Pages

Friday, 30 May 2008

Nabil Jutawan Cendawan


"Bukan senang hendak tanam cendawan,'' demikian kata-kata yang terpacul dari mulut Nabil Sanusi, sebaik ditanya apakah beliau seronok dan tidak menyesal menceburi industri penanaman cendawan yang kini semakin popular itu.Kata-kata tersebut seakan satu 'pukulan balas' kepada mereka yang beria-ia ingin menceburi pertanian khususnya tanaman cendawan kerana membayangkan setiap helaian daun tanaman tersebut sebagai wang ringgit.

Kepada Nabil, membayangkan sesuatu yang menguntungkan boleh menjadi pendorong dalam setiap perkara yang diusahakan tetapi dengan syarat, perlu mengusai ilmu yang berkaitan untuk menjamin kejayaan.

Nabil, 37, yang kini terlibat dalam industri automotif pada mulanya hanya ingin mempelbagaikan sumber ekonominya dan memilih cendawan tiram kelabu untuk diusahakan.

Pada 2005, beliau ditawarkan mengusahakan tanaman orkid di Johor oleh Persatuan Penanam Orkid tetapi atas faktor tertentu dan lokasi yang agak jauh, Nabil menolak tawaran tersebut.

Namun tekadnya untuk mengusahakan sesuatu yang menguntungkan tidak pernah padam malah, sering terfikir melakukan sesuatu yang terbaik untuk masa depan.

Takdir telah menentukan beliau menceburi perusahaan tanaman cendawan apabila dipertemukan dengan seorang rakan di Nilai, Negeri Sembilan yang telah mengusahakan tanaman tersebut terlebih dahulu.

Beliau yang disarankan untuk mencuba bidang tersebut tidak menunggu lama, dan dengan sokongan keluarganya, Nabil mengambil keputusan untuk terlibat secara serius.

Nabil tidak perlu menunggu lama, sama ada kerana terpaksa menubuhkan syarikat atau membuat pinjaman terlebih dahulu, tetapi seperti kebanyakan usahawan pertanian masa kini, dia terus sahaja memulakan usaha di atas sekeping tanah seluas kira-kira 0.4 hektar (satu ekar) milik keluarganya di Jalan Ahmad Khushasi, Jenderam Hulu, Sepang, Selangor.

PelaburanBerbekalkan wang simpanan, Nabil membuat pelaburan awal sebanyak RM200,000 untuk membina tiga rumah cendawan bersaiz 70 kaki x 30 kaki pada awal tahun lalu dan menambah empat rumah lagi secara berperingkat-peringkat.

Beliau juga mengambil keputusan untuk menubuhkan syarikat khas, NAS Agro Farm pada Oktober tahun lalu untuk menjalankan operasi di kawasan tanah tersebut yang pada asalnya dusun buah-buahan.

Tanpa meninggalkan kerjayanya sebelum ini, beliau menambah pelbagai kemudahan dan kelengkapan sebagai bukti kesungguhannya untuk terbabit secara serius.

Nabil yang turut dibantu isterinya, Surina Saad, juga terpaksa menggaji tujuh pekerja termasuk seorang penyelia memandangkan tanaman cendawan memerlukan tumpuan dan kerja yang banyak.

Ketika ini, dengan pelaburan keseluruhan kira-kira RM400,000, kompleks tanaman cendawan tersebut telah dikembangkan operasinya dengan tujuh rumah cendawan yang memuatkan kira-kira 200,000 polibeg. Rumah itu dilengkapi sebuah bilik suntikan benih, rumah menyediakan polibeg dan alat pengukusan dan alat mencampur adunan substrat (media).

"Saya juga sedang menyiapkan sebuah makmal menghasilkan benih cendawan menggunakan teknik kultur tisu bagi mengatasi masalah pengusaha untuk mendapatkan benih yang baik,'' ujarnya.

Kelengkapan tersebut, kata beliau, dapat disediakan dengan bantuan peruntukan Jabatan Pertanian sebanyak RM10,000.

Nabil menjelaskan, beliau akan memberi tumpuan kepada pengeluaran benih, sebagai satu cabang perniagaan baru dalam industri tanaman cendawan supaya pengusaha sedia ada mudah mendapatkan bekalan.

Bagaimanapun katanya, pengeluaran benih yang boleh dilaksanakan dalam tempoh terdekat hanya akan dikomersialkan seawal-awalnya enam bulan daripada sekarang.

Ini kerana, beliau perlu terlebih dahulu memastikan benih yang dihasilkan bermutu tinggi sebelum dipasarkan kepada pengusaha lain.

Mengenai kemungkinan beliau akan menambah kemudahan sedia ada untuk meningkatkan pengeluaran, Nabil berkata, meskipun permintaan terhadap cendawan amat tinggi, tumpuan perlu diberikan kepada tanaman sedia ada.

"Saya hanya mampu mengeluarkan 50 kilogram (kg) cendawan sehari sedangkan permintaan yang diterima sekurang-kurangnya 150 kg sehari dan kadangkala mencecah 200 kg,'' ujarnya.

Tambahnya, cendawan merupakan tanaman yang sensitif dan memerlukan kawasan bersih sepanjang masa.

Penggunaan bahan kimia perlu dielakkan sama sekali tetapi pada masa yang sama kawalan penyakit perlu beri keutamaan.

Katanya, penyakit utama cendawan ialah kulat hijau dan oren dan ia boleh dikesan dengan memerhatikan sebarang perubahan warna pada polibeg yang telah disuntik dengan benih.

Cendawan katanya, boleh mengeluarkan hasil selepas dua bulan disuntik dan kemudiannya dieramkan.

Sepanjang tempoh dua bulan setengah berikutnya, kutipan hasil boleh dilakukan enam atau tujuh kali.

Setiap cendawan yang dipetik pula dianggarkan mempunyai berat antara 80 dan 100 gram.

Pada masa ini, beliau memasarkan cendawan harga RM7 sekilogram dengan pembeli datang sendiri ke ladangnya untuk mendapatkan bekalan.

Beliau juga akan cuba mengusahakan tanaman cendawan spesies abalone dan telinga kera yang merupakan cendawan yang sedap dan kenyal.

Syarikat Nabil juga akan menawarkan kursus kepada mereka yang berminat mendapatkan pengetahuan mengenai aspek penanaman cendawan dan sebuah bangunan khas untuk tujuan itu sedang dibina.

Dalam pada itu, beliau juga memulakan usaha awal menternak cacing untuk menghasilkan baja kompos dengan memanfaatkan semula bahan substrat yang telah digunakan.

Sebuah bangunan khas disediakan untuk tujuan itu.

Selepas lebih setahun beroperasi, usaha Nabil semakin menampakkan sinar yang diharapkan.

Tetapi bagi mereka yang berminat, dia sekali berpesan, supaya bertahan kerana cendawan bukan satu tanaman yang mudah diusahakan.

"Saya sendiri pernah dilanda pelbagai masalah terutama serangan penyakit yang memaksa polibeg yang mengandungi benih dimusnahkan selain serangan makhluk perosak,'' ujarnya.

Fakta cendawanlTidak mempunyai klorofil.

lMembiak melalui spora yang bercambah menjadi hyphae (mycelia apabila jumlahnya banyak) yang tidak nampak dengan mata kasar.

lHypahe yang bercambah membentuk primary mycelia dan kemudiannya secondary mycelia.

lMengumpul nutrien daripada substrat.

lBenih cendawan peringkat mycelia tumbuh atas substratnya sendiri seperti sekoi, barli gandum dan habuk kayu.

lCendawan yang popular ditanam ialah tiram kelabu (Pleurotus sajor-caju)
sumber:utusan.com.my

Monday, 26 May 2008

Mari Buat Duit Melalui Adsense


Anda sumer kenal munawwar ? kalo yang dah lama berjinak dalam dunia adsense mesti kenal brader ni.Beliau adalah empunya ebook janawang dengan adsense . Beliau merupakan seorang bekas jurutera yang sebelum ini buat part time adsense dan sekarang bukan setakat full time blogger adsense malahan siap buat kelas/seminar adsense untuk sesiaper sajer yang nak belajar.Kalo kita lihat muka dierpun dah terpancar aura beliau sebagai seorang im yang disegani dan yang boleh dicontohi bukan setakat belajar ilmu adsense tapi belajar agama pun boleh kut...

Mr Munawar nih keluarkan ebook secara berperingkat2 dan terbaru akan keluarkan ebook pada 27 mei ini. Ebook mr munawar ini bukan setakat sesuai untuk newbie tapi untuk sesiaper yang agak lama dalam beradsense juga sesuai. .

Beliau akan mengrevealkan cara buat blog dengan cara terperinci dan dari mula mendaftar,meta tag sampai ke cara memarketingkan blog anda . Kebanyakan cara beliau adalah white dan sedikit grey hat.Senang cita cara jana adsense dengan lebih professiaonal tanpa gunakan ilmu hitam yang melampau dan cara trafik beliau adalah trafik secara organic.Paham tak organic?maknernya cara mengurat trafik yang lebih kepada cara search engine dari google atau yahoo atau maner2 searc engine yang popular.

Cara metatag beliau juga masih relevan buat masa ini dan hanya menggunakan blogger yang percuma itu.(blogspot.com)

Saya adalah pelanggan beliau version 1.1 dan dah terima hasil macam niih cuba nengok kat bawah niih:
Baru USD179.48X3.2=RM574.336 pada tarikh 26 may 08 cukuplah nak baya bil api air internet.

masih sikit lagi kalo nak dibandingkan dengan otai adsense yg lain income riban-riban tiap bulan (kalo aku jadik dier dah boleh buat duit hantaran ha hah)! dan kebanyakan tips dan cara adalah bersandarkan janawang adsense ini.Dalam beradsense trafik adalah element yang begitu penting untuk dapatkan income yang banyak..Yelah bayangkan lah biler kita dah bukak kedai tapi tak der orang nak datang tak ker rugi masa jeer kuar modal so Disini saya reveal kan sedikit cara trafic beliau yang cukup berkesan dalam sanubari saya cheeewah :

1)Teknik FI
2)Teknik RDS
3)Teknik SB
4)Teknik BC
5)Teknik VM
6)Teknik YA
7)Teknik AS
8)Teknik PR
9)dll teknik

Apehal pulak FI,RDS,SB,BC,bla bla he he kalo nak tau kene beli buku dier niih takkan saya nak bocorkan rahsia yer tak.Beli Sendiri KLIK SINI

Satu lagi yang terpaling istimewa dapi pakej janawang ini adalah beliau telah menyediakan satu private forum yang begitu ikhlas dan bak kata pepatah seperti satu paip information yang begitu mudah didapati anda tanya sahaja soalan pasti beliau pasti akan menjawab tanpa ada sebarang selindung menyelindungi jawapannya(ikut pengalaman saya ader jugak penjual ebook yang seperti masih menyimpan rahsia walaupun ayat sales letter ader kata terbongkar! tapi hampehh pebende yang terbongkar pon aku tak tau he he).


Jadi bolehlah anda klik disini untuk dapatkan ebook beliau
Jualan ebook beliau dibuka hanya pada masa tertentu sahaja jadi dapatkan dengan cepat sebab dier akan tutup jualan selepas target jualannya dah lepas so jgn melepas ok.

Kalo korang langsung zero bab adsense atau masih kurang asas dalam meggunakan blog nih bacer dulu ebook freee dier niih KLIK SINI


Jadi selamat beradsense dan selamat beramal.:)

Subalipack ke pasaran global

Zaki tawar khidmat pemindahan barang bermula dengan menyewa lori kecil
SUBALIPACK (M) Sdn Bhd, iaitu penyedia perkhidmatan pemindahan barang cukup terkenal di kalangan pegawai kerajaan, diplomat dan syarikat korporat besar seperti Petronas.

