Pages

Thursday, 25 September 2008

5 Kunci Usahawan Berjaya

========================
5 Kunci Usahawan Berjaya
========================


MERANCANG DAN DAPATKAN HASIL

Kall, tidak kira di mana sahaja di dunia, kebolehan merancang dan
mendapatkan hasil adalah tugasan yang paling berharga sekali. Tidak
kira dalam bidang politik, keluarga atau individu, merancang akan
dapat membuahkan hasil yang lebih teratur dan baik.

Begitu juga dalam perniagaan. Untuk menjadi usawahan yang berjaya,
kebolehan merancang dan mendapatkan keputusan adalah amat penting.
Sebelum memulakan apa sahaja perniagaan, satu perancangan yang
lengkap perlu diadakan (jangan nak main terjun sahaja!). Apabila
perniagaan sudah dimulakan, perancangan masih diperlukan dalam
menganalisa strategi pemasaran untuk mengembangkan perniagaan anda.
Apabila perniagaan anda sudah maju, perancangan masih diperlukan
untuk memastikan perniagaan anda mendapat pasaran terbesar dan
tidak diambil oleh pesaing anda!

Dalam setiap peringkat perniagaan, perancangan dimestikan dan tidak
pernah ditinggalkan oleh usahawan yang berjaya. Usahawan yang
berjaya akan sering Tanya pada diri sendiri:

- Apakah keputusan yang diinginkan dalam perniagaan ini?
- Bagaimana keputusan itu dapat dicapai?
- Siapa yang dapat membantu mengembangkan perniagaan ini?
- Apakah kebolehan atau ilmu tambahan yang saya perlukan untuk
mengembankan perniagaan ini?

Kebolehan anda untuk mendapatkan hasil dan bertanggungjawab atas
keputusan anda adalah tanda seorang usahawan yang gemilang.

BERI LEBIH DARIPADA APA YANG DISANGKAKAN

Kunci kejayaan sesuatu perniagaan adalah untuk melakukan lebih
daripada apa yang disangkakan. Bak kata mat salleh, "Go the extra
mile!". Maksudnya adalah untuk anda melakukan tugasan anda dalam
perniagaan lebih daripada apa yang disangkakan oleh orang lain.

Kebiasaannya, seorang pekerja hanya akan melakukan tugasannya
apabila disuruh. Pekerja akan melakukan kerja berdasarkan
pendapatan yang diterima. Tetapi, untuk menjadi usahawan yang
berjaya, menteliti sebagai "pekerja" tidak lagi boleh disimpan.

Pelanggan akan mengetahui bahawa anda sanggup bekerja ekstra untuk
memenangi hati mereka. Usahawan lain juga akan dapat melihat
peluang bekerjasama dengan anda oleh kerana anda berusaha
sekeras-kerasnya dalam perniagaan anda. Melakukan kerja lebih
daripada apa yang disangkakan akan membuka pintu rezeki kepada
perniagaan anda.

MEMASAR DAN MENJUAL!

Ini adalah kunci utama kejayaan sesuatu perniagaan- pemasaran dan
menjual! Tahukah anda bahawa lebih 95% perniagaan baru gagal dalam
tahun pertama ia ditubuhkan? Ya, statistik ini amat mengejutkan
bagi bakal-bakal usahawan. Namun, sekiranya anda mempunyai
cirri-ciri usahawan yang berjaya, ia dapat menjauhkan daripada
statistic ini.

Kebolehan memasar dan menjual apa yang anda niagakan adalah nadi
kepada apa jua jenis perniagaan. Kebolehan yang diperlukan adalah:

- Kebolehan berkomunikasi
- Kebolehan merunding
- Kebolehan memujuk pembeli membeli
- Kebolehan menjual produk atau perkhidmatan anda

Kunci kejayaan apa jua perniagaan adalah jualan dan keuntungan yang
tinggi. Tanpa kebolehan "menjual", matlamat sesuatu perniagaan
tidak dapat dicapai. Aliran wang (cash flow) adalah amat penting
dalam perniagaan dan aliran wang hanya akan diperolehi melalui
menjual produk dan perkhidmatan anda.

Oleh kerana menjual adalah amat penting dalam perniagaan, pelajari
kaedah-kaedah menjual melalui buku-buku, seminar perniagaan dan
juga seminar komunikasi.

Bertahun-tahun dulu, saya merupakan seorang yang agak pendiam dan
sukar berkomunikasi dengan sesiapa sahaja- apatah lagi menjual!
Ianya selepas saya memperbaiki kelemahan saya dalam komunikasi,
saya mula dapat melihat kejayaan dalam perniagaan saya berkembang
melalui pemasaran dan jualan yang meningkat. Dua tip dalam menjual:

1. Seseorang itu tidak dilahirkan boleh menjual! Menjual adalah
suatu kebolehan yang boleh dipelajari. Seperti menunggang basikal,
ianya agak sukar pada peringkat awal. Tetapi, apabila berkali-kali
melakukan perkara yang sama, ia menjadi semakin mudah.

2. Komunikasi adalah penting dalam perniaagaan. Namun,
berkomunikasi bukan sekadar maksudnya banyak bercakap! Tetapi juga
untuk bijak mendengar. 85% kejayaan anda adalah bergantung kepada
mereka disekeliling anda. Pelajari kaedah berkomunikasi, mendengar,
memujuk, persembahan untuk mendapat kerjasama dari pelbagai pihak
dalam membantu menjayakan perniagaan anda.

FAHAMI ANGKA PERNIAGAAN

Dimana kebolehan utama seseorang usahawan yang berjaya seperti yang
telah dibincangkan adalah yang melibatkan apa yang dapat dilihat
oleh orang ramai, namun jangan sesekali mengabaikan perkara-perkara
yang tidak dapat dilihat oleh orang ramai- iaitu angka-angka
perniagaan anda!

Kebanyakan usahawan lebih fokus kepada strategi memajukan
perniagaan dengan memberi tumpuan kepada pekerja, pelanggan,
produk, perkhidmatan dan pemasaran sehinggakan melupakan isu
penting iaitu penyata kewangan.

Anda tidak perlu menjadi pakar dalam bidang perakaunan, tetapi, apa
yang penting adalah untuk anda fahami penyata kewangan anda.
Tugasan mengurus penyata kewangan boleh diagihkan kepada mereka
yang lebih bertauliah. Namun, sebagai usahawan yang berjaya, anda
perlu memahami pengiraan wang dalam penyata kewangan anda supaya
wang yang masuk tidak menjadi wang keluar sehingga menjejaskan
keuntungan keseluruhan perniagaan anda!

TIDAK PUTUS ASA MENCUBA

Kall, seperti yag dikatakan sebelum ini, 95% perniagaan akan
gagal. Ini bermaksud, anda hanya mempunyai 5% peluang untuk berjaya!
Sedih bunyinya bukan? Kunci terkahir adalah tidak berputus asa!

Anda kenali manusia terkaya didunia, Bill Gates. Tahukah anda
bagaimana beliau menjadi manusia terkaya dalam perniagaannya yang
boleh dikatakan yang paling berjaya di dunia?

Pada ketika ini sahaja Microsoft sedang membangunkan dan menguji
lebih darpada 1,600 produk dan perkhidmatan yang balum lagi
dipasarkan dimana kebanyakannya tidak akan dipasarkan pun dan
dikira sebagai projek gagal. Mengapa begini? Microsoft tahu bahawa
lebih banyak mencuba, maka lebih banyak peluang menjumpai kejayaan.

Usahawan yang berjaya adalah mereka yang tidak putus asa dalam
usahanya untuk menjumpai 5% peluang kejayaan itu.

