Pages

Monday, 31 December 2007

Jutawan Sureco




Dr Zainol Anuar, lima sahabat tubuh Sureco kerana ragu status halal kapsul makanan tambahan

IA bermula dengan keraguan. Namun, keraguan itu kemudian bertukar menjadi tekad kepada Dr Zainol Anuar Mohd Sharif, 55, dan empat rakannya menubuhkan sebuah syarikat, sekali gus menandakan permulaan pembabitan aktif dalam dunia perniagaan.

Keempat-empat rakan karib itu bukan calang-calang orang, kerana kesemuanya adalah golongan profesional. Namun dalam usaha menjana pendapatan tambahan, mereka menceburi perniagaan pemasaran pelbagai peringkat (MLM), dengan menjadi ejen jualan sebuah syarikat pemasaran produk makanan tambahan.

Bagaimanapun, selepas timbul was-was terhadap kesucian kapsul makanan tambahan yang mereka pasarkan itu, segala semangat dan motivasi untuk meraih sasaran jualan lumayan lenyap begitu saja, sebaliknya ia bertukar kepada tekad untuk mengeluarkan produk makanan tambahan yang terbukti kesahihan status halalnya.

Justeru, atas tekad berkenaan dan demi untuk menunaikan tuntutan fardu kifayah, keempat-empat sahabat karib itu menubuhkan Sure Return Corporation (Malaysia) Sdn Bhd atau lebih dikenali sebagai Sureco, iaitu syarikat MLM menjual produk makanan tambahan halal.

Sureco ditubuhkan pada 1999 dengan aktiviti awal menjual jus mengkudu dengan modal awal RM25,000. Pada tahun sama Sureco memohon lesen MLM daripada kerajaan yang diperoleh setahun kemudian.

Sureco dicetus dan diasaskan lima sahabat, Dr Zainol Anuar, Rashid Abdullah, Shaharudin Nordin, Mohammad Rozi dan Profesor Dr Sir Mugeni Samerin.

Bersandarkan berlatar belakang profesional pengasasnya, perjalanan dan hala tuju syarikat yang memiliki modal berbayar RM1.65 juta dan modal dibenarkan RM5 juta itu, berjalan lancar dan mencapai kejayaan demi kejayaan.

Ia kini memiliki lapan kilang pemprosesan bertapak di Teluk Intan, manakala ladangnya pula seluas 100 hektar di Teluk Intan dan beberapa lokasi lain di Semenanjung Malaysia.

Menurut Zainol Anuar, aktiviti utama Sureco ialah sebagai pengeluar produk makanan tambahan berasaskan mengkudu (Morinda Citrifolia), cendawan merah (ganoderma Luicidem), dan spirulina. Ia memiliki teknologi tersendiri dalam bidang penanaman, pemprosesan dan pemasaran.

Katanya, perniagaan syarikat berbekalkan niat untuk mengeluar serta memasarkan produk berasaskan bahan mentah dan barangan tempatan sepenuhnya, selain terbukti kesahihan status halalnya.

Beliau berkata, langkah itu selaras saranan kerajaan yang menggalakkan penggunaan barangan tempatan, sekali gus dapat mengelak pengaliran wang ke luar negara, selain menghilangkan keraguan dan perasaan was-was pengguna terhadap produk yang dikeluarkan.

“Memandangkan kebanyakan pelanggan beragama Islam, adalah tidak wajar bagi kami untuk terus menjual produk yang diragui halal haramnya, walaupun pendapatan bulanan boleh dikira mewah, iaitu sekitar RM40,000 sebulan (ketika menjadi ejen MLM),” kata bekas jurutera kanan dan pengurus projek di Golden Hope Plantations Bhd.

Mengenai sikap sesetengah orang Melayu yang khuatir untuk menceburi perniagaan MLM, Zainol Anuar yang berkelulusan doktor falsafah dalam bidang kejuruteraan kawalan (robotik) dari City University London, berkata:

“Perniagaan MLM tidak bertentangan dengan agama, malah ia dapat membantu mereka mencapai tahap kehidupan lebih selesa, hasil usaha gigih dan berkeyakinan tinggi, seperti yang dituntut Islam”.

Matlamat penubuhan Sureco bertujuan membantu ke arah mewujudkan masyarakat Malaysia yang sihat fizikal, mental dan rohani menerusi pengalaman makan kesihatan yang berasaskan herba tempatan.

Selain itu, ia juga mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan, khususnya Bumiputera, menerusi aktiviti jualan langsung bagi menambah pendapatan keluarga.

“Kerjasama erat ahli MLM juga boleh menjalin persahabatan selain memberi sokongan antara satu sama lain,” kata bapa kepada empat cahaya mata itu.

Sureco juga berdaftar sebagai ahli Dewan Usahawan Industri Desa serta mendapat kerjasama Kementerian Pembangunan Usahawan, Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan agensi kerajaan lain.

Menurut perangkaan Kementerian Perdagangan, perniagaan pemasaran langsung menyumbang kira-kira RM6.9 bilion tahun lalu berbanding RM6.6 bilion tahun sebelumnya. Daripada jumlah itu, kira-kira 60 peratus disumbang segmen MLM.


Buka ladang bekal bahan mentah

BAGI memastikan kualiti bahan mentah sentiasa pada tahap optimum, Sureco mengusahakan perladangan bersepadu di beberapa lokasi di Semenanjung dengan ladang utama di Mukim Sungai Durian, Teluk Intan, Perak seluas 66 hektar.

Ladang itu diusahakan dengan tanaman mengkudu dan cendawan merah, selain terdapat himpunan lebih 300 spesis herba.

Aktiviti lain di ladang berkenaan ialah ternakan diternak pelbagai spesis ayam dan itik serta ikan yang di biak di empat kolam. Antara ikan yang diternak ialah patin, lampan, pacu, jelawat dan talapia merah.

Dengan memiliki lapan rumah cendawan, Sureco mampu menghasilkan 15,000 hingga 19,000 cendawan segar setiap musim menuai tiga bulan sekali.

Melihat potensi produk halal di luar negara, Sureco turut mengambil langkah proaktif memperkenalkan produknya di luar negara, bukan saja di peringkat serantau, malahan ke Eropah.

Syarikat itu kini berunding dengan rakan niaga berpotensi dari Eropah bagi membolehkan produk itu dipasarkan di sana.


Biodata:

* Dr Zainol Anuar Mohd Sharif, 55
* Universiti Teknologi Malaysia, 1970-74
* Penolong pensyarah UTM
* BSc dari Brighton Polytechnic, 1975-78
* MSc City University London, 1980-81
* Pensyarah UTM selama dua tahun
* PhD dalam kejuruteraan kawalan (robotik) City Univerisity London, 1983-85
* Jurutera Kanan dan Pengurus Projek Golden Hope Plantations Bhd, 1991-95

Friday, 28 December 2007

Mohon Sumbangan



(ABU ADIEY KHAIRUL AZHAR AL - BINNORI)
Mudir Pondok Al-Islah Masjid Kg Tok Dor
012 - 9090565
019 - 9979297
abubarzah@yahoo.com




Pondok Al-Islah Masjid Tok Dor
22020 Jertih Terengganu

SR/PITD/004/07/07
12 REJAB 1428H BERSAMAAN 27/07/07

MOHON SUMBANGAN KEWANGAN UNTUK PERBELANJAAN BULANAN PONDOK AL-ISLAH MASJID KG TOK DOR
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

Untuk makluman, Pondok Al-Islah Masjid Kg Tok Dor, Jertih, Terengganu mula dibentuk pada 31 Mac 2007.

Pondok ini menawarkan pengajian Tahfiz Al-Quran sepenuh masa dan dalam masa yang sama tidak mengenepikan pelajaran Fardhu Ain dab Kifayah seperti tulisan Khat, Jawi, Bahasa Arab Perbualan dan lain-lain yang dirasakan perlu.

Seperkara yang uniknya tentang Pondok ini, ia ditadbir dibawah pengurusan Masjid Kg Tok Dor supaya dengan cara ini dapat mengembalikan fungsi masjid sebagai pusat ilmu setempat.

Sehingga ke hari ini pelajar sepenuh masa telah menjangkau 20 bermula dari 2 orang pada hari rasmi pembentukkannya. Pengambilan pelajar baru ditangguhkan buat sementara waktu kerana faktor tempat penginapan yang terhad.

Pihak pondok tidak mengenakan sebarang yuran dan bayaran untuk menjadi mirip dengan sistem NABAWI, atas sebab tersebut kami ingin memohon bantuan dari pihak tuan.

Sekiranya ada sedikit sebanyak sumbangan yang tuan ingin hulurkan sama ada berupa zakat, sedekah jariah atau dalam bentuk apa saja bentuk sumbangan sekali pun, boleh diserahkan kepada Mudir Pondok atau masukkan terus ke dalam akaun Bank Islam atas nama PONDOK AL - ISLAH MASJID TOK DOR nombor akaun 1303 5020 2971 95

Diatas kerjasama dan keperihatinan yang tuan berikan kami dahului dengan jutaan terima kasih. Semoga Allah melimpahi ganjaran diatas kerjasama yang tuan berikan. Amien.

Sekian, Terima kasih.
Salam Hormat.



(ABU ADIEY KHAIRUL AZHAR AL - BINNORI)
Mudir Pondok Al-Islah Masjid Kg Tok Dor
012 - 9090565
019 - 9979297
abubarzah@yahoo.com

Mahanom wanita besi Emartech


(DARI kiri) Mahanom Mohammad, Razmy Razak dan Razim Razak rancak membincangkan projek-projek syarikat Emartech Resources Sdn. Bhd. di Taman Melawati, Kuala Lumpur.






RAMAI beranggapan menjalankan bisnes dengan ahli keluarga sukar untuk berjaya, apatah lagi dalam menentukan hala tuju perniagaan. Namun kejayaan syarikat Emartech Resources Sdn. Bhd. yang diterajui Mahanom Mohammad dan suaminya, Razmy Razak serta adik lelaki, Razim Razak menyangkal sama sekali tanggapan tersebut.

Malah akui Mahanom, 39, selaku Pengarah Perhubungan Korporat Emartech, selagi kita tidak mencampuradukkan urusan keluarga dengan bisnes, mengetahui kekuatan dan kelemahan masing-masing, ia adalah resipi kejayaan mereka membangunkan perniagaan.

Ikuti temuramah wartawan, ZUARIDA MOHYIN dan jurufoto, ABD. RAHMAN SALEH bersama Mahanom di pejabat beliau yang terletak di No. 16, Jalan E1, Fasa 4, Taman Melawati, Kuala Lumpur berkongsi rahsia kejayaan mereka.

MEGA: Bagaimanakah perniagaan puan bermula dan terangkan serba ringkas tentang perniagaan yang diusahakan ini?

MAHANOM: Sebenarnya, Emartech Resources Sdn. Bhd. dimulakan oleh suami saya, Razmy Razak yang juga merupakan Pengarah Urusan syarikat dengan fokus utama dalam bidang penyelenggaraan sistem hawa dingin. Komitmen syarikat membuahkan kepercayaan kepada pelanggan-pelanggan untuk terus melakukan pelbagai kerja pembaikan dan penyelengaraan sistem M & E bangunan milik mereka.

Dua tahun lalu, kami bercadang memulakan fasa baru dalam perniagaan ini dengan melakukan kerja-kerja kecil pembinaan dan naik taraf bangunan. Alhamdulillah, kami berjaya menyiapkan pelbagai projek yang diberikan oleh agensi kerajaan serta swasta.

Baru-baru ini, Emartech dilantik sebagai Pusat Latihan Bertauliah oleh Jabatan Alam Sekitar untuk sektor perkhidmatan penyejukan (Refrigeration Service Sector).

Kini, Emartech dikenali sebagai kontraktor untuk kerja-kerja sivil, mekanikal dan elektrikal.

Mengapa perniagaan ini yang dipilih?

MAHANOM: Secara kebetulan, setelah tamat belajar pada awal tahun 1990-an, saya dan suami bekerja dengan syarikat-syarikat yang terlibat dalam industri pembinaan. Selain sayangkan pengalaman yang telah ditimba, Emartech juga ingin memecahkan penguasaan bangsa lain dalam bidang ini.

