Pages

Monday, 29 October 2007

Jutawan Printing Fitco Holdings


Pengarah Urusan Fitco sanggup berhenti kerja bagi ceburi bidang perniagaan

TEMPAHAN pertama yang diterimanya ketika mula berjinak-jinak dalam perniagaan kira-kira 20 tahun lalu ialah membekalkan 10,000 kain rentang ketika pilihan raya umum pada 1986.

Beliau yang ketika itu bekerja di bahagian perhubungan awam di Bank Islam (M) Bhd, mengambil cuti tanpa gaji semata-mata mahu menyiapkan tempahan itu.



"Pada mulanya saya mahu melantik ejen untuk menyiapkannya tetapi tiada yang sesuai, justeru, saya bersama isteri nekad melakukannya sendiri.

"Kami ambil pekerja sambilan dan bekerja 17 hari 17 malam untuk menyiapkan kain rentang yang ditempah," kata Pengarah Urusan Fitco Holdings Sdn Bhd, Ismail Md Noor.

Hasil yang diraih daripada tempahan pertama itu menguatkan lagi semangat beliau untuk terus membabitkan diri dalam bidang perniagaan.
Namun, beliau tidak terus berhenti kerja, sebaliknya hanya terbabit secara separuh masa membantu isteri jika menerima tempahan.

Setahun kemudian, sekembalinya daripada mengerjakan haji, Ismail mencuba nasib menyertai tender membekalkan gelang pengenalan kepada jemaah haji dan sehingga kini, Fitco adalah satu-satunya syarikat yang membekalkan gelang pengenalan itu kepada Tabung Haji.

Perniagaan syarikat yang semakin berkembang akhirnya mendorong Ismail meletak jawatan di BIMB pada 1990 bagi membolehkannya menumpu sepenuh masa kepada perniagaan.

Beliau dan isteri menyewa lot kedai di Jalan Ipoh. Perniagaannya semakin berkembang dengan menerima pelbagai tempahan daripada agensi kerajaan serta syarikat swasta.

Bagaimanapun seperti kata pepatah ‘langit tidak selalu cerah’ Ismail berdepan kejutan pertama pembabitannya dalam perniagaan apabila tingkat bawah dan tingkat tiga bangunan yang menempatkan kedai syarikatnya terbakar pada Julai 1996.


"Kami bernasib baik ruang kedai Fitco di tingkat dua tidak terbakar. Pada masa itu kami menerima tempahan membuat baju sempena Hari Merdeka," katanya.

Bagaimanapun bencana itu tidak mematahkan semangatnya. Beliau dan isteri terus memajukan perniagaan diceburi hingga berjaya mempunyai bangunan sendiri di Datuk Keramat kira-kira setahun kemudian.

Ismail berkata, pelbagai pengalaman pahit dan manis yang dilalui menguatkan lagi semangat beliau untuk terus gigih mengembangkan perniagaannya.

Mengamalkan sikap jangan menanggung terlalu banyak hutang, memberi manfaat kepada Ismail.

Tidak terhad kepada perniagaan berkaitan tekstil, Fitco turut menghasilkan pelbagai cenderamata berasaskan kaca, kristal, plastik dan kayu.

"Ketika mula berniaga dulu, isteri saya pernah menangis kerana tiada tempahan," katanya.

Ismail yang berasal dari Titi Gajah, Alor Star, Kedah sebelum ini pernah berhasrat untuk terbabit dalam perniagaan membuat payung.

"Saya melihat perniagaan ini berpotensi besar, malah belum ada syarikat Melayu yang mengusahakannya," katanya yang terpaksa melupakan hasratnya itu atas sebab tertentu.

Bagi beliau pembabitan dalam bidang berkaitan tekstil dan cenderamata berjaya menjadikan Fitco nama yang cukup dikenali di kalangan agensi kerajaan dan korporat.

"Kami menerima banyak tempahan membuat pakaian korporat, kemeja-t, baju seragam, banting, poster, alat tulis yang mempunyai logo syarikat atau agensi kerajaan," katanya.

Antara pelanggan Fitco ialah Kementerian Kesihatan, Jabatan Perdana Menteri, Media Prima Bhd, Felda Holdings Bhd, Ummo, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Caltex dan Petronas.

Beliau menegaskan, modal yang dilabur sedikit demi sedikit telah membawa syarikatnya ke peringkat lebih tinggi dan berkembang dengan mempunyai anak syarikat yang terbabit dalam bidang pengeluaran pakaian, pembekal, pengiklanan dan percetakan.

"Daripada RM30,000 modal syarikat ditambah kepada RM100,000 kemudian meningkat ke RM1 juta. Kini Fitco mempunyai modal berbayar RM3 juta dan dibenarkan RM5 juta," jelasnya.

Katanya, pengalaman ditipu adalah asam garam yang dilalui ahli perniagaan.

"Saya pernah ditipu apabila pelanggan tidak membuat bayaran bagi barang yang ditempah," katanya.

Bagi Ismail, seorang ahli perniagaan yang berjaya perlu mempunyai semangat kental dan tidak mudah berputus asa.

Tegas beliau, pengalaman dilalui sepanjang tempoh berniaga menjadikannya cukup mahir dalam bidang tekstil yang tidak pernah diimpikan sebelum ini.

Menuju hadapan, Ismail mahu terus mengembangkan perniagaan sedia ada menerusi sistem francais bagi menggalakkan penyertaan Bumiputera dalam bidang tekstil dan pengeluaran cenderamata.

Harapan beliau mahu menjadikan Fitco jenama yang kukuh bukan saja di dalam negara tetapi juga ke peringkat antarabangsa pada masa depan.

INFO
Fitco Holdings



Ismail mula berjinak-jinak dalam perniagaan kira-kira 20 tahun lalu.

Ambil pekerja sambilan dan bekerja 17 hari 17 malam untuk menyiapkan tempahan pertama kain rentang.
Sekembalinya daripada mengerjakan haji, Ismail mencuba nasib menyertai tender membekalkan gelang pengenalan kepada jemaah haji dan sehingga kini.

Meletak jawatan di BIMB pada 1990 bagi membolehkannya menumpu sepenuh masa kepada perniagaan.

Memiliki bangunan sendiri pada 1997 bagi menempatkan semua operasi syarikat.

Daripada RM30,000 modal syarikat ditambah kepada RM100,000 kemudian me ningkat ke RM1 juta. Kini Fitco mempunyai modal berbayar RM3 juta.

Islam anjur adil, jujur dalam urusan jual beli berdasar kepentingan pengguna


KETENTUAN dan perundangan Islam menetapkan adanya satu garis panduan mengenai kegiatan urus niaga dan sistem jual beli (muamalat), kerana dalam saat kebangkitan Islam pada zaman Rasulullah SAW kegiatan perdagangan dan perniagaan berkembang dengan pesat sekali.

Agama Islam yang suci menganjurkan supaya segala kegiatan urus niaga serta jual beli hendaklah dilakukan tidak hanya dengan niat semata-mata untuk memburu keuntungan komersial saja, tetapi apa yang ditekankan ialah dunia perniagaan mengambil kira kepentingan pengguna.

Peniaga yang adil, jujur dan ikhlas akan diberi keberkatan serta hikmah. Sabda Nabi Muhammad SAW: "Bahawa sembilan daripada sepuluh punca rezeki itu datangnya dari perniagaan serta jual beli." (Hadis riwayat Abu Hurairah)

Sabda Baginda lagi: "Adapun sebahagian daripada isi neraka Wail di akhirat kelak adalah terdiri daripada peniaga yang menipu atau mengurangi timbangan." (Hadis riwayat Muslim)

Perniagaan adalah bidang rezeki yang memerlukan kekuatan semangat dan kegigihan di samping menuntut keupayaan dalam bentuk kewangan serta modal. Perniagaan tidak saja berpotensi memberikan keuntungan serta pulangan lumayan, tetapi kerap kali membawa risiko getir dan pahit.

Disebabkan dorongan inginkan faedah atau keuntungan besar, ada peniaga mengambil kesempatan menipu atau menaikkan harga barang serta seribu satu helah yang akhirnya tentu saja akan menyusahkan pengguna.

Sehubungan itu, Islam jelas menuntut supaya peniaga menanamkan semangat kejujuran dan keikhlasan dalam urus niaga serta jual belinya untuk mendapat keberkatan serta ganjaran pahala yang besar oleh Allah.

Peniaga yang bertindak menipu, tidak jujur dan curang atau melakukan penyelewengan tipu daya serta mengurangkan sukatan/timbangan akan dijanjikan balasan dosa serta seksaan neraka yang pedih.