Walaupun dikatakan 9/10 rezeki datangnya dari perniagaan, rezeki
tersebut tidak akan tercapai sekiranya anda tidak mendalami ilmu
perniagaan. Ambil langkah demi langkah dan pelajari selok belok
perniagaan. Kejayaan perniagaan akan datang kepada anda sekiranya
anda mendalami ilmunya.

-Irfan Khairi

Wednesday, 24 September 2008

Tip-tip Bagaimana Menjadi Jutawan Daripada Al-Quran

Artikel ini di kopipaste:-

Tip-tip Bagaimana Menjadi Jutawan Daripada Al-Quran
Tip-tip Bagaimana Menjadi Jutawan Internet Daripada Al-Quran

Mahmud Ibn Labid r.a. pernah berkata, bahawa beliau mendengar Rasulullah bersabda, “Dua perkara yang tidak disenangi oleh anak Adam. Mati, padahal mati itu adalah lebih baik dari dugaan (kesesatan). Harta yang sedikit, padahal harta yang sedikit meringankan hisab. [1]

Namun sekiranya anda ingin juga menjadi seorang jutawan, Allah s.w.t telah berfirman di dalam surah An-Nuur ayat 37 hingga 38, “(Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan solat serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan.”

“(Mereka mengerjakan semuanya itu) supaya Allah membalas mereka dengan sebaik-baik balasan bagi apa yang mereka kerjakan, dan menambahi mereka lagi dari limpah kurniaNya; dan sememangnya Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak terhitung.”

Bermaksud, dengan mengingati Allah, mendirikan solat, memberi zakat dan sedekah, takutkan hari kiamat kerana akan diadili, seseorang itu akan mendapat limpah kurnia Allah dan pembalasan yang paling baik. Allah sesungguhnya satu-satunya sumber segala rezeki dan Dia akan menambahkan kurniaNya kepada hamba yang mempunyai ciri-ciri seperti di atas.

Kajilah Al-Quran dengan sebenarnya-benarnya, kerana tips untuk menjadi jutawan banyak terdapat di dalam Al-Quran. Terjemahan Al-Quran bermodalkan RM20 di pasaran. Menurut Abu Said r.a., Allah berfirman di dalam sebuah hadith qudsi, “Sesiapa yang disibukkan oleh Al-Quran daripada berzikir dan meminta kepadaKu, maka Aku akan memberikan kepadanya sesuatu yang lebih utama daripada diberikan kepada orang yang meminta kepadaKu” [2]

Sekiranya anda bukan berniat untuk menjadi jutawan, tetapi sekadar ingin hidup sederhana, beribadat kepada Allah. Serta dalam masa yang sama tidak mahu mempunyai bebanan hutang dan dikurniakan kecukupan dalam semua perkara, amalkan membaca Surah Al-Waqiah setiap malam. Menurut Ibnu Mas’ud, Rasulullah s.a.w telah bersabda, “Sesiapa yang membaca surah Al-Waqiah pada setiap malam, ia tidak akan ditimpa kemiskinan selama-lamanya.”[3]

Sekiranya anda sekarang berada di dalam keadaan terdesak, ditimpa kesusahan, memerlukan “fast-cash” untuk sesuatu perkara mustahak, maka ikutlah petua Rasulullah s.a.w. Di dalam sebuah hadith yang diriwayat oleh Huzaifah r.a., apabila Rasulullah s.a.w mengalami kesulitan, beliau akan segera mengerjakan solat.[4] Solat yang dimaksudkan adalah solat sunat. Ini adalah selaras dengan firman Allah di dalam surah Al-Baqarah ayat 45, “Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk”.

Di dalam riwayat lain diceritakan oleh Abdullah bin Salam r.a., ketika keluarga Rasulullah menghadapi sebarang kesempitan rezeki, beliau akan memerintahkan mereka mendirikan solat dan membaca ayat 132 surah Taha.[5]Firman Allah di dalam ayat berkenaan, “Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.”

Kebanyakkan yang mengamalkan tip ini mendapat kemurahan rezeki yang luas dan “low profile”. Mereka tidak terburu-buru dan tergesa-gesa dalam mengejar kesenangan. Kebanyakkan mereka akhirnya menjadi komited dalam beribadat atau melakukan aktiviti dakwah. Mereka hanya melakukan sedikit pekerjaan dunia, namun kurnia yang diperolehi melebihi apa yang mereka kerjakan.

Wallahu’alam.

[1] Jami-ul-Saghir (Terjemahan H. Nadjih Ahjad),Imam Suyuthi, PT Bina Ilmu, Jakarta, 2003; Riwayat Ahmad, hadith #166.
[2] Muntakhab Ahadits (terjemahan Muhammad Qasim at Timori), Maulana Muhammad Yussuf Al-Khandalawi, Pustaka Ramadhan, Bandung, Indonesia, 2004; Riwayat Tirmizi, ms327
[3] Jami-ul-Saghir, op. cit.; Riwayat Baihaqi, hadith #8942, menurut Imam Suyuthi berstatus daif.
[4] Muntakhab Ahadits, op. cit.; ms 244
[5] Ibid.

copypaste dari:http://webblog.myjodoh.net/2007/06/20/tip-tip-bagaimana-menjadi-jutawan-daripada-al-quran/

Tuesday, 23 September 2008

Docnan penuhi kehendak pelanggan Bermula Hanya RM500


Kuasai pasaran dengan hasilkan 500 produk seperti pakaian, cenderamata

SEBAIK menamatkan pengajian di Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 1997 dan berbekalkan Ijazah Doktor Perubatan Veterinar, beliau berhasrat membuka ladang ternakan lembu dan kambing di negeri kelahirannya, Kelantan, kerana yakin pertanian mampu memberi pulangan lumayan terutama ketika kerajaan menggalakkan siswazah menceburi bidang keusahawanan.

Namun, menyedari bidang berkenaan memerlukan modal besar, Dr Wan Hasnan Wan Idris, 35, terpaksa memendamkan keinginan itu buat sementara waktu. Sebaliknya, beliau menceburi perniagaan menjual serunding daging di Kuala Lumpur atas alasan ia masih seiring dengan ilmu veterinar yang dimilikinya.

Usaha niaga itu bagaimanapun hanya bertahan beberapa bulan apabila beliau mengambil keputusan untuk pulang ke Kelantan dan membuka kedai mencetak pakaian di rumahnya di Pengkalan Kubor, Tumpat dengan modal permulaan RM500.

Itu pengalaman awal dilalui Dr Wan Hasnan, 35, sebelum bergelar usahawan berjaya menerusi syarikatnya, Docnan Industries Sdn Bhd. Docnan yang beribu pejabat di Jalan Pengkalan Chepa, Tanjong Mas, Kota Bharu, mempunyai dua cawangan termasuk di Tanah Merah serta pusat sulaman dan kilang menjahit pakaian di Pengkalan Chepa.

"Mula-mula dulu, saya berniaga dari rumah dengan mengambil upah mencetak pakaian pelajar sekolah, kolej dan universiti. Biasanya saya mendapat tempahan kecil-kecilan antara 20 hingga 30 helai t-shirt, ada juga yang tempah cuma sehelai baju... itu pun saya terima," kata anak muda itu yang pernah meraih Anugerah Usahawan Muda Mara bagi Sektor Pembuatan tahun lalu.

kesinambungan daripada Docnan M&M Enterprise yang memulakan operasinya pada akhir 1999. Docnan kini berkembang pesat dengan lebih 70 pekerja, selain dilengkapi peralatan dan mesin teknologi terkini.

Ia kini mengeluarkan lebih 500 produk termasuk pakaian, cenderamata, beg, alat tulis, lencana, topi, barangan keperluan sekolah, banner dan banting, di samping perkhidmatan sulaman berkomputer, silkscreen, pad printing, engraving dan percetakan digital.