Lantaran itu, dengan bergiat aktif, kami berharap dapat memulihkan tanggapan negatif banyak pihak mengenai kemampuan Kontraktor Kelas F, sekali gus bersama memajukan serta memartabatkan lagi industri pembinaan di negara ini.

Pendapat saya, apa jua bentuk perniagaan yang dipilih, kita mestilah fokus, berani dan komited untuk berjaya.

Apakah usaha yang dijalankan untuk mengembangkan lagi perniagaan atau perancangan akan datang?

MAHANOM: Setiap projek yang kita dapat perlu dipikul sebagai satu amanah. Oleh itu, strategi yang dilakar perlulah kepada usaha untuk mendapat keberkatan daripada Allah s.w.t..

Di samping itu, pemasaran akan diadakan dengan lebih proaktif. Mana-mana pihak yang berminat mendapatkan khidmat kerja Emartech, bolehlah menghubungi kami di talian 03-4107 2101.

Kita juga akan meningkatkan amalan kerja yang baik di tapak bagi memastikan hasil kerja lebih berkualiti. Kami juga akan memberi lebih tumpuan kepada penelitian kos binaan untuk menggelakkan pembaziran dan memaksimumkan margin keuntungan.

Selain itu, nilai kerja berpasukan akan terus dimantapkan selain memelihara hubungan dua hala yang baik dengan pelanggan, konsultan, pembekal, institusi kewangan dan pelbagai pihak yang terlibat secara langsung atau tidak dengan syarikat ini, bagi memastikan sokongan mereka kepada kami akan berterusan.

Apakah cabaran yang dihadapi dalam bidang ini dan bagaimana mengatasinya?

MAHANOM: Dalam sektor pembinaan, definasi kualiti adalah ukuran kejayaan sesuatu projek. Antara cabaran utama adalah memuaskan hati pengguna dengan memberi perkhidmatan yang berkualiti. Jadi sedaya upaya kita akan cuba memenuhi kehendak pelanggan.

Kenaikan harga bahan binaan yang tidak menentu sejak kebelakangan ini juga satu cabaran. Oleh itu, kami perlu lebih bijak dalam merancang progres kerja dan lebih cermat supaya tidak terbeban dengan kos.

Mendapatkan modal bagi memulakan projek juga satu cabaran. Alhamdulillah, Majlis Amanah Rakyat Malaysia (Mara) sentiasa menyokong kami dengan memberi kemudahan pinjaman bagi setiap kontrak.

Ini dapat memastikan kerja pembinaan berjalan lancar mengikut masa yang ditetapkan.

Cabaran lain adalah apabila industri ini mengalami kemelut ekonomi sehingga persaingan menjadi amat sengit. Untuk bersaing dengan baik, kita perlu sentiasa peka kepada perubahan teknologi dan berusaha mempertingkatkan kemahiran.

Kepuasan bagaimanakah yang diperoleh dalam bidang ini?

MAHANOM: Adalah menjadi cita-cita setiap orang Islam untuk mencapai keredaan Allah s.w.t. dalam setiap perkara yang mereka lakukan.

Sebagai usahawan dalam pembinaan, kita berpeluang mengejar pahala dan ganjaran daripada Allah s.w.t. dengan mengamalkan adab yang baik dalam menjalankan aktiviti perniagaan seperti memberikan yang terbaik kepada pelanggan.

Adalah satu kepuasan apabila dapat memberi pelanggan kegembiraan setelah projek siap lebih-lebih lagi apabila projek tersebut dapat memberi manfaat dalam melahirkan masyarakat yang harmoni dan sejahtera.

Sebagai seorang korporat Muslim, bagaimana pandangan puan berkaitan dengan saranan Islam iaitu 9/10 punca rezeki adalah melalui perniagaan?

MAHANOM: Perniagaan adalah salah satu sumber rezeki yang diredai Allah. Agama Islam memang menggalakkan umatnya berniaga hingga terdapat beberapa petikan hadis yang membawa maksud sedemikian.

Bidang perniagaan juga diperakui dapat mengukuhkan ekonomi diri, keluarga, masyarakat dan negara. Berniaga juga adalah pekerjaan yang terbaik selepas pembuatan atau pengeluaran produk hasil dari tangan atau titik peluh kita sendiri.

Bidang ini sendiri pernah diceburi oleh Rasulullah malah isteri baginda, Siti Khadijah juga adalah seorang peniaga dan beberapa sahabat besar juga adalah usahawan yang berjaya.

Bagi saya, rezeki tidak boleh dinilai dalam bentuk wang ringgit sahaja. Melalui perniagaan, kita juga memperoleh rezeki untuk memperluaskan aktiviti syariat untuk ganjaran pahala yang lebih.

Dalam konteks perniagaan seperti Emartech, kami diberi rezeki untuk memberi perkhidmatan kepada masyarakat melalui kerja-kerja pembinaan atau penyelenggaraan.

Kami juga memperoleh rezeki menimba pengalaman mengurus syarikat, pengurusan kewangan, operasi, logistik dan lain-lain.

Selain itu, melatih diri menjadi lebih sabar apabila menghadapi kerenah pelanggan atau berhadapan dengan kemelut ekonomi juga boleh dilihat satu dari sumber rezeki.

Kegembiraan kerana dapat mewujudkan peluang pekerjaan kepada anak-anak muda kita juga adalah satu sumber rezeki yang patut kita syukuri.

Ramai yang berpendapat bahawa rezeki hanya dinilai dari wang ringgit, tetapi sebenarnya jika kita lihat konteks rezeki itu daripada pelbagai sudut seperti yang saya sebutkan, kita akan faham kenapa agama Islam menyarankan kita berniaga.

Alhamdulillah dengan kejayaan yang dicapai, bagaimana pula sumbangan puan kepada orang terdekat dan mereka yang berada di sekeliling?

MAHANOM: Saya memang percaya kepada konsep, ‘memberi setelah menerima’. Melalui perniagaan kita berpeluang untuk berbakti kepada masyarakat dengan melakukan kerja amal kebajikan di sekeliling untuk mendapat keredaan Allah s.w.t..

Apabila kita melihat perniagaan sebagai satu ibadat, keuntungan adalah sebagai sumber pendapatan dan sifat bantu-membantu sebagai satu fardu kifayah, maka Insya-Allah, perniagaan kita akan diredai dan memberikan pulangan yang besar di dunia dan di akhirat.

Sentiasa meletakkan matlamat untuk mendapat keredaan Allah s.w.t.. Setiap kejayaan perlu disyukuri. Dengan berbakti dan menyumbang ke jalan Allah, secara tidak langsung dapat menginsafkan diri kita betapa beruntung kita.

Sikap membantu ini juga dapat mewujudkan satu hubungan silaturahim antara kami dengan mereka di sekeliling dalam membentuk masyarakat yang penuh dengan kasih sayang.

Bila kita berkongsi kejayaan untuk mendapat keredaan, ia dapat membersihkan hati daripada perasan tamak haloba iaitu mengaut keuntungan bagi diri kita sahaja.

Apabila kita berada di atas, sentiasalah ingat keadaan kita semasa di bawah.

Thursday, 27 December 2007

Tanda Besar Kiamat Dah Tiba!



MAKLUMAT INI DARI USTAZ HARUN DIN,BELIAU BACAKAN
ARTIKEL TTG FAKTA
BAHAWA PLANET MARIKH ( PLANET TERDEKAT DGN BUMI )
TELAH MENGALAMI
PUSINGAN TERBALIK PADA BULAN SEPTEMBER LEPAS.INI
MENUNJUKKAN BAHAWA
PLANET YANG BERHAMPIRAN DENGAN PLANET MARIKH JUGA AKAN
MENGALAMI
KEJADIAN YANG SAMA.MAKA AKAN TERJADILAH KEJADIAN
MATAHARI AKAN TIMBUL
DARI ARAH BARAT YANG JUGA MERUPAKAN TANDA-TANDA BESAR
KIAMAT .PADA
MASA ITU JUGALAH PINTU TAUBAT AKAN DI TUTUP.KATA PARA
ASTRONOMI
PLANET,BUMI HANYA TUNGGU MASA SAJA.MAKLUMAT INI TIDAK
DIDEDAHKAN
SECARA MELUAS DAN TELAH DI HENTIKAN PENYEBARANNYA OLEH
'NASA' KERANA
IA MENGUNGTUNGKAN UMMAT ISLAM.AMBILLAH PERANAN..

Monday, 24 December 2007

Mohd Azman 'saudagar' maya


Mavtrac jadi hab bekal bahan mentah projek pembinaan luar negara

SOGO Sosha merujuk kepada syarikat perdagangan am Jepun yang mengendalikan pengimportan serta pengeksportan barangan negara matahari terbit itu.

Di bawah konsep berkenaan, jika sesebuah firma Jepun mendapat kontrak pembinaan di luar negara, ia hanya perlu pergi kepada Sogo Sosha untuk mendapatkan pelbagai barangan atau perkhidmatan yang diperlukan.

Penubuhan Mavtrac Sdn Bhd, firma perdagangan maya yang menjadi pusat sehenti bagi kontraktor binaan mendapatkan bahan mentah penting bagi projek pembinaan adalah pembuka jalan kepada Malaysia untuk mewujudkan Sogo Sosha sendiri.

Itulah juga matlamat Ketua Eksekutifnya, Mohd Azman Sulaiman.

“Kita sudah ada Mitco (Malaysian International Trading Co) yang banyak terbabit dalam kontrak diperoleh Petronas di luar negara.




“Matlamat saya pula adalah untuk mewujudkan syarikat berasaskan model itu tetapi lebih mirip kepada syarikat perdagangan am Jepun, Sogo Sosha supaya apabila sebuah syarikat Malaysia mendapat kontrak di luar negara, mereka tidak perlu lagi mencari syarikat dari negara lain untuk mendapat bekalan sebaliknya mendapatkan sumber daripada syarikat Malaysia itu sendiri,” katanya.

Itulah kesungguhan dipamerkan anak kelahiran Parit, Perak yang bertanggungjawab mengemudi firma perdagangan maya yang mengkhusus dalam membekalkan bahan mentah untuk projek pembinaan, terutama yang dilaksanakan untuk menjayakan projek di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

Mohd Azman, 43, sedar tanggungjawabnya sebagai Ketua Eksekutif di Mavtrac, sebuah unit di bawah Kumpulan UEM bukan bermakna sekadar berkhidmat kepada syarikat itu.

“Mavtrac mempunyai banyak agenda dan bukan hanya melihat kepada aspek perniagaan.

“Kami ada tanggungjawab sosioekonomi iaitu membantu kontraktor kecil terutama Bumiputera mendapatkan bekalan tetapi tidak pernah meminggirkan bukan Bumiputera yang selalunya menjadi pembekal kerana Mavtrac tidak mengamalkan monopoli bahan binaan,” katanya.

Disebabkan itulah juga beliau sanggup menerima cabaran memikul tanggungjawab menerajui Mavtrac.

Beliau berkata, tanggungjawab yang diberikan itu bukan sekadar dilihat sebagai peluang meningkatkan kerjayanya di UEM yang disertai sejak 1993 tetapi sebagai peluang menyumbangkan bakti kepada negara.

“Penubuhan Mavtrac sebenarnya adalah untuk mengekalkan tradisi Malaysia yang sudah terkenal sebagai pusat perdagangan utama sejak zaman kegemilangan Kesultanan Melaka dulu.

“Tanggungjawab sebagai Ketua Eksekutif Mavtrac adalah untuk memastikan Malaysia dapat mengekalkan kegemilangan sebagai sebuah negara perdagangan terulung tanpa mengorbankan nilai kejujuran dalam menjalankan sesuatu perniagaan,” tegasnya.

Kegemilangan itu perlu diteruskan kerana menurut Mohd Azman lagi, sejak berabad lamanya, Malaysia telah mencipta tradisi dengan menjadi hab perdagangan dunia.

Sejak abad ke-15, Selat Melaka menjadi laluan utama kepada pedagang rempah, hinggalah awal abad ke-19 yang mana timah dan getah menjadi komoditi utama, Malaysia juga berkembang maju menjadi hab pertukaran kebudayaan dan peradaban antarabangsa.

