Nak jadi jutawan bukan boleh bersenang lenang pengorbanan,kesabaran elemen utama dalam kejayaan.Jadi Jutawan bukan kerana dunia sahaja tapi untuk Agama Bangsa Negara tercinta.
Pages
Wednesday, 30 July 2008
Jangan BERANGAN Mendapat $10,000 Sebulan
kawan internet saya ni baru saja menghasilkan produk yang diberikan nama 'Teknik $1000 Sebulan', produk ini bertujuan untuk membantu orang-orang baru yang masih belum mampu hasilkan sebarang pendapatan dari internet. Ia merupakan pakej lengkap dengan manual, video tutorial camtasia, day-to-day plan, customized template dan beberapa bonus menarik.
*************************************************
kalau anda nak cepat, terus ke website berikut untuk maklumat lengkap:
klik sini
*************************************************
Produk ni menggunakan Adsense dan Clickbank sebagai sumber income. Mantap! saya memang minat dengan Adsense dan Clickbank ni.
Apa yang menarik ialah ia didatangkan dengan langkah harian untuk di buat setiap hari, dari buat blog sampai cari trafik, ada panduan yang terperinci..ini memang bagus untuk orang baru yang kerap hilang 'punca' dan akhirnya tidak berjaya sebab tiada plan yang betul dari awal.
Sesuatu yang saya suka tentang produk ini ialah template blogger yang sudah diubahsuai dengan adsense di atas, dalam dan bawah post serta ruangan banner untuk program affiliate. Ini betul-betul dapat jimatkan masa dari nak ubahsuai sendiri template blogger tu, saya sendiri pun tak reti nak ubah template blogger ni.
lihat template menarik tu di sini...
klik sini
Dengan teknik ni juga anda tak perlu keluar modal sebab semua tool dan servis yang digunakan adalah percuma. Ini yang penting sebab kebanyakan budak baru tak cukup duit
nak invest.
Secara kesimpulan, produk ni baik untuk orang baru dan orang orang lama yang masih lagi tak boleh nak buat duit dari internet.
Bagi anda yang berminat, sila ke laman web berikut untuk mendapatkan maklumat lanjut di bawah
klik sini
Saturday, 26 July 2008
Rezeki urusniaga domain

Mahu mengetahui bagaimana menjana pendapatan menerusi domain? Ia antara bisnes menguntungkan zaman ini.
PAUTAN iklan juga menambahkan lagi pendapatan daripada domain.UMUM mengetahui domain sebagai nama unik yang diberikan sebagai pengganti deretan nombor atau lebih dikenali sebagai alamat IP bagi memudahkan pengguna mengakses sesebuah laman web tanpa perlu mengingati alamat IP sebenarnya.
Namun tahukah anda, domain kini juga dianggap sebagai satu bentuk pelaburan yang amat menguntungkan menandingi pelaburan hartanah yang telah wujud sejak sekian lama.
Usah terkejut sekiranya mendengar domain dibeli atau terjual dengan harga sehingga jutaan ringgit. Business.com merupakan salah satu domain yang pernah mencatat rekod jualan dengan harga yang mencecah jutaan ringgit. Namun, ramai yang masih tidak mengetahui selok belok perniagaan domain ini.
Secara umumnya, terdapat dua kaedah bagi mendapatkan domain. Kaedah pertama yang lazim ialah menerusi pembelian domain baru yang belum berdaftar. Seseorang perlu terlebih dahulu melakukan carian di laman web pendaftar domain seperti di Godaddy.com. Domain yang dibeli terus ini lazimnya lebih murah (kecuali domain khusus tertentu) berbanding domain yang pernah berdaftar. Kaedah ini tidak melibatkan sebarang proses perundingan dengan mana-mana pihak.
Kaedah kedua ialah dengan membeli secara terus daripada tuan punya domain. Ini dinamakan Domain Aftermarket, atau domain yang telah dibeli dan didaftarkan atas nama tuan punya tadi.
Biasanya kaedah ini melibatkan proses perundingan harga dengan pemilik domain. Harga domain yang dibeli terus boleh mencecah ribuan malah jutaan ringgit sekiranya domain tersebut mempunyai nilai-nilai tertentu yang berhubung kait dengan pihak yang ingin mendapatkannya. Demikian menurut Rohaizad Jumat, 29, yang telah lebih tiga tahun berkecimpung dalam aktiviti jual beli domain ini.
Jelas Rohaizad lagi, terdapat juga laman web yang menyediakan Aftermarket Sales atau himpunan domain yang telah didaftarkan tetapi ingin dijual oleh pemiliknya. Hanya gunakan fungsi carian untuk mencari domain yang dihajati. Jika berminat, anda boleh memasukkan harga tawaran dan seterusnya berbincang mengenai tawaran belian dengan pemilik domain tersebut.
Pernah bergelar seorang pengusaha makanan, beliau kini hanya menumpukan pada perniagaan berasaskan internet sahaja. Perniagaan domain yang kini menjadi salah satu sumber pendapatannya jelas membuahkan hasil apabila beberapa domain miliknya terjual dengan harga yang agak tinggi.
"Walaupun jualan domain saya belum mencecah nilai puluhan ribu ringgit, tetapi saya berpuas hati kerana ada di antara domain tersebut yang saya beli pada harga yang tidak sampai RM50, tetapi berjaya dijual hingga ratusan dolar Amerika," ujarnya lagi.
Faktor-faktor seperti panjang sesuatu domain dan popularitinya meletakkan nilai sesebuah domain itu. Selain itu, populariti sesebuah perkataan yang digunakan sebagai domain turut menentukan nilainya. Sebagai contoh; PC.com mempunyai nilai yang lebih tinggi berbanding PersonalComputer.com. Nilai domain juga boleh dianggarkan menerusi laman web penilai seperti SwiftAppraisal.comSelain jual beli domain, terdapat beberapa cara lain berkaitan domain yang boleh menjana pendapatan. Pemilik domain boleh meletakkan domain di bawah program PPC Parking. Setiap kali pelawat mengklik pada pautan yang terdapat di laman ini, pemilik domain akan mendapat sedikit bayaran yang diperoleh daripada penaja iklan dalam laman tersebut. Antara Parking Provider yang popular adalah seperti Afternic.com, Fabulous.com dan Sedo.com.
Pemilik domain juga boleh mendaftar dengan program Affiliate Advertising dan memilih iklan yang boleh menarik perhatian pengunjung. Menerusi program ini, pemilik domain akan mendapat bayaran dalam bentuk komisen sekiranya ada di kalangan pengunjung yang membuat pembelian ketika berkunjung ke laman anda.
"Aktiviti jual beli domain memerlukan kesabaran dan ketelitian. Ada kalanya saya bersengkang mata sehingga jam tiga pagi semata-mata mencari domain yang sesuai untuk dimiliki," ujarnya yang turut merupakan pemilik IzadBlogNetwork.com, penyedia perkhidmatan laman web murah yang mampu dimiliki oleh sesiapa sahaja.
Ditanya apakah wujud risiko dalam urusniaga ini, Rohaizad menjelaskan, "Sebenarnya apa juga bentuk perniagaan mempunyai risiko tersendiri. Apa yang penting ialah bagaimana kita menguruskan serta meminimakan risiko. Cara terbaik, berurusanlah dengan mereka yang terbukti rekod urusniaganya. Elakkan daripada berurusniaga dengan mereka yang baru sehari dua mendaftar tetapi terus membuat urusniaga."