Syarikat yang mempunyai pengalaman kira-kira 27 tahun dalam industri itu menjadi pilihan golongan ini yang sering berpindah termasuk ke luar negara.
Dengan sokongan rakan niaga strategiknya di luar negara seperti American Moving and Storage Association, Worldwide ERC dan Household Goods Forwarders Association of America, Inc (HHGFAA), Subalipack menawarkan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggannya.

Namun di sebalik kejayaan yang sudah dikecapi, syarikat itu terus giat mengukuhkan lagi operasinya terutama di peringkat antarabangsa.

Ketua Eksekutifnya, Zaki Hamzah yang juga pengasas syarikat itu, berazam menjadikan Subalipack jenama terkemuka dalam perkhidmatan pemindahan barang

Beliau yang memulakan perniagaannya sekitar 1979 yakin permintaan terhadap perkhidmatan pemindahan barang mempunyai potensi besar untuk berkembang dan tidak hanya terhad dalam negara.

Pengalaman yang diperoleh sejak terbabit dalam bidang itu kira-kira 29 tahun lalu, akan dimanfaatkan sebaiknya bagi memantapkan lagi perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelanggan.

Mengimbau pembabitan awalnya dalam perniagaan itu, anak kelahiran Taiping, Perak ketika itu hanya menyewa sebuah lori dan menawarkan perkhidmatan pemindahan barang terutama kepada mereka yang baru berhijrah ke Kuala Lumpur.

Kadang kala beliau juga mendapat tempahan daripada pelanggan yang mahu berpindah ke luar Lembah Klang hingga ke Johor dan Pulau Pinang.

Rezeki beliau dalam perniagaan itu agak lumayan dengan pendapatan bulanan kira-kira RM1,500 sebulan pada masa itu.

Pelaksanaan Program Integrasi Nasional yang menyaksikan pertukaran pegawai Kerajaan antara Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak menambah lagi rezekinya.

Justeru, kerana yakin dengan prospek perniagaan itu, beliau menubuhkan syarikat sendirian berhad pada 1981.

“Pada masa itu, ramai pegawai Kerajaan dari Semenanjung yang dihantar bertugas di Sabah dan Sarawak dan begitu juga sebaliknya.

“Jabatan Kerajaan ketika itu mencari syarikat yang mampu menyediakan perkhidmatan pemindahan ini supaya proses perpindahan berjalan lancar.

“Jadi kami ambil peluang meluaskan perkhidmatan ke Sabah dan Sarawak bagi memenuhi permintaan di kedua-dua negeri itu dan di Semenanjung pula, kami bertumpu kepada perkhidmatan sekitar Wilayah Persekutuan terutama perpindahan ke kawasan bandar di sekitar Kg Baru dan Kg Pandan,” katanya ketika ditemui di pejabatnya, di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Dengan mempunyai cawangan di Kota Kinabalu dan Tawau di Sabah serta Kuching

dan Miri di Sarawak serta di Kuantan, Pahang, Subalipack terus mengorak langkah dengan mengembangkan perkhidmatannya kepada pelanggan korporat.

Subalipack kini menjadi antara jenama tempatan yang kukuh dalam bidang perkhidmatan pemindahan bukan saja di dalam negara tetapi juga keluar negara.

Skop pelanggannya juga lebih meluas daripada jabatan kerajaan, kedutaan asing, institusi kewangan, pusat pengajian tinggi, multinasional, syarikat senaraian awam, perusahaan kecil dan sederhana sehinggalah individu.

ketika ini, 30 peratus pelanggannya adalah dari sektor awam seperti Kementerian Luar Negara, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) dan Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (Mida), manakala bakinya sektor swasta termasuk syarikat multinasional, Petronas, Ranhill Bhd dan Muhibbah Engineering Bhd.

Zaki berkata, sokongan padu yang diterima daripada Petronas membuka peluang kepada Subalipack menyediakan perkhidmatan pemindahan barang di Sudan.

Beliau berkata, operasi Subalipack di Sudan kini sudah mencecah tujuh tahun.

“Kami banyak belajar dari syarikat luar yang jauh berpengalaman. Penyertaan di persidangan antarabangsa setiap tahun banyak memberi pendedahan kepada kami untuk meningkatkan mutu perkhidmatan yang disediakan.

“Di samping itu kami juga memberi penekanan kepada penggunaan teknologi terkini dengan operasi perniagaan semakin tersusun dan lebih sistematik,” katanya.

Bagi Zaki, perkhidmatan yang terbaik menjadi keutamaan Subalipack kerana beliau percaya jika pelanggan berpuas hati dengan perkhidmatan yang disediakan mereka akan terus mendapatkan perkhidmatan di syarikat itu pada masa depan.

“Ada antara barangan pelanggan yang disimpan di gudang tidak diambil semula malah ada yang sehingga lebih 10 tahun, tetapi kami menjaganya dengan baik.

“Ada pula pelanggan yang tak nak bayar bila mereka kembali ke Malaysia apabila kami menghantar semula barang mereka, dengan memberi pelbagai alasan untuk tidak membayar dengan mengatakan barangan yang disimpan sudah rosak,” katanya sambil menambah itu adalah antara asam garam yang terpaksa dilalui untuk terus kekal dalam industri.

Bagi Zaki, kejayaan yang dicapai Subalipack turut mencerminkan sumbangan dan kegigihan kakitangan yang menjadi tulang belakang kepada pertumbuhan syarikat.

Justeru, Subalipack turut memberi peluang kepada kakitangan meningkatkan kerjaya mereka dalam bidang itu.

“Kami menyediakan latihan bagi meningkatkan motivasi mereka. Lebih membanggakan Subalipack kini menjadi pilihan bakal siswazah menjalankan latihan praktikal mereka.

“Baru-baru ini kami menerima permohonan daripada pelajar Universiti di Sri Lanka yang berminat menjalankan latihan praktikal dalam bidang logistik di syarikat ini,” katanya
info: WWW.BHARIAN.COM.MY

Friday, 23 May 2008

Rezeki daripada madu lebah


PERCAYA dengan falsafah, sesuatu perniagaan yang berjaya selalunya bermula daripada skala kecil menyebabkan Zulkurnain Yunus, 43, tidak pernah menyesal dan malu bermula dari bawah dan menumpukan pada pasaran tempatan sebaik mengambil keputusan muktamad bergelar usahawan.

Bagi Pengarah Urusan syarikat pengeluar produk berasaskan madu lebah yang didaftarkan dengan nama TLH Product Industries ini, apa yang penting ialah menimba seberapa banyak pengalaman, membina jaringan perniagaan serta mengukuhkan imej syarikat dan memperoleh kepercayaan pelanggan, sebelum melangkah lebih jauh dalam dunia perniagaan.

Wartawan ZUARIDA MOHYIN bersama jurufoto HALIM KHALID menemuramah Zulkurnain tentang produk terkini syarikat beliau semasa berlangsungnya Pameran Perdagangan Halal Antarabangsa Malaysia ke-5 (MIHAS 2008) di Pusat Konvensyen dan Pameran Matrade, Jalan Duta, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

MEGA: Bagaimana saudara mula berkecimpung dalam dunia perniagaan dan terangkan serba ringkas tentang produk-produk dari syarikat saudara?

ZULKURNAIN: Ketika bekerja sebagai Eksekutif Pembelian di PSC-Naval Dockyard Sdn. Bhd. di Kuala Lumpur, apabila ada masa terluang, saya selalu berjalan-jalan di sekitar Jalan Masjid India dan mengikuti perkembangan peniaga herba di situ dan yang paling menarik ialah peniaga madu lebah.

Bertitik-tolak daripada minat saya berkaitan produk berasaskan madu, saya mula membuat kajian mendalam bersama pegawai-pegawai dari Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi), Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Berdasarkan pengamatan daripada peniaga-peniaga itu, didapati cara pembungkusan madu juga masih di tahap lama atau tradisional. Lalu timbul satu idea, bagaimana sekiranya ia dibungkus secara lebih komersial. Dari situlah bermulanya produk keluaran pertama kami.

Disebabkan masih bekerja ketika itu, maka pembungkusan produk hanya dilakukan di rumah sahaja dan dibantu oleh isteri, Wan Azila W. Ismail.

Antara produk kami ialah madu yang diimport dari Iran, Taiwan di samping madu tempatan (Madu Tualang), Madu Apple Cider, Honey Sticks dan terkini diberi nama Green Propolis.

Nampaknya saudara telah banyak melabur untuk memasarkan produk paling baru syarikat iaitu TLH Green Propolis. Mengapa?

ZULKURNAIN: Setelah lapan tahun berkecimpung dalam bidang pengeluaran produk berasaskan lebah dan menerusi pelbagai kajian, saya dapati ada satu produk yang amat berkesan bagi tujuan rawatan penyakit dan sebagai satu makanan tambahan bagi mereka yang mengutamakan kesihatan iaitu Green Propolis.

Ia amat popular di Jepun, dan negara itu adalah pengimport paling besar di dunia.

Disebabkan itulah saya memberanikan diri memperuntukan RM200,000 untuk kajian dan penyelidikan, pembangunan produk serta program pemasaran terancang. Kajian dan penyelidikan dijalankan sejak beberapa tahun lalu. Ini termasuklah aspek keselamatan penggunaan produk tanpa kesan sampingan.

Selain itu, Green Propolis masih kurang dikenali masyarakat Melayu akan khasiat-khasiatnya dibandingkan dengan bangsa-bangsa lain di Malaysia terutama bangsa Cina. Oleh itu, sebagai usahawan bumiputera, saya ingin mengetengahkannya demi kesihatan bersama.

Apakah yang menjadikan produk TLH Green Propolis begitu popular dan apakah kelebihannya?

ZULKURNAIN: Sejak dipasarkan, produk ini sebenarnya menjadi penantian mereka yang menginginkan satu produk semula jadi daripada lebah.

Produk ini dijangka mencipta kejutan baru disebabkan oleh keberkesanan khasiat yang amat bermanfaat untuk kesihatan manusia.

Di sini terdapat beberapa fakta daripada mereka yang telah membuat kajian terperinci mengenainya.

Pertama: “Kandungan flavonoids di dalam propolis amat berkesan untuk mencegah pembiakan sel kanser”. (Laporan perubatan yang mengejutkan dunia perubatan, Persatuan Berita Ekonomi, Jepun tahun 1991).

Kedua: “Tiada bakteria, fungus dan virus dapat hidup di dalam sarang lebah sekalipun diletakkan bangkai atau mayat reput”. (Kajian Profesor Dr. Remy Chauvin, Perancis tahun 1968).

Ketiga: “Propolis mengandungi 149 komponen bioaktif , puluhan jenis flavonoids, vitamin A,B,F,C,E,H,P dan 10 jenis mineral, asid amino dan asid lemak”. (Kajian Universiti Oxford British tahun 1987).

Propolis kebanyakannya dihasilkan oleh spesies Lebah Afrika, kerana spesies ini alah kepada jangkitan dan serangan berbanding dengan lebah jenis lain. Oleh itu, spesies lebah ini memerlukan propolis sebagai satu pertahanan untuk diri sendiri, koloni dan sarang mereka daripada sebarang bentuk jangkitan seperti bakteria, virus, kulat (fungus) dan sebagainya.

Boleh dikatakan terdapat pelbagai jenis propolis di pasaran, namun Green Propolis adalah yang terbaik. Ia mengandungi 34 jenis flavonoids yang kaya dan unik berasal dari Minas Gerais, Brazil (kawasan bebas pencemaran Hutan Amazon).

Disebabkan tingginya khasiat Green Propolis, syarikat mengorak langkah untuk mengetengahkan produk ini di pasaran Malaysia, di samping dapat memberi manfaat kesihatan kepada pengguna.

TLH Green Propolis diekstrak dengan teknologi terkini dan terbaik tanpa menggunakan alkohol melalui proses penggunaan mesin yang canggih, Super-Fluid Critical Extraction iaitu kaedah yang menggunakan angin bagi menukar propolis mentah kepada cecair.

