonan saya dan ramai juga yang ajak berkahwin.

“Ada juga orang kenamaan yang ingin memperisterikan saya, tapi saya pegang kata bapa dan emak, enggang sama enggang, pipit sama pipit.

Pada usia 13 tahun, Halimah berkahwin buat kali pertama. Selepas mendapat seorang anak, suaminya meninggal dunia.

“Hidup sebagai ibu tunggal pada usia belasan tahun tidak mudah ketika itu. Saya aktif semula dalam pertandingan dan arena pementasan sehingga bertemu jodoh untuk kali kedua.

“Selepas memiliki tiga orang anak, saya melupakan pentas peragaan dan menumpukan perhatian terhadap keluarga.


MENANGIS ditinggalkan suami.


“Namun, saya sangkakan panas sampai ke petang, rupa-rupanya hujan di tengah hari. Suami meninggalkan saya dan enam anak yang masih kecil,” luahnya.

Kehidupan Halimah berubah selepas itu. Demi anak-anak, beliau mencuba pelbagai pekerjaan termasuk berniaga nasi campur.

“Saya pernah berniaga nasi campur di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur. Perniagaan berjalan baik walaupun banyak cabaran yang terpaksa saya dan anak-anak tempuhi.

“Malangnya gerai saya disita penguat kuasa bandar raya. Habis semua kena angkut termasuk barang basah yang baru dibeli dari pasar bernilai RM650.

“Masa itu memang saya terduduk. Sewa rumah tak boleh bayar, kereta kena tarik dan akhirnya kami dihalau dari rumah sewa.

“Dek kerana tiada tempat nak bermalam, kami menumpang tidur di tepi longkang tuan rumah sewa. Makan pun kena cari dalam tong sampah, minum pun air paip saja,” beliau.

Jadi tukang masak di Genting Highlands

Tidak mahu terus hidup melarat, Halimah menghantar anak-anaknya pulang ke Rengit manakala beliau bekerja sebagai tukang masak di Muslim Café di Genting Highlands.

Dua tahun bekerja di sana, Halimah berhenti dan pulang ke kampung.

“Ramai yang dengkikan saya. Masa saya bekerja di Genting, ada yang kata saya menyundal di atas bukit. Sampaikan ada orang kampung yang datang buat rombongan ke Genting, nak tengok apa pekerjaan sebenar saya.

“Apabila balik bercuti di kampung, emak mula cerita cakap-cakap belakang orang kampung terhadap saya. Bila emak kata dia percaya anaknya cari rezeki halal dan bukan perempuan sundal, saya terus lembik dan pengsan.

“Tak sangka, ada yang sampai hati burukkan nama saya sampai macam itu sekali. Memang tidak mudah menjadi ibu tunggal. Ada saja yang tak kena pada mata orang lain,” luah Halimah.

Kini, bertemankan kekuatan daripada anak-anak, beliau mula dikenali terutama selepas jamu Mak Dara yang diasaskannya mendapat tempat di pasaran.

Bagaimana kehidupan bekas Ratu Kebaya ini sekarang selepas berpuluh tahun hidup tanpa lelaki bergelar suami di sisi?

“Saya dah serik dengan perkahwinan. Setahun saya menangis bila ditinggalkan suami.

“Walaupun ramai ingin berkawan rapat, saya lebih selesa jika berkawan biasa.

“Sejak pertengahan tahun lepas sampai sekarang, sudah sembilan orang yang datang meminang, semuanya berpangkat, ada kedudukan, ada yang bergelar Tan Sri dan Datuk, tapi hati saya belum terbuka hendak berpasangan lagi pada usia begini.

“Biarlah saya mengecapi kebahagiaan ini bersama anak dan cucu saya. Saya takut menangis lagi,” ujar Halimah yang mempunyai 19 orang cucu

Monday, 22 June 2009

Siapa yang akan untung? Politik Melayu Islam Malaysia Lemah!


APABILA Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membuat kenyataan meminta Timbalan Presiden parti itu, Nasharudin Mat Isa meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Bachok jika masih meneruskan hasrat untuk menubuhkan kerajaan perpaduan, mungkin ramai pihak sama ada di dalam Pas atau di luar Pas berasa gembira.

Bagi sesetengah di dalam Pas yang menyokong Nik Abdul Aziz mereka menganggap ia balasan kepada Nasharudin. Pada pandangan mereka, Timbalan Presiden Pas itu berhak menerima kenyataan sedemikian kerana dilihat kononnya sudah menjadi boneka UMNO.

Manakala bagi sesetengah yang berada di luar Pas pula, ia melambangkan bahawa parti itu berada di ambang perpecahan dan dari segi politik ada andaian nakal bahawa ia akan menguntungkan UMNO.

Namun hakikatnya, perbalahan pendapat berhubung penubuhan kerajaan perpaduan yang dicetuskan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu harus dilihat dalam skop yang luas. Mungkin kalau kita bersandarkan kepada kenyataan-kenyataan yang dibuat terutamanya kenyataan tegas Nik Abdul Aziz ia menampakkan Pas sedang menuju kepada perpecahan.

Tetapi persoalannya, adakah itu bermaksud ia akan memberikan keuntungan politik kepada UMNO? Apakah dengan berlakunya perbalahan dalam Pas maka orang Melayu akan menjadi lebih kuat? Kenapa perlu percanggahan pendapat itu dilihat dari sudut sempit seolah-olah dalam Pas kini sudah wujud puak-puak?

Atas sebab itulah, pertelingkahan yang berlaku perlu direnungi dengan pemikiran yang terbuka dan hati yang ikhlas. Kita tidak menafikan bahawa sejak awal lagi Nik Abdul Aziz sememangnya menentang penubuhan kerajaan perpaduan, dan di satu pihak lain, mereka melihat hanya melalui kerajaan perpaduan ia akan dapat menyelesaikan banyak konflik politik yang berlaku di negara ini dan sekali gus mampu merapatkan hubungan antara parti-parti politik Melayu.

Keadaan itu bermakna, perdebatan berhubung penubuhan kerajaan perpaduan akan berterusan selagi tidak ada kata pemutus apa kesudahannya. Oleh itu Nik Abdul Aziz berhak memberikan pandangan dan nasihatnya manakala pihak lain pula berhak mempertahankan idea mereka.

Sebagai sebuah negara demokrasi yang mengamalkan kebebasan bersuara dan memberikan pendapat, apa yang berlaku dalam Pas sekarang seharusnya dianggap perkara biasa dan bukannya satu perpecahan antara puak dalam Pas yang boleh meruntuhkan parti itu.

Biasalah, apabila ada idea baru yang dilihat tidak sinonim dengan perjuangan parti berkenaan sudah pastilah akan wujud pendapat pro dan kontra tetapi ini tidak bermaksud bahawa ia boleh menggugat kekuatan Pas.

Orang Melayu atau mana-mana pihak yang bernama Melayu tidak boleh mengharapkan perbalahan yang tercetus akan melemahkan Pas, ini kerana tiada siapapun yang akan untung. Malah jika kekuatan Pas tergugat, maka kedudukan orang Melayu juga akan turut sama terganggu. Ia kerana Pas adalah parti induk kedua terbesar kepada orang Melayu selepas UMNO.

