Pages

Monday, 25 May 2009

Ebook Rahsia Kewangan Bumiputra Kaya di tutup jualan.

Jualan Ebook "Teknik Manipulasi Sistem Kewangan Di Malaysia Akan Ditamatkan pada 31 may ini jadi cepat2 lah dapatkanyer , ilmu kewangan/penjimatan/cara berbelanja bijak/cara bayar kad kredit yang smart dan pelbagai lagi semuanya terkandung dlm buku ini sila bace dibawah ini

Salam sejahtera,

Apa khabar? Dah mula faham ke teknik OD ni?

Untuk bagi nampak lagi kelebihan OD ni saya ada buat sedikit kira-kira menggunakan formula yang saya buat sendiri dengan program Excel.

Memang terbuktilah teknik OD dapat menjimatkan masa pembayaran dan menguntungkan.
Patutlah ada yang kata ia teknik compound interest!
Memang boleh mengurangkan interest dari tahun ke tahun.

Sebenarnya saya sedang buat loan RM50,000 dengan BSN. Tengah tunggu kelulusan. Sebab apa dengan BSN? Interest paling rendah dan bayaran bulanan yang paling rendah kalau buat loan dalam masa 15 tahun iaitu RM495.00. tetapi Untuk kakitangan kerajaan sahaja. Tujuannya saya buat loan adalah untuk buat OD ini lah.

Tahukah anda? Kalau menggunakan kemudahan OD ni dengan nilai RM50K. Berapa tahun yang diperlukan untuk menyelesaikan RM50K tersebut? Atau saya bagi contoh lain, anda berjaya dapat duit OD sebanyak RM50K setelah anda gadaikan sijil ASB anda. [jangan risau, dividen ASB anda tetap dapat setiap tahun].

Kemudian anda pakai duit OD (RM50K) tersebut kesemuanya untuk melangsaikan hutang atau beli kereta idaman.

Berapa tahun yang diperlukan untuk menyelesaikan RM50K tersebut setelah menggunakan kemudahan OD? Kalau anda buat pinjaman seperti saya buat di atas, perlukan 15 tahun untuk menyelesaikannya.

Tetapi dengan kemudahan dan teknik OD ni anda boleh jimatkan masa lagi.



Jadi setelah saya buat kiraan menggunakan Excel, jika saya juga membayar RM495 setiap bulan dengan mengambil kira interest 6% setahun, saya hanya memerlukan selama 11 tahun 11 bulan sahaja untuk menyelesaikan pinjaman RM50K tersebut. Terkejut bukan!!.
Itulah dinamakan teknik compound interest!

Itu baru sedikit kejutannya! Ada lagi. Andaikan pula gaji anda ialah RM3,000. Jika anda boleh simpan RM2,000 di dalam akaun OD selama 10 hari sebelum anda keluarkan semula untuk bayar hutang yang lain.

Jika anda berdisplin dan boleh buat seperti itu setiap
bulan, anda hanya perlukan 9 tahun 11 bulan sahaja untuk
menyelesaikan hutang RM50K anda itu. Seronok bukan.
Anda boleh jimat banyak tahun lagi jika tahu caranya
dan kenapa perlu di buat sebegitu..

Belum lagi menggunakan teknik kombinasi kad kredit. Tetapi saya tidak akan menceritakannya di sini. Teknik tersebut lebih advance.. Saya sendiri belum mahir. Biarlah anda baca sendiri di dalam Ebook tersebut.



Nanti dulu.. lupa nak beritahu anda. Apa dah jadi dengan akaun ASB anda yang telah mempunyai RM50K setelah 10 tahun sekiranya anda tidak mengeluarkan dividen tersebut?

Ya.. Dengan kadar dividen 8.5% setahun, duit di dalam akaun ASB anda akan bernilai RM113,049.00.(2 kali ganda dari nilai asal)

Ok.. mungkin anda dah nampak sedikit tentang kelebihan OD ni kan.

Anda dah boleh merancang mulai sekarang.



p/s: kiraan di atas mungkin tidak tetap tetapi boleh dijadikan sebagai panduan untuk membuat perancangan pengurusan kewangan anda!

Sila Beli Cepat Sebelum ditutup Jualanya . Rasenya mungkin pihak tertentu dah warning supaya jgn membongkarkan kaedah yang ramai tak tahu tuueee

Jumpa anda di alam kebebasan kewangan!!!Melayu Boleh !