Urusniaga domain turut boleh dilakukan di forum komuniti maya seperti di DNForum.com, Namepros.com, Digitalpoint.com dan Domainstate.com. Di sini, para pemilik dan golongan yang berminat untuk mendapatkan domain akan berbincang serta melakukan urusniaga secara terus dengan pemilik dan tidak melalui agen atau broker.
"Ada juga domain yang mempunyai nilai yang tinggi disebabkan ia mempunyai Page Rank atau kedudukan dalam internet. Page rank ditentukan oleh laman web yang melakukan pengindeksan terhadap populariti sesebuah laman web itu. Semakin popular, maka semakin tinggilah nilainya," tambah Rohaizad lagi.
Namun begitu, dalam keadaan tertentu, penilaian terhadap domain tidak boleh diukur melalui kaedah-kaedah di atas. Ini kebiasaannya berlaku apabila sesebuah domain itu benar-benar dikehendaki oleh sesebuah organisasi atau orang perseorangan atau end user. Harus diingat syarikat besar ataupun hartawan sanggup berbelanja besar demi memastikan domain yang mereka inginkan, lazimnya berkait rapat dengan mereka, diperolehi.Sumber: Kosmo.com.my
Friday, 25 July 2008
Beauty Herbs anak emas Suhaini

Wartawan, ZUARIDA MOHYIN dan jurufoto, WAHIDAH ZAINAL menemu bual wanita kelahiran Cik Siti Wan Kembang ini berkongsi pengalaman dan perancangan beliau sebaik bergelar usahawan.
MEGA: Difahamkan Beauty Herbs Marketing adalah penceburan pertama anda dalam dunia perniagaan. Mengapakah bisnes berkaitan produk penjagaan kesihatan dan kecantikan menjadi pilihan?
SUHAINI: Sebenarnya, salah satu faktor yang menyebabkan saya berminat dalam dunia perniagaan adalah kerana suami, selain minat yang mendalam terhadap bisnes yang berhubung kait dengan soal kecantikan dan kesihatan wanita.
Suami saya, Rushdi Abdullah yang merupakan Pengurus Besar, Dunia Herbs Sales & Marketing, selain menjadi sumber inspirasi, juga adalah tulang belakang dan insan yang bertanggungjawab membawa saya kepada dunia keusahawanan.
Hakikatnya, kecekalan dan kesungguhan beliau dalam mengharungi asam garam dunia perniagaan merupakan sesuatu yang wajar dipelajari dan dicontohi.
Jatuh bangun beliau dalam mengendalikan pelbagai jenis perniagaan memang saya kagumi sehingga meninggalkan semacam pemangkin semangat untuk mengikut jejak langkahnya.
Saya memilih produk kecantikan dan kesihatan sebagai tunjang bisnes kerana pertama, apabila melihat kejayaan suami memasarkan produk Losen Pati Halia, timbul keyakinan bahawa produk-produk keluaran syarikat BH seperti Beauty Astaxan, Lobata Liquid Jus Oren, Lobata Liquid Concentrate dan Beauty Slimm Liquid juga tidak mustahil diterima pengguna.
Lebih-lebih lagi setiap satu produk ini mempunyai keunikan tersendiri berbanding produk-produk kecantikan daripada herba yang sedia ada di pasaran.
Di samping itu, jenis perniagaan yang dipilih ini adalah berkaitan dengan soal kecantikan dalaman dan luaran wanita, ia dikira sesuai dengan naluri setiap yang bergelar wanita khasnya saya sendiri iaitu untuk sentiasa kelihatan cantik dan sihat.
Apakah yang anda maksudkan dengan produk-produk keluaran BH ada keunikan yang tersendiri?
SUHAINI: Bahan utama dalam Beauty Astaxan yang dikenali sebagai ‘astaxanthin’ adalah satu komponen yang diperoleh daripada ikan salmon segar. Ditambah pula, dengan ramuan soya, kologen dan vitamin C menjadikan produk ini satu kombinasi unggul yang lengkap bertindak sebagai agen pencerahan kulit, menggebukan kulit dan anti penuaan.
Malah pengambilannya secara berterusan, dikatakan mampu menghindarkan penyakit kronik. Ia juga tidak mempunyai kesan sampingan kerana tidak mengandungi bahan kimia.
Selain itu, minuman Lobata Liquid Jus Oren dan Lobata Liquid Concentrate yang sebelum ini dalam bentuk kapsul tetapi pihak BH mendapat ilham membuatnya dalam bentuk cecair. Ia hanya perlu dibancuh dengan air suam sebelum diminum. Ia terdapat dalam perisa herba dan jus oren.
Kedua-dua produk ini dapat menyeimbangkan hormon, merangsang pertumbuhan sel baru dan penghasilan kologen dan bermanfaat untuk kesihatan dalaman wanita.
Produk Beauty Slimm Liquid pula membantu mengurangkan berat badan, membersihkan toksin untuk pembakaran lemak, melawaskan sistem penghadaman. Sekali gus menjadikan badan lebih ramping tanpa melalui cirit-birit.
Seperkara lagi yang perlu ditekankan kepada para pengguna bahawa barisan produk kami ini dijual pada harga yang berpatutan. Ini kerana kami mahu semua kaum wanita tidak kira status kedudukan berhak untuk tampil sihat dan menarik.
Alhamdulillah dalam tempoh setahun sejak diperkenalkan, kami telah mempunyai stokis di setiap negeri. Bagi mereka yang ingin maklumat tambahan bolehlah menghubungi talian 03-40248723 atau 013-632 3160 (Cik Noriati).
Kalau kita lihat di pasaran tempatan, berlaku lambakan produk-produk herba berkaitan kecantikan dengan pelbagai jenama. Adakah dengan memilih produk yang seakan-akan sama, dilihat seperti mengundang risiko dan saingan?
SUHAINI: Kalau diperhati secara zahirnya memanglah tinggi risikonya tetapi saya percaya di mana ada usaha di situ ada kejayaan. Buktinya dalam tempoh setahun usia syarikat, permintaan ke atas produk-produk BH begitu memberangsangkan.
Tambah menggembirakan apabila, pengguna yang mengambilnya memperoleh manfaatnya serta semakin ceria sepanjang mengharungi kehidupan. Pengakuan mereka itulah yang menjadi pemangkin semangat untuk terus menyumbang ke arah kesejahteraan kaum wanita khasnya di Malaysia.
Selain itu, kelainan produk serta harga yang berpatutan turut menjamin kelangsungan BH berada di pasaran tempatan.
Perlu dijelaskan bahawa produk BH ini tidak mengandungi bahan kimia, jadi tindak balasnya adalah dari semasa ke semasa. Ia bergantung kepada hormon seseorang. Ada sesetengah kes itu dalam tempoh seminggu sudah nampak kesannya.
Sambutan menggalakkan daripada pelanggan ini merancakkan usaha kami untuk mengeluarkan produk-produk baru tahun depan.
Wednesday, 23 July 2008
Bangkit selepas hadapi musibah

WALAUPUN pernah menghadapi kerugian hampir RM100,000 kerana kebakaran di premis dobinya tahun lalu, wanita yang berhati waja ini kembali bangkit dengan penuh semangat untuk meneruskan perniagaan yang telah diusahakan selama 12 tahun.
Kebakaran yang berlaku pada 10 Oktober tahun lalu iaitu ketika waktu berbuka puasa, telah menyebabkan banyak mesin dan peralatan dobinya rosak dan perlu dibaiki dan dibeli baru.