Dalam keadaan UMNO sedang berusaha untuk bangkit semula, kekukuhan Pas tidak boleh diganggu gugat. Mahu tidak mahu orang Melayu perlu bergantung kepada kedua-dua parti tersebut bagi kepentingan survival politik mereka. UMNO tidak akan untung kalau Pas berpecah kerana ia bukanlah bermakna segala undi dalam pilihan raya akan menyebelahi parti itu.

Kita harus faham sikap dan pendirian penyokong-penyokong Pas, mereka tidak akan sewenang-wenangnya melemparkan undi kepada pihak lain tanpa arahan kepimpinan. Ahli-ahli Pas sentiasa istiqomah dalam memberikan sokongan kepada parti. Mungkin kenyataan ini tidak menyenangkan sesetengah pihak tetapi inilah hakikat yang berlaku dalam setiap kali pilihan raya.

undi rosak

Ahli atau penyokong Pas tidak akan keluar mengundi kalau mereka tidak menyukai seseorang calon hatta kalau calon itu dari Pas sekalipun, kalau pun mereka keluar mengundi, percayalah akan berlaku undi rosak.

Seperkara lagi, perbalahan atau perpecahan dalam Pas tidak akan mendatangkan faedah kepada orang Melayu sebaliknya hanya akan melemahkan lagi suara politik Melayu. Kita harus akui pada masa ini survival politik Melayu bergantung kepada UMNO dan Pas. Tetapi suara UMNO masih dalam proses pemulihan selepas mencapai keputusan tidak memberangsangkan dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu. Bagaimanapun UMNO tetap mempunyai kerusi terbanyak di Parlimen iaitu dengan menguasai 78 kerusi manakala Pas pula mempunyai 23 kerusi.

Oleh itu, kalaulah Pas berpecah ia sudah pasti akan menggembirakan puak-puak tertentu yang sememangnya ingin melihat kekuatan politik mana-mana parti yang bertunjangkan orang Melayu menjadi lemah. Melalui cara sedemikian, ia akan mampu meneruskan agenda-agenda mereka bagi membuat tuntutan yang bukan-bukan.

Apabila mereka berbuat demikian orang Melayu tidak ada tempat berpaut untuk bersuara kerana UMNO tidak mempunyai kuasa sepenuhnya manakala Pas pula kucar-kacir. Adakah ini yang dimahukan oleh mereka yang mengaku orang Melayu dan beragama Islam?

Dalam apa juga tindakan politik, kita seharusnya tidak memikirkan generasi Melayu pada hari ini tetapi fikirkanlah tentang masa depan anak cucu kita, apabila kuasa politik Melayu menjadi lemah sehingga ia terlepas ke tangan orang lain yang akan menanggung akibatnya di masa akan datang ialah anak cucu kita. Ketika itu, apabila orang Melayu merempat dan hilang kuasa politik, kesengsaraannya akan ditanggung semua anak Melayu tidak kira, mereka itu anak orang Pas atau UMNO.

Justeru berfikirlah dengan matang dalam berhadapan dengan isu perbalahan dan perdebatan mengenai kerajaan perpaduan ini. Orang Melayu tidak kira apa pun fahaman politiknya perlu mendoakan supaya ada titik pertemuan antara pemimpin-pemimpin Pas dan golongan itu dengan pemimpin UMNO serta ahli politik Melayu yang lain.

Sememangnya kalaulah melihat kepada kenyataan Nik Abdul Aziz atau ucapan beberapa perwakilan Pas dalam muktamar parti itu baru-baru ini, seolah-olah tiada harapan langsung untuk parti tersebut duduk berunding dengan UMNO.

Tetapi kita tidak boleh berputus asa, sebagai orang Melayu dan Islam sudah pasti ada titik persamaan di hati kecil kita yang dijadikan oleh Allah sebagai saudara seagama. Justeru adalah lebih baik jika kita mendoakan agar perbalahan pendapat yang tercetus dalam Pas sekarang dapat diselesaikan dengan sebaik-baiknya tanpa memudaratkan parti itu atau kuasa politik Melayu.

Kita harus memahami, kekuatan orang Melayu sudah berada di tahap yang teruk selepas pilihan raya umum lalu, ada pihak dalam kaum-kaum lain sudah tidak hairan lagi dengan kekuatan orang Melayu. Bagi mereka, lebih lama orang Melayu berpecah ia lebih baik untuk kepentingan perjuangan mereka.

Sebab itulah kenyataan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria memberi amaran perpecahan orang Melayu ketika ini terlampau teruk sehingga golongan majoriti itu kelihatan terlalu lemah perlu diberikan perhatian.

Kenyataan beliau adalah benar kerana pada masa ini orang Melayu seolah-olah menjadi pihak minoriti, apa sahaja yang hendak diketengahkan bagi kebaikan orang Melayu hatta untuk tujuan berunding semeja pun akan dilihat bersikap perkauman, tetapi apabila ada pihak lain beria-ia memperjuangkan hak kaum mereka tidak pula dilihat perkauman.

Fahamilah, pihak-pihak minoriti semakin berani atau lebih tepat lagi ‘besar kepala’ kerana mereka tahu orang Melayu berpecah belah. Orang Melayu bukan sahaja terbahagi ke dalam Pas dan UMNO sahaja malah ke dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan kelompok bebas.

Kesudahannya, orang Melayu tidak ada kata sepakat, kita berbalah sesama sendiri hatta dalam soal untuk mencari satu formula bagi menyatukan perbezaan antara kita. Akibatnya, kekuatan politik orang Melayu menjadi lemah. Kita tidak boleh senada menentang tuntutan melampau sesetengah pihak daripada kaum-kaum lain.

Satu pihak orang Melayu mengatakan tuntutan tersebut melampau manakala satu lagi pihak juga orang Melayu menganggap ia selaras dengan demokrasi. Kesudahannya, yang untung adalah pihak yang mengemukakan tuntutan dan orang Melayu tidak mendapat apa-apa juga.

Lebih buruk lagi, suara dan kuasa orang Melayu menjadi semakin mengecil, kita tidak lagi menjadi peneraju tetapi pengikut. Apakah ini yang kita mahukan? Apa untungnya UMNO dan Pas berbalah? Apa orang Melayu dapat kalau Pas berpecah? atau kenapa perlu bergembira apabila melihat UMNO semakin lemah?

Perbalahan yang berlaku di kalangan orang Melayu sekarang seolah-olah kita berada di atas satu pentas menuding jari antara satu sama lain, manakala pihak-pihak lain hanya menjadi penonton dan bertepuk tangan.

bekerjasama

Inilah kedudukan yang harus difahami oleh orang Melayu termasuklah kelompok-kelompok tertentu dalam blog-blog yang penulis lihat terlalu taksub menentang usaha menggalakkan UMNO dan Pas berbincang. Puak-puak ini seolah-olah ditutup mata dan hati mereka untuk melihat betapa pentingnya dua parti Melayu itu bekerjasama demi kepentingan orang Melayu dan umat Islam.

Bekerjasama bukan bergabung, inilah istilah yang disalahtafsirkan apabila tercetusnya idea kerajaan perpaduan. Mereka menentang idea itu kerana menganggap malah menuduh ada pemimpin-pemimpin tertentu dalam Pas termasuklah Nasharudin sudah ‘digula-

gulakan’ oleh UMNO untuk membolehkan Pas bergabung dalam UMNO.