Dr Wan Hasnan yang juga Pengarah Docnan berkata, pada mulanya langsung tidak tahu selok-belok perniagaan yang diceburinya kerana mempunyai latar belakang dalam bidang veterinar. Namun, kegigihan untuk berjaya membuatkannya belajar sendiri menerusi pembacaan di internet serta tunjuk ajar dari mereka yang lebih berpengalaman.

"Disebabkan modal yang kecil, saya mempromosikan produk di ekspo dan karnival yang dianjurkan pelbagai agensi kerajaan di Kelantan. Saya kemudian membeli mesin untuk menghasilkan butang lencana (button batch) berharga RM1,800 berbekalkan duit yang dipinjam daripada rakan dan keluarga," katanya.

Pada April 2000, beliau mengambil keputusan mencari tapak di Kota Bharu kerana memerlukan peluang yang lebih baik terutama dari segi pasaran dan potensi pelanggan.

Beliau menyewa kiosk kecil pada kadar RM30 sebulan di bangunan Mara, Jalan Datuk Pati, sebelum menyewa lot kedai di situ pada kadar RM190 sebulan.

Apabila perniagaan semakin berkembang, Dr Wan Hasnan mengambil keputusan memindahkan sepenuhnya operasi syarikat ke Kota Bharu pada 2001 kerana sukar berulang-alik setiap hari.

"Pada penghujung 2001, saya membuat pinjaman Mara sebanyak RM48,000 bagi mengembangkan perniagaan. Waktu itu tempahan semakin banyak tetapi saya masih mendapatkan baju dari pembekal di Kuala Lumpur, Melaka dan Pulau Pinang," katanya yang tidak mempunyai mesin dan terpaksa menghantarnya ke Kuala Lumpur.

Pada 2003, bapa kepada tujuh anak itu mendapatkan pinjaman RM215,000 daripada Mara bagi dijadikan modal pusingan serta membeli mesin sulam pertama berharga RM115,000, selain membina dua lot kedai dan membesarkan kilang jahitan.

Selepas lapan tahun menjalankan perniagaan itu, lebih 500 produk keluaran Docnan bukan saja dijual di Kelantan, malah di seluruh negara termasuk menerima tempahan dari Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Negeri Sembilan.

Dr Wan Hasnan melahirkan keyakinan Docnan mampu mencapai sasaran jualan melebihi RM6 juta tahun ini, walaupun ketika negara berdepan ekonomi yang tidak menentu.

Beliau turut meletakkan sasaran menguasai pasaran Pantai Timur dengan membuka cawangan di Kuala Terengganu dan Kuantan dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

"Saya yakin kombinasi kakitangan berpengalaman serta mesin terbaik mampu menghasilkan produk yang memenuhi kehendak pelanggan, sekali gus akan memastikan Docnan muncul syarikat Bumiputera terbesar mengeluarkan pakaian, beg, cenderamata serta pusat sulaman berkomputer dan silkscreen di Pantai timur," katanya.

BIODATA

Nama : Dr Wan Hasnan Wan Idris

Umur : 35 tahun

Status: Berkahwin dengan Ayudalita Abdullah, 34, dan dikurniakan 7 anak

Kelulusan: Ijazah Doktor Perubatan Veterinar (UPM)

Pengalaman berniaga : 8 tahun

Anugerah :

  • Penyewa Terbaik Premis Perniagaan Mara Peringkat Kelantan 2001

  • Anugerah Usahawan Muda Mara 2006 (Sektor Pembuatan) Peringkat Kelantan

  • Anugerah Usahawan Muda Mara (Sektor Pembuatan) 2007

    INFO: Docnan

  • Docnan memulakan operasinya pada akhir 1999 secara kecil-kecilan di rumah di Pengkalan Kubor dan kini berkembang pesat dengan lebih 70 pekerja, selain dilengkapi peralatan dan mesin teknologi terkini.

  • Kemudian menyewa kiosk kecil pada kadar RM30 sebulan di bangunan Mara, Jalan Datuk Pati, sebelum menyewa lot kedai di situ pada kadar RM190 sebulan.

  • Produk yang dihasilkan termasuk t-shirt, kemeja, beg, cenderamata, perkhidmatan sulaman berkomputer, tali leher, silkscreen, pad printing, laser engraving, inkjet dan percetakan digital.

  • Bagi pengeluaran t-shirt saja, secara purata terima tempahan 15,000 helai setiap bulan, manakala alat tulis mendapat sambutan sebelum sesi baru persekolahan bermula.

  • Ibu pejabat di 352, Simpang Tiga Tanjong Mas, Jalan Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan. Dua cawangan di Taman Uda Murni, Jalan Pengkalan Chepa dan Jalan Jedok, Tanah Merah serta mempunyai kilang Kawasan Industri Mara Fasa II, Jalan Padang Tembak, Kota Bharu.
  • Sunday, 21 September 2008

    Tujuh ibadah terbaik diamalkan akhir 10 Ramadan

    Antara amalan terbaik dilakukan pada 10 malam terakhir Ramadan ialah:

  • Melakukan solat sunat Rawatib, Tarawih dan sunat lain.

  • Memperbanyakkan berdoa seperti "Ya Allah Ya Tuhanku, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, maka ampunkan aku".

  • Membaca, mempelajari dan mengkaji al-Quran kerana hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim menyatakan: "Jibril menemui Nabi Muhammad SAW pada setiap malam Ramadan dan bertadarus al-Quran"

  • Berzikir menyebut nama Allah, firman Allah SWT, "Berzikirlah kepada Tuhanmu dalam dirimu (hatimu) dengan penuh perasaan rendah hati dan takut dan bukan dengan suara keras pada waktu pagi dan petang, dan janganlah engkau sampai dikira orang yang lalai."(Al- A'raf :205).

  • Memperbanyakkan sedekah kepada kaum kerabat dan fakir miskin. Hadis riwayat Bukhari Muslim menyatakan Nabi Muhammad SAW paling pemurah membuat kebajikan lebih-lebih lagi pada Ramadan ketika Baginda SAW dikunjungi Malaikat Jibril.

  • Beriktikaf di masjid terutama pada 10 hari terakhir Ramadan kerana ini cara terbaik untuk menjauhkan diri daripada melakukan perkara yang dilarang, sebaliknya memberi rangsangan untuk melakukan perkara yang disuruh. Diharap dengan beriktikaf akan ditemui lailatul qadar kerana ia berlaku pada 10 malam terakhir. Disebut dalam kitab Fath al-Qadir daripada Aishah r.a. berkata "Apabila masuk 10 hari terakhir Ramadan, Nabi banyak berjaga kerana ibadah, Baginda membangunkan keluarganya mengasingkan diri daripada isterinya."

  • Qiamullail iaitu bangun beribadat pada malam hari. Kelebihannya seperti difirman Allah Taala bermaksud "Dan bangun pada sebahagian daripada malam serta kerjakan "sembahyang Tahajud" padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat terpuji." (al- Isra': 79)
  • Friday, 19 September 2008

    Salamun Salam

    Jom berselawat Sambil Berkaraoke



    Nazrey,Akhil Hayy,Inteam dan Fareast

    Monday, 15 September 2008

    Tip perniagaan bulan Ramadhan: "Usahawan Muslim Perlu Rebut Peluang Perniagaan Internet"

    Sejak terdedahnya kisah tokoh usahawan internet, Irfan Khairi yang
    berjaya memperoleh pendapatan RM 1 juta hasil perniagaan
    internetnya, rakyat Malaysia mula membuka mata. Terutamanya
    golongan muda yang bersemangat tinggi, mereka tidak kisah
    mengeluarkan wang untuk membeli buku-buku panduan dan cakera padat
    yang menjelaskan langkah-langkah untuk memulakan perniagaan
    internet. Bagi yang lebih berkemampuan atau yang benar-benar serius
    mahu membuka perniagaan internet sendiri, mereka mula menghadiri
    kursus-kursus berkaitan yang yurannya hampir mencecah empat angka,
    kerana yakin nilai pulangan yang jauh lebih tinggi daripada itu.