Produk ini berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (MAL No: 04112727T), disahkan halal serta dihasilkan dari kilang yang bertaraf (Good Manufacturing Practice Product) GMP.

Apakah strategi pemasaran dan bagaimana ia dilaksanakan?

ZULKURNAIN: Sebagai permulaan syarikat akan memasarkan jualan sebanyak 5,000 botol dan melantik stokis dan pengedar di seluruh negara. Kempen mendapatkan stokis dan pengedar sedang rancak dijalankan. Buat masa ini sesetengah tempat dan negeri sudahpun mempunyai stokis ataupun pengedar terutamanya di Lembah Kelang.

Untuk layak menjadi pengedar, mereka yang berminat hanya perlu menyediakan RM500 bagi mendapatkan sedozen pek TLH Green Propolis bersama risalah. Bagi stokis, stok pembukaan adalah 150 botol, disertakan pula risalah, poster dan bunting bagi tujuan promosi.

Syarikat berharap, melalui kaedah ini dapat membantu usahawan sama ada sambilan atau tetap bagi meningkatkan pendapatan mereka.

Mereka yang berminat boleh menghubungi talian 03-5191 1516 atau e-mel: zulhoney@tm.net.my.

Apakah cabaran yang dihadapi sepanjang mengendalikan perniagaan berasaskan madu lebah ini?

ZULKURNAIN: Pelbagai halangan dan cabaran yang timbul ketika mula-mula menjalankan perniagaan. Antaranya, lokasi pembungkusan yang terhad, masa yang singkat kerana pembungkusan dijalankan selepas waktu kerja.

Dari segi pemasaran pula tidak semua pelanggan dapat menerima dengan mudah produk-produk keluaran syarikat pada peringkat awalnya.

Apatah lagi, apabila tidak mampu menggaji pekerja, maka saya sendiri terpaksa memasarkan produk tersebut ke farmasi individu dan kedai-kedai ubat tradisional selepas waktu kerja dan pada cuti hujung minggu.

Alhamdulillah, kini produk-produk kami semakin mendapat tempat di hati para pelanggan, di samping mempunyai pelanggan tetap
copy: www.utusan.com.my

Tuesday, 20 May 2008

Kerja sekali, pendapatan sampai bila-bila - IRFAN KHAIRI

Tip Dari Irfan Khairi
Lama juga saya tidak masukkan tip Kewangan saya
daripada segmen TV saya, WW di Astro Awani
"Wanita & Wang". Jadi, ini tip saya dari
segmen saya pagi tadi... bukan untuk Wanita
sahaja... Lelaki pun!

Pastinya anda tertarik bukan? Kerja sekali,
tetapi pendapatan
sampai bila-bila. bagaimana hendak lakukan?
Jawapannya adalah:
Residual income atau passive income-
antara senjata untuk menjadi
jutawan!

Berikut adalah beberapa contoh residual
income atau pendapatan yang
berulang...

Sekiranya anda hebat menyanyi,
anda boleh buat album lagu.
Penyanyi-penyanyi kita mendapat
residual income. Walaupun album
sudah keluar 10 tahun lalu,
sampai kini masih menerima royalti dari
jualan setiap album. Pernah terfikir
tak mengapa penyanyi-penyanyi
barat walaupun satu sahaja lagu sedap,
tapi boleh jadi
multimillionaire? cara yang sama-
menerima royalti, tetapi royalti
dari jualan album ke seluruh dunia!

"Tapi IK, saya tak pandai menyanyi!"

Kalau tak pandai menyanyi, atau menari
macam saya ni (sapa tengok
Jangan Tidur Lagi, TV3 tau lah!),
kita boleh menulis buku. Penulis
buku juga menerima royalti atas
jualan setiap buku. Mungkin ia
mengambil masa 2-3 bulan untuk
siapkan satu buku, tetapi pendapatan
dari royalti belian setiap buku akan
diterima oleh penulis! Buku
pertama saya RJJIT ditulis pada tahun
2005. Sehingga kini saya mendapat
pendapatan darinya. Buku terbaru Nota
Jutawan: Nota motivasi juga
saya mendapat pendapatan setiap bulan...

"Tapi IK, saya tak pandai menulis... camne?"

Paling ramai jutawan tercipta di dunia
daripada jutawan hartanah.
Real estate. Dalam kata lain, beli rumah,
dan dapatkan penyewa pada
bayaran lebih daripada bayaran bulan-bulan
kepada bank. Menyewa kan
rumah (atau kedai/pejabat) juga anda hanya
kerja sekali, tetapi
pendapatan akan masuk sampai bila-bila
selagi ada penyewa!

"IK, hartanah ni kita perlu modal besar...
saya takde modal camne?"

Idea juga boleh menjadi residual income.
Tak perlu modal.

Pernah anda lihat "battery indicator" pada
battery Duracell? pernah
anda menggunakan "Post-it"?
Pernah anda lihat gambar Mickey Mouse
atau Hello Kitty? Bagi pemain guitar electric,
anda perasan tak
bahagian besi pemegang tali tu adalah
sesuatu ciptaan unik? Ini
semua antara idea yang telah menjadi "patent".
Setiap kali idea
tersebut digunakan, pencipta akan menerima pendapatan!

"IK, saya ni tak pandai nak cipta benda-benda baru..."


Kalau begitu, sesetengah perniagaan juga memberi
"residual income".
Kerja sekali, pendapatan sampai bila-bila. Sebagai
contoh, bina satu
perniagaan kecil yang memerlukan minima masa anda.
Pendapatan residual
akan terus datang kepada anda. Perniagaan
Internet adalah satu pilihan.

"IK... kalau saya tak pandai berniaga?"

Haa... di sini lah saya nak quote kembali
pesanan Dato Dr Fadzilah
Kamsah:

"Orang lain buat duit, kita buat alasan!"

Banyak cara untuk menjana pendapatan...
banyak cara untuk menjana
pendapatan secara residual. Tetapi, kalu
banyak alasan, jangankan
residual income. Income yang kerja sekali,
pendapatan sekali pun,
kita takkan dapat Kalau semua tak boleh,
jawapannya dalam
Al-Quran: banyak-banyak membaca... cari
ilmu. Bila ada ilmu, yang tak
boleh, kita bolehkan juga. Insya-Allah.

-IK
Irfan Khairi


Friday, 16 May 2008

Bina rumah RM100,000 hasil jual salak


SUATU ketika dulu, untuk menikmati keenakan buah salak yang kelat manis atau sudah dijeruk, orang ramai sering memesan kepada rakan mereka yang berkunjung ke Indonesia.

Justeru, bukan suatu yang menghairankan, apabila buah salak dijual dalam pasaran pada harga tinggi kerana perlu diimport ke negara ini, ekoran tidak ramai penduduk tempatan menanamnya.

Permintaan tinggi terhadap buah salak mendorong seorang suri rumah, Zainab Kadir, 68, mengambil risiko menanam pokok salak di kawasan tanah seluas dua hektar berhampiran rumahnya di Kampung Seterpa dekat Peringat, Kota Bharu, sejak 15 tahun lalu.


Usaha itu bermula dengan tujuh anak benih salak yang dibeli sebagai ole-ole ketika melancong ke Sabah. Walaupun mulanya pokok salak dianggap asing oleh penduduk setempat, usahanya ternyata tidak sia-sia apabila tanaman itu berjaya dikembangkan sehingga mampu memberi pulangan lumayan kepada keluarganya.

Zainab berkata, aspek penjagaan pokok salak bukan kerja rumit, kerana yang penting tanaman itu perlu dibaja mengikut jadual dan beliau hanya menggunakan baja urea serta organik.

Beliau berkata, anak salak yang disemai mengambil masa tiga tahun untuk mengeluarkan hasil pertama, tetapi bagi memastikan hasil yang baik, beliau melakukan sendiri proses pendebungaan terhadap bunga salak betina.


"Apabila pokok salak mula berbunga, saya melakukan sendiri proses pendebungaan, supaya ia sekata tanpa mengharapkan ejen pendebungaan lain seperti serangga atau tiupan angin.

"Biasanya pokok salak ditanam pada jarak 2.5 meter, tetapi jarak itu juga bergantung kepada keluasan tanah dan salak mengeluarkan bunganya sekitar Disember, sebelum buahnya boleh dipetik enam bulan kemudian," katanya.

Zainab berkata, pada peringkat awal ketika tujuh anak salak ditanamnya itu berbuah, beliau tidak menjual buah salak segar, sebaliknya buah matang ketika itu disemai untuk penghasilan anak benih bagi memenuhi tanahnya serta permintaan.

"Anak benih salak pada masa itu mampu dijual sehingga RM7 sepokok dan saya pernah menghasilkan lebih 10,000 anak benih dalam satu masa," katanya.

Beliau berkata, anak benih dibekalkan ke ladang yang mengusahakan tanaman itu secara komersial menerusi pemborong dan selepas permintaan anak benih dipenuhi, barulah buah salak segar dijual kepada pemborong dari Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Terengganu, Kedah dan Thailand.

Dalam semusim, setiap pokok salak mampu mengeluarkan sehingga 50 kilogram buah dengan setiap tandan menghasilkan sekurang-kurangnya tiga kilogram buah yang kini dijual borong pada harga RM3 hingga RM5 berbanding RM10 sekilogram ketika buah itu masih kurang di pasaran tempatan.

"Ketika harga tinggi dulu, saya mampu memperoleh sehingga RM10,000 semusim hasil jualan salak segar, tetapi kini merosot kepada RM3,000 hingga RM4,000 semusim kerana harga rendah, selain semakin ramai orang menanam pokok salak.

"Namun, saya tetap bangga terhadap usaha yang dicetuskan ini kerana hasil salak membolehkan saya membina sebuah rumah bernilai lebih RM100,000 lebih lima tahun lalu serta membiayai pengajian seorang anak di kolej swasta," katanya.

Zainab berkata, kejayaannya mengusahakan tanaman salak turut mendapat tunjuk ajar dan bimbingan daripada pegawai Mardi yang turut membawanya melawat ladang salak komersial.

Kegigihan warga emas itu merintis tanaman salak membantu Kampung Seterpa muncul pemenang kategori Ilham Desa dan Dekorasi Gerakan Desa Wawasan (GDW) Zon Timur Selatan, tahun lalu.


Sayuran di laman jadi sumber pendapatan


Faktor ketiadaan tanah yang sesuai bukan lagi boleh dijadikan alasan untuk tidak menceburkan diri dalam bidang pertanian yang kini menjanjikan pulangan lumayan.

Bak kata pepatah, di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

Mereka yang berminat, sudah tentu ada jalan penyelesaian, apatah lagi sekiranya mempunyai modal yang mencukupi.

Malah, banyak pengusaha pertanian yang berjaya hasil daripada kegigihan di samping mempunyai daya kreativiti serta inisiatif yang luar biasa.

Ketika masyarakat hanya mengetahui ilmu pertanian tradisional dan konvensional, segelintir pengusaha pula memikirkan cara yang lebih kreatif tetapi menarik dan yang lebih penting, mendatangkan pulangan menguntungkan.

Sebagai contoh, dengan hanya menggunakan sabut kelapa yang dihancurkan serta formulasi baja yang sesuai, tanaman sayuran bukan saja tumbuh subur tetapi juga mengeluarkan hasil yang amat menggalakkan.

Teknologi tersebut telah dimanfaatkan oleh seorang bekas guru yang masih menimba pengalaman tetapi berjaya membuktikan kemampuannya mengeluarkan hasil sayur-sayuran berbekalkan kreativiti.

Melihat kepada latar belakang dan pengalaman, Ismail Harun, 63, bukan calang-calang orang yang sanggup bergelumang lumpur dengan menceburkan diri dalam bidang pertanian.