Friday, 22 May 2009

Solat dhuha untuk jiwa, murah rezeki

Solat dhuha untuk jiwa, murah rezeki

SEBAGAI umat Islam, kita wajib yakin bahawa segala sesuatu adalah milik mutlak Allah SWT. Seiring hakikat itu dan ketika ekonomi negara yang gawat ini, eloklah untuk kita semua bermuhasabah dan kembali mendekati Allah SWT.

Mengapa tidak segala keluhan seperti bajet lari, hutang bertimbun dan pelbagai kesusahan lain diadukan kepada Allah SWT? Dia bersifat Ar-Razzak iaitu Yang Maha Memberi Rezeki.

Satu kaedah mudah untuk mendekati Allah SWT ialah dengan mengerjakan solat sunat dhuha. Hanya dengan dua rakaat setelah matahari naik kadar tinggi "segalah" - kira-kira 30 minit setelah terbit matahari - kita boleh mengadu untung nasib kepada-Nya.

Bermula dengan niat solat sunat itu, iringi bacaan al-Fatihah dengan surah al-Kafirun, al-Ikhlas atau al-Syams pada rakaat pertama serta Surah al-Dhuha pada rakaat kedua. Lakukan solat ini dengan keyakinan ia mampu memberi ketenangan dan kemurahan rezeki.

Setelah selesai solat disunatkan pula berdoa dengan doa memohon kurniaan rezeki: "Ya Allah, sesungguhnya waktu dhuha ini adalah waktu dhuha-Mu, keindahan dan kecantikan ini adalah keindahan dan kecantikan-Mu, kekuatan dan kekuasaan ini adalah kekuatan dan kekuasaan-Mu, pemeliharaan ini adalah pemeliharaan-Mu.

"Ya Allah, jika rezekiku di langit turunkanlah ia, jika rezekiku di bumi keluarkan ia, jika di laut maka timbulkan ia, jika sukar maka permudahkanlah, jika sedikit perbanyakkanlah, jika banyak maka berkatilah, jika haram maka sucikanlah, dengan berkat waktu dhuha-Mu, keindahan, kecantikan, kekuatan, kekuasaan dan pemeliharaan-Mu. Kurniakanlah daku apa yang Engkau anugerahkan kepada hamba-Mu yang salih dan beriman."

Ingatlah bagaimana kuatpun seseorang bekerja mencari wang, rezeki tetap di tangan-Nya. Justeru umat Islam disaran berjinak-jinak dengan amalan mudah ini kerana selain rezeki bertambah, banyak kelebihan disediakan oleh Allah SWT.

Antaranya keampunan dosa seperti sabda Nabi Muhammad SAW: "Barang siapa yang sentiasa melaksanakan dua rakaat dhuha, diampunkan dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan".

Dalam hadis lain, Baginda bersabda: "Atas tiap segala sendi daripada seseorang kamu berkehendak sedekah. Maka tiap-tiap tasbih adalah sedekah. Setiap tahmid adalah sedekah. Setiap takbir adalah sedekah. Begitu juga menyeru kepada yang makruf adalah sedekah. Mencegah mungkar adalah sedekah. Dan memadai daripada yang demikian itu dua rakaat solat sunat dhuha".

Begitulah hebatnya solat ini. Bagaimanapun bukan semua orang mahu berkorban masa untuk melaksanakannya. Ramai yang rela memperuntukkan waktu bersembang sambil menghirup kopi di warung daripada mengerjakan solat sunat yang tidak lebih 10 minit ini.

Memang solat sahaja tidak mendatangkan rezeki. Tetapi sekurang-kurangnya dengan usaha dan diiringi doa, kita akan lebih berjaya. Selain itu, amalan yang dilaksanakan menerusi solat merupakan bukti betapa setiap individu Muslim diperintah untuk selalu bersyukur.

"Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmat-Ku dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azab-Ku amatlah keras." (Surah Ibrahim Ayat 7)

PENULIS ialah PensyarahPusat Pemikiran dan Kefahaman Islam UiTM Kampus Bandaraya Johor Bahru.