    Perkara ini diakui sendiri oleh Irfan Khairi , penulis buku Rahsia
    Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar, buku bahasa Melayu yang
    pertama yang menceritakan tentang potensi perniagaan internet,
    sekaligus membongkar rahsia-rahsia perniagaan internet. Sejak
    munculnya buku tersebut di pasaran pada tahun lepas, perniagaan
    internet di Negara ini mula menampakkan perkembangan rancak,
    meskipun di Barat industri ini sudah berkembang hebat sejak sepuluh
    tahun yang lalu."Industri ini masih baru di Negara ini. Cuma sejak
    kebelakangan ini ia sudah mula mendapat sambutan dan kepercayaan
    orang ramai. Saya harap dengan kehadiran saya dalam industri
    internet sejak tahun lepas sedikit sebanyak membuka lebih banyak
    mata terutama di kalangan masyarakat bumiputera tentang peluang
    perniagaan melalui internet ini," ujar Irfan Khairi yang ditemu
    bual baru-baru ini.

    FENOMENA BARU

    Fenomena ini jelas dapat dilihat apabila buku tersebut menjadi
    Best-Seller di kedai-kedai buku terkenal seperti di MPH dan
    Kinokuniya. Cakera padat bertajuk Manual Langkah 1-2-3 Membina
    Laman Web Perniagaan Internet turut mendapat sambutan di samping
    Workshop Jutawan Internet yang dikendalikan sendiri oleh Irfan
    Khairi. Itu belum lagi diceritakan tentang produk-produk
    seumpamanya yang dikeluarkan oleh usahawan-usahawan internet lain.
    Bumiputera yang memiliki tahap ekonomi yang masih rendah tidak
    harus melepaskan peluang keemasan ini berlalu begitu sahaja.
    Peluang ini harus direbut sebaik mungkin kerana ia sedang terbuka
    luas dan masih banyak ruang yang belum diteroka, memandangkan
    Malaysia masih lagi berada di tahap awal dalam penerimaan
    perniagaan melalui internet.

    "Masih terdapat terlalu banyak ruang yang boleh dieksploitasi oleh
    kaum bumiputera di arena internet. Sebagai contoh, ketika saya
    bersiar-siar di kedai buku agama, terlalu banyak buku agama yang
    ada di pasaran tetapi tidak ada dijual di pasaran internet. Di situ
    saja satu idea memulakan perniagaan internet - menjualbuku-buku
    agama - boleh dilakukan," kata Irfan.

    POTENSI MASA DEPAN

    Tambah Irfan, potensi perniagaan internet pada masa hadapan akan
    menjadi semakin luas. Seperti televisyen, radio, surat khabar, dan
    majalah yang merupakan media yang tidak luntur dek masa, demikian
    juga dengan internet.

    "Pada masa ini pengguna internet di Malaysia mencecah 10 juta
    orang. Pada tahun lepas, jumlahnya adalah sembilan juta orang,
    bererti kenaikan sebanyak 1 juta pengguna setahun. Tetapi kita
    harus ingat, kenaikan itu tidak berlaku secara linear.

    Tahun hadapan bukan bermakna lagi satu juta pengguna internet, tapi
    mungkin 1.5 juta atau 2 juta. Saya yakin, pengguna internet dan
    penerimaan internet akan terus berkembang di Malaysia seiring
    dengan usaha kerajaan yang turut menekankan kepentingan industri
    ICT di Negara ini."

    Mungkin ramai yang teruja membaca kisah Irfan Khairi, tetapi masih
    tidak tahu untuk bertindak. Sebenarnya sesiapa sahaja boleh
    memulakan perniagaan internet sekiranya ada minat untuk
    melakukannya. Ini kerana perniagaan internet tidak memerlukan modal
    yang tinggi, kerana ia boleh dimulakan dengan modal serendah RM500
    sahaja. Ia juga tidak memerlukan pengetahuan teknologi maklumat
    yang tinggi kerana hari ini terdapat banyak buku-buku panduan
    mengenainya serta perisian-perisian yang membolehkan seseorang itu
    membina laman web nya sendiri.

    "Sebenarnya untuk memulakan perniagaan internet, seseorang itu
    tidak perlu ilmu yang mendalam dalam bidang teknologi maklumat.
    Sudah memadai bagi seseorang yang tahu menggunakan internet -
    samada untuk melayari laman-laman web, menggunakan emel atau
    membuat penyelidikan.

    Sekiranya tahu menggunakan perisian mudah seperti Microsoft Word,
    maka, sudah cukup untuk memulakan perniagaan internet. Asalkan
    mereka sanggup belajar dan ambil langkah demi langkah," kata Irfan.
    Irfan menjelaskan adalah amat rugi bagi seseorang usahawan yang
    sudah memiliki perniagaan sendiri tidak mahu merebut peluang ini.

    Ini kerana, menjual produk di kedai konvensional hanya dapat
    menerima kunjungan orang-orang yang berada di persekitaran kedai
    itu. Tetapi dengan cara mengembangkan perniagaan itu di internet,
    usahawan tersebut boleh mencapai pengguna internet satu Malaysia
    yang jumlahnya melebihi 10 juta orang.

    Bahkan, mereka boleh pergi lebih jauh dengan menjual produk mereka
    ke seluruh dunia dengan jumlah pengguna internet kini melebihi 1
    billion orang.

    Internet memiliki banyak kelebihan berbanding perniagaan
    konvensional kerana ia tidak dibatasi oleh sempadan geografi,
    bangsa dan agama.

    Kerana itu, sesiapa sahaja boleh berjaya di internet jika rajin
    berusaha, pandai membaca peluang dan yakin kepada diri sendiri.

    PENYELESAI MASALAH

    Perniagaan internet adalah penyelesai kepada banyak masalah. Ia
    boleh menyelesaikan masalah mereka yang menghadapi kesesakan lalu
    lintas, kepada ibu-ibu yang mahu menjaga sendiri anak-anak serta
    kepada mereka yang masih menganggur.

    "Hari ini ramai orang yang menghadapi masalah dengan pekerjaan
    mereka, termasuk juga mereka yang tidak ada kerja. Mereka ini harus
    memberi peluang kepada diri sendiri untuk mencuba perniagaan
    melalui internet ini. Ia boleh dijalankan di rumah dengan kos yang
    sungguh minimum.

    "Bagi graduan menganggur pula, mereka patut merebut peluang ini dan
    tidak menunggu pekerjaan makan gaji. Bahkan saya sarankan bukan
    sahaja kepada graduan menganggur, tetapi sesiapa juga sebagai satu
    cara mendapatkan pendapatan sampingan dan memantapkan ekonomi" kata
    Irfan lagi.

    KISAH KEJAYAAN IRFAN KHAIRI

    Saya mula berjinak-jinak dengan perniagaan internet kira-kira 7
    tahun yang lalu ketika berada di United Kingdom. Pada mulanya, saya
    tidak berapa pandai berniaga melalui internet. Minat berniaga sudah
    ada sejak di bangku sekolah, tetapi, berniaga di internet adalah
    perkara baru.

    Pada mulanya saya hanya melakukan perniagaan internet secara
    sambilan. Pada mulanya juga, amat sukar untuk saya mendapatkan
    pelanggan!boleh dikatakan selama setahun saya gagal dalam
    perniagaan internet - malah mengalami kerugian. Saya bertekad untuk
    terus berjaya.