Tidak cukup dengan itu, dalam blog-blog juga mereka menuduh ada agensi kerajaan tertentu telah ditugaskan bagi merealisasikan impian kerajaan perpaduan berkenaan. Tetapi persoalannya, apakah satu dosa kalau ada pemimpin Pas berusaha melaksanakan usaha menyatukan orang Melayu? atau apakah menjadi kesalahan kalau benarlah ada agensi kerajaan terlibat melakukan usaha yang sama demi kepentingan bangsa, agama dan negara?

Kenapakah perlu melihat bahawa kalau Pas dan UMNO duduk semeja maka ia akan menghakiskan kekuatan politik mana-mana parti terutamanya Pas? Kenapa tidak dibiarkan dahulu perundingan berjalan dan kemudian barulah kita memberi pandangan?

Kita harus faham bahawa pembentukan kerajaan perpaduan baru sekadar idea, oleh itu semua pihak berhak memberikan pandangan termasuk Nik Abdul Aziz. Akhirnya apa yang akan berlaku, disebabkan idea ini dicetuskan oleh Pas maka biarlah Pas yang membuat keputusan muktamadnya sama ada hendak diteruskan atau tidak usaha itu.

Tambahan pula UMNO sudah secara terbuka menyatakan mahu membuka lembaran baru dalam hubungan dengan Pas demi kepentingan umat Islam.

Ia sudah ditegaskan oleh Timbalan Presiden parti itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyatakan, sebagai umat Islam, kita digalakkan bermaaf-maafan.

Kita tidak menolak andaian bahawa berikutan perbalahan pendapat yang ketara dalam Pas, impian kerajaan perpaduan itu mungkin tidak akan menjadi kenyataan, tambahan pula dengan adanya suara-suara bantahan oleh sesetengah pemimpin pembangkang yang lain.

Namun begitu, ia tidak bermakna sebarang rundingan antara UMNO dan Pas yang melibatkan kepentingan orang Melayu dan Islam perlu didiamkan juga. Sebaliknya pintu kesediaan untuk bekerjasama dan berunding bagi tujuan berkenaan hendaklah sentiasa dibuka. Janganlah kerana merasakan kejayaan yang diperoleh dalam pilihan raya dan terlalu percaya bahawa arus rakyat semakin menyokong sesebuah parti memungkinkan segala pintu rundingan demi kebaikan umat Islam dipinggirkan.

Perpecahan di kalangan orang Melayu hanya merugikan kita tidak kiralah sama ada perpecahan itu berlaku dalam UMNO atau Pas. Jangan dibuat ukuran berdasarkan keuntungan politik semata-mata.

Kita tidak harus terperangkap dengan sebarang andaian kononnya UMNO bersedia berunding dengan Pas disebabkan UMNO dilihat semakin lemah dan memerlukan sokongan. Bukan UMNO yang mencetuskan idea kerajaan perpaduan tetapi Pas dan idea itu pula dizahirkan demi kebaikan bangsa, agama dan negara.

Oleh itu, semua orang Melayu perlu membuka minda mereka bagi memikirkan soal ini dengan tenang dan bukannya dipengaruhi oleh sebarang sentimen.

Saturday, 20 June 2009

Akhbar Cina Kurang Ajar? Propaganda akhbar Cina



SEMANGAT permuafakatan antara kaum tidak wajar diperjudikan atas desakan dan tuntutan yang jelas memperjuangkan kepentingan segelintir pihak semata-mata.

SEPANJANG minggu lalu (8-13 Jun), tiga isu utama menjadi perhatian akhbar-akhbar perdana berbahasa Cina.

Isu tersebut ialah mengenai survival sekolah Cina, tinjauan pendapat sama ada MCA wajar keluar daripada Barisan Nasional (BN) dan isu cadangan kerajaan perpaduan antara UMNO dan Pas.

Malangnya, isu yang dibincangkan menerusi ruangan editorial dan pendapat itu tidak dilihat dari sudut yang seimbang. Sebaliknya lebih menjurus kepada kepentingan kumpulan tertentu dan disorot dalam ruang yang sempit.

Dalam isu mengenai sekolah Cina misalnya, dasar pendidikan negara dipersalahkan kerana didakwa tidak berlaku adil. Kerajaan juga dikatakan menolak permohonan peruntukan pembiayaan sekolah menengah swasta Cina selain tidak mengiktiraf sijil peperiksaan gabungan sekolah menengah Cina.

Turut dikesalkan ialah kegagalan kerajaan meluluskan permohonan kekurangan guru di sekolah Cina serta keengganan mengiktiraf sijil-sijil kelulusan universiti dari negara China. Isu ini dibangkitkan semula rentetan pertemuan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan tujuh pertubuhan Cina, baru-baru ini yang disimpulkan tidak memberi hasil positif.

Kegagalan dasar kerajaan itu dibandingkan pula dengan kerajaan pembangkang yang memerintah di beberapa buah negeri. Kononnya kerajaan pembangkang memberi bantuan kepada sekolah Cina dan masyarakat Cina percaya akta pendidikan akan berjaya diubah jika mereka menyokong pembangkang.

Sebelum mengulas lebih lanjut mengenai polemik sekolah Cina ini, suka untuk diingatkan bahawa hanya Malaysia sahaja yang membenarkan sekolah Cina didirikan dalam masyarakat yang menjadi majoriti ialah Melayu/ Bumiputera.

Bertitik-tolak daripada hakikat yang satu itu, seharusnya masyarakat Cina di negara ini berasa cukup bersyukur dan sangat bertuah. Tidak perlu melihat jauh, cukup sekadar membandingkan dengan negara-negara jiran. Sekolah aliran Cina tidak dibenarkan meskipun komuniti Cina di sana lebih ramai.

Buktinya, ramai anak Cina dari negara jiran mengikuti sekolah aliran Cina di negara ini. Jika fakta itu tidak memadai, semak pula peruntukan yang disediakan oleh kerajaan dalam membantu sekolah kebangsaan Cina di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

Secara keseluruhannya di bawah RMK-9, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM174.34 juta kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SKJC) bagi kategori sekolah kerajaan bantuan penuh. Jumlah itu tidak termasuk peruntukan lain yang diberikan bagi tujuan menambah baik keadaan sekolah Cina.

Justeru, di mana kebenaran dakwaan sekolah Cina dipinggirkan oleh kerajaan? Negara sebenarnya tidak memerlukan pembangkang untuk memperjuangkan kebajikan sekolah-sekolah Cina. Sebaliknya dasar pendidikan negara selama ini sudah cukup dan secara konsisten telah membantu perkembangan sekolah-sekolah aliran tersebut.

Memandangkan tuduhan yang dibuat bermotifkan politik, maka isu ini akan sentiasa dibangkitkan dalam konteks menafikan peranan kerajaan. Kerana itu juga, barangkali sudah tiba masanya untuk kerajaan mengambil langkah drastik menghentikan tohmahan yang tidak berasas ini.