Bagi Pengarah Urusan Serra Pinnacle Sdn. Bhd., Suraya Anizah Abdullah, 44, musibah yang berpunca daripada litar pintas itu merupakan satu ujian yang cukup besar dalam sejarah perniagaannya.
‘‘Apabila diberitahu premis dobi saya terbakar, saya panik seketika, tidak tahu nak buat apa, hanya menangis mengenangkan perniagaan yang selama ini diusahakan hilang begitu sahaja.
‘‘Namun, Tuhan maha mengasihani. Rupanya saya tidak keseorangan dalam menghadapi musibah itu. Adik-beradik, keluarga dan agensi seperti TEKUN Nasional telah membantu dalam pembiayaan modal untuk kembali meneruskan perniagaan itu,’’ katanya ketika ditemui di kedai dobinya, Serra Laundrette, Danau Kota, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Menurut Suraya yang menguruskan lima buah syarikat di bawah Serra Pinnacle, beliau mula berniaga pada tahun 1996 dengan modal permulaan RM50,000.
Kata bekas graduan kesetiausahaan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) ini, pada waktu itu tidak ramai orang Melayu yang memasuki perniagaan dobi. Justeru, pada awal pembabitan, beliau berkongsi dengan seorang rakan, tetapi hanya untuk dua bulan sahaja sebelum rakan itu menarik diri.
‘‘Dari situ bermulalah perniagaan dobi saya di sebuah kedai kecil di Danau Kota, tetapi bukan di premis sekarang ini.
“Dalam masa tiga tahun permulaan, modal pusingan tidak cukup justeru gaji sendiri digunakan untuk menampung modal. Bagaimanapun, alhamdullilah berkat usaha itu, perniagaan semakin berkembang dan saya berpindah ke premis sekarang.
‘‘Dari situ saya pelbagaikan cabang perniagaan seperti mengambil tempahan menjahit pakaian dan langsir dan sebagainya bagi menambah pendapatan,’’ cerita ibu kepada empat orang anak ini.
Oleh kerana kejayaan usahanya yang membanggakan, Suraya telah dilantik mengikuti program mentor mentee oleh Majlis Amanah Rakyat (Mara) untuk memberi bimbingan kepada usahawan yang ingin menceburi peruncitan dobi.
‘‘Saya mempunyai impian untuk melahirkan lebih ramai usahawan dobi, malah saya juga membuka francais Serra Laundrette untuk sesiapa yang ingin menceburi bidang ini tanpa mengenakan sebarang yuran francais.
‘‘Setakat ini, dua orang pengusaha telah membuka francais Serra Laundrette iaitu di Kota Damansara dan Alor Setar, manakala seramai enam orang usahawan yang dihantar oleh Mara telah menjalankan latihan di sini selama sebulan,’’ jelas anak kelahiran Shah Alam ini.
Menurut Pengarah Usahanita daerah Setapak, Wilayah Persekutuan, kini perniagaannya telah berjaya menembusi kontrak untuk resort, hotel, agensi kerajaan dan syarikat swasta.
Suraya berkata, Serra Laundrette juga menyediakan perkhidmatan selepas jualan kepada semua usahawan yang menyertai francaisnya iaitu perkhidmatan pencucian kering, pembekalan sabun, plastik dan tawaran penjualan mesin pada harga istimewa.
‘‘Bagi sesiapa yang berminat untuk mendapatkan latihan, Serra Laundrette menawarkan pakej latihan untuk dua hari dengan bayaran RM350 dan seminggu (RM2,500). Peserta akan diterangkan mengenai pengenalan sistem peruncitan dobi.
Apabila tamat, mereka akan diberi sijil dan dibantu dalam penyediaan kertas kerja serta mencari tapak yang sesuai bagi memulakan perniagaan.
Mereka yang berminat boleh menghubungi 03-41493411.
sumber:utusan.com.my
Monday, 21 July 2008
Ebook Mentor Jutawan

- Ebook Mentor Jutawan di mana ada 8 orang
jutawan Malaysia dan Singapura berkongsi
maklumat, rahsia, tip dan strategi untuk
mereka menjadi jutawan.
Saya pasti ramai di antara pembaca saya
bercita-cita menjadi jutawan... :-)
Dan boleh saya katakan "Success Leaves
Clues" dan untuk menjadi jutawan, anda
perlu belajar dari jutawan... dan Mentor
Jutawan boleh membantu anda.
KLIK SINI UNTUK MEMBELI
Ebook Mentor Jutawan merangkumi wawancara
8 orang jutawan dan mereka adalah:
* Dato’ Dr Fadzilah Kamsah, mentor kepada mentor!
* Azizi Ali, Jurulatih jutawan
* Chef Li (Dato’ Dr Rusly), Jutawan Senyap
* Dato’ Dr Azman Ching (Jutawan MLM)
* Billi Lim, Jutawan Berani Gagal
* Dato’ Hussamuddin, Pengasas Kumpulan Karangkraf
* Abang Abu, Usahawan/Motivator/Jutawan dari Singapura
* Irfan Khairi, Jutawan Internet
Dengan harga RM40, saya tak pasti anda
dapat membongkar segala rahsia seperti
yang terkandung di dalam ebook ini jika
anda sendiri yang lakukan wawancara ini.
Bukan itu aje... mungkin tak dapat pun
anda jumpa dengan jutawan ini dengan
modal RM40.
Jadi, di sinilah caranya untuk anda
'connect' dengan mentor anda.
Akhir sekali, dapatkan ebook Mentor Jutawan
ini sekarang...KLIK SINI OK
Tuesday, 15 July 2008
Jutawan Kupang
PEPATAH ada mengatakan, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Itulah yang menjadi pegangan Mohd. Syah Mohd. Tung, 50, seorang pengusaha dan penternak kupang di Kampung Danga, Johor Bahru.
Sebelum ini, sekitar tahjun 1990-an, Mohd. Syah hanyalah pekerja di sebuah pusat ternakan kupang di kampung itu.
Mula menyimpan hasrat untuk membuka perniagaan itu ketika sedang menolak kupang untuk dibawa ke darat.
"Saya terfikir sampai bila saya ingin menjadi kuli? Timbul dalam hati ingin mengubah nasib menjadi usahawan kupang.
"Sejak itu saya mula membuat simpanan dan dan mengumpul tong-tong plastik untuk membuat rakit kupang," katanya.
Pada tahun 2002 cerita Mohd. Syah lagi, wang yang dikumpul telah mencukupi ditambah dengan pinjaman yang diberi oleh Jabatan Pertanian yang kesemuanya berjumlah RM50,000.
Bermodalkan wang itu jugalah, Mohd. Syah membina perniagaannya dengan membina tujuh rakit kupang yang diperbuat daripada kayu dan botol sebagai permulaan.
Kini, dia boleh berbangga kerana rakit kupangnya semakin luas. Setiap hari, kini kupang yang dikutip boleh mencecah sehingga 400 kilogram (kg).
Usahanya yang dikategorikan sebagai industri kecil dan sederhana (IKS) memberi peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat.
"Sekurang-kurangnya usaha yang saya buat ini bukan sahaja dinikmati oleh saya, malahan penduduk sekitar.
"Lima dari pekerja saya bertugas sebagai penjaga rakit dan selebihnya di darat untuk merebus dan mengopek kupang sebelum dijual," ujar yang mempunyai 17 orang pekerja.
Mohd. Syah juga mempunyai peraih tetap kupangnya yang di kalangan pengusaha restoran dan peniaga pasar borong.
Mengapa memilih untuk mengusahakan kupang? Mohd Syah memberitahu, melalui pengalaman dia mendapati mengusahakan kupang adalah sangat mudah kerana tidak memerlukan kos selenggara yang tinggi.