    Jadi saya berusaha mengumpulkan wang untuk menghadiri kelas
    perniagaan internet dan membeli bahan-bahan rujukan perniagaan
    internet.

    Selama 2 tahun saya bekerja sebagai tukang cuci di pasaraya untuk
    menampung bahan-bahan pembelajaran serta menghadiri seminar
    mengenai perniagaan internet. Alhamdullillah, secara
    perlahan-perlahan saya dapat memperbaiki perniagaan saya.
    Pengalaman juga turut membantu sehingga saya berumur 25 tahun
    (empat tahun lalu).

    Allah Maha Pemurah memberi rezeki kepada perniagaan internet saya
    untuk meraih lebih dari RM1 juta keuntungan dalam masa 3 tahun. Dua
    tahun lepas saya kembali ke Malaysia dan mendapati perniagaan
    internet di Malaysia tidak mendapat sambutan.

    Ketika itu, saya bertekad untuk mendidik masyarakat Malaysia serta
    memberi kesedaran tentang peluang yang terdapat melalui perniagaan
    internet melalui buku serta bengkel yang saya anjurkan di
    RahsiaInternet.com.
    Alhamdullillah, kini masyarakat lebih ramai dapat menerima
    perniagaan internet dan saya juga akan terus dengan usaha saya
    selagi termampu, Insya-Allah.

    MELABUR PADA DIRI SENDIRI

    Seringkali saya di Tanya. "Irfan, saya ada wang simpanan RM 5,000
    yang saya boleh laburkan. Dimana boleh saya laburkannya untuk
    mendapat pulangan tertinggi?"

    Jawapan saya adalah : Laburkan pada ilmu.

    Kawan baik saya, jutawan Azizi Ali sering memulakan ceramahnya
    dengan soalan "Berapa banyakkah anda sanggup melabur untuk
    memperolehi pendapatan sebanyak RM1 juta?". Pelbagai jawapan yang
    diterima. Ada yang menjawab RM1,000.00. Ada yang menjawab RM10,000.
    Ada juga yang menjawab RM100,000!

    Walaupun soalannya berbunyi agak simple, namun, jawapan yang diberi
    menggambarkan sama ada anda serius dalam mencari ilmu untuk menjana
    pendapatan yang tinggi.

    Melihat orang-orang yang berjaya di seluruh dunia,mereka merupakan
    orang yang suka mencari ilmu untuk memperbaiki diri sendiri. Orang
    yang berjaya adalah mereka yang sering dahagakan ilmu dan sentiasa
    menuntut ilmu untuk mencari idea-idea baru, teknik dan strategi
    yang mereka boleh gunakan dalam memperbaiki diri sendiri dan
    menjana lebih banyak pendapatan.

    Fikiran adalah anugerah yang paling tinggi nilanya pada setiap
    manusia. Manusia juga dikatakan tidak pernah menggunakan
    keseluruhan potensi kuasa fikiran yang mereka ada.

    Berapa banyak anda patut melabur pada ilmu?

    Di sini terdapat satu formula mudah untuk melabur untuk ilmu.
    Formulanya berbunyi laburkan 3% daripada pendapatan bulanan anda
    kepada ilmu yang dapat memperbaiki nilai diri anda.

    Ini bermakna sekiranya pendapatan bulanan anda adalah RM2,000
    sebulan, laburkan RM60 setiap bulan untuk ilmu memperbaiki diri
    anda. Mungkin dengan jumlah ini, anda akan dapat membeli 2 atau 3
    buah buku yang berkaitan dengan industri anda. Ataupun, simpan 3%
    selama 4 bulan untuk mengumpul RM240 untuk anda menghadiri kursus
    yang boeh memperbaiki nilai diri anda.

    Sekiranya anda melabur pada ilmu, sebanyak 3% daripada pendapatan
    anda setiap bulan, ilmu tersebut akan menambahkan pengetahuan dan
    kepakaran anda dan ia turut akan menambahkan pendapatan bulanan
    anda.
    Sekiranya anda inginkan kemewahan dan kekayaan, anda perlu menjadi
    lebih baik dari mereka di dalam bidang anda. Untuk menjadi lebih
    baik - ilmu diperlukan!

    Pasaran pendapatan adalah adil. Pasaran akan memberi pulangan yang
    hebat kepada mereka yang hebat di dalam industri masing-masing.
    Sekiranya anda menjalankan tugas sederhana, pulangan anda juga
    turut sederhana. Sekiranya anda mempunyai kepakaran yang tinggi
    atas hasil anda mendalami ilmu bidang anda sendiri, anda juga akan
    mendapat pulangan yang tinggi dalam bidang anda.

    Katakan dengan melaburkan wang anda dalam memperbaiki diri anda
    pada setiap bulan sehingga anda menerima pendapatan RM4,000
    sebulan. Dengan hanya menyimpan 10% setiap bulan daripada
    pandapatan tersebut ke akaun pelaburan yang memberi pulangan 10%
    setahun, akaun simpanan anda akan mencecah RM1 juta dalam masa 31
    tahun sahaja! Anda akan pencen sebagai seorang jutawan!

    Ramai yang akan mengeluh. Menjadi jutawan dalam masa 30 tahun
    adalah waktu yang lama! Bagaimana Irfan melakukan dalam masa 3
    tahun?

    Di sinilah pelaburan pada ilmu pengetahuan menjadi lebih penting.
    Sering saya dengar kisah kejayaan di mana seseorang itu mendapat
    satu idea atau mempelajari satu teknik dari menuntut ilmu yang
    telah memberi mereka pulangan sehingga RM5,000, RM10,000, RM20,000
    atau lebih setiap bulan!

    Secara peribadi, diri saya sendiri juga turut menerima pendapatan
    yang berganda hasil daripada mendapat idea dan teknik daripada
    sering mencari ilmu. Dalam mencari ilmu, memang perlu kita melabur.

    Cara-cara mencari ilmu :

    1. Melalui buku-buku. Jangan lupa,tidak semestinya anda membeli
    buku. Perpustakaan membolehkan anda membaca apa saja buku dari
    pelbagai bidang tanpa anda perlu membeli buku-buku tersebut. Alasan
    tiada wang untuk membeli buku tidak diterima di sini.

    2. Salah satu cara terpantas mencari ilmu adalah mempelajari
    daripada mereka yang pakar. Dalam bidang apa sahaja pun, terdapat
    pakar yang telah berjaya. Pelajari dari pakar industri anda dan ia
    merupakan short-cut untuk anda berjaya. Ingat, anda tidak perlu
    mencipta kaedah baru- ikuti kaedah dan strategi yang digunakan oleh
    orang yang berjaya, dan anda juga akan turut berjaya!

    3. Anda juga boleh menyertai seminar dan kursus dalam memperbaiki
    nilai anda sendiri. Walaupun anda perlu melabur sejumlah wang dan
    tenaga anda untuk ke tempat kursus, sering kali saya mendengar
    kisah-kisah kejayaan daripada pelaburan sebegini. Peserta-peserta
    kursus saya juga ramai yang telah berjaya melalui kaedah ini!

    Terdapat banyak cara untuk menambahkan ilmu yang akan menambahkan
    isi dompet anda! Apa yang menghalang anda hanyalah kemahuan anda
    dan kesungguhan anda untuk mencari ilmu tersebut.

    Berminat untuk memulakan perniagaan Internet dari rumah selepas
    Raya?

    Tontoni klip Irfan Khairi di Astro Awani mengenai Workshop Jutawan
    Internet:

    Lawati
    http://www.irfankhairi.com/blog/workshop-jutawan-internet-di-astro/

    Sunday, 14 September 2008

    Dari Kerja Bank Jadi Usahawan

    HATI ibu mana tidak luluh jika mengenangkan anak terlantar sakit tetapi dia ada beratus-ratus kilometer dari rumah atas urusan perniagaan.