Suatu hari dalam perjalanan melalui sebuah pasar tempat tumpuan orang ramai membeli-belah, Nabi Muhamad SAW tiba-tiba menyentuh sebiji daripada longgokan buah-buahan yang dijual seorang peniaga Quraisy.

Sebaik buah itu disentuh Nabi SAW dengan jari beliau, maka didapati buah itu hampir lembik dan rosak. Nabi Muhammad SAW lalu memanggil tuan gerai itu seraya bertanya: �Apakah kamu sudah menjualkan buah-buah yang rosak ini sama harganya dengan buah-buah yang elok?

Peniaga itu cuba menyembunyikan ketakutan kerana sebelum itu dia bertindak mencampuradukkan buah yang baik dengan buah yang rosak lalu dijual dengan harga yang serupa. Lalu Nabi SAW cepat-cepat mengarahkan peniaga itu segera mengasingkan buah baik dan yang rosak supaya buah rosak diturunkan harganya.

Pernah seorang bertanya kepada Nabi SAW: "Saya ke pasar membeli buah, tetapi selepas cukup timbangannya tiba-tiba kelihatan sang peniaga itu dengan sengaja menyisihkan sebiji buah itu daripada bungkusannya, maka benarkah peniaga itu beruntung ya Rasulullah?

Lalu menjawab Nabi Muhammad SAW: "Sesungguhnya peniaga itu tidaklah mendapat apa-apa untung, sebaliknya tukaran daripada sebiji buah disisihkannya itu ialah bahang kepanasan api neraka."

Demikianlah beratnya hukuman ditetapkan perundangan Islam terhadap kesalahan menipu, menyeleweng atau mengurangkan sukatan dan timbangan dalam perniagaan kita sehari-hari. Namun, apakah kalangan peniaga kita hari ini mengambil iktibar daripadanya.

Suatu hal yang kurang dipraktikkan dalam urus niaga kita sekarang ini ialah sikap ambil ringan terhadap �akad� jual beli. Selesai urusan jual beli dan pertukaran barang antara peniaga serta pembeli, perlu bagi masing-masing mengucapkan 'saya jual' dan 'saya beli'.

Melalui akad itu, bererti kedua-dua pihak iaitu pembeli atau penjual sama-sama berpuas hati dengan segala bersangkutan dengan harga, mutu barangan supaya selepas itu tidak ada sebarang kekecohan berbangkit mengenai pembelian dan penjualan hingga boleh menimbulkan kekecohan antara kedua belah pihak.

Berdasar pandangan Islam, adalah tidak wajar kerana hendak mencari keuntungan besar atau demi memberikan jaminan terhadap mutu barangnya, peniaga bersumpah. Nabi Muhammad SAW bersabda bermaksud: "Sesungguhnya bersumpah-sumpah dengan nama Allah akan melakukan (melariskan) barang yang dijual, tetapi ia menghapuskan berkat dan rezeki."

Dalam sebuah hadis lain Nabi Muhammad SAW bersabda: "Pedagang dan peniaga akan dibangkitkan pada hari kiamat kelak dengan menanggung beraneka kesalahan, melainkan peniaga yang bertakwa, jujur serta ikhlas dalam perniagaannya akan dilapangkan jalan ke syurga."

Perbuatan menyorokkan barang atau menyembunyikan barang dengan niat menjual pada kadar harga tinggi adalah kesalahan yang besar dosanya.

Lantaran itu Nabi Muhammad SAW bersabda bermaksud: "Barang siapa antara peniaga yang menyorokkan barang selama 40 malam, maka hilanglah perhatian serta rahmat Allah terhadap urus niaganya."

Walaupun jelas keuntungan menjadi buruan peniaga dalam urusan jual-belinya, namun peniaga yang rela hati serta reda memberikan 'kelonggaran' atau menerima tawar-menawar dari pembeli serta pengguna akan mendapat kerahmatan Allah.

Usaha dalam perniagaannya akan diberkati, sebagaimana sabda Nabi Muhammad SAW bermaksud: "Nescaya Allah akan menurunkan rahmat pada tiap hambanya yang bertolak ansur ketika menjual, membeli dan ketika menagih hutang."

Di samping kepentingan urus niaga dan jual beli, maka sedekah juga adalah sesuatu yang dituntut Islam di samping kemurahan hati kita memberikan kebenaran seseorang pembeli atau pelanggan kita berhutang.

Sekembalinya dari Israk dan Mikraj, Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: "Bahawa aku sudah melihat di pintu syurga pada ketika aku dinaikkan ke langit, bahawa pinjaman dan memberikan hutang pahalanya meningkat hingga lapan belas kali ganda."

Segala urusan jual beli yang kita lakukan dalam kehidupan seharian sentiasa mendapat perhatian dan ganjaran pahala daripada Allah. Jika lakukan dengan jujur, ikhlas serta penuh rasa bakti terhadap sesama insan, kita berupaya membentuk masyarakat peniaga dan pengguna yang sihat dan stabil untuk kemajuan ekonomi negara.

Friday, 26 October 2007

Lim bermula sebagai tukang kayu




Merantau dari China berbekal AS$175 tersenarai antara individu terkaya di dunia

TAN Sri Lim Goh Tong yang meninggal dunia semalam, berhijrah ke Tanah Melayu dari China pada 1937 dan bekerja sebagai tukang kayu bagi mencari 'sesuap nasi' tapi kemudian mampu membina pusat peranginan bertaraf dunia di Genting Highlands pada 1965 dan muncul sebagai hartawan Asia.

Lim akan terus dikenang sebagai lelaki yang menentang arus dengan membina pusat peranginan berkenaan yang ketika itu lokasi berkenaan tidak mahu dimajukan oleh sesiapa.

Beliau yang dilahirkan di Anxi, Wilayah Fujian, China pada 28 Februari 1918, berhijrah ke Malaysia, ketika berusia 20 tahun berbekalkan wang AS$175 (RM665 nilai mata wang sekarang).

Dengan kisah hidup yang agak menarik dalam kegigihannya mencapai kejayaan, beliau akhirnya tersenarai antara sembilan rakyat negara ini sebagai The World�s Billionaires oleh majalah Forbes bagi 2007.

Beliau berada pada tangga 204 dalam senarai dunia dengan nilai harta RM14.28 bilion (AS$4.2 bilion), di belakang Tan Sri Robert Kuok (ke-104) dan Tan Sri Ananda Krishnan (ke-119).
meninggalkan seorang balu, Puan Sri Lee Kim Hwa dan enam anak juga dikenali sebagai 'Raja Kasino' tiba di negara ini selepas mengharungi perjalanan 10 hari dan bekerja sebagai tukang kayu serta menjual barang runcit sebelum membabitkan diri dalam perniagaan kontraktor kecil.

Dengan menggunakan hasil simpanan wangnya, beliau menubuhkan syarikat pertama, Kien Huat Construction pada 1951 yang kekal sebagai entiti perdana persendiriannya.

Salah satu kejayaannya ialah menjadi kontraktor kecil bagi projek pembangunan Jalan Klang Lama di Kuala Lumpur dan kemudian menyiapkan projek bernilai RM300,000 membangunkan sistem pengairan di Kuala Lumpur.

Keupayaannya itu membolehkan Kien Huat Construction menjadi kontraktor kerajaan berlesen yang memberikannya pelbagai kontrak. Antara projek yang dilaksanakan Kien Huat ialah Empangan Air Itam di Pulau Pinang, Skim Pengairan Kemubu Kelantan dan Projek Kuasa Elektrik Hidro Cameron Highlands.

Ketika menyiapkan empangan Cameron Highlands dalam 1964 beliau dikatakan melihat peluang memajukan satu pusat peranginan atas bukit berdekatan Kuala Lumpur. Pada 1965, beliau mengasaskan Genting Bhd yang diberikan lesen tunggal kasino oleh Kerajaan Persekutuan.

Kumpulan Genting kini menjadi antara konglomerat terulung Malaysia yang disenaraikan di bursa saham tempatan, Singapura dan Hong Kong dan menerusi beratus anak syarikat dan syarikat sekutunya, ia terbabit dalam pelbagai perniagaan daripada perhotelan, riadah dan peranginan, perladangan, pembinaan, minyak dan gas sehinggalah penjanaan tenaga elektrik.

Ramai yang hanya mengetahui Genting Highlands sebagai projek beliau, tetapi sebenarnya, banyak lagi projek besar seperti Empangan Ayer Hitam di Pulau Pinang, Jambatan Sultan Yahya Putra Kota Bharu dan Rancangan Pengairan Kemubu.

Selain mempunyai perniagaan kasino di Malaysia dan Britain dan sebuah lagi yang dirancang di Singapura, Kumpulan Genting juga mempunyai kepentingan dalam sektor percutian, tenaga, minyak dan gas, hartanah dan perladangan.