Bekas guru Bahasa Inggeris yang tidak jemu menimba ilmu ini telah melanjutkan pelajaran dalam Ijazah Sarjana dalam bidang Pengajian Strategik di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sebelum bertugas di Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS).

Bagi menimba pengalaman, Ismail berubah angin ke German Foundation sebagai pakar runding dalam bidang motivasi meliputi latihan dan bekerja secara berkumpulan.

“Biarpun telah bersara, saya melihat bidang pertanian memang boleh menjana pendapatan yang lumayan jika dilakukan dengan bersungguh-sungguh,” katanya yang banyak menerima galakan dan sokongan isterinya, Mariam Hamid serta anak-anaknya.

Melihat kepada masalah yang dihadapi usahawan tani yang tiada tanah untuk berkecimpung dalam bidang pertanian, anak kelahiran Kelantan ini mengambil inisiatif menggunakan bahan buangan sebagai media utama bagi mencapai cita-citanya.

Ismail berkata, sabut kelapa yang biasanya dibuang begitu saja boleh digunakan dalam pertanian kerana ia dapat menyerap air mempunyai ketahanan melindungi tanaman meskipun tidak disiram air selama beberapa hari.

“Sabut kelapa mempunyai kelebihan kerana ia hanya menyerap tetapi tidak menakung air,” katanya yang mengkaji sifat sabut kelapa.

Penggunaan sabut sebagai media tanaman, kata Ismail adalah lebih baik kerana ia bersih dari segi jangkitan kulat dan mikroorganisma lain serta mudah diselenggarakan berbanding tanah.

Caranya cukup mudah hanya letakkan sabut yang telah dihancurkan dalam pasu atau polibeg secara padat, letakkan benih tanaman dan siram secara berkala.

“Malah polibeg atau pasu yang diisi sabut juga boleh diletakkan di dalam rumah bagi menanam sayuran yang digunakan setiap hari seperti cili, tomato, pandan, serai, halia, terung dan ulam-ulaman.

“Teknik ini bukan saja dapat menjimatkan kos perbelanjaan dapur tetapi juga mengindahkan lagi kawasan rumah,” katanya yang amat prihatin dengan krisis makanan yang melanda dunia hari ini.

Kaedah tanaman berkenaan bukan saja boleh digunakan pada rumah banglo atau teres tetapi juga sesuai bagi pangsapuri dan kondominium yang mempunyai ruang yang terhad.

Malah kawasan sekitar rumah Ismail dimanfaatkan sepenuhnya dengan pelbagai jenis tanaman sayuran, ulaman dan vanila serta sebuah kolam ikan bagi kegunaan keluarganya.

Kaedah yang telah mula diadaptasi oleh anak-anaknya serta jiran-jiran di Kampung Batu 23, Paya Lebar, Sungai Lui, Hulu Langat, Selangor telah membuahkan hasil yang menggalakkan.

“Terdapat juga jiran yang telah mula menjual hasil tanaman mereka menggunakan kaedah menggunakan sabut.

“Oleh kerana kaedahnya mudah dan kosnya yang amat rendah, ia mudah dilakukan oleh sesiapa saja,” katanya.

Sebagai bekas pakar motivasi, Ismail tetap dengan misinya membawa masyarakat sekitarnya keluar dari kepompong kemiskinan yang melingkari mereka.

Misalnya seorang penduduk kampung yang mula menanam terung dengan hanya lapan buah polibeg kini telah menambahkan tanamannya kepada lebih 20 polibeg.

Kini tanaman terung yang dihasilkan penduduk kampung berkenaan telah mula memberikan pulangan yang lumayan.

Salah seorang anak mereka, Dr. Rushmini Maris Ismail, bukan saja banyak membantu tetapi telah mengaplikasikan kaedah berkenaan di kawasan perumahannya di Semenyih, Selangor.

Dr. Rushmini Maris berkata, sejak mula menanam tanaman menggunakan sabut, rumahnya menjadi tumpuan jiran-jiran.

“Ramai yang berminat untuk mencubanya kerana tanaman bukan saja mudah dijaga tetapi juga sihat dengan mengeluarkan hasil yang menggalakkan,” kata pakar perubatan yang sering memberikan khidmat nasihat kepada jiran-jirannya.

Kini rumah Dr. Rushmini bukan saja dipenuhi dengan pelbagai jenis sayuran yang cantik dan berwarna-warni tetapi beliau dapat mengurangkan kos belanja dapur.

“Saya akan terus mengajak jiran-jiran agar sama-sama mengindahkan laman dengan tanaman makanan yang boleh membantu dalam menangani krisis makanan yang bakal meruncing,” katanya yang amat prihatin dengan situasi yang berlaku sekarang.

Ismail menambah, media tanaman yang baik saja tidak akan mendatangkan hasil menggalakkan tanpa formulasi baja yang baik.

“Formulasi baja juga penting bagi menjadikan pokok yang ditanam lebih subur,” katanya yang menghasilkan baja sendiri menerusi kajian berterusan yang dilakukan.

Baja yang dihasilkan adalah daripada campuran biasa 13 unsur galian tetapi formulasinya berbeza berbanding yang dijual di pasaran.

Ismail berkata, baja yang dihasilkan telah diuji mengikut apa yang diperlukan oleh tanaman secara optimum.

Mereka yang berminat untuk mendapatkan maklumat mengenai kaedah penanaman menggunakan sabut dan formulasi baja boleh menghubungi Ismail di 03-90216220 atau Mariam di 012-6258790.

Tuesday, 13 May 2008

3 ibu Usahawan Internet


Langkah berani buat urusan di alam maya jalan penyelesaian urus rumah tangga sambil bekerja di rumah

BUKU yang mengundang pelbagai kontroversi, The Feminine Mistake: Are We Giving Up Too Much? tulisan Leslie Bennetts, menyatakan sekiranya wanita berhenti kerja dan menumpukan sepenuh perhatian terhadap keluarga, tidak mendatangkan banyak kebaikan sama ada kepada dirinya serta ekonomi keluarga.

Hujahnya, pergantungan terhadap kewangan suami meletakkan wanita dalam posisi tidak kebal terutama dengan kadar perceraian yang tinggi dan jangka hayat wanita lebih lama berbanding lelaki. Justeru, bagaimanakah keadaannya untuk wanita menumpukan perhatian kepada keluarga, seterusnya menyumbang kepada ekonomi keluarga?


Syukur kepada kemajuan teknologi maklumat kerana menerusi kerja ditawarkan menerusi maya, mampu memberikan sumber pendapatan kepada banyak orang. Tanpa pekerja dan kedai, perniagaan di internet menjanjikan imbuhan tinggi, seterusnya mereka digelar jutawan senyap.

Tiga wanita profesional, Yazmin Alyasak, 26; Wei Ling, 31 dan Gan Chwee Yng, 30 membuktikan berhenti kerja dengan melakukan aktiviti mendatangkan pendapatan seperti bekerja dari rumah, mampu menjana pendapatan lumayan, sekiranya dibandingkan dengan jumlah masa yang diperuntukkan bersama keluarga.

Ibu muda dua anak berusia tiga tahun dan lapan bulan ini, menyertai perniagaan secara internet menerusi e-Bay sejak dua tahun lalu. Beliau mengambil keputusan berhenti kerja daripada jawatan kanan sebuah syarikat telekomunikasi semata-mata menumpukan sepenuh perhatian kepada keluarga.


“Walaupun pada hakikatnya saya tidak berhenti kerja dan memiliki majikan, saya kini adalah bos dan pekerja kepada ‘kedai’ yang saya uruskan ini, bermakna saya tidak goyang kaki duduk di rumah. Sebaliknya mempunyai lebih masa untuk keluarga dan perniagaan ini. Saya menggelarkan diri saya ‘super mom’ kerana mampu menjalankan perniagaan sebegini, yang tidak pernah saya sangkakan sebelum ini.

“Pengalaman pertama menyertai perniagaan di internet dengan menjual baju suami yang sudah tidak digunakan lagi. Seronok dengan pendapatan menggalakkan serta memikirkan tumpuan dapat diberikan sepenuhnya kepada anak-anak menjadikan saya mengambil keputusan untuk berhenti kerja,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Perniagaan internet yang dijalankan menerusi internet seperti e-Bay dikatakan berpotensi untuk mendapat keuntungan tinggi. Dengan jumlah pelanggan kira-kira 278 juta, ia mampu memberi pulangan tinggi, apatah lagi produk dijual mampu menemui pelanggan di mana anda ingin pasarkan.

Selain Yazmin, Wei dan Gan, laman berkenaan turut melahirkan peniaga yang mampu meraih pendapatan mencegah lima angka dalam tempoh singkat, dengan menjual pelbagai produk yang anda ingini.

Yasmin kini cenderung menjual buku dan bahan menarik untuk dijadikan koleksi di eBay.com.my. di United Kingdom (UK), Australia dan Kanada.

“Kini saya memulakan perniagaan eBay dan sasaran saya seterusnya ialah untuk mencapai eBay PowerSeller. Purata lapan jam seminggu saya peruntukkan depan komputer, menjawab soalan pelanggan atau menguruskan penghantaran. Menarik mengenai perniagaan ini ialah kadangkala apa yang kita jual itu ‘tidak masuk akal’, tetapi tetap mendapat sambutan.

“Saya ingat lagi ketika menghadiri beberapa majlis perkahwinan artis, cenderahati daripada pihak pengantin itu saya jual dengan menyatakan produk berkenaan daripada perkahwinan siapa dan siapa, tetapi nyata ia laku walaupun saya tidak memerlukan modal,” katanya.

Beliau turut memperoleh pendapatan berlipat kali ganda dengan menjual mainan dibeli jenama makanan segera yang boleh dibeli pada harga RM3, tetapi dijual pada harga 5 euro.

Pengalaman berbeza bagi Wei Ling yang mana dalam tempoh tiga bulan berniaga di internet saja mampu mencapai Silver PowerSeller. Mensasarkan Platinum PowerSeller dalam jangkamasa terdekat, beliau berkata menarik mengenai kerjayanya kini ialah beliau tidak dihambat waktu.

“Saya memulakan kerjaya dalam bidang ini kira-kira dua tahun lalu dengan menjual pakaian dalam saya yang terpakai, tetapi berjenama. Kala itu saya berada di Australia dan bingung memikirkan barang yang banyak untuk dibawa pulang ke tanah air. Tetapi tidak sangka bila saya mencuba di eBay banyak yang laris.

“Tetapi saya tidak terfikir untuk serius dalam bidang berkenaan, sehinggalah dalam tempoh kerjaya selama sebelas tahun, saya sudah bekerja di tujuh negara seperti UK, China dan Ireland, menjadikan saya sudah muak dengan kerja merantau. Atas sokongan daripada suami, saya mengambil keputusan berhenti kerja baru-baru ini kerana percubaan pertama dulu menunjukkan hasil memberangsangkan,” katanya.

Wei Ling menjurus kepada perniagaan pakaian untuk wanita bersaiz besar berjenama sendiri, Pretty Curve. Ia di jual hingga ke Amerika syarikat (AS) dan Kanada. Sungguhpun mampu meraih pendapatan tinggi menerusi perniagaan berkenaan, itu bukan impian paling besarnya. Wei sebaliknya, mencari kebebasan, dan ketenangan dalam kehidupan, lantaran kini hamil dan menunggu saat melahirkan.

Mabuk ketika hamil menjadi pemangkin utama Gan Chwee Yng menumpukan perhatian kepada perniagaan internet. Pengalaman menarik didapati apabila kali pertama menjual beg tangan berjenama pada harga lebih murah di laman web membolehkan beliau meraih pendapatan yang tinggi.

“Abang ipar saya membeli barangan berjenama ketika jualan penghabisan stok di Los Angeles. Kemudian beliau menjualnya menerusi eBay Australia. Kagum dengan sambutan menggalakkan itu menjadi sumber inspirasi untuk saya turut serta. Ketika hamil saya memikirkan tempoh kerja yang panjang tidak memberikan saya keseronokan.