"Rakit kupang dan tali sebagai umpan kupang sejak enam tahun lalu masih lagi saya gunakan sehingga hari ini. Mengumpan kupang juga tidak sukar. Hanya hulurkan tali dan tunggu dua minggu kupang sudah boleh diangkat.
"Berat kupang yang diangkat adalah sekitar 30 kg hingga 50 kg untuk setiap tali," tambahnya. - AFIFI HAFIZ M.NOR(kosmo.com.my)
Monday, 14 July 2008
Bas 2 Tingkat Jadi Ilham

BAS dua tingkat atau lebih sinonim dengan panggilan 'double-decker' sering dikaitkan dengan London dan ia menjadi ikon kota raya itu.
Selain London, double-decker juga menjadi pengangkutan popular di beberapa bandar utama di Eropah dan Asia seperti Singapura, Sri Lanka, Jepun dan Hong Kong. Ia biasanya digunakan untuk tujuan bersiar-siar dan melawat tempat menarik di bandaraya terbabit.
Di Kuala Lumpur, penggunaan double-decker untuk kegiatan itu masih terlalu baru dan hanya mula diperkenalkan tahun lalu.
Dikenali sebagai KL Hop-On-Hop-Off, perkhidmatan bas double-decker di ibu negara itu dikendalikan Elang Wah Sdn Bhd, syarikat yang diterajui Syed Azhar Syed Nadzir. Syarikat itu ditubuhkan pada 2006 dengan usaha sama rakan niaga, Rizal Ashram Ramli.
Syed Azhar berkata, penggunaan bas dua tingkat dan pengenalan perkhidmatan bas KL Hop-On-Hop Off dilihat sebagai tepat pada masanya sempena Tahun Melawat Malaysia.
Berkonsepkan `hop-on-hop-off’, pelancong atau penumpang bas boleh naik dan turun di mana-mana laluan dengan menggunakan tiket yang sama untuk tempoh 24 jam.
“Idea untuk memperkenalkan konsep bas ini di Malaysia tercetus ketika saya tinggal di London. Saya pernah terfikir bila balik ke Malaysia saya nak bawa konsep bas seperti itu ke Kuala Lumpur (KL),” katanya dalam pertemuan di Kuala Lumpur, baru-baru ini .
Beliau yang ketika itu bekerja di Airod United Kingdom turut membuat penyelidikan dan mendapati ia sesuai serta berpotensi di Malaysia, terutama untuk menarik pelancong.
Sekembali ke Malaysia pada 2005, Syed Azhar mula merencanakan strategi bagi menjalankan perniagaan bas bertingkat di KL.
Pada awal penubuhannya, syarikat membeli empat bas yang dikeluarkan peneraju dalam pembuatan bas dan trak, Scania Chasis And Engine dari Sweden.
Bagaimanapun, badan bas itu dipasang di Malaysia dengan reka bentuk terkini untuk memberikan keselesaan dan perjalanan menyeronokkan kepada setiap pelancong.
Sebelum pelancaran rasmi KL Hop-On Hop Off, banyak publisiti dibuat bagi tujuan promosi dan memperkenalkan perkhidmatan bas bertingkat itu di Malaysia.
“Sebagai perniagaan baru, kami juga tidak dapat lari daripada berdepan masalah, tetapi ia bukannya halangan.
“Yang penting perkhidmatan KL Hop-On Hop Off bukan sekadar untuk melawat sekitar KL tapi juga sepanjang perjalanan itu pelancong akan diberi penerangan mengenai sejarah mengenai tempat menarik yang dilalui bas ini, sejarah serta kejadian yang pernah berlaku di Kuala Lumpur dalam sembilan pilihan bahasa,” katanya.
Syed Azhar menjelaskan, walaupun pada asalnya perkhidmatan itu disasarkan kepada pelancong asing, ia kini akan diperluaskan kepada pelancong tempatan.
Katanya, setakat ini permintaan semakin baik daripada pelancong asing yang menguasai 95 peratus daripada penumpang bas itu.
“Bagi pelancong asing bila sebut hop-on-hop off, mereka sudah faham apa fungsi bas ini, tapi bagi pelancong tempatan perkhidmatan ini masih lagi baru kepada mereka dan kami akan pastikan mereka mendapat maklumat yang jelas mengenai perkhidmatan yang disediakan,” katanya.
Harga tiket yang dikenakan juga berpatutan, malah lebih rendah bagi pelancong tempatan iaitu RM19 untuk dewasa dan RM12 kanak-kanak, manakala pelancong asing berharga RM38 (dewasa) dan RM17 (kanak-kanak).
“Tiket ini boleh sah laku untuk tempoh 24 jam dan mereka boleh naik dan turun ikut suka mereka serta pada pada bila-bila masa di semua 22 hentian bas KL Hop-On-Hop-Off,” katanya sambil menambah operasi bas itu bermula dari jam 8 pagi hingga 8 malam.
Beliau berkata, tiket bas boleh diperoleh dalam bas serta di kaunter Bukit Bintang, China Town dan KL Sentral.
Syed Azhar berkata, tahun lalu syarikat mengendalikan 48,000 penumpang dan jumlah itu dijangka meningkat sekali ganda tahun ini.
Menuju hadapan, beliau mahu memastikan KL Hop-On-Hop-Off sebagai antara ikon Kuala Lumpur seperti KLCC, Menara KL dan juga monorel.
Bagi Syed Azhar, KL Hop-On-Hop-Off bukanlah perkhidmatan bas biasa, sebaliknya ia memberi pengalaman pengembaraan di Kuala Lumpur tanpa henti dan mampu menjadi saluran terbaik kepada pelancong untuk meneroka KL pada harga yang rendah.
FAKTA: KL Hop-On-Hop-Off
sumber:www.bharian.com.my
Tuesday, 8 July 2008
Tips Dri Irfan Khairi: Pentingnya Jadi Kaya
=====================================================
Berikut soalan yang saya ajukan kepada Dato Dr Fadzilah Kamsah yang
saya ingin kongsikan bersama ketika saya menemubual beliau di
Radio24 (93.9FM) dalam rancangan "Jutawan! bersama Irfan Khairi":
IK : Dalam perspektif orang Islam, ramai yang mengatakan tak
payahla kaya-kaya. Bersederhanalah. Tak perlulah menjadi jutawan.
Betul ke dalam Islam itu sendiri menuntut kita dengan bersederhana
dalam bentuk kekayaaan ini?
Dato Dr Fadzilah Kamsah: Ini adalah salah satu perkara yang
seringkali kita terlepas pandang. Ini daripada ulama'-ulama' yang
mentafsirkan dan orang ramai tahu serta ustaz-ustaz di luar sana
pun beritahu kita yang kita ini adalah 'umattan wasata' ataupun kita
ini adalah umat pertengahan. Maksud umat pertengahan itu kadang-
kadang ditafsirkan dengan cara yang betul dan acapkali juga ditafsirkan
dengan cara yang silap.
Pertengahan itu dikatakan seperti "ala, kalau kita mati nanti pun
kita bawa kain kapan jer bukannya boleh bawa harta benda masuk
kubur". Maksud bersederhana di situ adalah silap sama sekali sebab
sederhana yang dimaksudkan adalah dalam satu konteks yang pernah
disebutkan oleh Nabi S.A.W iaitu: "Allah amat kasih akan hambanya
yang apabila melakukan sesuatu kerja dia membuat dengan cara yang
terbaik ". Itu adalah soheh riwayat al-Dailami.