Antara yang difikirkan sesuai ialah memperluaskan konsep Sekolah Wawasan yang mengintegrasikan tiga aliran sekolah dalam satu kawasan. Sementelah ramai pastinya bersetuju, sebarang tindakan untuk memperkembangkan sekolah berasaskan kaum hanya akan mewujudkan pelbagai sistem dalam pendidikan. Ia bukanlah sesuatu yang baik kepada negara.

Perkara yang sama turut ditekankan oleh pensyarah di Pusat Pengajian Komunikasi, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Madya Mohamad Md. Yusof.

Menurut beliau, konsep Sekolah Wawasan wajar diperkasakan selagi kita mahu sistem pendidikan berteraskan dasar pendidikan kebangsaan dimartabatkan. Katanya, kepelbagaian sistem pendidikan pelbagai aliran tidak wajar diagungkan tanpa melihat implikasinya terhadap integrasi nasional dan perpaduan kaum.

Justeru, sewajarnya sistem pendidikan dilaksanakan berteraskan dasar pendidikan kebangsaan dengan meletakkan sekolah jenis kebangsaan di bawah Sekolah Wawasan. "Jika tidak, soal perpaduan kaum akan menjadi hambatan besar akibat sistem aliran pendidikan yang tidak menyemai semangat Satu Malaysia. Bahkan ia boleh membawa isu persepsi yang berbeza dan tidak selaras dengan Wawasan 2020," katanya.

Dalam melihat cadangan kerajaan perpaduan antara UMNO dan Pas pula, satu artikel lain di dalam sebuah akhbar berbahasa Cina melahirkan kebimbangan ia akan mendorong kepada kuasa kebangsaan orang Melayu.

Juga kebangkitan kuasa Islam di negara ini. Artikel itu memetik jurucakap MCA pusat Lee Wei Kiat, yang antara lain menyebut parti komponen itu membantah kerjasama tersebut. Ini kerana ia dibimbangi akan menyisihkan orang bukan Melayu.

Ada yang lebih keras mencadangkan MCA keluar sahaja daripada BN memandangkan parti itu langsung tidak dirujuk dalam cadangan kerajaan perpaduan itu. Dari sudut mana sekali pun, kerjasama UMNO-Pas tidak sewajarnya dilihat sebagai ancaman kepada mana-mana kaum.

Apa yang ingin dicapai menerusi kerjasama itu ialah kesepakatan dalam mencari penyelesaian mengenai kemelut membabitkan orang Melayu. Isu-isu seperti permasalahan agama, pengukuhan ekonomi Bumiputera, kebejatan sosial dan banyak lagi lebih mudah ditumpukan oleh pemimpin Melayu di bawah satu payung kesepakatan.

Idea kerjasama itu juga bertujuan merapatkan orang Melayu merentasi perbezaan ideologi politik seterusnya duduk dalam satu ruang kompromi. Kaum lain perlu sedar, seandainya perpaduan antara Melayu rapuh, ia juga akan memberi kesan kepada kestabilan negara.

Ini kerana masyarakat Melayu merupakan kaum majoriti seterusnya menjadi tulang belakang kepada perpaduan negara.

Dalam erti kata yang lain, perpaduan yang utuh di kalangan Melayu juga menguntungkan kaum-kaum lain. Lalu mengapa mesti berasa curiga? Menarik untuk disentuh dalam isu yang dibangkitkan oleh akhbar Cina sepanjang minggu lalu juga ialah mengenai jejak pendapat yang dimuatkan dalam blog Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat.

Tinjauan pendapat itu antara lain menanyakan, "Adakah Perlu MCA Keluar BN?"

Keseluruhan kandungan artikel itu menjurus kepada kecenderungan supaya MCA keluar daripada BN. Antara kewajaran yang diberikan ialah melihat kepada riak perhubungan UMNO-MCA yang dikatakan tidak sepadan sehingga menyebabkan pemimpin MCA sukar untuk berkompromi.

Sikap tidak berubah UMNO terhadap MCA juga menimbulkan makin banyak bahaya kepada parti itu. MCA juga dikatakan tidak memainkan peranan sebagai parti senior dalam kerajaan BN meskipun diiktiraf sebagai parti komponen kanan. Kemuncak cadangan supaya MCA keluar daripada BN ialah sebagai tanda bantahan terhadap idea kerjasama UMNO-Pas yang didakwa tidak mengambil kira persetujuan parti komponen berkenaan.

Tidak banyak yang boleh diperkatakan mengenai isu ini melainkan rasa malu terhadap MCA yang masih sanggup berkira-kira dengan kedudukan mereka dalam BN selepas prestasi buruk pada pilihan raya lalu.

UMNO sendiri tidak pernah menghukum MCA di sebalik kegagalan parti itu menarik pengundi Cina. Malah masih bersedia membuka pintu untuk MCA terus menjadi sayap utama dalam BN. Jika difikirkan, parti komponen lain yang selayaknya mempersoalkan kedudukan MCA dalam BN yang secara jelas ditolak oleh masyarakat Cina.

Tetapi mengenangkan sejarah kerjasama dan sumbangan MCA sepanjang berada dalam barisan kerajaan, maka perkara itu dipendam atas semangat setia kawan. Justeru, mengapa harus MCA menghukum diri sendiri? Nah, sekarang undian menunjukkan lebih separuh (75 peratus) pelayar blog itu merasakan MCA wajar keluar daripada BN. Lalu apa tindakan MCA seterusnya? Bertindak keluar parti, atau bagaimana?

Biar apa pun tujuan di sebalik tinjauan pendapat itu, ia langsung tidak membantu memperkasakan kembali BN yang dalam keadaan sakit ketika ini.

Alangkah baiknya jika MCA membuat tinjauan pendapat bagaimana parti itu dapat mengembalikan semula kepercayaan masyarakat Cina. Namun, pensyarah di Jabatan Antropologi dan Sosiologi, Universiti Malaya (UM), Dr. Noor Sulastry Yurni Ahmad melihat isu itu dari sudut berbeza.

Menurut beliau, parti komponen lain tidak seharusnya cepat melatah dengan tinjauan pendapat berkenaan. Sebaliknya mereka perlu bersemuka dan berbincang untuk mengatasi segala masalah yang timbul bagi mencari jalan keluar daripada kemelut tersebut.

Propaganda sebegitu ujar Noor Sulastry, adalah sesuatu yang lumrah dalam BN dan sudah kedengaran sewaktu dalam Pakatan lagi. Keterujaan parti komponen lain menanggapi isu itu dari sudut negatif hanya memberi kelebihan kepada pembangkang.

UMNO sebagai rakan baik dan abang besar kepada parti komponen di dalam BN seharusnya memberi semangat untuk MCA bangkit daripada kegagalan lalu.

''Ini juga adalah peluang untuk menjelaskan kepada orang Cina bahawa MCA berusaha untuk memperbaiki kedudukan mereka dan bukan seperti lembu yang dicucuk hidungnya," jelas beliau.

Friday, 19 June 2009

Pewaris revolusi Khomeini

Pewaris revolusi Khomeini

Riak wajahnya nampak lembut dan santun, seiring dengan keperibadian yang perlu ada pada seorang lelaki yang warak. Namun, ketegasan, kepintaran dan kelantangannya bersuara menyerlahkan aura Ahmadinejad sebagai pemimpin sejati.