“Saya inginkan kerja yang tidak memerlukan saya pening kepala, merentasi deadline dan menerjah kesesakan lalu lintas, lantas memikirkan inilah pekerjaan paling baik untuk saya kerana dapat memberikan lebih banyak masa untuk Wooi Hen yang kini berusia setahun,” katanya yang memanfaatkan kira-kira dua jam sehari untuk melihat e-mel, timbal balas dan sebarang persoalan mengenai produk dijualnya serta mengendalikan urusan penghantaran.

Katanya, untuk mengetahui mengenai perniagaan berkenaan, beliau juga melakukan penyelidikan sendiri di internet dan membaca banyak artikel berhubung perniagaan sebegitu. Atas nasihat dan dorongan keluarga, beliau memulakan perniagaan pada Oktober tahun lalu.

Benar kata bidalan, ulat dalam batu pun boleh hidup, inikan manusia yang memiliki akal fikiran untuk mencari jalan memburu kesejahteraan yang dicari apabila membina keluarga, tetapi pada masa sama ingin memastikan anak membesar depan mata. Di mana ada usaha di situ ada jalan.

INFO: Berniaga secara maya

  • Memulakan perniagaan maya, sudah pasti anda mesti memerlukan komputer dan internet.

  • Resipi untuk bertahan dalam perniagaan ini ialah anda mesti jujur dengan produk yang anda paparkan, dan patuh kepada masa penghantaran yang diminta pelanggan.

  • Pantas menjawab persoalan diutarakan pelanggan bagi memastikan imej 'kedai' dan nama berada dalam keadaan baik.

  • Untuk mengelakkan penipuan, pastikan pelanggan membuat pembayaran terlebih dulu sebelum anda menghantar barangan di pesan.


  • Monday, 12 May 2008

    Sidi Oraza Kini Usahawan


    Bekas pengarah, pelakon tinggal dunia glamor mulakan perniaggan baja kimia, organik



    BERBEKALKAN modal RM6,000 pemberian ibunya, Allahyarhamah Syarifah Zarojarn Syed Azgkhar hasil penjualan rumah mereka, bekas pengarah dan pelakon terkenal sekitar 1990-an, Sidi Oraza memulakan perniagaan mengeluarkan dan memasarkan baja kimia dan organik.


    Perniagaan yang dimulakan Sidi atau nama sebenarnya, Syed Osman Syed Rastan, 43, menerusi syarikat yang ditubuhkannya sejak 10 tahun lalu, iaitu Diversatech (M) Sdn Bhd, terus berkembang dengan pasaran bukan saja di Malaysia malah luar negara seperti Indonesia dan di Asia Barat.

    Namun, beliau yang memegang jawatan Pengerusi Eksekutif Diversatech mengakui terpaksa melalui pelbagai ranjau sebelum mengecapi apa yang ada sekarang, terutama ketika kegawatan ekonomi sekitar pertengahan 1990-an.

    Bagaimanapun, berpegang kepada prinsip 'usaha adalah tangga kejayaan' dan sentiasa ingat kepada Allah membolehkan beliau mengharungi semua ranjau itu.


    Sidi berkata, idea untuk beliau menceburi bidang perniagaan tercetus selepas pulang dari China.

    "Tujuan ke China untuk belajar berniaga. Tetapi saya tidak dapat ilmu berniaga, cuma dapat ilmu macam mana rakyat negara itu boleh berjaya dalam perniagaan.

    "Antaranya ialah mereka makan, jalan dan berfikir dengan cepat, justeru apa saja boleh jadi. Malah hasil kerajinan dan kegigihan, Tembok Besar Cina dapat mereka bina.

    "Kegawatan ekonomi sekitar 1997 dan 1998 juga benar-benar menguji kekuatan saya. Ketika itu saya sudah tidak berlakon, bayangkan daripada hidup mewah dengan kereta besar, saya terpaksa berjalan kaki atau menaiki kenderaan awam.

    "Pernah saya hanya ada RM1 dalam poket, saya terpaksa memilih sama ada mahu beli makanan atau naik bas pulang ke rumah di Ampang Jaya dari Zoo Negara. Saya ambil keputusan untuk jalan kaki bagi menjimatkan duit untuk makan.

    "Turun naik kenderaan awam bersama isteri dan anak yang masih kecil juga adalah perkara biasa sehingga apabila terjumpa peminat dan mereka bertanyakan mengapa saya menaiki LRT, saya beritahu yang saya sedang membuat kajian untuk filem baru, padahal ketika itu saya tiada kereta," katanya sambil ketawa.

    Katanya, dorongan abangnya, Prof Madya Dr Syed Omar yang juga pakar dalam bidang pertanian membuka telah laluan untuk menceburi bidang pengilangan dan pemasaran baja.

    "Nak cerita betapa susahnya masa mula-mula membuka kilang baja ini, saya dan pasukan kerja menjual baja, tidur di kilang, buat promosi kepada petani. Dari awal hingga ke akhir semua buat sendiri. Alhamdulillah, hasil kerja keras pasukan kerja syarikat ini berbaloi," katanya.

    Beliau turut melahirkan kesyukuran mempunyai pasukan kerja yang rajin, tekun dan setia dengan syarikatnya sejak mula ditubuhkan.

    "Memang tidak dinafikan setiap perniagaan pasti banyak ujian yang mendatang. Rujukan saya hanya kepada Allah. Setiap kali ditimpa masalah, saya akan solat hajat dua rakaat, Insya Allah, masalah yang dihadapi dapat diselesaikan," katanya.

    Bermula dengan satu produk baja dedaun dikenali sebagai Vita Grow Plus, kini Diversatech yang mempunyai kilang untuk memproses dan mengeluarkan baja di Semenyih sudah mengeluar dan memasarkan enam produk.

    Malah, syarikat itu turut menubuhkan tiga anak syarikat pemasaran iaitu Peladang Tech (M) Sdn Bhd, Perintis Pelangi dan SPPM Diversa Sdn Bhd.

    Diversatech turut diberikan pelesenan ekslusif menghasilkan dan memasarkan dua produk pertanian hasil penyelidikan Universiti Putra Malaysia iaitu Vita Grow dan Zappa.

    Menerusi pelesenan itu, Dr Syed Omar dan Prof Madya Dr Ahmad Husni Mohd Haniff, iaitu penyelidik produk berkenaan dilantik sebagai penasihat teknikal, selain memegang ekuiti dalam syarikat berkenaan.

    Enam produk syarikat itu ialah Zappa Plus, bahan rawatan benih padi yang dirumus bagi menggalakkan kecergasan anak padi dan bertindak sebagai perisai terhadap serangan kulat serta penyakit.

    Baja organik Jitu pula dihasilkan bagi memperbaiki kesuburan dan struktur tanah, manakala baja Dammar bagi memberi ketahanan pada pokok padi daripada serangan siput gondang mas.

    Baja padi NPK, Mampan pula mampu membantu tanaman mendapat hasil yang maksimum dan baja Robust berfungsi meningkatkan kekebalan pokok secara semula jadi daripada serangan kulat seperti hawar seludang serta karah.

    Produk baja Ajib yang dihasilkan menerusi teknologi dari Jerman pula mempunyai enzim aktif dan mikro nutrien lengkap dalam bentuk terlarut, yang diperbuat khusus untuk menampung kekurangan dan mencapai keseimbangan zat makanan dalam tanah tropika untuk tanaman kelapa sawit.

    Sidi berkata, beliau menerima tawaran menjual syarikatnya sejak dari tahun pertama membuka kilang baja lagi, tetapi menolaknya kerana tujuannya bukan untuk meraih keuntungan mudah.

    "Ketika itu, kilang kami masih menggunakan tangan membancuh baja, tanpa sebarang peralatan moden. Kalau gelap mata, memang lama sudah menerima tawaran itu. Tetapi bagi saya menceburi bidang perniagaan bukan hanya memburu keuntungan.

    "Saya berniaga bukan untuk diri sendiri tetapi untuk beri balik apa yang kami dapat kepada masyarakat terutama golongan sasar iaitu petani dan peladang," katanya yang dikurniakan empat cahaya mata berusia antara dua hingga 12 tahun hasil perkahwinan dengan bekas pelakon drama, Tengku Ismawati Badrulzaman.

    Sidi berkata, bidang yang diceburi kini jauh berbeza dengan lakonan kerana menerusi perniagaan itu beliau dapat merapati golongan petani dan peladang.

    "Syarikat ini bukan saja mengilang dan mengeluarkan baja, tetapi turut memasarkan dan turun padang mengajar petani cara penggunaan dan mengadakan pemantauan. Kajian dan penyelidikan secara berterusan dijalankan bagi memastikan hasil tanaman meningkat,

    Bagi memastikan penyelidikan yang berterusan yang sekali gus dapat menghasilkan produk bermutu tinggi, Diversatech yang berpegang kepada slogan 'Kami Membantu Petani Menyediakan makanan Dunia', kini mempunyai 75 kakitangan termasuk tujuh ahli sains dari dalam dan luar negara dalam bidang berkenaan.

    Sidi berkata, syarikatnya banyak mendapat sokongan daripada agensi agensi di bawah Kementerian Pertanian seperti Jabatan Pertanian, Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) dan Mardi dalam usaha memasarkan produk syarikat itu.

    Malah, katanya, produk keluaran syarikat itu turut memenangi beberapa anugerah di peringkat kebangsaan dan antarabangsa antaranya Anugerah Reka Cipta dan Inovasi anjuran Kementerian Sains Teknologi dan Alam Sekitar bagi produk Vita Grow pada 2001, Anugerah Reka Cipta dan Inovasi UPM serta Anugerah Reka Cipta dan Inovasi Antarabangsa Geneva bagi produk Zappa pada 2002


    Sunday, 11 May 2008

    Dulu Kuli Sekarang Tokey Punch Card

    KETIKA memasuki alam pekerjaan 17 tahun lalu, dia hanya ‘kuli’ yang diberi gelaran ‘budak punch card’ oleh pelanggannya gara-gara kerap melakukan tugasan menyelenggara dan membaiki mesin kad perakam waktu.

    Masih terngiang-ngiang di ingatan betapa dia kerap men jadi bahan gurauan kerana apabila berkunjung ke lokasi tertentu untuk melakukan pekerjaan itu akan kedengaran ungkapan “Eh... ‘budak punch card’ dah sampai.”


    Namun, itu kisah lama, kerana ‘budak punch card’ itu kini bukan sembarangan. Pada usia 34 tahun, dia memiliki empayar perniagaannya, malah menjadi ‘bos’ untuk 21 pekerja.

    Jika dulu dia hanya mampu menyelenggara dan membaiki mesin kad perakam waktu, kini dia membekalkan mesin itu. Lebih membanggakan, mesin berkenaan hanya satu daripada produk dibekalkan syarikatnya kerana kini semua peralatan pejabat, tidak kira kecil atau besar, mahal atau murah, semua disediakan syarikatnya.

    Menerusi syarikat Perniagaan Citra Masa, PCM Office Product Sdn Bhd dan PCM Office Services Sdn Bhd, apa saja yang berkaitan peralatan pejabat kini di bawah telunjuknya.

    Itulah kelebihan Addy Md Sabuan yang hanya memiliki Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV) dengan keputusan ‘tidak seberapa’.

    Ketika ditemui di pejabatnya di Sentul baru-baru ini, tanpa berselindung Addy meluahkan betapa dia terpaksa men depani terlalu banyak cabaran sebelum mampu menikmati kedudukan selesa hari ini.

    Menurut Addy, jika tidak kuat semangat dan mudah putus asa, mungkin sehingga hari ini dia masih bergelar ‘budak punch card’.