Anak syarikatnya yang disenaraikan di Hong Kong iaitu Star Cruises adalah pengendali kapal persiaran mewah ketiga terbesar di dunia. Anak syarikat lain termasuk Genting International yang memiliki Stanley Leisure iaitu pengendali kasino terbesar di United Kingdom.

Pada 31 Disember 2003 beliau menyerahkan empayar perniagaannya kepada anak lelakinya, Tan Sri Lim Kok Thay dan seterusnya meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Genting Berhad yang diasaskannya lebih 30 tahun lalu.

Lim yang juga seorang dermawan juga diingati melalui derma RM20 juta kepada Universiti Tunku Abdul Rahman.

Beliau juga banyak menerima anugerah termasuk Anugerah Hartanah Tahunan 2002 oleh Persekutuan Hartanah Antarabangsa (FIABCI), Pengurus Tahunan oleh Kelab Alumni Harvard Business School Malaysia 1987 dan Business Achiever of the Year oleh Yazhou Zhoukan, sebuah akhbar harian perniagaan China antarabangsa yang berpangkalan di Hong Kong.

Beliau juga melancarkan autobiografi dalam 2003 yang bertajuk My Story. Lim pernah mendedahkan 15 resipi kejayaannya sehingga menjadikan Genting Highlands Resorts sebagai pusat hiburan dan percutian terkemuka dunia.

Butik SAIF satu di Malaysia


JAUH perjalanan luas pandangan. Penubuhan Butik SAIF yang menawarkan pakaian lelaki daripada fabrik linen pertama di Malaysia adalah bukti kesungguhan pemilik yang juga Pengarah Urusannya, Saiful Sidek Abdullah sekembalinya beliau daripada lawatan ke Eropah, beberapa tahun lalu.

Meskipun, pemilik Ijazah Sarjana Muda Sastera (Sains Politik dan Psikologi) dari Universiti Kebangsaan Malaysia ini, berpengalaman luas dalam selok-belok perniagaan seperti mengendalikan restoran makanan segera, mengurus resort percutian milik keluarga, mengusaha kedai busana Muslimah, memiliki gerai makan dan bergelar kontraktor, ia bukan titik noktah baginya untuk terus membina empayar perniagaannya sendiri suatu masa kelak.

Ikuti wawancara wartawan, ZUARIDA MOHYIN tentang rahsia kejayaan beliau mengusahakan Butik SAIF yang beribu pejabat di Taman Setia Indah, Johor Bahru serta cawangan butik di Blok J-03-1, Jalan SS6/18, Dataran Glomac, Pusat Bandar Kelana Jaya, Selangor dan bakal beroperasi sementara di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sempena Perhimpunan Agung UMNO yang akan berlangsung pada awam November ini.

MEGA: Bagaimanakah perniagaan saudara bermula dan apakah keistimewaan yang ditawarkan kepada pelanggan?

SAIFUL SIDEK: Butik SAIF lahir daripada minat saya sendiri yang memang gemar memakai baju daripada fabrik linen. Saya telah buat pemerhatian dan mendapati, belum ada perniagaan, khususnya untuk kemeja lelaki linen di pasaran tempatan. Kalau ada pun ia hanyalah produk sampingan serta corak yang agak terhad kepada satu warna sahaja pada satu-satu kemeja.

Berbeza di Butik SAIF, selain kami yang pertama di Malaysia mengkhusus kepada kemeja linen, pelanggan turut ditawarkan dengan pelbagai reka bentuk dan corak yang menarik serta belum terjual di mana-mana kedai di Malaysia. Ini bermaksud, kami menyediakan kemeja linen dari Itali dan India yang eksklusif dalam erti kata, kemeja linen yang dibeli itu hanyalah terdapat sehelai sahaja di Malaysia.

Pembeli perlu difahamkan bahawa linen mempunyai pelbagai kategori dan mutu. Di Butik SAIF, kami hanya memilih fabrik linen dari Itali dan India. Ini kerana, ia cukup selesa dan menyejukkan si pemakai. Tidak seperti yang berkualiti rendah, walaupun harganya murah ia tidak selesa dipakai kerana keras dan terasa miang.

Saya mengalu-alukan kunjungan orang ramai ke Butik SAIF dan alami sendiri bagaimana ketinggian kualiti tersulam indah bersama kehalusan mutu dan keunggulan gaya. Butik SAIF boleh dihubungi di talian telefon dan faksimile 03-7805 5400

Bagaimana pula dari segi harga kerana apa yang kita ketahui fabrik linen agak mahal. Jadi bagaimana saudara menyesuaikan harga dengan kemampuan membeli rakyat Malaysia?

SAIFUL SIDEK: Kemeja linen jenama SAIF dijual dari harga RM150 hinggalah ke RM800. Bagi peminat setia linen, mereka mengetahui bahawa harga yang kami tawarkan ini sangatlah berpatutan. Kalau yang kurang berminat, harga RM100 pun dikatakan mahal. Walaupun ada daripada harganya mencecah RM800 namun ia masih murah jika dibandingkan dengan lain-lain tempat yang boleh mencecah sehingga melebihi RM1000 sedangkan, corak dan warnanya satu sahaja. Di Butik SAIF, sebagaimana yang dikatakan tadi, kombinasi warna dan corak amat menarik dipakai.

Apakah usaha yang dijalankan untuk mengembangkan lagi perniagaan atau perancangan akan datang?

SAIFUL SIDEK: Usaha yang dijalankan adalah untuk membuka cawangan-cawangan di seluruh negara. Di samping itu juga, saya sudah pun mula menghasilkan kemeja linen ini di Malaysia dengan membawa masuk fabrik mentah dari Eropah dan India dan dijahit di sini dengan corak eksklusif Butik SAIF. Jadi produk ‘glokal’ lah, iaitu bahan mentahnya dari luar tapi produk siapnya berteras dan lahir di Malaysia.

Saya juga dalam perancangan untuk membuat corak batik di atas fabrik linen ini. Walaupun masih terlalu awal, namun ia memang di dalam perancangan jangka panjang iaitu memfrancaiskan perniagaan ini. Di samping itu, saya juga akan cuba untuk mengeksport ke luar negara seperti ke Eropah, Rusia, Afrika Selatan dan negara-negara Timur Tengah. Ini kerana, negara-negara ini mempunyai ramai peminat-peminat kemeja linen.

Saya juga akan mula memperkenalkan kemeja untuk kanak-kanak lelaki jadi coraknya mungkin akan dibuat sedondon dengan ayahnya atas jenama SAIF Jr.

Dalam apa juga bidang yang diceburi soal cabaran memang tidak boleh lari. Lantaran itu, bagaimana saudara melihat hal ini secara positif agar ia menjadikan seseorang usahawan itu lebih matang, mampu bersaing serta terus bertahan? Bukan sebaliknya.

SAIFUL SIDEK: Saya berpegang kepada satu prinsip iaitu kita mesti berikhtiar semaksimum mungkin untuk menghadapi cabaran dalam perniagaan. Janganlah apabila gagal, kita menyalahkan takdir. Dalam pemahaman saya, konsep takdir itu, ia bergantung kepada sebab-akibat iaitu kalau kena sebab-akibatnya maka Allah akan menyempurnakan takdirnya.

Kalau malas berusaha, ilmu tak mencukupi, tidak buat kajian pasaran, boros apabila dah berjaya maka sebab akibat ini akan menyempurnakan takdirnya iaitu, gagal. Itulah pegangan saya selama ini.

Kita masih ada ikhtiar, iaitu kita masih ada pilihan untuk takdir kita. Allah Maha Adil, sebab itu kita lihat walaupun seseorang itu bukan beragama Islam namun kerana usahanya, Allah beri juga kejayaan kepadanya kerana sebab akibat tadi. Pendek kata, kalau masih tak berjaya atau gagal, maka kita kena muhasabah diri kita apakah yang kita lakukan ini betul atau sebaliknya. Di sini perlu ilmu dan kegigihan. Selebihnya, perbanyakkan doa dan tawakal.

Semenjak berkecimpung dalam dunia perniagaan, kepuasan yang bagaimanakah yang diperoleh dalam bidang ini?

SAIFUL SIDEK: Bercakap mengenai kepuasan, saya percaya faktor minat mesti nombor satu. Saya seorang yang minat bereksperimen serta berinovasi. Misalnya, sebagai seorang kontraktor, ia melibatkan kerja-kerja kreativiti dalam pengubahsuaian rumah atau pejabat, saya sering memberikan idea-idea kepada pelanggan. Saya juga bakal menjadi seorang penulis buku yang akan diterbitkan tidak lama lagi dan sekarang ini saya membuat perniagaan kemeja linen juga memerlukan saya kreatif dalam memilih corak-corak serta reka bentuk yang menarik. Jadi, minat ini apabila dapat direalisasi dalam perniagaan yang saya ceburi ini, maka di situlah letaknya kepuasan.