DALAM satu sidang media antarabangsa, seorang wartawan Jepun melontarkan soalan kepada Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad. "Presiden Ahmadinejad...,kenapa anda masih mempertahankan perkembangan teknologi nuklear Iran yang mengancam kedamaian dunia?" soalnya.

Dalam nada yang perlahan dan bersahaja, presiden berusia 52 tahun itu menjawab: "Anda seharusnya lebih khuatir terhadap negara yang pernah menjatuhkan bom nuklear ke negara anda, berbanding bimbangkan nuklear Iran."


PEMIMPIN Agung Iran kedua, Ayatollah Ali Khomeini berucap selepas membuang undi semasa pemilihan Presiden baru-baru ini.





Demikian ketegasan dan kepintaran seorang pemimpin bernama Mahmoud Ahmadinejad. Walaupun revolusi pemikirannya dikritik serta ditekan hebat Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya, ia tidak sedikit pun menakutkan pemimpin itu.

Bahkan, dengan ugutan demi ugutan yang dilemparkan oleh AS, yang mahu menyerang bumi Iran sekiranya Ahmadinejad masih berdegil dengan ujian nuklearnya, ia langsung tidak mengurangkan sokongan rakyat Iran ke atas Ahmadinejad.

Lebih menarik lagi, tanggal 12 Jun lalu menjadi bukti betapa rakyat Iran berdiri teguh di belakang pemimpin itu. Di sebalik harapan Barat yang mahu melihat Ahmadinejad jatuh pada pemilihan presiden ke-10 baru-baru ini, rakyat Iran menutup mulut AS dan sekutunya apabila memberi kemenangan penuh bergaya kepada presiden kesayangan mereka.

Bahkan dengan pelbagai tajuk-tajuk berita negatif serta gambaran buruk tentang Ahmadinejad dari segi cara beliau menggerakkan ekonomi dan hak asasi manusia, Ahmadinejad tetap disanjung oleh rakyat Iran.

Jika pada kali pertama memenangi jawatan presiden pada tahun 2005, Ahmadinejad mendapat 62 peratus undi, kali ini, jumlah itu meningkat kepada 62.63 peratus.

Beliau mencapai kemenangan luar biasa dengan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Kamran Daneshjoo mengumumkan menerusi televisyen bahawa presiden itu memperoleh hampir 21.8 juta undi daripada jumlah undi di 346 daripada 366 kawasan pengundian.

Yang pasti, ketegasan dan kehebatan pemikiran revolusi bukanlah satu-satunya penyebab mengapa rakyat Iran terus menyokong Ahmadinejad sekali gus menolak pencabar terdekatnya, Mir-Hossein Mousavi, 68, serta kelompok kepimpinan reformis yang lain.

Malah, tambah mengagumkan, beliau bukanlah daripada sebuah keluarga bangsawan, bukan juga seorang tokoh ulama dan juga ahli politik gah pada awal kemunculannya.

Mengenali Ahmadinejad yang kini merupakan pemimpin Islam yang digeruni dan hangat diperkatakan di arena antarabangsa itu, beliau hanyalah anak kepada seorang tukang besi yang dilahirkan pada 28 Oktober 1956 di Aradan, sebuah kawasan di luar Tehran.


TOKOH Revolusi Iran, Ayatollah Khomeini menjadi mentor Ahmadinejad.


Beliau memperoleh ijazah pertama dari Universiti Sains dan Teknologi Tehran dalam bidang Kejuruteraan Awam dan kemudiannya memperoleh ijazah doktor falsafah dalam Kejuruteraan Pengangkutan dan Perancangan dari universiti yang sama. Beliau juga seorang yang sangat sederhana dan warak.

Ahmadinejad datang dari kedudukan keluarga yang sederhana dengan ayah dan emaknya merupakan penyokong kuat Revolusi Islam Iran pada tahun 1979 yang dipimpin oleh Ayatollah Ruhollah Khomeini.


AHMADINEJAD terus kekal sebagai Presiden bumi Iran walaupun AS, sekutunya dan media Barat melontarkan pelbagai berita negatif kepadanya.


Ayatollah Khomeini menjadi pemimpin agung Iran pertama apabila berjaya menjatuhkan monarki Pahlavi yang menindas golongan ulama melalui polisi antiulama manakala Revolusi Putih banyak mempengaruhi gaya kepimpinan Ahmadinejad.

Hakikatnya, figura revolusioner yang sangat diingati dunia inilah yang menjadi mentor kehidupan dan kepimpinan Ahmadinejad yang juga acap kali dilihat bagaikan seekor singa garang apabila mengaum tanpa rasa takut terhadap musuh-musuhnya terutama negara-negara yang menindas masyarakat Islam.


SOKONGAN isteri, Parvin menguatkan semangat Ahmadinejad untuk menjadi Presiden unggul Iran.


Selain tegas melawan anasir-anasir yang menggugat Islam, Ahmadinejad membebaskan dirinya daripada lingkungan kebesaran harta dunia. Beliau membuktikan erti pemimpin berjiwa rakyat yang sejati seperti mana yang dipraktiskan oleh Ayatollah Khomeini.

Semasa Ayatollah Khomeini bergelar pemimpin nombor satu Iran, pernah berlaku bekalan elektrik terputus di kediamannya. Pembantunya kemudian segera membawa minyak ke rumah Ayatollah Khomeini untuk menghidupkan janakuasa bagi membolehkan sistem pemanas berfungsi.


KETEGASAN keputusan dan kesederhanaan hidup Ahmadinejad memikat jutaan rakyat Iran untuk terus setia dengannya.


Namun, Ayatollah Khomeini menolak. "Kalau rakyat menggigil kesejukan, mengapa pula aku harus bersenang-senang memasang pemanas," ungkapnya.

Itulah yang diteladani Ahmadinejad sekali gus menjadikan dia seorang pemimpin yang sangat dikagumi.

Jauh daripada mengagumi jentera Ford, Mercedes atau BMW, Ahmadinejad hanya menggunakan sebuah kereta Paykan buatan Iran.

Dalam kalangan penyokongnya, Ahmadinejad dilihat sebagai seorang lelaki yang sangat ringkas dengan cara hidup sederhana. Sewaktu pertama kali dipilih menjadi presiden pada tahun 2005, lelaki itu seboleh-bolehnya mahu hidup seperti biasa dengan tinggal di kediaman sendiri di Tehran.

Namun, gesaan daripada pasukan keselamatan menyebabkan dia bersetuju berpindah tinggal di istana presiden. Itu pun jauh daripada imej kekayaan yang biasanya dirujuk kepada presiden sebelumnya, Ali Akbar Hashemi Rafsanjani. Sebaik sahaja berpindah, Ahmadinejad mengarahkan karpet istana ditukar.

"Presiden mengarahkan karpet-karpet mewah dan antik Persian digulung dan dihantar ke muzium untuk dijadikan bahan pameran. Beliau meminta karpet murah sebagai ganti di kediaman istana," cerita salah seorang pembantunya.

Ahmadinejad berkahwin dengan Parvin dan mempunyai tiga orang anak iaitu dua lelaki dan seorang perempuan.


LOJI kuasa nuklear Iran yang menjadi kontroversi kerana dikutuk hebat AS.