    “Untuk mendapatkan pekerjaan dengan keputusan SPMV yang tidak seberapa pun satu hal juga. Bagaimanapun, saya bersyukur apabila pada 1991 saya dapat kerja sebagai pe nyelenggara dan pembaik pulih peralatan pejabat di satu syarikat.

    “Ketika itu memang saya meletakkan azam mahu bekerja bersungguh-sungguh sebab sedar pendidikan saya tak se berapa,” katanya.

    Anak kedua daripada tiga beradik itu berkata, tanpa latar belakang dalam bidang elektronik, dia mempelajari bidang itu sehingga mampu menguasai ilmu penyelenggaraan dan pem baikan barangan pejabat berasaskan elektronik.

    “Ketika itu saya banyak memberi tumpuan kepada mesin perakam waktu sehingga mendapat gelaran ‘budak punch card’. Saya tidak kecil hati dengan gelaran itu, sebaliknya membuktikan saya benar-benar pakar menyelenggara dan membaiki alat berkenaan.

    “Pada masa sama, saya menjalin hubungan baik dengan pembekal peralatan pejabat. Selama lima tahun bekerja dalam bidang itu, saya mula merancang membuka perniagaan sendiri kerana nampak masa depannya,” katanya.

    Menurut Addy, begitupun sebelum membuka perniagaan sendiri, dia merancang membantu syarikatnya supaya lebih maju kerana yakin dengan kemampuannya.

    “Dengan penuh bersemangat saya beritahu majikan, saya mahu membantu memajukan perniagaannya dengan me mohon kenaikan gaji dan beberapa pembantu. Saya yakinkan majikan bahawa saya akan menggandakan keuntungan sya rikat.

    “Bagaimanapun, dia tidak yakin dengan kemampuan saya dan menolak permintaan saya. Memandangkan saya nekad mahu berniaga sendiri, sebaik dia menyatakan tidak terhadap permintaan saya, saya terus letak jawatan,” katanya.

    Addy berkata, bekas majikannya menyahut cabarannya apabila dia bersedia menjadi pesaingnya jika membuka perniagaan sendiri.

    “Ketika itu memang saya nekad. Modal dan perancangan memang tidak ada, tetapi semangat saya berkobar-kobar untuk membuka perniagaan sendiri.

    “Saya bertambah bersemangat apabila bekas majikan me nyahut cabaran saya,” katanya.

    Menurut Addy, situasinya selepas meletak jawatan memang genting kerana dia baru berkahwin.

    “Wang yang dikumpul semuanya habis dibelanja untuk perkahwinan. Memang saya tiada wang.

    “Entah bagaimana, ketika bapa mentua mengira wang hasil sumbangan orang ramai ketika majlis perkahwinan, terdetik di hati mahu meminjam wang daripadanya untuk sara hidup dan memulakan perniagaan. Saya diberi RM500 oleh bapa mentua,” katanya.

    Addy berkata, dengan semangat berkobar-kobar, dia ber hasrat membuka akaun perniagaannya.

    “Sampai di bank, hasrat saya untuk membuka akaun syarikat Enterprise tidak kesampaian apabila diberitahu saya perlu menyediakan RM2,500.

    “Saya hanya ada RM500. Mahu tidak mahu, saya terpaksa meminjam daripada ibu saya. Saya meyakinkannya bahawa wang itu tidak akan digunakan dan hanya digunakan sebagai wang simpanan syarikat,” katanya yang turut meminta ibunya mendoakan kejayaan perniagaannya ketika itu.

    Menurut Addy, dalam keadaan ‘sesak’, dia berjaya men daftarkan perniagaannya pada 13 Jun 1995 dengan nama Perniagaan Citra Masa Enterprise.

    “Ketika berjaya mendaftarkan perniagaan dan menyewa bilik kecil untuk dijadikan pejabat, keadaan saya menye dihkan.

    “Sudahlah tiada wang, kereta pula sudah lama tidak dibayar sehingga satu ketika hampir ditarik. Mujur boleh selesai,” katanya.

    Addy berkata, hubungan baiknya dengan pembekal me nyelamatkannya daripada bungkus dalam perniagaan.

    “Saya diberi kredit (hutang), tetapi saya buktikan ke percayaan diberi tidak disia-siakan. Saya sempurnakan pem bayaran mengikut waktu ditetapkan.

    “Boleh dikatakan hubungan saya dengan pembekal yang semuanya bukan Melayu umpama sahabat baik. Alham dulillah, perlahan-lahan saya mengukuhkan perniagaan sa ya,” katanya.

    Menurut Addy, umpama ‘bekerja bagai tak ingat dunia’, dia terpaksa bertungkus lumus mencari pelanggan dan me lakukan kerja penyelenggaraan dan pembaikan sendiri.

    “Apabila ada sedikit modal, saya ambil seorang dan ke mudian dua pekerja. Berkat kesabaran dan kesungguhan, perniagaan saya semakin maju,” katanya.

    Addy berkata, ketika dalam keadaan semakin selesa, bagai dipanah halilintar, perniagaannya jatuh merudum pada 2003 akibat tersilap percaturan kerana memberi kepercayaan ke pada orang lain untuk menguruskan syarikat.

    “Hutang saya mencecah jutaan ringgit berikutan akaun syarikat tidak dijaga dengan baik oleh orang yang di amanahkan menjaga syarikat.

    “Bayangkan, saya tidak mampu menggaji 11 pekerja ketika itu sehingga semuanya meninggalkan saya terkontang kan ting sendirian. Sampai satu tahap, saya menangis... meraung di dalam bilik stor kerana terlalu tertekan,” katanya.

    Menurut Addy, ketika itu dia mendapat banyak pengajaran, antaranya dia kenal siapa kawan dan siapa lawan.

    “Paling saya terharu, isteri sentiasa memberi sokongan. Saya bermuhasabah diri dan terus meletakkan tekad tidak akan berundur daripada perniagaan yang sudah lama di jalankan.

    “Alhamdulillah, saya berjaya membangunkan kembali per niagaan setahun kemudian dan hinggalah hari ini perniagaan saya terus berkembang pesat,” katanya.

    Dalam bertungkus lumus memajukan perniagaannya, Addy tidak dapat lupa bagaimana dia mengambil alih syarikat bekas majikannya yang satu ketika dulu meletakkan cabaran supaya bersaing dengannya.

    “Saya bukan saja mengambil alih syarikat itu, malah menggaji bekas majikan dengan jawatan pengurus,” ka tanya.

    Menarik mengenai Addy, boleh dikatakan semua pe kerjanya diambil daripada latar belakang berbeza.

    Paling menarik, kebanyakannya bermula dari bawah tanpa pengalaman luas dalam bidang yang dikendalikan.

    “Niat saya hanya mahu membantu anak bangsa. Jika tiada pengalaman, saya beri didikan sehingga mahir dalam bidang diceburi.

    “Alhamdulillah, ramai pekerja saya kini setia dengan pekerjaan mereka,” katanya yang turut menawarkan insentif percutian di luar negara jika menunjukkan prestasi baik dan mencapai sasaran jualan.

    PROFIL

    NAMA: Addy Md Sabuan

    UMUR: 34 tahun

    ASAL: Selayang, Selangor

    PENDIDIKAN: Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV)

    JAWATAN: Pengurus Perniagaan Citra Masa Enterprise, Pengarah Urusan PCM Office Product Sdn Bhd dan Pengarah Urusan PCM Office Services Sdn Bhd

    ISTERI: Nor Suahaila Abu Khir

    ANAK: Nor Adreena (11), Mohemmad Aiman Affan (9) dan Nor Adriana (1)

    Friday, 9 May 2008

    Suhaila Buka Kedai Spare Part Kenderaan


    PENGALAMAN hampir 10 tahun terbabit dalam bidang alat ganti kenderaan sehingga menjadi pakar pelbagai alat ganti kenderaan, mendorong Suhaila Mahmud, 35, membuka sendiri perniagaan pengedaran alat ganti kenderaan di Tanjung Agas, Muar.

    Daya Mas Maju Sdn Bhd yang dibuka pada 1 Disember 2006 itu menjadi bukti bahawa bidang automatif bukan lagi hak milik sepenuhnya golongan lelaki apabila Suhaila yang lebih dikenali sebagai Ella, menjadi wanita tunggal dan Bumiputera pertama yang membuka perniagaan itu di daerah ini.

    Bagi mereka yang mengenali ibu kepada tiga anak itu dan hanya mendapat pendidikan sehingga Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) itu, pastinya tidak terkejut dengan keputusan Suhaila untuk membuka perniagaan dalam bidang itu kerana sejak remaja lagi beliau sebenarnya menunjukkan minat mendalam terhadap bidang automotif.


    Suhaila yang berasal dari Kampung Baru, Kluang, pada mulanya mengutip pengalaman dengan bekerja di sebuah kedai menjual alat ganti kenderaan di Batu Pahat selepas menamatkan pelajaran di tingkat lima.

    “Saya bermula daripada bawah iaitu hanya membantu mengira dan menyusun stok alat ganti sehinggalah saya mengenali pelbagai peralatan ganti kenderaan termasuk jenis minyak mengikut gred dan pelbagai lagi alat ganti,” katanya.

    Suhaila kemudian bekerja di sebuah kedai alat ganti di Melaka apabila beliau berpindah ke Muar selepas berkahwin kerana mengikut suaminya, Firdaus Abdullah, 38, yang mempunyai perniagaan peralatan tangki air kenderaan.


    Pendedahan dalam bidang automotif menyebabkan Suhaila menanam impian untuk memiliki kedai alat ganti sendiri dan akhirnya melalui duit simpanan bersama suaminya beliau nekad membuka kedai alat ganti dengan modal permulaan M300,000.

    “Sebagai usahawan wanita, pada mulanya ramai yang kurang yakin sama ada saya tahu mengenai kenderaan dan jenis alat ganti dan apabila menemui pelanggan saya sedar mereka was was terhadap kemampuan saya,” katanya.

    Antara cabaran terbesar beliau hadapi ialah untuk bersaing dengan syarikat penjual alat ganti lain yang sudah lama bertapak sejak berpuluh tahun lalu berbanding dengan syarikatnya yang baru mula bertatih.

    Suhaila mengakui bahawa tahun pertama operasi syarikatnya itu adalah peringkat paling sukar sehingga menyebabkan beliau sering termenung memikirkan langkah paling tepat bagi memastikan perniagaannya terus maju.

    “Namun hasil pengalaman saya termasuk hubungan baik dengan pengedar ala ganti, akhirnya semua cabaran itu dapat diatasi dan kini saya boleh menarik nafas lega kerana mempunyai pelanggan tetap sendiri termasuk bengkel jabatan kerajaan, syarikat swasta dan bengkel individu.

    “Saya bertuah kerana terbabit dalam bidang yang saya minati dan pengetahuan terhadap alat ganti kenderaan melancarkan lagi urusan syarikat,” katanya.

    Katanya, melalui promosi daripada mulut ke mulut beliau dan perkhidmatan terbaik yang diberikan kepada pelanggan menjadikan syarikatnya terus mendapat tempat di kalangan pelanggan dan pengusaha bengkel.

    Beliau berkata, ketika awal pembukaan kedainya itu, beliau hanya mempunyai seorang pembantu, tetapi kini beliau memiliki empat kakitangan tetap yang terdiri daripada pelbagai kaum, selain beliau sendiri yang memberikan tumpuan penuh kepada syarikat berkenaan.

    Selain menjadi pengedar alat ganti kenderaan, Suhaila juga memiliki bengkel membaiki kenderaan sendiri yang terletak di Jalan Bakri.

    “Walaupun selepas menjadi `tauke’ kita tidak boleh goyang kaki sebaliknya perlu berusaha lebih kuat lagi dan biasanya saya menjadi orang pertama yang sampai ke kedai sebelum kakitangan saya yang lain.

    “Janganlah cakap saya sudah berjaya dalam bidang ini kerana sebenarnya saya masih lagi berusaha untuk terus berjaya,” katanya merendah diri.

