Pages

Thursday, 29 January 2009

kfc Halal?

"Manusia menjadi musuh dengan apa-apa yang tidak diketahuinya." - ini adalah pepatah orang-orang Arab. Bukan hadis nabi. Namun demikian, kata-kata ini banyak kebenarannya. Saya sedikit agak kecewa, bahkan mungkin merungut sedikit. Saya memohon maaf jika tulisan saya kali ini agak pedas dan keras (syadid) sikit daripada biasa. Hal ini adalah kerana saya sememangnya tidak gemar apabila seseorang begitu mudah memberi hukum tanpa usul periksa. Isu memboikot barang-barang tertentu yang jelas bersekongkol dengan Israel, saya tegaskan bahawa saya sangat bersetuju dilaksanakan, tetapi lakukan boikot tersebut dengan bijaksana dan berhikmah. Bukan dengan membuta-tuli atau berlandaskan kejahilan serta ke*****an yang kita miliki.

Umat Islam menjadi lemah adalah disebabkan sifat ingin tahu mereka terlalu rendah. Malah, untuk mencari ilmu pengetahuan pun kita begitu malas. Umat Islam, khususnya di Malaysia- lebih gemar mendengar khabar angin daripada menyelidik untuk mencari kebenaran. Lantaran itu, apabila kejahilan yang kita ikuti pasti akan mendekatkan diri kita ke gaung kehancuran. Isu memboikot restoran makanan segera KFC telah dilancarkan secara besar-besaran dalam kalangan bloggers, saya tidak tahu sama ada ia berlaku secara terancang, mahu pun terjadi atas dasar kejahilan kita sendiri. Namun demikian, hal ini sedikit sebanyak mengundang rasa kecewa dalam kalangan pengurus-pengurus kanan KFC Holdings Berhad - dan sudah tentu juga bagi Pihak Tan Sri Muhammad Ali Hashim, CEO JCorp yang menguasai syarikat Kulim Berhad, dan pada masa yang sama, Kulim Berhad merupakan pemegang saham terbesar dalam KFC Holdings Berhad.

Nampaknya, kejahilan dan ke*****an kita selama ini, telah menyebabkan kita tidak mahu menyelidik dan mencari kebenaran, malah lebih gemar mendengar khabar angin daripada realiti. Tidak ramai yang tahu betapa susah dan gigihnya kumpulan Tan Sri Muhammaa Ali Hashim bertungkus-lumus untuk beberapa tahun, semata-mata mahu menguasai KFC Holdings daripada tangan orang lain. Keluar masuk mahkamah dan pelbagai lagi cabaran, demi memastikan KFC Holdings menjadi milik orang Islam. Namun demikian, apabila kita malas untuk mencari kebenaran, maka yang kita peroleh adalah kejahilan. Dan apabila kejahilan yang kita sebarkan ia bukan sekadar membuka pintu fitnah, bahkan menunjukkan mentaliti umat Islam yang lebih mudah dipengaruhi oleh khabar angin daripada menyelidik terlebih dahulu sesuatu maklumat yang diterima.

Sejak akhir-akhir ini tersebar luas kempen untuk memboikot KFC di seluruh Malaysia, tidak kurang juga risalah yang bertaburan di masjid-masjid menyeru umat Islam Malaysia agar memboikot KFC Malaysia. Yang lebih malang, kempen boikot KFC yang penuh dengan fitnah ini datangnya daripada mulut mereka yang tahu hukum hakam agama bahkah bergelar Imam dan Ustaz. Padahalnya, mereka sendiri tanpa sedar menyokong rejim Ziones dengan menghisap rokok di kaki tangga masjid. Bukankah lebih molek dan baik jika lakukan kempen membiokot rokok? tidakkah kita tahu rokok itu haram hukumnya? membawa banyak fasad (kerosakan) ke atas tubuh badan manusia? Dan pelik apabila ada manusia yang menyuruh memboikot makanan yang halal tetapi berdiam diri tentang rokok? Mengapa sampai begitu jahilnya kita ini? Jika kita rasa bahawa kita tidak tahu, sama ada KFC Malaysia terlibat dalam menyalurkan royalti (bayaran cukai) kepada KFC Amerika Syarikat yang menyokong Israel, lebih baik kita diam. Jangan membawa fitnah ke sana ke mari, semata-mata kerana kita sendiri tidak berapa pasti maklumat tersebut dan hanya mendengar khabar angin.