Apa yang menariknya mengenai pemimpin Islam itu adalah, beliau kerap berpakaian baju-T dan jaket berbanding jubah hitam yang dipakai oleh pemimpin-pemimpin ulama Iran.

Paling dikagumi oleh dunia Islam, beliau juga merupakan pemimpin negara Islam yang bebas rasuah, tidak mempunyai pakatan sulit, mengamalkan ajaran Islam dengan baik, malahan merupakan seorang yang soleh dan amat menjaga pergaulan.

Ahmadinejad juga mempunyai komitmen yang tinggi kepada negara, bangsa dan ideologinya sehingga dia tidak pernah panik menangani ancaman asing khususnya AS.

Sunday, 14 June 2009

Kehebatan Perubatan Melayu Boleh

Kehebatan perubatan Melayu Boleh Hebat!Wacana selongkar fakta berasaskan kitab tib dan sokongan pengetahuan agama KEHEBATAN orang Melayu Boleh dalam memanfaatkan sumber alam khususnya flora dan fauna untuk mengenal pasti penyakit dan ubatan menggunakan kaedah percubaan tanpa jemu diselongkar pada Seminar Naskhah Melayu: Kitab Tib Pontianak.

Seminar di Akademi Pengajian Melayu (APM), Universiti Malaya (UM), baru-baru ini, turut menjelaskan perbezaan antara kitab tib atau perubatan; kitab mujarabat (penyembuhan) dan kitab Tajul Muluk, sekali gus mengesahkan kehebatan orang Melayu dalam meminjam ilmu perubatan Islam di samping menyesuaikannya dengan keadaan setempat.
Ketua Jabatan Bahasa Melayu APM, Prof Madya Dr Ab Razak Ab Karim, berkata kitab tib di alam Melayu Boleh ada banyak versi kerana ia mengambil kira bahan perubatan di sekeliling pengamal dan masyarakat setempat, manakala kitab mujarabat bersifat umum tanpa menjelaskan bahan dalam proses rawatan. “Antara bahan perubatan flora yang digunakan dalam kitab tib ialah daun, akar, buah, kulit pokok, pucuk, biji, bunga dan getah, manakala penggunaan fauna pula seperti angsa, lintah kerbau, lipas, ayam, ayam hitam, belut serta kima-kima air tawar atau siput. “Kitab Tajul Muluk yang menimbulkan kekeliruan kerana apabila membacanya dianggap ‘terbuka tujuh pintu langit dan pintu bumi’ sebenarnya himpunan pelbagai kitab tib, sekali gus menjadikan ia lebih terperinci berbanding Tajul Muluk,” katanya ketika memperincikan Kitab Tib Pontianak MSS2219 - Rawatan Melayu Boleh Tradisional.

Kitab tib dari Pontianak yang dikupas Dr Ab Razak, dianggap satu-satunya manuskrip kelompok terbabit yang ditemui di Kalimantan, Indonesia, sekali gus menjadikan naskhah bertarikh Disember 1907 milik Ismail al-Mustafa dari Tembalan, Pontianak, itu sangat berharga. Naskhah itu mengandungi 32 penyakit berdasarkan jantina dan kaedah rawatan yang menggunakan pelbagai ramuan, wafaq atau simbol berupa angka, huruf dan kalam dalam tulisan Arab yang menjadi rumus untuk tujuan tertentu serta ayat al-Quran, selain turut memperincikan bahan perubatan. Dalam konteks wafaq, Ketua Jabatan Kesenian Melayu Boleh APM, Nor Azlin Hamidon, berkongsi pandangan terhadap perubatan berdasarkan agama di alam Melayu dengan menghubungkannya kepada sejarah aliran pemikiran dalam tamadun Islam. Perubatan Islam dikatakan menggunakan dua kaedah rawatan, iaitu berdasarkan ayat dan surah daripada al-Quran seperti amalan Rasulullah saw dalam mengubati penyakit akibat sihir yang dihantar kepada baginda melalui air telaga, manakala kaedah kedua dan kontroversi ialah penggunaan simbol, angka serta huruf.
“Daripada aspek penggunaan simbol, angka dan huruf yang disebut wafaq, ia hanya digunakan pada penghujung kurun ke-14 apabila Abu Fadhl al-Hurufi mengasaskan ilmu itu di Parsi, lalu menyebarkannya sehingga akhirnya dihukum bunuh,” jelasnya. Aliran terbabit menekankan setiap huruf ada nilai angka tersendiri dan berkait dengan empat unsur kosmologi alam, iaitu tanah, api, angin serta air, manakala penggunaan simbol seperti bentuk empat segi dan huruf tertentu dalam perubatan bersesuaian dengan penyakit mahupun maksud yang dikehendaki.

Nor Azlin berkata, sekiranya pesakit diserang demam, cara perubatan akan menggunakan huruf bersifat air dengan merendamkannya ke dalam air dan diberikan kepada pesakit bagi mengurangkan suhu kepanasan pesakit yang diubati dengan cara ini. “Wafak untuk berperang pula menggunakan huruf bersifat api untuk menaikkan semangat seperti huruf pada bendera Sunan Kali Jaga, manakala kajian saya mengenai tenun turut mendapati, ia tidak terlepas daripada pengaruh unsur huruf seperti pemakaian baju tenun bermaksud memperoleh kekebalan, juga menggunakan huruf api,” katanya. Felo Penyelidik Kanan (Pelawat) APM, Prof Emeritus Datuk Dr Asmah Omar, berkongsi pengalaman zaman kanak-kanak di pondok dengan bapanya yang mengamalkan perubatan Islam, berkata pengamal perubatan Melayu tradisional yang membuat wafaq adalah pelajar institusi pondok dan berpengetahuan mengenai kesan tumbuh-tumbuhan. “Saya tidak setuju mengkategorikan mereka sebagai pawang kerana dalam konteks alam Melayu Boleh, pawang berubat dengan cara menurun.

Mereka yang hidup di institusi pondok pula tidak menggunakan hantu. Mereka memanfaatkan pengalaman berdasarkan percubaan tanpa jemu seperti menjadikan pucuk mengkudu sebagai ubat sakit ulu hati, tetapi ditokok dengan pengetahuan agama,” jelasnya. Mengenai cadangan kajian perbandingan antara perubatan Melayu Boleh berasaskan agama dengan perubatan tradisional Cina, Pensyarah Pelawat APM, Dr Solatun Abdullah Sayuti, menjelaskan perubatan Islam menggunakan pendekatan personalistik, manakala tradisi Cina pula mengutamakan naturalistik.

Saturday, 13 June 2009

Titah Sultan Perak mengenai keistimewaan melayu disokong

Tindakan mana-mana pihak yang mempertikaikan kuasa Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu adalah perbuatan melampau yang tidak sepatutnya timbul selepas sekian lama negara mencapai kemerdekaan dan dinaungi Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri, kata Ketua Penerangan Kerajaan Negeri Perak, Datuk Hamdi Abu Bakar.

Beliau berkata kedua-dua perlembagaan berkenaan mempunyai peruntukan yang jelas mengenai kedudukan orang Melayu dan Bumiputera.