    Suhaila turut bersyukur dan berterima kasih kepada sokongan suami dan keluarganya yang menjadikan beliau mampu bertapak dalam bidang itu

    Daripada roti Melayu ke tauke roti Arab


    Sejak kebelakangan ini roti Arab mula menjadi kesukaan ramai. Ada yang gemar mencecah roti ini bersama kuah kari, dal, sambal atau mengikut cita rasa masing-masing. Roti yang hanya popular sejak dua tahun lalu, kini bukan sahaja menjalani perubahan demi perubahan dalam bentuk bahan, bahkan juga tempoh ketahanan.

    Jika dahulu jangka hayatnya hanya tahan selama tiga hari dan bahannya hanya menggunakan tepung dan yis, tetapi kini ia telah diperbaiki supaya tahan lebih lama dan ditambah dengan fiber bagi memberi kebaikan khususnya kepada pesakit kencing manis, darah tinggi dan yang ingin mengamalkan diet.

    Ini diakui oleh pemilik D'Home Bakery, Mohd. Rezuan Abdullah, 32, yang sering membuat pembangunan dan penyelidikan (R&D) ke atas roti Arab, produk utama bakerinya supaya ia berlainan dengan yang lain.

    "Saya telah melakukan R&D selama setahun supaya roti ini tahan lebih lama. Alhamdulillah, usaha itu berjaya, produk roti keluaran saya boleh tahan sebulan jika diletak dalam suhu bilik dan jika disimpan dalam peti sejuk, ia boleh tahan selama setahun. Saya buat itu bagi membolehkan roti Arab mampu bersaing dengan roti yang lain.

    "Pada permulaan diperkenalkan di Perlis dua tahun lalu, roti ini hanya boleh tahan tiga hari, tetapi apabila sampai ke Kuala Lumpur, jangka hayatnya hanya tinggal dua hari. Ini menyukarkan untuk terus menembusi pasaran.

    "Dengan pengalaman saya dalam bidang kimia, tanpa putus asa saya telah melakukan ujian supaya roti ini tahan lama dan akhirnya membawa hasil yang membanggakan.

    "Saya tidak meletakkan pengawet kimia, sebaliknya pengawet semula jadi yang saya cipta iaitu dengan cara stim bagi mengekalkan kelembapan roti selepas dibakar sekali gus memanjangkan jangka hayat roti," katanya ketika ditemui di bengkel rotinya di Bukit Sentosa, Rawang, Selangor, baru-baru ini.

    Lulusan dalam sains tulen Universiti Teknologi Mara (UiTM) ini berkata, penglibatannya dalam pembuatan roti didorong oleh minat isterinya, Siti Murni Surya, 30.

    "Siti Murni yang memberi idea untuk menceburi bidang ini, bahkan beliau telah pergi menghadiri kursus asas pembuatan roti anjuran Jabatan Pertanian. Kemudian saya pula pergi belajar membuat roti dengan mentor iaitu pemilik kilang roti di Tanjung Karang, Selangor, Jaafar Musa, bagi mendalami lagi ilmu dalam bidang itu.

    "Dari situ, kami mula membuat roti sandwic, roti inti kelapa dan kacang yang dijual di sekitar kawasan perumahan dengan menaiki motor," kata bapa kepada empat orang anak yang berusia setahun setengah hingga lapan tahun ini.

    Menurut Mohd. Rezuan, penglibatan dalam pembuatan roti Arab ini mempunyai cerita yang menarik.

    "Roti Arab ciptaan saya ini dahulunya namanya roti Melayu. Jika dilihat dari segi bahan dan teksturnya, memang ada kelainan dengan roti Arab yang ada di pasaran.

    " Bagaimanapun pada waktu itu, pelanggan menyatakan ia seperti roti Arab, maka saya pun tukar nama kepada yang ada sekarang bagi mempopularkan lagi produk yang sedang meningkat naik pada waktu itu.

    "Maka hinggalah sekarang ia dikenali sebagai roti Arab, tetapi mempunyai keistimewaan kerana jangka hayat yang panjang iaitu sebulan dan diletakkan fiber sebagai salah satu bahan utama.

    "Ini membolehkan roti Arab keluaran saya sesuai untuk mereka yang menghidap penyakit kencing manis, darah tinggi yang ingin menggantikan nasi sebagai makanan ruji," jelasnya yang telah menceburi pelbagai bidang perniagaan sejak tujuh tahun lalu.

    Bekas penganalisis makmal ini memberitahu, sebelum terlibat dalam bidang pembuatan roti ini, pelbagai perniagaan telah dilakukan seperti mengusahakan tadika, nurseri, memproses ikan pekasam dan membekal makanan laut. Tetapi semuanya tidak lama kerana banyak masalah yang timbul.

    Justeru, apabila isterinya menyuarakan idea untuk membuat roti, beliau terus bersetuju kerana bidang ini membawa pulangan harian.

    Walaupun waktu itu, hanya dibuat di dalam bilik kecil di tingkat bawah rumahnya, Mohd. Rezuan dan Siti Murni menggagahkan diri memulakan kerja-kerja membuat roti.

    Melihat kepada permintaan yang memberangsangkan khususnya di kalangan penduduk di sekitar kawasan perumahan, perniagaan berpindah ke sebuah premis rumah kedai yang disewa.

    Begitupun, disebabkan kos pembuatan yang meningkat, kerja-kerja membuat roti kembali ke rumah semula.

    Kini, setiap hari, sebanyak 1,500 keping roti Arab disiapkan dengan dibantu oleh dua orang pekerja. Selain roti Arab, Mohd. Rezuan turut membuat roti John, roti inti, roti Bengali dan roti keras.

    "Dalam sehari sebanyak tiga guni tepung seberat 25 kilogram setiap satu digunakan untuk membuat produk keluarannya. Semua kerja-kerja bermula dari pukul 7 pagi hingga 6 petang atau sehingga doh habis dibuat," ujarnya.

    Kata Mohd. Rezuan, kini terdapat empat orang ejen yang membantu mengedarkan rotinya di sekitar Rawang, Tanjung Malim, Tanjung Karang dan Selayang.

    Roti Arabnya boleh diperoleh di restoran-restoran dan pasar malam sekitar kawasan tersebut.

    Beliau yang gemar melakukan R&D memberitahu, beliau kini sedang mencari pelabur yang ingin membeli hasil ciptaannya iaitu doh sejuk beku untuk roti burger.

    "Saya telah membuat penyelidikan mengenainya enam bulan lalu. Dengan doh segera ini boleh menjimatkan kos roti burger sehingga 30 peratus.

    "Doh sejuk beku ini hanya perlu dibakar dan diletakkan jenama sendiri. Selain menjimatkan waktu kerana tidak perlu mengadunkan, kos buruh dan waktu membuatnya boleh dikurangkan sekali gus mungkin menurunkan harganya.

    "Bagi yang ingin membeli produk ciptaan saya ini dan menjadi pengedar roti Arab, boleh menghubungi di talian 012-9102824," jelasnya yang mempunyai impian untuk mempunyai kilang dan bakeri yang mampu bersaing dengan jenama roti yang sedia ada.

    Wednesday, 7 May 2008

    Boleh Jadi Kaya Dengan Forex? Berdoalah!

    Boleh Jadi KAYA dengan forex? bila sebut boleh jadik kaya sumer org nak tau atau ader juger yang tengok dan lihat jeer tapi biler dah ader yang dapat atau memang terbukti sesuatu bende tuh memang betul2 menjadi belumba2 org nak tau... beli panduan tuh panduan niih dan ader jugak pergi kelas tuh kelas niih tapi bagus jugak jadi adelah usaha kearah kehidupan yang lebih baik kan.

    Tapi sebenarnya apekejadahnyer forex nih sebenornya?memang betul ker boleh jadik duit?

    Forex ni sebenar satu urusan perdagangan tukaran wang asing dan melibatkan tukaran wang yang tertentu di dunia dalam masa 24 jam 5 hari seminggu.

    Sebenarnya ramai yang keliru dengan urusan forex ni jadi kalo korang betul2 nak cari duit melalui forex nih bolehlah cari buku atau sumber yang free dulu dan kalo nak short cut boleh lah klik kat sini

    Kalau anda mahu tahu program forex nih perlukan ilmu yang luas dan bukan setakat ilmu sahaja juga perlukan pengalaman dalam urusan turun naik harga tukaran wang . Pengurusan wang dalam forex jugak amat penting jangan mengangap forex seperti judi anggap forex sesuatu bisness dan kalo boleh buat solat istikharah sebelum masuk ke bidang ini. Allah jer tahu ke maner arah sesuatu perkara tuu. Takkan rugi kita buat istikharah niih. Walaupun ustaz zahirudin ade menyatakan HARUS dan HARAM dalam forex nih jadi carilah yang harusnya dan pasang niat tertentu sebelum melakukan sesuatu contohnya cuba niat atau doa camnih

    " Ya Allah Tunjukan Aku jalan Yang boleh aku untung BANYAK(nyatakan beraper banyak) dan dengan keuntungan tuh boleh aku bayor zakat banyak-banyak "

    kalo boleh niat kita atau doa kita kita tulis besar2 kat diari dan cuba tampal kat pintu rumah .. yerlah kalau Allah Izinkan kita dapat duit banyak dalam forex nih taklah kita lupa pada janji kita sendiri niih.(Boleh gunakan tip diatas untuk urusan yang lain)

    *Ingat doa kita atau permintaan kita perlulah direct tak payah gunakan ayat2 kiasan .

    Sekian.

    Friday, 2 May 2008

    Kegigihan dua beradik besarkan perniagaan bapa


    Azlinda, Azlizan bangunkan Nordin Batik dan hotel bajet Paloh Inn sehingga menjadi syarikat ulung di kelantan KEPAYAHAN hidup orang tua menjual batik dengan berbasikal ke sekeliling kampung bagi mencari sesuap nasi, menjadikan dua beradik, Azlinda Nordin, 32, dan adiknya, Azlizan, 28, bertekad untuk meneruskan perusahaan batik dan hotel bajet milik keluarga. Walaupun sudah berjaya dalam perusahaan batik, Azlinda yang juga Pengurus Pameran Nordin Batik di Jalan Pintu Geng, Kota Bharu, Kelantan itu tidak sesekali melupakan belia sekitar Kota Bharu terutama di kawasan Pintu Geng dan Kampung Sireh dengan menawarkan pekerjaan kepada mereka.

    Ketika ini, 50 pekerja di bawah seliaannya adalah belia lepasan sekolah yang mempunyai minat untuk mendalami dan mencari pengalaman dalam perusahaan batik termasuk mencanting batik dan menghasilkan lakaran seni batik.
    "Ramai belia di sekitar kawasan ini tidak bekerja selepas tamat persekolahan. Jadi, kami menawarkan mereka pekerjaan terutama belia wanita untuk menjadi pelukis batik. Selain dapat meningkatkan taraf hidup, ia juga boleh menambah ilmu mereka dalam bidang perusahaan batik," kata ibu kepada seorang cahaya mata itu.
    Sebagai anak sulong yang dilahirkan dalam keluarga pembuat batik yang diwarisi sejak zaman datuknya, Mahmood Mohamad, Azlinda berkata, kehidupan zaman kanak-kanaknya mungkin berbeza dengan kanak-kanak lain.
    Di kala kanak-kanak di bandar ke tuisyen dihantar ibu bapa atau bermain di padang permainan, beliau bersama adik-adiknya, bermain dengan warna dan kain. "Celik mata saja, bapa, Nordin Mohamad, 59, sudah membuat batik. Banyak masa saya dihabiskan di bangsal batik bersama pekerja bapa. Ketika itu, keadaan dalam bangsal tidak seperti kilang batik sekarang, panas dan bau ubat kain yang kurang menyenangkan.
    "Pekerja ketika itu, mencetak batik menggunakan alat cetak yang diperbuat dari besi. Tiada lagi batik sutera tulisan tangan yang hanya diperkenalkan sekitar 1990," katanya. Mengagumi semangat juang bapa tanpa sebarang kelulusan, tetapi berjaya sebagai pengusaha batik negara, wanita ayu itu berpegang kepada nasihat bapanya supaya tidak menghabiskan modal dengan membeli barang yang tidak berfaedah dan sentiasa beringat jika mahu berjaya.