Sebagai seorang korporat Muslim, bagaimana pandangan saudara berkaitan saranan Islam iaitu 9/10 punca rezeki adalah melalui perniagaan?

SAIFUL SIDEK: Di dalam dunia sekarang ini, kita tidak boleh lari daripada dunia perniagaan. Malah dalam mentadbir negara pun perlu pandai dalam perniagaan dalam erti kata yang lebih luas iaitu ilmu ekonomi. Saya sering berkata kepada pekerja-pekerja saya, 9/10 punca rezeki itu adalah melalui perniagaan. Mereka bertanya balik, habis mereka yang makan gaji ini bagaimana? Saya katakan bahawa saya menawarkan komisen kepada mereka atas setiap kemeja yang terjual, di situ letaknya elemen perniagaan iaitu ada peningkatan pendapatan atas setiap produk yang terjual.

Oleh yang demikian, mereka tidak hanya mendapat gaji pokok, malah pendapatan mereka akan bertambah melalui komisen yang mereka peroleh. Ini suatu bentuk perkongsian dan ia adalah perniagaan sebenarnya.

Kesimpulannya, 9/10 punca rezeki adalah melalui perniagaan ini adalah hakikat yang tidak dapat kita tolak kerana semua orang boleh terdedah dengan dunia perniagaan cuma bagaimana kita mengolahnya agar jadi suatu bentuk perniagaan yang harus kita rebut.

Apakah yang mampu dibuktikan atau dilakukan oleh seseorang usahawan Muslim apabila sudah berada di puncak kejayaan demi pembangunan umat Islam, khasnya dan negara, amnya?

SAIFUL SIDEK: Semua umat Islam mempunyai taklifnya masing-masing . Seorang tukang kebun misalnya mempunyai taklif (tanggungjawab agama) menjaga kebun atau tanaman agar tumbuh dengan baik. Seorang pemandu bas mempunyai taklif membawa bas agar sampai ke destinasi dengan selamat. Begitu juga usahawan Muslim.

Bagi saya, seseorang usahawan Muslim bukan sahaja mempunyai taklif untuk mencari rezeki bagi menyara keluarga, dia juga mempunyai taklif untuk sama-sama membangun umat Islam dan negara. Caranya, bergantung kepada taklif semasanya. Misalnya, bila seseorang itu memperoleh untung sekian banyak, pertama taklifnya adalah untuk mengeluarkan zakat, tetapi dia juga bertaklif untuk membangun usahawan-usahawan yang belum berjaya bilamana sampai pada satu tahap tertentu seperti berkongsi pengalaman atau membuka kolej perniagaan, misalnya.

Kita jangan lupa, zakat adalah suatu taklif untuk pembersihan harta kita sahaja, kita masih mempunyai taklif untuk membantu sesama umat Islam dalam bentuk yang lain seperti membasmi kemiskinan dan mewujudkan peluang-peluang perniagaan dan pekerjaan. Ini adalah berdasarkan kepada sebuah hadis yang bermaksud “Barang siapa tidak mengambil berat hal ehwal umat Islam, maka ia bukan di kalangan umat Islam.”

Jika perkara ini ditekankan kepada usahawan-usahawan yang telah berjaya, maka umat Islam akan membangun dengan pesatnya.

Monday, 22 October 2007

Jutawan Kuih Raya mmm Oven Fresh


Maznah Dona terus cipta biskut, kek untuk pilihan pelanggan di MMM Oven Fresh

SEBUAH buku mengandungi resipi tradisi yang ditulis tangan milik kakaknya bagaikan 'kitab sakti'. Buku berwarna biru itu menjadi sumber inspirasi kepada wanita ini untuk terus mencuba serta mencipta pelbagai jenis biskut dan kek enak sehingga akhirnya menjadi pilihan pelanggan di premis MMM Oven Fresh.

Sejak berusia 10 tahun, Maznah Dona Mustafa, 47, sudah belajar membuat pelbagai jenis kuih tradisional termasuk semprit, talam serta pau yang diwarisi daripada nenek dan ibunya.

Walaupun sebagai anak bongsu daripada 13 beradik, tugasan di dapur turut menjadi tanggungjawabnya dan beliau tidak pernah rasa kekok kerana tugasan itu sudah menjadi rutin hariannya memandangkan adik beradik lain sibuk dengan pekerjaan dan pelajaran.

"Ketika itu, ibu memang sibuk menguruskan keluarga kami yang besar dan kakak pula dengan kerja dan pelajaran. Menjelang hari raya, bila saya minta ibu buat kuih, dia mesti tidak sempat. Jadi, saya tawarkan diri untuk menerap kuih asalkan ibu sanggup membancuh adunannya.

"Lama kelamaan, saya sendiri membancuh adunan dan kemudian belajar daripada buku resipi lama kepunyaan kakak. Saya memilih resipi mudah yang tidak memerlukan banyak bahan. Kini, saya berjaya mencipta resipi biskut yang enak dan menepati cita rasa pelanggan masa kini," katanya Pengarah Urusan MMM Oven Fresh Sdn Bhd itu ketika ditemui di Subang Jaya, baru-baru ini.

Maznah sehingga kini masih mempraktikkan resipi mudah yang mengguna pakai antara lima hingga bahan, selain tidak menggunakan sebarang bahan pengawet bagi mengekalkan cita rasa dan keenakan biskutnya.

Anak kelahiran Bukit Gelugor, Pulau Pinang itu berpendapat dalam menghasilkan biskut yang terbaik, beliau perlu mengikut sukatan bahan yang betul dan tidak sesekali mengurangkan bahan seperti gula, coklat dan mentega bagi mengekalkan kelazatannya.

"Resipi pertama yang saya cuba dan untuk dikomersialkan ialah coklat oat. Ia bukan saja amat mudah disediakan tetapi sedap dan ternyata amat diminati oleh pelanggan saya.

"Sehingga kini, saya telah menghasilkan 21 jenis biskut termasuk muffin dan kuih tradisional yang saya yakin ia menepati cita rasa pelanggan daripada peringkat dari kanak-kanak hingga orang dewasa," Maznah.

MMM Oven Fresh yang beroperasi sejak lapan tahun lalu, kini mempunyai cawangan di Mydin Mall, Subang Jaya serta dua kiosk di Kompleks PKNS Shah Alam dan Bazar Ole-ole di Seksyen 18, Shah Alam.

Syarikat itu juga kini mula mengorak langkah dengan mengeksport biskut keluarannya ke luar negara seperti China, Jepun dan United Kingdom mulai awal tahun depan, selain bakal memperkenalkan konsep francais kepada usahawan tempatan.

Begitupun, kata Maznah, graf perniagaannya tidak naik secara mendadak, sebaliknya sama seperti usahawan lain yang terpaksa mengharungi pelbagai rintangan sebelum menikmati kejayaan yang dicapai sekarang.

Beliau yang pernah bekerja sebagai pegawai bank mengambil keputusan berhenti kerja apabila berkahwin dan berkeluarga kerana mahu mengasuh semua anak, termasuk menyusukannya. Namun, minat membuat biskut dan kuih tidak terhenti setakat itu.

"Saya akan membuat biskut sambil jaga anak untuk dijual kepada rakan dan jiran secara kecil-kecilan. Namun, hasilnya tidak sekarang selepas saya melakukan penyelidikan dan pembangunan (R&D), seterusnya dijual di pasaran," katanya.

Maznah berkata, pada masa sama, beliau turut menjalankan perniagaan jualan langsung untuk menambah sumber pendapatan dan rezekinya semakin mencurah-curah, berkat sokongan dan bantuan suaminya.

"Daripada situ, saya mula mempelajari cara untuk menjual, berjumpa dan meyakinkan pelanggan. Akhirnya, saya tekad untuk menjalankan perniagaan kuih sendiri dan sebagai langkah permulaan saya menumpang di kedai kawan di Kompleks PKNS, Shah Alam menjual muffin.

"Saya dapat maklum balas memberangsangkan bagi jualan muffin ini. Bila saya tahu ada pasaran, saya tekad menyewa kedai kecil dengan berbekalkan modal RM5,000. Suami saya turut berhenti kerja untuk bersama-sama mengusahakan perniagaan ini," katanya.

Pada awal perniagaannya, pelbagai keperitan dan kesukaran ditempuhinya dalam usaha memperkenalkan biskut keluaran MMM Oven Fresh. Beliau mengikuti pameran bergerak perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan turut menjaja kuihnya di tepi pantai, stadium serta mana saja lokasi yang boleh mendatangkan rezeki yang halal.