“Mana boleh mana-mana pihak mempertikaikan kepentingan Melayu dan Bumiputera kerana perkara itu telah termaktub dalam perlembagaan, malah ia merupakan perkara asas dalam perlembagaan kita,” katanya ketika diminta mengulas titah Sultan Perak Sultan Azlan Shah semalam bahawa sebarang gerakan mempertikaikan kepentingan orang Melayu dan Bumiputera bukan sahaja melanggar peruntukan asas Perlembagaan Negara dan Perlembagaan Negeri, malah turut mempertikaikan kedaulatan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu.

Hamdi berkata perlembagaan telah dibentuk hasil rundingan semua kaum ketika kemerdekaan negara sedang dirundingkan dan diputuskan secara bersama sebagai menghormati hak Melayu dan bumiputera.

Beliau berkata pihak yang terus mempertikaikan kuasa itu sebenarnya ada agenda lain dan bukan dengan niat melaksanakan gagasan Satu Malaysia tetapi lebih mirip kepada konsep “Malaysian Malaysia”. - Bernama

Friday, 12 June 2009

Satu Malaysia Perspektif Orang Muda


Satu Malaysia Perspektif orang muda
Oleh KHAIRUDDIN MOHD ZAIN
TERDAPAT ramai di kalangan rakan penulis, yang masih lagi ragu dan belum berasa tuntas dengan konsep sebenar 'Satu Malaysia' yang diangkat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak minggu lalu.
Sebagai sekumpulan anak muda, spektrum pandangan adalah pelbagai dan rencam, sekali gus banyak bergantung kepada 'proses sosialisasi dan pendidikan' yang diterima sebagai latar belakang pandangan masing-masing.
Penulis sendiri disapa oleh rakan sekolah rendah yang kini berada nun jauh di bumi Amerika Syarikat. Ina (bukan nama sebenar) adalah seorang anak kampung biasa, yang berjaya melanjutkan pelajaran sehingga ke AS melalui biaya siswa kerajaan.
Keprihatinan Ina berkenaan suasana ekonomi negara pada ketika ini amat melegakan. Jika ramai anak muda, tidak kira di dalam atau luar negara, punya fikrah sedemikian rupa, kita mungkin berada di landasan yang tepat.
Ina cukup teruja dengan konsep 'Satu Malaysia'. Sebagai seorang anak muda yang jauh di perantauan sana, membaca akhbar online sudah cukup memberikannya 'gambaran' yang tidak terlalu positif; sekiranya kita terus-terusan berada dalam arus ekstremisme dan politik dendam. Keprihatinan Ina punya asas yang bukan remeh.
'Satu Malaysia' - bukanlah suatu 'nyanyian perang' (battle cry). Ia juga bukannya suatu pernyataan slogan politik yang kosong. Kita mesti sama-sama menghayati kepentingan 'Satu Malaysia' dalam keadaan dan perkaitannya dengan suasana sedia ada.
Tidak ada, waima satu bangsa hebat di dunia pun yang mampu mencapai klimaks kehebatan, dengan bangsanya yang terpecah-pecah dan tidak ampuh. Ini fakta sejarah yang tidak mungkin mampu dinafi. Susur sahaja kehebatan tamadun dunia apa sekalipun, ia bermula dengan 'cita-cita kebernegaraan' yang dikongsi bersama.
Hakikatnya, akhir-akhir ini 'cita-cita negara' seakan-akan diganti dengan pengaruh politik persepsi dan penting diri.
Ada kecenderungan untuk melakukan apa sahaja atas nama demokrasi total. Ada kecenderungan untuk meruntuhkan segala 'asas binaan sosial' lama - kononnya atas nama politik baru yang lebih adil dan saksama.
'Satu Malaysia' - menilai soal kebersamaan dalam wajah dan acuan yang jujur. Benar, kita mahukan suasana baru yang lebih 'adil' terhadap semua rakyat. Namun, nilai baru ini juga tidak menolak 'asas kemasyarakatan' yang sedia ada ampuh dalam Perlembagaan negara dan amalan berkerajaan selama ini. Hakikat ini jangan ditolak sama sekali.
Justeru, generasi muda Malaysia khususnya perlu membina 'fikrah Satu Malaysia' yang sejujur-jujurnya. Kita perlu banyak meninggalkan syak wasangka. Kita perlu meruntuh faham prejudis yang merosakkan. Kita perlu bersangka baik antara satu sama lain. Kita perlu mempunyai yakin diri bahawa tempat dan langit mereka juga ada di bumi bertuah Malaysia ini.
Yang penting, perasaan ini mestilah bersifat 'timbal balas'. Ia mestilah perasaan yang bersifat reciprocal dan berkait. Fikrah Satu Malaysia tidak akan wujud dengan pemahaman bahawa anda lebih perlu berkorban daripada saya atau sebaliknya. Satu Malaysia - sudah mengangkat parameter baru dalam kita hidup bermasyarakat.
Entah mengapa, filem Talentime, arahan Yasmin Ahmad amat bertepatan dengan cita-cita 'Satu Malaysia' ini. Yasmin mengupas isu kaum dan syak wasangka kemasyarakatan dalam ruang yang bersahaja tetapi mampu memukul emosi dan rasional.
Apakah perlu kita punya pelbagai ruang tanggap dan prejudis terhadap kaum lain? Sampai bila kita perlu punya persepsi yang begini? Apakah tidak ada pendekatan 'langkau politik' yang membolehkan kita hidup sebagai bangsa Malaysia?
Seorang rakan penulis juga, seorang aktivis kesatuan niaga - sama sekali menolak kemungkinan 'Satu Malaysia' itu sebagai 'Malaysian Malaysia'. Penulis bersetuju. Niatnya tidak sama. Hasratnya tidak sama. Cita asalnya juga tidak serupa. Beza antara kedua-duanya bagaikan langit dan bumi.
Malaysian Malaysia mahu menanggalkan terus 'asas binaan kemasyarakatan' yang wujud buat sekian lama. Takrif - keadilan diambil secara membuta tuli dengan menggunakan konsep kesamarataan versi total. Sedangkan, 'Satu Malaysia' lebih mampu mengharmoni cita-cita ini dalam ruang lingkup yang berbeza.
Ironinya, 'nyanyian kesamarataan' ini pun tidak berlaku seperti yang diharapkan dahulu. Waima di atas landasan 'meritokrasi' sekalipun, ada pihak yang dipinggir secara sistematik dan nyata.
Meritokrasi tidak menanggap, tidak menilai dan tidak 'peka' soal ketidakadilan sosial dan marginalisasi. Apakah ini model yang diharapkan?
Kita mestilah menjadi kalangan mereka yang ikhlas dan jujur, mengerti dan memahami bahawa perjalanan 'hebat' kita sebagai bangsa Malaysia masih jauh. Perlu banyak pemulihan dan intervensi dasar yang diperlukan bagi memastikan kita menuju ke destinasi kembara yang sama. Sikap saling tidak percaya, cepat berkecil hati dan tidak berjiwa besar mungkin menjadi hambatan nyata kepada 'Satu Malaysia'.
'Satu Malaysia' memerlukan pengamalan politik yang matang dan luar biasa. Matang dalam menilai isu dan suasana. Matang dalam mewujudkan penyesuaian dengan 'faktor semasa' dan tidak meminta-minta di atas garis lama yang semakin kabur.
Kita juga tidak perlu terbuai dengan 'persona kuasa' yang semakin menjadi liabiliti, waima kepada bangsa yang kita sendiri wakili.
'Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Prestasi Diutamakan' - yang pastinya lebih daripada sebuah pernyataan polisi. Walaupun ia membuka ruang pendefinisian yang tidak habis, hakikatnya ini menjadi perlambangan penting seorang pemimpin yang berhemah dengan keperluan perubahan dan transformasi.
Ya, mungkin Najib meletakkan 'standard' atau piawaian yang amat tinggi kepada jentera kerajaan yang ada; ia juga menjadi amanah kepada rakyat untuk membina parameter 'politik matang' yang sebenar. Politik yang tidak bersandarkan pada dendam kesumat. Politik yang tidak berteraskan kepada 'persepsi'. Politik yang tidak berlandaskan 'faktor sejarah dan nilai akal budi'.
'Satu Malaysia' adalah suatu wacana rakyat yang menuntut pengorbanan semua pihak. Rakyat dan masyarakat umum juga perlu adil dalam membuat penilaian dan tidak terlalu pantas dalam melambakkan semua isu kepada lingkungan penyelesaian kerajaan. 'Satu Malaysia' juga menuntut kita meletakkan setiap individu dalam 'lingkungan capaian' penyelesaian masalah.
Jika asas statistik adalah benar, maka konsep 'Satu Malaysia' sangat menarik kepada golongan muda. Tarikan utamanya adalah kemungkinan mereka mengisi sendiri takrif yang mereka mahu - bersesuaian dengan wajah 'Malaysia' yang mereka mahu lihat, sedasawarsa dari sekarang.
Generasi muda profesional misalnya, sudah terbiasa dengan amalan nilaian berprestasi tinggi. Ini juga ditulis oleh Bruce Tulgan di dalam bukunya Not Everyone Gets a Trophy. Generasi Y dan Z, menjadi tidak karuan tanpa wujudnya Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang jelas.
Enam bulan akan datang, generasi muda Malaysia mampu 'menilai' para Menteri dengan nyata dan jelas. Ini ruang yang tidak pernah ada - saat segalanya begitu centralized sifatnya.
'Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Prestasi Diutamakan' - adalah suatu amalan berfikir dan bertindak yang perlu dimiliki oleh setiap rakyat Malaysia. Penulis tidak fikir, 'Satu Malaysia' sebagai gimik politik yang kosong dan tidak berisi. Hakikatnya, kitalah juga yang perlu mengisi tuntutan dan amanah ini. Jangan melihat kepada orang lain - kerana faham itu perlu wujud dalam benak fikir kita sendiri.
Generasi muda perlu menerima hakikat bahawa pandangan dan pendapat mereka sudah menjadi lebih 'inklusif' dengan Satu Malaysia ini. Kali ini, mereka boleh menjadi rakan kepada pembangunan; dan tidak lagi hanya menjadi pemegang saham jauh yang idealist dan revisionist. Sikap ideal itu perlu diberikan pengertian dalam kerangka - 'Satu Malaysia'.