    Apakan daya, mahu tidak mahu terpaksalah Norhasnidar Mohd Nor, 36, atau lebih mesra dipanggil Mimie telan semua kesedihan itu demi membina perniagaan yang bakal memberi kesenangan hidup buat anaknya.

    Mimie yang mempunyai tiga anak lelaki dan seorang perempuan berusia 18, 15 (perempuan), 13 dan empat tahun berusaha keras untuk membina empayar perniagaan di bawah jenama Halaalan Thoyyiba, produk penjagaan seisi rumah yang menepati keperluan umat Islam di negara ini iaitu produk halal.

    Demi membangunkan perniagaan itu, Mimie banyak berjauhan dengan keluarga. Nasib baik ibu bapanya, Mohd Nor Abd Rahman, 70, dan Mahani Mohd Yusof, 63, sedia menemani anak di rumah di Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

    Menurut Mimi, dia dengan ditemani suami sering ke Johor, Pantai Timur atau Utara Semenanjung untuk memperkukuhkan perniagaannya.

    “Ada masanya saya hanya mampu menangis apabila mengenangkan anak paling kecil di rumah yang demam di Kuala Lumpur tetapi saya jauh di Terengganu.

    “Risau dan bimbang usah ceritalah, sedangkan apa yang dapat saya buat hanyalah berdoa dan menelefon, sekurang-kurangnya anak dapat mendengar suara saya,” katanya ketika ditemui di pejabat syarikatnya, BNZ Marketing di Kampung Baru, Kuala Lumpur.

    Bagi meluangkan masa Mimie dan empat anaknya, setiap ruang masa cuba diisi dengan kegiatan bersama. Contohnya, apabila anak kedua dan ketiganya, Sofea Balqis dan Mohd Shafiq Shafri Shubli pulang dari sekolah, mereka terus ke pejabat BNZ Marketing di Jalan Raja Muda Aziz.

    “Saya kena bahagikan masa antara perniagaan dengan anak. Kalau boleh, anak sepanjang masa dengan saya, balik sekolah terus datang ke pejabat ini, duduk dan buat kerja di sini.

    “Anak tak kekok di pejabat sebab dulu pejabat ini adalah rumah kami, lagi pun di tingkat satu (tingkat bawah pejabat) adalah rumah kakak saya, malam baru balik ke Wangsa Maju.

    “Di rumah, ada pembantu rumah uruskan keperluan dan ibu bapa saya juga tinggal bersama kami, jadi mereka turut tolong tengok-tengokkan anak, terutama apabila saya dan suami ke luar daerah,” katanya.

    Anak sulungnya, Mohd Ashraf, tamat tingkatan lima dan kini bekerja dengan Mimie sebagai didikan awal untuk mewarisi empayar Halaalan Thoyyiba. Cuma tinggal anak paling kecil, Ariff Daniel yang dijaga ibu bapa Mimie.

    Menurut Mimie, cabaran membangunkan BNZ Marketing datang dalam pelbagai bentuk, termasuk cemuhan masyarakat terhadap produk keluaran Bumiputera selain kemampuannya yang diragui, apa lagi beliau wanita.

    “Ramai juga memperlekeh kemampuan orang Melayu dalam perniagaan. Mereka dok kata, boleh jual ke produk Melayu?” katanya yang menjadikan sikap sebilangan masyarakat itu sebagai pendorong untuk membuktikan kejayaannya sebagai usahawan berjaya.

    Menyentuh usaha niaganya, Mimie berkata, minat perniagaan disuburkan ketika menceburi bidang jualan langsung selama lima tahun hingga berjaya meraih peringkat kedua tertinggi atau ‘Diamond’ yang melayakkan beliau menikmati pelbagai kemudahan dan ganjaran wang yang lumayan. Ketika itu beliau masih bekerja di bank di ibu negara.

    Bagaimanapun beliau tidak puas dengan pencapaian itu, apa lagi mengenangkan hasil kerja keras itu sebenarnya ditumpukan untuk orang lain.

    “Mula-mula saya tidak terfikir langsung untuk menceburi bidang bisnes. Apa lagi hendak keluarkan produk sendiri. Bermula dengan jualan langsung selama lima tahun, saya belajar selok-belok berniaga dan belajar perhubungan pelanggan,” katanya.

    Sebenarnya, bakat anak bongsu daripada tiga beradik ini disemai sejak di bangku sekolah apabila sering membantu ibu menjual sate di medan selera di Labuan dari jam 4.30 petang hingga 11 malam.

    “Saya kurang minat jual sate, apatah lagi kalau nak jadikan profesyen, sebab itu apabila tamat sekolah tingkatan enam, saya bekerja dengan sebuah bank di Kuala Lumpur.

    “Siapa sangka, rupa-rupanya saya ada bakat terpendam untuk menjadi usahawan,” katanya tersenyum.

    Berbekal pengalaman dan kemahiran dalam pemasaran sepanjang berkhidmat dengan syarikat jualan langsung, Mimie tekad berhenti kerja bank yang disertainya selama 13 tahun untuk memulakan perniagaan sendiri pada 2006.

    Beliau bermula dengan memasarkan produk import secara kecil-kecilan dan pada masa sama menumpukan usaha penyelidikan untuk mengeluarkan produk sendiri dan mengenal pasti pasaran serta produk halal yang mendapat permintaan tinggi, terutama di kalangan penduduk di luar Lembah Klang.

    Katanya, selepas menempuh pelbagai cabaran dan rintangan, bermula dua bulan lalu sebanyak 13 produk penjagaan seisi rumah di bawah jenama Halaalan Toyyiba mula beredar di pasaran dan promosi secara besar-besaran diadakan di seluruh negara, terutama Johor dan Pantai Timur.



    PROFIL

    NAMA: Norhasnidar Mohd Nor

    UMUR: 36 tahun

    JAWATAN: Pengarah Kewangan dan Pemasaran

    PENDIDIKAN: Tingkatan Enam SMK Labuan

    ASAL: Wilayah Persekutuan Labuan

    ANAK: Mohamad Ashraf Shubli (18), Sofea Balqis (15), Mohd Shafiq Shafri (13) dan Ariff Daniel (4)


    Sasar jualan RM1.5 juta sebulan


    BNZ Marketing mensasarkan produk penjagaan diri seisi keluarga jenama Halaalan Toyyiba mencapai jualan bernilai RM1.5 juta sebulan bermula tahun depan melalui rangkaian 1,000 pengedar di seluruh negara.


    Pengarah Kewangan dan Pemasarannya, Norhasnidar Mohd Nor, berkata unjuran jualan itu dibuat berdasarkan promosi besar-besaran, penyelidikan pasaran dan pelantikan pengedar baru yang giat jalankan di luar Lembah Klang sejak dua bulan lalu.

    Beliau yang juga lebih mesra dikenali sebagai Mimie berkata, sehingga kini BNZ Marketing mencatat jualan mencapai RM100,000 sebulan daripada rangkaian 200 pengedar dengan sambutan hebat yang diterima, terutama di Johor dan Kelantan, selaras dengan jumlah ejen pengedar yang paling ramai di kedua-dua negeri itu.

    “Daripada 13 produk penjagaan diri seisi rumah, Q-Booster untuk meningkatkan kecerdasan dan kopi tenaga 3 dalam 1 Magic Power Cafe paling mendapat sambutan dan laris di pasaran.

    “Kami yakin produk ini berupaya menawan minat pembeli, terutama masyarakat Islam, berikutan kelebihan produk 100 peratus halal.

    “Pembuatan produk berasaskan herba turut menjadikan permintaan terhadap kedua-dua barangan itu terus meningkat,” katanya.