Jadi kalau hadis itu kita pegang maka Allah akan sayang kepada kita
sekiranya kita melakukan yang terbaik di dalam apa jua yang kita
lakukan. Jadi dimana pula pendekatan sederhana itu bermaksud?
Jadi, saya bertanyakan hal ini kepada ulama'-ulama'dan ulama'
mengatakan bahawa pendekatan maksud sederhana dimaksudkan dengan
seimbang iaitu 'balance'. Ianya juga membawa maksud bahawa kita
hebat di dunia dan hebat juga di akhirat. Hebat di rumah dan hebat
juga dengan masyarakat. Itu maksud sederhana yang perlu
ditafsirkan. Sederhana iaitu dari segikata kita perlu hebat dalam
apa jua yang kita lakukan dan perlu seimbang. Kita tidak boleh
terlalu hebat di dalam masyarakat sehingga rumahtangga terabai, itu
bukannya seimbang.
Itulah sekiranya kita mentafsirkan konsep sederhana dengan betul
maka umat Islam atau bangsa Melayu khususnya akan jadi hebat dan
akan jadi cemerlang dan tidak akan jadi 'jumud' atau terikat dengan
tekanan dengan kata-kata, "Buat apa sibuk-sibuk nak jadi kaya". Itu
adalah satu pentafsiran yang salah. Bagaimana kita nak bantu dan
bangunkan umat sekiranya kita tidak kaya dengan cara yang Allah
redha.
IK : Apa yang dituntut dalam Islam adalah supaya menjadi cemerlang
dalam apa jua yang kita lakukan dan apabila kita cemerlang,
pulangannya dalam bentuk wang juga akan jadi cemerlang juga.
*So, lepas ni, kalau ada orang cuba mematahkan semangat anda dengan
berkata-kata "buat apa lah nak kaya-kaya... bukan boleh bawak masuk
kubur pun...", anda kini dapat jawapan terus dari, Dato Fadzilah
Kamsah lagi
-IK
Irfan Khairihttp://www.irfankhairi.com
Monday, 7 July 2008
Rezeki ATV

Hubungan pelanggan rahsia kejayaan Rohaidi
ARTIKEL yang dibacanya dalam sebuah majalah luar negara menimbulkan cita-cita Rohaidi Jaafar untuk mengedarkan kenderaan lasak (ATV), seperti pocket bike, buggy dan dirt bike di negara ini dengan matlamat mahu memperkenalkan sukan permotoran baru kepada rakyat Malaysia.
Berikutan itu, beliau mula membuat kajian dan selepas dua tahun, termasuk berulang alik ke China serta Australia bagi meninjau industri serta sukan itu, cita-citanya menjadi realiti.
Syarikatnya bukan saja mengimport kenderaan berkenaan, malah memasangnya. G-MotoSport kini sudah melantik 14 pengedar untuk memasarkan ATV yang dipasangnya, antaranya di Pulau Pinang, Kemaman, Johor Bahru, Kota Kinabalu dan Melaka.
Dengan jualan kira-kira RM1 juta atau 100 unit kenderaan lasak itu dalam sebulan, ia membuktikan peningkatan minat dan pertumbuhan terhadap sukan berkenaan.
Rohaidi turut optimis mengembangkan lagi sukan permotoran mini itu yang masih dianggap baru dan memerlukan publisiti meluas.
Ketika ini ada beberapa litar lumba dan gelanggang permainan ATV dan dirt bike beroperasi di Melaka, Kuala Selangor serta Gombak yang menjadi tumpuan peminat sukan ini. Gelanggang di Melaka turut dikunjungi aktivis sukan itu dari Singapura.
"Sebenarnya kenderaan seperti ATV ini sama seperti motosikal dari segi enjinnya. Ia digunakan untuk aktiviti sukan dan utiliti. Cuma ia masih lagi baru di Malaysia berbanding negara lain seperti Amerika Syarikat, Eropah dan Australia.
"G-MotoSport adalah syarikat pemasaran dan pemasangan bagi rangkaian ATV, buggy, dirt bike dan pocket bike di negara ini. Segmen perniagaan kami lebih tertumpu kepada bidang sukan dan rekreasi tetapi kini mahu mengembangkannya kepada kegunaan sektor pertanian serta perladangan," kata anak kelahiran Pelabuhan Klang, Selangor ini ketika ditemui di pejabat G-MotoSport di Setia Alam, Shah Alam, baru-baru ini.
G-MotoSport adalah antara anak syarikat Kumpulan Gemilang diterajui Rohaidi yang diwujudkan pada 2005 susulan penubuhan Gemilang Auto Parts Sdn Bhd selepas memperoleh lesen sebagai pengimport tunggal, pengedar serta pengilang ATV di Malaysia.
Selain sukan permotoran, Rohaidi turut menerajui beberapa perniagaan termasuk logistik, pelaburan dan pembinaan yang boleh dikatakan antara nadi utama kepada Kumpulan Gemilang.
Rohaidi berkata, dalam menjalankan perniagaan, beliau sentiasa berpegang kepada prinsip bahawa kunci utama kejayaan adalah mengekakkan hubungan baik, dengan pelanggan dan juga rakan niaga.
"Sehebat mana pun perniagaan kita tetapi jika tidak mempunyai hubungan yang baik dengan pelanggan dan rakan niaga, kita tidak akan menjadi apa-apa," kata anak keenam daripada 10 beradik ini.
Beliau menjelaskan, hubungan baik dengan pelanggan meliputi mutu layanan dan perkhidmatan selain bersedia mendengar segala pendapat dan rungutan yang diutarakan pelanggan.
"Kita tidak boleh mengetepikan hak pelanggan dan kita bertanggungjawab terhadap semua produk yang dikeluarkan. Bukan itu saja, saya juga akan sentiasa memastikan kakitangan memberi layanan terbaik kepada pelanggan," katanya sambil menambah hubungan beliau dengan kakitangannya tidak ubah seperti adik-beradik tetapi masih ada batasan hormat dan pematuhan arahan.
Dorongan isterinya, Junaidah Arshad yang juga selaku Pengarah Kewangan dan Perakaunan kumpulan Gemilang turut menjadikan Rohaidi lebih bersemangat mengembangkan perniagaan.
Mengimbas sejarah hidupnya, Rohaidi berkata, beliau pernah bekerja di Bahagian Sumber Manusia, Proton Holding Bhd di Shah Alam selama tujuh tahun sejak 1989.
"Dengan berbekalkan sedikit pengalaman dalam bidang automotif itu, timbul minat untuk terus menceburi dalam bidang ini. Pada 1996, saya bekerja di Malaysia Electric Corporation (MEC) di Kuantan untuk mencari lebih pengalaman.
"Kemudian saya menyertai perniagaan keluarga yang menjalankan perkhidmatan logistik. Dari situ, saya mula mengembangkan portfolio perniagaan termasuk menceburi sektor automotif," katanya sambil menambah berbekalkan modal RM5 juta, beliau menubuhkan Gemilang Auto Part.
Rohaidi yang mempunyai darah kacukan Cina Melayu ini, kini mampu berbangga kerana setakat ini telah mengeluarkan pelbagai model ATV dengan kuasa enjin daripada 44 cc hingga 250 cc.
Ia dijual pada kompetitif bermula dari RM1,400 hingga RM22,000. Syarikatnya turut merancang memperkenalkan ATV dengan enjin 600 cc tahun depan.