Wednesday, 10 June 2009

Tahukah Anda Fakta Ini? --> Senarai Email = Duit $$$$

Assalamualaikum dan salam sejahtera

“The money is in the list”

KLIK SINI UNTUK DAPAT EBOOK PERCUMA


Kita pasti biasa mendengar ungkapan seperti
ini.Dalam pemasaran internet ungkapan ini
merujuk kepada senarai nama email yang kita
kumpul dan simpan.

Ramai yang tahu akan kepentingan membina
senarai email kerana keberkesanannya
memang sangat terbukti tetapi kesedaran
di kalangan kita masih kurang dan kita lebih
suka memilih cara pemasaran yang susah
daripada menggunakan kaedah mudah
seperti melalui pemasaran melalui email
ini.

Tanyalah kepada Pemasar Internet terkenal
sama ada luar dan dalam negara seperti
Patric Chan dan Irfan Khairi,kesemua
mereka pasti memiliki senarai email
tersendiri,yang digunakan untuk berhubung
dan senjata promosi kepada pelanggan mereka.

Pun begitu di Malaysia,masih terlalu
sedikit yang mempunyai kesedaran untuk
mula membina senarai email sendiri.
Mungkin pendedahan tentang kuasa
pemasaran email hanya didedahkan secara
umum sahaja.

Cuba anda bayangkan,jika anda mempunyai
senarai email sebanyak 2000,kemudian anda
jual produk dengan harga rm 30.00.
Seterusnya anda hantarkan sebuah email
promosi kepada mereka.Jika hanya 20%
sahaja pun daripada senarai email anda
tersebut membeli,anda sudah mendapat
keuntungan sebanyak rm 12,000.Begitulah
hebatnya kuasa pemasaran email.

Jika selama ini anda tidak mengendahkan
tentang kepentingan senarai email serta
anda ingin tahu apakah kelebihan dan tips
berkenaan pemasaran email,saya ada sebuah
ebook percuma untuk anda.Sila dapatkannya
di sini:

KLIK SINI UNTUK DAPAT EBOOK PERCUMA

Itu sahaja untuk kali ini,terima kasih
kerana sudi meluangkan masa membaca
email saya.


Ikhlas
Jutawansenyapsenyap admin

Monday, 8 June 2009

Keyword Melayu Boleh berharga RM500 Tunai

he he Keyword Melayu Boleh sekarang adalah berharga RM500. Kalo nak tahu di Forum Jom bincang saudara Inspiration telah mengadakan pertandingan seo untuk Keyword Melayu Boleh aku memng suka pertandingan cam ni selain dapat hadiah(kalo menang) dapat gak belajar sesuatu yang baru tentang SEO nih .

Untuk pengetahuan semua keyword Melayu Boleh memang telah lama tercemar dengan laman web yang tak senonoh jadi competition ini bukan hanya sekadar pertandingan tapi salah satu kerja amal jugak untuk membersihkan Keyword Melayu Boleh dari disalahgunaka pihak2 yang tak bertanggungjawab.

Bayangkanlah kalo mat saleh type keyword Melayu Boleh ini dan yang terpacul kuar adalah web lucah/porno/sexsy/bogel dan sebagainya kan hanya akan membayangkan yang bangsa melayu ini hanya tahu perkara yang lucah ajer... saper punya kerja lah tu!!Bahlol betul!
Aku ade masuk juga dan site http://melayubolehla.blogspot.com adalah satu blog yang dipertanding kan dan kalo kawan2 nak tolong aku menang letak link blog ini di website anda. :)

Harapan nak menang keyword Melayu Boleh sebenarnya agak tipis sebab SEO sesuatu yang sentiasa berubah2 mengikut sesuatu site itu .Jumlah backlink memainkan peranan penting dalam seo ini. Backlink juga ader yang berkualiti dan tidak . Do follow dan pr blog adalah sesuatu yang berharga untuk mendapat kesan dalam membuat backlink. Blog-blog pendamping pula salah satu teknik yang telah lama diamalkan oleh pakar seo .

Tidak ader istilah magic seo dalam perebutan 1st rank ini .Usaha dan Doa jugak adalah peranan utama untuk apa2 website duduk kat atas. Melayu Boleh!