Hari ini, sebagai pemangkin kepada pertumbuhan Asia Tenggara dan serantau, Malaysia telah menjadi hab perdagangan pelbagai produk dan perkhidmatan.

“Kejayaan untuk terus memelihara hubungan jangka panjang dan rangkaian dagangan yang luas menerusi penerapan nilai tradisi perdagangan akan dapat dikongsi bersama dengan adanya keinginan untuk terus memacu perkembangan yang berterusan,” kata Mohd Azman.

Kerajaan Malaysia, katanya, telah memacu untuk mewujudkan Mavtrac, syarikat perdagangan negara yang mengkhusus kepada bidang perdagangan dan pembekalan bahan binaan yang bertindak sebagai pusat perdagangan bagi bahan pembinaan dan pembangunan untuk industri tempatan.

Sebagai orang penting Mavtrac, Mohd Azman Sulaiman mempunyai rencananya yang tersendiri bagi mengembangkan syarikat diterajuinya.

PELANCARAN: Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Effendy Norwawi merasmikan Mavtrac diiringi Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UEM, Bhd Datuk Ahmad Pardas Senin (kiri); Pengerusi Kumpulan UEM, Tan Sri Tajuddin Ali (dua dari kanan) dan Mohd Azman pada 2 November lalu.



“Satu hari nanti, Mavtrac akan menjadi rakan dagangan virtual kepada syarikat di Malaysia yang berkembang merentasi sempadan perniagaan global,” katanya.

Perkataan ‘virtual’ dalam Mavtrac adalah bertujuan untuk menggambarkan satu entiti yang berintegrasi secara ‘virtual’ dalam komuniti perdagangan dan pembekalan yang menghubungkan pembekal dan kontraktor dengan mudah tanpa sebarang halangan.

Apa yang paling penting, katanya, Mavtrac akan memelihara hubungan jangka panjang yang dibina berasaskan keikhlasan, ketelusan dan keinginan yang kuat untuk mencapai kejayaan bersama-sama dengan rakan rangkaian pembekalan.

Mohd Azman memegang ijazah Sarjana Muda Sains daripada Universiti Malaya, Sarjana dalam Kejuruteraan Geoteknikal dari United Kingdom dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Australia.

Beliau mempunyai pengalaman yang luas selama 18 tahun dalam bidang kejuruteraan dan pembinaan, pembangunan hartanah, minyak dan gas dan juga dalam sektor korporat.

Jawatan terakhir beliau sebelum dilantik ke jawatan sekarang adalah Pengarah Pembangunan Perniagaan Kumpulan UEM.

Beliau juga menjadi teraju kepimpinan dalam merealisasikan model perniagaan VTC menerusi penubuhan Mavtrac.

(copypaste berita harian)

Friday, 21 December 2007

Butik Chantique amalkan model al-Amin


DIAM-diam ubi berisi. Pepatah paling kena dengan pencapaiannya yang baru mencecah usia dua tahun. Kini memiliki tiga ruang pameran malah akan membuka tirai 2008 dengan pembukaan cawangan baru mereka di Masjid Jamek Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Butik Chantique tidak sahaja menawarkan pembelian balik barangan kemas emas, berlian, batu permata, jam berjenama dan antik tetapi turut menjual serta menilai pada harga yang tertinggi dan menarik.

Ikuti temuramah wartawan, ZUARIDA MOHYIN dan jurufoto, NASSIRUDDIN YAZID bersama Pengurus Besar, Cantik Jewellery Sdn. Bhd., Abdul Razak Abdul Kadir, 48, tentang rahsia kejayaan beliau mengukuhkan jenama Chantique.

Boleh saudara ceritakan bagaimanakah Cantik Jewellery Sdn. Bhd., bermula dan apakah urusniaga yang dijalankan?

ABDUL RAZAK: Cantik Jewellery Sdn. Bhd., dimiliki oleh Habib yang merupakan milik bumiputera sepenuhnya. Ditubuhkan pada 29 Disember 2005 dan diterajui oleh Pengerusinya, Datuk Habib Mohamd Abdul Latif. Manakala pengarah ialah Datuk Meer Sadik Habib Mohamed dan Datin Zarida Noordin.

Buat masa ini, Chantique mempunyai empat bilik pameran di sekitar Lembah Kelang iaitu di Lorong Mamanda 2, Ampang Point, Ampang, Selangor, di Ground Floor, Mydin Mall USJ, Persiaran Subang Permai USJ 1, Subang Jaya, Selangor, di Bangunan Tabung Haji, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur dan akan dibuka di Perkarangan Masjid Jamek, Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Aktiviti utama atau jenis perniagaan yang dijalankan oleh Butik Chantique ialah; Pertama, membeli semua jenis emas, berlian, batu permata, barangan kemas lama, jam berjenama dan antik dengan harga yang tinggi sama ada dengan wang tunai segera atau kepada barangan kemas baru.

Kedua, menjual semua jenis barang kemas emas, batu permata, jam berjenama, barangan kemas lama dan antik pada harga yang menarik.

Ketiga, kami juga pakar dalam menilai semua jenis barangan emas, berlian, batu permata, jam berjenama, barangan kemas lama dan antik.

Keempat, menerima tempahan untuk cenderahati korporat atau seumpamanya.

Di samping itu, kami juga menyediakan perkhidmatan ke rumah pelanggan.

Apakah pengalaman saudara sepanjang mengendalikan bisnes ini?

ABDUL RAZAK: Sebelum melibatkan diri dengan bisnes barang kemas, saya sebenarnya memiliki pengalaman selama 26 tahun dalam bidang perhotelan. Jadi, pada awalnya, sedikit sebanyak menerima kejutan, namun lama-kelamaan saya dapati prospek dan potensi bisnes ini adalah luas dan sangat baik. Apatah lagi, boleh dikatakan 70 hingga 80 peratus penggemar emas adalah orang Melayu kita.

Jadi di situ saya sudah nampak pasarannya untuk pergi jauh. Cuma kami ada strategi pemasaran yang unik dan kreatif bagaimana cara terbaik untuk pelanggan mendapat manfaat dan tidak lagi tertipu dengan skim pajak gadai yang majoritinya dimonopoli oleh bangsa asing.

Apa yang ditawarkan di mana-mana Butik Chantique adalah sesuatu yang telus dan menguntungkan kedua-dua belah pihak yang berurusniaga. Konsep pemasaran kami yang tidak tertumpu kepada penjualan barang kemas sahaja tetapi memberi peluang kepada mereka yang dalam keperluan mendesak dengan membelinya pada kadar jualan emas yang kami tawarkan iaitu setinggi 90 peratus daripada nilai emas semasa.

Seperti kita ketahui terdapat beberapa sebab mengapa orang terutamanya kaum wanita menggemari barangan kemas daripada emas, berlian atau batu pertama. Pertama untuk menghiasi diri dan kedua sebagai aset apabila berlaku kesempitan kewangan.

Kita di sini berusaha membantu pelanggan-pelanggan khasnya majoriti orang Melayu, iaitu sudah ada alternatif lain jika mereka memerlukan wang. Kalau sebelum ini, pajak-pajak gadai merupakan satu-satu jalan penyelesaian dalam mendepani masalah kewangan, tetapi mereka mengambil emas dengan kadar murah dan mengenakan sejumlah bayaran tertentu bagi mendapatkannya semula. Di situ, sudah dikira berlaku penipuan dan penindasan.

Berbeza di Chantique Jewellery, kami lebih menekankan urusniaga seperti yang dijalankan oleh Baginda Rasulullah s.a.w. seorang yang terkenal dengan gelaran al-Amin (yang dipercayai).

Sementara itu, pembukaan Butik Chantique di Bangunan Tabung Haji, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, pada September lalu pula menawarkan kaedah menjual barang kemas untuk simpanan haji kepada bakal-bakal haji. Mereka boleh melakukan urusan jual beli emas sebagai pelaburan untuk ke Mekah berbanding mengumpul simpanan wang yang mengambil masa lama.

Alhamdulillah, selepas empat bulan beroperasi telah nampak sambutannya yang begitu memberangsangkan. Boleh dikatakan 60 peratus diperoleh daripada pembelian.

Apakah cabaran yang saudara hadapi dalam bisnes ini?

ABDUL RAZAK: Senario yang jelas sekarang ialah anggaran 80 peratus pelanggan pajak gadai ialah orang Melayu meskipun terdapat beberapa alternatif lain yang menawarkan kaedah Islamik.

Justeru, untuk mengubah minda orang kita supaya menjual terus adalah lebih baik daripada alternatif pajak gadai, menjadi cabaran paling utama kami.

Ada segelintir itu, keberatan untuk menjual terus barang kemas mereka kerana ada nilai sentimental pada barang tersebut sebab itu memilih untuk ke pajak gadai. Saya tidak boleh terima alasan itu kerana sudah terang mereka akan ditipu serta ditindas.

Sebab itulah saya menggalakkan mereka untuk menjual kerana harga yang kami tawarkan adalah lebih tinggi dan urusniaganya juga telus di mana keuntungan yang kami peroleh diketahui pelanggan. Alasan sayang, ada nilai sentimental dan banyak lagi, adalah merugikan kerana apabila mereka mempunyai kemampuan, barang kemas yang serupa boleh ditempah semula atau dibeli dengan corak yang lebih terkini.

Apakah perancangan saudara dalam mengembangkan lagi perniagaan?

ABDUL RAZAK: Ketika ini syarikat lebih memfokuskan jenama sebagai langkah awal bagi menarik pasaran pengguna. Konsep kami yang terus kepada pengguna menerusi cawangan butik dan kiosk. Melalui pendekatan ini, kami membentuk kesetiaan pelanggan terhadap jenama Chantique, sekali gus ia lebih dikenali.

Di samping itu, kami tidak hanya melihat peluang pasaran di kawasan komersial tetapi membabitkan lot kedai dan ruang pameran. Ini kerana mereka yang memiliki barangan kemas tidak tertumpu di satu-satu tempat malah di luar bandar juga banyak.

Jadi, kami berusaha untuk sampai ke semua kawasan. Kami pernah mencuba jalin kerjasama dengan Pos Malaysia dengan membuka kiosk percubaan di Taman Melati, Kuala Lumpur. Alhamdulillah, ada sambutan tetapi ia terpaksa ditutup sementara kerana menghadapi masalah menampung kos pengawal yang agak tinggi.

Perancangan terkini iaitu kami akan membuka satu lagi cawangan di lot kedai di Masjid Jamek Kampung Baru, Kuala Lumpur pada 3 Januari 2008.

Apakah kepuasan yang diperoleh dalam menjalankan urusniaga ini?

ABDUL RAZAK: Membantu orang kita agar tidak lagi tertipu dan tertindas itu sudah menggembirakan saya, lebih-lebih lagi dapat memberi ilmu yang dapat mengubah cara berfikir orang Melayu yang lebih mempercayai pajak gadai.

Dalam setahun meneraju Chantique Jewellery, alhamdulillah, perkembangannya memberangsangkan, sekali gus membuktikan penerimaan pelanggan dengan konsep yang kami perkenalkan.

Monday, 17 December 2007

Zakariah bangkit selepas muflis






Kegagalan dalam perniagaan hartanah jadi ilmu bernilai latih ramai usahawan berjaya GAGAL sekali bukan bererti gagal selama-lamanya. Begitu juga setiap musibah yang dialami seseorang, lazimnya ada hikmah di sebaliknya.
Atas alasan itu, Zakariah Hassan, 49, yang pernah muflis ketika negara mengalami krisis ekonomi pada 1997, gigih membina semula kejayaan dalam dunia perniagaan. Pengerusi Eksekutif Akademi Frontline Sdn Bhd ini yang pernah mengecapi kehidupan sebagai seorang jutawan pada usia 33 tahun, tidak lagi mahu mengulangi kesilapan yang pernah dilakukan, sebaliknya menjadikannya sebagai iktibar untuk terus berjaya di masa depan. Anak kelahiran Klang, Selangor ini kini giat menganjurkan program mentor jutawan bagi melahirkan lebih ramai usahawan Melayu yang berjaya.