"Bukan mudah memperkenalkan MMM Oven Fresh. Malah, saya sendiri yang mereka konsep kedai, logo dan pembungkusan produk. Saya memilih tiga warna teras yang juga bahan asas membuat kuih iaitu kuning melambangkan mentega, perang (coklat) dan putih pula ialah tepung," katanya.

Sepanjang lapan tahun berniaga, Maznah seperti usahawan lain turut berdepan masalah kewangan. Malah, beliau terpaksa menanggung kerugian hampir RM80,000 apabila cawangan MMM Oven Fresh di Tesco Shah Alam yang dibuka beberapa tahun lalu telah dirobohkan pengurusan kompleks berkenaan.

"Ketika itu saya benar-benar tertekan kerana berdepan masalah kewangan dan sewa kedai juga meningkat daripada RM3,000 kepada RM5,000 sebulan. Pihak pengurusan juga enggan menyambung kontrak sewaan sekiranya saya tidak bersetuju membayar sewa baru.

"Saya kuatkan hati dan tidak mungkin untuk berputus asa, walaupun perit melihat kedai yang menjadi punca rezeki dirobohkan. Kedai ini sebagai induk kepada saya dan sering menerima permintaan kuih yang banyak.

"Apakan daya, saya sukar mendapat bantuan daripada agensi yang lain dan terpaksa mengeluarkan wang sendiri. Bermula daripada saat itu, saya terus memasang keazaman untuk terus berusaha dan mencipta lebih banyak resipi baru yang enak," katanya.

Sebelum ini, biskut keluaran MMM Oven Fresh dikeluarkan di kilang yang disewa bersama rakan perniagaan lain di Pandaramaran. Pada 2005, Maznah mula menyewa kilang di Bandar Sultan Sulaiman di Pelabuhan Klang bagi menampung kapasiti pengeluarannya.

Bagaimanapun, katanya, syarikat akan membeli kilang berkenaan pada suku pertama tahun depan sejajar rancangan mengembangkan perniagaannya.

Rancang tawar konsep francais, bagi usahawan wanita

MMM Oven Fresh Sdn Bhd, pengeluar biskut dan kuih tradisional, merancang memperluaskan operasinya dengan menawarkan konsep perniagaan secara francais, khususnya kepada usahawan wanita di negara ini.

Pengarah Urusannya, Maznah Dona Mustafa, berkata pengenalan konsep francais itu bertujuan memberi peluang kepada usahawan tempatan yang berminat menceburi perniagaan francais dalam pengeluaran biskut.

Katanya, syarikat mensasarkan untuk mempunyai rangkaian kedai biskut di seluruh negara, terutama di pusat beli-belah atau pasar raya besar kerana mempunyai jumlah pelanggan yang tinggi.

"Kami merancang memperkenalkan konsep francais ini pada suku kedua tahun depan dan usahawan yang berminat hendaklah mematuhi syarat ditetapkan termasuk mengetengahkan konsep MMM Oven Fresh.

"Kami yakin sistem ini lebih berkesan kerana ia dapat memasarkan produk keluaran syarikat dengan lebih menyeluruh dan cepat," katanya ketika ditemui di Subang Jaya, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Maznah menjangkakan pengeluaran biskutnya meningkat kepada 300,000 keping keping sebulan berbanding 50,000 ketika ini, apabila syarikat mula memasuki pasaran antarabangsa di samping memperkenalkan pelbagai produk baru awal tahun ini.

Katanya, syarikat merancang memperluaskan pasaran produk biskutnya ke Jepun, China, Thailand dan United Kingdom yang mana penduduknya mempunyai kuasa beli yang tinggi.

"Kami memperuntukkan kira-kira RM1 juta bagi membeli kilang yang disewa sekarang di kawasan industri kecil dan sederhana Bandar Sultan Sulaiman, Pelabuhan Klang.

"Syarikat juga akan membeli lebih banyak mesin memproses berteknologi tinggi bagi mempertingkatkan mutu dan keupayaan pengeluaran," katanya.

Beliau berkata, ketika ini kapasiti pengeluaran adalah 300,000 keping sehari dan jika syarikat mula mengeksport tahun depan, ia dijangka meningkat kepada sejuta keping.

"Rancangan untuk mengeksport ini sudah lama, tapi saya perlu menampilkan pembungkusan yang cantik dan biskut menepati cita rasa masyarakat seperti di China, Jepun dan United Kingdom," katanya.

Kreativitinya turut mendapat pengiktirafan apabila kotak biskut mendapat anugerah Reka Bentuk Kotak (Bijak) anjuran Pameran Halal Antarabangsa Malaysia Keempat (Mihas) pada tahun lalu.

Maznah turut berkongsi rahsia penyediaan biskut 'home make taste' walaupun menggunakan mesin untuk pengeluarannya.

"Saya mengekalkan teknik membuatnya tidak ubah seperti di rumah, termasuk memastikan mentega dan coklat yang secukupnya dalam usaha mengekalkan keenakan dan rangup.

"Muffin pula saya bakar di kedai dan dijual terus kepada pelanggan, sebab itu ia masih panas dan segar," katanya.

FAKTA: MMM Oven Fresh Sdn Bhd

# Mula beroperasi sejak lapan tahun lalu dan kini mempunyai cawangan di Mydin Mall, Subang Jaya serta dua kiosk di Kompleks PKNS Shah Alam dan Bazar Ole-ole di Seksyen 18, Shah Alam

# Menghasilkan 21 jenis biskut termasuk muffin dan kuih tradisional yang menepati cita rasa pelanggan daripada peringkat dari kanak-kanak hingga orang dewasa

# Pengeluaran biskut dijangka meningkat kepada 300,000 keping keping sebulan berbanding 50,000 ketika ini

# Syarikat kini mengorak langkah dengan mengeksport biskut keluarannya ke luar negara seperti China, Jepun dan United Kingdom mulai awal tahun depan

# Merancang memperluaskan operasinya dengan menawarkan konsep perniagaan secara francais, khususnya kepada usahawan wanita di negara ini

# Memperuntukkan kira-kira RM1 juta bagi membeli kilang yang disewa sekarang di kawasan industri kecil dan sederhana Bandar Sultan Sulaiman, Pelabuhan Klang

# Kotak biskut keluaran MMM Oven Fresh mendapat anugerah Reka Bentuk Kotak (Bijak) anjuran Pameran Halal Antarabangsa Malaysia Keempat (Mihas) pada tahun lalu

Friday, 19 October 2007

Hadhari Cattle teroka bidang ternakan


HADHARI Cattle bakal membangunkan proses pembiakan lembu baka sendiri dalam tempoh tujuh hingga 10 tahun akan datang

Umum mengetahui peranan manusia sebagai khalifah Allah untuk mentadbir dan membangunkan muka bumi. Sama ada pentadbiran itu berjaya atau gagal, ia terletak kepada kebijaksanaan seseorang dalam mengurus melalui akal yang dikurniakan kepada insan.

Justeru penjanaan ekonomi menjadi fokus utama kemajuan dan menjadi penanda aras kepada kebolehan seseorang mengurus perniagaan yang dibina.

Yang pasti, objektif muamalat (perniagaan) Islam bertujuan meningkatkan taraf kehidupan manusia meliputi aspek pembangunan insan seperti peningkatan kualiti diri dan keperluan hidup untuk menjana ekonomi dalam dunia perniagaan yang berdaya saing kini.

Lantaran itu, Hadhari Cattle Industry Sdn.Bhd. (Hadhari Cattle), memanfaatkan peluang dalam sektor penternakan sebagai perniagaan agar ia tidak disia-siakan dan dieksploitasi oleh bangsa asing di negara ini.

Namun, setiap usaha itu mesti didokong dengan sokongan untuk mencari jalan keluar dari kesempitan hidup dan juga memajukan masyarakat.

Apatah lagi, jika segala urusan perniagaan dilakukan dengan sendiri bagi kerana ia akan menerima banyak dugaan dan rintangan dalam menjalani kehidupan sebagai hamba Allah di muka bumi.

Wartawan FARABI SHEIKH SAID AL JABRI menemubual Timbalan Presiden Kanannya, Dr. Abdul Rashid Tang Abdullah mengenai perusahaan Hadhari Cattle.

MEGA: Mengapa dan atas dasar apa Hadhari Cattle, dipilih sebagai nama syarikat perniagaan?