Wednesday, 20 May 2009

Temuduga Kerja Kerajaan

Pada masa ini, masalah ekonomi yang teruk melanda bukan saja Malaysia akan tetapi seluruh dunia. Di Malaysia sendiri, terdapat beribu-ribu pekerja diberhentikan kerja pada setiap bulan. Bagaimana dengan kehidupan mereka seterusnya? Apa yang akan mereka lakukan untuk menyara kehidupan mereka? Lebih-lebih lagi bagi mereka yang mempunyai tanggungan yang besar. Sungguh kasihan. Adakah mereka hanya menunggu saja mengharapakan bantuan kerajaan? Mereka perlu mencari kerja yang baru untuk meneruskan kehidupan.

Jadi tidak hairanlah mengapa permohonan jawatan dalam sektor awam tiba-tiba meningkat dengan mendadak. Hampir setengah juta permohonan untuk memasuki biang kerja dalam sektor awam! Akan tetapi berapa kekosongan yang ada bagi jawatan yang dipohon?

Pada masa ini, sangat sukar mencari kerja. Malah yang bekerja pun mula runsing memikirkan adakah mereka juga bakal diberhentikan kerja. Jadi pilihan mereka untuk mmendapat kerjaya yang stabil yang dapat menjamin masa depan mereka adalah dengan menyertai sektor awam. Akan tetapi, adakah mudah untuk mengisi atau memasuki bidang kerja sektor awam? Ianya tidak semudah seperti yang disangkakan. Sangat susah sebenarnya…Anda perlu bersaing dengan 200 - 500 pesaing yang lain bagi hanya satu kekosongan jawatan sahaja! Bagaimana untuk menjadikan diri anda yang terpilih di kalangan calon yang begitu ramai ini?

teruskan bacaan anda dengan klik link di bawah

Saturday, 16 May 2009

Sebab Allah haramkan babi

Sebab Allah haramkan babi

Soalan

Islam telah mengharamkan umatnya daripada memakan daging babi, apakah falsafahnya dan bagaimana ia boleh dikongsi dengan orang lain?

Jawapan

Sejak manusia pertama dijadikan sudah diperintahkan agar tidak memakan daging babi. Falsafahnya Allah SWT sukakan yang baik dan menyuruh manusia pilih yang baik. Oleh yang demikian Allah SWT melarang umat manusia daripada memakan perkara yang boleh mengundang mudarat kepada jiwa dan raga.
Setiap suatu yang ditegah daripada memakannya pasti ada sebab musababnya. Allah SWT tidak menjadi suatu itu haram, melainkan ada mudaratnya dan menjadikan sesuatu itu halal pasti ada manfaatnya.
Wabak yang sedang hebat menular dan berjangkit tanpa memberitahu kepada mangsa. Influenza A (H1N1) yang menjadi pembunuh senyap yang memulakan operasinya di Mexico kini sudah sampai ke negara jiran, Thailand.
Sebelum ini masyarakat Malaysia hanya menatap dan membaca serta mendengar mengenai virus ini di samping meluahkan rasa simpati kepada mangsa. Itu dua minggu lepas tetapi hari ini sudah berada tidak jauh dari rumah kita (Malaysia).
Seperti mana yang difahamkan oleh para saintis dan pakar-pakar perubatan bahawa virus ini merebak melalui udara, tidak semestinya di kampung kita ada babi baru boleh kena. Babi tak ada pun boleh kena, ini kerana udara yang membawanya.
Virus ini tersebar melalui titisan air pernafasan dan hubungan secara langsung atau tidak langsung. Persoalannya bagaimana manusia dijangkiti virus ini?