Menerusi Akademi Frontline yang ditubuhkan pada 2003, Zakariah memberi motivasi, latihan, bimbingan dan membuka peluang kepada orang Melayu untuk menyertai bidang perniagaan. Pengalaman kerugian berjuta ringgit susulan perniagaan hartanah yang diusahakannya merudum dan kehilangan harta benda akibat kemelesetan ekonomi sentiasa mengingatkan beliau bahawa untuk berjaya seseorang itu tidak boleh leka dan perlu sentiasa beringat. “Selepas bisnes hartanah merudum ketika itu, saya rasa teruk sangat. Tidur malam pun tak lena, duduk dalam bilik berhawa dingin pun boleh berpeluh. “Saya berfikir tiada siapa boleh membantu, kecuali Allah dan saya banyak berdoa kepadaNya. Saya lihat ramai orang yang berjaya pernah jatuh dan dan saya jadikan pengalaman mereka dan apa yang saya lalui dengan mengajar orang lain supaya berjaya,” katanya.







Menjadikan pengarang buku yang juga penceramah motivasi terkenal seperti Anthony Robin dan Steven Covey sebagai ‘role model’, Zakariah menghadiri kursus penceramah profesional bertauliah (CPT). Pada masa sama, beliau turut banyak membaca dan membuat kajian serta menghadiri pelbagai program motivasi dan seminar memanfaat pengalaman orang lain untuk dikongsi bersama. Daripada pengalaman menyertai pelbagai seminar, Zakariah berkongsi pengalaman dan pengetahuan serta bersedia memberi tunjuk ajar kepada bakal usahawan yang mahu berjaya dalam dunia perniagaan menerusi program keusahawanan anjuran Akademi Frontline. Meskipun tidak lagi terbabit dalam industri hartanah, program keusahawanan yang dikendalikannya mewujudkan peluang perniagaan baru kepada Zakariah, di samping memberi peluang kepada lebih ramai Melayu untuk menyertai dunia perniagaan. Keunikan program anjuran Akademi Frontline, ia bukan saja memberi motivasi kepada peserta tetapi juga pakej perniagaan menerusi skim sewa beli dalam bidang perniagaan pelbagai peringkat (MLM), pinjaman dan latihan pemasaran menerusi seminar dan mentor-mantee. “Ia adalah satu program yang lengkap. Ia juga dikenali sebagai program mentor usahawan yang mana kami melatih peserta hingga berjaya. “Dalam berniaga kita tidak mudah gagal jika berusaha bersungguh-sungguh. Program ini juga dikenali sebagai program mentor usahawan yang mana mentor akan menjaga mantee,” katanya yang juga terbabit dalam bidang MLM. Jelas Zakariah, bidang perniagaan yang diceburi sekarang bukan saja membolehkannya menyelesaikan hutang yang ditanggung, malah mampu menjadikan hidupnya kembali mewah. Bukan setakat itu saja, beliau juga telah mewujudkan rangkaian usahawan yang berjaya di bawahnya. “Untuk berjaya, kita juga perlu melahirkan lebih ramai orang yang berjaya di bawah kita,” katanya. Zakariah bersyukur kerana dengan usaha yang gigih, beliau mampu membeli semula rumah yang dilelong, serta membina rumah untuk ibunya di kampung. Baginya, rezeki tidak datang bergolek tanpa ada usaha dan matlamat. Dalam hal ini, beliau mengamalkan tujuh langkah atau formula bagi memastikan matlamat untuk mencapai kejayaan dalam perniagaan dicapai. Katanya, tujuh langkah itu ialah menetapkan matlamat dengan jelas, menyediakan pelan tindakan, mengambil tindakan konsisten, menjadikan kegagalan sebagai maklum balas, mencipta kuasa percaya dalam diri, nilai kehidupan sebagai kuasa penggerak dan tawakal sebagai kunci ketenangan hidup. “Tujuh langkah ini bukan saja boleh diguna pakai untuk berniaga tetapi juga boleh memberi motivasi kepada diri sendiri. Malah, ada juga ibu bapa yang memasukkan anak mereka dalam program ini bagi meningkatkan motivasi anak mereka. “Ia boleh dijadikan sebagai inspirasi dan juga diguna pakai oleh mereka yang berjaya,” katanya sambil menambah bahawa setiap usaha itu adalah tangga kejayaan. Beliau menyifatkan mereka yang gagal adalah disebabkan malas. Ketika ini, katanya Akademi Frontline telah melahirkan kira-kira 10,000 usahawan yang berjaya. “Akademi Frontline bukan hanya melatih peserta untuk menjual produk, tetapi juga mengajar mengenai teknik pemasaran yang berkesan. “Dalam bisnes, jika kita tiada teknik menjual, jangan bermimpi untuk berjaya,” katanya. Untuk mencapai kejayaan dalam apa-apa bidang sekali pun, seseorang itu mestilah yakin dengan kelebihan diri sendiri. INFO: Zakariah Hassan
Pernah menjadi jutawan pada usia 33 tahun
Beliau juga pernah muflis ketika negara mengalami krisis ekonomi pada 1997
Pengalaman kerugian berjuta ringgit susulan perniagaan hartanah yang diusahakannya merudum dan kehilangan harta benda akibat kemelesetan ekonomi
Menubuhkan Akademi Frontline pada 2003
Ia memberi motivasi, latihan, bimbingan dan membuka peluang kepada orang Melayu untuk menyertai bidang perniagaan
Keunikan Akademi Frontline ialah ia bukan saja memberi motivasi kepada peserta tetapi juga pakej perniagaan, pinjaman dan latihan pemasaran
Ia adalah satu program yang lengkap dan turut dikenali sebagai program mentor usahawan
Setakat ini, program ini melahirkan kira-kira 10,000 usahawan yang berjaya
Amalkan tujuh langkah atau formula bagi memastikan kejayaan dalam perniagaan yang diceburi.

Friday, 14 December 2007

Jutawan Bermula Dengan RM1000


LOGAN ‘Melengkapi Keperluan Ibadah Muslim’ dan ‘Pasar Raya Produk Halal Pilihan Muslim’ sudah cukup meyakinkan pelanggan, terutamanya yang beragama Islam. Tambah pula ia beroperasi 24 jam, memberi kemudahan kepada pelanggan kota yang sentiasa sibuk.

Inilah antara kreativiti yang menjadi prinsip Pengarah Urusan Shamensi Clothing Sdn. Bhd., Hishamudin Mohamad, 37, dan salah satu rahsia beliau membina nama serta bertapak kukuh dalam dunia perniagaan.

Ikuti temuramah wartawan, ZUARIDA MOHYIN dan jurugambar, HARUN OSMAN dengan usahawan muda yang berasal dari Klang, Selangor ini tentang perjuangannya membangunkan ekonomi umat Islam menerusi penubuhan Koperasi Pengedaran Produk Muslim (M) Berhad., baru-baru ini.

MEGA: Bagaimanakah saudara mula melibatkan diri dalam dunia perniagaan?

HISHAMUDIN: Sebenarnya penglibatan saya dalam dunia perniagaan berasaskan busana bermula pada 1992. Pada masa itu saya masih belajar dalam tahun dua jurusan Sains Komputer di Universiti Malaya.

Apabila kakak, Jamaliah terpaksa meninggalkan perniagaan kedai jahitannya yang mengambil tempahan jubah wanita, saya dapat melihat potensi besar di situ untuk berkembang maju.

Saya juga dapati, ruang pasaran untuk pakaian jubah wanita masih belum diteroka secara komersial oleh sesiapapun pada masa itu. Apatah lagi bila melihat sentuhannya dalam setiap rekaannya, praktikal dan menepati tuntutan syarak.

Maka dengan suntikan modal RM1,000 yang diperoleh daripada wang biasiswa, saya cuba berikan nafas baru kepada perniagaan asal iaitu secara tempahan dan telah dikomersialkan kepada pakaian jubah siap (ready made) dan digelar busana Muslim.

Apabila permintaan semakin meningkat, setahun kemudian saya telah membuka sebuah bengkel jahitan di Klang, Selangor dengan kekuatan lima tukang jahit serta memanggil semula kakak menguruskan bengkel tersebut.

Dari 1995 hingga 1997, Shamensi telah mempunyai 2,000 orang pengedar dari seluruh negara termasuk Sabah, Sarawak dan Brunei yang memasarkan hampir 50,000 helai jubah setahun. Kami kemudian membuka sebuah kilang dengan 30 orang pekerja tanpa membuat sebarang pinjaman dari mana-mana institusi kewangan.

Pada 1997, syarikat memindahkan operasi utamanya di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur dan menjadikan kedai di Taman Kosas sebagai cawangan. Ini kerana kedudukan Bandar Tun Razak lebih strategik.

Operasi kilang jahitan kemudiannya dipindahkan ke kilang yang dibina di atas sebidang tanah pemberian ibu di Cheras, Selangor. Pengeluarannya pula dipelbagaikan dengan menghasilkan pakaian sekolah, baju Melayu, tudung, telekung dan juga busana haji dan umrah.

Selain terlibat dalam perniagaan busana Muslim, saya juga menceburi bisnes peruncitan. Apabila ayah meninggal dunia pada 1998, perniagaan kedai runcitnya semakin merosot.

Pada 2000, saya telah memberi nafas baru seperti beroperasi 24 jam, menawarkan harga yang kompetitif dan mewujudkan pasar segar. Nilai tambah yang terdapat di Pasaraya Pak Aji ialah kita cuba mengetengahkan produk-produk halal Muslim.

Bagaimana saudara mendepani segala cabaran dan cara mengatasinya?

HISHAMUDIN: Ujian getir yang terpaksa dihadapi ialah sewaktu negara dilanda kegawatan ekonomi pada akhir 1997. Detik itu pada hakikatnya mencabar daya ketahanan Shamensi. Tambah mengeruhkan keadaan apabila berlaku lambakan produk-produk busana dari negara-negara luar. Pada masa itulah, syarikat kehilangan ramai pengedar mengakibatkan jualan syarikat jatuh merudum.

Namun, tanpa berputus asa dan usaha yang gigih, langkah awal yang kami ambil ialah dengan mengecilkan operasi untuk mengurangkan perbelanjaan serta mengeluarkan produk pakaian secara minimum.

Seterusnya, Shamensi menukar strategi perniagaannya dengan tidak hanya tertumpu pada busana Muslim tetapi produk jualan dipelbagaikan kepada bermacam-macam keperluan ibadah Muslim termasuk tudung, telekung, sejadah, buku agama, kaset, cakera padat (CD)/ video cakera padat (VCD), keperluan ibadah haji dan umrah. Ia secara tidak langsung menjadi pusat sehenti atau one stop centre.

Alhamdulillah penukaran slogan Shamensi dari ‘Fesyen Busana Muslim’ kepada ‘Melengkapi Keperluan Ibadah Muslim’ telah berjaya memberi satu petunjuk baru dalam meneroka ruang pasaran.

Jualan bermusim seperti jualan ‘keperluan pakaian sekolah’ dan ‘jualan sempena hari raya’ turut memberi sumbangan besar kepada kemajuan syarikat kerana ia dikeluarkan menerusi kilang sendiri.

Kini, Shamensi mempunyai lima cawangan iaitu di Bandar Tun Razak, Taman Kosas, Bandar Tun Hussein Onn, Greentown Nova, Ipoh dan Greentown Mall, Ipoh.

Lumrah perniagaan yang diusahakan masyarakat Melayu Islam, perlakuan seperti, dengki, khianat, ilmu sihir masih dipraktikkan, sedangkan Islam melarang perbuatan sebegini. Bagaimana saudara melihat perkara ini?

HISHAMUDIN: Dalam perniagaan mesti kena ada persaingan malah saya sendiri suka kepada persaingan, tetapi biarlah ia secara sihat bukannya dengan menggunakan cara-cara yang tidak baik dan tidak menurut landasan Islam.

Persaingan itu perlu kerana dari situlah akan wujudnya kreativiti, inovatif dan dinamik malah persaingan itu merangsang pasaran.