Beliau berkata, ketika ini syarikat mengeluarkan kira-kira 100 unit ATV sebulan dan yakin mampu meningkatkannya sehingga dua kali ganda apabila kilangnya di Taman Sri Muda, Shah Alam beroperasi awal tahun depan.
Katanya, kilang berkeluasan 8,000 kaki persegi itu akan memasang semua komponen ATV, pocket bike, buggy dan dirt bike yang diimport dari China, Taiwan dan Jepun untuk dipasarkan bagi pasaran tempatan dan luar negara.
"Kebanyakan produk ini dibawa masuk dari China dan harga yang dijual juga adalah kompetitif dan mampu untuk dimiliki segenap lapisan masyarakat," katanya.
Rohaidi juga sedang dalam proses mengemukakan permohonan kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi mendapatkan kelulusan penggunaan ATV di atas jalan raya seperti kenderaan lain.
Katanya, syarikat juga sedang mengusahakan satu model contoh yang membolehkan pekebun kecil mengangkut hasil sawit dalam bilangan yang banyak menggunakan ATV.
"Prototaip ini masih lagi dalam percubaan dan permintaan industri pertanian khususnya dalam pengangkutan ini sangat tinggi. Sekarang ini ramai pekebun kecil yang menggunakan kereta sorong. Jadi, kapasiti buah yang diangkutnya tidak banyak,
"Sebaliknya, penggunaan kenderaan seperti ATV mampu meningkatkan dua kali ganda hasil buah yang diangkut," katanya sambil menambah kenderaan empat tayar itu lebih stabil dan mudah dipandu.
Sehubungan itu, katanya, penggunaan ATV juga amat sesuai bagi sektor perladangan dan pertanian kerana boleh dipandu pada apa juga keadaan tanah yang tidak mampu dilakukan kenderaan lain termasuk motosikal.
FAKTA
- Gemilang Furniture & Harware Sdn Bhd
- Gemilang Auto Parts Sdn Bhd
- Gemilang Shipping & Forwarding Sdn Bhd
- Gemilang Design & Development Sdn Bhd
- Gemilang World Trade Corporation Sdn Bhd
Saturday, 5 July 2008
Berniaga untuk beramal

WANITA ini pernah terpilih sebagai penerima Anugerah Kecemerlangan Usahawan Asia Pasifik 2007. Malah tambah membanggakan apabila produk berasaskan gamat dengan jenama Gamaton keluaran syarikat beliau turut disenaraikan antara 20 produk kesihatan terbaik oleh 100 majalah kesihatan juga pada tahun yang sama.
Namun dalam gemerlapan tersebut, wanita kelahiran kota metropolitan ini tidak pernah lupa tanggungjawabnya membantu sesama manusia terutamanya mereka yang serba kekurangan dan amat memerlukan, lebih-lebih lagi yang berkaitan kesihatan dalaman dan luaran.
Wanita yang dimaksudkan itu ialah Pengarah MICH Sdn. Bhd., Asmah Liong Abdullah, 48. Penglibatan beliau dalam dunia perniagaan selain didorong faktor minat, sokongan suami dan anak-anak tetapi jauh di sudut hati kecil wanita mualaf ini, beliau mahu melihat semua orang hidup sihat. Di samping membuka peluang orang ramai untuk menjana ekonomi diri, keluarga seterusnya negara menerusi perniagaan.
Wartawan ZUARIDA MOHYIN bersama jurufoto NASIRRUDDIN YAZID berkesempatan ke pejabatnya di Subang Jaya, Selangor berkongsi cetusan ilham beliau dalam mengkomersialkan gabungan beberapa anugerah alam yang kaya dengan nilai perubatan sebagai produk makanan tambahan, sejajar dengan moto syarikat: ‘Sihat, Cantik dan Bertenaga’.
MEGA: Bilakah penglibatan anda dalam dunia perniagaan bermula dan mengapa produk berasaskan gamat menjadi pilihan?
ASMAH: Sebenarnya sebelum serius dengan Gamaton, saya sudah mengusahakan beberapa jenis perniagaan. Maklumlah pendedahan dalam dunia perniagaan sudah bermula sejak kecil lagi. Pada waktu itu, bapa saya mengusahakan restoran halal. Mungkin dari situlah sudah tertanam minat.
Sebelum terjun ke bidang perniagaan, saya pernah bekerja di sebuah tadika kemudian pada tahun 1992, saya memulakan perniagaan teknologi maklumat (IT). Lama juga bisnes ini dijalankan lebih kurang 11 tahun sebelum menubuhkan syarikat yang ada sekarang iaitu pada 2001.
Mengapa saya memilih produk berasaskan gamat semuanya berlaku secara kebetulan dan saya yakin inilah perniagaan yang Allah SWT ilhamkan kepada saya. Di mana selain menjana keuntungan pada masa sama memberi jalan untuk saya membantu mereka yang mengalami masalah kesihatan terutamanya kepada golongan yang memerlukan dan tidak berkemampuan.
Ceritanya begini, pada tahun 1999, saya mengalami masalah bengkak tangan acap kali selepas mengambil makanan yang mengandungi protein seperti minum air soya, daging dan sebagainya.
Pernah suatu ketika itu, saya bercuti di Langkawi dan di situlah saya diperkenalkan oleh seseorang dengan produk gamat. Selepas beberapa kali saya minum, saya lihat bila saya makan makanan berasaskan protein, tangan saya sudah tidak bengkak lagi. Malah suami saya yang mengalami migrain sejak remaja, juga sudah tidak mengalaminya.
Jadi terdetik di hati saya, ini adalah sesuatu yang luar biasa dan serta merta terlintas di fikiran, mengapa tidak saya kongsi kebaikan ini.
Apatah lagi keajaiban gamat atau timun laut ini bukan sahaja oleh masyarakat tempatan kita tetapi telah menjadi makanan penting dalam tradisi budaya Orient hampir 5,000 tahun lalu. Malah ia juga wujud dalam sejarah perubatan Asia untuk berabad lamanya.
Maka pada 2004, setelah melalui siri penyelidikan dan pembangunan (R&D) dengan kerjasama pakar-pakar, saya keluarkan jenama sendiri iaitu Gamaton. Produk sulung di bawah MICH Sdn. Berhad iaitu kombinasi Jeli Gamat dengan Aloe Vera, Gel Gamat dengan Aloe Vera, Gamat dengan Tongkat Ali, Gamat dengan Sarang Burung.
Sehingga kini terdapat lebih kurang 11 produk dengan bermacam-macam kelebihan kepada pelbagai peringkat usia. Antaranya, GamaBrain (kanak-kanak), Gamadeen dengan Sarang Burung (wanita), Gamat Rub dengan Buah Pala (sapuan), Gamat Hair Serum.
Kalau kita lihat di pasaran sekarang, terlalu banyak produk kesihatan berasaskan gamat ditawarkan kepada orang ramai. Apakah yang membezakan produk Gamaton berbanding yang lain?
ASMAH: Itu saya akui tetapi perkara yang tidak dapat disangkal ialah setiap produk itu punyai formulasi yang berbeza dan Gamaton mempunyai resipinya yang terbaik demi kesejahteraan pengguna serta tidak mempunyai kesan sampingan dan mendapat pengesahan Kementerian Kesihatan.
Apa yang saya boleh jamin, produk Gamaton ini telah melalui penyelidikan secara saintifik dengan kerjasama dari institusi serta pakar-pakar yang memang berkelayakan.
Malah mengapa kami menggunakan kombinasi dua anugerah alam terbaik seperti gamat dengan aloe vera, sarang burung, tongkat ali adalah kerana kekayaannya dengan pelbagai khasiat penyembuhan yang semula jadi.