Jawapannya, manusia selalunya dijangkiti Influenza A (H1N1) melalui hubungan langsung dengan babi atau persekitaran yang dijangkiti virus ini.
Namun ada juga kes yang dicatatkan di mana manusia yang dijangkiti virus ini tidak mempunyai sejarah hubungan secara langsung dengan babi atau tiada kaitan dengan persekitarannya. Virus ini juga boleh berjangkit melalui manusia. Kalau begitu keadaannya, penyakit ini sudah ada vaksinnya? Jawapannya, setakat ini tiada vaksin yang boleh mencegah jangkitan virus ini.
Islam mempunyai penyelesaiannya, Allah SWT yang menjadikan manusia dan yang menjadikan selain manusia telah mengharamkan secara qatie (pasti) bahawa daging babi tidak boleh dimakan.
Firmannya yang bermaksud: Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (al-Baqarah: 173).
Ulasan Sayyid Qutub menarik minat saya untuk dikongsikan di sini, beliau menjelaskan: “Adapun persoalan mengenai memakan daging babi diperdebatkan oleh sekumpulan manusia... babi itu sendiri bersifat kotor dan menjijikkan jiwa yang menuntut kebersihan dan kesucian, sesungguhnya pada dagingnya, pada darahnya, dalam perutnya ada cacing-cacing yang sangat merbahaya.
Cacing yang sangat berbahaya
“Sedang manusia lupa bahawa ilmu mereka memerlukan tempoh yang cukup lama untuk mengesan satu kemudaratan daripadanya. Dalam masa yang sama siapa pula yang berani mendakwa tiada mudarat-mudarat lain yang membiak dan aktif dalam daging babi sedang belum diketahui oleh mereka yang bergelar pakar. Maka tidakkah mereka melihat bagaimana syariat Allah SWT mendahului kepakaran manusia sebelum puluhan kurun?” ( Sayyid Qutub, jld:1, hlm: 156).
Larangan ini juga termasuk menyentuh atau memegang binatang tersebut. Dunia perubatan pada hari ini telah membuktikan bahawa di dalam daging babi, darah dan usus-ususnya terdapat sejenis cacing yang sangat berbahaya (cacing pita dan telur-telurnya yang keras) yang boleh mendatangkan penyakit kepada manusia.
Inilah hikmah pengharaman ke atas binatang tersebut. Di sini telah terbukti betapa agungnya syariat Allah SWT yang mendahului ilmu pengetahuan manusia.
Dalam surah yang sama Allah SWT mengajak manusia keseluruhannya supaya makan makanan yang halal lagi baik, firman-Nya yang bermaksud: Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu. (al-Baqarah: 168).
Seruan “Wahai manusia”, dalam ayat di atas memperlihatkan bahawa Allah SWT yang Maha Agung Pencipta segala sesuatu yang bersifat Rahman, menyeru agar siapa sahaja dia sama ada mukmin mahu pun kafir, Dialah Pencipta mereka dan Dialah yang menunjukkan kepada manusia yang mana harus dimakan dan yang mana tidak boleh dimakan.
Dan makanan yang dimakan itu mestilah sifatnya halal dan baik. Halal dari sudut hukum dan baik dari sudut zatnya.
Anehnya manusia suka mendekati yang haram yang jelas mendatangkan mudarat sedangkan yang halal cukup banyak. Ingatlah yang haram hanyalah sedikit dan yang halal itu tidak terhitung oleh manusia.