Selama terlibat dalam bidang perniagaan, saya banyak diuji dengan perkara-perkara sebegitu. Namun bagi saya, itu semuanya sangkaan-sangkaan sahaja. Saya percaya jatuh bangunnya sesebuah perniagaan itu terletak kepada kreativiti seseorang usahawan itu dalam menguruskan pelbagai aspek dalam bisnes yang diusahakan.

Sebaik-baiknya, janganlah ada mentaliti menuding jari ke arah orang lain atas kegagalan kita itu. Ini merupakan satu helah untuk lari daripada mengakui kelemahan diri.

Kalau melihat kepada perkembangan pasaran busana Muslim masa kini, rekaan yang ditonjolkan oleh negara-negara jiran lebih berani sehinggakan tidak begitu praktikal dan memerlukan belanja yang agak besar untuk memilikinya. Apa pandangan saudara dalam hal ini?

HISHAMUDIN: Konsep di Shamensi ialah fesyen pakaian yang praktikal dan menepati syarak. Jika kita lihat perkembangan busana Muslim sekarang ini, aspek-aspek berkaitan tuntutan agama, amat kurang diambil perhatian seperti menggunakan jenis tekstil yang jarang atau mengikut potongan badan.

Ini kerana, ia telah dieksploitasi oleh para pereka yang bukan Islam. Lantaran itu, Shamensi rasa terpanggil untuk memberi alternatif busana Muslim kepada penggemar jubah terutamanya umat Islam.

Di samping itu, kami juga bukan sahaja menjual busana Muslim tetapi mendidik masyarakat dengan cara mengetengahkan busana Muslim yang mengikut syariat.

Pun begitu, saya tidaklah menolak perlunya adanya kepelbagaian rekaan yang cantik dilihat tapi kurang praktikal dipakai kerana dari aspek ini juga menimbulkan satu pandangan bahawa busana Muslim juga ada cita rasa tersendiri. Secara tidak langsung, mereka lebih berkeyakinan dan mulai meminati busana Muslim.

Oleh itu, kami juga dalam perancangan untuk memperkenalkan pakaian-pakaian yang eksklusif kepada para pelanggan. Ini adalah satu cara untuk bersaing dengan pereka-pereka lain.

Apakah perancangan akan datang saudara dalam bidang perniagaan?

HISHAMUDIN: Sekarang ini, saya sedang dalam usaha untuk membangunkan sistem francais di bawah Perbadanan Nasional Berhad (PNS) dan kalau tidak ada apa-apa masalah, ia akan dimulakan pada awal 2008.

Mengapa saya bangunkan sistem ini? Pertama, kerana permintaan yang menggalakkan dan kedua, kerana sistem perniagaan yang sedia ada boleh diaplikasikan. Apa lagi, sistem francais telah terbukti berjaya.

Selain itu, kami juga sedang membangunkan laman web yang akan mula beroperasi pada Januari 2008. Pelanggan hanya perlu melayari www.shamensi.com.my dan mereka boleh membuat pelbagai urusan seperti tempahan menerusi e-katalog.

Kami juga sedang mencari ejen-ejen jualan yang sebelum ini pernah diwujudkan. Uniknya mereka menggunakan e-katalog. Bagi mereka yang berminat sama ada untuk melakukannya sepenuh masa atau secara sambilan, bolehlah menghubungi talian 03-9171 6634.

Menerusi laman web ini juga, akan diadakan forum busana Muslim di mana ia dijadikan satu platform untuk mengumpulkan pereka-pereka fesyen yang terlibat dalam industri busana Muslim sama ada tempatan dan luar negara mengetengahkan rekaan masing-masing.

Pihak kami juga mendapat respons positif daripada pelanggan pasar raya, lantaran itu kami sedang dalam proses akhir untuk mengaplikasikannya.

Tujuh tahun dalam urusniaga pasar raya 24 jam, saya dapati ada satu peluang yang boleh digerakkan iaitu mengumpulkan pengilang dan pengeluar produk di bawah satu pengurusan. Oleh itu penubuhan Koperasi Pengedaran Produk Muslim (M) Berhad bertujuan mencapai hasrat ini.

Sebenarnya banyak yang akan diusahakan menerusi koperasi ini terutamanya dalam membantu usahawan produk Muslim dari segi pemasaran dan pengedaran. Malah insya-Allah akan diwujudkan pula mini hab halal di setiap rangkaian. Sekarang ini kita sedang giat mendidik pengguna untuk menyokong keluaran Muslim.

Kepuasan yang bagaimanakah yang diperoleh dalam bidang ini.

HISHAMUDIN: Ini adalah satu fardu kifayah. Kita tidak mahu berlaku di mana orang Islam sendiri terpaksa mendapatkan kelengkapan ibadat daripada peniaga bukan Islam.

Kedua, dapat mengembangkan perniagaan selain dapat membantu memantapkan ekonomi keluarga, pekerja, ejen seterusnya ummah.

Manakala menerusi sistem francais pula, kita berharap ia boleh diaplikasikan demi kebaikan semua pihak.

Apakah pesanan saudara kepada mereka yang berminat dalam bidang perniagaan?

HISHAMUDIN: Kunci utama ialah kena ada kesabaran, tekun dan jangan mudah putus asa. Kerana ini faktor daya tahan dan daya juang kena seiring.

Di samping itu, hubungan dengan Allah juga perlu dijaga supaya kita memperoleh rezeki yang berkat. Tanggungjawab mengeluarkan zakat juga perlu dilaksanakan.

Berbalik semula kepada soal kreativiti mesti ada dalam setiap yang bergelar usahawan. Kalau kita buka perniagaan itu baru 20 peratus dan selebihnya terletak kepada faktor kreativiti, inovatif, dinamik, berdaya saing, berani berjuang dan banyak lagi. Barulah berhasil perniagaan tersebut.

Selain itu, saya yakin orang Islam akan membantu sesama Islam. Namun, dalam bisnes seseorang usahawan itu tidak boleh terlalu mengaitkan dari segi emosi. Ini kerana, aspek-aspek lain seperti kualiti, harga murah dan halal kena menjadi keutamaan juga dalam menarik pelanggan Muslim.

Thursday, 13 December 2007

HARI KIAMAT SEMAKIN HAMPIR....

HARI KIAMAT SEMAKIN HAMPIR....

1) Penaklukan Baitulmuqaddis .
Dari Auf b. Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telah bersabda:
"Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan
salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis. " - Sahih Bukhari
~ dah jadi dah...

2) Zina bermaharajalela .
"Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan
persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah
kiamat akan datang." - Sahih Muslim
~ dah nampak dah...

3) Bermaharajalela alat muzik.
"Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka".
Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini
terjadi?" Baginda menjawab: "Apabila telah bermaharajalela
bunyian(muzik) & penyanyi² wanita" - Ibnu Majah
~ S'pore Idol, Malaysian Idol, Akademi Fantasia, Anugerah²...

4) Menghias masjid & membanggakannya.
"Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam
mendirikan masjid" - Riwayat Nasai.
~ memang dah nampak dah...

5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik.
"Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji,
memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam
tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim.
~ ada anak tak mengaku ada mak/bapak pasal malu...

6) Ramai orang soleh meninggal dunia.
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang
baik& ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal
padanya kecuali orang2 yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang
makruf dan tidak mengingkari kemungkaran" - Riwayat Ahmad
~ boleh kira berapa jer para ulama' yg tinggal...

7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat .
"Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh
Luka' bin Luka'(orang yang bodoh & hina). Maka orang yang paling baik
ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh
2 orang mulia" - Riwayat Thabrani
~ George Bush, Ariel Sharon

8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
"Sesungguhnyadi antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah
manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang
dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad
~ jiran sesama islam pon tak bertegur sapa...

9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. "Di antara anda² telah hari kiamat
ialah akan muncul pakaian² wanita & apabila mereka memakainya keadaannya
seperti telanjang".
~ fesyen zaman skarang (tube, spaghetti strap, g-string etc.)...

10) Bulan sabit kelihatan besar.
"Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung
(membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani
~ tak caya gi tengok ...

11) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.
"Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu
dengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah
didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari
mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu" - Sahih Muslim
~ try baca akhbar2 & majala h² yg popular skarang nie...

12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.
"Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian
palsu & disembunyikan kesaksian yang benar." -Riwayat Ahmad
~ tengok kes peperangan Iraq dan lupa gak kes bekas TPM dulu

13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai.
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai²" -Sahih Muslim
~ Dubai dah turun salji... Mina dah kene banjir...

Wednesday, 12 December 2007

B aca jika anda ada masa untuk ALLAH.



Bacalah sehingga habis.
Saya hampir membuang email ini namun saya telah diberi keberkatan untuk membaca terus hingga ke penghujung.

ALLAH , bila saya membaca e-mail ini, saya fikir saya tidak ada masa untuk ini…. Lebih lebih lagi diwaktu kerja.

Kemudian saya tersedar bahawa pemikiran semacam inilah yang …. Sebenarnya, menimbulkan pelbagai masaalah di dunia ini.




Kita cuba menyimpan ALLAH didalam MASJID pada hari Jumaat…...


Mungkin malam JUMAAT?


Dan sewaktu solat MAGRIB SAJA?

Kita suka ALLAH pada masa kita sakit….


Dan sudah pasti waktu ada kematian…

Walaubagaimanapun kita tidak ada masa atau ruang untuk ALLAH waktu bekerja atau bermain?


Kerana… Kita merasakan diwaktu itu kita mampu dan sewajarnya mengurus sendiri tanpa bergantung pada NYA.

Semoga ALLAH mengampuni aku kerana menyangka……

Bahawa nun di sana masih ada tempat dan waktu dimana ALLAH bukan lah yang paling utama dalam hidup ku. (nauzubillah)


Kita sepatutnya senantiasa mengenang akan segala yang telah DIA berikan kepada kita.

DIA telah memberikan segala-galanya kepada kita sebelum kita meminta.

RENUNGKANLAH

Sebarkan lah seandaianya ANDA BENAR-BENAR MENGHAYATI!!!

Ya aku CINTA ALLAH ...

Dia adalah sumber kewujudanku dan Penyelamatku




IA lah yang mengerakkan ku setiap detik dan hari. TanpaNYA aku adalah HAMPAS yang tak berguna.

Ini adalah ujian yang mudah.

Kalau anda benar meyintai ALLAH dan tidak berasa malu akan segala kebaikan yang telah diberi ALLAH kepada mu…

Kirimkan kepada 10 orang dan kepada pengirim anda

Sekarang!!! Anda ada masa kah untuk berbuat demikian?

Pastikan anda scroll hingga ke penghabisan.

Susah vs. Senang

Kenapa susah sangat nak sampaikan kebenaran ?




Kenapa mengantuk dalam MASJID tetapi sebaik saja selesai ceramah kita segar kembali?

Kenapa mudah sekali membuang e-mail agama tetapi kita bangga mem "forward" kan email yang tak senonoh?

Hadiah yang paling istemewa yang pernah kita terima.

Solat adalah yang terbaik....

Tidak perlu bayaran , tetapi ganjaran lumayan..

Notes: Tidak kah melucukan betapa mudahnya bagi manusia TIDAK Beriman PADA ALLAH setelah itu hairan kenapakah dunia ini menjadi neraka bagi mereka.




Tidakkah melucukan bila seseorang berkata " AKU BERIMAN PADA ALLAH" TETAPI SENTIASA MENGIKUT SYAITAN. (who, by the way, also "believes" in ALLAH ).




Tidakkah melucukan bagaimana anda mampu hantar ribuan email lawak yang akhirnya tersebar bagai api yang tidak terkawal., tetapi bila anda hantar email mengenai ISLAM , ramai orang fikir 10 kali untuk berkongsi?




Tidakkah melucukan bagaimana bila anda mula menghantar mesej ini anda tidak akan menghantar kepada semua rakan anda kerana memikirkan apa tanggapan mereka terhadap anda atau anda tak pasti samaada mereka suka atau tidak?.




Tidakkah melucukan bagaimana anda merasa risau akan tanggapan orang kepada saya lebih dari tanggapan ALLAH terhadap anda.