Saya sempat menghubungi pegawai-pegawai kanan Tan Sri Muhammad Ali Hashim sebentar tadi- ternyata mereka sangat kecewa dengan kempen kotor lagi tidak bermaruah ini. Jelas, masyarakat kita kurang mengambil berat terhadap kesahihah sumber maklumat dan kurang amanah dalam ilmu pengetahuan. Perlu dijelaskan, bahawa KFC Malaysia hanya menggunakan jenama (brand) KFC semata-mata dan tidak membayar apa-apa cukai atau sebarang keuntungan kepada KFC induk di Amerika Syarikat. Cuma membayar yuran penggunaan jenama. KFC Malaysia adalah hak milik kita. Ia halal di makan tidak seperti rokok.

Menurut Pegawai-pegawai kanan Tan Sri Muhammad Ali Hashim, ini semua adalah fitnah dan boleh menjejaskan pendapatan para pekerja di restoran-restoran KFC di seluruh Malaysia yang berjumlah 19 000 orang itu. Malah, rata-rata pekerjanya terdiri daripada orang Melayu-Islam. Jika para pemboikot itu sanggup menyediakan pekerjaan baharu kepada mereka, itu tiada masalah, silalah boikot. Tetapi malangnya, yang kita tahu hanya memboikot, apabila disuruh untuk menderma ke dalam tabung bantuan rakyat Palestin kita hanya sanggup masukkan RM 5 saja ke dalam peti derma di tepi pintu masjid. Sekarang, mari kita bertanya di manakah kita letakkan keutamaan jihad kita? memboikot sebuah produk yang terbukti salah untuk diboikot atau menggandakan jumlah derma kita kepada rakyat Palestin? Tepuk dada, tanya iman dan bukan tanya kepada Aiman.

Saya tegaskan sekali lagi, tiada salah untuk memboikot - tetapi biar secara bijaksana, berhikmah dan berilmu. Pilih betul-betul produk yang jelas menyalurkan bantuan kepada Rejim Ziones tersebut, jangan main sedap boikot saja. Umat Islam mundur kerana kita ketepikan soal (bijaksana) sebab kita jarang baca al-Quran. Lantaran itu kita mudah diperkotak-katik oleh bangsa lain. Adalah lebih baik pada pandangan saya kita boikot semua jenama rokok. Jelas ia memudaratkan kesihatan, malah jenama syarikat-syarikat besar rokok antarabangsa belum tentu selamat daripada dikaitkan dengan negara Israel.

Oleh yang demikian, saya menyeru kepada sesiapa sahaja, pergilah menjamu selera di restoran-restoran KFC, jangan ragu dan jangan gusar. Ia bukan sahaja halal, malah KFC Malaysia adalah milik orang Islam dan tidak terlibat dalam menyumbang wang atau royalti kepada negara Israel. Malah, ramai yang tidak tahu berapa juta ringgit yang telah didermakan oleh JCorp hasil keuntungan KFC kepada tabung rakyat Palestin. Semua ini memerlukan kita berhati-hati sebelum memboikot.

Wednesday, 21 January 2009

Jom Solat di Masjid!


"Barangsiapa yang mendengar seruan azan, lalu ia tidak datang (memenuhi seruan solat berjemaah itu), maka tidak sah solatnya, kecuali kerana uzur".

Imam Bukhari dan lmam Muslim meriwayatkan hadits dari shahabat Abu Hurairah, Rasul Allah bersabda “Aku memiliki kehendak untuk menyuruh seseorang menjadi imam shalat (di masjid), kemudian aku menyuruh beberapa lelaki untuk mengambil (mengumpulkan) kayu bakar dan aku keluar menuju ke rumah orang-orang yang tidak mengikuti shalat berjamaah di masjid. Maka, aku bakar rumahnya. Demi Zat yang jiwa Muhammad shalallahu ‘alaihi wa sallam berada di tangan-Nya, andaikata orang-orang ku mengetahui bahwa di dalam masjid itu akan ditemukan dua benda yang sangat berharga pasti mereka akan menyaksikannya pula” [Hadits Riwayat Bukhari dan Muslim)]

Tidak gerun kah kita apabila membaca hadist diatas apakah langsung tidak bergetar imam didada atau langsung tiada apa2 kesan apabila Rasullulah sendiri ingin membakar rumah kepada org yang tidak solat berjemaah di masjid.