Tuesday, 12 May 2009

Nizar adalah MB Perak


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengumumkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar sah Perak setelah digugurkan jawatan tersebut awal bulan lalu.

Moga berita inik tidak menimbul lebih kekecohan di Perak.

Melayu Boleh

Friday, 8 May 2009

Perak terus Kecoh!










Apa yang kamu semua rebut kan ? KUASA? HARTA? adakah ini keadilan?adakah ini takdir?Tidak dapat terima ketetapan Allah?Apakah Hikmahnya?Melayu Cina India ?Melayu Boleh? he he apa kene mengene Melayu Boleh?Rakyat jadi Mangsa?

Hanya anda tahu jawapanya............

Monday, 4 May 2009

Artikel DR. Mohd Asri ZainUl Abidin

Jiwa ‘kehambaan’ Melayu menghalang pembaharuan

Dalam semangat sesetengah pihak untuk menegakkan ‘kedaulatan Melayu’ maka pelbagai slogan kemelayuan dikeluarkan. Ada yang kata kita berbangga menjadi Melayu sebab kaum asal di Nusantara ini. Ada yang kata kita berbangga menjadi Melayu kerana sejarah kesultanan dan kepahlawanan Melayu. Apatah lagi ketika dunia hanya tinggal beberapa belas raja, sembilan daripadanya dimiliki oleh orang Melayu. Ada yang kata orang Melayu itu istimewa disebabkan adat dan budaya. Namun bagi saya, kemuliaan orang Melayu yang sebenar dan kekal kerana mereka menganut Islam. Mereka tidak kekal mulia dengan adat atau kesultanan atau budaya atau apa saja, mereka akan kekal mulia kerana akidah Islam dan jika mereka berpegang kuat dengan Islam. Hari ini budaya dan bahasa Melayu sudah banyak yang dilupakan, sejarah kesultanan atau kepahlawanan Melayu pun banyak perkara yang wajar dinilai semula. Adapun Islam, ia agama Allah yang sejagat, bukan hanya khusus di alam Melayu atau hanya untuk orang Melayu. Keberkatan dan kemuliaan akan dikurniakan kepada sesiapa yang berpegang dengannya sekalipun tanpa sejarah bangsa dan raja. Firman Allah: Ketahuilah! Sesungguhnya wali-wali Allah, tidak ada kebimbangan sesuatu menimpa mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita. (mereka itu) orang-orang yang beriman serta mereka pula sentiasa bertaqwa. Untuk mereka kegembiraan dalam kehidupan dunia dan akhirat; tidak ada sebarang perubahan pada kalimat-kalimat Allah (janji-janji-Nya), yang demikian itulah kejayaan yang besar. Dan janganlah engkau (Wahai Muhammad) didukacitakan oleh kata-kata mereka (yang menentang); kerana sesungguhnya segala kemuliaan bagi Allah; Dialah Yang Maha Mendengar, lagi Yang Maha mengetahui. (Surah Yunus: 62-65).

Jikalah kepahlawanan Melayu hendak dijadikan teladan, saya fikir banyak perkara yang perlu ditapis. Hang Tuah yang kononnya hidup pada zaman kegemilangan Kesultanan Melaka tentu tidak relevan lagi di zaman kita untuk dianggap wira dan teladan. Wataknya itu mungkin sesuai untuk masyarakat yang berpegang kepada feudalisme yang taat patuh kepada golongan bangsawan secara membuta tuli.

Cerita tindakan Hang Tuah membawa lari Tun Teja dari Pahang untuk memenuhi ‘selera’ Sultan Melaka ketika itu, bukanlah tindakan terpuji. Ia salah dari segi nilai kesopanan, apatah lagi dari sudut ajaran Islam. Namun, masyarakat Melayu ketika itu barangkali dapat menerimanya disebabkan kehendak ‘sultan’ atau ‘raja’ itu mengatasi segala-galanya. Bahkan sultan atau raja bagi mereka mengatasi undang-undang dan peraturan. Dalam sejarah, bahasa dan adat yang digunakan oleh orang Melayu di hadapan sultan atau raja menggambarkan sikap berlebih-lebihan dalam memuja raja serta menghina atau ‘menghambakan’ rakyat. Ia sudah pasti tidak serasi dengan roh ajaran Islam yang membebaskan manusia dari perhambaan sesama manusia atau makhluk, kepada mengabdikan diri hanya kepada Allah. Dalam sejarah atau ‘legenda’ kesultanan Melayu juga, bukan sedikit tindakan sultan atau raja Melayu yang amat menyanggah keadilan, tidak masuk akal, sekali gus bercanggah dengan Islam. Orang Melayu dalam banyak keadaan mendiamkan diri dan berkata: “Kita rakyat, baginda raja”. Falsafah raja adalah ‘jelmaan tuhan’ yang dianuti oleh sesetengah agama, walaupun tidak disebut dalam masyarakat Melayu, namun ia menjelma dalam penghayatan. Sehingga perkataan ‘daulat raja’ difahami sesetengah masyarakat bahawa tuhan menurunkan bencana kepada sesiapa yang tidak menghormati raja. Bahkan adat-istiadat istana itu sendiri seperti cara ‘menghadap atau menyembah duli’ bukan berasal dari ajaran Islam. Walaupun Islam masuk ke dalam istana dan masyarakat Melayu, tetapi berhubung dengan adat keistanaan, banyak yang belum berjaya diislamisasikan.

Tidak dinafikan golongan agama, ada yang berjaya menasihati sesetengah raja Melayu. Terdapat juga sultan Melayu yang berpegang dengan Islam dan disanjungi kebaikan dan keadilan mereka. Namun, dalam banyak keadaan jiwa feudalistik Melayu menghalang atau melambatkan proses mengislamisasikan pemikiran Melayu berhubung dengan raja. Anasir itu ada yang berlarutan sehinggalah ke zaman moden ini. Tokoh-tokoh politik Melayu sama ada pro-Islam atau apa saja, bagaimana ‘sakan’ pun mereka mengkritik kerajaan; dari segi belanjawan, pembaziran, tindak-tanduk, pembahagian projek, kepatuhan kepada undang-undang dan agama dan hal lain, apakah mereka sanggup bertanya hal yang sama jika dikaitkan dengan ‘istana’. Jawapan sudah pasti tidak atau amat sedikit, walaupun memang banyak bisikan dalam senyap. Sehingga saya berjumpa sesetengah orang yang mengharamkan ‘yoga’ atas alasan kerana ada unsur agama lain antaranya merapatkan kedua belah tangan seperti ‘menyembah berhala’. Saya bertanya: “Tidakkah perbuatan yang sama dilakukan dalam istiadat Melayu menghadap raja?”. Dia menjawab: “Oh itu lain, saya tidak mahu masuk campur”.