Monday, 10 December 2007

Pau Mustika Hati sampai ke London



Kak Mus terima permintaan 5,000 biji sehari selepas sertai Pusat Internet Desa

NAMA Musringah Ismon, 50, pernah disebut di Parlimen beberapa bulan lalu kerana kisah kejayaannya meningkatkan pendapatan berlipat kali ganda melalui jualan kuih pau kira-kira 5,000 biji sehari selepas menyertai program Pusat Internet Desa (PID) Sungai Air Tawar, Sabak Bernam, Kuala Selangor.

Kisah kejayaan beliau diceritakan sendiri Timbalan Menteri Tenaga, Komunikasi dan Multimedia, Datuk Shaziman Abu Mansor. Daripada menjual secara kecil-kecilan dan hanya menghantar pau ke gerai kopi berhampiran rumahnya menggunakan basikal, Musringah kini memiliki van sendiri.

Pesanan yang diterima juga semakin bertambah bukan saja daripada individu atau syarikat di sekitar kawasan Sabak Bernam dan Selangor, malah bungkusan pau yang menggunakan label Mus Pau juga dipasarkan ke kedai ternama dan turut dibawa ke luar negara.

Musringah atau lebih mesra disapa dengan panggilan Kak Mus berkata, permintaan diterima daripada isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor untuk dihantar ke London dan United Kingdom.

Walaupun pesanan yang diterima tidak banyak, namun pau dikirim setiap bulan sudah cukup membanggakan wanita cekal itu dan menjadi pendorong untuk beliau terus berusaha.




"Saya ni buta teknologi. Semuanya pun berlaku secara kebetulan kira-kira dua tahun lalu apabila seorang pegawai Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) datang memaklumkan mengenai program PID yang dikelolakan Kementerian Tenaga, Komunikasi dan Multimedia.

"Melalui program itu, semua pengusaha produk industri kecil sederhana (IKS) berpeluang memasarkan produk mereka di internet. Alhamdulillah, selepas menyertainya, pesanan yang diterima semakin bertambah," katanya.

Kini, sebanyak 42 PID diwujudkan di seluruh negara sejak 2003 dan mula dikunjungi 56,000 pengunjung termasuk dari luar negara yang kebanyakannya terdiri daripada petani dan peladang yang berminat untuk memasarkan produk melalui internet.

Selepas menyertai program itu, kilang milik wanita yang pernah dinobatkan sebagai Tokoh Wanita Cemerlang Selangor 2004 itu kini menghasilkan 4,000 hingga 5,000 biji pau sehari dengan bantuan tujuh pekerja terdiri daripada suri rumah dan ibu tunggal di kawasan berkenaan.

"Saya kecewa kerana permintaan dari luar Selangor yang diterima terpaksa ditolak kerana jumlah pengeluaran sebanyak 5,000 biji sehari masih tidak mampu memenuhi pesanan berkenaan," katanya.

Wanita yang aktif dalam pelbagai aktiviti kemasyarakatan di kawasannya itu sememangnya mempunyai semangat untuk memperkembangkan lagi perusahaannya sehingga pernah dinobatkan sebagai Usahawan Jaya Industri Asas Tani Peringkat Jabatan Pertanian tahun lalu. Sebagai ganjaran, Kak Mus dibawa ke Surabaya, Indonesia baru-baru ini bagi melihat bagaimana industri kecil di sana diusahakan.

Ditanya punca beliau membabitkan diri dalam bidang itu, katanya ia bermula kerana beliau sendiri sukakan makanan itu.

Sebelum ini, katanya asalkan terdengar peniaga pau di kawasan Sabak Bernam, Kak Mus dan suami, Mohd Nor Mosnan, 59, pasti akan singgah ke gerai berkenaan hanya untuk merasai keenakan pau.

"Kalau kuih pau yang dibeli itu enak, saya akan beli setiap hari. Apabila pulang ke rumah, saya akan buat mengikut adunan sendiri sehingga mendapat rasa serupa.

"Bukan senang hendak menghasilkan kuih pau yang putih gebu dengan inti yang sedap. Bertahun saya menuntut, kadangkala apabila minta resipi daripada peniaga, mereka jarang hendak berkongsi," katanya.

Sambil tertawa, beliau sendiri mengakui dirinya juga sukar dipujuk jika ditanya resipi kuih pau buatannya yang terkenal di Parit Baru Darat, Sabak Bernam hingga ke London dan United Kingdom.

Malah, selepas dipujuk berkali-kali, Kak Mus tetap menyimpan rahsia keenakan kuih paunya.

Katanya, pau antara kuih yang agak sukar untuk dihasilkan, jika yis yang digunakan sudah lama, kadangkala kuih yang dihasilkan tidak akan naik gebu.

"Bukan itu saja, keadaan cuaca yang sejuk juga turut mempengaruhi adunan kuih," katanya sambil menunjukkan beberapa biji pau yang dihasilkan tidak menjadi hanya kerana cuaca redup ketika itu.

Malah, Kak Mus juga memberitahu, pau perlu dihasilkan dalam keadaan hati yang gembira dan tenang kerana jika tidak ia pasti akan menghampakan pembuatnya.

"Tak tahulah apa kaitannya tetapi keadaan itu benar-benar berlaku kerana pernah satu hari, seorang pekerja saya mempunyai masalah dan diam membisu sehinggakan kami semua tidak berani menegur. Apabila pau siap, semua terpaksa dibuang kerana adunannya bantat (tidak kembang dan gebu)," katanya.

Selain itu, rahsia keenakan pau juga terletak pada intinya. Tidak hairanlah mengapa Kak Mus tidak betah membiarkan orang lain menyiapkan inti pau jualannya.

"Sibuk macam mana pun Kak Mus tetap menyingsing lengan turun ke dapur menyiapkan inti pau. Daripada membersihkan kacang merah, merebus dan mengadun malah menghasilkan sambal pedas untuk inti ayam, daging dan sardin turut dilakukan sendiri," katanya.

Mus Pau yang bakal dipasarkan dengan nama baru, Pau Mustika Hati selepas menerima kelulusan dari Jabatan Standard Malaysia dan Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (Sirim) dengan lapan perisa iaitu kacang merah, kaya, ayam, daging, pandan, sardin, kelapa dan strawberi.

Setiap kali proses penghasilan inti, Kak Mus akan menyiapkan kira-kira 30 kilogram (kg) inti. Inti kaya dan kacang merah akan dibuat lebih berbanding inti lain kerana ia boleh disimpan lebih lama.

"Prosesnya rumit. Kacang merah misalnya direbus sehingga empuk kemudian dikisar halus sebelum direneh bersama bahan lain sehingga kering selama dua hari. Semuanya Kak Mus biarkan reneh di atas dapur selama dua hari bagi memastikan intinya betul-betul masak dan tidak mudah rosak," katanya.

Selepas 19 tahun menerokai pau, semangat Kak Mus untuk mengembangkan lagi perniagaannya semakin berkobar-kobar. Beliau juga berhasrat untuk melihat perniagaan yang diusahakan dengan hanya bermodalkan RM50 itu diwarisi generasinya.

"Harapan saya tentulah mahu mengembangkan lagi perniagaan ini. Bagaimanapun, kekangan modal dan tenaga yang semakin berkurangan membataskan niat itu," katanya.

Kak Mus memberitahu, untuk menambah pengeluaran, beliau memerlukan sebuah mesin berharga RM150,000 yang boleh melakukan semua proses pembuatan pau daripada menguli sehingga membentuk pau.

"Walaupun sudah diiktiraf sebagai perusahaan produk berkekalan dan usahawan industri kecil sederhana (IKS) yang boleh bergerak sendiri, nilai RM150,000 itu masih terlalu besar bagi saya," katanya.

FAKTA NOMBOR
Pau Mustika Hati

5,000 - Pengeluaran sehari
7 - Jumlah pekerja
RM50 - Modal permulaan
19 - Jumlah tahun menerokai penghasilan pau

Friday, 7 December 2007

Rezeki ada di mana-mana





DALAM surah al-Jumu’ah ayat ke-10 Allah berfirman: Dan apabila selesai mengerjakan sembahyang, kamu boleh bertebaran di muka bumi dan carilah kurnia Allah yang memperlihatkan kepada kita bahawa sebagai umat Islam, mencari rezeki itu tidak boleh dipermudahkan, sama juga seperti menunaikan rukun Islam kedua iaitu sembahyang.

Merujuk kepada ayat di atas, nyata bahawa setiap manusia di muka bumi ini disaran supaya menggunakan masa sebaiknya untuk mencari rezeki dalam bidang masing-masing.

Oleh itu, soal perbezaan taraf hidup, kemiskinan dan sebagainya tidak boleh dipertikaikan oleh kita sebagai manusia yang bebas mencari rezeki dengan jalan yang halal.

Pelbagai pekerjaan boleh kita lakukan berdasarkan kemampuan kita. Pelbagai bidang boleh kita ceburi berlandaskan kelulusan yang kita miliki.

Bagi yang kurang bernasib baik dalam bidang akademik, mungkin mereka mempunyai kelebihan dalam bidang lain seperti kemahiran dan sebagainya.

Tidak mustahil juga mereka yang mempunyai kekuatan tenaga berjaya dalam hidup mereka asalkan ada keinginan untuk bekerja, gigih dan tidak memilih pekerjaan.

Yang menjadi masalahnya sekarang ialah kemiskinan atau kesusahan hidup itu berpunca daripada sikap kita sendiri. Ada yang mahu mencari keuntungan dengan cara yang mudah iaitu tanpa bekerja gigih. Ada yang sanggup menipu dan menindas orang lain. Malah tidak kurang juga yang asyik berpeluk tubuh sehingga peluang yang ada di depan mata direbut oleh orang lain.

Bagi negara yang penduduknya berbilang kaum seperti Malaysia, peluang mencari kesenangan hidup terbuka luas. Tidak kira apa kaum sekalipun, peluang mencari ilmu, meneroka bumi yang kaya dengan pelbagai hasil ini tidak terbatas asalkan apa yang diteroka itu merupakan milik mereka yang sah.

Ketidakseimbangan ekonomi dan taraf hidup antara kaum-kaum di mana-mana sahaja dapat dikesan daripada kelemahan sikap bangsa itu sendiri. Allah berfirman dalam al-Quran: Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, kecuali kaum itu sendiri yang mengubahnya.

Malangnya, ada di kalangan kita yang sering menyalahkan kaum-kaum tertentu kerana lebih senang dalam kehidupan atau ekonomi mereka sedangkan kelemahan atau punca kekurangan itu terletak kepada kita sendiri. Rasa curiga terhadap kaum-kaum lain tidak digalakkan dalam Islam.

Jika kita asyik menyalahkan kaum-kaum lain yang lebih berjaya tanpa disertakan dengan usaha untuk cuba menyamai atau menandingi, sampai bila-bila pun kita akan ketinggalan. Lebih buruk lagi apabila ada rasa cemburu yang menguasai diri sehingga sanggup membelakangkan undang-undang.
Oleh: M. JASNI MAJED

Wednesday, 5 December 2007

DOA SEWAKTU BERSUJUD DAN KEISTIMEWAANNYA


DOA SEWAKTU BERSUJUD DAN KEISTIMEWAANNYA

Sewaktu bersujud, kita berada amat hampir dengan Allah. Katakanlah apa
sahaja di dalam hati hajat kita sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah
s. a. w. yang biasa memanjangkan sujudnya dengan memperbanyakkan zikir dan
doa didalamnya.

Sabda Rasulullah s. a. w :- "Suasana yang paling hampir antara seseorang
hamba dengan Tuhannya ialah di kala ia bersujud kerana itu hendaklah kamu
memperbanyakkan doa di dalamnya."

Banyak doa yang diamalkan oleh Rasulullah untuk kita ikuti. Salah satunya
yang paling baik untuk diamalkan ialah doa yang dibaca sewaktu sujud akhir
dalam solat.

"Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal, imam yang
benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi,
hati yang bersih dan kejayaan yang besar."

Semoga dengan mengamalkan doa itu kita mendapat manfaat atau
sekurang-kurangnya menjadi cita-cita kita dalam mencari keredhaan Allah
dunia dan akhirat.

Banyak kelebihan memanjangkan sujud dan memperbanyakkan doa di dalamnya.
Rasulullah s. a. w biasa berbuat begitu sehingga pernah para sahabat hairan
kerana lamanya baginda bersujud.