Agaknya kalau rasulullah masih hidup sekarang bape banyak rumah yang boleh dibakar. Kita banyak melaungkan orang islam mesti bersatu untuk maju tapi dalam masa yang sama kita masih lagi tidak bersatu untuk menghadap Allah 5x sehari. Jangankan kata 5x sekali pun begitu susah untuk pergi kemasjid kan.

Bnayak faedah dan kebaikan solat dimasjid nih jika kita boleh dapat faedahnya cash masa itu jugak mungkin hari2 masjid penuh. Barulah seronok dan bangga menjadi org islam ,Barulah gerun orang bukan islam dan barulah terbuka hati mereka dengan keindahan islam.
Mungkin kita baru terbaca hadist diatas jadi mulai hari ini cubalah untuk solat berjemaah di masjid.

Tuesday, 20 January 2009

200,000 pekerja hilang kerja?

"Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) menjangkakan 200,000 pekerja di negara ini terpaksa diberhentikan berikutan merudumnya ekonomi global berbanding 85,000 pekerja sewaktu kemelesetan ekonomi 1998."

Aku rase aper yang dikatakan oleh MEF diatas memang ader kebenaranyer dipasir gudang sahaja lebih kurang seribu orng jugak yang dah hilang kerja samade kene berenti atau diberentikan atas alasan tak der sale atau memang sahaja berentikan pekerja untuk kurangkan kos.

Jadi apa keburukan yang akan kita alami apabila ramai org tak der kerja.Jangan pikir biler kita ader kerja kita selamat sebenarnya banyak akibat atau kesan bile ramai org takder kerja, bila takder kerja maknernyer takder lah duit , abis macamaner nak MAKAN atau bayar bil,utang kete,utang perabot,sewa rumah,PTPTN ,MARA,TEKUN,PUNB, atau yang lebih teruk kalau ader utang along. Kalau utang ngan abang long ko mungkin boleh lari kejap(takyah balik kampung) nih utg dengan pencekik darah.(abis sapa suruh pinjam).teringat aku jiran aku dulu ader kantoi dgn along,PERRG rumah abis kene campak ngan cat merah.. siap tulis besar2 "busuk punyer olang" . malu beb.

Jadi sebenarnya aper yang paling dirisaukan dalam situasi perberhentian kerja ni adalah masaalah jenayah yang akan melampau-lampau berlaku . Bila tiada iman didada dalam keadaan terdesak macam2 boleh berlaku. Baru2 ini 5 biji kedai dirompak dalam satu masa! berlaku di kawasan deretan kedai di air biru pasir gudang. yang aku tahu diorang siap bawak pistol beb. Kalo korang jadi org kedai tuh macamane ? Dan yang paling hebat rompakan tuh berlaku dalam keadaan orang ramai dalam kedai dan langsung tak tahu yang kedai tuh kene rompak.

Jadi banyak2 lah berdoa supaya dijauhkan dengan perkara2 yang menyusahkan kita. Dekatkan diri dengan Allah Taala Maka Allah Akan Dekat dengan Kamu.

Monday, 19 January 2009

Jual Mousepad pun boleh Kaya?

Jual mousepad pon boleh kaya tau cuba tengok bawah niih:
Giler betul USD71.00 tu kalikan dengan 3.6 lebih kurang rm255.60.Kalo nak tahu lebih lanjut klik jerlah banner kat atas tuh . Jual Barang di EBAY tanpa simpan stock cuma guna kekretifan anda.
modal untuk jual mousepad ni pon cuma usd2.99 tuh pon kalo terjual kalo takder saper yang nak beli takyah lah bayar dengan company dropshipper tuh. hah ! tak paham ? ko beli jerk laah ebook RAHSIA sifulan tuh . OK chow aku pon tgh sibuk mendesign mousepad niih. blaah
KLIK SINILAH OK SELAMAT MENAMBAH PENDAPATAN

Sunday, 18 January 2009

Malaysia Di serang!!!