Alhamdulillah, sehingga kini telah ramai pengguna sama ada yang berpenyakit mahupun sihat telah menikmati kelebihannya ini. Bagi mereka yang berminat mengetahui lebih berkenaan rangkaian produk Gamaton boleh menghubungi 03-8024 2003 atau layari lama web www.gamaton.com
Awal tadi anda kata perniagaan ini juga bertujuan membantu orang ramai serta berkongsi sesuatu yang baik. Apakah kepuasan yang diperoleh?
ASMAH: Tentu kita tidak dapat bayangkan kalau sebelum ini kita sihat, tiba-tiba jatuh sakit. Tentunya itu satu pengalaman yang tidak mahu dirasai oleh setiap manusia. Alhamdulillah, dengan adanya sumber alam semula jadi ini, banyak orang mendapat manfaat daripadanya.
Bagi saya, bukan keuntungan yang diharap semata-mata. Paling menggembirakan, apabila melihat mereka yang sakit ini mampu tersenyum kembali.
Apatah lagi bagi yang mengalami penyakit kronik. Kalau hendak diceritakan pengalaman para pesakit rasa terlalu banyak.
Selain itu, tambah menyeronokkan apabila mereka ini kembali berkeyakinan serta lebih bersemangat dalam meneruskan kehidupan.
Apakah perancangan anda seterusnya?
ASMAH: Saya ini tidaklah terlalu bercita-cita besar. Memanglah ada saranan pihak tertentu agar kami memperluaskan pasaran produk Gamaton secara jualan langsung (MLM) tetapi sedang difikirkan.
Buat masa ini, harapan saya agar produk Gamaton berada di merata tempat sama ada dalam mahupun luar negeri, biarpun produk ini sudah tersebar luas di Australia, United Kingdom, Bahrain, Nigeria, Zimbabwe, Indonesia dan banyak lagi.
Yang paling penting, saya mahu ia dinikmati oleh semua manusia serta saya juga sedang dalam perancangan untuk mengeluarkan produk-produk terbaru yang lain.
Friday, 4 July 2008
Berhenti kerja bank untuk Berniaga

MENCEBURI bidang ini bukanlah suatu yang mudah kerana banyak persaingan terutamanya daripada syarikat pembuatan coklat multinasional, ditambah lagi dengan persepsi masyarakat yang menyatakan coklat buatan tempatan tidak menepati cita rasa sebenar.
Stigma negatif itulah yang menjadi kekangan kepada syarikat pembuatan coklat tempatan sehingga mengikat mereka untuk terus maju dan mengkomersialkan produk mereka ke pasaran dalam negara dan seterusnya ke luar negara.
Namun, bagi Dazzle Food Sdn. Bhd. (Dazzle), sebuah syarikat pembuatan coklat buatan tangan, stigma itu tidak menjadi halangan kerana yakin bahawa kualiti produk yang dimilikinya berjaya membatasi segala persepsi tersebut.
Pengurus Besarnya, Noor Dina Mohd. Tajudin, berkata, Dazzle yang ditubuhkan pada tahun 2005 itu sentiasa memastikan bahawa kualiti produknya meliputi rasa, pembungkusan dan proses pembuatan adalah setanding coklat import.
‘‘Ini terbukti apabila permintaan semakin bertambah dari tahun ke tahun, lokasi jualan juga telah dinaik taraf, bukan lagi di kedai-kedai biasa, malah pasar raya telah mula yakin dengan produk ini, begitu juga dengan pasaran ke luar negara menerusi ekspo-ekspo perdagangan yang diadakan.
‘‘Kini Dazzle boleh berbangga dengan kejayaan bagi menembusi stigma yang menyatakan coklat tempatan tidak lazat atau pahit atau masih di tahap ‘kekampungan’.
“Ia kini telah diterima di peringkat antarabangsa malah setanding dengan coklat peralin Belgium yang terkenal dengan kelazatannya,’’ katanya ketika ditemui di kilangnya di Hulu Langat, Selangor, baru-baru ini.
Menurut Noor Dina, 27, sebenarnya teknologi dan pembuatan coklat tempatan telah mencapai tahap yang terkini malah ada yang mampu menggunakan mesin-mesin seperti mana yang digunakan di kilang-kilang besar.
Begitu juga dengan teknik dan rasa yang telah melalui proses penambahbaikan sehingga menepati rasa seperti coklat import.
Menceritakan mengenai penglibatannya dalam dunia pembuatan coklat ini, Noor Dina berkata, segalanya bermula kerana ibunya, Siti Ropiah Hambali, yang mengambil kursus dalam pembuatan coklat sebelum bersara dahulu.
‘‘Selepas sahaja bersara pada tahun 2005, ibu mula mengusahakan pembuatan coklat tangan ini secara kecil-kecilan tetapi dilihat ia semakin diminati dan permintaan bertambah.
‘‘Setelah setahun Dazzle beroperasi dan saya melihat peluang untuk bisnes ini semakin berkembang, maka saya pula berhenti kerja dengan sebuah bank bagi membantu ibu.
‘‘Dengan bantuan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi serta kerjasama Sirim Berhad dalam mereka bentuk pembungkusan yang lebih komersial, banyak pihak mula yakin dengan kami ditambah pula kualiti produk yang setanding dengan coklat import,’’ katanya.
Tambah lulusan Ijazah Sarjana Muda Pembangunan Usahawan, Universiti Tenaga Nasional (Uniten), daripada hanya ada beberapa produk coklat pada peringkat awal, kini ia telah meningkat kepada 12 semuanya.
‘‘Kini, produk Dazzle telah menerima tempahan dari pasar raya, kedai-kedai, individu dan syarikat korporat untuk dijadikan hamper dan cenderamata. Harganya juga tidak mahal cuma daripada RM1 hingga RM50,’’ ujarnya.
Ibu kepada seorang putera, Adi Zikry Ahmad Faris, 2 bulan, ini berkata, istimewanya coklat Dazzle ialah ia buatan tangan kerana proses pembuatannya tidak menggunakan mesin..
‘‘Kebanyakan produk kami terdiri daripada coklat peralin yang lebih dikenali sebagai coklat Belgium yang sememangnya terkenal dengan keenakan dan kaya dengan coklat dan kandungan kekacang yang lazat. Yang paling penting ialah ia adalah coklat peralin yang halal. Di samping itu, kami turut mengeluarkan coklat bar dengan pelbagai perasa,’’ katanya.
Menurut Noor Dina, Dazzle juga turut memperkenalkan coklat perasa buah-buahan seperti durian, roselle, oren, strawberi dan mint untuk memberi kelainan.
Sementara itu, ibunya, Siti Ropiah yang dari mula pertemuan itu membiarkan anaknya menjawab segala soalan, mencelah bagi menokok tambah isi dan cerita di sebalik kejayaan Dazzle.
“Dazzle diambil daripada perkataan Dazzling bermaksud yang mempesonakan dan menarik kerana coklat ialah makanan yang boleh mempesonakan,’’ katanya.
‘‘Saya bersyukur banyak agensi kerajaan yang membantu dalam kerja-kerja pemasaran dan pembangunan dan penyelidikan (R&D). Tanpa mereka, Dazzle tidak akan meniti ke tahap sekarang,’’ katanya dengan harapan Dazzle akan menembusi pasaran luar negara menjelang akhir tahun ini.