Keistimewaan umatnya yang bersujud telah disebut oleh baginda dalam
sabdanya yang bermaksud:-

"Tiadalah ada seorang umatku melainkan aku yang akan mengenalinya di hari
kiamat"

Mendengar itu para sahabat bertanya: "Bagaimanakah engkau dapat mengenali
mereka dalam khalayak ramai wahai Rasulullah?"

Jawab baginda: "Tidakkah engkau melihat seandainya sekumpulan unta
dimasuki oleh seekor kuda yang amat hitam, sedang di dalamnya pula
terdapat sekor kuda putih bersih, maka adakah engkau tidak dapat
mengenalinya?"

Sahabat Menjawab: "Bahkan !" Rasulullah menyambung: "Kerana sesungguhnya
pada hari itu (kiamat) muka umatku akan putih (berser-seri) disebabkan
mereka bersujud (di dunia), segala anggota mereka ( terutama anggota
wudu') putih berseri-seri oleh cahaya wudhu' !!!"

KEISTIMEWAANNYA
---------------------
Ahli neraka juga mendapat keselamatan kerana bekas sujudnya. Rasulullah s.
a. w. bersabda yang bermaksud:-

"Apabila Allah hendak melimpahkan Rahmat (kebaikan) kepada ahli-ahli
neraka yang Dia kehendaki, Dia pun memerintahkan malaikat supaya
mengeluarkan orang-orang yang menyembah Allah, lalu mereka dikeluarkan dan
mereka dikenali dengan kesan-kesan sujud (di dahi mereka), di mana Allah
menegah neraka memakan
(menghapuskan) bekas-bekas sujud itu, lalu mereka pun keluar dari neraka,
maka setiap tubuh anak Adam akan dimakan api neraka selain bekas sujud"

Begitulah Allah memuliakan hamba-Nya yang bersujud. Orang yang sujud
mendapat keistimewaannya apatah lagi di dalam sujud itu kita berdoa. Sudah
tentu mendapat perhatian yang sewajarnya. Semoga kita akan menjadi hamba
yang benar-benar mendapat rahmat.

Wassalam.



"Tunjangkanlah resah mu di dada SOLAT, Himpunkan perit mu di genggaman DOA,
Tutupi kekecewaan mu dgn keTAQWAan dan Nilaikan kesucian hati mu dgn keIKHLASAN hati."

Tuesday, 4 December 2007

Satu lagi ebook yang anda boleh buat duit dengannya!


Salam sejahtera,

Saya ingin berkongsi dengan anda satu lagi peluang buat duit dengan hanya mengedarkan ebook percuma. Ini bukan kali pertama saya berkongsi peluang anda dan saya tahu ramai juga yang telah berjaya. Apa yang penting, anda mesti ada akaun Paypal untuk membolehkan anda menerima pembayaran komisennya.

Baiklah, seorang Internet Marketer terkemuka dunia iaitu Mike Filsaime sekali lagi muncul dengan ebook laporannya The Death of Network Marketing. Ebook ini ditulis bersama Dr Ellie Drake yang merupakan pakar pemasaran network dan MLM.

Dapatkan laporan percuma ini yang menerangkan ancaman terhadap pemasaran rangkaian seperti MLM dan bagaimana anda boleh buat persediaan menghadapinya.

Laporan ini ringkas (45 mukasurat) dan menarik isinya. Jadi dapatkannya segera dengan klik di sini: http://www.the-death-of-networkmarketing.com

Bagaimana anda boleh mendapat keuntungan daripada ebook ini? Mudah sahaja.

Pertama sekali, klik pada link yang saya berikan ini dan daftarkan nama serta email anda. Anda akan diberi kod untuk memasuki laman web tersebut untuk mendaftar. Berikan segala butiran yang diminta dan ikuti segala arahan mudah yang diberikan.

Apabila selesai, anda akan diberikan kod affiliate. Sebarkan maklumat dan kod affiliate ini kepada seramai mungkin rakan dan kenalan anda. Bagi setiap laporan ebook ini yang di download, anda akan menerima komisen USD0.25 (lebih kurang 85 sen). Bukan itu sahaja, anda akan menerima tambahan USD0.25 (2nd tier) lagi bagi setiap download yang berjaya dihasilkan oleh rakan yang telah mendaftar di bawah anda!

Terpulang kepada anda untuk rebut peluang ini yang hanya terbuka sehingga 15 Januari 2008.

Klik di sini untuk menyertai program ini: http://www.the-death-of-networkmarketing.com

Monday, 3 December 2007

Rahmah bersemangat niaga sejak kecil


Pelaburan khidmat kad kesetiaan Real Rewards berbaloi hasil pengorbanan, usaha gigih lapan tahun

MINAT berniaga mula dipupuk sejak kecil apabila saban hari beliau melihat kegigihan dan ketekunan ibunya menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan menjual barangan runcit, selain menerima tempahan kraf tangan yang diperbuat daripada daun mengkuang dan pandan.

Bermula daripada pendedahan itu, beliau mulai mewarisi bakat ibunya menganyam mengkuang untuk dijadikan kraf tangan seperti tikar, tudung saji dan beg duit untuk dijual kepada penduduk Kampung Assam Jawa di Kuala Selangor.

Hari ini, Datin Rahmah Kassim, 51, menjadikan bidang perniagaan sebagai kerjaya dengan menerajui Electronic Commerce Technology Sdn Bhd (ECT) yang mengendalikan kad kesetiaan Real Rewards - membabitkan 4.3 juta pemegang kad di seluruh negara.

Pengarah Eksekutif ECT itu berkata, beliau juga seperti ahli perniagaan lain yang perlu berkorban dan berdepan pelbagai rintangan sebelum menikmati kejayaan pada hari ini.

Sebenarnya, kata beliau, perniagaan adalah bidang yang mencabar, memerlukan kesabaran dan perlu bijak mengatasi serta mencari langkah penyelesaian bagi setiap halangan ditempuhi.
SEMAK: Rahmah memastikan setiap data yang disimpan tidak silap.

“Bagi saya, tidak ada perkara atau masalah yang tidak dapat diselesaikan, yang penting kita perlu tenang dan seterusnya mencari jalan keluar. Kita juga perlu terus bersikap positif dan menganggap setiap masalah adalah satu peluang,” katanya ketika ditemui di Subang Jaya, baru-baru ini.

Berkat minat yang mendalam dalam perniagaan, akhirnya mendorong Rahmah meninggalkan jawatan pegawai bahagian insurans di Bank Negara Malaysia (BNM) pada 1997 selepas berkhidmat hampir 20 tahun.

“Selepas berhenti daripada BNM, saya mempunyai masa fleksibel dengan keluarga dan diri sendiri. Dari situ, saya mula terfikir untuk bekerja sendiri dan merealisasikan impian.

“Bila peluang ada, saya bersama sekumpulan rakan duduk berbincang untuk menjalankan program berasaskan kad kesetiaan pada 1999.

“Pada 2000, kami memeterai perjanjian dengan Telekom Malaysia, iaitu rakan niaga pertama bagi program kad kesetiaan ini. Dari sinilah perniagaan syarikat berkembang dan kini ia sudah enam tahun beroperasi,” katanya.

Anak kedua daripada enam beradik itu, turut dibantu suaminya, yang juga Pengerusi ECT, Datuk Shamsuddin Hayroni. Mereka juga terbabit dalam bidang pembinaan dengan memajukan projek hartanah di Bangi dan Salak Tinggi.

Rahmah berkata, minat yang mendalam dalam bidang teknologi maklumat (IT) mendorongnya menubuhkan ECT yang mengendalikan kad kesetiaan Real Rewards menerusi pengaplikasian teknologi IT.

Katanya, walaupun RealRewards berkonsepkan kad kesetiaan, ia bukan sesuatu yang mudah untuk mengendalikannya, kerana perniagaan itu perlukan kemahiran dan kepakaran IT.

“Justeru, kepakaran untuk mengendalikan Real Rewards dibangunkan secara tempatan dan ternyata ia berkesan dan mampu disesuaikan mengikut keperluan serta kehendak pelanggan iaitu rakan niaga kami seperti kemudahan menebus ganjaran,” katanya.

Rahmah berkata, konsep kad kesetiaan bukan perkara baru kerana ia sudah lama diamalkan di luar negara dan kebanyakannya amat berjaya seperti kad kesetiaan Nectar dari United Kingdom .

Katanya, kunci kejayaan bagi kad kesetiaan adalah menerusi rangkaian rakan niaga yang stabil dan kukuh bagi membolehkan ahli mereka mendapat manfaat ganjaran bagi setiap pembelian.

“Justeru, saya perlu mengadakan promosi berterusan. Buat masa ini kami mempunyai tiga trak penebusan bergerak yang bergerak di seluruh negara mengikut jadual yang ditetapkan.

“Dengan cara ini kami dapat mendekatkan aktiviti penebusan dengan ahli yang tidak dapat ke pusat penebusan kami di Mid Valley, Kuala Lumpur,” katanya.

ECT kini terus mendapat sambutan apabila keahliannya mencecah lebih 4.3 juta pelanggan berbanding 2.4 juta sejak mula beroperasi pada pada 2000.

“Saya selalu berpesan kepada lebih 100 kakitangan untuk bergerak 10 kali lebih pantas daripada saya kerana perniagaan ini memerlukan kita supaya sentiasa kreatif dan bijak mengatur strategi," katanya.

Ditanya bagaimana syarikat mampu meraih keuntungan daripada perniagaan seumpama itu, Rahmah berkata rakan niaga akan dikenakan bayaran bagi perkhidmatan yang disediakan syarikat.

“Perniagaan ini banyak peluang. Kami akan sediakan pelbagai barangan untuk tebusan pelanggan yang dibeli secara pukal antaranya dari China, Singapura serta pembekal tempatan,” katanya.


ECT wujud kad remaja tahun depan

ELECTRONIC Commerce Technology Sdn Bhd (ECT), pengendali kad kesetiaan Real Rewards, mensasarkan pemegang kadnya meningkat kepada enam juta orang menjelang akhir tahun depan daripada 4.3 juta ketika ini.

Pengarah Eksekutifnya, Datin Rahmah Kassim , berkata syarikat akan memperkenalkan beberapa program baru bagi menarik lebih ramai ahli baru serta meningkatkan manfaat bagi pemegang kad sedia ada.

Katanya, ECT juga merancang menambah lima lagi rakan niaga tahun depan, sebagai tambahan kepada lebih 50 rakan niaga sedia ada, antaranya Petronas, Carrefour, Ambank, Bank Islam dan hotel.

“Kami akan terus memberi fokus untuk meningkatkan rakan niaga, pada masa sama mengekal dan mengaktifkan pelanggan sedia ada menerusi pelancaran program baru tahun depan," katanya ketika ditemui di Subang Jaya, baru-baru ini.

Rahmah berkata, sebagai menghargai pelanggan setianya, syarikat akan menawarkan kad pembayaran pasca bayar kepada 20,000 orang daripada keseluruhan ahli Real Rewards yang paling aktif menggunakan kad itu, bulan depan.

Ketika ini, katanya kira-kira 50 peratus daripada 4.3 juta ahli dikenal pasti amat aktif menggunakan kad termasuk menebus mata ganjaran dan mempunyai keupayaan daripada aspek kewangan.

“ECT akan bekerjasama dengan AmBank dan MasterCard bagi melancarkan kad pembayaran pasca bayar ini. Dengan kad ini, ahli boleh membeli-belah atau berbelanja di semua 50 rakan niaga kami dengan syarat mereka perlu menambah nilai dari RM30 hingga RM10,000.

“Penambahan nilai ini boleh dilakukan di semua cawangan AmBank dan stesen e-pay yang memaparkan logo NexG Top-Up,” katanya.

Sementara itu, Rahmah berkata ECT juga merancang untuk memperkenalkan satu lagi konsep kad pembayaran pasca bayar untuk remaja dengan keistimewaan khusus, awal tahun depan.

Katanya, usaha yang akan dibuat dengan kerjasama dengan Ambank, itu melihat kepada potensi pasaran yang besar, khususnya remaja yang dikenal pasti mampu merangsang pertumbuhan Real Rewards.