Apabila negara-negara Islam yang lain dilanda peperangan atau diserang oleh askar kafir….. kita sering mendengar pemimpin-2 kita menggunakan modal seperti ini..” Kita patut bersyukur Malaysia aman dan damai….” Tetapi pernahkah kita berfikir untuk sejenak, sejarah ditulis setelah ia berlaku, tetapi sejarah tidak dapat diramal ketika ia sedang berlaku. Ketika rakyat Islam Bosnia disembelih oleh paramilitari Serb, pada malam sebelumnya mereka hidup seperti biasa dan tidak pernah terlintas bahawa keesokan harinya akan bermulanya hari celaka bagi mereka. Jadi, untuk sejenak cuber kiter berfikir dalam bentuk reverse engineering iaitu: Bagaimana jika kita yang diserang oleh kuasa kuffar seperti negara Islam lain, dan negara Islam yang lain plak jadik cam kiter?

MALAYSIA DISERANG ???
untuk menanam kesedaran ke atas Melayu Yang Mudah Lupa.
(Melayu Mudah Lupa kata Mahathir)

AMARIKOS menyatakan Malaysia sarang pengganas.. ada pejuang Hizbullah terlepas ke malaysia …lalu menghantar Kapal Pengangkut Pesawatnya (CARRIER) di Selat Melaka dan di Laut China Selatan. Menghantar kapal selam nuklearnya dgn muatan peluru berpandu membawa armada tentera untuk menyerang malaysia …

AMARIKOS menyuruh negara berhampiran dengan Malaysia yang merupakan sekutu rapatnya SINGOFURO di selatan, TAHAILAND di Utara dan PILLIPINNOS di Timur menenyerang Malaysia dengan alasan memburu pengganas al-Qaeda atau Hizbullah sama seperti alasan Israel menyerang Lubnan dan Palestin.

Walaupun Malaysia cakap Malaysia negara bebas pengganas tentera Kuffar tetap menyerang malaysia jugak sama seperti mereka menyerang Iraq kerana mereka dakwa Iraq ada senjata pemusnah, Afghanistan ada Pengganas Taliban, Lubnan ada Pengganas Hibullah dan Malaysia ada Pengganas Jemaah Islamiah.

Malaysia tetap mempertahankan Malaysia ini tidak ada pengganas tetapi suara kita tidak dihiraukan sama seperti mereka tidak hiraukan Afghanistan , Iraq , Lubnan dan Palestin.

Sebelum tiba saat MALAYSIA DISERANG ini Perdana Menteri kita… YB Wakil Rakyat… Parlimen dan ADUN… Tauke-tauke Cina yang kaya… semua cabut lari ke keluar negara dengan jet dan pesawat peribadi masing-masing. Mereka ada duit untuk cari perlindungan di luar negara.

Tinggallah rakyat Melayu Islam yang miskin hina ini di negara sendiri, menunggu masa untuk diserang oleh tentera Kuffar AMARIKOS dan sekutunya. Barulah rakyat tahu bahawa pemimpin Melayu dan tauke cina yang dijadikan pepimpin sebelum ini tidak sama seperti Khalifah Umar Al-Khattab… Khalifah Ali Abi Thalib… Khalifah Khalid Al-Walid… Khalifah Salahuddin Al-Ayubbi… yang sanggup berada dibarisan hadapan berdepan musuh-musuh Islam.

SAAT Peperangan bermula….

Tempat yang mula-mula sekali dibom adalah Putrajaya, diikuti negeri-negeri lain. AMARIKOS dan Sekutunya mengebom…melancar peluru berpandu… membedil…menembak Rakyat Malaysia…mereka membunuh Orang tua… perempuan dan Anak-anak kecil orang melayu islam kita…sama seperti Yahudi menembak dan membunuh rakyat Lubnan yang tak berdosa!!!
AMARIKOS dan sekutunya menyerang MALAYSIA secara besar-besaran. Apabila selesai pesawat pejuang di Selat Melaka mengebom Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Kuala Lumpur . Datang lagi pesawat musuh silih berganti…..