DR. ABDUL RASHID: Hadhari Cattle dipilih kerana ia sesuai dengan kedudukan semasa yang menunjukkan bahawa syarikat berhasrat untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti keislaman. Ia bagi membangunkan syarikat dan juga umat Islam terutamanya bumiputera untuk berkecimpung dalam bidang perniagaan.

Di samping itu, syarikat berhasrat mengeluarkan makanan halal yang berasaskan ternakan lembu dan produk-produk yang dikeluarkan dapat dinikmati tanpa was-was dan dijamin kualitinya.

Mengapa saudara tertarik menjalankan perniagaan dan mengusahakan perniagaan ini?

DR. ABDUL RASHID: Terdapat banyak ruang yang boleh diusahakan dalam industri ternakan. Sebahagian besarnya diperoleh melalui import kerana keluaran negara sendiri tidak dapat menampung keperluan pengguna yang kian meningkat.

Ini terbukti apabila hampir 90 peratus keperluan atau RM6 bilion dibelanjakan oleh pengguna bagi produk ternakan. Setiap tahun dianggarkan keperluan negara berada dalam lingkungan 850,000 ekor lembu dan ternakan ini diimport terutamanya dari Australia dan India.

Oleh yang demikian adalah wajar usaha ini dilaksanakan. Ia bukan sahaja menjimatkan pengeluaran wang negara, malah pada satu hari nanti kita percaya industri ini menjadi sebahagian hasil negara yang mana barangannya dapat dieksport.

Selain itu usaha yang dijalankan akan dapat menwujudkan sebilangan ramai usahawan bumiputera berkecimpung dalam ternakan lembu dan produk ternakan yang akan seiring dengan syarikat membangunkan industri.

Dalam konteks ini penggabungan antara syarikat dan usahawan adalah penting bagi mencapai kejayaan dalam perniagaan yang dihasratkan iaitu memperolehi keuntungan serta dijadikan sebagai kerjaya.

Dengan kata lain, bekalan adalah terhad dan permintaan tinggi yang mana cukup kondusif bagi menwujudkan pasaran yang belum diterokai sepenuhnya diambil oleh pengusaha tempatan.

Apakah moto dan inspirasi syarikat anda dalam merangka perniagaan yang bercirikan keislaman.

DR. ABDUL RASHID: Nama Hadhari itu sendiri melambangkan Islam Hadhari yang dipelopori oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Logo syarikat melambangkan pertemuan nilai Timur (E: East) dan pembangunan Barat (W: West), iaitu pertemuan kedua-dua tamadun yang diadun sebagai kuasa yang disepadu untuk memberi kekuatan dalam perniagaan.

Warna biru laut melambangkan betapa luasnya peluang perniagaan yang sedia ada untuk diceburi.

Bagaimana sambutan dan permintaan terhadap produk ini?

DR. ABDUL RASHID: Sehingga hari ini syarikat menerima maklum balas yang amat menggalakkan dan baik daripada pengusaha yang ingin menyertai program keusahawanan sama ada yang menulis atau berdaftar melalui web kami di www.hadharifood.com.my. Ada juga individu yang datang ke pejabat dan tapak penyembelihan di Paya Pahlawan, Jitra, Kedah.

Pengguna turut memberi maklum balas positif terhadap produk kami. Malah pengusaha hotel dan restoran juga membuat pesanan bagi mendapatkan bekalan produk secara konsisten.

Selain produk yang sedia ada, apakah produk lain juga ditawarkan oleh syarikat?

DR. ABDUL RASHID: Selain daging mentah yang menjadi keluaran utama kami, usaha lain yang sedang dibuat ialah mengeluarkan produk berasaskan daging seperti daging, frankfurter, sosej dan dalam konteks ini kita juga mampu mengeluarkan 80 jenis produk yang berkaitan.

Dalam perancangan, pihak syarikat juga sedang membina perusahaan hiliran bagi memaksimumkan pengunaan bahan-bahan sedia ada iaitu mengeluarkan gelatin halal untuk dipasarkan ke industri makanan, kosmetik dan perubatan dan sebagainya akan diusahakan untuk pengeluaran kapsul ubatan.

Apakah rahsia kejayaan Hadhari Cattle sehingga ke tahap sekarang dan apakah pendekatan yang diamalkan oleh syarikat?

DR. ABDUL RASHID: Usaha, gigih dan yakin melalui adanya perancangan yang teratur merupakan kunci bagi kejayaan perusahaan yang diceburi. Selain itu, adalah perlu untuk menaruh harapan serta mendapat keyakinan dari pihak-pihak yang terlibat dalam memberi sokongan agar langkah yang diambil diterima.

Dari segi perancangan pula, adalah penting suatu rangka yang komprehensif perlu digubal agar perjalanan yang akan diterokai melalui jalan yang pasti mampu dilalui dengan licin dan berkesan dengan penggunaan sepenuhnya sumber yang ada.

Apakah matlamat syarikat terutamanya dalam hal berkaitan kebajikan umat?

DR. ABDUL RASHID: Dalam hal ini aspek paling penting ialah membekalkan bahan makanan halal.

Matlamat syarikat ialah menerapkan perasaan tanggungjawab dalam memenuhi harapan pengguna. Selain itu, penerapan nilai-nilai murni amatlah penting bagi menjamin hayat niaga dapat dipertahankan sebagai pembangunan ummah secara musyawarah yakni saling bantu membantu ke arah keberkesanan terhadap pembentukan industri yang kukuh bagi jangka waktu panjang.

Apakah perancangan syarikat dalam memastikan perniagaan ini terus kekal dalam pasaran?

DR. ABDUL RASHID: Pembentukkan pengurusan rangkaian bekalan sepadu yang digubal akan memastikan arah tujuan perniagaan dapat dilaksanakan dengan licin dan berkesan.

Semua aliran pergerakan sumber dapat digembleng dan dimaksimumkan pengunaannya serta mereka yang terlibat saling membantu dalam mendirikan urusniaga yang kukuh.

Dalam perancangan masa depan syarikat, kita akan membangunkan proses pembiakan lembu dalam tempoh tujuh hingga 10 tahun, yang mana apabila dibangunkan kita akan mampu mendirikan dan mengeluarkan lembu baka yang tersendiri.

Mereka yang berminat menceburi bidang ini bolehlah mendapatkan keterangan lanjut dengan melayari laman web kami di www.hadharifood.com.my.

Wednesday, 17 October 2007

Sarabata bukti Melayu boleh terajui pembinaan

Bata keluaran syarikat Bumiputera bermutu, kurang kos tenaga

SARABATA Sdn Bhd, pengeluar bata berkualiti tinggi yang tidak menggunakan pasir, yakin produk keluarannya mampu menangani pelbagai masalah dalam industri pembinaan.

Bata yang dihasilkan syarikat usahawan Bumiputera itu hanya menggunakan campuran simen, air dan bahan kimia, terbukti bermutu serta disahkan Sirim Berhad.

Keluaran syarikat itu, dipercayai yang pertama di negara ini mempunyai ciri menarik iaitu kalis api, terapung dalam air dan ringan, boleh dipaku dan dipotong tanpa merosakkan bata.



Pengarah Teknikalnya, Ali Omar, berkata produk keluaran syarikat itu boleh menangani masalah dalam sektor pembinaan seperti kekurangan pasir, menjimatkan penggunaan tenaga kerja serta kos.

Bata yang diciptanya pada 1993 juga lulus ujian rintangan api yang dilakukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta dipatenkan atas namanya pada 1977.

Penggunaan bata itu juga dapat menjimatkan kos pembinaan rumah dan bangunan sehingga 40 peratus kerana penggunaan bata dapat dikurangkan dan kerja boleh disiapkan lebih cepaSehubungan itu, Ali menjelaskan penggunaan buruh bagi projek yang menggunakan bata keluaran syarikatnya dapat dikurangkan, sekali gus mengurangkan pergantungan kepada buruh asing.

"Bata ini amat sesuai dalam sektor pembinaan negara yang kini dalam proses menggunakan Sistem Industri Pembinaan (IBS)," katanya ketika ditemui di kilangnya di kawasan industri kecil sederhana (IKS) Perda Tasek, Seberang Prai Selatan, Pulau Pinang.

Ketika ini, syarikat itu mempunyai dua mesin dicipta Ali, yang mampu mengeluarkan sebanyak 1,000 keping bata sehari.

Mesin pertama dihasilkan kepada 2003 dengan kos RM600,000, manakala mesin kedua yang berharga RM1.5 juta, beroperasi pada Ogos tahun lalu. Mesin kedua mempunyai kapasiti mengeluarkan bata sebanyak 10,000 keping sehari.

Syarikat itu yang mempunyai 10 pekerja, mencatatkan jualan bernilai kira-kira RM70,000 sebulan.