    "Pada zaman perniagaan batik merudum sekitar 1993, saya menangis melihat papa sentiasa susah hati kerana batik yang dibuat tidak laku akibat permintaan menurun dan kemuncaknya kemelesetan ekonomi negara setahun dua selepas itu. "Malah, tiga perempat pembuat batik di Kelantan turut gulung tikar akibat terpaksa menanggung kerugian. Selama tujuh tahun perniagaan kami jatuh sehingga ada orang bertanya benarkah masih ada orang membuat batik ketika itu.
    "Bagaimanapun, Alhamdulillah setahun dua selepas itu, batik laris seperti pisang goreng kerana kain sutera dan penggunaan teknik lukis tangan diperkenalkan, tetapi setiap perniagaan pasti ada pasang surutnya," katanya. Katanya, industri batik di negeri Cik Siti Wan Kembang itu mula bersinar semula selepas usaha yang dibuat oleh Allahyarhamah Datin Seri Endon Mahmood mempromosikan secara besar-besaran hasil seni berkenaan sehingga berjaya mengangkat semula martabat batik negara, sekali gus turut membantu mengubah nasib pengusaha batik di Pantai Timur.
    Wanita yang berkelulusan Sarjana Muda Pereka Tekstil pengkhususan dalam Percetakan Batik di Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu berkata, beliau tetap memegang prinsip melayan pelanggan dengan baik walaupun tidak terlepas daripada pelanggan menipu dan tidak membayar batik yang sudah diambil.
    "Pernah juga ada pelanggan yang sering berurusan dengan kami mengambil kain, tetapi tidak bayar sampai sekarang. Kita percaya kerana ingatkan dia jujur, tetapi tak sangka pula macam ini jadinya. Tetapi inilah dikatakan sebahagian asam garam perniagaan," katanya. Bagi Azlizan pula yang diberikan tanggungjawab menguruskan hotel bajet Paloh Inn yang bertempat di bawah Pusat Pameran Nordin Batik, di kala usia yang masih muda, sentiasa menjadikan bapa mereka sebagai mentor. "Papa selalu berpesan sentiasa maniskan muka apabila berdepan dengan pelanggan walaupun mereka silap dan cerewet.
    Walaupun saya diberi kepercayaan penuh menguruskan bajet hotel ini, nasihat dan tunjuk ajar papa sentiasa diberi keutamaan," katanya. Ibu kepada dua cahaya mata itu berkata, memulakan perniagaan bajet hotel ketika berusia 23 tahun tanpa sebarang pengalaman, beliau tidak malu meminta tunjuk ajar daripada pekerja bawahannya yang mempunyai pengalaman dalam bidang perhotelan.
    "Saya bersyukur kerana mempunyai pekerja yang berpengalaman. Saya tidak malu meminta tunjuk ajar seelok belok dalam bidang perhotelan ini. Selain itu, saya turut mengikuti kursus yang dianjurkan Kementerian Pelancongan untuk pengusaha hotel bajet dalam usaha menambah ilmu," katanya. Katanya, menguruskan hotel yang mempunyai 13 bilik dan satu bilik seminar serta kafe turut menuntut masanya sepanjang hari.
    Justeru, beliau turut membawa kedua anaknya yang berusia dua dan empat tahun bersama pengasuh ke tempat kerja. "Saya tidak mahu berpisah lama dengan anak-anak. Jadi, saya sediakan satu bilik di hotel ini untuk mereka bermain dan rehat sambil dijaga pengasuh," katanya yang turut bercita-cita untuk menambah bilik hotelnya dengan membina bangunan tambahan

    Anita diperlekeh jual laksa RM7


    pa yang saya kecapi hari ini tidak semudah seperti melihatnya dengan mata kasar, sebaliknya terbina melalui air mata dan peluh sendiri.

    “Sama seperti orang lain saya terpaksa melalui satu fasa ke satu fasa, bertatih sebelum benar-benar sampai ke tahap sekarang.’’

    Begitu pengakuan jujur Pengarah Urusan Sierra Circle Sdn. Bhd, yang juga pemilik rangkaian restoran Laksa Shack, Anita Ali, 44, ketika berkongsi cerita tentang pengalaman jatuh bangun dalam dunia perniagaan makanan dan minuman sejak sedekad lalu.

    Beliau tersenarai antara wanita bumiputera yang gigih membangunkan perniagaan sendiri tanpa bergantung kepada pinjaman mana-mana bank.

    Berkat kesungguhan dan tidak kenal putus asa, beliau yang bermula dari bawah sebagai penjaja makanan pada tahun 1989, kini berjaya membina empayar sendiri dalam tempoh sedekad.

    Selain berkonsepkan perniagaan di pasar raya, kejayaan Laksa Shack untuk berada di pusat beli-belah terkenal seperti KLCC dan One Utama, antara pencapaian yang boleh dibanggakan tambahan pula milik orang Melayu.

    Sehingga ke hari ini, Laksa Shack mempunyai kira-kira 20 buah rangkaian, termasuk tiga francais dan menjelang penghujung tahun ini syarikat mensasarkan kira-kira 25 rangkaian di buka seluruh negara.

    Ketika bertemu beliau baru-baru ini, wanita yang cukup murah dengan senyuman ini secara jujur mengakui, pernah mengalami kegagalan dalam perniagaan, tetapi itu tidak pernah menghalangnya kembali membina empayar seperti yang ada sekarang.

    Bagi anak kelahiran Kuala Lumpur ini, kepada sesiapa sahaja terutama wanita, yang ingin menceburi apa juga perniagaan perlu kental dan tabah mengharungi cabaran.

    “Tanyalah kepada orang -orang yang berjaya, semua mereka pernah menghadapi kegagalan. Kegagalan itulah yang mengajar mereka, termasuk saya,” ujarnya yang mengakui cabaran tersebut dijadikan pengalaman untuk mematangkan diri.

    Menceritakan pengalaman lampau, Anita memberitahu, walaupun memiliki restoran, beliau tidak mewarisi kepakaran memasak, sebaliknya, keazaman dan kesungguhan menyebabkan beliau tidak malu masuk dari satu kedai ke satu kedai semata-mata mahu menghafal resipi.

    “ Saya tidak membelinya kerana tidak mampu. Resipi yang saya hafal saya buat dan ada yang diubah suai daripada resipi asal, selain saya cipta resipi sendiri,’’ ceritanya.

    Mungkin kerana kehebatan rasa laksanya, penulis bertanya, tidak takutkah resipi dicuri? Anita tersenyum sambil berkata; “Saya percaya kepada rezeki yang diberi Allah Taala, setiap apa yang diberi-Nya, kita harus kongsi bersama.

    “Pada saya kita jangan tamak kerana kalau hanya sebab resipi orang boleh kaya, ramailah orang sudah buka kedai. Sebenarnya, membuka restoran bukan sekadar menjual makanan itu, tetapi ia juga melibatkan pengurusan makanan dari sudut kebersihan, keramahan kakitangan dan kecekapan perkhidmatan.”

    Mengimbas kembali saat awal Laksa Shack diperkenalkan, kata Anita, ia adalah rentetan segala kepayahan dan keazamannya untuk berjaya dalam bidang yang diminati.

    Mungkin kerana sudah biasa dengan pelbagai pengalaman yang perit, Anita sedikit tidak gentar waktu memulakan Laksa Shack pada 1997, yang kebetulan pada ketika itu negara mengalami kemelesetan ekonomi.

    Kata Anita, ketika mahu memulakan Laksa Shack, bukan seorang dua yang memperlekehkan hajatnya mahu menjual laksa di pusat beli belah dengan harga RM7, kerana sedangkan dengan harga RM3 sahaja mereka boleh membelinya di tepi jalan.

    Tetapi Anita tidak peduli kerana dia melihat potensi laksa untuk diterima apatah lagi ia bukan menu yang terhad kepada bangsa tertentu sahaja.

    “Pada saya, jika kita sanggup membayar RM20 hingga RM50 untuk sepinggan makanan barat tanpa merungut, kenapa tidak boleh membayar RM7 untuk makanan tempatan.

    “Apa bezanya makanan barat dengan makanan tempatan,’’ ujarnya yang mengakui sekurang-kurangnya dapat mengubah persepsi masyarakat yang selalu memandang sebelah mata pada makanan tempatan.

    Malah pembukaan Restoran Opah di Sunway Piramid, Petaling Jaya dan cawangan kedua bakal dibuka di Seberang Prai, antara inisiatif beliau bagi memberi pilihan terbaik bagi penggemar makanan tradisional Melayu atau nusantara.

    Secara jujur juga Anita memberitahu, ketika memulakan perniagaan tersebut beliau tidak ada kewangan yang mencukupi, sekadar mengharapkan wang simpanan selain berbekal semangat kental.

    Anita bertuah kerana selain mempunyai kakitangan yang sentiasa memberinya sokongan, para pembekal juga banyak membantu melalui pembelian barangan atau perkhidmatan tanpa perlu bayaran pendahuluan.

    Oleh kerana perniagaan yang dijalankan merupakan aliran tunai, beliau berupaya membayar balik hutang mereka.

    “Alhamdulilah, saya amat bersyukur sepanjang menguruskan perniagaan ini saya tidak pernah bertemu dengan individu yang cuba menipu atau mengambil kesempatan terhadap saya.

    “Saya percaya kepada hati dan jiwa yang bersih. Tidak perlu walau setitik rasa dengki, tamak atau apa sahaja perasaan negatif dalam diri kita,’’ ujarnya.

    Ditanya sudahkah berpuas hati dengan pencapaiannya sekarang, sambil melemparkan senyuman dan menarik nafas dalam-dalam, Anita berkata; “Saya bersyukur dengan apa yang telah saya peroleh hari ini. Sehingga kini saya belum lagi dapat menyumbang yang terbaik kepada masyarakat dan saya mendoakan agar ia terlaksana.”

    Beliau memberitahu, sifat survivor dalam dirinya antara yang memberi kelebihan kepadanya menyesuaikan diri dalam mana-mana persekitaran.

    Katanya, setiap orang perlu mempunyai keinginan kerana sifat itu membuatkan manusia berubah menjadi lebih baik.

    “Dalam hidup ini kita tidak seharusnya hanya fokus kepada benda yang kita kehendaki sahaja, sebaliknya, apa yang tidak kita kehendaki juga.

    “Jika kita hanya memikirkan perkara yang diinginkan sahaja, bagaimanakah jika satu hari kita dihadapkan dengan pelbagai cabaran dan dugaan yang tidak pernah sekali terlintas dalam fikiran kita. Jadi renungkanlah,’’ ujarnya.

    Menarik tentang Laksa Shack

    lMensasarkan kira-kira 25 rangkaian Laksa Shack dibuka seluruh negara pada penghujung 2008

    lMembuka peluang skim francais sejak Jun 2007, terkini pada 22 April ini seminar francais akan diadakan di Bank SME bermula jam 8.30 pagi.

    lPerkhidmatan penghantaran dari ke rumah telah dimulakan sejak pertengahan Mac lalu di Petaling Jaya dan segi tiga Kuala Lumpur.

    lTurut menyediakan perkhidmatan pulut berhias untuk majlis seperti majlis hari jadi, perkahwinan dan sebagainya.

    lSebarang pertanyaan boleh menghubungi talian 03 56325325.

    lAntara yang menarik asam laksa, laksa Johor dan kari laksa.