    Menurutnya, pemasaran produk Halaalan Toyyiba dirangsang lagi oleh pembungkusan moden, cantik dan terkini seperti penggunaan cawan bagi kopi dan kotak bagi produk lain, menjadikan ia dapat menarik minat pembeli berbanding pembungkusan biasa yang mudah dan ringkas.

    Katanya, BNZ Marketing mendapat pendedahan meluas mengenai teknologi pembungkusan itu hasil bantuan dan sokongan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD).

    Selain itu, katanya, usaha promosi produk Halaalan Toyyiba secara besar-besaran pula mendapat sokongan Perbadanan Kemajuan Industri Kecil dan Sederhana (Smidec).

    Mimie berkata, BNZ Marketing kini merangka usaha membina kilang lebih besar bagi meningkatkan pengeluaran produk Halaalan Toyyiba berbanding beroperasi masa ini di sebuah kilang kecil di Kampung Baru.

    Sehubungan itu, peniaga yang berminat menyertai rangkaian pengedar produk Halaalan Toyyiba boleh menghubungi BNZ Marketing di alamat 169-E, Jalan Raja Muda Abd Aziz, Kampung Baru, 53000 Kuala Lumpur atau e-mel admin@bayar2u.com atau menghubungi talian 03-26943231 atau 019-6160033.

    Friday, 12 September 2008

    SELAMAT DATANG RAMADHAN AL MUBARAK

    SELAMAT DATANG RAMADHAN AL MUBARAK
    Sejarah Ramadhan
    1) Ramadhan: ertinya panas terik
    2) Bulan di turunkan Al Quran dan disebut (syahru ramadhana)
    3) Berlakunya perang Badar Kubra dan mendapat kemenangan.
    4) Bulan dimana nabi mengambil balik Mekah dari tangan Musyrikin dan berakhirnya penyembahan berhala.
    5) Di dalamnya dipilih ada malam al-qadar yakni lebih baik drpd 1000 bulan.
    6) Di pilih untuk ibadat puasa.
    7) Di pilih untuk ibadat2 lain (tadarus Al Quran)

    Kelebihan Bulan Ramadhan
    1) Kamu akan di naungi Ramadhan. (bagi yg telah meninggal dunia terlepas dari siksa kubur)
    2) Bulan penuh keberatan
    3) Di malamnya ada lebih baik drpd 1000 bulan
    4) Amal sunat sama dengan solat fardhu
    5) Manakala solat fardhu mendpt 70 kali ganda
    6) Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga
    7) Bulan menambah rezeki
    8) Memberi buka banyak pahala
    9) Bulan keampunan
    * doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa.
    * juga doa pada sepertiga malam..
    10) 10 hari pertama adalah mulanya rahmat, 10 hari pertengahan - pengampunan, 10 hari terakhir - kemerdekaan api neraka.

    Amalan-amalan di bulan Ramadhan
    1) Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan
    2) Menempah pakaian untuk Ramadhan
    3) Niat puasa sebulan pd permulaan Ramadhan
    4) Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dapat bangun malam
    5) Berazam melakukan Terawih 20 rakaat (bukan 8 rakaat)
    6) Bertadarus secara bersemak (bukan sendirian)
    7) Solat berjemaah setiap waktu
    8) Solat jemaah di masjid/surau
    9) Amalkan Qiyamulail walaupun pendek
    10) Sahur diwaktu akhir
    11) Sahur - utk mengelakkan makanan tidak hadam elakkan makanan pedas dan tutup sahur dengan air susu
    12) Mandi Janabat sebelum Imsak
    13) Kurangkan tidur
    14) Tunaikan Solat sunat fajar (Solat Sunat Subuh)
    15) Tunaikan Solat Dhuha
    16) Tidur waktu cuti (satu jam sebelum Zohor)
    17) Tunaikan solat Rawatib
    18) Jaga pacaindera
    19) Elakkan gosok gigi pd waktu petang
    20) hadiri majlis ilmu
    21) Buat baik pd ibubapa
    22) Isteri hendaklah taat pd suami
    23) Banyakkan bersedekah
    24) Berbuka dgn 3 biji kurma dan air yg belum dipanaskan oleh api
    25) Berbuka bersama org tua
    26) Jemput tetamu berbuka
    27) Kurangkan berat badan
    28) Banyakkan i'tikaf di masjid (lelaki sahaja)
    29) Baiki hubungan suami isteri
    30) Baiki hubungan jiran
    31) Isteri jauhi drpd keluar memakai mekap & perhiasan
    32) Elakkan berbelanja berlebihan
    33) Kuatkan kesabaran
    34) Banyakkan selawat,istighfar,bertasbih
    35) Berazam beramal (pada malam Lailatul Qadar)
    36) Mengejut anak dan isteri di mlm Lailatul Qadar
    37) Elakkan menonton TV yg mengandungi nafsu
    38) Elakkan mendengar radio berunsur hiburan
    39) Berdoa dgn nada lembut dan merayu
    40) Jauhkan bercumbu dgn suami/isteri
    41) Mendoakan ibu bapa samaada hidup atau yg meninggal dunia
    42) Melazimkan solat waktu
    43) Elakkan sebelum berbuka bersiar2 yg menjadikan pandangan liar
    44) Elakkan banyak berhutang
    45) Melepaskan perasaan sedih melepaskan Ramadhan ditakuti tidak bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang
    46) Tunaikan zakat fitrah

    Cara Beramal Di Malam Lailatul Qadar (Malam 21-30)
    1) Kepada Orang Tua Lemah Cara beramal solat Maghrib, Isyak dan Tarawih berjemaah di masjid/surau, ini sudah dikira beramal Al Qadar
    2) Orang yg tidak sanggup solat malam yang panjang
    * Baca ayat akhir surah Al Baqarah
    * Baca ayat Kursi
    * Baca surah Yaasin
    * Baca surah Al Zalazah
    * Baca surah Al Qafirun
    * Baca surah Al Ikhlas

    3) Bagi orang yamg kuat dan cergas
    * Bangunkan isteri dan anak
    * Mandi
    * Solat malam - Tahajjud, Taubat, Tasbih, Hajat, Istikharah, dan baca Al Quran

    NUZUL Al QURAN ( 17 Ramadhan )
    * Tarikh turunnya Al Quran
    * Beramallah di malamnya dengan solat malam dan amal2 yg baik

    Cara Sambut Hari Raya
    Jangan sekali2 disambut dgn hiburan, mercun, pesta lampu dan berbagai kemungkaran dan kemaksiatan. Pada petang akhir Ramadhan org2 yg meninggal(sudah mati) menangis kerana peluang untukberehat telah berakhir. Adalah di cadangkan semoga keluarga menziarahi kubur pada petang akhir Ramadhan atau jika kuburnya jauh, hendaklah dibaca doa Tahlil selepas solat Asar. Semoga mereka diampuni. Ibnu Abbas r.a pernah mengatakan bahawa roh orang yg meninggal dunia dibenarkan pulang ke rumah anak2nya dan berdiri di pintu rumah memohon belas kasihan drpd anak2 mengirimkan bacaan doa, sekurang2nya Al Fatihah sekali utk mereka. Oleh itu janganlah terlalu gembira dan ingatlah org2 tua yg sudah meninggal, semoga nanti sampai giliran kita
    maka anak2 akan ingat kpd kita.
    Takbir Di Malam Raya
    Takbir sebenarnya mempunyai cerita di sebaliknya. Mengikut riwayat, bermula dari peperangan Ahzab. Peperangan berlaku di dalam musim sejuk, kemudian Salman Al Farisi mencadangkan supaya di gali parit (Khandak) di akhirnya peperangan ini di beri pertolongan oleh Allah dan kemudian dirakamkan di dalam Takbir.
    Kesimpulannya
    Bulan Ramadhan datang setahun sekali dan ia sebaik2 bulan, penuh
    keberkatan, pengajaran, mendidik mempunyai ketahanan dan penuh dgn amalan-amalan untuk mendekatkan diri kpd Allah dan hubungan sesama manusia. Oleh itu bersiap sedialah dari awal supaya ia benar2 mengubah sikap yg baik dan seterusnya menjadi insan yg soleh/solehah. Semoga dipertemukan di Ramadhan yang akan datang.
    *Doa utk menghilangkan baran, maklumlah waktu lapar memang lekas naik angin....
    Rujuk kepada Surah Al-Anbiyakk ayat ke 69. Sebelum minum baca doa dan tiupkan pada air (utk diri sendiri,anak,suami dll). Insyaallah cuba amalkan.