Ali atau lebih dikenali sebagai Pak Ali berkata, satu daripada mesin berkenaan mempunyai kapasiti pengeluaran sehingga 10,000 keping bata sehari, tetapi tidak beroperasi mengikut keupayaan sebenar.

Katanya, syarikat itu menghadapi masalah kekurangan modal yang mengehadkan kegiatan pengeluaran bata secara besar-besaran, walaupun mendapat sambutan menggalakkan daripada pemaju perumahan di seluruh negara.

Malah, beliau pernah mendapat pertanyaan daripada beberapa syarikat di luar negara termasuk membentangkan kertas kerja mengenai produk itu di United Arab Emiriah, Arab Saudi dan Kenya.

"Bagaimanapun, kami tidak mampu mengeluarkan bata secara besar-besaran kerana tiada modal," katanya sambil menambah pihaknya berminat untuk bekerjasama dengan mana-mana syarikat bagi menghasilkan bata.

Ali berkata, pihaknya merancang mengemukakan cadangan kepada kerajaan untuk menggunakan bata berkenaan dalam projek perumahan kos rendah di negara ini kerana terbukti menjimatkan kos.

"Oleh kerana penggunaan bata ini dapat menjimatkan kos, ia amat wajar dilaksanakan di negara ini," katanya.
t.

Monday, 8 October 2007

Jutawan Kuih Raya


Syarikat Tuan Sanawi peroleh jualan ratusan ribu ringgit bagi tempoh sebulan menjelang Aidilfitri

BAGI sesetengah individu, membuat dan menjual kuih raya sekadar kerja sampingan, walaupun hakikatnya jika diusahakan dengan tekun, hasil daripada perniagaan ini mampu mencecah ratusan ribu ringgit hanya dalam tempoh sebulan berniaga menjelang musim perayaan.

Pasangan suami isteri, Tuan Sanawi Tuan Ngah dan Fadzilah Yusof membuktikan pengeluaran kuih raya ini boleh dijadikan perniagaan tetap.

Fadzilah yang mewarisi kemahiran membuat biskut dari ibunya memulakan perniagaan secara kecil-kecilan di rumah pada 1998.

Walaupun ketika itu hanya membuat biskut tart dan samperit, tetapi sambutan yang diterima sungguh menggalakkan sehingga beliau terpaksa mengambil pekerja tambahan.

Melihatkan perniagaan yang diusahakan isteri semakin berkembang, pada 2003 Tuan Sanawi dan isteri memberanikan diri mengusahakan perniagaan itu secara sepenuh masa dan menubuhkan syarikat sendiri, Tuan Sanawi Tuan Ngah Sdn Bhd yang beroperasi di lot kedai di Taman Baiduri, Rawang, Muar.

Mereka melabur RM250,000 bagi kilang itu yang diperoleh daripada pinjaman bank dan mengambil 50 pekerja sambilan.

Pemasaran biskut yang sebelum ini dilakukan tanpa jenama, diperkukuhkan dengan menggunakan jenama DelLuscious.

"Bagaimanapun ketika itu, kilang kami tidaklah beroperasi secara berterusan, tetapi hanya beroperasi beberapa bulan menjelang musim perayaan.

"Namun mulai tahun ini, pengeluaran kami beroperasi secara berterusan," katanya sambil menambah syarikatnya kini mempunyai 30 kakitangan tetap.

Tuan Sanawi menegaskan dorongan yang daripada rakan niaga yang bersedia membantu memasarkan produk syarikat, menguatkan lagi semangatnya untuk meluaskan perniagaan biskut.

Selain menghantar sampel biskut ke makmal untuk dianalisis bagi memastikan kandungan nutrisi, aspek pembungkusan turut dipertingkatkan bagi menjamin kualiti disamping menjadikannya lebih menarik.

Biskut yang dihasilkan syarikat itu juga telah menarik minat seorang peniaga berbangsa India yang bersedia memasarkan DelLuscious secara jualan langsung.

"Pada awalnya, beliau berjanji mahu menjual 9,000 kotak biskut dalam tempoh empat bulan, tetapi menariknya semua biskut dapat dijual dalam tempoh satu setengah bulan dengan tambahan 2,000 kotak lagi.

"Melihat kepada sambutan yang diterima, kami yakin produk DelLuscious mampu pergi lebih jauh," katanya.

Beliau berkata, DelLuscious juga sudah menembusi pasar raya Giant.

Februari lalu, Tuan Sanawi dan isteri menyertai pameran makanan di Pakistan bagi meninjau peluang memasarkan produk biskutnya ke luar negara.

"Kami adalah satu-satunya syarikat Malaysia yang menyertai pameran itu dan menerima banyak pertanyaan yang berminat dengan biskut DelLuscious," katanya.

Kini beliau berbangga jenama, DelLuscious bukan saja sudah dipasarkan ke seluruh negara menerusi cawangan Giant, tetapi turut menembusi beberapa pasaran luar iaitu Singapura, India, China, Myanmar dan Ireland.

FAKTA: Tuan Sanawi Tuan Ngah Sdn Bhd

* Mulakan perniagaan menjual kuih raya secara kecil-kecilan yang dimulakan isteri Tuan Sanawi, Fadzilah Yusof di rumah pada 1998.
* Tuan Sanawi mengambilalih perniagaan isteri sebelum menubuhkan syarikat sendiri, Tuan Sanawi Tuan Ngah Sdn Bhd pada 2003 yang beroperasi di lot kedai di Taman Baiduri, Rawang, Muar.
* Melabur RM250,000 bagi kilang itu yang diperoleh daripada pinjaman bank dan mengambil 50 pekerja sambilan.
* Pemasaran biskut yang sebelum ini dilakukan tanpa jenama, diperkukuhkan dengan menggunakan jenama DelLuscious.
* Tuan Sanawi dan isteri menyertai pameran makanan di Pakistan Februari lalu bagi meninjau peluang memasarkan produk biskutnya ke luar negara.
* Jenama, DelLuscious bukan saja sudah dipasarkan ke seluruh negara menerusi cawangan Giant, tetapi turut menembusi beberapa pasaran luar iaitu Singapura, India, China, Myanmar dan Ireland.

Wednesday, 3 October 2007

Ebook Free

Salam sejahtera kepada anda semua, semoga anda semua dalam keadaan yang aktif dan produktif! Saya ada sesuatu yang menarik untuk dikongsi bersama anda kali ini, oleh itu silalah ambil perhatian dan baca tulisan saya ini.

Saya terima sebuah email dari seorang rakan yang memberitahu tentang pelancaran sebuah ebook yang baru dan tentunya ianya bagus. Saya katakan ianya bagus kerana saya telahpun download dan habis membacanya dalam tempoh 30 minit sahaja.

Ebook bertajuk 'The IM-Myth Report' yang ditulis oleh Russel Brunson ini adalah berkisar tentang bagaimana kita boleh memperkukuhkan perniagaan internet kita dengan kaedah pemasaran off-line!

Ya, walaupun namanya perniagaan internet, namun sebenarnya kita boleh memperluaskan lagi pasaran dengan kaedah pemasaran bukan internet. Yang unik berkenaan ebook ini ialah Russel turut mendedahk an cara yang unik dan berkesan bagaimana beliau berjaya melakukannya. Saya hanya tersenyum dan menggeleng kepala sambil berkata dalam hati, "kenapa la aku tak terfikir macam tu?..." Rasanya saya akan gunakan strategi ini dalam projek-terbaru saya yang akan dilancarkan pada 2008 nanti!

Jadi ringkasnya ebook amat bagus dan saya amat rekomen anda download dan membacanya sekarang juga untuk mendapaatkan ilham, motivasi ddan juga inspirasi! Dan lagi... ianya percuma!

Untuk dapatkan ebook percuma ini, KLIK DI SINI!

Saya belum habis lagi... Berita baiknya, anda juga berpeluang menjana pendapatan dengan hanya memperomosikan ebook ini kepada rakan-rakan anda. Russel akan memberikan ganjaran USD1 (RM3.50) bagi setiap rujukan atau referal yang anda berjaya hasilkan... dengan syarat anda ada akaun Paypal!

Jadi jangan lengah lagi. Download ebook ini segera dan buat duit daripadanya. KLIK DI SINI!

Tuesday, 2 October 2007

Kisah Cinta


Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan
di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah
bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si
suami. Ini dialog mereka

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang
menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan
abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa
abang memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada
saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman
lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk
puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata
"Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang
merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis
dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!"

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi.
Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.

Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang
disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.
Surat tersebut berbunyi begini :

"Sayang!Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah
engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan
kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu...sekarang bolehkah engkau
menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika
disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau
tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan
setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah?
Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukan
sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi.
Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini,
selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik
dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu... ia
boleh dirasai dalam hati."