Tulisan ini bukan menghina sejarah istana atau raja. Apa yang hendak ditegaskan kemuliaan kita apabila kita berpegang dengan Islam. Tiada masalah dengan istana atau kesultanan Melayu. Saya hanya menyebut latar masyarakat kita. Institusi ini boleh dikekalkan. Namun, proses pembaharuan minda berkaitan istana masih diperlukan. Apatah lagi istana dianggap memayungi Islam. Banyak institusi Islam di bawah istana. Tiada penguasa yang tidak boleh dinilai dan ditegur untuk kebaikan diri mereka dan rakyat. Seperti mana kerajaan ditegur dan dikritik, demikian juga raja dan sultan. Jika ia hal peribadi, ditegur secara tertutup dan peribadi. Jika ia hak atau isu awam, orang awam dan rakyat berhak menuntutnya. Saya menyebut hal ini demi kebaikan institusi kesultanan itu sendiri, agar berkesinambungannya secara mulia dan dihormati rakyat. Dalam rekod Melayu moden, orang Melayu banyak mempertahankan institusi kesultanan mereka, walaupun tidak banyak keadaan yang menunjukkan sebaliknya. Adapun saya, tidaklah bersetuju dengan kata-kata Hang Jebat: “Raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah”. Saya tidak bersetuju dengan perkataan ‘sembah’ yang disebut oleh Hang Jebat, sebab saya tidak menyembah raja. Saya kata: “Raja adil raja ditaati, raja zalim raja dibantah atau dinasihati”. Tiada beza antara rakyat dan raja atau menteri atau bangsawan mana sekalipun di hadapan keadilan dan hak. Islam tidak pernah mengajar jiwa feudalistik yang meletakkan bagi bangsawan hukuman berbeza dengan rakyat. Rasulullah SAW menyebut: “Sesungguhnya binasa orang yang terdahulu daripada kamu kerana mereka itu apabila seorang bangsawan dalam kalangan mereka mencuri, dia dibiarkan. Apabila seorang yang lemah dalam kalangan mereka mencuri, dilaksanakan hukum ke atasnya. Demi Allah! Jika Fatimah anak Muhammad (puteri Rasulullah) itu mencuri, nescaya ku potong tangannya” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Saya seorang Muslim, saya juga seorang Melayu. Saya tidak nafikan orang Melayu dan kesultanan kita ada keistimewaan yang tersendiri. Namun, saya percaya jika kita berbicara soal sejarah bangsa, setiap bangsa ada sejarah mereka. Jika soal budaya dan adat, setiap bangsa memilikinya. Jika soal bahasa dan sastera, setiap bangsa ada latar mereka. Namun jika kita berbicara rahmat Allah yang menunjukkan Islam kepada orang Melayu, ia adalah sesuatu yang istimewa. Ia membolehkan Melayu itu bergabung dengan sejarah hidayah dan alam yang merentasi segala rupa bangsa dan budaya. Ia menjadikan kita bersaudara dengan pelbagai bangsa di dunia atas kalimah Allah dan menjadikan kita merasai sejarah kegemilangan Islam sebahagian dari sejarah kita bersama. Cuma yang tinggal, sejauh manakah kita berjaya melayari bahtera keagungan Islam pada zaman yang mencabar ini? Zaman sudah berubah. Minda dan cara fikir generasi baru juga sudah berbeza. Sejarah juga akan berubah. Sesiapa yang enggan berubah, mungkin dia diubah.

DR. Mohd Asri ZainUl Abidin ialah bekas mufti perlis dan kini pensyarah pengajian islam, universiti sains Malaysia (usm) yang sedang sabatikal di Britain. laman web: drmaza.com. E-mel:

moasriza@yahoo.com.