    Wallahua'llam.
    SELAMAT BERPUASA...

    Thursday, 11 September 2008

    Belajar Buat Blog Video dengan mudah


    Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

    Jika anda ada keinginan untuk mendapatkan trafik yang luar biasa dan mahukan pendapatan sampingan yang konsisten melalui blog anda tidak kira sama ada melalui program Google adsense atau lain-lain program buat duit dengan kelebihan trafik blog,saya ada berita baik untuk anda..kerana saudara Hairi a.k.a TheReds telah membangunkan database yang mengandungi lebih 2000 episod siri anime dan siri TV yang paling popular di dunia.

    Ya! Dengan database ini anda boleh siapkan sebuah blog anime dan siri TV dalam masa kurang daripada 5 minit sahaja!Tak Percaya?Sila download Ebook Percuma & Database Percuma yang beliau tawarkan di bawah ini.


    KLIK SINI

    -->Melalui database yang diberikan ini anda boleh:

    # Menyiapkan sebuah blog siri anime dan siri tv lengkap dalam masa yang cukup singkat!!!

    # Membina sebuah blog dengan pelbagai jenis anime dan siri tv atau

    # Membina sebuah blog dengan satu jenis siri anime atau satu jenis siri tv sahaja.Pilihan di tangan anda!

    # Memasang database dengan mudah dengan panduan yang diberikan atau melalui support di dalam forum rahsia

    Jangan berlengah lagi,dapatkannya sekarang: KLIK SINI


    Berita baik untuk anda,kerana saudara Hairi a.k.a TheReds telah membangunkan database yang mengandungi lebih 2000 episod siri anime dan siri TV yang paling popular di dunia dengan proses update terhadap broken link serta update episod baru bagi siri tv dan anime popular tersebut selama 3 bulan! & juga penambahan siri popular yang baru.

    Anime & siri tv tersebut adalah..
    - Bleach
    - Naruto
    - Smallville
    - Lost
    - Heroes
    - One Tree Hill
    - Prison Break

    - CSI

    Makluman: Untuk siri TV popular seperti di atas,tiada video daripada veoh.

    Lain - Lain anime yang popular di US:

    - Death Note

    - Inuyasha

    - Yu Gi Oh

    - Southpark

    - Cardcaptor Sakura

    - Sailormoon

    - Final Fantasy

    - Shaman King


    contoh blog:

    Blog Anime Contoh 1

    Blog Contoh 2

    Blog Contoh 3

    Blog Contoh 4



    Jadi klik Sini Sebelum Harga di Naikkan.


    *Ini adalah peluang anda belajar cari duit di internet biler dah ader blog sendiri macam2 cara anda boleh buat duit.



    Tuesday, 9 September 2008

    Sambal Belacan di komesialkan

    PR: n/a I: 3,240,000 L: wait... LD: 131,186,555 I: 366000 Rank: 9 Age: Oct 12, 1999 I: 0 whoissourceRobo: yesSitemap: no Density

    Norazzah guna cili segar hasilkan produk dikomersialkan setanding budu dan cencaluk

    MUNGKIN anda akan ketawa jika seorang rakan memberi idea untuk menjual sambal belacan yang cukup mudah disediakan. Itulah yang dialami seorang wanita cekal, Norazzah Ibrahim, 44, apabila dia ditertawakan rakannya ketika memberitahu mengenai cadangannya mengkomersialkan sambal belacan.

    Namun semua sindiran itu dijadikan perangsang dan suntikan semangat untuk menceburkan diri dalam perusahaan sambal belacan sejak dua bulan lalu.

    Anak jati Kampung Malau, Jitra, Kedah ini mula bertekad menjalankan perniagaan yang belum diteroka secara komersial itu, apabila dia mendapat idea ketika sedang bercuti bersama keluarga di Kelantan lebih setahun lalu.

    Norazzah yang juga Ketua Pegawai Eksekutif G-Tra Manufacturing Sdn Bhd berkata, apabila melihat budu begitu popular dan sinonim dengan masyarakat Kelantan dan cencaluk di Melaka yang dibotolkan, timbul idea secara spontan untuk memperkenalkan sambal belacan yang dibotolkan.

    Pulang dari Kelantan, dia terus meminta ibunya, Satariah Mahat, 63, mengajarnya mencari formula terbaik membuat sambal belacan dan menggabungkannya dengan ilmu serta pengalaman ketika menghadiri kursus penyediaan makanan sebelum ini.

    Katanya, ramai orang tahu membuat sambal belacan kerana ia juadah pembuka selera paling mudah disediakan dan ramuannya tidak banyak, selain murah, tetapi belum ada yang menjualnya secara dibotolkan.

    “Dalam dunia moden sekarang ramai pengguna mengambil pendekatan ringkas dan mudah dengan membeli makanan siap diproses kerana mereka kesuntukan masa untuk menyediakannya. Malah, penggemar sambal belacan juga ramai tetapi produk yang sudah siap sukar diperoleh.

    “Ia membuka peluang kepada saya mengusahakan perniagaan ini dan tidak menyangka sambutan diterima amat menggalakkan,” kata pengusaha produk Sambal Belacan G-tra itu.

    Norazzah berkata, beliau menggunakan kaedah pembotolan kerana ia lebih mudah digunakan dan boleh disimpan dalam peti sejuk selepas dibuka, selain mudah memasuki pasaran di pasar raya.

    Bagi menjamin kualiti produk, beliau mendapatkan bekalan belacan daripada pengusaha yang sudah terkenal, selain menggunakan cili merah dan cili padi segar.

    Ibu kepada empat anak berusia antara enam dan 20 tahun itu berkata, bagi memastikan khasiat sambal belacan keluarannya dikekalkan, beliau turut menghantar sampel produk itu ke dua makmal di Pulau Pinang untuk dianalisis dan amat berterima kasih kepada Mardi yang banyak membantu memberikan khidmat nasihat.

    Memulakan perusahaan itu dengan modal RM50,000, Norazzah yang dibantu suaminya, Hanim Sulaiman, 46, menghasilkan sambal belacan dalam dua perisa, iaitu asli dan berperisa udang menggunakan mesin untuk menjamin kualitinya.

    Bagi sambal belacan perisa asli ia dijual pada harga RM4.60 sebotol, manakala perisa udang RM4.80 sebotol.

    “Biar pun baru kira-kira dua bulan berada di pasaran, ia sudah mendapat sambutan menggalakkan di negeri ini dan Kuala Lumpur mencatat jualan 2,000 botol sebulan.

    “Alhamdulillah, tempahan yang saya terima semakin meningkat dan yakin produk ini akan mendapat tempat di pasaran seperti makanan siap proses lain.

    “Malah, sudah ada beberapa pihak yang menyatakan kesediaan untuk mengeksport Sambal Belacan G-tra, tetapi saya perlu meningkatkan kapasiti pengeluaran terlebih dulu,” katanya yang menyewa satu lot rumah kedai dua tingkat sebagai kilang