Apabila selesai pesawat pejuang di laut China Selatan mengebom Kelantan, Terengganu, Pahang….datang lagi pesawat musuh silih berganti….
Johor pula dibedil dengan peluru berpandu jarak sederhana SINGOFURO… diserang dengan jet-jet pejuang SINGOFURO yang sentiasa melalui ruang udaranya… menghujani bom-bom dan roket…kemudian Johor dan negeri sembilan dapat ditawan tentera musuh.

Anda di berada di Kedah….Pasukan Darat tentera Bersekutu mara dari bahagian Utara…tentera bersekutu semakin dekat dengan rumah anda… menentang pintu rumah anda….anda bersama dengan Isteri yang sarat mengandung dan 3 orang anak ketakutan dalam rumah…

Tentera bersekutu memperkosa anak perempuan yang berusia 12 tahun anda depan mata anda…sebagaimana tentera Sebia memperkosa umat Islam Bosnia …muncung senapang ditujukan di kepala anda…
Anak perempuan kesayangan anda yang anda bawak masa jamuan Raya 2006…diajukan muncung senapang…

DAMMMMMM…anak kesayangan anda mati ditembak oleh tentera bersekutu…
Sebelum ini anda melihat anak umat islam Lubnan, Palestin mati ditembak.. anda tidak mempunyai perasaan apa-apa… sekarang berlaku kepada diri sendiri… baru tahu perasaan sedih anak mati ditembak di depan mata…..

Anda menangis ketakutan….

Tentera bersekutu merampas Isteri anda yang sarat mengandung, dibawa menaiki trak…untuk dijadikan habuan tentera dalam kem. Anda dipukul separuh mati oleh tentera bersekutu meninggalkan anda patah riuk berlumuran darah. Anda sangka anda sudah mati….tetapi umur anda masih panjang….anda masih hidup…anda merangkak menuju ke hutan berhampiran disebuah bukit untuk menyembunyikan diri….

Anda mengalirkan air mata… INGAT AKAN ALLAH….

Ujian peperangan berlaku didepan mata anda sekarang. Anda sebelum ini tidak pernah terlintas dengan peperangan. Kita sering disogokkan negara kita aman, tiada peperangan, tiada pertumpahan darah tiba-tiba hari ini diuji berlaku peperangan.

Pemimpin tersebut yang menyatakan negara kita aman cabut menghilangkan diri. Anda sudah tiada siapa lagi didunia ini….
Anak perempuan diperkosa dan dibunuh didepan mata…
Anak kecil ditembak didepan mata…
Isteri dirampas untuk diperkosa…. didepan mata!!!!
kawan-kawan…sahabat taulan… ramai yang terkorban..
dan tidak kurang juga yang cedera parahh..

Dipuncak bukit anda melihat kampung halaman anda terbakar. Mayat orang melayu Islam bergelimpangan mati terutama golongan orang tua dan kanak-kanak yang tidak sempat melarikan diri…mereka tidak bernasib baik seperti anda…

Diatas bukit itu juga…anda melihat beribu-ribu Tentera bersekutu berkumpul untuk membunuh dan menembak saki-baki orang melayu Islam yang masih selamat… mengerledah setiap ruang yang ada untuk memburu Al-Qaeda, Hizbullah atau Jemaah Islamiah… tetapi umat Islam lain yang jadi mangsa…
Sementara menunggu sakaratul maut menjemput anda apabila anda tersua dengan Tentera bersekutu nanti….

Apa yang anda Harapkan pada masa itu????

Tiada perkara lain yang anda harapkan kecuali…
BANTUAN ALLAH….
BANTUAN TENTERA UNTUK MEMBELA AGAMA ALLAH…

ANDA MENGHARAPKAN UMAT ISLAM DARI NEGARA LAIN MEMBERI BANTUAN KETENTERAAN KEPADA MALAYSIA … ANDA MENGHARAPKAN SAUDARA SEAGAMA DENGAN ANDA MELINDUNGI ANDA DARIPADA SERANGAN TENTERA KUFFAR!!!! ANDA MENGHARAPKAN BANTUAN TENTERA JIHAD FI SABILILLAH DARIPADA INDONESIA, SELATAN THAILAND, BANGLADESH, PAKISTAN,DAN NEGARA OIC YANG LAINNNNNN…..BAGI MELAWAN TENTERA PENCEROBOH BUMI MALAYSIA INI……