Bagi yang berminat untuk menjadi agen atau mendapatkan produk Dazzle, boleh hubungi 019-3369040 atau datang ke No. 5A, Jalan Langat Ceria 4, Taman Langat Ceria, Hulu Langat.
Tuesday, 1 July 2008
Mas cotek sumber rezeki pesara guru

BEBERAPA tahun lalu, seorang daripada anak pasangan Mohamad Nawi Yusoff, 58, dan isterinya, Che Safiah Abd Rahman, 54, mengalami gatal-gatal di seluruh badan kerana alahan setiap kali selepas menikmati makanan laut seperti udang dan sotong.
Selepas mencuba pelbagai jenis herba, ia tidak berhasil. Namun, anak gadis pasangan dari Kampung Gong Dermin, di pinggir bandar Kota Bharu itu, kini pulih sepenuhnya selepas mengamalkan minum air rebusan herba mas cotek yang pada mulanya diperoleh melalui seorang rakan.
Bertitik-tolak daripada itu, Mohamad Nawi yang juga bekas Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putri Saadong, Bukit Marak, Bachok tekad mengusahakan tanaman mas cotek secara komersial di halaman rumahnya sebaik bersara daripada bidang perguruan, lebih dua tahun lalu.
Berbekalkan modal sebanyak RM5,000, Mohamad Nawi dibantu isterinya yang masih bertugas sebagai guru kanan di sebuah sekolah rendah kini mampu mengeluarkan produk teh herba daripada mas cotek yang sudah mendapat pasaran meluas sekitar Kelantan, Lembah Klang dan Perak.
Mas cotek atau nama saintifiknya ficus deltoidea adalah herba daripada keluarga moraceae yang semakin mendapat perhatian di kalangan pengamal perubatan tradisional kerana khasiatnya dikatakan mampu mengubati pelbagai penyakit serta baik untuk penjagaan kesihatan.
Daun mas cotek dikatakan mempunyai kandungan yang baik untuk meningkatkan fungsi seksual lelaki, mengekalkan keayuan dan awet muda, mengurangkan risiko barah, melindungi diri daripada kesan penuaan, mengurangkan risiko angin ahmar dan penyakit jantung serta meringankan radang kulit dan kesan gigitan serangga.
Walaupun turut dikenali sebagai telinga beruk, telinga gajah, serapat angin, delima sudip, ara jelatih dan ara tunggal, herba yang dikatakan menyaingi khasiat tongkat ali dan kacip fatimah ini lebih dikenali dengan nama mas cotek kerana dipercayai berasal daripada perkataan Pantai Timur disebabkan bintik-bintik halus berwarna emas pada permukaan atas setiap helaian daunnya.
Bermula dengan hanya beberapa anak pokok yang tumbuh meliar dicari sekitar pantai dan hutan Kelantan dan Terengganu, Mohamad Nawi kini mempunyai ratusan pokok mas cotek daripada lebih 10 spesies, termasuk yang mempunyai ketinggian melebihi dua meter.
“Pada mulanya, saya menanam mas cotek untuk kegunaan sendiri selepas mendapati daunnya mempunyai banyak khasiat. Malah, ibu mentua saya berusia lebih 90 tahun yang menghidap angin ahmar juga semakin sihat sejak mengamalkan minum air rebusan daun mas cotek.
“Bagaimanapun, melihat kepada potensi mas cotek yang mempunyai khasiat tersendiri, saya dan isteri bertekad mengusahakan tanaman ini secara serius dan berjaya mengeluarkan produk teh yang di bawah syarikat saya iaitu Kristal Berlian Enterprise, sejak dua tahun lalu,” katanya.
Mohamad Nawi berkata, daun mas cotek yang sudah dipetik di halaman rumahnya, kemudian diproses sebagai teh herba yang dijadikan dalam bentuk uncang di sebuah kilang di Kuala Lumpur sebelum dibungkus dalam kotak di Pengkalan Chepa, Kota Bharu dan diedarkan atas jenama syarikatnya.
“Sehingga kini, teh herba mas cotek yang dikeluarkan syarikat saya mendapat sambutan sangat menggalakkan. Malah, pada masa tertentu permintaan boleh menjangkau sehingga 70,000 kotak, tidak termasuk yang dijual menerusi pameran seperti Pesta Flora.
“Buat masa ini, saya terpaksa menghantar daun mas cotek untuk diproses di Kuala Lumpur kerana tidak mempunyai mesin sinar gamma yang berperanan untuk membunuh kuman, tetapi jika ada rezeki saya merancang membuatnya sendiri di Kelantan,” katanya.
Beliau menjelaskan, daun mas cotek yang hendak dipetik untuk dijadikan teh herba mestilah berwarna kekuningan kerana sudah cukup matang, manakala daun yang lebih besar dipercayai mempunyai lebih banyak khasiat berbanding daun bersaiz kecil.
“Daun yang dipetik perlu dijemur dan dikeringkan sebelum dihantar untuk diproses atau dijual secara kering, daun yang sudah kering juga boleh terus direbus dan diminum,” katanya.
Menceritakan lebih lanjut mengenai penjagaan pokok mas cotek, Mohamad Nawi berkata, ia tidak terlalu sukar, sebaliknya pokok mestilah diletakkan di bawah jaring berwarna gelap bagi menghalang terdedah kepada terlalu banyak cahaya sehingga boleh menyebabkannya mati.
“Biasanya, anak pokok yang diambil dari hutan atau dibeli daripada pembekal perlu diletakkan di dalam polibeg. Selepas itu, anak pokok terbabit dialihkan ke tanah atau pasu yang mengandungi campuran tanah pasir, baja, sekam padi yang sudah dibakar serta sabut kelapa.
“Setiap pokok perlu disiram sekurang-kurangnya sehari sekali bagi memastikan ia tumbuh subur. Apabila pokok semakin tinggi, ia perlu diikat dengan kayu bagi menyokong batang pokok dan mengelak daripada tumbang,” katanya sambil menjelaskan sebatang pokok mas cotek boleh menjangkau usia sehingga 10 tahun.
Mengenai perancangan masa depannya, Mohamad Nawi berkata, beliau bercadang menghasilkan losen penjagaan kulit daripada mas cotek yang fungsinya hampir sama dengan losyen pati halia yang semakin diterima baik di pasaran negara ini.
“Saya juga bercadang menghasilkan jus segar daripada mas cotek. Ketika ini, saya dan beberapa rakan masih menjalankan kajian lanjut bagi memastikan produk losyen dan jus daripada tumbuhan herba ini dapat dihasilkan dalam tempoh terdekat,” katanya.
Selain mengusahakan tanaman mas cotek, beliau turut mempunyai ladang misai kucing yang diusahakan di tanah seluas setengah hektar, tidak jauh dari rumahnya di Kampung Gong Dermin.
“Saya mempunyai kira-kira 10,000 pokok misai kucing yang dijaga oleh seorang pekerja sepenuh masa. Hasilnya turut saya jadikan sebagai produk teh herba kerana ia juga mempunyai banyak khasiatnya seperti yang ada pada mas cotek,” katanya.
Beliau berkata, selain teh herba misai kucing yang dijual pada harga RM20 sekotak, daun misai kucing basah pula dijual dengan harga RM2 sekilogram dan daun kering berharga antara RM15 hingga RM20 sekilogram yang dipasarkan sekitar Kelantan dan Lembah Klang.
“Saya turut bercadang memasarkan daun kering mas cotek dan misai kucing berserta produk teh herba menerusi internet kerana cara itu lebih mudah dan cepat selain dapat menonjolkan produk tempatan ke pasaran luar negara,” katanya.