Saturday, 1 December 2007

Kisah jutawan



Pinjaman $20,000 Menjadi Jutaan Dollar?


Nama : Jonathan Elvidge

Warganegara : England

Umur : 27 tahun apabila beliau membuka The Gadget Shop di Hull, England
1991.

Idea Jutawan : Kedai dipenuhi dengan gadget (perkakas) pelik seperti
topeng
mahluk asing, lampu lava dan googles pandangan malam.

Modal mula : Jonathan membuat sedikit wang dengan menjual rumahnya
tetapi
beliau memerlukan $20,000. Beliau meminjam dengan bank melalui skim
usahawan.

Bagaimana idea digerakkan : Menyewa satu unit kedai di pusat membeli
belah diHull.

Jualan : Bermula dengan hanya satu kedai di Hull. Menjalin kerjasama
dengan Andrew
Hobbs, yang membeli separuh asset syarikat beliau. Pada akhir tahun
pertama,
mereka mempunyai 3 buah kedai. Hari ini, 31 cawangan seluruh England.
Produk
yang menjadi kegilaan ialah lampu lava.

Pendapatan : Empayar bisnes beliau kini berjumlah lebih $50 juta.

Apabila Jonathan Elvidge diberhentikan kerja oleh majikannya disebuah
syarikat
telefon di Hull, beliau membuat keputusan untuk membuka bisnes
sendiri.

Kegemaran beliau pada gadget dan rancangan TV the Fall and Rise of
Reginald Perrin,
memberikan satu idea buat duit kepada beliau. Satu hari beliau hendak
membelikan
kawannya hadiah hari jadi, tetapi kerana kekurangan pilihan
membuatkannya nekad
untuk membuka kedai gadgetnya sendiri. Beliau membuat kajian produk dan
setelah
berjaya meminjam $20,000 daripada bank beliau menyewa sebuah unit kedai
dipasaraya
Hull.

Pada hari pertama membuka kedainya, hanya beliau, seorang kawan dan
penjaga bayi
yang melayan pelanggan. Oleh kerana Jonathan tidak tahu untuk
berunding,
beliau telah bersetuju untuk menyewa unit kedai tersebut pada harga
yang agak
mahal $30,000 setahun. Ini menyebabkan beliau hanya dapat pulangan
modal walaupun
bekerja 60 jam seminggu. Beliau mahu membuka lebih banyak kedai tetapi
modalnya
tidak cukup.

Andrew Hobbs, orang yang bertugas menyewakan unit kedai tersebut mahu
menjalin
kerjasama. Jonathan bersetuju dan pada akhir tahun pertama mereka telah
membuka
dua buah lagi kedai. Jonathan menghabiskan banyak masanya menjelajah ke
pesta
perdagangan untuk mencari produk. Jonathan telah bertukar daripada
seorang operator
menjadi jutawan dengan nilai asetnya mencecah $50 juta!





Mengajar anak Matematik akhirnya jadi jutawan!

Nama : Judith Bliss
Warganegara : Amerika Syarikat
Umur : 48 tahun

Idea bodoh : Mereka cipta komputer games yang menolong kanak-kanak
belajar
matematik. Idea beliau ialah satu pengembaraan dengan kuiz matematik.
Beliau
memanggil game tersebut ‘Math Magic”

Modal mula : Tidak diketahui
Bagaimana idea digerakkan : Membuka bisnes sendiri – Mindplay.
Menjual Math Magic
dan terus merekacipta beberapa komputer games.

Jualan : Menjual disekolah-sekolah – melalui pos!

Pendapatan : $1.4 juta pada tahun pertama.

Judith Bliss berasal dari keluarga yang miskin. Ayahnya suka berjudi
dan akhirnya
disumbatkan kepenjara kerena merompak, semasa Judith berumur 11 tahun.
Ibunya
terpaksa mengambil upah membasuh baju dan membuat kerja berat untuk
hidup.

Judith yang tahu betapa pentingnya pelajaran berjaya mendapat ijazah
dalam
matematik dan beliau mendapat pekerjaan sebagai komputer programmer.
Beliau
berkahwin dan mempunyai seorang anak, David. Apabila David berumur 4
tahun
segala-galanya berubah.

David selalu merungut bahawa beliau merasa bosan disekolah tetapi
cikgunya
berkata David sengaja tidak mahu belajar. Walaupun begitu, Judith
mendapati
anaknya suka bermain komputer beliau selama berjam-jam lamanya. Ini
memberikan
beliau satu idea. Bagaimana jika beliau dapat mencipta satu program,
yang
mengandingkan satu pengembaraan dengan menjawab soalan-soalan
matematik?

Satu komputer game yang boleh menjadikan belajar matematik sesuatu yang

menyeronokkan? Jadi, beliau telah mencipta satu program untuk
melepaskan satu
mahluk yang comel dari penjara seorang nenek kebayan dengan menjawab
soalan-soalan
matematik. Kalau tidak mahluk tersebut akan dipenjarakan selamanya.

Ianya berjaya! Anaknya, David sangat suka dengan program tersebut dan
hanya
3 bulan sahaja keputusan peperiksaannya meningkat. Ini membuat Judith
terfikir
jika program tersebut boleh menolong anaknya, ianya pasti boleh
menolong
kanak-kanak yang lain.

Oleh itu beliau menubuhkan syarikatnya sendiri dan mencipta program
Math Magic!

Jiwa jutawan bersemangat kental dan tidak mudah mengaku kalah, walau
apa pun
rintangan yang datang, anggaplah ianya satu ujian dan anda terus maju
ke depan!

Friday, 30 November 2007

Kepayahan Fezcala Impact terbayar



MEMANCING kepercayaan orang ramai terhadap perkhidmatan yang belum begitu di kenali iaitu hiasan dalaman, pada tahun 90an yang lalu, pasti cabarannya lebih besar berbanding memulakan perniagaan yang sudah dikenali dan jelas perkhidmatannya seperti dobi atau kelas tuisyen.

Perkhidmatan yang ketika itu dilihat terlalu remeh dan hanya dilakukan oleh pihak yang kaya raya, boleh dilakukan oleh sesiapa saja menerusi sentuhan cita rasa sendiri atau dengan hanya meniru apa yang terpapar dalam majalah, antara cabaran perlu dihadapi Pengarah Fezcala Impact Sdn Bhd, Fauzeah Yusof.

Bagaimanapun kepayahan itu sebaliknya memiliki hikmah tersendiri. Katanya, cabaran itulah akhirnya membawa nama syarikat cepat terkenal kerana tidak banyak yang menerokai bidang berkenaan menjadikan persaingan kurang rumit.



"Saya tahu perniagaan itu agak sukar pada peringkat permulaannya kerana di negara ini ia belum begitu dikenali. Malah ada yang berpendapat ia tidak memberi jaminan masa depan tetapi saya ingin pastikan apa yang diperkatakan itu adalah tidak benar sama sekali. Selain tanggapan orang ramai, ada pengeluar fabrik enggan menjual kepada syarikat kecil kerana tidak mahu eksklusif produk ditawarkan tampak murah.

"Saya akui dua tahun pertama membuka syarikat kecil di Taman Tun Dr Ismail berbekalkan modal RM5,000 membeli mesin jahit, saya kerja memang tidak kenal penat lelah. Kata orang asal ada saja tempahan saya pasti akan siapkan sendiri tetapi apabila semakin ramai pelanggan yang percaya dengan hasil kita, maka saya memberanikan diri mengupah pekerja," katanya ketika ditemui di syarikatnya di Kampung Pandan baru-baru ini.

Fazcala Impact syarikat menjurus kepada hiasan dalaman ditubuhkan pada 1994 lalu melebarkan sayapnya dalam pengubahsuaian pada 1999. Antara projek dijayakan termasuk hiasan dalaman dan luaran hotel, resort dan pejabat.

Bekas pramugari penerbangan Malaysia ini berkata, keberaniannya membuka perniagaan hanyalah berdasarkan minat dan gerak hati. Katanya, tujuh tahun berkhidmat sebagai pramugari membawanya ke merata destinasi, tetapi setiap lokasi di lawati, premis dan butik hiasan dalaman adalah tempat pertama dikunjungi.

"Apa yang saya peroleh hari ini bukanlah yang saya betul-betul terbayangkan sejak kecil dulu sebenarnya, kerana semasa di bangku sekolah saya menanam cita-cita menjadi pramugari kerana terbayangkan peluang terbang ke seantero dunia. Tetapi minat dalam hiasan dalaman berkembang seiring usia.

"Berbekalkan sedikit ilmu menjahit yang saya peroleh saya mengambil upah menjahit secara sambilan, dan dikalangan rakan-rakan terdekat memang saya terkenal dalam kerja halus ini. Sedikit demi sedikit saya sudah terbayang membuka perniagaan dalam bidang berkaitan dan sebagai keperluan untuk lebih maju, saya mengambil kursus hiasan dalaman di London selama dua tahun. Dengan ilmu dan minat akhirnya saya membuka syarikat sendiri," kata ibu kepada tiga cahaya mata ini.

Sungguhpun begitu syarikatnya kini boleh menarik nafas lega kerana bukan saja dikenali tetapi banyak menerima kontrak daripada sektor korporat. Bersama keupayaan lebih 12 tenaga kerja muda, beliau mempunyai sistem pengkhususan supaya setiap pekerja mahir dalam bidang tugas masing-masing selain mengelakkan berlaku masalah di kemudian hari.

"Ketika mula membuka syarikat dulu saya tidak arif mengenai bidang tugas, menjadikan seorang pekerja melakukan banyak tugas termasuk menguruskan projek, membeli fabrik dan sebagainya yang mana akhirnya pekerja berkenaan bukan saja tahu mencari peluang sebaliknya terus mengambil alih projek dengan membuka syarikat hiasan dalaman mereka sendiri.

"Benar itu pengajaran dan hari ini bila sistem pengurusan sudah semakin baik, walaupun kita tidak berada di dalam negara, tetapi masing-masing tahu bidang tugas masing-masing menjadikan tidak wujud masalah kerja. Saya memantau projek dan berhubung dengan pelanggan dan tugasan yang lain pekerja saya uruskan," katanya.

Katanya, tidak dinafikan segelintir pihak menganggap hiasan dalaman tidak penting tetapi bak kata 'rumahku syurgaku' sentuhan dalaman itu adalah adalah elemen paling mustahak untuk menghidupkan sesuatu ruang agak tampak bermaya, hidup dan tidak jemu berada di dalamnya.

"Sungguhpun arif dalam hiasan dalaman, kita bukan paksa pemilik rumah mengikut cita rasa kita, sebaliknya bertanyakan konsep rumah berkenaan, dan cara hidup isi rumah itu, sebelum menyarankan apa yang perlu dan sesuai untuk mereka pilih. Sekiranya apa yang pelanggan minat itu mungkin tidak sesuai, barulah kita memberikan idea yang lain pula.

"Saya sama sekali tidak bersetuju hiasan dalaman itu satu pembaziran. Rupa dan keadaan rumah yang elok itu sudah pasti memberikan satu ketenangan kepada pemiliknya. Kunci jaya menghasilkan hiasan dalaman yang baik pula tidak semestinya melaburkan sejumlah yang besar kerana yang paling mustahak ialah pandangan mata. Sekiranya mata berkenan maka sudah pasti memuaskan pemiliknya," katanya.

Katanya, salah satu resepi untuk berjaya dalam dunia perniagaan ialah memvisualkan masa depan dalam bidang yang diceburi, mengangankan apa yang dicitakan untuk direalisasikan pada masa yang sudah pun anda tetapkan.

"Saya tidak membayangkan untuk menjadi wanita yang kaya raya. Pada saya apa yang saya peroleh hari ini mencukupi tetapi yang menjadi kepuasan dalam diri saya ialah apabila membuka syarikat, saya berkongsi dengan orang lain yang mana membuka pintu rezeki kepada pekerja saya. Inilah kepuasan yang sebenarnya," katanya.

INFO:

Nama : Fezcala Impact Sdn Bhd
Alamat : No 11-1 Jalan 2/76 C, Desa Pandan, Kuala Lumpur
Tel : 03-9284 6515