Monday, 1 October 2007

Keajaiban microsoft words

Keajaiban microsoft words

1. Bukak Microsoft Word korang.

2. Taipkan dalam huruf besar, Q33 NY

Q33 NY ni adalah number pesawat yang
melanggar WtC tu..

3. tukar saiz font tu kepada saiz 48.

4. Korang highlightkan Q33 NY tu.

5. Kemudian tukar kepada font WINGDINGS.

Apa yang korang nampak? Allahuakbar ..
sesungguhnye benda ni dah lama wujud
tanpa sesiapa yang menjangkakannye ...
Kelihatan gambar sebuah Kapal Terbang
melanggar WTC (menara berkembar tu) ..
kemudian ade lambang tengkorak dan
lambang yahudi ...
dah cuba?????mmg btolkan.............

SUBHANALLAH....

Jutawan Pizza



Sharifah Rofiah tidak jemu cipta pelbagai resipi makanan popular dari Itali

IKLAN pizza dalam televisyen kira-kira 25 tahun lalu memberi inspirasi dan keyakinan kepada wanita ini betapa makanan Itali itu bakal menjadi kegemaran warga Malaysia pada suatu masa akan datang.

Bermula saat itu, beliau memasang cita-cita untuk menjadi penguasa dalam bidang pembuatan pizza sebelum ada orang lain yang memulakan perniagaan terbabit.
Sharifah Rofiah Syed Hassan, 44, merealisasikan impiannya menjadi pengeluar pizza sejak 1997 apabila mula menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan di kediamannya di Bangi dengan dibantu dua pekerja.

Berbekalkan bakat serta ilmu kursus membuat kek dan pizza yang dipelajarinya ketika berada New Zealand pada awal 1990-an, menjadikan beliau lebih bertekad dan berkeyakinan untuk menjalankan perniagaan pizza.

Tidak cukup dengan itu, Pengarah Urusan Pizza Foods Sdn Bhd itu turut mendalami bidang makanan dengan mengambil sijil masakan di Universiti Putra Malaysia (UPM) untuk memastikan pizza yang dihasilkan lebih sedap dan menepati cita rasa pengguna.
Dengan modal permulaan RM10,000 serta berbekalkan sebuah mesin pengeluaran dan ketuhar, Sharifah Rofiah berniaga pizza sejuk beku untuk diedarkan ke sekolah dan kedai runcit serta rakannya di kawasan sekitar.

Malah, beliau tidak pernah jemu untuk mencipta pelbagai resipi pizza dan sentiasa mengubahsuainya berdasarkan cita rasa masa kini serta komen rakan yang mencuba masakannya.

"Ketika itu, saya terpaksa berhutang dengan orang Cina bagi membeli ketuhar dan mesin memproses pizza untuk berniaga. Namun, ia tidak sedikit pun menjejaskan semangat saya untuk menjadi pengeluar pizza yang berjaya satu hari nanti.

"Pada masa sama, saya turut mengusahakan perniagaan donut, kek dan kuih tradisional. Ada kalanya saya rasa tidak mampu memenuhi permintaan yang tinggi memandangkan ketika itu perniagaan dan pengeluaran pizza dilakukan dari rumah," katanya ketika ditemui di Kajang, Selangor baru-baru ini.

Selepas enam tahun, Sharifah Rofiah mula mengembangkan sayap perniagaan Pizza Foods dengan membuka kafe dan pusat pengeluaran pizza di Jalan Hentian 4, Pusat Hentian Kajang, Selangor.

Beliau turut dibantu suaminya, Syed Mohamed Syed Ibrahim dalam hal urusan syarikat dan pemasaran.

Kini, Pizza Pah sudah mampu mengukir nama dengan mempunyai rangkaian kiosk di Kompleks Pernas Sogo, Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Kompleks PKNS, Bangi selain sembilan wakil pengedar pizzanya di sekitar Lembah Klang.

Dilahirkan dalam keluarga ahli perniagaan, Sharifah Rofiah telah diasuh dalam bidang perniagaan sejak kecil lagi. Justeru, beliau sentiasa percaya semangat cekal dan kesabaran akan membuahkan kejayaan dan rezeki yang murah.

"Arwah bapa adalah ahli perniagaan yang berjaya dan terkenal di Rantau Panjang, Kelantan. Beliau mengusahakan pelbagai jenis perniagaan dan saya kagum dengan semangatnya.

"Sejak berusia enam tahun lagi, saya dan adik-beradik yang lain sudah dilatih untuk berniaga. Bayangkan usia sekecil itu, saya membawa beg sekolah yang berat berisi buah untuk dijual kepada rakan," kata Sharifah Rofiah.

Katanya, beliau sentiasa ingat pesanan arwah supaya sentiasa menepati janji dalam menjalankan perniagaan dan jika berniaga tetapi masih belum membuahkan hasil, tidak mengapa.

Sharifah Rofiah bukan saja pandai memasak, malah beliau turut mempunyai bakat yang terserlah dalam bidang solekan dan kecantikan. Semasa menetap di Kelantan dulu, beliau berniaga alat kosmetik dan kosmetik, selain menjalankan perkhidmatan menyolek pengantin.

Selepas empat tahun, Sharifah Rofiah dan suaminya berpindah ke Bandar Baru Bangi kerana mengikut suami yang menyambung pengajian dan seterusnya bekerja di kawasan baru itu.

"Pada mulanya, saya mahu mengambil kursus kecantikan di UPM atas sebab yang tidak dapat dielakkan, hasrat itu terpaksa dilupakan. Jadi, saya pun mengambil kursus masakan saja," kata ibu kepada empat orang anak itu.

Mengimbas pengalaman lalu, katanya, beliau menghabiskan banyak masa untuk mencipta resipi pizza yang terbaik dan hanya mengambil masa kira-kira dua bulan untuk menyiapkan satu resipi.

Sharifah Rofiah berkata, kini Pizza Pah mempunyai pelbagai menu pizza berasaskan daging dan ayam, selain komponen pizza seperti toppings dan pizza base yang dikeluarkan sendiri syarikat berkenaan.

"Pizza Pah adalah rangup semasa panas dan lembut apabila sejuk. Terkini, kami turut memperkenalkan Pizza Cheesy Rich Topping yang mendapat sambutan menggalakkan di pasaran," katanya.

Untuk memastikan kelancaran perniagaan dan mutu produk terjamin, beliau akan sentiasa memastikan edaran pizza hanya menerusi rangkaian kedai terpilih.

Mengenai rancangan perniagaannya, Sharifah Rofiah berkata syarikat kini sedang menaik taraf kilang sedia adanya sebagai langkah meningkatkan kapasiti pengeluaran pizzanya.

"Kini perniagaan Pizza Pah yang bermula dari rumah semakin berkembang, dan kami rasakan perlu untuk menaik taraf kilang bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat.

"Malah, Pizza Pah juga sudah bersedia ke pasaran eksport memandangkan kualiti produk yang terjamin selain ada permintaan antaranya dari Asia Barat dan negara jiran," katanya.

INFO
Pizza Pah

* Sharifah Rofiah memulakan perniagaan pizza dengan modal RM10,000 selain mesin danketuhar bagi mengedarkan pizza sejuk beku ke sekolah dan kedai runcit
* Sharifah Rofiah mengambil sijil masakan di UPM bagi memastikan pizza keluarannya enak dan menepati cita rasa pengguna semasa
* Pizza Foods Sdn Bhd menghasilkan pelbagai menu pizza berasaskan daging dan ayam, selain komponen pizza seperti toppings dan pizza base serta yang terbaru Pizza Cheesy Rich Topping
* Kilang Pizza Pah di Pusat Hentian Kajang kini mengeluarkan kira-kira 2,000 keping pizza sehari
* Pizza Foods bercadang bina kilang kedua di Selayang, Selangor bagi meningkatkan kapasiti pengeluaran sehingga 10,000 keping sehari
* Pizza Foods rancang eksport Pizza Pah ke Asia Barat, India, Brunei dan Singapura
* Rancang labur kirakira RM200,000 untuk membuka empat lagi kiosk di sekitar Lembah Klang tahun ini
* Selain kafe Pizza Pah di Kajang, ia turut mempunyai kiosk di Kompleks Pernas Sogo, Jalan Tunku Abdul Rahman dan Kompleks PKNS, Bangi selain sembilan wakil pengedar di sekitar Lembah Klang
* Sharifah Rofiah menghasilkan sendiri resipi produk keluaran Pizza Pah
* Sebelum membuka perniagaan pizza, Sharifah Rofiah menjual kosmetik disamping menawarkan khidmat menyolek pengantin