Tetapi tunggu punya tunggu…. bantuan ketenteraan tidak kunjung tiba…

ANDA TERDENGAR UCAPAN DARIPADA PEMIMPIN DUNIA ISLAM YANG LAIN menyatakan:

“Kami Negara-Negara Islam Mengutuk tentera PENCEROBOH menyerang Malaysia ” (Presiden Burkina Faso, Pengerusi OIC yang baru)

“Kami akan menghantar 10 000 Tentera pengaman ke MALAYSIA selepas tamat perang nanti…setelah habis kawasan Malaysia dibom oleh tentera bersekutu”(Presiden NAM )

“Alhamdulillah… Negara kita Indonesia aman damai berbanding dengan negara Malaysia yang dilanda peperangan…Kita semua patut bersyukur… kita dapat menyambut hari raya aidilfitri dan deepavali dalam suasana yang aman harmoni”, Presiden Indonesia- Negara Umat Islam paling ramai. (Pemimpin Malaysia selalu sebut camni)

“Tak apa… selepas peperangan tamat… Kami akan menghantar para pendakwah ke Malaysia untuk mendidik rakyat Malaysia ” Wakil Penduduk Islam Selatan Thailand )

“Kami akan menghantar bekalan makanan dan ubatan kepada Penduduk Islam Malaysia yang dilanda peperangan” Pemimpin Arab Saudi)..bagi komen dan pendapat…

APA PERASAAN ANDA APABILA MENDENGAR UCAPAN PEMIMPIN-PEMIMPIN ISLAM SEPERTI DIATAS DIKALA ANDA MEMERLUKAN BANTUAN KETENTERAAN DARIPADA MEREKA?

Friday, 16 January 2009

Ebay memang Lubok Duit

Sebelum ni aku pelik macamaner diaorang buat duit melalui ebay nih .. yerla kalau pikit secara logik , nak cari barang untuk jual, nak bungkus pulak,pastuh kalau tak laku nak bayart fees ebay,nak maintain stock sentiasa ader,haiik macam2macam nak kener pikir.Tapi rupa2nya sangkaan aku memang salah rupernyer kiter memang betul2 boleh jadi kaya dengan ebay tanpa ader stock,store,nak bungkus barng atau nak gunerkan pejabat pos hantar barang .Company yang uruskan ini semuanyer adalah dipanggil dropshipper pelbagai2 company yang boleh kiter cari kat tenet ini. Patutlah ader sorang pompuan nih boleh berenti kejer bank semata2 nak buat ebay rupa2 ini rahsia dier rupaernyer. dah terbongkar . Dan Ebook yang telah mendedahkan rahsia diaotang adalah Ebook SIFU LAN KLIK SINI


Dalam ebook nih memang dier ceritakan cara2 dari A sampai Z mcammaner kiter boleh dapat duit dari ebay nih . Apa yang perlu cuma talian internet dan Computer. Dalam keadaan gawat sekang memang patut kiter pelbagaikan sumber pendapatan kan. Ok Selamat Beramal.

* Saya nak tunjuk screen shot paypal tapi ader masaalah teknikal plak aduiih .

Wednesday, 14 January 2009

Bacalah Surah Ali Imran Ayat 37

Ni ader satu cerita ... Ade seorang ustaz pada suatu hari pergi ke suatu kampung di hulu bandar untuk membuat lawatan atau ziarah tiba2 didatanginyer seorang petani petani dan bertanyakan masaalh perniagaanya yang masih tidak menjadi sehinggakan pinjaman terpaksa dibuat sehingga beratus ratus ribu /. Dan seorang ustaz nih pun beritahu amalkanlah membaca ayat Surah Ali Imran Ayat 37 dan diamalkan ketika mengusahakan sesuatu dan dibacalah juga setelah solat fardhu. Dipendekkan cerita pada masa lainnye ustaz ini kembali semula ke kampung tersebut dan petani ini kelihatan gembira dan berterima kasih kepada ustaz ini keran apa yang di usahakan menjadi. Ustaz hanya mengatakan " APA YANG BERLAKU HANYA DATANGNYA DARI ALLAH DAN BERSYUKURLAH JAUHKAN DARI PERKARA YANG ALLAH MURKAI".